
1 minute read
CABARAN MASYARAKAT MENGEKALKAN PERPADUAN
Cabaran Dalam Perpaduan
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita seyogiannya memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang kelapan iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Persoalan ynag timbul, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Negara Malaysia. Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina. Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dinegara ini. Contohnya Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/ Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa India . Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan kaum. Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa dilaman sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang. Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum . Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turuntemurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet .
Advertisement

11 | P a g e