jkkn

Page 1

GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

ii


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Lee Lam Thye A. Aziz Deraman Jeniri Amir Uthaya Sankar Daniel Jebon Janaun

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia


Cetakan Pertama 2010 Hak cipta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat pun jua, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Penyelaras – Zulkarnain Ramly A.M.N Penyunting – Ismarizal Zulamran Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tingkat 21-34, Bangunan MAS Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Gagasan 1Malaysia Melalui Landasan Seni & Budaya ISBN 978-967-5552-06-9 1. Arts, Malaysian. 2. Malaysia--Social life and customs. 3. Malaysia-Politics and government. 306.4709595

Dicetak di Malaysia oleh REKA CETAK SDN BHD No 6, Jalan Sri Sarawak 20B, Taman Sri Andalas, 41200 Klang Selangor


Kandungan

Perutusan Menteri Kata Aluan Ketua Pengarah pemupukan Nilai-Nilai Murni dalam Masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye Sambutan Kemerdekaan Tan Sri Lee Lam Thye Keruntuhan Nilai-Nilai Moral dan Kemanusiaan Tan Sri Lee Lam Thye Kesantunan Berbahasa Dato’ A. Aziz Deraman* Perpaduan dan 1Malaysia: Peranan Seni dan Budaya Suku Kaum Sarawak Dr. Jeniri Amir Jenayah dan Lima Unsur Alam dalam Budaya India Uthaya Sankar SB


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Budaya Malayali yang Kurang Dikenali Uthaya Sankar SB Kepelbagaian Seni Budaya Masyarakat Kadazandusun Memperkasa Gagasan 1Malaysia Daniel Jebon Janaun Biodata Rujukan, Bibliografi dan Akhbar/Portal

vi


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Perutusan Menteri Penerangan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Pertama-tama bagi pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, izinkan saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang tidak berhenti berusaha tanpa mengenal jerih payah bagai air mencari jenisnya, dalam usaha memartabatkan seni dan budaya Negara. Bagai belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, itulah yang boleh digambarkan bagi sebuah Jabatan yang serba kreatif dan produktif melahirkan karya-karya bermutu seiring dengan tugasan hakiki serba mencabar. Penerbitan GAGASAN 1MALAYSIA MELALUI LANDASAN SENI DAN BUDAYA ini memang tepat dan kena pada masanya kerana ia bukan sahaja ia memperkatakan mengenai Gagasan 1Malaysia malah menghuraikannya melalui bidang kesenian dan kebudayaan yang selami ini menjadi asas perpaduan nasional. Buku ini sekali gus menegaskan dengan sesungguhnya bahawa amat perlu bagi kita memahami agama, budaya, cara hidup dan keutamaan sesuatu kaum itu adalah berbeza-beza. Justeru, mereka perlu didekatkan dengan isu serta pandangan dari perspektif mereka sendiri. Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri menyatakan bahawa ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu dihayati vii


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dan disayangi oleh rakyat. Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia, kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan, kesenian, permainan dan pelbagai anjuran aktiviti rakyat untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. 1Malaysia ini juga diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Dalam pembinaan bangsa dan negara di Malaysia yang telah menerima dan memasukkan pelbagai bangsa sebagai warganegara maka seni dan budaya juaga adalah sebahagian dari landasan pembinaan itu. Saya berharap agar buku ini akan menjadi permulaan kepada satu wadah yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.

Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan viii


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kata Aluan Ketua Pengarah Dato’ Norliza Rofli

Konsep 1Malaysia ini secara sosiologinya dikatakan sebagai kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar ‘Bangsa Malaysia’ dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melihat bahawa penanda aras bagi sesebuah negara maju adalah keupayaan negara tersebut mengimbangi kemajuan dan ekonomi dengan peradaban dan kebudayaan masyarakat negara berkenaan ini kerana kebudayaan sentiasa mencorakkan peradaban manusia. Justeru, pihak Jabatan sentiasa berusaha memastikan agar kesenian dan kebudayaan menjadi teras kepada pembentukan masyarakat hari ini. Membentuk masyarakat Malaysia yang cintakan seni dan budaya dengan mempelbagaikan aktiviti di semua peringkat masyarakat dan kawasan dengan penglibatan pelbagai kaum. Diharapkan penerbitan buku GAGASAN 1MALAYSIA MELALUI LANDASAN SENI DAN BUDAYA yang mengenengahkan pendapat serta pandangan mengikut perspektif dari kalangan budayawan, cendikiawan dan tokoh-tokoh aktivis masyarakat ini memberi kesedaran kepada semua kaum akan peranan seni dan budaya yang boleh dijadikan sebagai satu ix


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

landasan dalam usaha untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat perpaduan, toleransi, saling memahami dan cintakan negara di samping memupuk nilai-nilai murni juga jatidiri dikalangan masyarakat pelbagai kaum di negara tercinta ini.

Dato’ Norliza Rofli Ketua Pengarah

x




Nilai-Nilai Murni Tan Sri Lee Lam Thye

Program peningkatan nilai murni di kalangan rakyat patut diberi keutamaan dan dijadikan agenda utama negara semasa kita melangkah ke hadapan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pembangunan negara tidak wajar hanya membabitkan bidang kemahiran dan kepakaran tertentu, tetapi perlu seiring dengan pembangunan moral, nilai murni dan budi pekerti tinggi. Negara kita perlu memiliki rakyat yang berbudi bahasa, bertanggungjawab, hormat-menghormati, beramanah, jujur serta integriti kerana sistem nilai itu menjadi kayu pengukur sebenar sebuah negara maju. Adalah tidak bermakna pembangunan dilaksanakan dengan begitu pesat dan maju tanpa sistem nilai yang sewajarnya. Tidak guna bagi kita mempunyai infrastruktur bertaraf kelas pertama tetapi rakyatnya mempunyai mentaliti kelas ketiga sehingga gagal menyelenggara dengan baik semua kemudahan yang disediakan. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa sindrom negatif seperti tabiat membuang sampah di merata tempat, memandu kurang sopan, kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam dan kekasaran terhadap pelanggan.


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Amalan bantu membantu tidak kira tua Budaya membaca perlu dipupuk sejak dari kecil atau muda

Sebelum budaya masyarakat kita terus merosot, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai murni dan budi bahasa. Masalah atau gejala sosial yang berlaku pada hari ini, jika diperhatikan amat berkait rapat dengan nilai-nilai hidup sesuatu masyarakat, keluarga atau individu. Dalam usaha ke arah menangani pelbagai masalah sosial yang wujud, para ibubapa perlu sentiasa bersikap prihatin serta mengawasi anak-anak mereka, dan dalam masa yang sama, mempertingkatkan komitmen bagi membina sebuah keluarga yang harmoni, memupuk nilai-nilai positif supaya anak-anak mereka menjadi insan yang produktif dan sihat dari segala segi sama ada mental dan fizikal. Pihak kerajaan dan agensi-agensinya serta badan-badan bukan kerajaan yang lain harus berganding bahu bagi meningkatkan usaha mengatasi masalah sosial yang berlaku pada hari ini, dan adalah dirasakan bahawa setiap individu dan ahli keluarga perlu membina kekuatan dalaman sebagai asas utama. Hal ini jelas menunjukkan setiap individu dan keluarga perlu mempunyai peranan masing-masing untuk membendung pengaruh negatif luaran kerana kekuatan dalaman diri dan keluarga perlu bagi menghadapi masalah serta penyakit sosial lain yang dihadapi oleh negara kita sekarang. Sungguhpun kekuatan kekeluargaan dan penguatkuasaan undang-undang adalah begitu rapat persamaannya dan perlu, namun apa yang lebih penting ialah kebolehan kita memastikan supaya rumah, tempat kerja atau sekolah serta persekitarannya bebas dari gejala pelbagai masalah sosial. 14


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, mempunyai ketahanan mental dan fizikal/ kekuatan dalaman, berakhlak mulia, berwibawa dan berwawasan, berdaya saing, berdisiplin, bertanggungjawab terhadap keluarga, bangsa dan negara, bermotivasi tinggi, kreatif, dedikasi, berfikiran luas serta positif. Dalam meningkatkan kekuatan sesebuah keluarga bagi melaksanakan tanggungjawab ke arah menangani masalah sosial, peningkatan kemahiran keibubapaan atau kursus seumpama haruslah dititikberatkan. Komitmen serta menanam motivasi dalaman untuk melibatkan diri dalam membangunkan akhlak anak-anak dan para remaja tidak boleh diabaikan. Sikap dan sistem nilai harus dipupuk kepada setiap anggota keluarga seterusnya bagi memastikan anak-anak dibesarkan dalam suasana harmoni dan baik serta diserapkan nilai-nilai murni untuk menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan. Dengan cara melengkapi para ibubapa tentang kemahiran tertentu secara langsung dapat memahami keadaan fizikal, mental, kepercayaan terhadap keagamaan, emosi dan pembangunan sosibudaya kepada setiap individu dalam sesebuah keluarga dan ini adalah penting bagi memastikan kejayaan (institusi kekeluargaan) sebagai benteng untuk memerangi masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

Pegangan agama penting dalam membentuk jatidiri yang mulia

15


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Tanggungjawab untuk bersama-sama dengan keluarga hendaklah diamalkan demi menjaga keharmonian dan kerukunan rumahtangga sebagai tunjang sesebuah keluarga. Ibubapa perlu berperanan bagi meningkatkan pemahaman anak-anak tentang moral yang baik dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga, bangsa dan negara. Nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, pertuturan dan adab serta kelakuan yang baik hendaklah sentiasa diterapkan kepada anak-anak demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan keluarga tersebut. Seterusnya, ibubapa yang baik adalah ibubapa yang berjaya dalam memupuk nilai-nilai murni sosial dan kekeluargaan kepada anak-anak mereka. Perlu juga kita berpandangan bahawa sungguhpun mata pencarian dan kebendaan tersebut penting dalam hidup, keutamaan terhadap rumahtangga atau keluarga dan anak-anak juga adalah amat diperlukan. Sungguhpun masyarakat dan negara berbangga dengan kemajuan dan kejayaan ekonomi sekarang, namun kita perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap yang tersembunyi dalam pelbagai rupa masalah sosial. Kemajuan Sains dan Teknologi sekarang begitu canggih, dengan adanya internet, televisyen satelit serta lebuhraya maklumat, anak-anak dan para remaja akan lebih mudah terdedah kepada pelbagai maklumat dan perhubungan berunsur positif atau negatif. Maklumat dan perhubungan negatif tersebut akan boleh mempengaruhi serta membawa kepada keruntuhan moral di kalangan remaja. Oleh yang demikian para remaja perlulah sentiasa berwaspada dan sambil itu berusaha mempertingkatkan ketahanan diri seterusnya mengetepikan budaya negatif dari mempengaruhi mereka. Pembangunan dan keupayaan sesebuah keluarga penting dalam pembesaran, mendidik serta membimbing anak-anak hari ini untuk menjadi rakyat yang berguna dan positif bagi menghadapi cabaran pembangunan negara. Di dalam usaha memperkuatkan pertalian keluarga, nilai-nilai tradisional yang baik haruslah sentiasa diutamakan oleh setiap para ibubapa.

16


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sikap sentiasa berminat dan suka berkongsi serta menyayangi anggota keluarga lain, hormat menghormati ahli keluarga yang tua dan mempunyai semangat cintakan tanah air perlu diamalkan. Amat jelas sekali bahawa kuasa dan potensi bagi menghindari keluarga dari pelbagai masalah sosial yang melibatkan remaja di negara ini adalah lebih bermakna daripada penguatkuasaan dan undang-undang agensi-agensi kerajaan. Apa yang lebih penting ialah keupayaan bagi menjauhi keluarga dan masyarakat kita daripada serangan masalah sosial melalui pengukuhan institusi kekeluargaan. Dalam hal mengukuhkan institusi kekeluargaan, kita harus mengambil berat tentang pendidikan dan kemajuan pelajaran anak-anak. Sikap suka mendengar serta berinteraksi dengan anak-anak secara terbuka dengan memberikan beberapa pandangan supaya dapat meningkatkan pemahaman mereka serta memajukan lagi diri mereka di dalam bidang pelajaran adalah penting. Sungguhpun keperluan kebendaan itu juga penting untuk terus hidup, namun haruslah juga kita berusaha bagi mempertingkatkan pembangunan keluarga dengan nilai-nilai keagamaan sebagai landasan serta nilai-nilai moral dan bersedia untuk menunjukkan komitmen ke arah menangani masalah sosial. Dewasa ini terdapat banyak pengaruh negatif luar di persekitaran kita, namun kita perlu juga berfikar bahawa dalam konteks mendidik anak-anak, pengaruhpengaruh ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap ibubapa. Generasi muda harus dididik dan dipupuk dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia supaya mereka mempunyai kesedaran dan arah yang jelas menghadapi cabaran di masa hadapan. Tetapi apa yang ingin ditegaskan adalah para ibubapa harus bijak memahami kehendak remaja, kerana kita tahu bahawa anak-anak dan remaja pada hari ini amat peka dengan peredaran dan perubahan tanpa mereka sedari bahawa perkara tersebut adalah baik atau sebaliknya. Hanya dengan didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh ibubapa di rumah akan dapat mengelakkan diri mereka dari terjebak dalam pelbagai pangaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat serta boleh mengakibatkan kejadian keruntuhan moral dan sebagainya. 17


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Menyemai nilai kasih sayang di antara sesama insan Generasi yang perlu dipupuk dan diberikan perhatian secukupnya

Saya amat bersetuju dengan konsep ’syurga di bawah telapak kaki ibu’ kerana seorang ibu merupakan orang yang paling banyak berkorban dalam menjaga dan mengasuh anak-anak dari kecil sehingga dewasa serta sanggup bertanggungjawab demi masa depan anak-anak tersebut. Masalah sosial perlu ditangani segera, jika tidak ia akan menggugat apa yang telah dan sedang dicapai hari ini. Sehubungan itu, adalah penting bagi semua pihak memberi tumpuan kepada agenda sosial khususnya yang membabitkan masalah remaja sekarang. Generasi muda masa kini mesti lebih aktif dan membina kekuatan dalaman untuk menempa cabaran dunia yang seba moden nanti. Peranan ibubapa, guru dan kerajaan amat penting dalam memastikan wujudkan generasi yang berwawasan. Generasi muda juga adalah penggerak kemajuan Negara dan semua pihak perlu berusaha supaya generasi muda kita tidak terus hanyut dalam arus serta masalah sosial yang tidak bermanfaat. Penyelesaian dan pendekatan yang perlu dilaksanakan ialah melalui program penerapan dan peningkatan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat terutama generasi muda kita.

Rencana untuk Utusan Malaysia Sambutan bulan kemerdekaan telah pun bermula. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik dan kasih sayang 18


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

terhadap negara. Bukan dengan cara paksaan, tetapi secara sukarela menyambut hari kemerdekaan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, apatah lagi negara kita menyambut ulangtahun ke-53 Kemerdekaan. Di ketika negara merayakan 53 tahun Kemerdekaan, sesuailah masanya untuk seluruh rakyat menunjukkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara dengan perasaan penuh bangga. Menyemai kebanggaan pada bendera merupakan salah satu ciri penting dalam pembinaan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bendera kebangsaan mereka kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara yang dapat membantu usaha-usaha ke arah mempromosikan dan mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dalam negara kita yang berbilang kaum, agama dan budaya ini. Bendera Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriorisme dan adalah penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme ini di kalangan generasi muda. Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah dengan mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera. Menganjurkan kempen ‘Cintakan Bendera Kita’ di sekolah-sekolah, di kalangan anak-anak muda mustahak bagi memberikan mereka kefahaman tentang kepentingan bendera kebangsaan dan maksud di sebaliknya. Dan ini tidak seharusnya diadakan hanya bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan, malah sepanjang tahun. Bagi generasi muda, hari kebangsaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang zaman penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan. Bagi mereka, ia melambangkan pengorbanan serta kebanggaan dengan apa yang telah dicapai selama ini. Walau bagaimanapun, bagi generasi muda, terutamanya mereka yang lahir selepas 1957, kajian yang dijalankan oleh akhbar tempatan tidak lama dahulu menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan anak-anak muda kita mempunyai semangat patriotik, mereka masih tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan. 19


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Bagi mereka hari kemerdekaan hanya merupakan satu lagi cuti am – hari di mana mereka berpeluang bersantai dan beriadah. Hanya segelintir sahaja yang benarbenar memahami maksud hari kemerdekaan ini. Oleh yang demikian, lebih banyak usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar hari kemerdekaan. Setelah memperkatakan mengenai bendera kebangsaan dan pentingnya sebgai simbol negara, mengibar ‘Jalur Gemilang’ bukanlah satu-satunya cara menunjukkan semangat patriotik kepada negara. Rakyat Malaysia boleh memaparkan semangat patriotik mereka dalam kehidupan seharian seumpamanya, dalam pemikiran, percakapan dan tindakan mereka dalam membela dan mempertahankan kepentingan negara. Rakyat Malaysia juga boleh mempamerkan semangat patriotik mereka dengan menyumbangkan pandangan dan pendapat mereka dalam apa yang mereka rasakan baik dan sihat untuk negara. Menyatakan perasaan melalui saluran yang betul merupakan satu hak yang seharusnya diamalkan oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik, yang cintakan kepada negara dan inginkan yang terbaik untuk negara. Dalam pada kita memperingati 53 tahun kemerdekaan, kita hendaklah mengimbas kembali segala usaha kita dalam pembinaan negara pada zaman silam dan bersedia untuk mengharungi cabaran-cabaran yang datang. Rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang bangsa dan agama yang berlainan seharusnya memperbaharui azam mereka untuk membina sebuah Negara yang harmoni, bersatu padu dan progresif yang boleh menjadi kemerdekaan kita bersama. Sambutan Hari Kemerdekaan sepatutnya menjadi tenaga perpaduan yang boleh membawa rakyat yang berbilang kaum bersatu padu ke aras satu matlamat dan bagi merealisasikan 1 Malaysia sebenar.

20


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sebelum budaya masyarakat kita . Mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi

Setelah mencapai kemerdekaan yang ke-53 tahun, kita tidak mempunyai sebarang pilihan lain tetapi untuk berusaha ke arah mencapai 1 Malaysia dengan persefahaman dan perkongsian matlamat bagi seluruh rakyat Malaysia, tanpa menghiraukan kaum, untuk hak penempatan di bawah sinaran matahari Malaysia. 1 Malaysia seharusnya mempunyai elemen utama seperti persefahaman yang sama, hormat-menghormati serta kepercayaan di antara satu sama lain di dalam masyarakat majmuk seperti kita di samping menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara. Marilah kita memastikan setiap rakyat Malaysia berganding bahu dalam membina perpaduan melalui 1 Malaysia. Kita harus mula menyuarakan dalam 1 suara yang merangkumi semua kumpulan ethnic. Marilah kita memberikan komitmen dalam mempromosikan 1 Malaysia berpaksikan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mengira kaum, warna atau fahaman politik masing-masing.

Lee Lam Thye Menulis Dunia kini berhadapan dengan sebuah fenomena yang membimbangkan. Seiring dengan proses pembangunan dan pemodenan yang bertujuan meningkatkan 21


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

taraf hidup rakyat setempat, timbul juga keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan dan moral. Di kebanyakan negara, keruntuhan moral dan nilai-nilai kemanusiaan ini, menimbulkan pelbagai masalah seperti penyalahgunaan dadah, hilang rasa hormat kepada ibubapa dan warga tua, pergaulan bebas serta jenayah di kalangan juvana dan gejala sosial yang lain. Sebagai sebuah negara yang gigih memburu status negara maju, Malaysia tidak terkecuali daripada masalah di atas. Kita bukan sahaja berhadapan dengan masalah di atas, malah pelbagai masalah lain yang berkaitan isu integrasi kaum, perpaduan dan pembinaan bangsa. Tiada hari berlalu tanpa laporan media berkenaan isu atau insiden gejala sosial dan jenayah juvana yang dilakukan oleh generasi muda termasuk pelajar sekolah. Jenayah yang tidak berperikemanusiaan dilakukan, sesetengahnya bersifat zalim dan sesetengah lain tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Ini telah menimbulkan persoalan, apa yang sedang berlaku di masyarakat kita? Di manakah silap kita? Jalan mudah adalah untuk mengambil sikap sambil lewa dan menganggap kes-kes ini hanya bersifat sementara dan diharapkan bahawa kepincangan sementara ini akan berlalu dan kehidupan akan kembali normal seperti sediakala. Tetapi realitinya ialah jenayah masih berlaku, dan berterusan dilakukan oleh golongan bermasalah. Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan, kecuali untuk menentukan punca dan sebab berlakunya jenayah ini, serta mencari jalan penyelesaian yang betul untuk menangani, seterusnya menghapuskannya. Jika peningkatan kadar jenayah merupakan kos yang perlu kita tanggung demi pembangunan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menangani aspek negatif pembangunan ini. Baru-baru ini negara kita turut dikejutkan dengan beberapa kejadian jenayah seperti rogol, liwat dan pembunuhan kejam. Lebih menyedihkan apabila terdapat

22


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

pelajar sekolah yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka turut menjadi mangsa. Orang ramai akan menyuarakan rasa marah apabila terjadinya kejadian sebegini, tetapi sejauhmanakah kita boleh berusaha dalam menangani dan mencari jalan penyelesaian dalam isu ini. Perlakuan ganas oleh penjenayah itu tidak mencerminkan budaya masyarakat kita yang sebenar dan seharusnya kita berusaha untuk membendungnya daripada terus menular. Kini sudah tiba masanya bagi kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berusahasama membanteras jenayah dan juga turut mengenalpasti punca berlakunya jenayah, terutamanya jenayah kekerasan. Kita perlu menangani budaya ganas ini secara keseluruhannya kerana ia telah mula menular di dalam masyarakat. Aski-aksi ganas sudah menjadi santapan harian bagi golongan muda dan kanakkanak. Keganasan, perasaan dendam dan kezaliman sudah menjadi perkara biasa yang banyak diselitkan di dalam filem, apatah lagi menerusi rangkaian televisyen satelit. Aksi-aksi seperti ini semenangnya sangat menarik minat penonton. Siri kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak pun turut menyelitkan aksi ganas. Oleh itu, kecenderungan dan pengaruh kepada unsur-unsur keganasan semestinya dibendung jika kita serius untuk menangani masalah ini. Bagaimanakah kita akan menangani situasi ini? Saya berpendapat kita memerlukan satu program besar-besaran yang bertujuan untuk menanam nilai-nilai murni di kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya di kalangan belia dan remaja. Nilai-nilai murni seperti ketaatan terhadap ibubapa, hormat kepada warga tua, kesabaran, persefahaman dan lain-lain tidak hanya diajar dalam suasana formal bilk darjah.

23


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Ia juga boleh diterapkan melalui media lain seperti drama muzik yang akan membuat generasi muda kita berfikir tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kepentingannya dalam melahirkan keyakinan dan penghormatan diri. Dalam hal ini, sekolah juga boleh berusaha menerapkan nilai ini melalui penggunaan drama dan lagu. Terdapat dua objektif utama. Pertamanya ialah untuk membantu negara dalam menangani keruntuhan moral dengan menghantar mesej nilai murni yang padu kepada generasi muda dan keduanya ialah untuk menangani masalah polarisasi kaum dengan menggalakkan penyertaan dari pelajar berbilang kaum. Penumpuan terhadap nilai-nilai kemanusiaan ini akan membantu dalam menghadapi gejala sosial dalam masyarakat kita yang berpunca daripada keruntuhan moral. Nilai kemanusiaan yang murni beserta ikatan kekeluargaan yang kukuh merupakan kunci untuk membina masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Dalam berhadapan dengan pelbagai gejala sosial, keperluan untuk nilai kemanusiaan dan kekuatan ikatan kekeluargaan menjadi semakin tinggi. Dalam membanteras gejala sosial ini, penguatkuasaan undang-undang, walaupun penting, tidak mencukupi. Kita harus menangani gejala ini dengan usaha yang lebih gigih untuk menggalakkan kesedaran tentang kepentingan nilai-nilai kemanusiaan sebagai tindakan yang proaktif untuk kebaikan masyarakat kita demi kepentingan masa hadapan negara kita.

TAN SRI LEE LAM THYE

24




Kesantunan Berbahasa Dato’ A. Aziz Deraman*

Mukadimah Perubahan politik, ekonomi dan kehidupan sosio-budaya dunia khususnya di Barat, Amerika Syarikat dan di beberapa negara lain termasuk Malaysia pada abad ke-21 sekarang ini mungkin membawa sesuatu yang pragmatik dan optimistik atau sebaliknya. Isu-isu globalisasi dan liberalisasi serta akibat ke atas kehidupan peradaban dan kebudayaan pada era pasca-modenisme masih bermain di fikiran kita. Kekadang timbul semacam kebimbangan, hilang keyakinan, sikap pesimistik yang keterlaluan. Pengaruh negatif kesarwajagatan dan liberalisasi dikatakan akan membawa bahana yang boleh memupuskan sesebuah peradaban dan kebudayaan lain. Bangsa Melayu zaman berzaman dikenali dengan sifat ramah mesranya, lemah lembutnya, sopan santunnya, dan budi bahasanya. Bangsa-bangsa lain sejak dahulu amat menyenangi bangsa Melayu dan tamadunnya kerana keistimewaan sifatsifat itu. Kini kita kurang pasti sama ada negara dan bangsa Malaysia kita sedang mengamalkan kehidupan kebudayaan tinggi atau sebaliknya. Pengungkapan pemikiran tinggi melalui kepersisan dan kesantunan bahasa amat penting sekali.

