Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Persaraan 2020

Page 1

Tarikh: 30 September 2021 Tempat : Secara Maya (Facebook LIVE) 1


Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Misi Untuk merealisasikan Visi jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan yang lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh anggota-anggota yang mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang bermutu.

Visi Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di negeri Sabah prihatin dan melibatkan dalam penjagaan kesihatan dalam pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.

Objektif Melaksanakan program-program kementerian dengan pembekalan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian di peringkat Negeri dan Daerah bagi meninggikan taraf kesihatan rakyat supaya mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan dengan memberi tekanan kepda golongan-golongan ang kurang bernasib baik.

2


Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta

3


Sabah Tanah Airku Sabah, tanah airku, Negeri kita yang tercinta, Pemuda-pemudi, Semua marilah, Bangunlah bersatu semua. Marilah bersama serta maju jaya, Merdeka sepanjang masa, Bersatu segala bangsa sentosa, Sabah negeri merdeka.

4


Gigi Warisan Kita Gigi warisan kita Bersama kita menjaga Murid dan warga tua Kita dan kanak istimewa Khidmat Pergigian, Prihatin, professional Pencegahan itu Tanggungjawab semua Kebersihan mulut Kurangkanlah gula Makanan seimbang diamalkan Rawatan diberi, gigi kekal abadi Sejahtera bermula di sini Di mana kita berada Bersama berusaha, Kesihatan dijaga Kepentingan bersama Khidmat pergigian ,Prihatin, professional Pencegahan itu Tanggungjawab semua.

5


IKRAR JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH Bahawa Kami, Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia Dengan Penuh Kesedaran Dan Rela Haiti Berikrar Akan: Mengukuhkan Komitmen Kami Kepada Tugas Dan Tanggungjawab Yang Diamanahkan. Berusaha Untuk Meningkatkan Kemahiran Dan Kepakaran Yang Diperlukan Oleh Profesion Kami. Sentiasa Responsif Kepada Kehendak-Kehendak Pelanggan Dasar-Dasar Kerajaan Dan Aspirasi Kerajaan. Sentiasa Mengutamakan Semangat Kerja Berpasukan. Bertekad Dan Berusaha Untuk Melaksanakan Janji-Janji Kami Dalam Piagam Pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berusaha Untuk Mengadakan Inovasi Yang Berterusan Demi untuk Meningkatkan Kualiti Dan Produktiviti Kami. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama Dan Mengamalkan Nilai-Nilai Dalam Etika Perkhidmatan Awam, Serta Patuh Kepada Peraturan-Peraturan Kerajaan.

6


ATURCARA MAJLIS Masa

Acara

2.00 Petang

: Pre-pelancaran LIVE

2.30 Petang

: Pelancaran Majlis Anugerah Bersama Ybhg. Dr Judith Linus Lojikip Pegawai Pergigian Kawasan Keningau : Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Sabah dan Lagu Gigi Warisan Kita : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan Pengerusi Penganjur Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang : Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Dr Judith Linus Lojikip Pegawai Pergigian Kawasan Keningau : Gimik Perasmian

3.00 petang

: Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Penjawat Awam :Persembahan :Penyampaian Sijil kepada Pesara

: Majlis Bersurai

7


DR. JUDITH LINUS LOJIKIP Pegawai Pergigian Kawasan Keningau

Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat cinta kasihnya kita dapat melaksanakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2020 bagi Pejabat Pergigian Kawasan Keningau. Tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020. Semoga dengan anugerah ini, anda akan sentiasa terus cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas hakiki dan juga cemerlang dalam kehidupan seharian. Kepada yang bersara pada tahun 2020, Saya ingin mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih atas kesetiaan anda bersama-sama kami selama ini dan secara terus menerus menyumbang tenaga serta kudrat untuk membantu jabatan ini kekal cemerlang. Tahniah dan syabas juga kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2020 Pejabat Pergigian Kawasan Keningau yang telah berusaha memastikan majlis pada hari ini berjalan dengan lancarnya. Sekian, terima kasih DR JUDITH LINUS LOJIKIP Pegawai Pergigian Kawasan Keningau.

