BMM3111

Page 44

Contoh kesetiaan hati Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. 8.5.3.1 Teromba Teromba termasuk dalam perbilangan adat yang popular di Negeri Sembilan. Teromba merupakan perbilangan yang meriwayatkan sejarah sesuatu tempat atau peristiwa pertumbuhan masyarakat Adat Perpatih sesuatu tempat. Selain itu, terdapat juga cerita asal usul kejadian atau salasilah sesuatu keturunan yang terdapat dalam teromba. Contoh teromba salasilah sesuatu keturunan :

Turun di Pagar Ruyung Raja Berdarah Putih, berdua dengan Batin Mergalang, lalu naik Gunung Rembau, lalu turun Seri Menanti, kemudian duduk bersuku-suku, suku-suku nan dua belas. Contoh teromba semasa meminang : Tiap-tiap beranak tu, lelaki ada, perempuan pun ada, kok yang lelaki disua-suakan, kok yang perempuan dibedak-bedakkan, disikat-sikatkan untuk mencari jodoh pertama, dalam pada itu, yang berhutang mak bapalah, tiap-tiap kita melayan anak, berhutang atas lima syarat, pertama kerat pusat, kedua upah bidan, ketiga mengaji, keempat sunat Rasul, kelima nikah kahwin. 8.5.4

Perumpamaan Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud

atau tujuan dengan membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Perumpamaan tergolong dalam peribahasa selapis iaitu mengandung makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu :

44

BMM 311-SEMANTIK & PERISTILAHAN BAHASA MELAYU


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.