* [Dato’ Haji A Aziz Deraman ialah Mantan Ketua Pengarah DBP (1994-2004), Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan (1981-1989) dan Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (2007-2009 serta terlibat dalam pelbagai pertubuhan sukarela dan institusi bahasa, sastera dan budaya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa]. adeputragong@yahoo.com


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Keupayaan itu akan menunjukkan sama ada sesuatu bangsa dan bahasanya itu dapat menunjukkan ketinggian pemikiran atau sebaliknya. Pada zaman globalisasi ini, kita sering mendengar isu-isu kebejatan sosial dan keruntuhan akhlak. Media cetak dan media elektronik semakin luntur falsafah matlamat pembinaan bangsa dan kelihatan mengabaikan tanggung jawab sosio-budaya ini. Pengaruh budaya negatif hedonisme yang mudah diterima generasi muda itu tersebar luas, dan dalam tempoh yang tidak lama boleh merosakkan akal budi mereka. Bahasa merupakan wahana komunikasi yang paling cekap dan berkesan dalam membangunkan bangsa dan negara. Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita menyatakan kasih cinta dan dengannya pula kita mengisytiharkan perang. Pendeknya, bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran pandang dunia (world view) kita. Maka bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya. Kesantunan berbahasa boleh menunjukkan tahap sesebuah tamadun. Bahasa bukan semata-mata sistem linguitik tetapi sistem budaya dan kognitif. Bahasa akan mempengaruhi fikiran dan pemikiran sesuatu bangsa kerana di dalamnya terkandung konsep bahasa tinggi dan kemahiran berbahasa. Kesantuan juga membawa makna amalan kebudayaan yang menunjukkan nilai-nilai adab dan adat atau amalan warisan yang baik. Kecanggihan sistemnya boleh dilihat melalui tahap kemajuan luaran dan dalamannya dari sudut kekuatan politik, kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial dan jati diri kebudayaannya. Kebudayaan tinggi boleh tercerna dalam falsafah, pemikiran, nilai dan norma, aspek kesenian dan kebendaan sesuatu bangsa. Falsafah dan pemikiran pula mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bahasa dan persuratan kerana ketinggian akal budi, komunikasi, alat kesatuan dan pemersatuan bangsa adalah terjadi oleh adanya bahasa.

Kesantunan Berbahasa Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam manusia berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi komunikasi antara individu atau kumpulan. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat itu 18


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Antara aksi deklamasi puisi yang dipersembahkan

pula dipengaruhi nilai dan norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya: ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita yakini bahawa bahasa adalah buah fikiran dan alat penyampaian perasaan, maka cara berbahasa akan dikaitkan dengan keupayaan kita berfikir. Ini bermakna kesantunan berbahasa menjadi citra gambaran minda dan budaya masyarakatnya sehingga kepada individu atau seseorang. Dalam konsep bahasa Melayu tinggi, kesantunannya dapat disaksikan melalui ragam bahasa, sama ada lisan atau tulisan, tahap penguasaan dan penggunaan serta pengolahan dan mutu bahasa. Kemahiran berbahasa ada kaitannya dengan komunikasi, membaca, berfikir, berkerjasama dan berbudaya. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan penanda-penanda santun atau sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesopanan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Kesantunan berbahasa itu harus berlaku merentasi zaman dan menjadi wahana mendepani pengaruh globalisasi. 19


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan. Bangsa Melayu beragama Islam. Islam menganjurkan kepada penganutnya agar bertutur dengan baik dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang keji atau jahat. Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya agar mengetahui selok-belok ilmu bahasa kerana melalui bahasalah ilmu-ilmu lain dapat diperoleh dengan mudah. Bukan itu sahaja bahkan Rasulullah juga dikenali sebagai orang yang jujur dan menjaga tutur katanya. Beliau pernah digelar al-Amin kerana kejujuran dan kesantunan Baginda itu. Malahan ada maksud firman Allah SWT “Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi (yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” –Surah an-Nisa’ 4: 148. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara.” Hadis ini menunjukkan bahawa agama Islam menggalakkan manusia itu bersopan-santun dalam semua perkara. Kedatangan Islam di Alam Melayu telah membentuk suatu keperibadian bangsa Melayu bersandarkan ajaran agama yang didasari oleh rasionalisme dan intelektualisme. Keindahan dan kebaikannya begitu rapat dengan bangsa Melayu sehingga bahasa Melayu juga kini dikenali sebagai salah satu bahasa agama Islam.

Beberapa Aspek Kesantunan Berbahasa Ada beberapa pendekatan yang boleh diambil apabila dikaitkan kesantunan berbahasa dengan peradaban. Kita boleh membicarakan penggunaan bahasa itu dalam tahap budaya atau tahap fungsional (Abdullah Hassan: 2009). Tahap budaya menunjukkan bagaimana penguasaannya begitu berbudaya, berbudi bahasa dan penuh kesantunan. Pada bahasa bersifat lisan, ia akan mempunyai unsur-unsur seperti unsur tempatan, unsur individu yang datang dari dialek, digunakan secara bersahaja. Tahap fungsional ada kaitan dengan pelaksanaan tugas dalam konteks 20


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Amalan bersopan santun, berbudi bahasa, menjadi amalan rakyat Malaysia

bahasa lisan dan tulisan, biasanya terkawal dan dalam keadaan rasmi seperti bacaan berita radio atau telivisyen, khutbah, persidangan, majlis, sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang menggunakan bahasa lisan fungsional. Bahasa tulisan fungsional adalah bahasa yang tertulis dalam majalah, laporan, esei, kajian, akhbar dan majalah. Dalam konteks pendekatan bahasa per se seperti sapaan dalam bahasa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa istana, atau pendekatan sastera dan budaya sebagai isi sesuatu tamadun itu misalnya kebijakan dan kebijaksanaan Melayu dengan menggunakan bahasa dalam bentuk puisi seperti pantun dan syair dalam konteks sasteranya atau penggunaan kiasan dalam peribahasa, perumpamaan, pepatah, petitih dan dalam aspek budi bahasa dan nilai-nilai budaya. Di sini akan cuba dilihat tiga pendekatannya yakni dalam aspek-aspek bahasa, sastera dan budaya tadi.

Kesantunan Berbahasa: Aspek Bahasa Di sini diperturunkan sebahagian pandangan yang meliputi pemerhatian tentang kesantunanberbahasa. Sebagai salah satu aspek komponen sosiolinguistik dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa, kesantunan bahasa seperti yang disebutkan tadi ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam manusia berbahasa yang sering kali dapat dilihat dalam interaksi komunikasi antara individu atau kumpulan. Soalnya kenapa kini kelihatan kesantunan bahasa semakin kurang 21


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

diamalkan ketika berkomunikasi, walhal bahasa halus itu akan mendidik adab, sahsiah, semangat, dan tata tertib seseorang manusia penuturnya. Kesantunan Bahasa dapat kita perhatikan dalam: 1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. 4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. 6. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, beta, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, mohon ampuni perkenan dan sebagainya. 7. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. 8. Lihat contoh berikut: Pak (digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah kendiri); Mak (digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri); Tok (digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri; Abang (digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak sama kendiri); Kakak (digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri); Adik (digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri). Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik. 9. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Uda, Mak Uda, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su). Gabungan nama kekeluargaan asas Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah 22


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 10. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja. 11. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan (digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed); Encik, Cik (boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad); Puan (untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya); Saudara (digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya; Saudari (digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara); Tetuan (hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.). 12. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor, Kelantan), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu), Ungku (Johor). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pattani), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu). Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed atau Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).Â

23


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

13. Gelaran Kurniaan: Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Dato’ (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada Datuk di Terengganu). Pendeta Za’ba (gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-III (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj atau Bapa Pembangunan kepada Tun Abdul Razak. 14. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + Keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + Warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f ) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman. 15. Rujukan Hormat: Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

24

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB)

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Balu Raja

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Maha Mulia (YMM)

Raja Muda atau Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia (DYTM atau YTM)

Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan

Yang Amat Mulia (YAM) Yang Mulia (YM)

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat (YAB)

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat (YB)


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun, Toh Puan

Yang Berhormat Mulia (YBM) Yang Amat Berbahagia (YAB)

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal

Yang Berbahagia (Y Bhg)

Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim, Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Amat Arif (YAA) Yang Amat Setia (YAS) Yang Arif (YA) Sahibul Samahah (SS) Yang Berusaha (Y Brs)

Kesimpulannya kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu. Kecemerlangan akademik seseorang itu belum tentu menjadikannya seorang berbudaya tinggi sekiranya akhlak dan adab, sifat keperibadian, nilai kepimpinan dan semangatnya termasuk jiwa patriotik dan kesayangan kepada keluarga, bangsa, watannya tidak seberapa.

Kesantunan Berbahasa: Aspek Sastera Dalam aspek sastera kita dapat lihat kaitan kesantunan berbahasa dengan kebijakan dan kebijaksanaan Melayu. Kaitannya mungkin agak aneh bagi sesetengah orang kerana belum pernah terdengar ada yang berbuat demikian. Pada penulis kesantunan berbahasa melalui sastera ikut menggambarkan akan kebijakan dan kebijaksanaan Melayu tadi yang boleh kita perhatikan dalam simpulan bahasa atau ungkapan, peribahasa, bidalan dan perumpamaan, bahasa kiasan, berbagaibagai ragaman bahasa seperti bahasa sindiran, bahasa jenaka dan sebagainya. Demikian juga dalam karangan berangkap yakni puisi seperti pantun, syair, bait, nazam atau bentuk-bentuk lain seperti gurindam, seloka dan puisi moden (sajak). Ini menunjukkan kesantunan berbahasa ada di dalam persuratan Melayu. Persuratan merupakan korpus tamadun yang penting. Korpus itu maknanya himpunan pemikiran dan hal yang demikian tidak terkecuali bagi persuratan Melayu yang memuatkan kehidupan politik, ekonomi, sosial tradisional Melayu 25


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dan aspek-aspek kebudayaan yang berhubung dengan idea, falsafah, bahasa, sastera, kesenian, nilai, norma, adat resam, aspek kebendaan dan warisan budaya yang lain. Maka tidaklah menghairankan kenapa minda Melayu itu boleh kita telusuri dalam tradisi sastera mereka yang lain seperti sastera hikayat: Anggun Che Tunggal, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Dewa Mandu, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Isma Yatim, Misa Melayu dsb. Dua lagi genius dan karya agung Melayu adalah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Peradaban dan ketatanegaraan Melayu akan lebih mudah difahami melalui kedua-dua teks karya agung ini. Bahkan kebijakan Melayu boleh diperiksa lagi dalam Cerita Jenaka Melayu: Pak Pandir, Pak Kadok, Antara buku sejarah Melayu Lebai Malang, Musang Berjanggut dan sebagainya. Dalam seluruh teks sastera Melayu itu digambarkan tamadun Melayu dengan segala nilai-nilai dan tradisi kehidupan mereka selain dari dapat dikenali latar alam manusia, geobudaya, flora dan fauna, pantai, laut, desa, darat atau sebagainya. Za’ba dalam Ilmu Mengarang Melayu [1934/ Ed. Ke 2 DBP: 2002] telah menghuraikan kesemua jenis tersebut sebagai cabang-cabang tinggi dalam bahasa. Bagi penulis kesemua jenisnya itu dapat dianggapkan bagaimana kesantunan berbahasa terjadi menurut pilihan penutur asal bahasa Melayu, sesuatu yang sangat unik lagi istimewa dari ciptaan akal budi Melayu. Maknanya bangsa Melayu mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan buah fikiran mereka, tidak semestinya secara langsung dengan penggunaan bahasa biasa, kerana dalam konteks tertentu ada keperluan bagi mereka mengemukakan teguran, nasihat, perasaan, idea dalam cara tertentu mengikut perhubungan subjeknya dalam bahasa yang indah sekali. Hal ini menunjukkan bahawa kesantunan itu sentiasa dipelihara dan bangsa Melayu sudah menyedari akan hakikat psikologi tinggi manusia. Tamadun bangsa itu terbentuk antaranya dicirikan melalui aspek-aspek sedemikian rupa yakni bahasa dan pemikiran. 26


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Simpulan bahasa atau ungkapan misalnya merupakan rangkaian perkataan yang telah tetap tersimpul dengan susunan dan erti yang khas. Simpulan Bahasa itu terbentuk dari perbandingan atau cerita yang masyhur seperti simpulan yang menyebut ‘Mat Jenin, Nakhoda Kasap, Abu Jahal’; daripada Bahasa Kiasan seperti ‘istana rupa, berat mulut’; terbit daripada kepercayaan seperti ‘harimau berantai, buruk siku’ dan mungkin juga daripada kebiasaan atau resaman bahasa seperti ‘beri muka, ada hati’. Contoh-contoh lain yang lazim digunakan seperti ‘akal kancil, naik angin, anak gahara, kepala angin, ajak-ajak ayam, hati batu, biawak hidup, buah tangan, buaya darat, datang bulan, bunting pelamin, membabi buta, cincin tanda, gila bahasa, bergolok bergadai, busuk hati, nyawa-nyawa ikan, mandi kerbau’ dan ratusan lagi. Peribahasa biasanya segala susunan cakap yang melekat di bibir masyarakat digunakan sebagai bandingan, teladan dan pengajaran berupa bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan, ada yang bererti selapis dan ada bermakna dua lapis. Kita biasa mendengar ‘biar lambat asalkan selamat; alah membeli menang memakai; kata dikotakan’ atau Perbilangan seperti ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak; Mengaji daripada alif, membilang daripada esa, sakit bermula mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal’; atau yang bermakna dua lapis ‘seperti katak di bawah tempurung, seperti kaca jatuh ke batu, bagai gergaji dua mata; sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain; kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau; rosak bawang ditimpa jambak; memasang lukah di pergentingan’ dan ribuan lagi. Peribahasa yang menunjukkan nilai-nilai gotong royong, kerjasama, muafakat, perjuangan misalnya: ‘Pisang sesikat sayur sebelanga, tanda muafakat makan bersama’; ‘Gunung yang tinggi sama didaki, lurah yang dalam sama dituruni’; ‘Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’; ‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’; ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan bisa dapat sagunya’. Bahasa Kiasan boleh diperhatikan dalam kiasan sandar seperti ‘mandi kerbau, pekak badak’; Kiasan Terus seperti ‘ayam tambatan, kutu embun’; Kiasan Berangkap seperti ‘sudah gaharu cendana pula, sebab pulut santan binasa’; Kiasan Berbunga seperti ‘selimut kemalasan, benih kemajuan, hatinya tengah mendidih, marah bernyala-nyala’. Malahan bermacam-macam lagi bahasa kiasan. Kalau diperhatikan dalam Tamsil dengan makna misalan yang berkias seperti ‘Macam daun terap bunyinya degah-degoh, tetapi jatuh ke tanah berdesir sahaja, bawa resmi padi: makin berisi makin merunduk’; kalau dalam Ibarat yang biasanya kedapatan 27


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dalam pantun kanak-kanak seperti ‘kalau tuan pandai ibarat, apa binatang keris di kaki?. Selain daripada Peribahasa dan Bahasa Kiasan, masyarakat Melayu juga ada beberapa jenis ragaman khas bagi menguatkan tujuan kata dengan Bahasa Sindiran, Bahasa Menggiat, Bahasa Mengejek, Bahasa Terbalik, Bahasa Tempelak, Bahasa Herdik, Bahasa Melampau, Bahasa Berulang, Bahasa Bertimbal dan sebagainya. (Kesemuanya dapat dirujuk dalam Za’ba: DBP 2002). Dalam kebijakan dan kebijaksanaan Melayu itu, pantun adalah genius Melayu yang ulung. Pantun merupakan korpus Melayu yang sangat penting kerana jiwa raga, pemikiran dan falsafah, pandang dunia dan keupayaan Melayu boleh dikaji melalui pantun. Struktur antara ‘pembayang’ dengan ‘maksud’ di dalam sesebuah pantun cukup memberikan maklumat tentang kebijakan, kecekapan, penguasaan bahasa dan tanggapan tentang alam dengan kehidupan mereka, misalnya tentang flora dan fauna. Pantun merupakan korpus bahasa, sastera dan budaya tersendiri. Pantun adalah karya agung Melayu, suatu bentuk puisi istimewa yang mendukungi ukuran tentang lambang dan pesanan, nilai seni dan budaya, nilai ilmu, teknik kepengarangan dengan struktur, tema, mesej dan fungsi tertentu. Pantun merujuk kepada sesuatu yang teratur, lurus untuk memimpin, mendidik, mengasuh dan memberikan panduan. [Harun Mat Piah: 2001]. Kalau diambil contoh pantun Keagamaan, maka di dalamnya dijelaskan soal hidup semasa, soal menuntut ilmu, soal beramal, hubungan sesama insan, hubungan manusia sebangsa, seagama, senegara, sekeluarga, semasyarakat. Generasi muda seharusnya kembali meneliti kebaikan-kebaikan genre ini dan berusaha mendekatkan diri serta mengamalkannya dalam pengungkapan pemikiran tinggi. Kesantunan berbahasa seperti sudah kepupusan ungkapan yang baik seperti ini dalam bicara rasmi atau tidak rasmi. Contoh pantun agama: Kapal Anjiman dari China Singgah bermuat papan jati Amal dan iman biar sempurna Tidaklah jadi sesal di hati Halia ini tanam-tanaman Ke Barat juga condong tumbuhnya Dunia ini pinjam-pinjaman Akhirat juga akan sungguhnya. 28


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Fahaman, tasawuf, sufisme, ilmu suluk: Pucuk pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Sungguh jauh di negeri satu Hilang di mata di hati jangan Biduk laksamana menuju barat Arus menyongsong dari haluan Pakailah dunia untuk akhirat Harta yang banyak bakal rebutan Mendapat hidayat, petunjuk, jalan lurus: Hamzah Fansuri di dalam Mekah Mencari Tuhan di Baitul Ka’bah Di Barus ke Kudus terlalu payah Akhirnya dapat di dalam rumah Pahat mana yang kita pegang Pahat besi bergagang kayu Adat mana yang kita pegang Adat jati orang Melayu Tentang rahmat: Limau purut di luar pagar Rimbun putik dengan bunganya Hujan ribut padang terbakar Embun setitik padam apinya. Ikatan Bangsa: Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa: Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa. 29


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Duduk berbual diremang senja Angin taufan bertiup kencang Kalau kapal dua nakhoda Alamat karam dipukul gelombang Lancang kuning belayar malam Haluan menuju ke laut dalam Kalau nakhoda kuranglah faham Alamat kapal akan tenggelam Pulau Pinang bandar baharu Francis Light menjadi raja Kalau terkenang nasib bangsaku Menitis sebak siair mata. Peribahasa dalam pantun: Batang tengar dibuat rakit Rotan di dahan belah-belahkan Jangan mendengar guruh dilangit Air ditempayan maka dicurahkan Dang Nila memangku puan Berembang buah pedada Apakah gila bagimu tuan Burung terbang dipipiskan lada Sudah gaharu cendana pula Emas kemilau di dalam puan Sudah tahu bertanya pula Hendak bergurau gerangan tuan Bangsal di hulu kerapatan Sayang durian gugur bunganya Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian apa gunanya.

30


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Tentang budi: Hemat-hemat makan keladi Keladi itu ada miangnya Hemat-hemat termakan budi Budi itu ada hutangnya Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan di kandung tanah Budi yang baik dikenang juga Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Ayam rintik di tepi hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga Pantun kasih sayang: Anak Cina memasang luka Lukah dipasang di Tanjung jati Kasih hamba takkan berubah Bagaikan rambut bersimpul mati Anak merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuk Hendak berkubur di tapak tangan Mari kita memetik bunga Bawa itu bunga penawar dari hati Wahai Cik Adik abang bertanya Cincin di jari siapa yang beri 31


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Pantun terus kekal dan berkembang di dalam masyarakat sejak zaman berzaman. Pantun dilagukan dalam rentak lagu-lagu asli, langgam, inang, joget, zapin, atau disampaikan melalui persembahan ghazal, dondang sayang, dikir barat, bermukun di Sarawak atau diungkapkan di majlis-majlis sosial dan rasmi bagi menyatakan sesuatu dengan lebih beradab dan bersopan. Di dalam tamadun Melayu kedapatan juga Ungkapan Kiasan yang lain, berbentuk puisi, bersajak yang pernah diperturunkan secara lisan dalam penglipur lara Melayu untuk menyatakan fikiran, perasaan, sindiran, nasihat dan sebagainya secara halus agar tidak menimbulkan keresahan dan kemurkaan mereka yang berkenaan. Ungkapan ini menandakan betapa hebatnya masyarakat dahulu mengungkapkan pemikiran tinggi mereka dengan tepat dan santun. Misalnya: Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai; Ada nasi di curahkan, Awak pulang kebuluran; Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang; Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan; Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput; Ada rumah bertandang duduk. Emak Si Randang Baik budi emak Si Randang; Dagang lalu ditanakkan, Tidak berkayu rumah diruntuh, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui.

32


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Martabat Ilmu Martabat ilmu amat tingginya, Emas dan intan bukan bandingnya: Barang siapa mendapat dianya, Nikmat sejahtera jua kiranya. Berkat Ilmu, “akulah sultan”, Kuasa perintahku darat lautan” Jahil berseru, “akulah syaitan, Ikutlah aku merata hutan”. Harga Nasihat dan Akal Sepatah pengajaran menambahi akal, Baik daripada emas berbungkal: Adanya lama disimpan kekal, Terimalah dengan hati yang pukal. Akal itulah perdu yang setia, Memberi pedoman kepada manusia; Lamun di pakai dengan setia, Dunia akhirat dapat bahagia. Muafakat dan Adat Kelebihan Nabi dengan mukjizat, Kelebihan umat dengan muafakat, Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Tatkala kecil bernama muafakat, Tatkala besar bernama adat, Si raja adat kepada muafakat. Air melurut dengan bendarnya, Benar melurut dengan muafakatnya, Negeri bertumbuh dengan adatnya. Muafakat lalu di dalam gelap, Adat lalu di tengah terang; Hutang darah di balas darah, Hilang adat kerana muafakat. 33


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kutipan di atas merupakan beberapa contoh kebijakan dan kebijaksanaan Melayu dalam berbahasa dan berjiwa bangsa. Ada ribuan peribahasa, perumpamaan, pepatah petitih, bahasa kiasan dan puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, ungkapan dan sebagainya yang boleh dicari, dibaca, dikaji tentang pelbagai aspek kehidupan manusia. Semuanya menunjukkan bagaimana bahasa digunakan begitu santun buat menyatakan fikiran dan perasaan, perlakuan masyarakat dan nilai-nilai budaya di semua peringkat, dari kanak-kanak sehingga dewasa meliputi bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan dalam segala perbandingannya yang unik. Kesantunan Berbahasa: Aspek Budaya Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa. Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan nilai-nilai budaya tentang budi seseorang dan ketinggian bangsa kerana bahasanya. Bahasa adalah aspek kebudayaan yang utama kerana bahasa menjadi asas pembinaan kebudayaan atau tamadun. Nilai dapat kita ertikan sebagai suatu konsep yang menjadi asas oleh masyarakat untuk mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan perilaku tentang seseorang atau kelompok sebagai baik, berharga dan bernilai. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tataterttib, akal, kebijaksanaan, dan perbuatan, kebajikan yang tercantum dalam kata-kata yang baik lagi mulia. Setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mhupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain.

