disleksia

Page 1

TEKNIK “SMART CILIK” BAGI MENGATASI MASALAH STRUKTUR PENULISAN MURID SIMPTOM DISLEKSIA VISUAL

Oleh : Alfian Mansor Sekolah Kebangsaan Kerambit Wakil Pos Kampung Kerambit, 27200 Kuala Lipis, Pahang KPLI – PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti metodologi terbaik untuk murid-murid yang menghadapi masalah menulis struktur perkataan secara terbalik, iaitu dari kanan ke kiri bagi sistem tulisan rumi. Kajian ini dilakukan terhadap seorang murid Prasekolah Aktif, Sekolah Kebangsaan Kerambit, iaitu Nur Sofia. Berdasarkan pemerhatian, didapati Nur Sofia mepunyai simpton disleksia visual. Hasil kajian menunjukkan Nur Sofia telah dapat menulis dengan betul dan tepat serta dapat mengingati struktur penulisan rumi secara asas. Justeru, saya menyarankan kaedah “SMART CILIK” ini digunakan bagi membantu murid-murid yang mengalami simpton disleksia visual.

ABSTRACT

This study was conducted to identify the best methodology for students who have problems in writing for the word structure in reverse, from right to left for romanized writing system. This study was conducted on a pupil of Prasekolah Aktif, Sekolah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis, Nur Sofia. Based on observations, found Nur Sofia unconfined symptoms of visual dyslexia. The results showed Nur Sofia was able to write correctly and be able to recall the basic structure of Latin literature. Therefore, I suggest the "SMART CILIK" is used to help pupils who are detected symptoms of visual dyslexia. 1


LATAR BELAKANG KAJIAN

Sekolah Kebangsaan Kerambit merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Kuala Lipis. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah gred A ini mempunyai murid seramai 223 orang dengan tenaga pendidik seramai 22 orang. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh tiga orang staf sokongan. Sekolah ini mempunyai sembilan buah kelas, iaitu sebuah kelas penyayang, tujuh buah kelas aliran perdana serta sebuah kelas untuk murid-murid prasekolah. SK Kerambit menempatkan empat blok akademik termasuk bangunan prasekolah yang menempatkan 26 orang murid.

Saya telah ditugaskan untuk menjalani praktikum di SK Kerambit selama tiga bulan bagi memenuhi syarat wajib Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) sebagai mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sepanjang menjalani praktikum tersebut, saya mendapati salah seorang daripada murid saya mempunyai sedikit masalah berkaitan struktur penulisan perkataan, terutama semasa menulis namanaya. Murid tersebut, iaitu Nur Sofia mempunyai simptom disleksia visual. Hal ini kerana, Nur Sofia tidak dapat menulis perkataan yang disalin semula secara langsung dengan menggunakan struktur yang betul. Hasil penyalinannya semula akan menghasilkan “Mirror side�, iaitu pembalikkan imej. Murid tersebut akan memindahkan huruf atau perkataan yang dilihat secara terbalik, iaitu dari kanan ke kiri.

2Â Â


PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah (KSPK) yang diterbitkan oleh Bahagaian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak kementerian telah mensasarkan fokus untuk memastikan murid-murid di prasekolah dapat mengenal huruf A-Z sebagai asas utama dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Pada peringkat ini, murid-murid dibimbing untuk mengenal bentuk dan bunyi setiap huruf serta dapat menyusun huruf-huruf tersebut menjadi suku kata. Namun demikian, tahap penguasaan setiap murid adalah berbeza menyebabkan ada murid yang tidak dapat mengenalpasti bentuk dan bunyi huruf dengan betul, apatah lagi menghasilkan satu bentuk suku kata. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya masalah seumpama ini. Selain daripada kemampuan menguasai P&P dengan baik, masalah ini juga berkaitan dengan disleksia. Menurut Drake (1989), masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya : kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), dan tumpuan yang terhad (pengamatan visual).

Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti cara terbaik untuk membantu Nur Sofia menulis perkataan terutamanya namanya sendiri dengan struktur penulisan yang betul. Kajian ini mnggunakan teknik “SMART CILIK� dan telah diuji sesuai dengan tahap penguasaan murid tersebut.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu Nur Sofia dan murid-murid lain yang mempunyai masalah yang serupa untuk menulis perkataan menggunakan struktur tulisan rumi dengan betul. 3Â Â


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini lakukan adalah bertujuan untuk membantu murid agar : 1. Dapat menulis nama dengan susunan atau struktur yang betul. 2. Memahami struktur tulisan perkataan dan nombor mengikut sistem rumi dengan betul.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi menjawab soalan-soalan berikut : 1. Adakah teknik yang saya gunakan sesuai untuk memahamkan murid-murid tentang struktur penulisan yang betul? 2. Mampukah murid saya yang mempunyai masalah tersebut menulis nama mereka dengan struktur betul?

