Sirah Nabawiyah

Page 202

"Janganlah kamu lemah melawan kaum itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapat kesakitan juga, sebagaimana kamu mendapat kesakitan. Sedangkan kamu mengharapkan dari Allah barang yang tiada mereka harapkan" (An-Nisaa': 104)

Allah menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang dirasainya oleh kem yang satu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua situasi adalah setara, kedua-dua pasukan masing-masing pulang dengan tidak membawa kemenangan.

AL-QURAN MEMPERKATAKAN SEKITAR PEPERANGAN BERKENAAN Ayat al-Quran turun untuk memberi penjelasan ke atas setiap marhalah mengenai peristiwa Uhud ini, marhalah demi marlahah, diiringi dengan ulasan-ulasan yang menjelaskan faktorfaktor yang membawa kepada kerugian yang parah. Al-Quran juga bertanggungjawab menjelaskan sudut-sudut kelemahan yang masih terdapat pada pendokong-pendokong kebenaran dan iman, berbanding dengan tanggungjawab mereka di dalam situasi yang sebegini cemas, juga berbanding dengan matlamat-matlamat mulia yang hendak dicapai oleh kelompok ini, yang mana kerana matlamat-matlamat inilah maka diprosesnya kelompok dan umat ini, yang digambarkan oleh Allah sebagai suatu umat dengan ciri-ciri keistimewaannya dilahirkan untuk manusia sejagat. Sebagaimana

juga

al-Quran

memperkatakan

mengenai

golongan

munafiqin,

Allah

mendedahkan keburukan diri mereka, Allah mendedahkan perseteruan mereka secara senyapsenyap, terhadap Allah dan RasulNya, disamping Allah (s.w.t) membersihkan hati naluri kaum muslimin dari sangkaan dan hasutan-hasutan syaitan yang selama ini menyelaputi hati-hati mereka, perasaan dan hasutan ini ditimbul-timbulkan oleh golongan munafiqin dan kroni-kroni mereka dari kaum Yahudi Madinah yang merupakan kepala fitnah, batu api dan pakatan konspirasi. Seterusnya al-Quran mendedahkan hikmah-hikmah dan pencapaian sejati dan murni di akhir peperangan. Enam puluh ayat dari surah Ali Imran yang diturunkan khusus memperkatakan seawal-awal detik peristiwa: "Ingatlah ketika engkau keluar pagi hari dari keluarga kamu, kau tempatkan orang-orang Mukmin pada beberapa tempat untuk berperang". (Ali Imran: 121) Diakhiri

dengan

huraian

lengkap

terhadap

kesudahan-kesudahan

dan

hikmat-hikmat

peperangan ini dengan firmannya: "Allah tiada membiarkan orang-orang yang beriman menurut keadaan kamu, sehingga ia membedakan orang yang jahat dari orang yang baik. Dan bukanlah Allah hendak memperlihatkan .hal ghaib kepadamu, tetapi Allah memilih di antara rasul-rasulNya siapa yang


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.