34


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Jadi kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Kesantunan berbahasa dalam konteks aspek budaya banyak menjurus kepada nilai budaya dan budi bahasa. Ada kata-kata kunci atau akar kata atau makna terhadap penggunaan bahasa tertentu yang memperlihatkan kesantunan tersendiri. Penghayatan katakata dan maknanya itu menjadi sesuatu yang sangat penting dan utama, kerana tidak semua kata dipilih dan digunakan untuk aspek nilai-nilai budaya ini. Pengamalan nilai-nilai murni kesopanan dan kesusilaan dan budi bahasa menjadi sangat penting terutama bagi negara yang warganya terdiri dari pelbagai kaum dan etnik seperti Malaysia. Aspirasi kebudayaan kebangsaan antara lainnya adalah tentang pemupukan dan perkongsian persamaan nilai yang merentasi kaum dan wilayah. Ada nilai-nilai rakyat asal dalam erti kata kebudayaan Melayu besar yang sememangnya sudah menjadi amalan dan ada nilai-nilai universal yang sesuai dan wajar untuk diterima. Maka nilai-nilai murni dan budi bahasa boleh melahirkan rasa saling menghormati antara satu sama lain. Kesantunan berbahasa perlu bagi membina masyarakat yang maju dalam moral dan akhlak. Hal ini menggambarkan bahawa pembangunan yang seimbang bukan sahaja mengambil kira dimensi ekonomi tetapi juga akal budi dan mentaliti masyarakat dengan masyarakat yang bermoral dan berakhlak mulia. Umumnya nilai-nilai budaya murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat merentasi individu, kekeluargaan dan komuniti bersifat kebangsaan dan sejagat yang dituntut oleh agama dan kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Katakata tertentu sememangnya mendukung makna kesantunan hidup manusia yang bersifat nilai-nilai terpuji (mahmudah) yang makruf sifatnya, bukan nilai-nilai keji (mazmumah) yang mungkar. Antara nilai-nilai itu boleh diperhatikan dalam soal Benar (jujur dalam melaksanakan tanggungjawab, bercakap benar dan menepati janji, bertindak berasaskan profesionalisme, patuh dan setia, sanggup menerima teguran dan nasihat); Amanah (menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya); Tanggungjawab (melakukan tugas dengan kesedaran implikasi baik dan buruknya, berwaspada dan jujur); Berdisiplin (mengetahui kepentingan dan mengutamakan keutamaan, mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi); Ikhlas (berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan daripada manusia, mengikis 35


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

kepentingan diri sebagai asas pengisian amanah); Bersyukur (bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai anggota masyarakat, tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat); Bertimbang rasa (menaruh rasa sokongan simpati tanpa mengira kaum atau kelompok; Berperibadi mulia (bermanis muka sepanjang masa, bertolak ansur, menghormati hubungan sesama manusia); Bermuafakat (dalam pepatah Melayu disebut ‘Muafakat Membawa Berkat’ membawa makna kesepakatan dan perkongsian usaha yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia bahkan mengeratkan lagi perpaduan); Toleransi (sikap bertolak ansur tetapi tidak sehingga memudaratkan, dan boleh membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat); Bekerjasama (mengamalkan sikap tolong menolong dalam dalam melaksanakan kerja, sentiasa bersukarela menyertasi kegiatan organisasi sosial dan sebahagiannya mempertingkatkan semangat muafakat dan gotong royong); Bersatu padu (rasa bersama, amalan berterusan nilai murni dan nilai-nilai perpadun masyarakat); Beretika (nilai budi pekerti yang tinggi berasaskan pedoman tertentu); Tidak mementingkan diri sendiri (kaya dengan budi pekerti, teguh mengamalkan nilai-nilai yang baik dan mengetepikan kepentingan sendiri); Tiada curiga dan syak wasangka (yakni sentiasa memiliki perasaan baik sangka). Kesopanan berbahasa akan menunjukkan setiap aspek nilai-nilai murni itu dalam ungkapan yang indah yang menggambarkan masyarakatnya berbudi bahasa, harmoni, tahu akan implikasi baik dan buruknya, selalu berwaspada dan jujur. Rukun Negara menetapkan salah satu prinsipnya ialah kesopanan dan kesusilaan. Ini jelas menunjukkan tuntutan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Sayangnya falsafah Rukun Negara tidak dihayati secara mendalam bahkan pengamalan prinsip-prinsipnya kian dipinggirkan. Penghayatan menyeluruh terhadapnya mungkin sahaja akan membantu pembentukan masyarakat dan tamadun bangsa dengan keagamaan, ketaatsetiaan yang padu, menjulangi keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang. Kesopanan itu sudah terangkum di dalamnya suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Bangsa Malaysia seharusnya bersama berusaha mencapai tahap kehidupan yang serba melengkapi dengan amalan memupuk nilai kesopanan dan kesusilaan di mana sahaja mereka berada, di rumah, di sekolah, di tempat kerja, di kota, di desa atau pun di tempat-tempat awam. Dari cara seseorang itu bertegur sapa, berinteraksi hingga bagaimana menjawab panggilan telefon atau menjaga harta benda awam 36


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

menuntut amalan berbudi bahasa dan kesantunan berbahasa setiap kali urusan mengenainya dilakukan. Bangsa Melayu mempunyai kebijakan dan kebijaksanaan bagaimana menyatakan aspirasi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Untuk itulah maka ‘gambaran’ terhadap pemimpin dan kepemimpinan sangat penting. Seseorang pemimpin adalah seorang ketua, maka ciri-ciri dan nilai-nilai kepemimpinan sentiasa dikaitkan dengan latar budaya dan kehidupan kemasyarakatan mereka. Bangsa Melayu kerana kehalusan budinya mungkin tidak secara keras menyuarakan itu dan ini, tetapi menggunakan kesantunan berbahasa dengan bahasa bangsanya sendiri bagi menyatakan perasaan dan fikiran. Maka pengkaji seperti Tenas Effendy [DBP:2000] telah menurunkan tafsiran dan ciri-ciri kepimpinan Melayu dengan mendalam dan sangat berguna diperhatikan oleh kita. Siapakah pemimpin?. Pemimpin, lazimnya disebut “orang yang di tuakan” oleh kaum dan bangsanya. Bagi Tenas Effendy (DBP:2000), pemimpin perlu dekat dengan umatnya, sebagaimana tercermin dalam ungkapan: Yang didahulukan selangkah Yang ditinggikan seranting. Yang dilebihkan serambut Yang dimuliakan sekuku. Ungkapan ini dengan tegas menunjukkan, bahawa antara pemimpin dengan rakyat, jaraknya sekadar “didahulukan selangkah dan ditinggikan seranting”, sehingga mudah di jangkau dan dihubungi. Bahkan, dalam ungkapan adat yang lain ditegaskan lagi, “jauhnya tidak berjarak, dekatnya tidak berantara”. Dengan demikian, akan terjalin hubungan yang akrab antara pemimpin dengan rakyat yang menumbuhkan keakraban dan kesebatian sebagaimana disebutkan dalam ungkapan “bagaikan aur dengan tebing, bagaikan kuku dengan isi, bagaikan mata putih dengan mata hitam”.

Yang diberikan kepercayaan Yang diberikan kekuasaan Yang diberikan berat beban Yang diberikan tanggungjawab Yang diikat janji dan sumpah Yang disimpai petua amanah. 37


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Ungkapan di atas menunjukkan seorang pemimpin adalah orang yang diberi kepercayaan dan kekuasaan penuh oleh pengikutnya, agar mampu melaksanakan tugas beratnya itu bagi kesejahteraan rakyatnya. Untuk mengikat agar pemimpin tidak berlaku sewenang-wenangnya, maka seseorang pemimpin itu diminta untuk berjanji, bersumpah dan disimpai dengan petua amanah yang wajib ditaatinya. Yang dikemukakan oleh rakyatnya Yang dimuliakan oleh kaumnya Yang didudukkan pada patutnya Yang ditegakkan pada layaknya Yang dikukuhkan dengan adatnya Yang ditinggikan dari orang banyak Yang didahulukan dari orang ramai Yang diutamakan dari orang biasa Sesuai menurut adat lembaga. Seorang pemimpin tentulah terkemuka, ternama, diutamakan rakyat, diberikan penghormatan sesuai menurut patutnya selaras dengan undang-undang, hukum (hukum agama dan tradisi adat) serta norma sosial amalan bangsanya.

Kesimpulan Zaman globalisasi adalah zaman pertarungan minda dan persaingan kehidupan. Untuk menuju kegemilangan peradaban, bangsa Melayu dan negara Malaysia atau negara-negara serumpun berbahasa Melayu seharusnya kembali mengukuhkan tradisi keilmuan dan sumber daya manusia yang mahir dan berpengetahuan. Bangsa Malaysia dan umat Melayu-Islam perlu memeriksa peralihan minda dan sikap yang mengejar kecemerlangan dengan mendukung kekuatan dan keupayaaan tradisi melalui bahasa negara sendiri, disamping mengambil yang terbaik, sesuai dan wajar dari tradisi luar termasuk barat dan timur. Keluhuran etika dan amalan nilai-nilai murni, upaya kerja ke arah kejayaan (al-falah), kepemimpinan (kolektif dan komited), hikmah (guna model sendiri), kesederhanaan (ummatan wasatha), menyemarakkan syiar Islam dan kebudayaan Melayu adalah antara aspek-aspek yang perlu didorongkan ke arah mengangkatkan tamadun bangsa dan negara. Tamadun atau peradaban itu memiliki dua gambaran yakni gambaran fizikal dalam erti adanya kemajuan atau sesuatu ciptaan yang bersifat kebendaan; dan 38


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

gambaran rohaniah dalam erti adanya perkongsian kejiwaan, semangat, nilainilai budaya murni, daya juang dan daya saing yang kuat. Kesantunan berbahasa adalah salah satu perkara pokok kehidupan kebudayaan. Mana-mana orang Islam atau warga Malaysia tanpa amalan kesantunan berbahasa akan luntur ketinggian akhlak, budi pekerti dan penghayatan nilai-nilai sahsiah dalam pembangunan diri. Kesantunan berbahasa akan banyak membantu kelahiran tamadun bangsa Malaysia itu sendiri. Bahasa Melayu sangat besar peranannya dalam membina tradisi keilmuan, kesatuan dan perpaduan bangsa. Maka akan rugilah bangsa Malaysia jika bahasa negara sendiri dipinggirkan kerana mereka akan kehilangan sistem budaya dan kognitif dari bahasa yang menjadi asas utama pembinaan tamadun bangsa dan citra negara bangsa.

39


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

40


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Perpaduan dan 1Malaysia: Peranan Seni dan Budaya Suku Kaum Sarawak Dr. Jeniri Amir

Sarawak mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Dengan sekitar 30 suku kaum daripada 2.5 juta penduduk yang terdapat di negeri Sarawak, memang dapat dimengerti kekayaan budaya, adat resam dan kesenian masyarakat berkenaan.Antara suku kaum peribumi Sarawak ialah kaum Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Kedayan, dan kaum etrnik minoriti Orang Ulu yang lain. Meskipun terdiri daripada masyarakat multietnik, Sarawak sering dianggap sebagai suri teladan atau contoh masyarakat yang memiliki sifat toleran terhadap agama dan budaya masing-masing. Tahap perpaduan dan keharmonian hidup adalah tinggi sehingga jarang-jarang berlaku konflik bersifat perkauman dalam masyarakat Sarawak. Masyarakat Melanau merupakan 5 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak dengan sebahagian mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Kebanyakan mereka mendiami kawasan Mukah, Dalat, Oya, Bintulu, Igan, dan Matu. Masyarakat Melanau merupakan contoh terbaik bagaimana perbezaan agama tidak menjadi penghalang dalam menjalingkan hubungan yang harmonis. Kaum Melanau menganut agama Islam, Kristian dan segelintir masih mengamalkan kepercayaan tradisional. Satu daripada aspek budaya yang diraikan sejak turun-temurun secara bersama ialah kaul. Kaul merupakan upacara tradisi terbesar dan paling meriah yang berupaya menghimpunkan penduduk dari pelbagai kampung. Kaul merupakan lambang jati diri kaum Melanau dan mempunyai fungsi sosial yang penting.

41


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Aksi dan gaya kaum Melanau

Aktiviti dan budaya kaum Melanau

Kaul masyarakat Melanau semai semangat kekitaan Kaul dapat mewujudkan rasa kekitaan dan menyatupadukan kaum Melanau dan suku kaum lain di Sarawak. Melalui kaul, rasa kesatuan itu timbul kerana sistem kepercayaan upacara itu menimbulkan keseragaman. Kaual merupakan wadah untuk kaum Melanau meneguhkan integrasi sosial dan jati diri. Malah, upacara kaul memainkan peranan untuk memastikan berlakunya keseimbangan keseluruhan sistem masyarakat. Kaul yang berpaksikan kepercayaan tertentu yang dikongsikan oleh seluruh masyarakat, mampu mengabsahkan susunan dan ketertiban sosial. Penduduk kampung biasanya dimaklumkan dengan memukul canang tentang masa, tarikh, dan tempat kaul akan diadakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum pesta itu diadakan. Pengumumun itu penting bagi memastikan mereka dapat membuat persiapan yang diperlukan, selain menyelesaikan kerja di laut atau di hutan. Upacara itu diketuai oleh Bapak Kaul. Siapakah Bapak Kaul? Bapak Kaul ialah ketua upacara kaul yang dilantik daripada kalangan mereka yang pengalamannya, status dan pengetahuannya tentang adat resam. Dia merupakan tonggak upacara dan akan mengetuai upacara kaul. Bapa Kaul berperanan untuk memastikan upacara kaul berjalan mengikut adat dan peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. Dia merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ipok di dunia maya. Ketegasan di pihak Bapak Kaul amat penting agar segala adat dan pantang larang yang berkaitan dipatuhi. Perkara ini penting diberi perhatian kerana berdasarkan pengalaman silam, ketidakpatuhan terhadap perkara tersebut telah menyebabkan pelbagai penyakit 42


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dan wabak melanda kampung. Walau bagaimanapun, disebabkan peredaran zaman, dan bagi menghormati kepercayaan agama masing-masing, aspek kepercayaan dan keagamaan pelbagai pihak telah diambil kira ketika perayaan itu diadakan. Maksudnya, penganut agama Kristian dan Islam akan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing, sementara yang lain mengikut kepercayaan lama. Kaul diadakan untuk melindungi dan menyelamatkan ‘liko’ atau dunia daripada serangan penyakit atau wabak yang dapat mengancam nyawa penduduk. Dari segi kepercayaan lama, kaul bertujuan untuk menolak bala dan membersihkan kampung daripada segala kekotoran, penyakit, dan malapetaka. Kaul juga merupakan masa terbaik untuk memohon daripada ipok agar dimurahkan rezeki sepanjang tahun, tidak kira rezeki dari laut, sungai, darat, atau hutan. Pasa masa silam, kaul merupakan upacara pembersihan selepas tempoh kesusahan dan kemelaratan hidup. Upacara itu merupakan cara penduduk menyatakan penghargaan selepas berjaya mengharungi musim susah, terutama musim tengkujuh ketika ikan sukar diperoleh, petani tidak dapat turun ke sawah atau hutan. Kaul menandakan berakhirnya musim hujan, dan hal ini bermakna nelayan dapat menangkap ikan semula, sementara petani dan pekebun dapat turun ke sawah dan hutan tanpa gangguan cuaca buruk. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, kaum Melanau bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekebun. Jika ipok dijamu, penduduk percaya bahawa kehidupan akan menjadi aman, damai, harmoni dan makmur. Pendek kata, kaul bertujuan untuk menolak bala, membersihkan kampung, meminta dimurahkan rezeki, menjamu ipok atau makhluk berkuasa ghaib, menyambut tahun baharu dan tanda kesyukuran, serta sebagai acara sosial untuk menyatupadukan penduduk. Kaul diadakan pada bulan Pengejin atau sekitar bulan April setiap tahun, selepas berakhirnya musim tengkujuh. Tarikh kaul yang ditetapkan dalam kalendar pelancongan sekali gus memudahkan mereka yang berminat untuk menyertai atau menyaksikannya membuat perancangan. Tidak hairanlah, kini kaul bukan sahaja diraikan oleh kaum Melanau, tetapi juga kaum-kaum lain, malah para pelancong asing yang ingin melihat sendiri keunikan upacara itu, ekoran publisiti meluas, termasuk melalui Internet oleh pihak berkenaan. Satu daripada acara menarik ialah upacara makan komuniti, iaitu makan beramairamai di tepi pantai. Sebelum acara makan beramai-ramai, doa dibacakan 43


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Antara aktiviti yang terdapat dalam upacara Kaul Upacara makan Komuniti

mengikut kepercayaan agama Islam, Kristian, dan kepercayaan lama. Bapa Kaul akan membaca doa mengikut kepercayaan lama. Doa itu ditujukan kepada pelbagai jenis ipok: ipok darat, ipok laut, dan sebagainya. Inti pati doa ialah memohon agar penduduk dimurahkan rezeki dan dilindungi daripada sebarang bencana dan malapetaka. Dengan itu, upacara kaul memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka mendapat perlindungan dan tidak perlu berasa takut untuk menjalankan kegiatan harian. Secara psikologi, keyakinan itu lahir daripada kepercayaan bahawa ipok akan melindungi mereka daripada sebarang penyakit, malapetaka, dan sebagainya. Sesuai dengan peredaran zaman, kaul diangkat menjadi pesta, dan dimasukkan ke dalam kalendar pelanconan negeri Sarawak. Dengan promosi yang agresif melalui pelbagai saluran, termasuk melalui laman web dan Internet, kaul dapat menarik perhatian kaum lain dan pelancong asing. Berbeza daripada amalan dahulu kala, kini terdapat pelbagai acara dan aktiviti sampingan untuk memeriahkan kaul, dari awal pagi hingga tengah hari. Lazimya, tidak ada acara diadakan pada sebelah petang atau malam. Acara itu bertujuan untuk menghiburkan mereka yang menyertainya. Di tapak pesta, turut didirikan gerai komuniti, gerai pameran, jualan hasil kraf tangan dan makanan tempatan. Antara acara yang diadakan ialah tarian, pertandingan sukan rakyat, pertandingan fesyen pakaian tradisioanal Melanau, pertandingan perahu berhias, bermain gasing, layang-layang, mengalai, berpencak silat, asing, giwai, persembahan kebudayaan, dan sebagainya. Bagaimanapun, kaul bagai tidak sempurna jika tidak terdapat acara tibou. Permainan tibow menyaksikan bagaimana golongan lelaki yang berani cuba ‘berayun’ dan terjun dari tangga atas tibow. Suasananya begitu mendebarkan, sekali gus mendebarkan. Permainan tibo pada asalnya bertujuan untuk 44


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar dimurahkan rezeki – ikan di sungai dan laut dibanyakkan dan tanaman di hutan menjadi. Dalam upacara kaul, tujuannya adalah untuk memperkenalkan permainan popular itu kepada orang ramai, selain sebagai hiburan. Permainan tibow menguji keberanian, kecekalan dan kemahiran peserta. Permainan ini bukan sahaja diminati kaum Melanau, tetapi sudah turut disertai dan dimainkan oleh kaum-kaum lain. Tibo dibuat dengan menggunakan bahan-bahan dari hutan tanpa menggunakan paku. Tibo didirikan dengan menggunakan tiang yang tegap dan tahan. Tiang ini dijadikan sebagai tiang induk. Pantun didendangkan secara beramai-ramai ketika mendirikan kedua-dua tiang tibo. Pantun itu berbunyi: Kat kerakat/kerurieng udat/tibo idei/ padak melekat. Pantun ini sebenarnya ditujukan kepada ipok tibo. Dengan mendendangkan pantun itu, dipercayai ipok tibo akan membantu untuk memudahkan pembinaannya, selain mengelakkan malapetaka, misalnya kemalangan atau pemain jatuh dari atas tibo. Secara tidak langsung, ketika pantun berkenaan didendangkan, nilai bersama dapat dipupuk dalam kalangan peserta. Antara kepercayaan yang perlu dipatuhi ialah anak tangga hendaklah dalam angka ganjil. Jumlah tangga dalam angka genap dipercayai boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Bilangan anak tangga dalam angka genap dikenali sebagai enda jerasi, iaitu tidak serasi atau tidak sesuai, sehingga boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Mereka yang arif dalam pembinaan tibo – dikenali sebagai uyan – biasanya akan menaiki tiang untuk mengikat buaian atau ‘ayun’; dan proses ini dikenali sebagai mubad alieng. Ayun dibuat daripada ‘wai sega’. Pada hujungnya dibuat gulung besar dinelani sebagai ‘nulieng atau pakok geguyow – iaitu tempat untuk pemain berpijak. Tujuannya adalah untuk melindungi pemain daripada ditimpa malapetaka dan kecelakaan. Upacara menjamu ipok juga turut diadakan dengan menghidangkan sajian ‘belen’ sebanyak tujuh bungkus. Bepen ialah pinang yang telah dihiris dan dilipat di dalam daun sirih. Tujuannya adalah untuk memastikan ipok di pangkal tobo, tangga, bulieng, dan sebagainya dapat menjaga dan leindungi para pemain agar tidak ditimpa sebarang kecelakaan. Lagu yang dinyanyikan bercorak teka-teki, bidalan, sindiran, malah berbentuk doa. Pantun di bawah misalnya menjelaskan permintaan dan harapan agar penduduk dimurahkan rezeki. 45


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Antara rumah tradisional Kaum Melanau

Kaul turut mempunyai pantang larang. Antaranya ialah tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam hutan atau pergi ke laut selepas kaul; kalau dahulu selama tiga hari, tetapi kini hanya satu hari sahaja. Sesiapa yang melanggar pantang larang tersebut akan dikenakan denda, satu amas emas, seekor ayam, dan sebilah lembing. Sebenarnya, pantang larang ini secara tidak langsung menyemai sikap bertanggungjawab, berkorban dan saliong menghormati dalam kalangan masyarakat. Yang menarik, kaum-kaum lain faham dan akur kepada pantang larang itu.

Makan Tahun dalam masyarakat Kedayan Sama seperti kaul dalam masyarakat Melanau, kaum Kedayan di Sarawak turut mengadakan upacara “Makan Tahun’ yang diadakan secara tahunan sejak turuntemurun lagi. Semua pihak terbabit dalam membuat persiapan upacara kaul dan Makan Tahun, daripada penghulu hinggalah penduduk kampung. Seperti kaum Melanau, kebanyakan kaum Kedayan ialah petani – justeru upacara ini dilangsungkan selepas musim menuai padi sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan yang telah memberi rezeki. Selari dengan sifat acara ini yang dijalankan secara gotong-royong, setiap keluarga dalam sesebuah kampung yang menganjurkan “Makan Tahun” akan menghulurkan sumbangan ikhlas mengikut keupayaan masing-masing seperti hasil tanaman dan ternakan, selain wang tunai. Sama seperti dalam masyarakat Melanau, “Makan Tahun” disertai dan diraikan oleh seluruh anggota masyarakat kampung. Malah, yang menarik, penduduk kampung 46


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

daripada suku kaum lain juga dijemput untuk sama-sama menyertai acara ini. Tetamu dan para pemimpin dari kampung lain atau kaum lain turut diundang menghadiri upacara itu secara lisan. Penyertaan mereka diterima baik oleh masyarakat Kadayan yang memang terkenal dengan sikap terbuka dan toleran. Seperti kaul, upacara Makan Tahun dapat dikatakan turut bertujuan mengeratkan hubungan penduduk kampung dan juga anggota masyarakat daripada suku kaum lain yang sama-sama meraikannya. Dengan itu, sikap saling menghormati dan permuafakatan dapat disemai dan diperkukuhkan. Namun, pihak penganjur “Makan Tahun” tidak meminta sumbangan daripada para tetamu kerana tujuan mereka adalah untuk berkongsi rezeki.. Undangan adalah atas dasar menghormati tetamu dan hasrat berkongsi acara “Makan Tahun”. Tradisi membasuh kaki tetamu kehormat sebanyak tiga kali dilakukan dalam upacara ini. Sebaik sahaja tetamu kehormat tiba, peralatan muzik tradisional Kadayan – kulintangan -- akan dimainkan. Sesudah itu, barulah beliau dijemput duduk di dalam bangunan “Makan Tahun”. Sebaik aktiviti membasuh kaki selesai, upacara berkumpul untuk “Makan Tahun” pun selesai dan aktiviti ini disusuli acara kemuncak, iaitu bacaan doa melibatkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan terhadap rezeki yang diperoleh pada musim berkenaan. Tahlil pula dibacakan bagi mengingati dan anggota keluarga yang meninggal dunia. Secara tidak langsung, upacara Makan Tahun dapat mengukuhkan hubungan persaudaran, kejiranan dan seluruh penduduk kampungl; selain memberi peluang kepada suku kaum lain, daripada budaya dan agama yang berbeza untuk ikut serta dan lebih memahami budaya dan adat resam kaum Kedayan. Dengan cara ini, mereka saling memaham dan menghormati budaya kaum lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan, sekali gus mengikiskan segala stereotaip dan stereotaip terhadap masyarakat berkenaan.

Baruk dan gawai dalam masyarakat Bidayuh Masyarakat Bidayuh merupakan satu lagi kaum peribumi Sarawak yang kebanyakannya terdapat di daerah Bau, Serian dan Lundu. Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup mereka, masyarakat Bidayuh begitu mengutamakan adat resam dan budaya . Dalam masyarakat Bidayuh tradisional, 47


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

upacara keagamaan wajib dilaksanakan, termasuk pemujaan tengkorak. Upacara pemujaan hantu tengkorak atau Gawai Tikurak atau Gawai Baak bagi menghormati tengkorak yang diperoleh oleh pahlawan dalam peperangan dan ekspedisi memburu kepala. Roh-roh tengkoran (Kamang-kamang Triyu) perlu diundang untuk “bertugas” sebagai semangat kepala musuh dengan membuatkan mereka “gembira” di rumah baharu, iaitu baruk. Sama seperti dalam perayaan kaul dan Makan Tahun dalam masyarakat Melanau dan Kedayan, bagi menjayakan ritual pemujaan tengkorak, penduduk kampung dalam masyarakat Bidayuh diwajibkan menyumbang makanan untuk dimakan bersama sepanjang perayaan diadakan. Makanan berkenaan termasuklah pekasam ikan, beberapa ekor babi dan beras. Sumbangan penduduk kampung dihimpun dan dan dibawa ke dalam baruk untuk dinikmati terlebih dahulu oleh roh-roh tengkorak. Makanan ini kemudiannya untuk dihidangkan kepada para penduduk kampung di anjung rumah panjang hanya setelah upacara persembahan dijalankan di dalam baruk oleh Tua-tua Gawai. Selain itu, masyarakat Bidayuh sering berkumpul di pekarangan baruk untuk makan komuniti atau makan bersama yang dikenali sebagai nyarra setelah selesai upacara pisumpa oleh Tua Gawai. Amalan berkongsi menanggung perbelanjaan dan memberi sumbangan untuk upacara komuniti seperti pemujaan tengkorak dan upacara gawai membuktikan bahawa masyarakat Bidayuh memiliki semangat permuafakatan dan pengorbanan yang tinggi. Nilai-nilai murni dipupuk dan diperteguh melalui upacara sedemikian. Secara tidak langsung, upacara keagamaan dan budaya itu dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Satu daripada amalan budaya yang masih wujud dalam masyarakat Bidayuh ialah instityusi baruk bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan hidup masyarakat itu. Baruk berperanan seolah-olah sebagai balai raya dalam institusi sosial masyarakat Bidayuh, iaitu sebagai tempat mereka berinteraksi dan mengukuhkan tali perhubungan dan perpaduan, terutama melalui upacara dan perayaan yang dilangsungkan di dalamnya. Melalui pelbagai aktiviti di dalam baruk masyarakat Bidayuh dapat mempertahankan cara hidup, nilai-nilai dan norma tradisional. Malah, masyarakat suku kaum lain tuerut menghadiri upacara tersebut, dan secara tidak langsung penyertaan mereka dapat memupuk perpaduan dan menyemai persefahaman dalam kalangan mereka tentang budaya masyarakat 48


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Tarian tradisional Masyarakat Bidayuh

Bidayuh. Baruk berperanan sebagai premis untuk upacara dan perayaan serta majlis sosial terutama yang berkaitan dengan upacara penyembahan alam ghaib. Baruk berperanan penting sebagai institusi yang menyemaidan mengukuhkan kesepaduan sosial. Dalam konteks moden, ketua kampung memanggil mesyuarat untuk menerangkan sesuatu perkara penting kepada para penduduk kampung. Untuk tujuan itu gong dipukul untuk memanggil penduduk kampung. Apabila mendengar paluan gong, mereka akan terus ke baruk. Baruk adalah satu-satunya tempat untuk mempertemukan penduduk dalam usaha membincangkan pelbagai perkara membabitkan kepentingan dan kebajikan penduduk kampung, termasuk soal pembangunan. Sama seperti amalan yang dilakukan dalam masyarakat Melanau dan Kedayan, upacara pemujaan menjadi amalan hidup masyarakat Bidayuh, terutamanya sebelum mereka memeluk agama Kristian. Masyarakat Bidayuh berkumpul dan berinteraksi di dalam baruk sewaktu perayaan keagamaan dan budaya dilangsungkan. Yang menarik, para penduduk dari kampung lain, rakan taulan dan sehabat handai dari kampung yang berjiran tuerut diundang menyertai upacara itu. Kini, mereka daripada kaum dan agama lain juga turut menyaksikpan upacara tradisional yang diadakan oleh masyarakat Bidayuh di dalam baruk.