KESIGNIFIKAN KAJIAN Saya akan menyediakan ruangan khas bertanda untuk memulakan penulisan sebagai panduan kepada responden. Responden akan diberikan simbol-simbol tertentu sebagai tanda memulakan penulisan. Simbol tersebut bersaiz besar, sederhana dan kecil. Simbol tersebut akan diubah saiznya dariapada besar kepada kecil sehinggalah responden dapat mengenal pasti tempat untuk memulakan penulisannya. Seterusnya, simbol tersebut akan dilenyapkan bagi mengukuhkan lagi ingatan responden terhadap kaedah yang telah diperkenalkan.

4


METODOLOGI KAJIAN

REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Penyelidikan ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan (Model Kemmis dan Taggard, 1992) Seperti gambar rajah berikut :

Membuat tinjauan terhadap lembaran kerja murid‐murid

mengenal pasti keupayaan murid‐ murid serta masalah yang dihadapi dalam P&P

Membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil

Melaksanakan tindakan mengikut perancangan

Mengumpulkan data dan analisis

SASARAN KAJIAN

Sasaran kajian saya ialah seorang murid yang mempunyai masalah menulis secara terbalik. Murid tersebut merupakan murid di Prasekolah Aktif, Sekolah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

5


BATASAN KAJIAN Kajian ini dilakukan terhadap seorang murid yang tidak dapat menulis dengan betul struktur ejaan namanya dan perkataan-perkataan yang diingati. Namun demikian, kajian ini hanya terbatas kepada aspek penulisan namanya sahaja.

INSTRUMEN KAJIAN Data dikumpul denggan menggunakan dua kaedah iaitu : 1. Ujian pra dan ujian pasca 2. Soal Jawab secara lisan. 3. Ujian penilaian akhir.

TINJAUAN AWAL Saya telah membuat tinjauan awal masalah murid melalui tiga kaedah : 1. Mengumpul data latar belakang murid-murid. 2. Menyediakan latihan lembaran kerja dan menyemak hasil kerja murid-murid. 3. Mengadakaan ujian pra.

LATAR BELAKANG MURID Berdasarkan penelitian yang dilakukan, didapati seorang daripada 25 orang murid di kelas Prasekolah Aktif mengalami masalah menulis nama menggunakan struktur tulisan rumi dengan betul. Murid tersebut mempunyai seorang saudara kembar seiras yang juga bersekolah di kelas yang sama. Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, salah satu ciri penghidapnya adalah masalah ini kerap terjadi kepada pasangan kembar, bayi yang lahir tidak cukup bulan, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang sudah berusia serta kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan di 6Â Â


kepala. Namun demikian pasangan kembarnya itu tidak mengalami masalah yang sama. Masalah yang dihadapi oleh Nur Sofia ini tidak begitu serius, namun kerap kali menimbulkan masalah terutama dalam menulis nama pada lembaran kerja yang diberikan. Nur Sofia juga sering ditertawakan oleh rakan-rakannya yang lain kerana menulis secara terbalik menyebabkannya sering berasa rendah diri dan malu. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membantu Nur Sofia untuk menulis dengan cara yang betul.

ANALISIS UJIAN PRA Ujian pra dijalankan bagi mengesan dan mengenal pasti masalah yang terdapat di dalam kelas Prasekolah Aktif. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati terdapat beberapa masalah yang sering berlaku terhadap murid-murid di prasekolah tersebut. Antaranya adalah, masalah tidak dapat membezakan bahagian kanan dan kiri, tidak dapat membezakan huruf kecil dan besar, serta tidak dapat membezakan huruf-huruf yang hampir-hampir serupa seperti b dan d, p dan q, j dan g dan lainlain. Selain itu, saya juga mendapati seorang murid di dalam kelas tersebut mempunyai masalah yang berbeza daripada murid-murid lain. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang dilakukan, didapati murid tersebut mempunyai masalah berkaitan disleksia. Menurut Azizi Azja’t (2009), Disleksia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Disleksia Visual (Penglihatan), Diseleksia Auditori (Pendengaran) dan Disleksia Visual-Auditori (Penglihatan dan pendengaran). Menurut Mazira Mohamad Ghazali (2011), Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. 7 Â


