
1 minute read
PIRAMID MAKANAN
Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai. Ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian. Idea piramid makanan ini telah bermula sejak lewat tahun 70-an dan mula popular pada awal tahun 90-an. Ia dikeluarkan oleh US Department of Agriculture (USDA). Dari semasa ke semasa, ia mengalami beberapa perubahan tetapi secara umumnya, tiada perubahan besar yang berlaku pada piramid makanan ini.
Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan. Disebabkan tiada satu pun jenis makanan yang membekalkan semua jenis zat, gabungan makanan yang betul diperlukan.
Advertisement
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
9 | P a g e