8


DR.KOAY WOEI LI Pakar Ortodontik, Hospital Keningau Salam sejahtera Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis sepatah dua kata dalam buku aturcara Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2021. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima APC tahun ini.Usaha dan sumbangan anda pada tahun 2020 telah dapat kepastian dan penghargaan. Prestasi kerja anda patut dikekalkan pada setiap tahun yang akan dating untuk meningkatkan atau mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi di sector kerajaan. Bagi penjawat awam yang tidak terpilih atau tidak pernah diplih untuk mendapat anugerah ini, jangan bagi perasaan kekecewaan ini menjejaskan prestasi kerja anda. APC bukan satu-satunya anugerah untuk menentukan kecemerlangan seseorang penjawat awam. Usaha anda tetap akan dikenang dan diberi perhatian yang sewajarnya. Akhir kata, bersama-sama kita berusaha untuk berkhidmat kepada negara kita. Sekian, terima kasih DR.KOAY WOEI LI Pakar Ortodontik, Hospital Keningau.

9


Dr. Ahmad Fadhli Bin Ahmad Badruddin Pakar Bedah Mulut, Hospital Keningau Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata bagi menyerikan buku aturcara Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) bagi tahun 2021. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penerima APC dan Sijil Penghargaan pada tahun ini. Semoga dengan pengiktirafan ini akan membangkitkan lagi semangat serta menjadi inspirasi untuk semua warga pergigian berkhidmat dengan lebih baik. Majlis ini diharapkan dapat menjadi wadah sebagai menghargai segala penat lelah dan dedikasi pegawai dan kakitangan pergigian untuk terus memberikan sumbangan dan berusaha untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi serta menghasilkan perkhidmatan yang terbaik sejajar dengan misi, visi dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia. Sungguhpun Negara dan dunia dilanda dengan kemelut pandemik Covid19, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan dan kekangan untuk kita selaku anggota Perkhidmatan Awam terus komited memberikan pekhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dalam pada masa yang sama membantu kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19. Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan kita semua dan semoga wabak Covid-19 yang melanda Negara kita segera berakhir. Sekian, terima kasih. Dr. Ahmad Fadhli Bin Ahmad Badruddin Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Keningau

10


DR. EVONNE NG HUI LING Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Keningau Salam sejahtera, Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan sekalung tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC ) tahun 2020 bagi Pejabat Pergigian Kawasan Keningau. Anugerah ini merupakan tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi, komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkah. Semoga pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan menjadi motivasi kepada semua warga pergigian untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesara Pejabat Pergigian Kawasan Keningau atas segala usaha, jasa, sumbangan dan pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatan di jabatan ini. Akhir sekali, syabas kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang 2020 yang telah berusaha untuk menjayakan majlis pada hari ini. Sekian, terima kasih. DR. EVONNE NG HUI LING Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Keningau

11


DR. WAN NOR AINI BINTI WAN AZIZ Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian UTC Keningau Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur diatas kesempatan untuk saya merakamkan ucapan di dalam buku aturcara sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan Tahun 2020, Pejabat Pergigian Kawasan Keningau. Tahniah dan Syabas kepada semua penerima APC pada tahun ini. Anda semua sememangnya layak mendapat pengiktirafan dan penghargaan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah setelah menunjukkan disiplin, komitmen, dedikasi dan pencapaian kerja yang tinggi. Semoga penghargaan ini akan memberi suntikan semangat kepada anda dan rakan rakan yang lain agar terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Pesara yang diraikan pada tahun ini. Bakti, jasa dan pengorbanan anda semua amat kami hargai dan sentiasa dihati. Akhir kata, marilah kita semua bekerja dengan lebih cemerlang dalam norma baru walaupun terdapat pelbagai cabaran semasa pandemik Covid 19 ini. Sekian, terima kasih. DR WAN NOR AINI BINTI WAN AZIZ Peagwai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian UTC Keningau