49


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Masyarakat Kenyah Masyarakat Kenyah, satu lagi masyarakat peribumi Sarawak, menganggap adat (adet) sebagai falsafah hidup yang merangkumi aspek politik ekonomi dan agama. Masyarakat Kenyah kaya dengan adat resam dan budaya, termasuk sikap bekerjasama dan bergotong-royong, iaitu amalan senguyun. Amalan ini menuntut anggota masyarakat Kenyah mengumpul tenaga dan menyiapkan aktiviti ataupekerjaan secara bergilir-gilir. Kumpulan senguyun lazimnya diwujudkan bagi aktiviti mengerjakan kebun, sawah atau ladang. Ladang atau kebun ahli senguyun akan dikerjakan satu per satu sehingga pusingan atau giliran semua ahli dalam kumpulan selesai. Sama seperti amalan berduruk dalam masyarakat Melayu, tuan rumah wajib menyediakan makanan dan minuman untuk para peserta senguyun yang terlibat dalam aktiviti berkenaan Tradisi dan amalan bekerjasama dan bergotong-royong merupakan nilai murni yang melambangkan kehidupan masyarakat Kenyah. Amalan ini bukan sahaja dapat menyemai sikap saling berkorban, tetpai juga menyemai dan mengukuhkan semangat perpaduan dan bekerjasama dalam masyarakat. Nilai-nilai ini merupakan asas yang baik kelahiran masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Masyarakat Iban Masyarakat Iban merupakan kaum peribumi utama di Sarawak dengan penduduk seramai 586,548 orang kaum Iban di Sarawak, iaitu 29 peratus daruipada keseluruhan penduduk Sarawak. Meskipun sebahagiannya sudah memeluk agama Kristian, tetapi masih ada lagi yang berpegang teguh pada kepercayaan dan tradisi lama. Golongan inilah terutamanya yang masih percaya pada sistem kepercayaan lama, termasuk kewujudan pelbagai tuhan dan makhluk halus seperti Sengalang Burung, Kumang, Keling dan Petara. Satu daripada adat yang masih diamalkan dalam masyarakat Iban ialah miring. Miring merupakan upacara yang bertujuan untuk memberi persembahan kepada petara bagi mendapatkan restu petara. Apabila kehendak petara dipenuhi, maka kemungkinan permintaan si peminta akan ditunaikan. Sebaliknya, jika persembahan tidak diberi, petara akan murka dan mengamuk sehingga boleh menyebabkan berlakunya malapetaka. Dalam masyarakat Iban, miring 50


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Aktiviti dan budaya masyarakat Iban

dianggap sebagai upacara yang perlu diadakan sebelum sesuatu aktiviti penting diadakan. Penghuni rumah panjang menganggap miring sebagai upacara penting yang perlu diadakan ketika menyambut tetamu. Bagi tetamu rumah panjang pula, miring merupakan satu penghormatan kepada mereka. Ketika upacara miring dilakukan, piring atau persembahan disusun dengan teratur dalam barisan. Apabila tetamu penting datang, seperti Timbalan Ketua Menteri, menteri dan sebagainya, maka miring dilakukan di pintu utama rumah panjang. Piring berkenaan diletakkan di dalam bekas buluh. Piring di dalam rumah akan diletakkan di atas tabak atau bintang daripada kayu dan ditutup dengan pua kumbu. Ia perlu disimpan dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam, iaitu satu hari satu malam. Ketika tetamu penting berada di hadapan pintu, sebelum masuk ke rumah panjang, lelaki yang berpengalaman akan melakukan miring dan biau. Ayam yang digunakan dalam upacara itu hendaklah ayam jantan kerana dianggap sebagai berani dan lebih bersemangat. Selepas upacara miring dijalankan, tetamu diiringi masuk ke dalam rumah panjang melalui bilik-bilik. Pada waktu itu mereka diiringi oleh tuai rumah panjang sambil bersalaman dengan penghuni rumah panjang dan tetamu lain. Mereka turut diiringi oleh tukang ngajat yang berpakaian penuh tradisi. Pada waktu inilah tetamu diajak untuk melakukan nagajat bersama-sama dengan orang lain sehingga suasana menjadi begitu meriah sambil gendang dipalukan. Dilihati dari sudut ini, kita boleh menganganggap bahawa upacara miring, ngajat dan pelbagai adat dan budaya di rumah panjang itu mencerminkan nilai-nilai murni masyarakat Dayak di Sarawak menghormati tetamu, tidak kira kaum, agama atau budaya. Masyarakat Iban memang terkenal dengan sikap nmenghormati 51


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Persembahan miring dan ngajat yang dipertontonkan kepada umum

tetamu. Para tetamu dilayan dengan baik, termasuk makan minum dan tempat tinggal. Sesiapa yang pernah menyertai upacara Gawai Dayak di rumah panjang, pasti mengakui hakikat bahawa masyarakat Iban begitu mengutamakan nilai menghormati tetamu, terutama daripada kaum lain. Para tetamu bukan sahaja diraikan dengan makan minum, tetapi juga pelbagai upacara lain termasuk miring dan ngajat.

Biar mati anak jangan mati adat Adat dan undang-undang adat masih kuat mempengaruhi dan dipegang oleh masyarakat peribumi bukan Islam atau Kristian di Sarawak seperti kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Bukitan, Bisayah, Lisun, dan Kajang. Adat merupakan cara hidup, nilai asas, budaya kod tingkah laku dan kebiasaan yang diterima dalam masyarakat berkenaan. Adat yang diamalkan itu merupakan pusat sistem sosial tradisional masyarakat berkenaan, terutama bagi mereka yang menetap di rumah panjang. Dalam mengkodifikasikan undang-undang adat berkenaan, Majlis Adat Istiadat Sarawak yang diberikan tanggungjawab menyelaraskan dan mengkodifikasikan adat berkaitan, banyak bersandar pada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber utama antara lain ialah ketua masyarakat, tuai rumah panjang, tokoh yang berpengaruh, dan individu yang berpengalaman dalam hal ehwal adat istiadat, manakala sumber sekunder pula adalah seperti Tusun Tunggu (1995), Kod Adat istiadat Orang Ulu (1957) dan Undang-undang Adat Dayak (1963). Usaha tersebut begitu mencabar, kerana dalam usaha untuk mengkodifikasikannya, banyak wawancara perlu dijalankan, perbandingan dibuat antara pelbagai sumber dari rumah panjang, sungai dan kawasan yang berlainan, serta tafsiran dan perbincangan dilakukan. 52


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Usaha mentafsirkan mantera, cerita rakyat, nyanyian tradisi, ritual, puisi, muzik, tarian, dan sebagainya memakan masa yang panjang dan rumit. Namun, dengan wawasan, kegigihan, dan tindakan proaktif Majlis Adat Istiadat Sarawak, masyarakat peribumi berkenaan yang bukan beragama Islam atau Kristian kini boleh berpegang pada Adat Iban, Adat Bisaya, Adat Lun Bawang, Adat Bidayuh, Adet Kayan-Kenyah, Adet Penan, Adet Kajang, dan Adet Melanau Likau yang telah dikodifikasikan. Ketika Rajah Brooke mulai memerintah Sarawak pada 1841, ia bergantung pada undang-undang adat tidak bertulis sebagai panduan mentadbirkan masyarakat demi menegakkan keadilan. Sekitar 20 tahun kemudian, disebabkan secara relatif wujudnya kestabilan sosial pada 1860-an, adat mulai dipertimbangkan sebagai sebahagian sistem undang-undang di Sarawak. Sebelum kedatangan Brooke sebahagian masyarakat peribumi menyelesaikan pertikaian dan permusuhuan, misalnya dengan meminta pihak yang terbabit menyelam, bersabung ayam, dan menetak anjing bagi menentukan kebenaran dan menentukan sesiapa yang menang. Bagaimanapun, masyarakat peribumi perlahan-lahan mengubahsuaikan adat yang dianggap tidak lagi sesuai dengan zaman dari semasa ke semasa. Dalam masyarakat Iban, umpamanya “bicara dan hukum� diperkenalkan pada 1883 dalam sistem adat Dayak apabila gelaran penghulu diperkenalkan secara rasmi oleh oleh H. Brooke Low, Residen Bahagian Ketiga pada 1883.

Adat dan Undang-undang masyarakat peribumi masih lagi diamalkan

53


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Adat makan beramai-ramai

Undang-undang adat melingkungi keseluruhan hidup masyarakat peribumi, terutama pada masa sebelum merdeka, daripada hal berkaitan dengan rites of passage, membina rumah, kegiatan pertanian, ngayap, sumbang mahram, perceraian, pembahagian harta, hinggalah yang membabitkan pengiruan anak, penyelesaian kes tuntutan tanah, fitnah, dan sebagainya. Tradisi lisan merupakan sumber data etnografi pelbagai adat dalam masyarakat Dayak. Sumber berkenaan mengandungi mesej dalam bentuk pernyataan lisan yang disampaikan atau didendangkan dalam bentuk lagu atau mantera yang disampaikan dari generasi ke generasi. Dalam tradisi lisan Dayak terdapat banyak watak yang menyampaikan pengajaran dan nilainya melalui visi dan mimpi seperti yang terdapat dalam tusut atau genealogi Iban. Sempulang Gana, umpamanya, diberikan tanggungjawab bagi urusan berkaitan dengan pentadbiran tanah. Adat dan undang-undang adat yang diamalkan sejak turun-temurun sehinggga kini, bertujuan untuk mengekalkan dan mewujudkan hubungan harmoni dalam kalangan anggota masyarakat berkenaan dan para pelawat ke rumah panjang, dan bagi mengekalkan kestabilan spiritual dan fizikalnya. Tingkah laku yang serasi dengan nilai, norma dan amalan masyarakat berkenaan memastikan bahawa komuniti itu berada dalam keadaan yang stabil dan seimbang. Individu dan komuniti perlu berada dalam keadaan yang seimbang dengan persekitaran fizikal dan spiritualnya bagi memastikan mereka dapat hidup bahagia dan sejahtera. 54


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Dalam konteks moden, hal ini tentu selari dengan hasrat dan impian kerajaan untuk melihat wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat itu sednri dan juga anggota masyarakat lain. Sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur inilah yang menjamin survival bangsa dan negara pada masa depan. Bagi menjaminkan wujudnya keharmonian dalam hubungan sesama manusia dan antara manusia dengan persekitaran serta dengan “Tuhannya”, dalam hubungan tiga dimensi, adat perlu dipatuhi dengan ketat. Falsafah ini terpancar dalam ungkapan Iban “Bejalai bertungkat ke adat; tinduk berpanggal ke pengingat”, maknanya berjalan di laluan hidup dengan bertongkatkan adat; tidur berbantalkan kepercayaan dan tradisi”. Antara perkara yang dapat menjejaskan kestabilan dan keharmonian ialah perkelahian, fitnah, mencederakan orang lain, mengganggu tempat keramat atau upacara yang berkaitan dengannya, atau melanggar pantang larang utama. Adat juga bertujuan untuk mewujudkan perpaduan agar penghuni rumah panjang dan kampung suku kaum terbabit dapat hidup tanpa gangguan dalam keadaan harmoni. Sebarang pelanggaran adat akan menjejaskan bukan sahaja individu tetapi juga seluruh masyarakat rumah panjang. Kerjasama dan hidup yang berpegang pada falsafah berat sama dipikul ringan sama dijinjing menjamin bahawa mereka dapat hidup dengan aman damai, dan ini terserlah daripada pelbagai aktiviti yang melibatkan semua pihak seperti beduruk atau bergotongroyong dalam menjalankan sesuatu aktiviti, termasuk di sawah dan di rumah panjang. Sesungguhnya, adat memberikan identiti dan ‘roh’ atau jiwa kepada masyarakat peribumi, kerana masing-masing memiliki dan mengamalkan adat yang unik. Adat menyatukan mereka, memupuk esprit de corps atau semangat kekitaan, dan menjadi kebanggaan anggota masyarakat itu. Dalam hubungan ini, mekanisme kawalan sosial yang berkesan untuk mewujudkan keadaan stabil dan seimbang, serta menyelesaikan sebarang pertikaian adalah dengan memastikan wujudnya keamanan dan kestabilan dalam kumpulan atau komuniti. Untuk itu, adat dan undang-undang adat bertindak sebagai mekanisme penyatu anggota masyarakat daripada berpecah-belah dan saling bermusuhan. Undang-undang adat mengawal selia hubungan antara individu dan anggota masyarakat dalam komuniti bagi mengekalkan perpaduan dan kestabilan. Jadi, adat dan undang-undang adat dapat mengurangkan sebarang konflik atau pertikaian dan menyediakan saluran untuk menyelesaikannya dengan cepat 55


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Generasi muda perlu mempertahankan adat dan budaya yang diwarisi turun-temurun

dan berkesan bagi mengelakkannya daripada merebak dan berpanjangan. Bagi masyarakat Iban, umpamanya mereka berpegang pada pendirian “utai besai gaga mit, utai mit gaga nadai”, iaitu jadikan perkara besar menjadi kecil dan perkara kecil yang mencetuskan pertikaian menjadi tiada. Kalau tidak dapat diselesaikan, maka saluran yang tersedia ialah mahkamah adat. Sesiapa yang melanggar undang-undang adat akan dipercayai akan menjejaskan keseimbangan dan kestabilan. Jika ini berlaku, maka status quo perlu dikembalikan; jika tidak individu atau masyarakat itu akan berhadapan dengan risiko dalam bentuk ketidakharmonian hidup dan malapetaka yang menimpa seluruh masyarakat seperti diserang penyakit atau mengalami kemalangan dan nasib buruk. Masyarakat peribumi yang mengamalkan undang-undang atat itu banyak dipengaruhi oleh pandangan dunia atau weltanschauung mereka. Kepercayaan mereka terhadap sesuatu adalah bertunjangkan cerita lisan dan adat yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga begitu sebati dalam jiwa masyarakat berkenaan. Hakikatnya, mereka percaya bahawa jika keharmonian dan kestabilan terjejas keluarga dan dunia akan menjadi “hangat” atau “panas”; justeru sesiapa yang melanggar adat perlu bersedia untuk “tunggu” dalam bentuk “mangkul” atau hukuman. Mereka yang terbabit perlu juga menjalankan ritual seperti genselan atau pelasi menua untuk “menyejukkkan” keadaan. Sebenarnya, genselan dan pelasi menua bukan hanya bertujuan untuk menstabilkan semula keadaan, tetapi dianggap sebagai petanda atau mesej agar mereka yang terbabit atau terlibat dalam pertikaian menghentikan perasaan dendam atau permusuhan 56


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

selepas upacara itu dijalankan, seperti yang digambarkan dalam pantun berikut: “Manuk udah disayat/Besi udah didilat/Nadai tau naruh dengki/Naruh dendam enggau pangan agi.” Implikasinya, dalam masyarakat peribumi yang kuat berpegang pada adat, keutamaan ialah hidup yang bersatu padu, saling begotong-royong, membantu sesama anggota masyarakat, terutama di rumah panjang, dan lebih mengutamakan masyarakat daripada individu. Mereka menjunjung falsafah hidup ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Corak hidup dilingkari kuat oleh adat dan undangundang adat; sehingga sesiapa yang melanggarnya akan berasa malu sendiri dan dipandang hina oleh masyarakat. Jadi, tidak ada yang berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma dan nilai masyarakat. Yang ditekankan ialah kehidupan yang harmoni dengan manusia, alam dan roh seperti yang terdapat dalam ungkapan “gayu guru, chelap lindap, gerai nyamai, lantang senang.” Bagaimanapun, jika ketidakstabilan dan ketidakseimbangan berlaku ekoran tindakan dan pelauan yang bercanggah dengan nilai dan norma, makakedudukan asal perlu dikembalikan dengan mengadakan upacara tertentu atau dengan mengenakan hukuman yang setimpal, sesuai dengan tuntutan undang-undang adat. Jika tidak, roh atau ‘semangat’ tertentu akan mengganggu atau memarahi mereka sehingga mereka jatuh sakit atau berasa tidak tenteram. Dengan itu, keseimbangan antara individu, persekitaran dan roh akan dapat dikembalikan. Sesungguhnya, kepada kaum peribumi di Sarawak, mereka berpegang pada prinsip biar mati anak, jangan mati adat, kerana adat memberikan banyak makna kepada mereka, malah melingkungi seluruh kehidupan mereka. Undang-undang adat merupakan sistem keadilan dan mekanisme untuk memastikan tidak wujud perasaan bermusuh-musuhan, dengki, dendam dan unsur negatif yang lain dalam masyarakat. Selain itu, undang-undang adat mengawal selia hubungan sosial, dan ia melindungi kepercayaan dan cara hidup mereka. Singkatnya, adat dan segala perkara yang dicerminkan dalam undang-undang adat merupakan jati diri mereka, sumber kewujudan dan survival masyarakat itu yang membezakan mereka daripada kaum-kaum lain. Manakala budaya dan kesenian pula berperanan sebagai hiburan, selain dapat menyatupadukan anggota masyarakat. Kini budaya dan kesenian berkenaan turut tersebar dalam kalangan masyarakat lain sehingga dapat berperanan sebagai faktor penyatu masyarakat pelbagai kaum selari dengan hasrat kerajaan di bawah gagasan 1Malaysia. 57


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Penulis ialah pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Beliau ialah juga kolumnis Berita Harian dan Sarawak Update, serta penganalisis politik, selain banyak menulis buku dan artikel untuk majalah dan akhbar.

Dr Jeniri Amir

58


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

59


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

60


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Budaya dan Amalan Masyarakat India Uthaya Sankar SB

Jenayah dan Lima Unsur Alam dalam Budaya India “Mengapa mayat kaum India dibakar dan bukan ditanam? Adakah mayat itu dimandikan dan disembahyangkan?� Antara perkara yang sering ditanya kepada penulis oleh rakan-rakan pelbagai kaum adalah berkaitan upacara menyempurnakan mayat mengikut budaya India; khususnya agama Hindu. Pertanyaan seperti ini tidaklah bermaksud menghina atau mempersoalkan amalan dan budaya kaum India. Sebaliknya menunjukkan bahawa individu yang bertanya tadi berminat untuk mengetahui, memahami dan menghormati amalan dan budaya kaum India. Malah, sering juga timbul masalah dalam kalangan kaum India sendiri untuk memberi penjelasan mengenai upacara menyempurnakan mayat. Maka, penulis melakukan sedikit kerja mengumpul bahan dan maklumat umum berkaitan upacara menyempurnakan mayat dalam kalangan masyarakat India beragama Hindu untuk menulis sebuah makalah yang kemudian disiarkan dalam majalah Sarina pada Oktober dan November 2004. Perlu dijelaskan bahawa penerangan yang saya lakukan adalah secara umum. Mungkin sahaja ada kelompok tertentu yang mempunyai amalan yang berbeza sedikit berbanding kelompok lain. Namun, asasnya adalah hampir sama. 61


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Syarat Utama Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga yang mahu terlibat sama dalam upacara menyempurnakan mayat adalah bertenang. Demikian nasihat pertama yang diberikan oleh salah seorang warga emas yang ditemui penulis untuk mendapatkan panduan dan pandangan. Peringatan ini amat penting kerana seringkali timbul pelbagai masalah, pergeseran dan pergaduhan kecil apabila ada kematian dalam masyarakat India. Masingmasing perlu bertenang dan berfikir secara rasional tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi memastikan upacara berjalan lancar.

Menempatkan Jenazah Jenazah biasanya akan diletak di ruang tamu. Sebaik sahaja individu berkenaan menghembus nafas terakhir, sesudu air akan disuap ke mulut. Penggunaan perkataan “mayat” (ponem) akan dielakkan kerana dirasakan kurang manis dan seperti tidak menghormati si mati. Sebaliknya, istilah “predham” (jenazah) akan digunakan. Jenazah diletakkan di atas tikar dengan posisi kepala mengarah ke selatan. Namun, kini, ramai yang hanya berpegang pada konsep kaki mengarah ke pintu masuk; seperti budaya Cina. Anak lelaki si mati atau salah seorang warga emas dalam keluarga berkenaan akan mengulang mantera “Narayana”, “Govinda” atau “Nama Shivaya” sebanyak tiga kali ke cuping telinga si mati. Mata dan mulut si mati perlu dipastikan tertutup. Ibu jari kaki akan dirapatkan dan diikat menggunakan tali. Manakala kedua-dua tangan akan ditemukan pada paras dada dalam posisi seperti mengucapkan “vanakam” mengikut budaya India. Sekali lagi, ibu jari diikat bagi memastikan kedudukan itu kekal. Sekiranya si mati adalah lelaki atau pun seorang balu, maka sehelai kain putih akan digunakan untuk menutup jenazah dari hujung kaki hingga ke leher. Bagi wanita yang belum berkahwin atau wanita yang suaminya masih hidup, kain warna jingga, kuning atau merah harus digunakan. 62


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Pucuk dan daun tulasi akan diletak berhampiran telinga kanan jenazah. Lampu minyak bersumbu tunggal dipasang dan diletakkan berhampiran kepala jenazah. Ada juga yang turut meletakkan foto dewa atau dewi kegemaran si mati di sebelah lampu itu. Setanggi berbau harum turut dipasang dan diletakkan di sana. Kaum keluarga yang berada di sisi biasnaya akan menyanyikan Sivapuranam iaitu teks suci karya Manikavasagar yang menceritakan bagaimana manusia lahir di bumi dan akhirnya bersatu dengan Pencipta. Rangkap 12 hingga 30 dari Bab 2 kitab Bhagavid Gita juga boleh dibaca jika mahu. Apa pun bentuk nyanyian atau mantera yang dibaca, syarat utama adalah bahawa semua orang harus mampu mengawal emosi dan tidak meratapi si mati. Mengikut kepercayaan budaya India, apabila seseorang meninggal dunia, roh berkenaan belum sepenuhnya meninggalkan jasad. Maka, roh itu masih berada di sekitar jenazah. Dengan itu, lagu-lagu suci yang dinyanyikan itu masih boleh didengar oleh roh si mati. Apabila mendengar lagu-lagu suci ini, kononnya, dosa si mati akan berkurangan. Lagu-lagu yang memuja Tuhan juga membantu roh si mati mencari jalan mudah untuk kembali kepada Pencipta. Sementara itu, di luar rumah pula, kayu, arang dan kapur barus dibakar dalam sebuah belanga tanah liat bermulut besar. Api dalam belanga ini perlu dipastikan tidak padam sehingga jenazah dibawa ke tempat pembakaran mayat.

Bahan Keperluan Bagi memastikan upacara menyempurnakan mayat berjalan lancar, beberapa bahan perlu dipastikan tersedia dan mudah diperoleh. Antaranya adalah sebiji belanga kecil dan sebiji lagi bersaiz besar sedikit. Turut diperlukan satu kilogram beras, kain putih/kuning/jingga merah sepanjang 2.5 meter, kapur barus, setanggi, mancis, lampu minyak, sirih dan pinang. Bunga, daun tulasi, kayu kering, arang, serbuk kunyit, kumkum, tirunur, serbuk cendana, susu serta duit syiling juga diperlukan. Seperti disebutkan sejak awal, bahan-bahan ini adalah bahan am dan mungkin ada tokok-tambah mengikut keturunan dan kelompok masyarakat.

