Skip to main content

World Town Planning Day 2005 - Convention Proceedings

Page 24

Keynote Address dikekalkan, kerajaan pusat telah mengeluarkan arahan pada tahun 2003 supaya semua tanah lapang awam diwartakan di bawah State Secretary Incorporated (SSI). Sehingga September 2005, hanya sebanyak 19.35% atau 3,445.66 hektar tanah lapang telah diwartakan. Pewartaan tanah lapang adalah penting untuk memastikan tanah lapang tidak ditukar kepada jenis kegunaan tanah yang lain. Hadirin dihormati sekelian, Membasmi Kemiskinan Kerajaan menyedari bahawa pembangunan bandar dan pertumbuhan penduduk akan memberi impak kepada kualiti kehidupan di bandar terutamanya dengan isu kemiskinan bandar. Agenda pembasmian kemiskinan sememangnya menjadi objektif kerajaan sejak 1970 dengan memperkenalkan dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kemudiannya digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara. Dalam tempoh 15 tahun, kita telah berjaya mengurangkan lebih daripada separuh kadar kemiskinan. Usaha ini diteruskan dan sehingga tahun 2002, kadar kemiskinan di peringkat negara telah berkurangan 5.1%, manakala kadar kemiskinan tegar adalah 1%. Bagi kadar kemiskinan bandar pula, ia berkurangan kepada 2% pada tahun 2002 berbanding dengan 3.6% dalam tahun 1995. Kerajaan telah mensasarkan untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh dalam tempoh lima tahun dan berharap kawasan bandar tidak akan mempunyai penduduk miskin menjelang tahun 2009.

20

Pelaksanaan Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) Kesejahteraan rakyat dan kemampanan bandar (urban sustainability) memerlukan indikator yang komprehensif dan sistem untuk sentiasa memantau dan menilai status kemampanannya. Dengan itu, masalah dan jurang pencapaian kualiti bandar sejahtera dapat dikenal pasti dan diatasi mengikut keutamaan. Kementerian saya melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah membangunkan Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) untuk menghasilkan petunjuk-petunjuk mengenai status kemampanan bandar dari segi keselesaan, kesejahteraan, keselamatan dan seterusnya kemampanan bandar atau petempatan. MURNInet merupakan satu inovasi dalam usaha mengukur serta menilai tahap kesejahteraan dan prestasi kemampanan bandar. Sebanyak 14 buah bandar telah dinilai dari segi kualiti pencapaian kemampanan dan Laporan Bandar yang merupakan ‘output’ kepada kajian ini telah menggariskan strategi dan program yang perlu diambil tindakan oleh kerajaan tempatan masing-masing. Komitmen daripada ‘stakeholders’ khususnya pihak berkuasa tempatan adalah penting untuk menjayakan program MURNInet. Kementerian saya akan menggalakkan program ini supaya ia diteruskan dan ia akan menjadi sebahagian daripada program dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Merancang Bersama Rakyat Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT, maklumat boleh diperolehi dengan mudah. Masyarakat semakin pandai dan tahu akan hak mereka masing-masing dan sentiasa mendesak untuk memastikan kehendak atau keinginan mereka dipenuhi, terutamanya dalam menentukan masa depan kawasan mereka serta membina persekitaran kediaman yang berkualiti tinggi. Perancangan sesuatu kawasan atau petempatan akan hanya betul-betul bermakna sekiranya ia menepati aspirasi komuniti di kawasan yang dirancang. Sehubungan itu, penglibatan orang awam dalam perancangan menjadi sesuatu agenda yang tidak boleh diabaikan.

Federal Department of Town and Country Planning Peninsular Malaysia Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
World Town Planning Day 2005 - Convention Proceedings by R&D, JPBD - Issuu