12


DR. WESLEY JOEL TAN Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Tenom Salam sejahtera, Bersyukur kita kerana berpeluang menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Pergigian Kawasan Keningau pada tahun 2021. Tahun ini merupakan tahun yang luar biasa, yang telah menyaksikan pelbagai cabaran dan kesukaran melanda di seluruh dunia. Diharap penyambutan majlis ini dapat mengembalikan motivasi dan menguatkan semangat bekerja kepada kakitangan Pergigian Keningau. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini. Anugerah ini merupakan penghargaan kepada kakitangan Pergigian Kawasan Keningau atas prestasi dan mutu kerja yang tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Semoga pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua, dan dijadikan dorongan untuk meneruskan kemajuan diri anda. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pesara yang diraikan pada hari ini di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah dicurahkan dan secara langsung telah memainkan peranan dalam membantu mengukir pencapaian jabatan yang ada pada hari ini. Ahkir kata, syabas kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020. Majlis ini tidak mungkin dapat dijayakan tanpa usaha gigih anda semua. Sekian, terima kasih. DR. WESLEY JOEL TAN Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Tenom

13


DR. THEVASREE A/P KRISNAN Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Tambunan Salam Sejahtera dan Kopisanangan, Terlebih dahulu , ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Majilis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 kerana sudi menjemput saya untuk memberi sepatah dua kata bagi buku aturcara kita. Bersyukur kita atas pemberian peluang untuk mengadakan majilis kita ini walaupun masih dibelenggu pandemik Covid-19. Syabas kepada semua penerima APC untuk tahun 2020 atas kecemerlangan dalam kerjaya anda. Dedikasi anda dalam perkhidmatan adalah amat kami hargai . Teruskan kecemerlangan anda dan sentiasa menjadi contoh yang baik untuk staf yang lain. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada satu-satunya pesara kita untuk tahun 2020 , Puan Ainah binti Wasilin , atas tenaga dan kerjasama yang dicurahkan kepada Pergigian Kawasan Keningau sepanjang perkhidmatan beliau. Jasa anda sentiasa dikenang dan tidak akan dilupakan. Kepada semua tenaga kerja Pergigian Kawasan Keningau , marilah kita sama-sama bertugas dengan penuh dedikasi dan initiatif untuk menjadikan PTJ kita cemerlang dan gemilang. Akhir kata , tahniah kepada jawatankuasa pelaksana Majilis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 atas kejayaan melaksanakan majilis dengan pematuhan SOP . Sekian , terima kasih. DR THEVASREE A/P KRISNAN PEGAWAI PERGIGIAN YANG MENJAGA KLINIK PERGIGIAN TAMBUNAN

14


DR. MUHAMMAD HUZAIFAH BIN JUSOH Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Sook Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera. Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita mampu untuk menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana majlis yang berhempas pulas menjayakan majlis dalam era pandemik COVID-19. Sungguh, ianya bukan suatu kerja yang mudah dan memerlukan segenap komitmen daripada anggota pelaksana. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan oleh Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Ianya menjadi satu langkah untuk memotivasikan anggota perkhidmatan awam agar terus memberikan yang terbaik dalam penyampaian perkhidmatan awam khususnya di Pejabat Pergigian Kawasan Keningau Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pegawai perkhidmatan awam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Saya berharap agar, anugerah yang diberikan ini mampu menjadikan diri kita sebagai ‘duta-duta’ kecil yang terus memotivasikan diri dan rakan sekerja supaya perkhidmatan pergigian di kawasan Keningau disampaikan dengan penuh berkualiti dan professional. Akhir kalam, renungilah kata-kata Buya Hamka, “Semangat yang lemah, buang lah jauh, Jiwa yang kecil segera besarkan. Yakin percaya iman pun teguh, Masa hadapan penuh harapan. “ Sekian, terima Kasih. DR MUHAMMAD HUZAIFAH BIN JUSOH Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Sook, Keningau.