63


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Memandikan Jenazah Bagi menyempurnakan upacara memandikan jenazah, air biasanya dibawa dari rumah jiran. Sementara itu, kaum-kerabat akan menyapu minyak dan serbuk sintok (siakai) pada dahi si mati. Kemudian barulah dimandikan oleh beberapa orang yang berpengalaman serta rapat dengan si mati. Jenazah sepatutnya dimandikan dua atau tiga jam sebelum dijadual dibawa ke krematarium di mana jenazah akan dibakar nanti. Proses memandikan jenazah harus dilakukan secara senyap dan tenang. Tempat jenazah dimandikan biasanya akan ditutup dengan kain putih di sekelilingnya. Kumpulan yang menguruskan jenazah untuk dimandikan perlu berhati-hati agar jenazah tetap berada dalam keadaan sempurna. Semua individu yang memandikan jenazah juga perlu terlebih dahulu menuang air atas tubuh mereka dan kekal basah sepanjang memandikan jenazah. Selepas jenazah dimandikan, maka akan dipakaikan pakaian baru atau pakaian kegemaran mendiang semasa hayatnya. Kemudian, jenazah ditempatkan dalam keranda dan diletak di ruang tamu untuk dilihat oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Dahi jenazah lelaki dan balu akan disapu serbuk cendana atau tirunur iaitu serbuk putih yang biasa disapu pada dahi orang India. Bagi wanita yang belum berkahwin atau bagi wanita yang suaminya masih hidup, wajah disapu serbuk kunyit dan dahi dihiasi kumkum iaitu titik merah yang biasa dipakai wanita India. Jenazah harus diletakkan dalam keadaan sederhana tanpa terlalu banyak dihiasi dengan barang-barang kemas dan perhiasan lain. Sirih dan pinang harus diletak di dalam keranda, di sisi kanan jenazah. Ada juga yang meletakkan wang, buahbuahan dan bunga. Jika si mati adalan kanak-kanak atau bayi, biasanya satu pek plastik berisi susu segar akan diletakkan di sisi jenazah.

Berangkat ke Krematorium Masa yang sesuai untuk membawa jenazah ke krematorium untuk dibakar akan ditetapkan lebih awal dengan merujuk pada sami di kuil. Sejurus sebelum

64


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

jenazah dibawa keluar, golongan wanita akan diminta menyempurnakan upacara terakhir. Golongan wanita akan mengelilingi keranda dan meletakkan sedikit beras berhampiran mulut jenazah. Duit syiling juga akan diletakkan dalam keranda. Selepas semua wanita dalam keluarga terdekat mendiang sudah selesai, barulah kaum-kerabat dan sahabat-handai dijemput untuk melakukan upacara yang sama. Sepanjang upacara ini, lagu-lagu Thevaram iaitu lagu-lagu suci agama Hindu akan dinyanyikan secara beramai-ramai dengan suara yang perlahan. Tujuannya sudah diterangkan tadi. Sebenarnya, selain ditujukan kepada roh si mati, nyanyian ini bagi membantu menenangkan jiwa dan emosi orang ramai yang berada di situ. Jenazah sudah pun bersedia untuk meninggalkan rumah menuju ke krematorium di mana jenazah akan dibakar mengikut budaya India dan agama Hindu. Keranda akan ditutup dan diangkat keluar dari rumah. Perlu dipastikan bahawa jenazah dibawa dengan kedudukan kaki keluar dahulu dari perkarangan rumah. Kaum wanita tidak dibenarkan keluar dari perkarangan rumah. Keranda akan diletakkan di atas tanah atau di atas bangku yang disediakan. Cucucucu lelaki mendiang (jika ada) akan diminta memegang unggun kecil yang dibuat menggunakan kulit pokok pisang yang diikat cebisan kain yang disapu minyak sapi. Mereka akan mengelilingi keranda sebanyak tiga kali. Selepas itu barulah keranda dimasukkan ke dalam kereta jenazah. Keranda yang dibawa dalam kereta jenazah akan diiringi dua orang. Orang pertama ialah anak lelaki si mati yang akan melakukan upacara membakar mayat. Seorang lagi biasanya warga emas dalam keluarga si mati. Sepanjang perjalanan kereta jenazah ke krematorium, anak lelaki si mati akan memegang belanga berisi arang yang dibakar sebaik sahaja mendiang meninggal dunia. Api inilah yang nanti akan digunakan untuk membakar mayat. Warga emas yang turut berada dalam kereta jenazah biasanya akan membuang duit syiling sepanjang perjalanan ke krematorium. Perbuatan ini sebenarnya adalah tindakan simbolik untuk menyatakan bahawa walau apapun harta dan kekayaan dimiliki oleh si mati, semuanya sudah ditinggalkan selepas meninggal dunia. 65


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Selepas kereta jenazah pergi, golongan wanita serta sesiapa yang berada di rumah perlu segera membersihkan rumah. Apa-apa perkakas seperti tikar yang digunakan untuk menempatkan jenazah perlu dibuang segera. Mereka juga perlu membasuh pakaian yang dipakai serta mandi dengan menuang air di atas kepala. Perlu dinyatakan bahawa golongan wanita tidak dibenarkan pergi ke krematorium untuk menyertai upacara membakar mayat. Dalam kepercayaan masyarakat India, dharma atau kebajikan yang dilakukan oleh golongan wanita adalah terhadap keluarga (suami dan anak-anak) di rumah. Sewaktu mayat si mati dibakar, hanya anak-anak lelaki mendiang yang boleh berdoa dan memohon dosa si mati diampunkan oleh Tuhan. Sebab itulah golongan wanita tidak dibenarkan pergi ke krematorium. Salah seorang warga emas yang ditemui oleh penulis mengatakan bahawa ada sebab lain mengapa wanita tidak dibenarkan pergi ke krematorium. Katanya, kaum lelaki biasanya tidak mahu menunjukkan emosi sedih di hadapan wanita. Jadi, kaum lelaki biasanya tidak menangis di rumah si mati. Sebaliknya, apabila berada di krematorium, hanya golongan lelaki yang berada di situ. Maka, mereka boleh meluahkan rasa sedih dengan cara menangis tanpa perlu takut dilihat oleh kaum wanita!

Membakar Jenazah Apabila kereta jenazah tiba di tapak krematorium, keranda perlu bawa keluar dengan kedudukan kaki jenazah menghala ke arah selatan. Selepas itu, keranda diusung menuju ke pelantar tempat pembakaran mayat dalam posisi kaki jenazah menghala ke pelantar berkenaan. Setelah sampai di pelantar pembakaran, keranda akan diletakkan dalam kedudukan stabil. Penutup keranda akan dibuka supaya orang ramai boleh melihat jenazah si mati. Anak lelaki si mati yang akan melakukan upacara membakar jenazah akan diarah berjalan mengelilingi keranda sebanyak tiga kali melawan arah pusingan jam. Sedikit beras, duit syiling atau bunga akan diletakkan di dalam keranda. Perkara yang sama akan dilakukan oleh golongan lelaki yang hadir di tapak krematorium. Bagaimanapun, mereka hanya mengelilingi keranda sekali. 66


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Mantera serta lagu-lagu suci akan dinyanyikan. Lirik lagu-lagu dan mantera ini selalunya bertema peringatan kepada umat manusia bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan roh perlu meninggalkan jasad untuk meneruskan perjalanan mencari Pencipta. Seterusnya, anak lelaki si mati yang akan menyempurnakan pembakaran jenazah akan meletakkan belanga berisi air di bahu kiri. Seorang warga emas atau orang yang pakar dalam upacara menyempurnakan mayat akan berdiri di sisinya sambil memegang objek tajam seperti pisau. Mereka berdua akan mula mengelilingi jenazah melawan arah pusingan jam. Biasanya mereka bermula dari bahagian kaki jenazah. Apabila sampai di bahagian kepala jenazah, warga emas yang memegang objek tajam akan menebuk lubang pada bahagian bawah belanga yang sedang dibawa oleh anak lelaki si mati. Air akan mula mengalir keluar. Mereka berdua meneruskan berjalanan mengelilingi keranda. Pada masa yang sama, warga emas tersebut perlu menggunakan bahagian belakang tangan (bukan tapak tangan) untuk merenjis air yang mengalir keluar dari belanga ke arah jenazah. Apabila sampai semula di bahagian kepala jenazah, satu lagi lubang ditebuk iaitu di atas daripada lubang pertama tadi. Proses mengelilingi jenazah diteruskan bagi kali kedua. Pada kali ketiga, lubang ketiga ditebuk di bahagian atas lubang kedua tadi. Setelah anak lelaki yang membawa belanga berisi air itu sudah mengelilingi jenazah sebanyak tiga kali, dia akan diarah melepaskan belanga berkenaan supaya ia jatuh di bahagian belakang dari bahunya dan pecah. Perbuatan ini ada makna simbolik berdasarkan kepercayaan dalam budaya India. Salah satu kepercayaan adalah bahawa setelah seseorang meninggal dunia, rohnya akan melalui tiga tempat dalam perjalanan menuju kepada Pencipta. Ketiga-tiga tempat itu digelar Nagaram, Rouravam dan Maharouravam. Ketiga-tiga tempat persinggahan ini tidak mempunyai bekalan air. Maka, apabila belanga berisi air dibawa mengelilingi jenazah dan dipecahkan sebelum

67


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

jenazah dibakar, dipercayai bahawa roh si mati akan mendapat bekalan air yang secukupnya apabila berada di Nagaram, Rouravam dan Maharouravam. Sementara itu, petugas di krematorium biasanya sudah menyusun dahan dan kayu kering di atas pelantar pembakaran serta memasukkan kapur barus dan bahan bakar lain ke dalam keranda. Anak lelaki yang membawa belanga berisi air tadi akan diberi sebatang kayu berupa unggun. Dia akan diminta mencucuh api pada keranda bagi memulakan proses membakar jenazah si mati. Kemudian, anak lelaki berkenaan akan diarahkan pergi tanpa menoleh. Perbuatan ini adalah simbolik bahawa “pemergian� si mati menemui Pencipta tidak akan ditangisi oleh anak-anaknya. Petugas di krematorium akan memastikan jenazah dibakar dengan sempurna. Pada masa kini, penggunaan peralatan moden untuk membakar jenazah menjadikan proses menyempurnakan mayat di krematorium lebih mudah. Tidak timbul juga soal jenazah tidak terbakar sepenuhnya apabila keluarga si mati datang untuk mengambil abu mayat pada keesokan hari.

Kembali ke Krematorium Sehari selepas jenazah dibakar, keluarga mendiang akan pergi ke krematorium untuk mengambil abu dan tulang untuk upacara seterusnya. Anak lelaki yang melakukan upacara membakar jenazah pada hari sebelumnya wajib hadir. Istilah yang digunakan bagi individu tersebut ialah karmi. Beberapa individu yang telah turut serta ke krematorium pada hari sebelumnya juga akan pergi sama. Antara barangan yang perlu dibawa adalah dua periuk belanga, beg plastik besar, satu kilogram beras, dua atau tiga daun pisang yang penuh (tidak dikerat-kerat), sirih, pinang, sesikat pisang, bunga rampai, setanggi, kapur barus, mancis, dua botol susu lembu, lampu minyak (berserta sumbu dan minyak kelapa), sehelai kain lebar berwarna merah atau putih, dan daun agathee yang sudah dimasak. Bahan-bahan ini mungkin ada tambahan atau pengurangan mengikut keperluan dan amalan keluarga.

68


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Mengambil Abu dan Tulang Apabila tiba di krematorium, penjaga tempat berkenaan biasanya sudah membersihkan sisa bahan bakar bagi memudahkan abu dan tulang jenazah dikumpul. Semua yang hadir perlu mandi dan berpakaian basah sepanjang proses berikut. Perlu dinyatakan bahawa hanya kaum lelaki akan ke krematorium untuk menyempurnakan upacara ini. Upacara pertama yang perlu dilakukan oleh karmi adalah berdiri di bahagian kepala jenazah (yang kini tinggal tulang dan abu) dan merenjis air ke atas abu jenazah sebanyak tiga kali. Seterusnya, susu direnjis sebanyak tiga kali. Kemudian barulah tulang boleh diambil dari tempat pembakaran. Mula-mula, tulang bahagian kepala (tengkorak), leher, dada (rusuk), pinggul dan kaki perlu diambil secara teliti dan dimasukkan ke dalam salah sebuah periuk belanga yang dibawa. Selepas itu, abu jenazah dikumpul dan dimasukkan ke dalam periuk yang sebuah lagi.

Di Tepi Pantai Karmi dan para pengiring akan beredar ke tepi pantai atau ke tebing sungai untuk upacara seterusnya. Tempat yang rata dan kering perlu dicari. Aspek keselamatan dan kebersihan perlu sentiasa diberi perhatian. Segala upacara ini juga perlu dilaksanakan dengan tenang tanpa sebarang perselisihan. Daun pisang perlu diletak di atas tanah dengan kedudukan bahagian hujung daun menghala ke arah selatan. Beras ditabur di atas daun pisang; biasanya dalam bentuk bujur mengikut bentuk daun pisang. Tulang-tulang yang disimpan di dalam periuk belanga akan dikeluarkan dengan teliti dan disusun semula di atas beras yang ditabur tadi. Tengkorak diletak dulu, diikuti bahagian-bahagian lain sehinggalah ke bahagian kaki. Kepala (tengkorak) harus menghala ke selatan. Periuk belanga berisi abu jenazah pula diletakkan di sisi tulang tetapi masih di atas daun pisang yang ditabur beras tadi. Lampu minyak, setanggi dan kapur barus dipasang. Sirih, pinang dan bunga rampai diletakan berhampiran tengkorak. Kain merah atau putih piasanya dililit pada leher periuk belanga berisi abu. Kain putih bagi balu dan lelaki; manakala kain merah bagi wanita yang masih bersuami atau wanita yang belum berkahwin.

69


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Bagi upacara seterusnya, kaum India akan cuba mendapatkan sedikit air dari Sungai Ganges dan dicampur dengan air biasa. Sekiranya air Sungai Ganges tidak diperoleh, air biasa sudah memadai. Air berkenaan direnjis ke atas tulang dan abu yang diletak di atas daun pisang. Kemudian direnjis pula dengan susu. Semua ini dilakukan oleh karmi dengan tunjuk ajar daripada warga emas yang berpengalaman. Sambil merenjis air dan susu, karmi akan mengulang nama Dewa Shiva, Narayana, Govinda atau mana-mana dewa yang biasa disebut oleh mendiang semasa hidup. Semua tulang perlu dipastikan basah terkena air dan susu yang direnjis. Karmi juga akan merenjis air pada bunga rampai, sirih, pinang serta nasi yang diletak sebagai simbol “mempersembahkan� barangan itu kepada roh mendiang sebelum roh pergi meninggalkan dunia ini. Arathi iaitu upacara membakar kapur barus dilakukan di mana piring berisi kapur barus yang menyala perlu dipusing melawan arah pusingan jam. Dalam budaya dan kepercayaan masyarakat India, pusingan arathi mengikut arah pusingan jam adalah bagi perkara-perkara baik manakala pusingan melawan arah jam adalah bagi perkara-perkara tidak baik dan menyedihkan. Tulang dan abu jenazah dimasukkan dalam sebuah periuk belanga. Susu dan air dituang ke dalam periuk belanga supaya keseluruhan tulang dan abu ditenggelami sepenuhnya. Karmi akan melangkah masuk ke dalam laut atau sungai sambil diiringi warga emas atau pakar upacara agama. Periuk belanga berisi abu dan tulang dipegang dengan kedua-dua tapak tangan terbuka. Karmi akan berjalan ke dalam laut/ sungai sehingga air sampai ke paras dada. Pada masa yang sama, periuk belanga berisi abu dan tulang jenazah dibiarkan tenggelam ke dalam air. Semasa melakukan upacara menenggelamkan periuk belanga ini, karmi perlu memandang ke arah matahari atau ke arah timur dan berdoa meminta Pencipta mengampunkan serta “menerima kembali� roh mendiang. Semua yang hadir pada upacara berkenaan akan mandi dalam sungai/laut dan sama-sama berdoa sebelum pulang. Tapak yang digunakan sebagai tempat melakukan upacara tadi perlulah dibersihkan. Semua barangan yang digunakan 70


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

perlu dimasukkan dalam beg plastik dan dibuang dengan cara yang betul. Biasanya, barang-barang dan perkakas yang digunakan bagi upacara menyempurnakan abu dan tulang jenazah tidak dibawa pulang ke rumah.

Prana, Preta dan Pithru Dalam budaya India (khususnya yang beragama Hindu dan Buddha), adalah dipercayai bahawa roh tidak mati bersama-sama jasad. Maka upacara menyempurnakan jenazah perlu dilakukan dengan teliti supaya roh si mati boleh meneruskan perjalanan mencari Tuhan. Roh disebut “jiva”, “atma” atau “prana”. Apabila roh sudah meninggalkan jasad, nama yang diberikan adalah “preta”. “Preta” dikatakan masih berada berdekatan dengan jasad selepas individu berkenaan meninggal dunia. Sebab itulah jenazah perlu dibakar dengan segera supaya “preta” boleh meneruskan perjalanan menemui Pencipta. Mantera dan upacara yang dimulakan sebaik sahaja seorang individu meninggal dunia adalah bertujuan membantu “preta” meneruskan perjalanan ke dunia yang lain. Upacara sembahyang khas bagi “preta” akan diadakan sama ada pada hari ke-10, ke-12, ke-16 atau ke-31 selepas individu berkenaan meninggal dunia. Upacara yang dinamakan “Sembahyang Shanti” atau “Sembahyang Moksha” ini ditetapkan dengan merujuk pada pakar agama atau atas nasihat warga emas yang berpengalaman. Upacara sembahyang diadakan di rumah atau di kuil sebagai tanda “preta” akan meninggalkan alam ini (disebut bhuloka) dan memasuki alam roh (disebut pitruloka) yang dihuni “pithru” iaitu roh-roh yang menunggu untuk dilahirkan semua ke bhuloka mengikut konsep karma. Upacara ini juga digelar “Sembahyang Moksha” kerana didoakan supaya “preta” (roh atau “atma” mendiang) tidak akan memasuki pitruloka dan lahir semula ke bumi; sebaliknya akan mencapai moksha atau nirvana iaitu “bersatu” dengan Tuhan (iaitu “Paramatma” atau Roh Agung).

71


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Lima Unsur Alam Antara soalan yang dikemukakan oleh pembaca selepas membaca artikel bulan lalu adalah mengapa jenazah kaum India tidak dikebumikan. Dalam budaya India, Tuhan dikatakan mencipta manusia daripada lima unsur alam yang disebut “panca bootam” iaitu air, api, tanah, angin dan angkasa. Maka, apabila seorang manusia meninggal dunia, jasadnya wajar “dikembalikan” kepada kelima-lima unsur alam berkenaan. Begini: Apabila jenazah dibakar, api (nerupu) mendapat peluang untuk “mengambil” sebahagian jasad itu. Cecair badan pula akan mengalir masuk ke dalam tanah (nilam) manakala angin (kaatu) pula menerbangkan abu daripada jasad ke ruang angkasa (agayam). Akhirnya, abu dicairkan ke dalam laut atau sungai; maka jasad juga “dikembalikan” kepada unsur kelima iaitu air (neer). Turut ditanya mengapa Sungai Ganges menjadi pilihan. Sebenarnya, sungai berkenaan dianggap sebagai sungai suci dalam masyarakat India beraga Hindu. Kononnya, jika mandi dalam sungai berkenaan, segala dosa individu berkenaan akan terampun. Namun, sebenarnya, abu jenazah boleh dicairkan dalam manamana sungai dan laut kerana akhirnya akan sampai ke lautan. Rasionalnya di sini adalah bahawa abu jenazah boleh bercampur dengan air laut dan pergi ke mana-mana penjuru dunia. Amalan ini sebagai simbolik bahawa roh mendiang boleh lahir semula di mana-mana penjuru dunia.

Jenazah Dikebumikan Dalam budaya India, tidak semua jenazah dibakar. Ada juga jenazah yang perlu dikebumikan. Bagi golongan bayi, kanak-kanak, teruna dan dara, roh mereka dipercayai meninggalkan jasad melalui lubang pada tengkorak. Bagi individu yang sudah berkahwin, roh dipercayai keluar melalui lubang mata, mulut, hidung atau telinga. Bagi individu yang roh keluar melalui lubang pada tengkorak, hidupnya dikatakan belum “sempurna”. Dalam budaya India, hidup dikatakan “sempurna” hanya selepas berkahwin; dan sebaik-baiknya sudah ada anak. Istilah bagi individu yang belum berkahwin adalah “sanyasi”. 72


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Maka, jenazah sanyasi tidak dibakar tetapi dikebumikan. Dengan itu, jasad berkenaan hanya “dikembalikan” kepada satu unsur alam iaitu tanah (nilam). Individu berkenaan dianggap meninggal dunia sebelum hidupnya “sempurna” iaitu sebelum berkahwin dan mendapat anak. Perlu dinyatakan bahawa masyarakat India percaya bahawa hidup seorang individu hanya “bermula” selepas berkeluarga. Selepas jenazah dikebumikan, upacara sembahyang dan mantera diadakan. Namun, makam atau sebarang tanda tidak boleh diletakkan pada kubur. Kaumkeluarga tidak digalakkan mengunjungi kubur kerana roh mendiang dipercayai tidak boleh meneruskan perjalanan ke dunia roh. Hal ini tentunya berbeza dengan budaya masyarakat Melayu dan Cina. Bagaimanapun, kini ramai juga masyarakat India yang meletakkan batu nesan serta membina makam kecil di tempat sanyasi dikebumikan. Kunjungan juga dilakukan pada hari-hari tertentu.

Berkahwin dengan Pokok Pisang Upacara menyempurnakan jenazah bagi sanyasi adalah sama seperti yang diterangkan dalam keluaran lalu. Namun, sebelum jenazah dibawa keluar dari rumah menuju ke tanah perkuburan, upacara “perkahwinan” diadakan bagi mendiang. Amalan ini dibuat kerana kehidupan sanyasi dianggap belum sempurna. Sekurang-kurangnya “perkahwinan” ini diharapkan akan menjadikan mendiang sedikit “sempurna” dan lebih cepat mencapai moksha. Jika individu yang meninggal dunia adalah seorang teruna, pohon pisang yang kecil akan ditanam di dalam pasu dan diletakkan di sisi jenazah. Taali iaitu tali kuning yang diikat seulas kunyit akan diletakkan pada tapak tangan jenazah. Kemudian, seorag lelaki warga emas akan diminta mengambil taali berkenaan dan mengikatnya pada batang pokok pisang. Maka teruna berkenaan dianggap sudah berkahwin. Seterusnya, kanak-kanak dan wanita yang hadir akan diminta menutup mata atau memalingkan muka. Parang diambil dan pokok pisang yang diikatkan taali tadi ditebang. Makna simbolik adalah bahawa “isteri” telah meninggal dunia. Dengan itu, kononnya, jenazah yang akan dikebumikan bukan lagi jenazah seorang sanyasi tetapi jenazah seorang lelaki yang sudah kematian isteri. 73


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Jika individu yang meninggal dunia adalah seorang gadis yang masih dara, sebatang pohon pisang yang kecil ditanam di dalam pasu dan diletakkan di sisi jenazah. Taali diletakkan pada pokok pisang yang mewakili pengantin lelaki. Kemudian, seorang lelaki warga emas akan mengambil taali dan meletakkannya pada leher jenazah tanpa diikat dengan sempurna. Seterusnya, pohon pisang ditebang sebagai simbol “suami” meninggal dunia. Maka, taali pada leher jenazah ditanggalkan. Makna simbolik adalah bahawa “suami” telah meninggal dunia. Dengan itu, kononnya, jenazah yang akan dikebumikan bukan lagi jenazah seorang sanyasi tetapi jenazah seorang balu. Bagi kanak-kanak dan bayi, jenazah perlu dikebumikan. Roh mereka dipercayai akan pergi semula kepada Pencipta dengan kadar segera sebelum dilahirkan semula ke dunia.

Sebuah Permulaan Apa yang pasti, dalam budaya India, kematian bukan titik akhir kehidupan. Sebaliknya adalah permulaan bagi kehidupan seterusnya. Itulah sebabnya upacara menyempurnakan jenazah dilakukan dengan penuh adat dan teratur. Kaum-keluarga yang masih hidup akan cuba melakukan apa yang terbaik bagi memastikan roh si mati selamat kembali menemui Pencipta. Mengikut konsep karma dalam budaya India, roh berkenaan dipercayai akan lahir semua dalam bentuk yang lain serta melalui beberapa siri kehidupan dan kematian sebelum akhirnya bersatu dengan “Roh Agung” iaitu Tuhan. Penerangan serba ringkas ini juga boleh menjadi sebuah permulaan untuk memahami budaya kaum India secara lebih mendalam kerana pemahaman ini penting dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, etnik, agama dan budaya di Malaysia.

Budaya Malayali yang Kurang Dikenali Apabila bercakap mengenai kaum India, orang ramai lazimnya merujuk kepada masyarakat keturunan Tamil yang merupakan kumpulan majoriti kaum India di Malaysia. Sebenarnya, selain daripada keturunan Tamil, terdapat juga keturunan 74


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Telegu, Malayali, Punjabi, Gujrati dan beberapa kumpulan minoriti kaum India di Malaysia. Saya pernah menulis mengenai beberapa aspek budaya keturunan Malayali di beberapa majalah. Misalnya mengenai perayaan Onam di The Malaysian Insider pada 4 September 2009, perayaan Vishu di Dewan Budaya pada April 2004 dan dramatari Kathakali di Dewan Siswa pada Oktober 1995.

Onam: Perayaan Budaya Keturunan Malayali Onam secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India. Malah, di Kerala, sejak tahun 1961, Onam merupakan perayaan rasmi peringkat negeri dan diraikan secara besar-besaran. Apa yang menarik, Onam diraikan oleh penduduk keturunan Malayali tanpa mengira agama. Maka, Onam adalah perayaan kebudayaan masyarakat Malayali; bukan perayaan penganut agama Hindu semata-mata. (Sijil kelahiran saya mencatatkan keturunan saya sebagai “Malayalam” manakala pada sijil kelahiran anak saya pula tercatat “Malayali”. Semoga tidak timbul kekeliruan istilah.) Mitos yang sering dikaitkan dengan sambutan Onam adalah mengenai Bali Chakravarthi atau Mahabali keturunan Asura yang dipercayai memerintah negeri Kerala pada zaman silam.