Hasil daripada ujian pra tersebut, didapati murid berkenan mempunyai simptom menghidap disleksia visual iaitu masalah menulis dan menyalin semula perkataan yang dilihat atau diingat secara terbalik. Sebagai contoh, sekiranya murid tersebut ingin menulis namanya, iaitu NUR SOFIA, murid tersebut akan menulis dari bahagian kanan dengan menulis huruf A, diikuti huruf I,F,O,S,R,U dan N. Masalah ini menyebabkannya selalu menjadi bahan jenaka dan diejek oleh kawankawannya. Hal ini menyebabkan Nor Sofia menangis dan tidak yakin untuk menulis namanya sendiri terutama apabila diminta ke hadapan kelas untuk menulis. Ujian pra ini melibatkan penyemakkan semula hasil lembaran kerja yang telah dihasilkan oleh Nur Sofia bermula daripada 13 Julai 2011 sehingga 13 September 2011. Hasil daripada semakan tersebut mendapati, 100% lembaran kerja yang diberikan mengandungi penulisan nama secara terbalik, iaitu bermula dari bahagian kanan garisan yang disediakan. (Rujuk lampiran yang disediakan). Ujian pra ini juga dijalankan dengan menggunakan kaedah rakaman visual.

PERANCANGAN TINDAKAN Saya telah merancang untuk membuat pemerhatian langsung terhadap Nur Sofia semasa murid-murid menyiapkan tugasan yang diberi. Saya akan memantau dan memberi bimbingan dan latihan pengukuhan terhadap Nor Sofia bagi membantunya menulis menggunakan struktur yang betul.

PELAKSANAAN TINDAKAN Pelaksanaan tindakan adalah seperti berikut : - Menyediakan format khas bagi membantu Nor Sofia menulis dengan baik berdasarkan teknik “SMART CILIK” , iaitu : ¾ Menyediakan ruang yang besar untuk memudahkannya menulis nama, ruangan tersebut sentiasa diubah bagi membiasakannya dengan perubahan. ¾ Saya akan meletakkan simbol

untuk menandakan tempat yang perlu

dimulakan dengan huruf pertama namanya. 8


¾ Selepas itu, saya akan memberikannya contoh namanya yang betul dan memintanya menulis berdasarkan susunan yang betul iaitu bermula daripada huruf N,O,R,S,O,F,I dan A. ¾ Selepas itu, saya akan meletakkan simbol

di sebelah kiri ruangan nama

yang telah disediakan. ¾ Saya akan menukarkan simbol

secara berperingkat-peringkat sehingga

simbol tersebut dilenyapkan terus daripada ruangan nama yang telah disediakan. ¾ Kemudian guru akan menguji murid dengan memberikan lembaran kerja yang mengandungi latihan perkaitan P&P, dan murid perlu menulis namanya mengikut struktur yang betul. ¾ Semasa menjalankan ujian, guru akan meransang murid tersebut supaya lebih memahami struktur penulisan tersebut.

PENGUMPULAN DATA Data dikumpul dengan menggunakan dua cara, iaitu : 1. Menjalankan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenal pasti tahap penguasaan responden untuk menulis namanya sendiri. 2. Guru berinteraksi dengan responden untuk mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang responden.

ANALISIS UJIAN PASCA Berdasarkan ujian pasca yang dijalankan, didapati Nur Sofia telah berjaya menulis namanya dengan menggunakan struktur penulisan yang betul dan tepat (rujuk lampiran yang disediakan). Ujian pasca yang dilakukan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dilakukan sebanyak empat kali. Keempat-empat ujian ini menunjukkan hasil yang sama dan Nur Sofia telah dapat menulis namanya dengan betul (rujuk lampiran yang disediakan). Ujian Pasca ini juga menggunakan teknik rakaman visual bagi menunjukkan hasil dan perbezaan sebelum dan selepas ujian dijalankan. 9


ANALISIS SOAL JAWAB Semasa saya menjalankan sesi ujian pasca, saya turut menjalankan sesi soal jawab bagi merangsang daya ingatan Nur Sofia terhadap ujian yang telah dijalankan. Berikut adalah petikan dialog semasa sesi soal jawab berlangsung : Guru

: Sofia, tolong tuliskan nama pada kertas ni. Mula-mula, kita kena tulis kat mana dulu?

Nur Sofia

: Kat sini (Sambil menunjukkan bahagian kiri garisan kosong yang telah disediakan.

Guru

: Nak tulis huruf apa dulu?

Nur Sofia

: Huruf “N”. (selepas itu, Nur Sofia meneruskan penulisannya sehingga selesai).

