
1 minute read
Pedang al-Ma'thur
Al-Ma'thur
Yang pertama, pedang ini dikenali sebagai al-Ma'thur al-Fijar. Al-Mathur adalah pedang awal yang dimiliki oleh Baginda sebagai harta pusaka daripada ayahanda Baginda. Ketika ini, Baginda belum lagi menerima wahyu pertama di Mekah. Pedang al-Ma'thur telah dimiliki oleh Nabi sejak Baginda berumur 15 tahun ketika mengikuti datuknya dalam peperangan Fijar. Pedang ini adalah pedang utama Rasulullah dan tidak pernah diberikan kepada sahabatnya untuk digunakan dalam peperangan kecuali hanya diberi kepada Saidina Ali selepas kewafatannya. Pedang ini sentiasa berada bersama Rasulullah tidak kira semasa Baginda berada di Mekah ataupun di Madinah. Sekarang, Pedang al-Ma'thur disimpan di muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
Advertisement

(Gambar rajah Pedang al-Ma'thur)

Ciri-ciri

Pemegang dan sarung pedang al-Ma'thur diperbuat daripada kayu dan dilapisi dengan kulit binatang yang telah disamak. Kemudian, diperbaiki pemegangnya dengan menggunakan emas dan dihiasi dengan batu-batu hiasan. Di bawah tempat pemegangnya terdapat tulisan Abdullah bin Abdul Mutalib yang ditulis dengan khat kaligrafi al-Kufi. Panjang pedang ini ialah 99 cm dan panjang sarungnya ialah 85 cm. Bentuknya pula berupa ular.


(Gambar rajah Pedang al-Ma'thur)