EnVi Winter 2021

Page 108

features

Ditulis oleh Aurora Rose Carpio | @heyaurorarose Diterjemahkan oleh Yuni | @SUNFLWRSY_ Satu perkara yang seorang peminat K-Pop perlu pelajari ialah untuk mengendalikan perbelanjaan mereka (terutamanya jika anda adalah seorang multi!). Dari dulu hingga sekarang, kumpulan-kumpulan tersebut akan mempunyai kemunculan semula (comeback) mereka dan barang-barang (merchandise) baharu dimana bermaksud perbelanjaan kepada kita, para peminat. Jangan lupa juga pada koleksi-koleksi photocard yang kian bertambah. Ianya adalah sangat susah untuk menjadi seorang peminat K-Pop tanpa simpanan. 2021 ini, galakkan diri anda untuk menjadi bijak dalam membelanjakan duit yang dihasilkan dan menjadi pembelanja yang bertanggungjawab. Disini adalah beberapa petua untuk bagaimana kita boleh kendalikan duit kita sendiri.

1. Tahu perbezaan antara keperluan dan kemahuan anda. Ini penting dan asas apabila anda menguruskan wang anda sendiri. Ianya penting kerana bagaimana anda akan melihat perbelanjaan-perbelanjaan ini akan bergantung kepada situasi anda. Anda mungkin akan kata yang photocard bias anda adalah satu KEPERLUAN tetapi bagi orang lain, ianya hanyalah satu KEMAHUAN. Ianya asas kerana di sinilah permulaan perbelanjaan pintar anda bermula. Untuk membantu anda mengelaskan perbezaan antara kedua itu, sentiasa bertanya kepada diri anda sendiri:Adakahbaranginiberguna untuk saya dalam jangka masa panjang? Pastikan yang barang-barang ini hanyalah praktikal dan tidakhanyamemberikan anda kepuasan emosi. Ingatlah bahawa barang-barang yang anda hanya mahukan tidak akan memberi anda kepuasan yang sama setelah beberapa bulan. Tetapi, barangbarang yang anda perlukan akan kekal berguna walaupun sudah sekian lama.

2. Buat peraturan 50:40:10 Ini adalah peraturan peribadi yang telah menjadi sangat efektif buat saya. Saya mencadangkan ini kepada semua orang terutamanya kepada golongan pekerja yang mempunyai aliran wang masuk bulanan. Perkadaran tersebut bermaksud 50% untuk perbelanjaan, 40% untuk pelaburan / simpanan, dan 10% untuk perbelanjaan mewah. Separuh daripada gaji anda akan diperuntukkan untuk perbelanjaan bulanan anda (seperti bil elektrik, bil air, sewa rumah, makanan dan lain-lain). Dengan mengambil kira bahawa anda telah menghitung berapa banyak yang biasanya anda belanjakan untuk komoditi ini. Hanya 10% akan diperuntukkan untuk barang-barang yang anda selalunya tidak beli - kemahuan anda. Mengehadkan dan membuat perkadaran pendapatan anda boleh menjadi membantu dalam penyimpanan wang kerana anda tidak akan belanja lebih daripada bajet yang telah diperuntukkan.

3. Belajar bagaimana untuk mengendalikan wang Ms. Emelyn, seorang Akauntan Awam Bertauliah selama 10 tahun dan pemilik sebuah kedai K-Pop yang dipanggil NUNUNANA, menyebut dalam temu bual eksklusif yang anda harus membelanjakan hanya lebihan daripada bajet wang anda. “Belanja hanya apa yang anda dapat.” Elakkan daripada menggunakan kad kredit ataupun duit yang masih belum ada di tangan anda kerana ianya akan mendorong kepada perbelanjaan secara berlebihan. Sebagai contoh, anda menjangkakan bahawa anda akan dapat gaji anda dalam beberapa hari lagi, jadi anda memutuskan yang anda boleh pre-order barang (merchandise) dan bayar untuknya kemudian. Sebaik sahaja anda menerima gaji anda, anda mungkin akan kekurangan wang disebabkan anda belum bayar lagi dari bulan lepas. Ini adalah satu petanda buruk dalam menguruskan wang

Photo source: SM Entertainment

110


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.