
1 minute read
Pedang al-Battar
Al-Battar
Dari segi bahasa, al-Battar bermaksud pedang yang sangat tajam atau turut diberi makna sebagai pemenggal. Ia merupakan pedang yang Rasulullah SAW perolehi daripada bangsa Yahudi iaitu Bani Qainuqa’ setelah Baginda berjaya mengusir mereka dari kota Madinah. Hal ini adalah kerana akibat mereka telah mengkhianati perjanjian dengan Baginda SAW di Madinah.
Advertisement
Tambahan juga, pedang ini turut sinonim dengan pedang warisan para Nabi. Hal ini adalah kerana pada bilah pedang ini diukir sebahagian nama-nama Nabi dengan ukiran khat Arab seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad.
Menurut sejarah, pedang al-Battar ini merupakan harta rampasan perang yang diperoleh oleh Nabi Daud a.s ketika Baginda berjaya membunuh Jalut dalam pertempuran antara orang yang beriman daripada Bani Israil dengan orang-orang Palestin.
Di dalam sejarah Islam, pedang ini merupakan pedang yang paling tua. Malah terdapat juga beberapa pendapat mengatakan bahawa pedang ini juga akan digunakan oleh Nabi Isa untuk mengalahkan dajjal. Kini, pedang ini terletak di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
Ciri-ciri
Panjang pedang ini ialah 101 sm. Pada pedang ini terdapat gambar Nabi Daud ketika memotong Goliath (Jalut). Terdapat ukiran khat Arab nama-nama Nabi pada bilahnya. Terdapat gambar patung setengah badan manusia pada hulu pedang ini. Pedang ini bermata dua dan tajam yang diperbuat daripada tembaga.


(Hulu Pedang al-Battar) (Gambar rajah Pedang al-Battar)