
1 minute read
3.2 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ASPEK PENDIDIKAN
3.2 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ASPEK PENDIDIKAN
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kesusasteraan Melayu memainkan peranan yang penting dalam aspek pendidikan kerana setiap perkara sastera mempunyai nilai didikan yang tinggi kepada seluruh masyarakat. Kompenan-kompenan di dalam sastera ini tidak terhad kepada satu yang spesifik sahaja malah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana banyak sastera yang dihasilkan oleh para pengarang adalah berdasarkan gaya hidup masyarakat, pengalaman mereka sendiri yang boleh menjadi pedoman kepada semua. Misalnya, terdapat pengarang yang menulis sastera yang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti politik, ekonomi, sosiologi dan agama. Melalui karya-karya sastera inilah ilmu pengetahuan dapat diberikan kepada masyarakat dan seterusnya digunakan dalam dunia pendidikan. Tambahan pula, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan di negara Malaysia semenjak tahun 1957 lagi yang mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Matlamatnya khusus untuk para pelajar Malaysia menjiwai unsur dan nilai murni dari aspek kemanusian, kerohanian, kebudayaan, kemasyarakatan, kewarganegaraan. Secara tidak langsung melalui mata pelajaran ini juga bahasa Melayu dapat dikaji dan nilai keindahan sastera itu sendiri dapat dirasai dengan lebih mendalam. Selain itu, sastera ini juga dapat mendidik manusia untuk tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif di samping mengukuhkan lagi jati diri seorang insan. Hal ini kerana kita tidak mahu hanya melahirkan mereka yang bijak pandai semata-mata tetapi turut melahirkan mereka yang mempunyai sifat kemanusiaan. Misalnya, senario pada masa kini dapt dilihat apabila ramai yang bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi malangnya mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan (Azman Rahmat et al., 2022). Ini dapat dilihat apabila ramai yang terlibat dalam gejala rasuah, memusnahkan alam sekitar demi kepentingan diri sendiri dan menyusahkan masyarakat. Hal ini jelas berlaku pada dunia sekarang yang mana nilai-nilai baik dalam diri semakin memudar dan. Oleh itu, sastera memainkan peranannya dalam mendidik Kembali unsur positif dalam diri sesiapa sahaja yang mempelajarinya. Kesusasteraan melayu juga secara tidak langsung mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam melakukan sebarang tugasan. Kesusasteraan adalah ilmu dan senjata mereka yang berilmu.
Advertisement