15


DR. AZREENA BINTI ISHAK Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Nabawan Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur ke hadrat illahi, kerana kita berpeluang menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 bagi peringkat Pergigian Kawasan Keningau. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas usaha untuk memastikan majlis ini dilaksanakan dengan jayanya. Anugerah ini merupakan tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas prestasi dan mutu kerja yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Walaupun negara kini masih dilanda pandemik COVID-19, tetapi ini bukanlah penghalang untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Anggaplah setiap cabaran itu sebagai batu lonjatan untuk terus maju dalam kerjaya yang dilaksanakan dan bukanlah sebagai satu penghalang. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat dan menjadi motivasi kepada semua warga Pergigian Kawasan Keningau untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berdaya saing. Dikesempatan ini, bagi pihak semua penerima APC 2020, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr. Judith Linus Lojikip, selaku Pegawai Pergigian Kanan Kawasan Keningau untuk anugerah ini serta segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami. Akhir kata, mengambil petikan daripada Abraham Lincoln - “Whatever you are, be a good one.” Sekian, terima kasih. Dr. AZREENA BINTI ISHAK Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Nabawan

16


AHLI JAWATANKUASA PENGERUSI

:

DR DIXIE GUPTAH

TIMBALAN PENGERUSI

:

DR NURUL SYAMIMI MHD YUSOFF

SETIAUSAHA

:

SR RINI GASAN

CENDERAHATI PENERIMA

:

SR SITI AISAH LUGIMAN &

DR NURUL SYAMIMI MHD YUSOFF

BUKU PROGRAM

:

DR GINA DULCIE G KISSEY

TEMPAT &

:

SR SITI AISAH LUGIMAN,

PERSEDIAAN RUANG

JP CHRISTY TSEN &

PT MARINAH YUSOF

MULTIMEDIA &

:

DR GINA DULCIE G KISSEY

SUNTINGAN VIDEO

PERSEMBAHAN

:

PN. HENIZLEEZAH WASLEE &

ENCIK OSMAN

:

SR SITI AISAH LUGIMAN

PENGACARA MAJLIS

JURUKAMERA & JURUVIDEO :

DR DIXIE GUPTAH

SIJIL

PT MARINAH YUSOF

:

17


PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PERGIGIAN KAWASAN KENINGAU KLINIK PERGIGIAN KENINGAU BIL.

NAMA

JAWATAN

1 PN. LOIHIN BINTI GADUL

PENYELIA JURUTERAPI PERGIGIAN U36

2 PN. FELICIA FUNG HUI SHIA

JURUTERAPI PERGIGIAN KANAN U32

3 PN. POULENA BINTI JUIN

JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN KANAN U32(TBK)

4 PN. CLYRONA WILLIAM JEROME YAPAS

JURUTERAPI PERGIGIAN U29

5 PN. FARADILLA PISARA

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

6 EN. ABDUL RAHIM BIN ASMA

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U14(KUP)

18


KLINIK PERGIGIAN PAKAR HOSPITAL KENINGAU BIL.

NAMA

JAWATAN

1

DR. NIVASHENI ANANTHAN

PEGAWAI PERGIGIAN UG44

2

EN. SYARI BIN SALLEH

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U24 (TBK)

KLINIK PERGIGIAN TENOM BIL. 1

NAMA

JAWATAN

PN. ALICE LANGIAN

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U24

KLINIK PERGIGIAN SOOK BIL. 1

NAMA

JAWATAN

DR. YAP KEAN CHONG

PEGAWAI PERGIGIAN UG44

KLINIK PERGIGIAN NABAWAN BIL. 1

NAMA

JAWATAN

DR. AZREENA BINTI ISHAK

PEGAWAI PERGIGIAN UG44

19


SENARAI NAMA PESARA PEJABAT PERGIGIAN KAWASAN KENINGAU BIL. NAMA 1

JAWATAN

PN. AINAH BINTI WASLIN

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U24 (PESARA)

20


Penghargaan Jawatankuasa Penganjur Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang 2020. Pejabat Pergigian Kawasan Keningau Ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBHG. DR. JUDITH LINUS LOJIKIP Pegawai Pergigian Kawasan Keningau Tetamu-tetamu Jemputan dan semua yang terlibat menjayakan Majlis ini. Jawatankuasa

Penganjur

ingin

mengambil

kesempatan

Untuk memohon maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan Sepanjang majlis ini berlangsung. Syabas dan tahniah kepada semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 , semoga Kecemerlangan yang telah ditunjukkan berterusan. Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada semua Pesara 2020 serta diberikan kesihatan yang berkekalan dan dimurahkan rezeki. Semoga kita Berjumpa Lagi.

21


Autograph

22


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.