Onapookkalam yang dihias cantik

75


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Mahabali berjaya memerintah dunia kayangan dan bumi secara adil. Bagaimanapun, atas permintaan pengikut Indra yang tewas kepada Mahabali, maka Dewa Vishnu lahir semula kebumi (avatara) untuk menewaskan Mahabali. Avatara yang diambil oleh Dewa Vishnu ialah sebagai Vamana yang bertubuh kecil. Semasa Mahabali sedang melakukan upacara sembahyang khas, Vamana pergi dan membuat permintaan. Permintaan Vamana adalah supaya Mahabali memberikannya “tanah tiga kaki” lalu dipersetujui oleh Mahabali yang amat pemurah dan tidak pernah menolak permintaan sewaktu melakukan upacara sembahyang khas. Sejurus selepas itu, Vamana (Dewa Vishnu) menjelma dalam saiz yang amat besar di mana dengan sebelah kaki, berjaya meliputi seluruh bumi. Dengan sebelah kaki lagi, Vamana menutup seluruh kayangan. Mahabali masih berhutang “sekaki tanah”! Sebagai ganti, Mahabali meminta Vamana meletakkan tapak kaki di atas kepalanya. Maka, dengan sekali pijak sahaja, Mahabali tertimbus ke dalam tanah; hingga sampai ke dunia bawah tanah. Bagaimanapun, Mahabali meminta kepada Dewa Vishnu supaya dibenarkan naik ke permukaan bumi sekali setahun untuk menziarah rakyat jelata. Maharaja

Antara jamuan yang dihidangkan

76


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

berkenaan dikatakan tidak pernah mungkir janji dalam melakukan ziarah seperti yang dijanjikan. Pada hari sambutan Onam – biasanya pada Ogos atau September – Mahabali dikatakan datang ke bumi Kerala untuk menziarah rakyat jelata yang pernah berada di bawah pemerintahannya. Sambutan Onam adalah pada bulan Chingam dalam kalendar Malayali. Dahulu, sambutan adalah pada sepanjang bulan Chingam. Bagaimanapun, kini, hanya disambut selama sepuluh hari. Di Malaysia pula, sambutan Onam hanya selama sehari; itupun secara kecil-kecilan pada hari bekerja oleh sekitar 37,000 penduduk keturunan Malayali. Maka, tidak hairanlah bahawa maklumat mengenai Onam kurang diketahui oleh Bangsa Malaysia. Mungkin juga catatan serba ringkas ini boleh membantu kita untuk sama-sama mendapatkan sedikit maklumat mengenai Onam. Selain daripada kisah ziarah oleh Mahabali, Onam juga dikaitkan dengan musim menuai. Maknanya, ia lebih kurang seperti Ponggal dalam budaya masyarakat Tamil, serta Gawai dan Kaamatan. Di negeri Kerala, India, selepas musim hujan lebat pada bulan Karkidakam, kedatangan bulan Chingam disambut meriah sebagai musim menuai. Musim menuai itu turut diserikan dengan permainan tradisional, tarian, nyanyian, muzik, memberian hadiah dan jamuan bersama seisi keluarga. Menjelang Onam, masyarakat Malayali membersihkan rumah dan berpakaian serba baru (sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat lain menjelang musim perayaan) sebagai menyambut kunjungan Mahabali. Ruangan di hadapan pintu masuk biasanya dihiasi dengan Onapookkalam iaitu bunga-bungaan yang disusun dengan corak menarik (seperti lukisan kolem yang biasa dilihat di rumah kaum India) serta dihiasi dengan patung tanah liat yang melambangkan Mahabali dan Vamana. Secara tradisi, sambutan Onam adalah selama sepuluh hari. Maknanya, hiasan bunga penuh seni dilakukan sejak Atham, iaitu sepuluh hari sebelum tarikh sambutan Onam. 77


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Segala kerja membersihkan rumah juga dilakukan. Pakaian baru pula menjadi semacam kewajiban. Sambutan paling penting adalah sama ada pada hari Onam (Thiruonam) atau pada hari sebelumnya (Uthradam) di mana Mahabali dipercayai akan berkunjung ke setiap rumah penduduk Malayali. Warga emas dalam keluarga akan menyampaikan hadiah berupa pakaian baru (onakkodi) untuk dipakai oleh anggota keluarga. Upacara makan besar (sadya) juga satu lagi aspek penting dalam sambutan Onam. Sadya adalah masakan nabati (vegetarian) istimewa untuk dinikmati bersamasama keluarga sebagai hidangan makan tengah hari; lebih kurang seperti budaya makan besar dalam masyarakat Cina menjelang Tahun Baru Cina. Kepentingan upacara makan besar bersama-sama keluarga boleh diperhatikan melalui suatu peribahasa dalam Bahasa Malayalam yang membawa makna bahawa seseorang individu tidak harus melepaskan peluang menikmati sadya walaupun terpaksa menjual harta-benda yang dimiliki! Sambutan Onam juga tidak akan lengkap tanpa muzik, nyanyian, tarian dan pelbagai persembahan tradisional penuh warna-warni yang menjadi kebanggaan masyarakat keturunan Malayali. Pertandingan bot (vallamkali) juga amat sinonim dengan perayaan Onam. Ia hampir sama dengan bot naga yang dikaitkan dengan masyarakat Cina. Malah, di Kerala, pelbagai pertandingan diadakan dan bot-bot yang dihias indah mengambil bahagian untuk muncul juara. Bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengharapkan sambutan Onam secara besar-besaran di Malaysia; sebuah negara yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Mujurlah juga sejak belakangan ini, ada kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan generasi muda masyarakat Malayali mengenai sambutan Onam serta perayaan-perayaan lain yang ada kaitan dengan budaya tradisi masyarakat Malayali. 78


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sudah ada juga rancangan khas di radio dan televisyen; walaupun hanya dalam Bahasa Tamil. Bagaimanapun, saya masih beranggapan bahawa belum terlewat untuk masyarakat Malayali di Malaysia mempromosi Onam secara lebih hebat dan berterusan, selaras dengan semangat “1Malaysia� yang menjadi sebutan ramai sejak April 2009.

Vishu: Tahun Baru Masyarakat Malayali Setiap kali membicarakan perayaan dan hari kebesaran kaum India di Malaysia, contoh yang diberikan adalah Deepavali, Thaipusam dan Ponggal. Sebenarnya, kaum India terdiri daripada pelbagai keturunan yang masing-masing menyambut pelbagai perayaan yang kurang diketahui umum. Setiap keturunan ini juga menyambut tahun baru pada tarikh yang berlainan. Penduduk keturunan Punjabi menyambut Vaisaki, keturunan Tamil menyambut Chitirai manakala keturunan Telegu menyambut Ugadi. Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam, sambutan tahun baru dikenali sebagai Vishu. Walaupun pada asalnya dirayakan penduduk keturunan Malayali di Kerala, India; kini Vishu diraikan masyarakat Malayali di seluruh dunia. Tahun baru Vishu bukanlah suatu perayaan besar-besaran. Sebaliknya merupakan perayaan unik yang diraikan bersama-sama keluarga dan sahabat-handai. Ketibaan Vishu terus diraikan secara penuh tradisi oleh penduduk Malayali di seluruh dunia walaupun kehidupan mereka dikelilingi arus pemodenan. Bagi masyarakat Malayali di Malaysia, mereka hanyalah kelompok minoriti berbanding penduduk keturunan Tamil, Punjabi dan Telegu. Namun, sambutan Vishu tetap menjadi amalan dan tradisi turun-temurun. Harus dinyatakan bahawa Vishu bukan sambutan berkaitan agama Hindu. Maka sebab itulah di Kerala, Vishu turut disambut seluruh penduduk Malayali tanpa mengira agama. Tahun baru dalam kalendar Malayali bermula pada hari pertama bulan Medan yang biasanya jatuh pada bulan Mac atau April.

79


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sambutan Vishu, Tahun Baru Masyarakat Malayali

Sebagaimana majoriti penduduk kaum India, masyarakat Malayali juga mementingkan amalan melihat objek suci sebagai objek pertama pada subuh hari perayaan. Amalan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa sekiranya seorang individu melihat objek suci pada pagi hari perayaan, maka hidupnya akan bahagia dan mendapat rezeki yang melimpah-limpah. Sehari sebelum hari Vishu, kaum wanita dalam keluarga Malayali akan menyediakan Vishukani yang akan dijadikan objek suci untuk dipandang menjelang subuh keesokannya. Vishukani dibuat menggunakan sebuah bekas tembaga bulat yang menyerupai sebiji periuk besar. Pada dasar periuk tembaga itu diletakkan beras, lalu ditutup dengan sehelai kain bersih. Di atas kain itu pula akan diletakkan beberapa barangan mengikut kemampuan keluarga terbabit. Barangan yang biasanya diletakkan adalah seulas nangka, sebiji mangga, sehelai kain bersulam emas, sayur-sayuran, bunga warna kuning, duit syiling, bekas kecil berisi air serta senaskhah kitab suci. Barangan lain yang turut disusun kemas di dalam periuk tembaga itu adalah perkakas yang digunakan untuk upacara sembahyang (asthamangalam), sirih, pinang dan cermin kecil. 80


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Selain daripada itu, sebiji kelapa dipecah dua lalu dijadikan sepasang lampu. Minyak diisi dan dipasang sumbu padanya. Dua lampu minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa ini turut diletakkan di dalam bekas tembaga berkenaan. Maka siaplah Vishukani. Pada hari sambutan tahun baru Vishu, golongan wanita akan bangun lebih awal. Biasanya, wanita paling tua dalam keluarga akan memasang dua lampu yang diperbuat daripada buah kelapa yang dipecah dua. Maka bahagian dalam bekas tembaga itu akan bersinar dan memancarkan cahaya kekuningan. Para ahli keluarga akan dibangunkan serta diingatkan supaya tidak membuka mata. Golongan wanita (nenek atau ibu) akan memimpin anak-anak dengan mata terpejam menuju ke sisi Vishukani. Apabila anak-anak itu membuka mata, mereka akan melihat Vishukani yang diterangi cahaya kuning keemasan sebagai objek pertama pada tahun baru Vishu. Warna kuning selalu diasosiasikan dengan penduduk keturunan Malayali kerana warna berkenaan menjadi pilihan pada setiap perayaan. Cahaya warna kuning pada Vishukani disamakan dengan warna emas; iaitu lambang kekayaan dan kemakmuran. Amalan melihat Vishukani ini bukan hanya untuk ahli keluarga. Pengasuh atau orang gaji yang tinggal bersama-sama keluarga itu tidak dikecualikan. Sekiranya keluarga berkenaan mempunyai haiwan ternakan dan peliharaan, maka haiwan berkenaan juga diberi peluang melihat Vishukani!

Sekitar Samnbutan Vishu

Persembahan kepada Dewa

81


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Selepas setiap anggota keluarga selesai melihat Vishukani, bermulalah Vishukaineetom iaitu upacara memberi hadiah tahun baru. Biasanya warga tua dalam keluarga berkenaan akan mengeluarkan duit syiling, beras dan bunga kuning dari dalam bekas tembaga dan memberikannya kepada setiap ahli keluarga. Pakaian baru yang disebut kodi vastram juga akan diberikan. Anggota keluarga turut mendapatkan restu daripada orang tua. Amalan Vishukainetom dipercayai akan membawa kebahagiaan dan kemewahan kepada generasi muda yang menerima hadiah dan restu daripada generasi tua. Selepas mandi, ahli keluarga akan memakai pakaian tradisional kodi vastram yang diterima sebagai Vishukaineetom. Selepas itu, mereka akan sembahyang bersamasama dan meminta restu agar tahun baru membawa kemakmuran. Ada juga keluarga yang pergi ke kuil Dewa Ayyappan untuk menyertai upacara khas yang diadakan. Kalau di Kerala, kuil Guruvayur, Sabarimalai dan Padmanaba Shetram pasti menjadi tumpuan masyarakat Malayali. Di kuil-kuil berkenaan, Vishukani turut disediakan untuk dilihat oleh para penganut yang datang bersembahyang di kuil berkenaan. Sesudah sembahyang, seisi keluarga akan menikmati sadya iaitu jamuan makan tahun baru. Masakan nabati (vegetarian) ini hanyalah beberapa juadah yang sederhana tetapi sangat istimewa bagi masyarakat Malayali pada pagi tahun baru Vishu. Sadya disedia menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang senang didapati pada musim berkenaan. Masakan berasaskan nangka, mangga, labu manis (pumpkin) dan kelapa menjadi pilihan utama. Kunjung-mengunjung turut menjadi amalan pada Vishu. Jiran-tetangga yang tidak merayakan Vishu biasanya akan dijemput untuk turut menikmati juadah yang disediakan. Kanak-kanak pula akan diberi Vishukaineetom. Namun, memandangkan Vishu bukan hari cuti umum di Malaysia, ramai penduduk keturunan Malayali yang bekerja akan mengambil cuti peristiwa. Amalan kunjungmengunjung dan jamuan makan biasanya diadakan pada sebelah petang atau malam demi keselesaan tetamu.

82


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Vishu juga dianggap tarikh yang amat baik untuk memulakan sesuatu usaha. Misalnya, memulakan perniagaan atau pertanian. Amalan ini masih menjadi ikutan bagi penduduk Malayali di Kerala, khususnya di kalangan petani. Di Malaysia, walaupun penduduk keturunan Malayali merupakan kelompok minoriti, mereka tetap berpegang teguh pada amalan dan tradisi nenek-moyong. Mana-mana amalan yang kurang sesuai mula ditinggalkan – atau diubah suai dan diasimilasi mengikut acuan setempat. Namun, perayaan Vishu terus menjadi pegangan. Generasi muda keturunan Malayali juga sudah mula menyedari betapa penting menjaga dan memelihara budaya dan amalan tradisi seperti ini. Mereka juga sudah semakin berminat dan berbangga memiliki amalan yang amat istimewa seperti Vishu. Apatah lagi, Vishu bukan perayaan berciri keagamaan. Maka lebih mudah untuk ditonjolkan dan diperkenalkan kepada masyarakat pelbagai kaum, keturunan dan agama di negara ini dalam usaha murni mewujudkan Bangsa Malaysia yang saling memahami.

Kathakali: Yang Dramatik, Yang Dilupakan Apabila bercakap tentang tarian klasik India, kita ketara memberikan contoh bharatanatyam. Ini mungkin kerana majoriti kaum India di negara kita adalah berketurunan Tamil. Bharatanatyam merupakan tarian klasik yang bemula pada abad ke-2 di Tamil Nadu, India. Selain daripada bharatanatyam, terdapat juga tarian odissi yang berasal dari Orrisa di bahagian timur India pada abad ke-6 atau ke-7. Satu lagi bentuk tarian klasik yang cukup menarik adalah kathakali, iaitu suatu bentuk dramatari yang mula ditarikan di Kerala oleh orang Malayalam mulai abad ke-17. Kathakali bermakna “drama cerita� dalam bahasa Malayalam. Ia dipercayai diasaskan oleh Maharaja Veerakeralavarman. Pada asalnya kathakali dipersembahkan pada hari-hari perayaan suci. Akan tetapi mengikut peredaran masa, ia menjadi teater rakyat.

83


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Penari kathakali terdiri daripada golongan lelaki sahaja. Ini adalah kerana dramatari kathakali melibatkan teknik tarian dan latihan yang berat. Latihan yang diberikan meliputi latihan fizikal, urut, latihan mata, tangan dan muka. Para penari terdiri daripada golongan profesional yang telah mula dilatih sejak berusia tujuh atau lapan tahun. Mereka ini menjadi penari sepenuh masa dan dibayar upah bagi setiap persembahan. Persembahan kathakali menggunakan bahasa Sanskrit dan bahasa Malayalam dalam nyanyian dan dialog. Ia mengambil cerita-cerita daripada epik Ramayana, Mahabharata dan karya-karya purana. Teknik tarian adalah mengikut mudra yang diterangkan dalam Natyasastra. Mudra merujuk kepada posisi-posisi asas tangan seperti yang biasa dilihat dalam tarian bharatanatyam. Natyasastra adalah sebuah manual lengkap yang ditulis oleh Bharata tentang seni klasik India; meliputi bidang muzik, tarian dan drama. Posisi asas penari kathakali disebut mandalastanam. Posisi ini dibentuk oleh kedua-dua belah kaki penari yang dibuka dan dibengkokkan ke tepi; dengan torso (tubuh dan bahu ke punggung) yang tegak dan kedua-dua lengan diangkat ke paras bahu serta dibengkokkan pada siku supaya tangan terhulur ke arah dada. Tidak cukup dengan itu, ibu jari kaki penari sentiasa tertonjol ke atas tanpa menyentuh lantai.

tarian Kathakali yang dramatik

84


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Pergerakan tubuh penari adalah secara isolasi, berkerat-kerat dan simetrikal. Isolasi di sini bermakna bahawa setiap bahagian tubuh penari berupaya bergerak secara berasingan. Misalnya, sewaktu mata digerakkan ke kiri kanan, kepala tidak bergerak. Apa yang dimaksudkan dengan tubuh yang berkerat-kerat pula adalah bahawa penari berupaya membengkokkan tubuhnya pada setiap tempat tulang bersambung. Misalnya tangan dibengkok pada bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jemari. Pergerakan tubuh adalah simetrikal kerana seimbang di sebelah kiri dan kanan. Misalnya, jika penari menghentak kaki kiri, maka kaki kanan juga akan dihentak. Setiap pergerakan yang dilakukan di sisi kiri akan turut dilakukan di sisi kanan sama ada secara serentak atau secara berselang-seli. Dalam tarian bharatanatyam, penari berfungsi sebagai pencerita. Misalnya penari mungkin bercerita tentang kisah Rama dan Sita melalui tariannya. Sebaliknya dalam kathakali, penari bukan menjadi pencerita. Penari memegang satu-satu peranan/watak; misalnya Rama, Sita, Ravana, Hanuman, Krishna, Karna atau Arjuna. Apabila vokalis (penyanyi) menyampaikan cerita melalui nyanyian, penari akan menginterpretasi peranan yang dipegangnya melalui pergerakan pantomimi (pantomime). Cerita disampaikan dengan penuh ekspresi melalui penggunaan teknik pergerakan yang disebut abhinaya. Abhinaya atau nritrya merujuk kepada pergerakan pantomimi tubuh badan yang berfungsi menyampaikan cerita atau disebut story-telling. Maka kathakali berciri danced-mime. Cerita dalam kathakali disampaikan oleh penari dengan cara lakonan melalui pergerakan tangan (hastabhinaya), lakonan melalui pergerakan mata (netrabhinaya), lakonan melalui ekspresi muka (mukhabhinaya) dan lakonan melalui pergerakan seluruh tubuh badan (angikabhinaya). Solekan bagi setiap watak selalunya diolah dengan gaya (stylized) mengikut watak dan perwatakan. Watak-watak baik seperti Rama, Krishna dan Arjuna berwajah 85


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

hijau (pacca) atau merah (pazhappu) serta memakai cutti. Cutti adalah sekeping kadbod putih yang dipakai dari telinga ke dagu melalui pipi. Watak-watak jahat seperti Ravana pula memiliki warna campuran hijau (pacca), merah (pazhappu) dan putih (vella). Sementara itu, watak-watak binatang mempunyai janggut (taadi) pelbagai warna mengikut watak dan perwatakan masing-masing. Watak Hanuman, si lotong dalam Ramayana misalnya, benjanggut putih. Satu lagi aspek penting dalam solekan penari kathakali adalah pada mata mereka. Beberapa minit sebelum persembahan bermula, penari akan memasukkan sejenis bijian ke dalam mata. Rasa pedih yang dialami membuatkan mata mereka merah menyala. Mata yang merah ini, apabila beraksi menggunakan netrabhinaya, pasti memberi kesan dramatik kepada dramatari berkenaan. Sebagaimana solekan muka, pakaian para penari juga dihias pelbagai warna bergemerlapan. Kain sepanjang 55 ela diikat menjadi skirt yang kembang. Walaupun berat, tetapi hayunan skirt sewaktu penari beraksi memberi kesan pergerakan lembut yang berterusan. Mahkota (kiritam) yang dipakai oleh penari adalah berbeza saiz dan bentuk mengikut watak yang dipegang. Kathakali selalu dipersembahkan pada sebelah malam di tanah lapang di luar kuil dewa Visnu. Persembahan ini biasanya akan berlanjutan hingga subuh keesokannya. Biasanya persembahan diatur penuh teliti agar apakala matahari mula terbit pada keesokan hari, pada waktu itulah perang sampai ke kemuncak dan watak protagonis membunuh watak antagonis. Sepanjang persembaban, satu-satunya sumber cahaya adalah dari sebiji lampu minyak gergasi yang diletakkan di tengah tanah lapang (pentas terbuka). Lampu ini merupakan jenis yang biasa terdapat di rumah-rumah masyarakat India berketurunan Malayalam. Nyalaan api yang terliuk-liuk kadang-kadang terang, kadang-kadang malap turut berperanan memberi mood dan kesan dramatik pada persembahan kathakali. Terdapat tiga ciri utama dalam persembahan kathakali. Pertama adalah todoyam iaitu persembahan di belakang tirai. Ia biasanya ditarikan oleh para penari yang

86


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

masih muda bagi memanggil dewa-dewi datang menyaksikan persembahan yang bakal diadakan. Persembahan ini berciri nritta (pure dance) iaitu tarian tanpa cerita yang mementingkan teknik gerak tari yang sukar. Bahagian kedua adalah purappadu yang juga berciri nritta. Vokalis akan menyanyikan lagu pengenalan bagi setiap watak yang akan datang menari di tengah tanah lapang (pentas). Bahagian pengenalan ini mampu memberi sedikit gambaran kepada penonton tentang apa yang akan dipersembahkan kemudian. Bahagian tirainooku merupakan satu lagi ciri utama kathakali. Tirainooku bermakna melihat dari sebalik tabir. Setiap kali sesuatu watak baru muncul, penari berkenaan akan menari dahulu di belakang tirai dengan iringan muzik gendang. Bahagian ini selalunya penuh suspen dan dramatik. Lebih-lebih lagi apabila watak-watak agresif seperti Ravana semacam mengamuk di belakang tirai berkenaan. Biasanya para penonton sudah sedia mengetahui jalan cerita dramatari yang dipersembahkan. Tambahan pula cerita-cerita diambil daripada epik Hindu yang sudah sedia mashyur. Walau bagaimanapun persembahan yang penuh dramatik membuatkan orang ramai sanggup berjaga sepanjang malam untuk menyaksikan keseluruhan persembahan. Dan pada subuh keesokan harinya, bilamana watak baik mengalahkan watak jahat dan matahari mula terbit di ufuk timur para penonton bersorak menyambut kemenangan sebelum pulang dengan jiwa yang puas. Malang sekali dramatari yang penuh dramatik ini kurang diberi perhatian di Malaysia. Hanya sesekali pada hari-hari perayaan orang Malayalam barulah kathakali dipersembabkan. Itu pun secara kecil-kecilan sahaja. Kathakali tidak ditonjolkan kepada masyarakat umum secukupnya. Malah ramai individu dalam masyarakat India sendiri tidak tahu apa-apa tentang dramatari kathakali yang berasal dari Kerala. Dramatari yang dipersembahkan pada masa kini pula sudah banyak diubah suai dan dipermudahkan teknik tarinya. Maka kesan dramatiknya sudah semakin berkurangan. Amat menyedihkan apabila suatu bentuk seni persembahan kaum India semakin hilang begitu sahaja. Lebih menyedihkan apabila generasi muda rata-rata tidak 87


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

menyedari tentang kepupusan yang berlaku kerana mereka sejak awal-awal lagi tidak menyedari akan kewujudan seni persembahan ini. Walaupun kathakali kurang dipersembabkan di Malaysia, mereka yang berminat untuk mendalami dramatani ini boleh membaca tentangnya dalam beberapa buku; atau menonton melalui kaset video yang boleh didapati di Temple of Fine Arts, Kuala Lumpur. Kathakali Melapadam pula adalah antara kaset audio yang memuatkan muzik dan lagu persembahan kathakali. Antara buku yang wajar dibaca untuk menambah ilmu dan pengetahuan mengenai kathakali adalah Indian Theatre: Traditions of Performance (1990), The Art of Kathakali (1961), Kathakali (1955), Kathakali: An Introduction to the Dance-drama of Kerala (1970) dan Language of Kathakali: A Guide to Mudras (1948).

Penutup Ternyata budaya masyarakat Malayali amat unik dan menarik untuk didalami. Dalam pada orang ramai memperkatakan serta mempelajari budaya keturunan Tamil, budaya keturunan lain seperti Malayali, Telegu dan Punjabi janganlah dilupakan kerana kesemuanya sama-sama membentuk keunikan masyarakat majmuk di Malaysia.

