Bmm3142 kebudayaan melayu

Page 57

Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan.

Bahasa Bidang bahasa dan kesusasteraan yang lahir dalam masa dan daripada proses pertembungan Hindu-Buddha telah menarik penghargaan dan penilaian di tengah golongan raja atau bangsawan sahaja. Penulis , penterjemah atau bijak pandai yang menghasilkan karya-karya semasa adalah menitikberatkan adab susila dan kesedaran ramai terhadap kemuliaan insan dan keagungan Islam Tuhan menerusi Islam. Maka jelaslah di sini kesusasteraan Melayu Islam itu bukanlah berdasarkan mitos atau dongeng tertakluk kepada nilai istanadan kraton, tetapi lebih serius, demokratis dan rasional serta lebih saintifik daripada zaman lampau. Kedudukan bahasa Melayu amat penting karana kini bahasa Melayu telah mencapai taraf nilai bahasa yang tinggi, apabila kedatangan dan perkembangan Islam di rantau ini menjadikannya sebagai bahasa pengantar agama. Bahasa Melayu yang pada asasnya merupakan bahasa masyarakat pesisiran Selat Melaka telah berkembang menjadi bahasa yang penting kepada kerajaan-kerajaan agung seperti Acheh dan Melaka pada masa itu. Faktor kedudukan Selat Melaka yang berabad-abad lamanya terbuka dan menjadi pusat lalu lintas dunia dan sebagai daerah pertembunganpelbagai masyarakat dan kebudayaan dalam situasi perdagangan antarabangsa , sehinggakan Islam di alam Melayu adalah tersebar melalui bahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga menjadi telah menjadi bahasa rasmi bagi agama Kristian di Indonesia Timur. Peranan bahasa dan Kesusasteraan Melayu di alam Melayu dewasa ini sudah tidak dapat dinafikan telah menjadi bahasa “Lingua-Franca� bagi lebih 200 juta umat manusia di alam Melayu. Islam telah menjadikannya bahasa umum yang digubah , MODUL BMM 3142 KEBUDAYAAN MELAYU Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM

Sulit


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.