
1 minute read
Pedang al-Hatf

Al-Hatf
Advertisement
Pedang Al-Hatf ialah pedang Rasulullah SAW. yang Baginda perolehi daripada harta rampasan Bani Qainuqa'. Pedang ini pada asalnya milik Nabi Daud. Antara mukjizat Nabi Daud ialah dapat melembutkan besi dan kepakaran dalam membuat senjata dan alatan perang. Buktinya, pedang al-Hatf ini ialah salah satu ciptaannya. Pedang ini hanya digunakan oleh Nabi Daud dan kemudiannya diberikan kepada suku al-Alawiyyin atau nama lainnya suku Levi atau Levita, iaitu mereka yang menyimpan senjata Bani Israel sehingga sampainya kepada Rasulullah SAW.
Pada hari ini, pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.
(Gambar rajah Pedang al-Hatf)

Ciri-ciri
Panjang pedang ini ialah 112 sm dan lebar pemegangnya 8 sm. Berat pedang ini ialah 4618 gram. Pedang ini serupa dengan pedang al-Battar cuma saiznya lebih besar.


(Gambar rajah Pedang al-Hatf)