88


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

89


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

90


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kepelbagaian Seni Budaya Masyarakat Kadazandusun Memperkasa Gagasan 1Malaysia Daniel Jebon Janaun

Pendahuluan Kewujudan sesuatu bangsa akan pupus dan hilang di muka bumi ini jika individu dan masyarakat dalam bangsa itu tidak mengamalkan budaya dan seni bangsanya. Hal ini demikian kerana kebudayaan dan kesenian itu merupakan identiti bagi bangsa berkenaan. Umpamanya, apabila individu tidak tahu bertutur dalam bahasa bangsanya sendiri, bahasa itu tidak berkembang dan perlahan-lahan pupus. Demikian pula jika masyarakat dalam bangsa itu tidak mengamalkan lagi adat resam, pantang larang, pakaian, makanan, tarian, dan sebagainya, kewujudan bangsa itu perlahan-lahan hilang dan akan mati dengan sendirinya. Demikianlah betapa pentingnya peranan seni dan budaya bagi sesuatu bangsa. Bertolak dari kenyataan ini, penulis terpanggil untuk membicarakan topik kesenian dan kebudayaan masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah dalam konteks gagasan 1 Malaysia. Topik ini menimbulkan beberapa persoalan penting, antaranya: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kebudayaan? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan gagasan 1 Malaysia? 3. Apakah hubungan antara kebudayaan dengan gagasan 1 Malaysia? 4. Bagaimanakah kebudayaan dan kesenian masyarakat Kadazandusun menyumbang ke arah mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional seperti yang dinyatakan dalam gagasan 1 Malaysia? 5. Kenapakah integrasi nasional amat penting dalam membentuk negara bangsa yang bernama Malaysia? Bagaimanakah 1 bahasa, 1 bangsa, dan 1 negara Malaysia boleh dibentuk sedangkan warganegara Malaysia terdiri 91


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan budaya, agama, dan bahasa yang berbeza? Persoalan-persoalan ini tentu saja amat relevan dan signifikan dibahaskan oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini supaya kefahaman dan penerimaan terhadap gagasan tersebut dapat dicapai secara natural. Sememangnya, persoalanpersoalan ini memang bukan mudah dijawab dan dijelaskan kerana setiap orang mempunyai harapan, cita rasa, wawasan, dan perspektif yang berbeza yang menyukarkan kesatuan pemikiran dan tindakan. Namun, kesukaran dan cabaran tersebut tidak seharusnya ditonjolkan sehingga menutup ruang perbahasan yang positif dan penambahbaikan yang berterusan. Atas kesedaran tersebut, penulis berasa gembira kerana berpeluang dalam membahaskan gagasan yang amat penting ini dalam medium kebangsaan yang lebih luas. Sebagai salah seorang warganegara yang cinta akan negara ini tanpa berbelah bahagi yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sudah pasti penulis mempunyai pandangan tertentu yang mungkin berbeza dengan orang lain.

Rasional Makalah ini tidak bertujuan menunjukkan hegemoni budaya masyarakat Kadazandusun ke atas budaya orang lain, melainkan suatu pengakuan jujur mengenai pengalaman masyarakat ini menangani kepelbagaian budaya etnik yang menjadi sumber kekuatan semangat perpaduan di negeri Sabah. Justeru, penulis terdorong menjustifikasikan pemilihan topik ini agar pemikiran atau idea yang dibentangkan dalam makalah ini diketahui konteksnya terlebih dahulu, selain tidak dianggap sebagai usaha menonjolkan sentimen perkauman yang jumud (yang bukan menjadi falsafah dalam gagasan 1 Malaysia). Berikut adalah fakta-fakta yang boleh menjustifikasikan hasrat penulis ini: 1. Masyarakat Kadazandusun merupakan majoriti penduduk di negeri Sabah yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan (khususnya Kristian, Islam, dan pagan). Ini sudah cukup mencerminkan erti kepelbagaian dalam amalan budaya, bahasa, dan agama yang menjadi ciri penting dalam gagasan 1 Malaysia; 2. Masyarakat Kadazandusun mempunyai tidak kurang daripada 40 etnik seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan KDCA Perkara 6 (1). Ini bermakna 92


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

masyarakat ini unik, banyak (yang mungkin mencerminkan kerencaman seni dan budaya), serta kemajmukan pemikiran, perasaan, dan tindakan dalam meneruskan survival mereka. Ini bermaksud apabila kita bercakap mengenai gagasan 1 Malaysia, kita boleh merujuk kedinamikan budaya, agama, dan bahasa Kadazandusun sebagai contoh atau sampel yang sesuai; 3. Etnik-etnik Kadazandusun mengamalkan budayanya yang tersendiri dan bertutur dalam dialek yang berbeza. Kebudayaan dan kesenian masyarakat Kadazandusun melambangkan keunikan kebudayaan dan kesenian masyarakat Sabah pada keseluruhannya. Tambahan pula, masyarakat Kadazandusun terlibat dalam perkahwinan campur bukan sahaja dengan etnik Kadazansusun yang lain tetapi juga dengan bangsa yang lain seperti Bajau, Cina, India, dan sebagainya. Perkahwinan campur ini menjadi suatu ciri penting dalam mengukuhkan perpaduan dan integrasi kaum di negeri ini; dan, 4. Dari segi petempatan, masyarakat Kadazandusun tinggal kebanyakannya di kawasan pedalaman dan luar bandar, namun masyarakat ini juga tinggal di pinggir bandar dan bandar, khususnya golongan cendekiawan dan profesional. Unsur ini memberi penjelasan mengenai konteks cabaran interaksi budaya, bahasa, dan agama dalam kalangan masyarakat Kadazandusun, namun yang positifnya, masyarakat ini masih berupaya mengekalkan perpaduan yang kuat dan teguh. Dengan yang demikian, penulis ingin menyatakan bahawa sekalipun penulis berbangsa Kadazandusun dari etnik Kimaragang, namun, penulis tidak wajar mendakwa bahawa pandangan yang diutarakan itu mewakili etnik Kimaragang ataupun Kadazandusun pada keseluruhannya. Penafian ini wajar dikemukakan lebih awal kerana tidaklah munasabah dan sesuai bagi penulis menganggap bahawa pandangan ini merupakan suatu generalisasi bagi etnik Kimaragang itu sendiri. Bagaimanapun, penulis akan mengungkapkan world view penulis yang sudah pasti dipengaruhi oleh world view bangsanya. World view seseorang seperti kata Kearney (1995) dipengaruhi oleh latar belakang budaya dan nilai sesuatu bangsa. Sehubungan itu, penulis sudah pasti akan membicarakan topik kepelbagaian seni budaya masyarakat Kadazandusun di Sabah berasaskan jiwa dan kerangka pemikiran etnik Kimaragang dalam melihat isu yang dibangkitkan.

93


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Objektif Makalah Tumpuan utama makalah ini adalah membahaskan topik kepelbagaian seni budaya masyarakat Kadazandusun di Sabah memperkasa Gagasan 1 Malaysia. Sehubungan itu, makalah ini dihasilkan dengan objektif untuk mengungkapkan perkara-perkara berikut: 1. Menyatakan pengertian kebudayaan dan seterusnya inti pati Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadi teras bagi mewujudkan kebudayaan kebangsaan; 2. Menyingkap latar belakang negeri Sabah dan masyarakat Kadazandusun sepintas lalu; 3. Mendeskripsikan model pemikiran masyarakat Kadazandusun dalam mewujudkan integrasi kaum di Sabah; 4. Menyatakan ekosistem integrasi kaum di Sabah; 5. Menjelaskan gagasan 1Malaysia dari segi konsep, asas, dan nilai-nilai utama; 6. Mengutarakan hubungan antara gagasan 1 Malaysia dengan integrasi kaum; 7. Menjelaskan hubungan antara integrasi kaum dengan seni budaya; 8. Menyatakan peranan seni budaya Kadazandusun dalam pemupukan perpaduan dan integrasi nasional; dan 9. Mencadangkan strategi memperkasa dan mengangkasa seni budaya Kadazandusun dalam konteks Gagasan 1 Malaysia. Berdasarkan objektif tersebut, penulis seterusnya membincangkan kebudayaan itu secara sepintas lalu. Perbincangan terhadap topik ini dilakukan untuk membina kerangka pemikiran bahawa budaya itu diperlukan dan diamalkan oleh setiap kaum dan etnik; bahawa budaya masyarakat kaum dan etnik di negara ini kaya dan unik dan berbeza-beza pula maka perlu ada satu kebudayaan kebangsaan dan untuk mencapai kebudayaan kebangsaan tersebut perlu ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai asas identiti dan jati diri bangsa dan negara Malaysia seperti yang dihasratkan dalam gagasan 1 Malaysia.

Kebudayaan Sepintas Lalu Pengertian Kebudayaan 94


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sebelum budaya masyarakat kita .

Secara umumnya, perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran. Dari sudut etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. Edward Burnett Tylor (1832-1917), menyatakan kebudayaan adalah: That complex whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, custom, and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society. Franz Boas (1858-1942) berpendapat kebudayaan merupakan: the totality of the mental and physical reactions and activities that characterize the behavior of the individuals composing a social group collectively and individually in relation to their natural environment, to other groups, to members of the group and of each individual to himself. Dari perspektif sosiologi, kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah fikiran atau idea (seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, mitos, legenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan); kebendaan (seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perabot); kesenian (dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon (teater, tarian, muzik, nyanyian) dan seni tampak (ukiran, lukisan, seni pahat, 95


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

tenunan, takat dan anyaman); dan nilai dan norma (seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun). Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasilhasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah). Sesungguhnya, perubahan merupakan salah sifat penting bagi sesuatu kebudayaan. Sifatnya yang dinamik dan progresif itu memungkinkan sesuatu budaya itu boleh dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi serta mempunyai unsur simbolik. Sudah tentu, terdapat perbezaan budaya antara satu kaum dengan kaum yang lain. Hal ini demikian kerana manusia itu sendiri yang membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. Bertolak daripada hal itulah kita perlu mengakui, menerima, dan menghayati realiti masyarakat kita di negara ini. Realiti negara kita ialah negara ini dihuni oleh masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina, India, pelbagai etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli, Baba dan Nyonya, Serani, Siam, dan sebagainya. Bayangkan betapa kaya negara kita dengan budaya masyarakat pelbagai kaum ini. Sudah pasti, setiap kaum ingin melihat budayanya diakui, diiktiraf, diamalkan, dan ditonjolkan. Inilah sifat kepelbagaian budaya dalam negara kita. Aspirasi yang rencam ini mewujudkan budaya cacamerba sehingga kita tidak kenal identiti kebangsaan kita. Sehubungan itu, apabila kita bercakap mengenai kebudayaan dan kesenian masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kita tidak boleh lari daripada memperkatakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kerana dasar itu perlu untuk menetapkan identiti kebudayaan kebangsaan bagi negara kita. Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu dirancang dengan rapi dan teliti supaya boleh diterima, dihayati, dan diamalkan oleh semua kaum yang ada di negara ini. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sesungguhnya, usaha kerajaan menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan usaha yang amat relevan dan signifikan kerana warganegara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama, bahasa, dan budaya. Menyedari hakikat itulah maka objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

96


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sebelum budaya masyarakat kita .

Malaysia dibentuk untuk mengelak pertikaian, percanggahan, persengketaan, dan seumpamanya yang berkemungkinan menghancurkan negara Malaysia yang berdaulat dan yang kita cintai ini. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia dibentuk bertujuan untuk mencapai tiga objektif yang berikut: 1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan; 2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan 3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Sehubungan itu, penetapan prinsip asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia seperti yang diputuskan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 sewajarnya diterima tanpa pertikaian kerana tiga prinsip asas yang digariskan mencakupi semua aspek yang berkaitan dengan kebudayaan kaum di negara ini. Tiga prinsip asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti berikut: 1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini; 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima; dan, 3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

97


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Sudah tentu dasar yang diputuskan dan disepakati bersama itu berguna sebagai garis panduan dalam membentuk mengekalkan identiti negara Malaysia yang berbilang kaum ini. Berdasarkan kenyataan di atas, kita bukan sahaja diberikan gambaran mengenai kebudayaan, tetapi juga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Hal ini memberi hala tuju kepada perbahasan seterusnya mengenai kepelbagaian kebudayaan dan kesenian masyarakat Kadazandusun dalam konteks gagasan 1Malaysia. Hal ini demikian kerana kebudayaan masyarakat Kadazandusun mempunyai peranan yang penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia. Sehubungan itu, perbincangan terhadap latar belakang kebudayaan Kadazandusun secara ringkas adalah relevan dan signifikan dalam melengkapkan mauduk makalah ini seperti yang dibincangkan dalam bahagian seterusnya. Latar belakang itu sendiri menyingkap khazanah budaya yang dapat menyatukan hubungan dan interaksi kaum di Sabah.

Latar Belakang Ringkas Negeri Sabah Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara Pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi. Keluasan tersebut hampir menyamai 9 buah negeri termasuk dua buah Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia dengan keluasan keseluruhan 73,711 km persegi. Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau, dan bersungai, negeri Sabah menawarkan pelbagai keindahan alam flora dan fauna serta keunikan budaya masyarakatnya. Peta Negeri Sabah Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurangkurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Pada tahun 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balambangan, di utara negeri Borneo Utara (Sabah). Dilihat dari segi pengalaman pendudukan kuasa luar, Sabah (yang dahulunya disebut Borneo Utara) telah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British 98


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dari tahun 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas pendudukan Jepun selama lebih kurang 3 tahun setengah, Sabah menjadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila Sabah akhirnya mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pengisytiharan kemerdekaan negeri Sabah dilakukan pada 16 September 1963 melalui pengisytiharan pembentukan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Seperti yang diketahui umum, penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Kumpulan kaum yang utama ialah Kadazandusun (yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), selain kaum peribumi yang lain seperti Bajau, Brunei, dan Suluk. Menurut Zubaidi Abas, Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah yang memetik kajian terkini yang dijalankan Lembaga Kebudayaan Sabah, terdapat 35 kumpulan etnik dan 215 pecahan etnik di Sabah (2010). Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan peribumi yang terbesar. Berdasarkan latar belakang ini, ternyata, Sabah bukan sahaja memiliki keindahan alam flora dan fauna yang mempesonakan, tetapi mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing yang unik 99


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

dan menawan. Keunikan kebudayaan itu kelihatan terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Masyarakat Kadazandusun Sepintas Lalu Premis utama makalah ini adalah kebudayaan dan kesenian masyarakat Kadazandusun memperkasa gagasan 1 Malaysia. Untuk membahaskan hal ini, pengenalan kepada masyarakat Kadazandusun perlu diketengahkan terlebih dahulu. Kumpulan Etnik yang Termasuk dalam Kadazandusun Perlembagaan Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Perkara 6 (1) mentakrifkan Kadazandusun sebagai orang peribumi Sabah yang mengandungi 40 kumpulan etnik, iaitu: 1

Bisaya

17

Lotud

2

Bonggi

18

Lundayo

3

Bundu

19

Makiang

4

Dumpas

20

Malapi

5

Gana

21

Mangkaak

6

Garo

22

Minokok

7

Ida’an

23

Murut

8

Kadayan

24

Nabai

9

Kimaragang

25

Paitan

10

Kolobuan

26

Pingas

11

Kuijau

27

Rumanau

12

Lingkabau

28

Rungus

13

Liwan

29

Sinobu

14

Lobu

30

Sinorupu

15

Sonsogon

31

Tindal

16

Sukang

32

Tobilung

100


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

33

Sungei

37

Tolinting

34

Tangara

38

Tombonuo

35

Tatana

39

Tuhawon

36

Tidong

40

Tutung

Ada dua lagi etnik Kadazandusun yang tidak tersenarai dalam Perlembagaan Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Perkara 6 (1), iaitu Labuk dan Tagahas, menjadikan kesemua etnik dalam Kadazandusun sebanyak 42 etnik. Dari senarai ini kita menyedari betapa banyaknya etnik yang terdapat dalam Kadazandusun itu sendiri yang melambangkan keunikan dan kekayaan kebudayaan masyarakatnya. Pakaian Tradisional Masyarakat Kadazandusun Sememangnya, masyarakat Kadazandusun amat kaya dengan kebudayaan dan kesenian. Ini boleh dilihat terutama sekali pada pakaian tradisi, tarian tradisi, muzik tradisi, dan kraf tangan. Setiap satunya mencerminkan identiti sesuatu suku etnik atau kaum. Pada zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Namun, pada zaman moden ini pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti pada hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan seperti perayaan Tadau Kaamatan yang disambut pada 30-31 Mei setiap tahun.

101


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kebanyakan suku kaum di Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Selain itu, penggunaan warna hitam disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi pada waktu tersebut. Untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang diperbuat daripada berbagaibagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang diperbuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. Kaum lelaki masih memakai sigar sejak dari dahulu lagi. Sigar atau tanjak ini adalah kain segi empat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni, misalnya bobolian memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Tarian Tradisi Kadazandusun Salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat adalah seni tari. Masyarakat Kadazandusun juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannya yang merangkumi tarian ritual dan moden. Antara tarian-tarian asli masyarakat Kadazandusun yang popular dan dikenali ramai adalah tarian Sumazau, Sumayau, Pinakang, dan Mongigol (sekadar memberikan beberapa contoh). Sementara kalangan kaum lain beberapa tarian seperti tarian Magunatip, Limbai, Adai-adai, dan Daling-Daling merupakan tarian yang amat popular. 102


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kraf Tangan Tradisional Kadazandusun Kraf tangan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh/berlindung, menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka menghasilkan berbagai-bagai barang dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Kraf tangan yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan kraf tangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya. Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraf tangan. Di pedalaman Sabah, sebilangan besar kaum wanita membuat sigar (terendak), anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk kegunaan sehari-hari. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata. Peralatan yang dibuat pada masa lalu bertujuan untuk kegunaan isi rumah sahaja dan corak asas peralatan tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Sementara produk yang melebihi keperluan kegunaan isi rumah kadang kala dijual di tamu. Tamu menjadi pusat pertemuan antara masyarakat pelbagai kaum. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik, benda 103


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

tembaga, gong tembaga dan kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk pesisiran pantai dibawa masuk ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih murah dalam usaha menghasilkan kraf tangan tradisional. Dengan itu, manik-manik kaca yang jarang ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian. Benang kapas import yang murah kini diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam yang diimport telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam penghasilan pakaian. Demikianlah secara ringkas senario beberapa elemen budaya Kadazandusun yang unik dan pelbagai. Ada beberapa persoalan yang timbul. Pertama, bagaimana masyarakat ini boleh bersatu? Kedua, bagaimana masyarakat ini berinteraksi dengan kaum yang lain? Ketiga, apakah rahsia perpaduan dan kesatuan mereka? Menjawab persoalan inilah yang mendorong penulis mengupas model pemikiran dan amalan budaya Kadazandusun dalam mewujudkan integrasi kaum di Sabah seperti yang dijelaskan dalam bahagian yang berikut:

Pemikiran Masyarakat Kadazandusun dalam Mewujudkan Integrasi Kaum Penulis mendapati bahawa masyarakat Kadazandusun sebenarnya mempunyai pemikiran khusus yang mewujudkan integrasi etnik dan kaum di Sabah. Pemikiran 104


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

tersebut telah sebati dalam jiwa masyarakat ini sehingga mewujudkan nilai budaya yang baik dalam menyatupadukan mereka. Berikut diketengahkan model pemikiran orang Kadazandusun dalam mewujudkan integrasi kaum di Sabah. Model Pemikiran Orang Kadazandusun dalam Mewujudkan Integrasi Kaum Mengakui Kepelbagaian Masyarakat Kadazandusun mengakui kepelbagaian etnik yang ada. Tiada etnik yang mendakwa etniknyalah yang paling dominan dan berkuasa sehingga etniketnik yang lain perlu tunduk dan menerima budaya etnik yang dominan tersebut. Sebaliknya, setiap etnik mengakui realiti bahawa etnik masing-masing memiliki keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri sehingga saling melengkapi. Pemikiran begini juga terpakai terhadap kaum-kaum yang lain di Sabah. Akhirnya, ia menjadi suatu amalan yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Lebih daripada itu, pemikiran begini mengelak fahaman berbangga terhadap kaumnya sendiri secara jumud sehingga mengetepikan hak dan kepentingan kaum yang lain. Menerima Keindahan dan Keunikan Etnik dan Kaum Lain Masyarakat Kadazandusun menerima keindahan dan keunikan etnik dan kaum yang lain sebagai suatu realiti. Keindahan dan keunikan itu memperkayakan kebudayaan dan kesenian yang ada. Sebagai contoh, walaupun kuih penjaram merupakan kuih tradisi masyarakat Bajau, tetapi kuih itu menjadi kegemaran kaumkaum yang lain sehingga etnik itu menganggap bahawa kuih tersebut adalah kuih masyarakat Sabah. Demikian juga dengan alat muzik kulintangan yang menjadi alat muzik utama bagi kebanyakan etnik Kadazandusun dan kaum Bumiputera yang lain. Sesungguhnya, etnik-etnik ini tidak boleh mendakwa bahawa alat muzik kulintangan merupakan milik mutlak etniknya. Menghormati Perbezaan Hakikatnya setiap budaya, bahasa, dan kepercayaan ada perbezaannya. Masyarakat Kadazandusun amat menghormati perbezaan kepercayaan dan agama yang ada di negara ini. Walaupun masyarakat Kadazandusun pada masa ini majoritinya beragama Kristian, sementara yang lainnya beragama Islam dan masih mengamalkan kepercayaan pagan, namun masyarakat ini faham bahawa setiap kaum telah memilih kepercayaannya sendiri. Memandangkan wujudnya pergaulan dan interaksi yang begitu lama dengan etnik dan juga kaum yang 105


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

lain, masyarakat Kadazandusun memahami nilai-nilai utama dalam kepercayaan tersebut. Masyarakat ini memahami perbezaan itu, tetapi tidak membesarbesarkan perbezaan itu sehingga menghalang penerimaan. Sebaliknya, nilai-nilai yang baik akan diterima dan diserap secara semula jadi ke dalam budaya etnik yang lain. Memahami dan Mematuhi Larangan Setiap etnik dan kaum mempunyai adat resamnya yang tersendiri. Oleh sebab itu, dalam hubungan sosial masyarakat pelbagai kaum di negeri ini, selain memahami dan mematuhi larangan adat resam dan pantang larang dalam kalangan etnik sendiri, etnik-etnik dalam Kadazandusun itu berusaha memahami dan mematuhi larangan dalam kaum yang lain, misalnya kaum-kaum yang beragama Islam. Etnik lain ada kepercayaannya, ada adat resamnya, ada pantang larangnya – tegasnya ada amalan agama masing-masing yang menjadi sempadan. Misalnya, masyarakat Kadazandusun memahami bahawa khinzir dan arak adalah haram di sisi masyarakat Islam. Mereka memahami dan menghormatinya. Itulah sebabnya masyarakat ini begitu sensitif dalam hal ini sehingga wujud budaya menghormati secara semula jadi. Dalam hubungan ini, orang lain tidak perlu memperingatkan masyarakat Kadazandusun bahawa masyarakat beragama Islam itu tidak boleh menyentuh benda-benda yang haram baginya (antaranya khinzir, anjing – sekadar memberi contoh) kerana itu akan menyinggung perasaannya seolah-olah orang berkenaan tidak tahu dan tidak menghormatinya. Mengelak Fahaman dan Tindakan Melampau Dalam budaya masyarakat Kadazandusun, tidak terdapat fahaman dan tindakan yang melampau. Masyarakat ini tidak anarkis atau suka memberontak, sebaliknya, ia lebih banyak menurut dan menerima perkara-perkara yang baik. Sifat begini telah terbentuk begitu mantap dalam jiwa masyarakat ini sejak kecil lagi. Itulah sebabnya, jika ada pemimpin politik tertentu yang membawa isu perkauman dalam kalangan masyarakat Kadazandusun ini, isu tersebut tidak mendapat sokongan majoriti. Model ini sebenarnya terbentuk sedemikian rupa kerana masyarakat Kadazandusun berada dalam ekosistem kebudayaan masyarakat majmuk di Sabah. Penulis rasa terpanggil untuk mengungkapkan ekosistem integrasi kaum di Sabah, khususnya kalangan Kadazandusun kerana ia telah terbentuk secara semula jadi sejak sekian lama. Bahagian berikut ini menjelaskan ekosistem tersebut. 106


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Ekosistem Integrasi Kaum di Sabah - Rahsia Integrasi Kaum Sabah memiliki kelebihannya yang tersendiri dalam konteks perpaduan dan integrasi kaum. Perpaduan tersebut telah terbentuk melalui penerimaan. Apabila kita bercakap tentang ekosistem integrasi kaum di Sabah, kita perlu meninjau pengalaman masyarakat di Sabah.

Berbilang Kaum Sabah merupakan negeri yang unik kerana bukan sahaja terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, tetapi juga pelbagai pecahan etnik yang mengamalkan budayanya yang tersendiri. Salah satu daripada rahsia keutuhan perpaduan di negeri ini adalah terletak pada realiti setiap kaum menerima kaum lain tanpa prasangka dan prejudis. Prinsip hubungan kaum yang diamalkan ialah, “Jika anda mahu diterima oleh kaum lain tanpa prasangka dan prejudis, anda perlu menerima kaum lain terlebih dahulu tanpa prasangka dan prejudis.� Prinsip ini mengelak wujudnya semangat perkauman, sebaliknya wujud hubungan kaum yang harmonis yang terjalin secara natural atau semula jadi.

Pelbagai Agama Agama adalah pilihan peribadi. Prinsipnya ialah, “Anda bebas mengamalkan ajaran dan kepercayaan anda tanpa sekatan dan gangguan dengan syarat anda tidak menyinggung dan menyentuh sensitiviti agama orang lain. Anda juga berhak untuk mendidik anak-anak anda mengikut ajaran agama dan kepercayaan yang anda anuti. Anda bebas membuat pilihan yang terbaik selagi pilihan tersebut

107


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

tidak menyusahkan orang lain.” Tidak hairanlah jika pertukaran agama berlaku, khususnya melalui perkahwinan campur. Lebih daripada itu, wujud suasana yang menonjolkan anutan agama bukan melampau – masing-masing menghargai dan menghormati pilihan kepercayaan dan agama yang diamalkan. Sebagai contohnya, dalam satu keluarga, ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha, dan pagan. Misalnya, ibu bapa beragama Kristian atau pagan, anak berkahwin dengan orang yang beragama Islam dan menerima Islam sebagai agama; dan ada anak yang berkahwin dengan orang Cina yang beragama Buddha dan menerima Buddha sebagai agama. Ada juga orang Cina yang menukar agama kerana perkahwinan. Selain itu, dalam satu kedai makan, ada Bumiputera beragama Islam yang menjual makanan Islam dan ada pula orang Cina yang menjual makanan Cina – ia beroperasi secara baik. Ini perkara yang lumrah di negeri ini – sebagai bukti perpaduan dan toleransi yang amat tinggi.

