Pelengkap Warisan

Page 1

Sehari Selembar Benang, Dilipat Sebesar Kuku, Dikembang Sebesar Alam.


PELENGKAP WARISAN

LAGENDA SONGKET ASLI TERENGGANU SEMENJAK 1895


Bermula dengan sehari selembar benang, Fatimah Songket ibarat sebesar kuku menentang arus modenisasi menyulam kegemilangan kraftangan asli Terengganu. Fatimah Songket unggul hingga kini memperkembang seni budi dan daya tersohor Terengganu. Puan Hajjah Halijah perintis awal Fatimah Songket pada tahun 1895. Berkat bakat dan ketekunan seni songket diperturunkan kepada Puan Hajjah Zaharah Idris iaitu ibu dan guru tenunan songket Fatimah yang menjadi asas pengukuhan pembinaan empayar Fatimah Songket mencipta kecemerlangan dan melonjak kegemilangan seni budaya hak temurun orang Terengganu.


Fatimah Songket mengutarakan pelbagai rekacorak

dengan

kombinasi

warna

beraspirasikan budi dan daya wajah Melayu dalam tenunan dengan sopan, tertib, teliti dan harmoni. Tenunan Fatimah Songket kekal hebat kerana apa yang diwarisi dipelihara hingga mekar dan dipertahankan secara tradisi. Memang wajar ramai yang meletakkan Fatimah songket sebagai “trademark� kualiti songket asli Terengganu. Tidak hairanlah Sir Hugh Cliford pada abad ke 19 pernah melabelkan Terengganu sebagai ‘Birmingham di Tanah Melayu� kerana hasilkan kerja-seni yang berkualiti dan tinggi nilai estetikanya.


Hasil kerja Fatimah Songket menjulang gemilang seni songket Terengganu dengan kejelasan motif, arahtuju dan kerja seni yang berpandangan jauh. Benar kata pepatah, “Alah membeli, menang memakai�. Produk Fatimah Songket bukan sekadar bahan koleksi aprisiasi seni malah mendidik dan menjana keuntungan yang menambah kukuh sosioekonomi.



Pelanggan dijamin “menang memakai” dengan setiap produk berjenama Fatimah Songket dihasilkan daripada ketelitian dalam menjaga dan mengawal kualiti. Ia ditempatkan pada tahap pertama dan terpenting. Tidak hairanlah jika ada yang menamakan Fatimah Songket sebagai “Duta Songket Asli Terengganu”. Kini Fatimah songket mengintai peluang di Bazaar Warisan tanpa halangan untuk memperkembangkan perniagaan dan memertabatkan seni budaya Terengganu selaras Kuala Terengganu yang dimasyhurkan sebagai Bandaraya Pesisir Air. Fatimah Songket pelengkap Bazaar Warisan.


TERLATIH


PELENGKAP WARISAN


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.