Asas Pembinaan Negara Bangsa

Page 1


Malaysia Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan Lambang Kebangsaan



Malaysia Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan Lambang Kebangsaan

Chamil Wariya Pemenang Hadiah Khas Juri Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2005

KUALA LUMPUR 2010


Diterbitkan pertama kali pada 2007, dikemaskini pada 2010 Oleh Media Global Matrix Sendirian Berhad, 11, Lorong PJU7/8F, Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya Telefon dan faks: 603 – 77 222 007 / 012 – 224 2924

© 2010, 2007 Chamil Wariya Cetakan pertama 2007 Cetakan kedua 2008 Cetakan edisi kedua 2010 Semua hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian buku juga tidak dibenarkan ditiru, disimpan di dalam sistem pengeluaran semula, atau pun dipancarkan walau melalui sebarang cara sekali pun termasuk kaedah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran yang empunya hak cipta terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data pengkatalogan-dalam Penerbitan

Chamil Wariya, Dato’, 1952 Malaysia: asas pembinaan negara bangsa institusi pemerintahan lambang kebangsaan/Chamil Wariya Mengandungi indeks Bibliografi: ms ISBN 978-983-44256-4-7 Malaysia – politics and government. I. Judul. 959.5

Editor: Yusanani Yushak Desain dan susun atur huruf: Art Matters Design Pencetak SPC Printing (M) Sdn Bhd Lot 123A, Jalan Tiaj 2/1, Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, 42300 Selangor, Darul Ehsan. Tel: 03 – 6038 5588. Faks: 03 – 6038 5533.


v

Kandungan

Pengenalan

Asas Pembinaan Negara Bangga 1. Permasyhuran Kemerdekaan 2. Persekutuan Tanah Melayu 3. Penubuhan Malaysia 4. Darjat Istimewa Sabah dan Sarawak 5. Penarikan Diri Brunei 6. Penyingkiran Singapura 7. Perlembagaan Persekutuan 8. Demokrasi Berparlimen 9. Raja Berperlembagaan 10. Kontrak Sosial 11. Kewarganegaraan 12. Kebebasan Asasi 13. Pilihan Raya 14. Ekonomi

ix

1

3 8 11 18 26 30 37 41 44 47 52 58 66 71


vi

Kandungan

15. Kedudukan Geografi 16. Komposisi Penduduk 17. Melayu dan Bumiputera – Takrif Perlembagaan 18. Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera 19. Ketuanan Politik Melayu 20. Asal Usul Bukan Melayu 21. Dasar Ekonomi Baru 22. Bangsa Malaysia 23. Wawasan 2020 24. Islam Hadhari 25. 1Malaysia

76 79 83 86 96 108 113 122 131 138 156

Institusi Pemerintahan

169

26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.

171 178 186 191 206 213 226 238 245 249 259 264 267 273 282

Ketua Negara – Yang di-Pertuan Agong Majlis Raja-Raja Sultan dan Yang Dipertua Negeri Dewan Rakyat Dewan Negara Perdana Menteri Jemaah Menteri Menteri Besar dan Ketua Menteri Dewan Undangan Negeri Badan Kehakiman Pemerintahan Darurat – Mageran Kerajaan Sementara Suruhanjaya Pilihan Raya Perkhidmatan Awam Kerajaan Tempatan


Kandungan

vii

Lambang Kebangsaan

291

41. Agama Persekutuan 42. Bahasa Kebangsaan 43. Rukun Negara 44. Jalur Gemilang 45. Lagu Kebangsaan 46. Ringgit Malaysia 47. Darjah Kebesaran 48. Hari Kemerdekaan 49. Pusat Pentadbiran Persekutuan 50. Perayaan Kebangsaan 51. Pakaian Kebangsaan 52. Hari Malaysia

293 298 311 318 322 326 329 334 338 342 345 349

Bibliografi Indeks Profil Chamil Wariya Karya-karya lain oleh Chamil Wariya

353 355 359 363



ix

Pengenalan

Judul asal buku ini ialah Malaysia

50 Fakta Asas Kenegaraan yang pertama kali diterbitkan sempena setengah abad kemerdekaan negara pada 2007 dan diulang cetak pada 2008. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, buku ini saya terbitkan semula dengan judul baru – Malaysia – asas pembinaan negara-bangsa, institusi pemerintahan dan lambang kebangsaan. Pada asasnya kandungan asal buku itu saya kekalkan kecuali penambahan satu bab memperkatakan tentang gagasan 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mengambil alih pemerintahan Malaysia pada 3 Oktober 2009. Tujuan buku ini tetap sama iaitu: memaparkan perkara-perkara asas untuk memahami Persekutuan Malaysia sebagai sebuah entiti politik dalam bentuk yang ada hari ini. Negara yang melepasi usia 52 tahun pada 31 Ogos 2009 tidak tercipta dalam kekosongan sosial. Sebaliknya ia diasaskan hasil tolak ansur golongan pemimpin sederhana di kalangan bangsa Melayu dan bukan Melayu yang membuat keputusan untuk menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka. Hasil persepakatan itu atau apa yang selalu


