animation technique

Page 1

TAJUK : Esok Puasa (UPIN IPIN) GENRE : Animasi Komputer DURASI : 5 Minit. IDEA : Kehidupan Sehari-hari.

KARAKTER :

NAMA KARAKTER : Upin PERWATAKKAN : Merupakan watak utama, kembar kepada Ipin. Upin adalah kanakkanak yang nakal dan sering bertanya pelbagai soalan kepada opah. Kanak-kanak yang mendengar kata orang tua.

NAMA KARAKTER : Ipin PERWATAKKAN : Merupakan watak utama, kembar kepada Upin.Upin adalah kanakkanak yang nakal dan sentiasa mendengar kata Opah walaupun dia tidak mengerti apa yang di ucapkan. Sentiasa menghormati orang tua dan mendengar kata.


NAMA KARAKTER : Kak Ros. PERWATAKKAN : Kakak kepada Upin dan Ipin, seorang yang tegas dan sering mengenakan adik-adiknya. Sangat menyayangi adik-adiknya walupun dia amat tegas dengan mereka.

NAMA KARAKTER : Opah PERWATAKKAN : Merupakan Opah kepada Upin, Ipin, dan Kak Ros. Seorang yang sering memanjakan Upin dan Ipin. Sentiasa sabar melayani karenah Upin dan Ipin. Sering memberi nasihat kepada Upin, Ipin dan Kak ros. Opah juga merupakan seorang yang penyayang.


SINOPSIS : Kisah Upin dan Ipin bagi episod esok puasa mengisahkan Upin dan Ipin yang pertama kali mempelajari cara untuk berpuasa . Setelah diumumkan keesokkan hari bemulanya puasa, Opah memberitahu Upin dan Ipin supaya mereka perlu mula berpuasa esok hari. Upin banyak bertanya kepada Opah tentang apakah puasa. Opah menerangkan maksud puasa dan cara untuk berpuasa. Upin dan Ipin disuruh Opah supaya tidur lebih awal bagi memudahkan mereka untuk bangun sahur. Keesokkan paginya Kak Ros mengejutkan Upin dan Ipin untuk bangun sahur, namun tidak diendahkan mereka. Opah datang dan menyuruh Kak Ros pergi menyiapkan makanan untuk bersahur manakala Opah pula yang akan mengejutkan Upin dan Ipin. Dalam keadaan mengantuk Upin dan Ipin bangun dari tidur terus menuju dan duduk di meja makan. Kak Ros mengenakan mereka dengan mendekatkan ayam pada hidung mereka,dan akhirnya Upin dan Ipin sedar, mereka di suruh Kak Ros pergi membasuh muka, namun Kak Ros pula ditegur Oleh Opah kerana mengusik adik-adik mereka. Setelah itu, Opah mengajar Upin dan Ipin cara membaca niat untuk berpuasa.

MORAL : Memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang maksud berpuasa, kehidupan semasa puasa dan cara niat untuk berpuasa.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.