Tanpa Dominasi Budaya Masyarakat di negeri Sabah, khususnya masyarakat Bumiputera, hidup dalam persekitaran budaya yang pelbagai. Boleh dikatakan tiada satu budaya yang dominan atau yang kurang dominan memandangkan etnik yang mengamalkan budaya itu banyak tetapi dengan jumlah yang sederhana - sama-sama hargai, sama-sama hormati, amalkan tanpa sebarang paksaan atau pujukan. Hubungan sosial adalah amat tertib. Anda tidak harus melanggar adat resam dan pantang larang masyarakat itu. Jika anda melanggarnya, maka anda harus bersedia menerima hukuman mengikut adat masyarakat tersebut. Semua ini berlaku kerana adat resam dan pantang larang adalah untuk kebaikan bersama.

Interaksi Menjadi kelaziman bagi masyarakat Bumiputera Sabah untuk belajar bertutur dalam bahasa etnik yang lain. Mereka mempelajari bahasa kaum lain menerusi interaksi sehari-hari mereka. Dalam konteks masyarakat Sabah, prinsip yang terpakai ialah, “Anda perlu mempelajari bahasa kaum lain / etnik lain jika ingin membina interaksi yang lebih baik dengan mereka”. Sehubungan itu, tamu yang diadakan pada setiap minggu merupakan pusat pertemuan sosiobudaya dan ekonomi yang menggalakkan interaksi masyarakat pelbagai kaum. Melalui interaksi sehari-hari tidak hairan jika orang Bajau boleh bertutur bahasa Kadazandusun, demikian juga orang Kadazandusun bercakap bahasa Bajau dan Cina, selain bahasa Melayu.

108


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Kedudukan Geografi Seperti yang dijelaskan dalam makalah ini, bentuk muka bumi Sabah luas dan bergunung-ganang – faktor ini boleh mengehadkan interaksi dan pertemuan dengan kaum yang lain. Ini mendorong kuatnya etnik masing-masing mengamalkan budayanya sendiri. Namun begitu, etnik ini pula tidak bersikap etnosentrik apabila bergaul dengan masyarakat pelbagai kaum yang lain. Faktor geografi berkemungkinan membentuk sikap yang positif dalam diri masyarakat ini bahawa mereka perlu mengamalkan budayanya dengan lebih baik.

Faktor Sejarah Pengalaman penjajahan di Sabah tidak lama, iaitu hanya sekitar 82 tahun (jika sejarah penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 diambil kira sebagai tarikh permulaan penjajahan), berbanding dengan Tanah Melayu yang mengalami penjajahan selama 446 tahun (yang bermula pada tahun 1511 apabila Portugis mula menjajah Melaka). Di Tanah Melayu, penjajah Barat telah menanam bibit kebencian antara kaum dan menyuburkannya melalui dasar pecah dan perintah. Kaum imigran (Cina dan India) dibawa masuk untuk bekerja di lombong timah dan getah untuk memudahkan British mengaut keuntungan ekonomi. Sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu telah mengukuhkan perkauman. Selain itu, polisi pecah dan perintah penjajah tidak ketara berlaku di Sabah berbanding di Tanah Melayu. Justeru, boleh dikatakan bahawa usaha pihak penjajah Barat mengaut keuntungan ekonomi tidak lama. Ini sedikit sebanyak mewujudkan impak positif dari segi hubungan kaum kerana persaingan untuk menguasai dan mengaut keuntungan ekonomi tidak menonjol antara satu kaum dengan kaum yang lain semasa era penjajahan. Penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu telah menimbulkan implikasi negatif yang amat serius.

109


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Lebih daripada itu, sebelum Sabah mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963, penerokaan terhadap sumber alam Sabah, khususnya kekayaan petroleum tidak dioptimumkan. Dalam pada itu, tiada rusuhan kaum berlaku di Sabah, berbanding di Semenanjung Malaysia yang berlaku pertumpahan darah kerana persengketaan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969. Demikianlah secara ringkas, Ekosistem Integrasi Kaum di Sabah. Persoalannya sekarang ialah bagaimana masyarakat Kadazandusun boleh menyumbang secara berkesan kepada usaha memperkasa gagasan 1Malaysia sedangkan masyarakatnya sendiri terdiri daripada 42 etnik yang berasingan? Persoalan inilah yang mendorong penulis untuk memahami dan menghayati gagasan 1 Malaysia. Justeru, bahagian yang berikut ini menjelaskan hal tersebut dengan lebih lanjut.

Gagasan 1 Malaysia dan Kepelbagaian Seni Budaya Pejabat Perdana Menteri telah menerbitkan buku kecil yang menjelaskan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ia menjelaskan konsep 1 Malaysia, Asas-asas 1 Malaysia, dan Aspek-aspek Utama 1Malaysia.

Konsep 1 Malaysia Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak: 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Asas-Asas 1Malaysia Perpaduan adalah prasyarat utama merealisasikan hasrat mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara yang telah bermula sejak dahulu. Sesungguhnya, gagasan 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Aspek-Aspek Utama 1Malaysia Gagasan 1Malaysia akan terlaksana melalui dua aspek utama, iaitu Penerapan Teras Perpaduan dan Penerapan Nilai-nilai Aspirasi. Teras-teras Perpaduan melibatkan 110


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

elemen-elemen penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, dan Keadilan Sosial. Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula ditunjangi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai hormat-menghormati, rendah hati (tawaduk), kesederhanaan, dan berbudi bahasa. Sementara, Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi pula melibatkan lapan nilai, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan, dan budaya Inovasi.

Hubungan Antara 1Malaysia dengan Integrasi Kaum Gagasan 1 Malaysia Pelengkap Kepada Pendekatan Mengukuhkan Perpaduan Kaum Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah dikatakan bahawa gagasan 1 Malaysia bukanlah dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan. Tujuan perpaduan itu disuburkan semata-mata menjamin kestabilan politik ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan negara yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. 111


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Gagasan 1 Malaysia Menekankan Sikap Penerimaan Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan budaya, bahasa, agama, yang wujud dalam kalangan masyarakat kita sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu bersedia hidup bersama serta saling menghormati nilai-nilai dan kepercayaan kaum yang lain. Tepatnya, rakyat Malaysia perlu hidup sebagai satu bangsa yang besar dalam satu negara yang menjadi hak milik bersama. Sesungguhnya, gagasan 1 Malaysia memberi keutamaan terhadap elemen psikologi atau jiwa rakyat Malaysia dalam menerima dan menerap nilai-nilai murni seperti kekitaan dan semangat sepunya. Masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia.

Gagasan 1 Malaysia Formula Mencapai Wawasan 2020 Sehubungan itu, gagasan 1Malaysia merupakan formula terbaik dalam memastikan Wawasan 2020 tercapai. Untuk mencapai status negara maju seperti mana yang dinyatakan dalam Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, yakni identiti kaum-kaum etnik itu dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Itulah sebabnya, perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan kaum merupakan perjuangan yang tiada bersempadan dan tiada penghujungnya.

Gagasan 1 Malaysia Menghargai dan Menghormati Prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Identiti Etnik Memandangkan masyarakat di negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama, dan bahasa, maka gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identitiidentiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati malah berhasrat memelihara identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing selaraskan dengan kerangka kontrak sosial yang dipersetujui oleh pelopor-pelopor kemerdekaan dan kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Rukun Negara.

112


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Demikianlah hubungan antara gagasan 1Malaysia dengan integrasi kaum di negara ini. Namun, kita mungkin tertanya-tanya apakah peranan seni budaya Kadazandusun dalam pemupukan perpaduan dan integrasi nasional seperti yang dihasratkan dalam gagasan 1 Malaysia? Persoalan ini akan dijelaskan dalam bahagian yang berikut ini:

Peranan Seni Budaya Kadazandusun dalam Pemupukan Perpaduan dan Integrasi Nasional Menyatukan Kekuatan Semua Etnik Seni budaya Kadazandusun sesungguhnya menyatukan kekuatan semua etnik yang terdapat dalam masyarakat Kadazandusun itu sendiri. Seni budaya yang menjadi amalan setiap kaum itu pula akan memastikan perpaduan itu tercapai kerana seni budaya merupakan nilai positif yang tertanam dalam jiwa setiap insan yang merangsang perpaduan. Kesenian dalam kehidupan manusia ikut mendidik manusia dan masyarakat menjadi beradab, agar kehidupan manusia menjadi lebih terurus dan harmonis. Seni budaya menjadikan manusia berbudi luhur dan berkeperibadian mulia. Melalui budaya misompuru atau bersatu yang menjadi amalan masyarakat Kadazandusun, misalnya, maka perpaduan tidak sukar dicapai. Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Menanam Tanggungjawab dalam Kalangan Etnik Sesungguhnya, menerusi seni dan budaya, tertanam rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat agar setiap warganegara perlu bersatu dan berusaha bersungguh-sungguh membangunkan negara bersama-sama. Dalam konteks masyarakat Kadazandusun, seni budaya etnik itu sendiri telah membentuk citra dan jiwa yang halus dan harmonis agar tercapai keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Masyarakat ini sedar bahawa perpecahan akan menimbulkan kehancuran. Budaya mitatabang, iaitu budaya bekerjasama antara satu sama lain, misalnya menjadi amalan sepanjang masa dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Itulah sebabnya masyarakat Kadazandusun boleh bekerjasama dengan siapa sahaja (tanpa mengira kaum dan agama) dalam semangat muhibah.

113


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Budaya ini mencerminkan integrasi yang merupakan suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, dan lokasi dalam sesebuah unit politik negara bangsa yang bersatu padu. Hal ini demikian kerana integrasi merupakan satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara ini. Identiti, hak dan budaya kehidupan sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan sebagai ciri dan identiti utama negara Malaysia. Sehubungan itu, seni budaya yang diamalkan oleh setiap kaum dan etnik itu akan mewujudkan nilai positif yang pragmatik yang bukan sahaja mengutamakan seni budaya etnik sendiri tetapi juga identiti budaya kebangsaan. Peranan seni budaya dapat ditonjolkan sebagai citra negara yang dapat dijadikan teladan dan panduan terutamanya daripada aspek perkongsian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Seni yang bermutu tinggi dapat mempamerkan dan menerapkan ciri-ciri keperibadian dan imej nasional. Di sinilah akan lahirnya rasa kekaguman dan rasa kecintaan rakyat negara ini terhadap warisan seni budayanya.

Membina Produk Budaya yang Komersial Seni dan budaya merupakan elemen yang amat penting dalam memastikan kemajuan negara tercapai. Negara kita sememangnya terkenal dengan kekayaan sumber budaya, seni dan warisan yang kreatif dan mampu dipasarkan dari peringkat domestik sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Sememangnya, setiap etnik ingin budayanya diketengahkan kerana seni itu indah dan membahagiakan. Dalam konteks budaya Kadazandusun, keunikan budayanya yang indah dan unik itu akan menarik pelancong dalam dan luar negeri – dan peranan ini meletakkan budaya Kadazandusun, bukan sahaja menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara, tetapi juga menyumbang ke arah kerukunan kaum dan kestabilan politik negara ini. Justeru, pengkomersialan seni, budaya, dan warisan Kadazandusun wajar dilakukan kerana ia mampu memberi pulangan yang besar kepada ekonomi dan politik negara ini. Hal ini demikian kerana seni budaya boleh menjadi jambatan bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Seni budaya berperanan dalam kehidupan manusia kerana seni budaya merupakan budi dan daya manusia untuk mencapai tujuan, kebahagiaan, dan kesejahteraan hidup.

114


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Strategi Memperkasa dan Mengangkasa Seni Budaya Kadazandusun dalam konteks Gagasan 1 Malaysia Sebelum mengetengahkan strategi memperkasa dan mengangkasa seni budaya Kadazandusun dalam konteks gagasan 1 Malaysia penulis terpanggil untuk mengutarakan isu dan cabaran yang sedang didepani oleh masyarakat Kadazandusun khususnya, dan masyarakat Bumiputera Sabah, umumnya. Salah satu isu dan cabaran besar yang sedang berlaku ialah isu kepupusan dialek etnik di Sabah. Menurut Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berpendapat bahawa khazanah kebudayaan dan warisan Kadazandusun mungkin akan diancam kepupusan pada masa akan datang sekiranya tiada usaha dilakukan untuk memelihara dan memulihara kebudayaan ini termasuklah ketiadaan rekod berkualiti. Hal ini diakui oleh Zubaidi Abas, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah. Menurut beliau, kajian awal DBP Cawangan Sabah menunjukkan memang ada kemungkinan dialek etnik di Sabah menjadi pupus. Hal ini demikian kerana generasi muda umur bawah 30 tahun lebih selesa bertutur bahasa Melayu daripada bahasa sukuan masing-masing. Menurut Zubaidi, untuk bahasa sukuan terus ‘hidup’ ia memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 orang bertutur dalam bahasa itu dan jika jumlahnya kurang daripada angka ini, maka bahasa ibunda itu bolehlah dianggap sedang menghadapi bahaya kepupusan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemajuan Gagasan Malaysia untuk masa akan datang terletak pada kepelbagaian budaya dan seni rakyat negara ini. Melalui kebudayaan dan kesenian, Gagasan 1Malaysia lebih mudah dicapai dan diamalkan kerana menerusi penyebaran dua elemen penting ini, tidak wujud halangan penyatuan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Namun, jika unsur-unsur budaya kaum seperti bahasa etnik menjadi semakin pupus, maka ini akan menimbulkan implikasi negatif dalam jiwa masyarakat ini. Lebih daripada itu, isu kepupusan akan menjadi punca rasa tidak puas hati yang boleh menggugat kesejahteraan kerana ada pihak yang menangguk di air yang keruh. Sehubungan itu, perlu ada strategi memperkasa dan mengangkasa seni budaya di negara ini yang sebahagiannya dibincangkan seperti berikut:

115


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Mempergiatkan Usaha Mengekal dan Memulihara Seni Budaya Salah satu cara untuk memperkasa dan mengangkasa seni budaya di negara ini adalah melalui usaha mengekal, memelihara, dan memulihara seni budaya tersebut. Usaha berterusan untuk pemulihan, pemeliharaan, dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya adalah amat mustahak dilakukan. Hal ini boleh dilakukan dengan merakyat dan menyemarakkan seni budaya, menggalak dan meluaskan promosi seni budaya, mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian. Dengan melakukan hal ini maka akan lahirlah masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.

Memperbanyakkan Aktiviti Kebudayaan Satu lagi cara untuk memperkasa dan mengangkasa seni budaya di negara ini adalah dengan memperbanyakkan aktiviti kebudayaan. Dengan memperbanyakkan aktiviti kebudayaan pelbagai kaum, maka kita akan meningkatkan kesedaran akan kepentingan budaya-budaya yang wujud di negara ini. Justeru, kita akan melupakan soal-soal perbezaan yang ada, sebaliknya kita akan mengutamakan kepada ciri-ciri persamaan yang membolehkan kita berganding bahu dan bekerjasama antara semua kaum. Justeru, kita menumpukan usaha ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum yang dinamik, maju, hidup secara aman dan harmoni, berkeyakinan dan berdaya saing, serta berpegang teguh kepada tradisi kebudayaan bersama. Kita seharusnya berbangga dengan keunikan negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama. Selain itu, kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia perlu disediakan. Hal ini akan berupaya meninggikan taraf dan mutu kesenian di negara kita.

Meningkat dan Mengukuhkan Kepimpinan Budaya Selain daripada dua usaha dan strategi yang dikemukakan di atas, meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan merupakan salah satu lagi strategi yang berkesan dalam memperkasa dan mengangkasa seni budaya di negara ini. Justeru, komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia perlu diwujudkan demi memenuhi keperluan sosiobudaya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 116


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Penutup Makalah ini telah menyatakan pengertian kebudayaan dan seterusnya inti pati Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadi teras bagi mewujudkan kebudayaan kebangsaan; menyingkap latar belakang negeri Sabah dan masyarakat Kadazandusun sepintas lalu; mendeskripsikan model pemikiran Kadazandusun dalam mewujudkan integrasi kaum di Sabah; menyatakan ekosistem integrasi kaum di Sabah; menjelaskan gagasan 1Malaysia dari segi konsep, asas, dan nilai-nilai utama; mengutarakan hubungan antara gagasan 1 Malaysia dengan integrasi kaum; menjelaskan hubungan antara integrasi kaum dengan seni budaya; menyatakan peranan seni budaya Kadazandusun dalam pemupukan perpaduan dan integrasi nasional; dan mencadangkan strategi memperkasa dan mengangkasa seni budaya Kadazandusun dalam konteks Gagasan 1 Malaysia. Sesungguhnya, seni dan budaya itu indah dan mengindahkan. Lebih daripada itu seni dan budaya berperanan besar dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah inti utama Gagasan 1 Malaysia. Gagasan 1 Malaysia adalah jentera / kenderaan ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020 seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

Kota Kinabalu 26 Oktober 2010

117


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

BIBLIOGRAFI A. Aziz Deraman (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Embong, 2000. Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit UKM. Dewan Bahasa dan Pustaka (1999). Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (2010). “1Malaysia Menjana Transformasi Negara.” Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 Oleh Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2010. Ir. Dr Hasnul Mohamad Salleh (2009). “1Malaysia - Concept and Values.” Jabatan Muzium Sabah (1992). Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah. Kearney, Michael (1995). World View. Novato, California: Chandler & Sharp Publishers, Inc. Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009. “Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan”, Jebat 36 (2009) 90106 90. Pejabat Perdana Menteri (2009). 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Zairol Hizam Hj. Zakaria (2010). “Perpaduan dan Ketahanan Nasional Ke Arah Gagasan 1 Malaysia”. Pembentangan dalam Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010 pada 26-28 Mac 2010 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

AKHBAR / PORTAL BERNAMA (2010). Bahasa sukuan di Sabah hadapi kepupusan? Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.bernama.gov.my BERNAMA (2010). Penglibatan Semua Kaum Penting Bagi Merealisasikan 1Malaysia. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.bernama.gov.my Daily Express (2010). “This is Malaysia - Datuk Seri Idris Jala.” Daily Express, 24 September 2010. Joseph Nandu (2010). Warisan Budaya Kaum Kadazandusun. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm KDCA (2010). Khazanah warisan Kadazandusun semakin diancam kepupusan, kata Pairin. Dimuat turun pada 26 Oktober 2010 di http://www.kdca.com.my KDCA (2010). Which Dialectical Ethnic Groups Belong to Kadazandusun? Retrieved on 26 Oktober 2010 at http://www.kdca.com.my KFCA (2010). Richard F. Tunggolou. The origins and meanings of the terms “Kadazan” and “Dusun”. Retrieved on 26 October 2010 at http://www.kdca.com.my Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2010). Pengenalan Kebudayaan. Dimuat turun pada 16 Oktober 2010 di http://kebudayaan.kpkk.gov.my

118


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

M. Periasamy (2010). Peranan Semua Kaum dalam Menyemarak Semangat Gagasan 1Malaysia. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.jasa.gov. my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/387-peranan-semua-kaum-dalammenyemarakkan-semangat-gagasan-1malaysia.html Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin (2010). Teks Ucapan Minggu Perpaduan Peringkat Sarawak, pada 14 Mei 2010. Dimuat turun 25 September 2010, di http://www.pmo. gov.my/tpm Wikipedia (2010). Kadazan-Dusun. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http:// ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun

119


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

120


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

BIODATA

Nama Penuh : Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye SMW. PSM. DPMP. DPMS. JMN Tarikh Lahir : 30hb Disember 1946 Tempat Lahir : Ipoh, Perak Pendidikan : Kelulusan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962 di Saint Michael’s Institution, Ipoh. Alamat : 12, Jalan Perkasa 4 Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 9283 1883 / 03-8926 1977 (pejabat) 03 – 3344 1568 (pejabat) Fax : 03 – 3344 1578 / 03-8926 4900 Sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1969, Tan Sri Lee Lam Thye bekerja sebagai GURU SEKOLAH SEMENTARA serta PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA. 1968

: Dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perdagangan

1969 – 1974

: Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, SELANGOR Kawasan Bukit Nenas

1978 – 1982

: Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri SELANGOR, Kawasan Serdang

1974 – 1990

: Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan BUKIT BINTANG selama EMPAT PENGGAL

1990

: Bersara dari politik

2000 – 2001

: Berkhidmat sebagai Ahli MAPEN II dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negara dalam MAPEN

2000 – 2002

: Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

121


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

2004 – 2005

: Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia

1996 – Feb’2008 : Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2005 – Jun 2008 : Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Perlantikan dan Jawatan yang disandang oleh Tan Sri Lee Lam Thye adalah seperti berikut:a.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Kementerian Sumber Manusia

b.

Naib Pengerusi dan Ahli Majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

c.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAYASAN 1 MALAYSIA

d.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Kementerian Kesihatan Malaysia

e.

Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

f.

Ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

g.

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan Malaysia

h.

Ahli Lembaga Pengarah Open University Malaysia

i.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan S.P. Setia

j.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Kebajikan Buah Pinggang MAAMedicare

Jawatan-jawatan yang disandang oleh Tan Sri Lee Lam Thye merupakan kesinambungan perkhidmatan beliau kepada masyarakat dan negara, selepas bersama dari politik pada tahun 1990.

122


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

BIBLIOGRAFI

A.Aziz Deraman, 2001. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (Ed Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). A.Aziz Deraman. Pemancaran Nilai-Nilai Bersama Dalam Kesusasteraan: Satu Renungan. Kertas Kerja Seminar. Abdullah Hassan, 2009. Bahasa Melayu Tinggi: Konsep dan Praktik. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tinggi. Besut: JPN Negeri Terengganu, DBP (Timur) dan PPBMM Abdul Ghani Hj. Abbas, 1970. Pantun dan Pepatah serta Amsal Orang Tua-tua. Kluang, Johor: Pustaka Pendidikan Sendirian Berhad. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, 2003. Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. http://www.brunet.bn/news/pelita/05julai http://www.brunet.bn/news/pelita/05julai/sasbuday.htm http://www.brunet.bn/news/pelita/05julai/sasbuday.htm Jalil A. Rahman. ‘Bahasa Yang Tidak Berbahasa’ dlm. Pelita Bahasa, Jilid 3, Bil 8, Ogos 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keris Mas, 1988. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Ed Kedua), 2005. Kuala Lumpur: DBP. S. Nathesan. ‘Kesopanan dan Kesusilaan Bahasa MAS’. dlm Pelita Bahasa, Jilid 5, Bil. 12, Disember 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tenas Effendy, 2000. Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: DBP. Harun Mat Piah, Dr., 2001. Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2002. Ilmu Mengarang Melayu. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: DBP. A. Aziz Deraman (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Embong, 2000. Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit UKM.

123


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (1999). Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (2010). “1Malaysia Menjana Transformasi Negara.” Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 Oleh Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2010. Ir. Dr Hasnul Mohamad Salleh (2009). “1Malaysia - Concept and Values.” Jabatan Muzium Sabah (1992). Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah. Kearney, Michael (1995). World View. Novato, California: Chandler & Sharp Publishers, Inc. Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009. “Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan”, Jebat 36 (2009) 90106 90. Pejabat Perdana Menteri (2009). 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Zairol Hizam Hj. Zakaria (2010). “Perpaduan dan Ketahanan Nasional Ke Arah Gagasan 1 Malaysia”. Pembentangan dalam Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010 pada 26-28 Mac 2010 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

AKHBAR / PORTAL BERNAMA (2010). Bahasa sukuan di Sabah hadapi kepupusan? Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.bernama.gov.my BERNAMA (2010). Penglibatan Semua Kaum Penting Bagi Merealisasikan 1Malaysia. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.bernama.gov.my Daily Express (2010). “This is Malaysia - Datuk Seri Idris Jala.” Daily Express, 24 September 2010. Joseph Nandu (2010). Warisan Budaya Kaum Kadazandusun. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm KDCA (2010). Khazanah warisan Kadazandusun semakin diancam kepupusan, kata Pairin. Dimuat turun pada 26 Oktober 2010 di http://www.kdca.com.my KDCA (2010). Which Dialectical Ethnic Groups Belong to Kadazandusun? Retrieved on 26 Oktober 2010 at http://www.kdca.com.my KFCA (2010). Richard F. Tunggolou. The origins and meanings of the terms “Kadazan” and “Dusun”. Retrieved on 26 October 2010 at http://www.kdca.com.my Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2010). Pengenalan Kebudayaan. Dimuat turun pada 16 Oktober 2010 di http://kebudayaan.kpkk.gov.my M. Periasamy (2010). Peranan Semua Kaum dalam Menyemarak Semangat Gagasan 1Malaysia. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http://www.jasa.gov. my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/387-peranan-semua-kaum-dalammenyemarakkan-semangat-gagasan-1malaysia.html

124


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin (2010). Teks Ucapan Minggu Perpaduan Peringkat Sarawak, pada 14 Mei 2010. Dimuat turun 25 September 2010, di http://www.pmo. gov.my/tpm Wikipedia (2010). Kadazan-Dusun. Dimuat turun pada 20 Oktober 2010 di http:// ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun

125


GAGASAN

MALAYSIA Seni & Budaya MELALUI LANDASAN

126


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.