x

Pe n g e n a l a n

dipanggil sebagai kontrak sosial terjelma dalam Perlembagaan Persekutuan. Selama tempoh 50 tahun itu, kontrak sosial itu yang memberi bangsa Melayu dan kaum bumiputera yang lain beberapa hak istimewa sebagai balasan bagi dasar-dasar liberal kewarganegaraan kepada penduduk bukan Melayu, walaupun dipertikaikan dari masa ke masa, tetapi pada umumnya ia kekal jitu menjadi pegangan parti politik yang memerintah. Pembahagian perkara-perkara asas yang dipilih untuk penulisan ini dikategorikan kepada tiga – maklumat umum, institusi-institusi pemerintahan dan lambang kebangsaan. Sebenarnya banyak yang boleh disentuh tentang negara ini. Dengan menghayati perkara-perkara itu diharap akan membolehkan kita memahami perkembangan yang tersurat dan tersirat yang telah membawa negara ke tahap yang sedia ada. Memahami asas atau parameter yang telah membawa kepada kelahirannya sebuah negara itu akan menjelaskan tentang rahsia kesejahteraan Malaysia sebagai sebuah negara. Bagi memahami Malaysia dalam bentuk yang sedia ada, memahami kedudukan orang-orang Melayu dan bumiputera lain yang merupakan penduduk pribumi wilayah yang pada mulanya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mulai 16 September 1963 membesar menjadi Persekutuan Malaysia adalah penting. Tiada siapa dapat menolak hakikat bahawa Malaysia, yang susur galur boleh dikesan ke zaman kesultanan Melayu Melaka asalnya adalah sebuah negara Melayu. Atas dasar itu, para pejuang pribumi itu mahu membentuk sebuah negara bangsa Melayu. Tetapi kehadiran sebilangan besar penduduk bukan Melayu telah memaksa mereka memanjangkan tangan bekerjasama dalam sebuah perkongsian kuasa yang murni walaupun diakui bahawa kerjasama itu bukanlah diasaskan kepada imbangan yang setara. Orang Melayu sebagai penduduk asal dan majoriti tentulah memainkan peranan yang dominan. Itu adalah logik prinsip demokrasi. Memahami hakikat ini akan


Pe n g e n a l a n

xi

membolehkan kita menghargai sejarah negara dengan lebih objektif lagi setelah usianya melebihi setengah abad. Hakikat bahawa kelangsungan Malaysia boleh bertahan untuk tempoh yang agak panjang itu sebenarnya adalah satu rekod. Sewaktu diasaskan penubuhan pada 31 Ogos 1957, tidak banyak harapan diberikan kepada aktor baru politik yang bernama Tanah Melayu itu. Ada yang mengatakan oleh kerana asas kerjasama Melayu-bukan Melayu itu adalah berat sebelah dan tidak menguntungkan bukan Melayu, maka “benih persengketaan telah disemai oleh Perlembagaan Persekutuan.� Benar selama lebih 52 tahun itu, berlaku ribut dan krisis. Kemuncak keruntuhan perpaduan kaum yang dibina oleh kontrak sosial 1957 itu berlaku 12 tahun kita mencapai kemerdekaan. Tetapi di sebalik peristiwa pahit itu, tersembunyi rahmat dan pengajaran. Selepas tragedi itu Malaysia menjadi lebih kukuh. Sekiranya semua pihak terus berpegang teguh dengan kebijaksanaan dan kewarasan para pengasas kemerdekaan, persistiwa hitam 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi. Yang penting untuk kita fahami bukannya kepentingan sempit kelompok-kelompok tertentu, tetapi gambaran yang lebih besar tentang negara ini. Kita hanya boleh memahaminya jika tidak lupa sejarah apabila kita berdepan dengan kesukaran atau krisis. Buku ini diharap dalam membantu anda menghayati kembali sejarah pembinaan negara Malaysia ini dalam perspektif yang betul. Selamat membaca.



1

ASAS KENEGARAAN



3

1 Pemasyhuran Kemerdekaan

Pemasyhuran Kemerdekaan ada-

lah judul dokumen yang dibaca oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada majlis rasmi peralihan kuasa ke atas Tanah Melayu dari penjajah British kepada pemimpin tempatan pada pagi 31 Ogos 1957. Majlis itu berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Baginda Queen Elizabeth diwakili oleh Duke of Gloucester bagi upacara itu. Persekutuan Tanah Melayu pula diwakili oleh Yang di-Pertuan Agong selaku Kepala Utama Negara. Raja-Raja Melayu yang telah menandatangani perjanjian memerdekakan negeri masing-masing di bawah sebuah Persekutuan turut berangkat hadir. Ribuan rakyat turut membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan penyerahan kuasa itu. Hujan lebat yang turun beberapa jam sebelum majlis bersejarah itu berlangsung tidak menghalang mereka beramai-ramai mengambil bahagian pada majlis yang bersejarah itu. Kemerdekaan yang diperjuangkan dan diidamkan-idamkan oeh semua akhirnya menjadi kenyataan. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang secara rasmi menggantikan bendera Union Jack tepat jam 12 malam pagi dini hari 31 Ogos 1957 berkibar megah di sekeliling stadium itu. Setelah dijajah


4

M A L AY S I A

secara langsung dan tidak langsung sejak penguasaan Inggeris ke atas Pulau Pinang pada 1876, Tanah Melayu muncul sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman itu dimulakan dengan lafaz pujian-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya, kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai pagi itu. