Efolio Etika

Page 1

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO

NAMA

NO.KAD MATRIKS Sit Dolor Amet

MUHAMMAD DAIM HAFIZIN BIN MOHD ARZAHARI

03DMK19F1049

SYAZRIZS AIMAN BIN SAZALI

03DMK19F1040

MOHAMMAD AFIQ FIQRY BIN ZAIDI AZLIFAH

03DMK19F1033

DANIEL KHUSYAIRY BIN KAMALUDIN

03DMK19F1059


ISI KANDUNGAN SUBJEK

MUKA SURAT

Objektif

7

Pengenalan

8

Definisi Perlembagaan

9

Konsep Perlembagaan

10

Tujuan Perlembagaan

11

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

12

Ketertinggian Perlembagaan

13

Sumber Pembentukan Perlembagaan

14

Bentuk Perlembagaan

15

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

16-17

Ciri-ciri Perlembagaan Perseketuan Di Malaysia

18


SUBJEK

MUKA SURAT

Kedudukan Istimewa Melayu/Bumiputera

19

Malayan Union 10 okt 1946

20

Tentangan Orang Melayu

21

Intipati dan Syarat Utama Malayan Union

22

Persekutuan Tanah Melayu 1948

23

Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

24

Majlis Mesyuarat Persekutuan

25

Kearah Kemerdekaan Tanah Melayu

26

Langkah Kearah Kemerdekaan

27


SUBJEK

MUKA SURAT

Suruhanjaya Reid

28

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) 1949

29

Kearah Kemerdekaan Tanah Melayu

30

Unsur-unsur Tradisi

31-32

Unsur-unsur Tradisi:Kesultanan

33

Unsur-unsur Tradisi:Agama Islam

34

Agama Islam

35

Bahasa Melayu

36

Unsur-unsur Tradisi:Kedudukan Istimewa Orang Melayu

37


SUBJEK

MUKA SURAT

Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah

38

Kesimpulan

39

Sumber Rujukan

40


PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN DI MALAYSIA


OBJEKTIF 1. Memahami maksud keluhuran dan peuntukan-peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan. 2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia 3. Menganalisis isu semasa perlembagaan 4. Memahami sistempemerintahan negara,denokrasi berparlimen ,raja berperlembagaan ,pengasingan kuasa dan pilihan raya.


PENGENALAN

◦ Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.Kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis termasuk Malaysia,iaitu prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu dokumen .Namun terdapat juga perlembagaan dalam bentuk tidak tertulis,iaitu sejenis perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen.Di dalam bab ini dijelaskan tentang sejarah penggubalan Perlembagaa Malaysia, konsep keluhuran perlembagaan,peruntukan utama dalam perlembagaan,kontrak sosial dan sistem pemerintahan negara. Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasianolisme melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik etnik lain yang berunding sesame mereka dan dengan sultan negeri-negeri dan british.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan melayu dan bumiputera,Orang asli dan juga etnik -etnik lain.Selain itu , perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat etnik yang sivil.Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaysia.Kpentingan setiap rakyat ,negeri dan kumpulan minority diambil kiran dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang setiap negeri.


DEFINISI PERLEMBAGAAN Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan .Paada 31 ogos 1957 , Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali pertama.Kemudian , diperkenalkan pula sebagai perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 Septmeber 1963. Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sebuah negara dan sistem politiknya.Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan.Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan dan jika bertentangan , maka undang-undang perlembagaan yang lebih unggul diterimapakai sebagai undang-undang yang lebih utama.Secara ringkasnya , perlembagaan persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif ,legislative,kehakiman , kedudukan islam ,kewarganegaraab ,bahasa kebangsaan ,kedudukan istimewa orang melayu ,bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.


KONSEP PERLEMBAGAAN ◦ Selain itu, perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah , penerimanya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undangundang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah ,perkembangan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu : ◦ i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara. ◦ ii.Kerangka asas yang membentuk dan memandu system pemerintahan sesebuah negara. ◦ iii.Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undan-undang lain di dalam negara ◦ iv.Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara. ◦ v.Mengawal pemerintahan dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara


TUJUAN PERLEMBAGAAN ◦ Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. ◦ Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. ◦ Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja ◦ Memelihara keamanan dan kestabilan politik. ◦ Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap warganegara dalam konteks perhubungan kaum. ◦ menjamin kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara


KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN ◦ perlembagaan merupakan satu dokumen undang- undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara.

◦ Ia juga adalah sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara

◦ Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan

◦ Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apaapa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu akan terbatal.


KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN ◦ Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila didapati bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu semua rang undang-undang adalah tertakluk kepada perlembagaan

◦ Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.

◦ YDPA sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut perlembagaan. YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan, baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

◦ Kebebasan asasi (perkara 5-13) merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.


SUMBER PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN ◦ Sumber-sumber Perlembagaan Malaysia Terdiri daripada:

◦ 1.Perlembagaan Bertulis- Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem perlembagaan di Tanah Melayu diikuti Perlembagaan Johor dan Perlembagaan Terengganu yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat sultan dan beragama Islam.

◦ 2.Perlembagaan Tidak Bertulis—merangkumi semua prinsipperlembagaan yang tidak terkumoul dalam satu surat ataudokumen seperti- Akta Parlimen, Keputusan-keputusan hakim dan adat.


BENTUK PERLEMBAGAAN ◦ Perlembagaan Malaysia merupakan perlembagaan bertulis kerana:

◦ 1. kukuh dan sukar dipinda

◦ 2. Parlimen boleh membuat undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan namun dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

◦ 3. Kuasa mentafsir perlembagaan hanya diberikan kapada mahkamah bagi melindungi perlembagaan tersebut.


SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN ◦ Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.

◦ Dibentuk berasaskan dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

◦ Telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim A. Hamid

◦ Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual

◦ Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif

◦ Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya



Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia ◦ Persekutuan (Federalisme) ◦ Raja Berperlembagaan ◦ Demokrasi Berparlimen ◦ Islam agama rasmi ◦ Bahasa Melayu


Kedudukan istimewa Melayu/Bumiputera ◦ Ketertinggian Perlembagaan ◦ Pengasingan 3 Badan Tertinggi ◦ Hak-Hak Asasi Rakyat ◦ Kebebasan undang-undang


MALAYAN UNION 10 OKT 1946 ◦ Catatan sejarah yang jelas membawa kepada pembentukan kontrak sosial adalah ketika penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union pada tahun 1946. Faktor utama penentangan Orang Melayu terhadap bentuk pentadbiran ini ialah hak kewarganegaraan sama rata, penghapusan istilah Peribumi (Bumiputera) dan Anak negeri serta penghapusan mutlak Kedaulatan Raja-Raja Melayu.4 Perkara utama yang terkandung dalam dasar Malayan Union ialah konsep Jus Soli. Jus soli bermaksud hak untuk mendapat kerakyatan berdasarkan kelahiran di sesebuah negara. Konsep ini akan menguntungkan golongan imigran atau orang pendatang kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah di Tanah Melayu pada masa itu. Hal ini berbeza dengan nasib penduduk asal Tanah Melayu pada masa itu yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu yang akan terancam status quo mereka sebagai rakyat asal di Tanah Melayu.

◦ Secara umumnya, hak kewarganegaraan terbuka Malayan Union akan mengancam kedudukan orang Melayu dari segi penguasaan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Mereka juga akan berhadapan dengan kemungkinan akan diatasi dari segi jumlah penduduk oleh orang bukan Melayu sehingga menjadikan mereka sebagai golongan minoriti di tanah asal mereka sendiri.


Tentangan Orang Melayu ◦ Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan. ◦ Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. ◦ Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. ◦ Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa menyebabkan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. ◦ Cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.


Intipati dan Syarat Utama Malayan Union ◦

Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan gabenor British yang dibantu Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan

◦ Singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan Tanah jajahan Mahkota ◦ Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan-hanya boleh bersuara dalam hal agama islam ◦ Hak kerakyatan yang sama tanpa mengira bangsa dan keturunan-memberi hak kewarganegaraan secara automatik sekiranya berusia 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun ◦ Warganegara diberi kepada sesiapa yang lahir selepas pengenalan Malayan Union.


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 ◦ Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union kemudiannya berhasil dan memaksa pihak koloni British untuk menggantikan Malayan Union dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini merupakan satu kejayaan besar bagi perjuangan orang Melayu untuk mengekalkan status quo mereka terutama sekali dalam isu kewarganegaraan dan kedudukan Raja-raja Melayu. Perjanjian ini juga buat kali pertamanya menunjukkan pengiktirafan koloni British terhadap status orang Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.5

◦ Orang Melayu kebanyakannya telah berpuas hati dengan perlembagaan baru ini. Walaubagaimanapun, orang bukan Melayu telah menimbulkan reaksi yang berbeza disebabkan ketidakpuasan hati mereka mengenai undang-undang kerakyatan Persekutuan yang ketat.


Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ◦ Persekutuan Tanah Melayu merangkumi 9 buah negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura menjadi tanah jajahan mahkota berasingan. ◦ Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh kerajaan British dan dibantu Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.


Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh ◦ a. Pesuruhjaya Tinggi ◦ b. Tiga orang Examination-Officio ◦ c. Sembilan orang presiden dari Majlis-Majlis Negeri dan dua orang wakil dari Majlis Tempatan Pulau Pinang dan Melaka ◦ d. Sebelas orang anggota rasmi dan lima puluh anggota tidak rasmi. ◦ e. Sultan diberi semula hak-hak dan kuasa ke atas negeri masing-masing dan mempunyai kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. ◦ f. kerajaan negeri diberi hak ke atas perkara kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian. ◦ g.Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 15 tahun dari 20 tahun. Umur minimum bagi ke dua-dua kes adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. ◦ h. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan orang Melayu mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Kearah kemerdekaan Tanah Melayu ◦ Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan. ◦ Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. ◦ Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. ◦ Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.


Langkah Ke arah Kemerdekaan ◦ Perjanjian London ◦ Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. ◦ Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu. ◦ Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di Pertuan Agong. ◦ Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. ◦ Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.


Suruhanjaya Reid ◦ Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. ◦ Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).


JawatanKuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) 1949 ◦ Perbincangan mengenai hak kerakyatan bukan Melayu telah menjadi isu penting yang dibincangkan oleh CLC pada pertemuan mereka pada Disember 1949 di Pulau Pinang. Tan Cheng Lock yang merupakan salah satu anggota CLC telah memainkan peranan penting dalam usaha mendesak orang Melayu untuk menerima kerakyatan secara Jus Soli untuk orang bukan Melayu. Dalam perbincangan itu, beliau berjaya memujuk wakil CLC Melayu termasuk Dato’ Onn untuk menerima kerakyatan jus soli bagi kaum bukan Melayu.6

◦ Keputusan mengejut daripada CLC ini telah menimbulkan kemarahan dari orang Melayu dan orangorang UMNO sendiri. Mahasiswa-mahasiswa Melayu pada masa itu mendakwa Dato’ Onn sebagai pembelot dan pengkhianat orang Melayu. Perkara ini berlarutan sehingga Dato’ Onn meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dalam Persidangan Agung UMNO pada 11 Jun 1950. Beliau bagaimanapun dipilih semula sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO pada Ogos 1950 sebelum keluar dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (IMP).


Kearah kemerdekaan Tanah Melayu ◦ Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik, orang ramai, individuindividu dan Raja-raja Melayu. ◦ Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. ◦ Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam,Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu. ◦ Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. ◦ Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.


Unsur-unsur Tradisi ◦ Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya ◦ Kontrak sosial meliputi: ◦ bahasa, ◦ agama, ◦ kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) ◦ pemerintahan beraja


Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana ◦ Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. ◦ Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid ◦ menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 ◦ Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada ◦ dijadikan isu perbincangan awam. ◦ Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:

◦ Orang Melayu diberikan hak istimewa, ◦ Islam menjadi agama persekutuan dan ◦ Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

◦ Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.


Unsur-Unsur Tradisi: Kesultanan ◦ Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak ◦  Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan – bertindak atas nasihat Kabinet ◦  Dilindungi di bawah Perkara 38(4) ◦  Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:

◦ ◦ Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan ◦ ◦ Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah tentera ◦ ◦ Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan ◦ ◦ Lambang perpaduan ◦ ◦ Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik ◦ ◦ Ketua agama bagi negeri tidak beraja ◦ ◦ Lambang keadilan ◦ ◦ Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam


Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam ◦ Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa ◦ Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling ◦ berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

◦ Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam ◦ setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seoran raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan ◦ keturunan diraja.


Agama Islam ◦ Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin ◦ (Perkara 150 (6a)).

◦ Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi ◦ pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).

◦ Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5).


Bahasa Melayu ◦ Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan ◦ hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

◦ Namun, perkara ini juga melindungi bahasa- bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan ◦ bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. ◦ Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain ◦ dalam persekutuan. ◦ Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat ◦ Perkara 10(4) perkara sensitif ◦ Perkara 160(B), teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi teks dalam bahasa Inggeris


Unsur-Unsur Tradisi: Kedudukan Istimewa orang Melayu ◦ Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas - persempadanan kawasan pilihanraya ◦ orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan: ◦ Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura


Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah ◦ Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan ◦ Perkara 18 bagi Sarawak. ◦ Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III. ◦ Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan. ◦ Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.


Kesimpulan ◦ Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu ◦ dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. ◦ Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. ◦ Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.


Sumber Rujukan 1. Pusat Maklumat Rakyat, http://pmr.penerangan.gov.my. 2. Abdul Manaf Haji Ahmad. 2009. Kontrak Sosial, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 3. Shamsul Asri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik (Edisi Kedua), Institut Kajian Etnik, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Abdul Halim Ramli. ND. Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka,Jurnal Sejarah. 57. 5. https:// perlembagaansbgaitiangseriperpaduan.blogspot.com/2020/10/e-folio-perlembagaan-sebagai-tiang-seri.html 6. https://dokument.pub/folio-perlembagaan-sebagai-tiang-seri-perpaduan-flipbook-pdf.html


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.