
1 minute read
1.0 PENGENALAN KEPADA KESUSASTERAAN MELAYU
1.0PENGENALAN KEPADA KESUSASTERAAN MELAYU
Kusasteraan Melayu merupakan satu kebanggaan bangsa Melayu kerana melalui kesusateraan ini nilai dan budaya Melayu dapat dipelihara hingga kini. Menurut kamus dewan edisi keempat kesusasteraan ialah seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa seperti novel, sajak, persuratan dan seni sastera. Kususasteraan merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sanskrit iaitu, susastera yang membawa maksud huruf atau buku yang indah. Dalam pada itu, istilah kesusateraan dalam bahasa Melayu terbentuk daripada perkataan sastra yang turut berasal daripada bahasa sanskrit yang mana sas- bermaksud memberi petunjuk dan -tra merujuk kepada alat untuk mengajar. Dalam budaya sastera Melayu, maksud kesusasteraan itu sendiri mencerminkan sifat indah yang ada pada karyanya (Abdul Halim Ali, 2011). Jelaslah di sini kesusasteraan merupakan karya bahasa yang cukup indah dan berseni dalam penyampaiannya kepada masyarakat.
Advertisement
Selain itu, kesusasteraan dalam Bahasa Melayu mempunyai maksud yang sama dengan literature yang berasal daripada perkataan literate yang bermaksud abjad dan huruf. Perkataan literature ini digunakan untuk tatabahasa dan puisi pada awalnya. Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ditafsirkan sebagai karya tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan kehalusan dalam penulisan. Karya ini dapat diperoleh daripada novel, cerpen, drama, sajak, prosa atau puisi tradisional bagi mengimbangi rohani, jasmani dan intelek di samping nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam karya-karya tersebut. Setiap sastera mempunyai nilai keasliannya yang tersendiri dan memaparkan ciri-ciri kehalusan dan keindahan dalam bersastera. Menurut Azman Rahmat (2022) ‘dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata indah, mesej dan gambaran sesuatu perasaan dan keadaan tertentu sama ada mengenai diri sendiri mahupun sekelompok masyarakat’ .