Cambridge IGCSE Malay Student Book

Page 4

Membaca  Baca emel di bawah dan jawab soalan berikutnya.

George, Maaf kerana lambat membalas emel awak. Saya terlalu sibuk dengan kerja rumah dan minggu lepas, saya pergi berkhemah. Terima kasih kerana menghantar gambar arnab awak yang comel. Adakah awak memberi arnab itu lobak merah, rumput atau sayur-sayuran hijau sebagai makanan harian? Harapnya bulan depan saya dapat melawat awak dan bermain dengan arnab awak. Kalau tak salah, awak juga membela ikan emas dan tikus Belanda, bukan?

16

2 Keluarga dan Haiwan Peliharaan

Tentunya awak masih ingat kucing saya yang bernama Tompok. Malangnya, Tompok sudah mati dua bulan lepas. Saya berasa sungguh sedih. Pada hari jadi saya yang lepas, ayah saya membeli seekor kucing Parsi sebagai hadiah hari jadi. Bukan itu sahaja, ibu saya pula memberi seekor burung yang sangat cantik kepada saya. Seperti saya, mereka juga suka akan haiwan. Gambar haiwan ini ada saya sertakan bersama emel ini.

Kucing Parsi tersebut bernama Bubut dan berumur dua tahun. Makanan hariannya ialah ikan mentah. Kadang-kadang, kami memberinya daging ayam yang sudah dimasak. Makanan burung saya pula ialah epal dan pisang. Sekali-sekala, kami memberinya makan kacang. Haiwan kesayangan saya ini membuatkan hidup saya gembira. Sampai di sini sahaja. Saya akan menulis lagi tentang haiwan kesayangan saya jika ada masa lapang. Haziq 1. Senaraikan nama haiwan yang terdapat dalam emel di atas. Fikirkan

haiwan lain yang selalu dibela di rumah.

2. Senaraikan makanan haiwan yang ada dalam emel di atas. language TIPs

Malay uses classifiers when counting objects, people, animals and so on. A classifier is a word that accompanies the noun and changes according to what type of noun is being used. For example, ‘ekor’ is the classifier used with animals and ‘orang’ is used when referring to people. You will learn more about classifiers in Unit 7.

221434 CIE_Rubric_Malay_Unit_01-10.indd 16

10/20/16 4:12 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.