Berdasarkan soal jawab bersama Nur Sofia tersebut menunjukkan bahawa Nur Sofia sudah memahami konsep dan struktur penulisan nama dengan betul. Saya juga sentiasa menjelaskan perbezaan menulis huruf jawi dan rumi. Hal ini kerana, sistem tulisan jawi bermula dari kanan ke kiri, berbeza dengan sistem tulisan rumi dari kiri ke kanan.

10


INTERPRETASI DATA Hasil daripada ujian pasca dan ujian pra yang dijalankan, didapati terdapat perbezaan yang ketara. Hal ini menunjukkan hasil yang amat memuaskan di mana responden dapat menulis ejaan namanya dengan baik walaupun pada awalnya dia mengalami masalah tidak boleh membezakan struktur penulisan. Berdasarkan teknik yang diperkenalkan ini, didapati Nur Sofia dapat mengingat dan memahami serta dapat mengaplikasikan pengetahuannya dengan lebih tepat dan berkesan. Kini, Nur Sofia tidak lagi menghadapi masalah untuk menulis namanya (Rujuk lampiran yang disediakan).

REFLEKSI Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat pelbagai masalah dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditangani. Antaranya adalah berkaitan kekangan masa untuk menjalankan ujian pra dan pasca. Hal ini kerana saya perlu menumpukan perhatian terhadap P&P serta memberikan bimbingan kepada murid-murid lain juga. Namun demikian, sokongan yang diberikan oleh guru pembimbing, guru pemulihan serta rakan-rakan banyak mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Justeru, atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang saya dengan rendah hatinya mengharapkan agar teknik ini akan dapat digunakan sebagai salah satu wadah untuk membantu murid-murid lain yang mempunyai masalah yang serupa dengan Nur Sofia. Hakikatnya, walaupun teknik ini banyak kelemahan dan kekurangan, namun saya percaya teknik ini boleh diberikan penambahbaikan agar dapat memberi manfaat kepada insan lain yang mempunyai masalah seumpama ini.

11Â Â


PENUTUP Justifikasinya, berdasarkan ujian yang telah dijalankan didapati Nur Sofia telah dapat menulis namanya dengan menggunakan struktur yang betul mengikut teknik yang telah diperkenalkan kepadanya. Akhirnya, diharapkan agar teknik yang digunakan ini dapat dipraktikan serta diberikan penambahbaikkan untuk membantu insan-insan lain yang mempunyai masalah seumpama ini. Ingin saya tegaskan di sini bahawa kajian yang dijalankan bukanlah bersifat rawatan mahupun amalan pencegahan terbaik sebagaimana yang dilakukan oleh pakar kesihatan, kajian ini hanyalah satu pendekatan yang boleh membantu murid-murid yang menghadapi masalah disleksia visual untuk mengatasi beberapa aspek kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Namun demikian, kajian ini memberi perhatian terhadap cadangan yang disyorkan oleh pakar kesihatan serta mengambil kira pandangan yang dibincangkan di media. Kajian ini turut menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun Instrumen tersebut hanya digunakan untuk murid yang bersekolah di aliran perdana, namun demikian instrumen tersebut boleh membantu untuk guru-guru untuk mengenal pasti ciri dan simpton penghidap disleksia.

12Â Â


BIBLIOGRAFI

Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor (2005), Simpton Disleksia Kanak-kanak Prasekolah, Jurnal Pendidikan 30 : 3-19, UKM Bangi, Selangor. Sheila Devaraj, 2006. Apa itu Disleksia? : Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru, PTS Profesional. Kuala Lumpur.

Sumber Web

Disleksia, Diakses pada 13 http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

September

Penyakit Disleksia, Diakses pada 13 September http://www.majalahsains.com/2011/02/penyakit-disleksia/

2011,

2011,

Apakah itu disleksia?, Diakses pada 13 September 2011, http://makkita.wordpress.com/2011/03/02/apakah-disleksia-itu/

melalui

melalui

melalui

Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah, Diakses pada 13 September 2011, melalui http://www.irwanashari.com/Simptom-Disleksia-Kanak-kanak-Prasekolah.html Adakah Kerana Dia Kidal?, Diakses pada 13 September 2011, melalui http://www.kakyong.com/2011/05/adakah-kerana-dia-kidal/ Dyslexia Article, Diakses pada 13 September http://www.medicinenet.com/dyslexia/article.htm Symptoms, Diakses pada 13 September http://www.dyslexia.com/library/symptoms.htm

13Â Â

2011,

2011,

melalui

melalui


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.