Collins Cambridge IGCSE Malay Sample

Page 6

Membaca  Danial dan keluarganya pulang ke kampung untuk melawat nenek dan datuknya selama tiga hari. Semasa di kampung, dia banyak melakukan aktiviti bersama keluarganya. Danial menulis tentang kisahnya pulang ke kampung dalam sebuah diari. Sebelum membaca diari Danial, senaraikan beberapa aktiviti yang mungkin dibuat oleh Danial di kampung. Selepas membaca, bandingkan aktiviti yang Danial lakukan dengan aktiviti yang anda senaraikan.

16 MEI 2016 Saya dan keluarga tiba di rumah datuk dan nenek pada waktu petang. Nenek memasak kari ayam dan ikan bakar untuk kami. Sangat sedap! Nenek memang suka memasak dan selalu mengajar saya cara-cara memasak. Selepas makan, datuk membawa saya dan adik ke tepi pantai. Kami melihat matahari terbenam dan pemandangan di situ sangat cantik. Kami juga ikut bapa saudara saya, Pak Lang, untuk memancing ikan di tepi pantai. Kemudian, datuk membawa saya dan adik menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. 17 MEI 2016 Sepupu saya, Haziq tiba di kampung bersama keluarganya. Saya rasa sungguh seronok kerana sudah setahun tidak berjumpa dengannya. Saya hanya tersenyum apabila Haziq berkata, “Awak nampak semakin kurus!�. Memang saya semakin kurus kerana banyak bermain bola sepak di sekolah. Hari ini, saya, adik dan Haziq mengikut nenek kami untuk bergotong-royong di kenduri kahwin. Orang begitu ramai! Kami bantu nenek dan ibu saudara saya, Mak Lang, untuk memotong bawang dan kentang. Saya sangat kenyang hari ini kerana makan dengan banyak semasa kenduri. 18 MEI 2016 Hari ini ialah hari terakhir kami di kampung. Datuk membawa saya dan Haziq untuk mandi di sungai. Pada mulanya, saya takut kerana tidak tahu berenang. Tetapi, sungai itu sangat cetek! Kemudian, Datuk belikan kami jagung bakar. Selepas makan tengah hari, kami pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa sungguh sedih dan tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa mereka lagi.

18

2 Keluarga dan Haiwan Peliharaan

Danial juga banyak menggunakan kata ganti nama dalam diarinya. Cuba cari perkataan tersebut. Kemudian, jawab soalan berikutnya.

221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 18

10/20/16 4:12 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Collins Cambridge IGCSE Malay Sample by Collins - Issuu