4 minute read

FIGURA MANUSIA SEBAGAI TEMA PENGHASILAN KARYA

Next Article
LUKISAN GESTURA

LUKISAN GESTURA

Zuriati Mohamed Shaari

Figura manusia sebagai tema untuk penghasilan karya adalah jelas dan langsung. Maksudnya karya adalah merujuk kepada susuk manusia dan kemudian dialih ke dalam bentuk visual menggunakan teknik yang sesuai mengikut kehendak pengkarya. Penggunaan medium pula adalah menurut ‘komunikasi’ yang serasi dengan pengkarya menggunakan cara pendokumentasian melalui pengamatan dan observasi secara terus atau melalui memori. Bidang seni, samaada rekaan atau seni halus tidak akan lari dari mengkaji kadar banding tubuh manusia. Suatu ciptaan Tuhan bersifat organik yang teramat sempurna dengan kadar banding yang seimbang, mampu berdiri dengan dua kaki dan boleh melakukan pelbagai posisi serta pergerakan.

Era pertengahan Renaissance menyaksikan Leornado Da Vinci mencipta The Virtuvian Man sekitar tahun 1487. Ia merupakan hasil kajiannya dalam bidang sains dan seni berkenaan kadar banding tubuh manusia. Beberapa

The Virtuvian Man & The Modular Man

tahun kemudian dengan merujuk kepada teori kadar banding tubuh manusia ini, Le Corbusier seorang arkitek dari Perancis telah menghasilkan The Modular Man. Sistem kiraan dan skala yang merujuk kepada kadar banding tubuh lelaki yang sedang mengangkat tangan. Le Corbusier terkenal dengan penghasilan rekaan bangunan dengan gaya moden. Dari situlah bermulanya sistem dan skala pengiraan kontemporari yang masih digunakan hingga hari ini.

Michelangelo Buonarroti, tokoh yang terkenal dengan catan naratif terjemahan dari bible di The Sistine Chapel menyaksikan 343 catan figura manusia dihasilkan memenuhi segenap ruang siling gereja tersebut yang masih kekal menjadi ikonik hingga kini. Jika diamati, setiap figura menyampaikan aksi dan naratif tersendiri dan kesemuanya kemas dan jitu dengan pemahaman kadar banding dan postur manusia yang tepat. Zaman kegemilangan Renaissance inilah ramai tokoh menghasilkan karya dengan memperlihatkan figura manusia dengan sangat teliti. Namun, bukan semua merujuk kadar banding atau mengkaji struktur manusia. Selebihnya menggunakan figura sebagai ikon dalam naratif karya untuk menterjemah sesuatu atau menyampaikan maksud tertentu.

Zaman Renaissance kemudiannya beralih kepada era seni moden di mana pelukis tidak lagi terikat dan bebas dari menghasilkan karya dan tidak mengikut apa yang dimahukan oleh penaung seperti golongan bangsawan, aristokrat, saudagar kaya mahupun bank ataupun agama tetapi bersifat terbuka kepada sistem penaungan baharu di bawah undang-undang kapitalisme. Seperti galeri-galeri komersial, persendirian, korporat dan muzium. Pada waktu ini, pelukis mulai menghasilkan karya mengikut kebebasan dengan aspek-aspek seni yang lebih bersifat peribadi. Antara aliran yang muncul adalah Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme. Jika dilihat kepada perkembangan aliran-aliran ini, figura manusia turut diterjemah dalam konteks yang berbeza dan tidak lagi hanya

secara realis. Weeping Woman adalah catan cat minyak oleh Pablo Picaso merupakan antara contoh figura manusia yang dihasilkan melalui perspektif melihat dengan cara yang berbeza. Figura dihasilkan bersegi-segi berlawanan dengan sifat organik manusia itu sendiri. Pemahaman yang mendalam dan peniruan secara terperinci dari subjek asal membawa kepada kebolehan mengolah kepada bentuk yang lebih mudah. Tetapi tidak lari dari karekter figura manusia yang asal. The Son of Man karya Rene Magritte adalah catan figura manusia yang merupakan antara ikonik aliran surealis. Figura lelaki kelihatan normal tetapi jika diteliti sebelah tangannya menghadap ke belakang. Namun itu bukan fokus dalam catan aliran bawah sedar ini, epal hijau yang terapung adalah tumpuan utama dan mengundang penonton membuat interpretasi mereka sendiri.

Sorotan sejarah, memperlihatkan perkembangan seni dunia yang bergerak dan berubah mengikut peredaran masa dan kepercayaan pengkarya terhadap perubahan sekeliling mereka. Namun, menggunaan figura manusia sebagai subjek tidak pernah lekang dari menjadi pilihan pengkarya.

Jika dilihat perkembangan seni di negara kita, subjek figura manusia juga menjadi pilihan antara artis terkenal sejak dahulu. Elemen figuratif di awal perkembangan seni moden

The Son of Man (1964) karya Rene Magritte seorang artis dari Belgium.

Malaysia sering mencerminkan unsur-unsur budaya Melayu antaranya karya Admonition oleh Mohd Hoessein Enas 1958, Membeli-belah di Kampung oleh Mohd Salehuddin 1959, Fruit Season oleh Chuah Thean Teng 1968 dan banyak lagi.

Admonition (1958) oleh Mohd Hoessein Enas

Kini, seni kontemporari merakamkan ramai artisartis terkenal Malaysia menggunakan figura manusia dalam mengupas pelbagai isu dan persoalan melalui karya mereka. Ahmad Zaki Anwar antara artist berbakat besar dan berani tampil dengan figura tanpa pakaian. Hanya figura, Zaki meneliti postur dan kadarbanding dengan bahasa seni kemas menjelaskan pemahaman beliau melihat kedudukan cahaya dan perletakan tone yang tepat. Berbeza dengan Husin Othman, figuranya lebih bersifat garisan berulang dan bertindan. Karya beliau digarap dengan garis-garis bersahaja tetapi bertenaga. Fadilah Karim pula menggunakan figura sebagai subjek utamanya setiap kali menghasilkan catan cat minyak. Dengan gaya realis, catan beliau sarat dengan naratif dan drama tersendiri.

“As you draw from life, you must be aware of how the figure before you differ, and by what degree, from these ‘ideal’ proportions.” – Rudy De Reyna

Saya sering memandang tinggi kebolehan manamana artis melukis figura samada secara realistik ataupun yang telah diolah. Antara latihan asas dalam seni lukis adalah observasi tubuh manusia dan melakar dari pelbagai arah. Sebuah latihan kecekapan mata menangkap rupa dan bentuk lalu menzahirkannya dalam lakaran dan lukisan. Figura manusia adalah bahan rujukan yang paling ideal sebagai subjek rujukan. Bersifat organik tetapi perlu diteliti kadar bandingnya. Ini belum mengambil kira arah dan perspektif. Melalui pengalaman belajar, mengajar, memerhati dan mengalami saya sifatkan kebolehan melukis figura manusia adalah suatu kemahiran aras tinggi kerana dapat melatih diri untuk melihat dan menzahir dalam bentuk visual dengan tepat dan terpeinci.

This article is from: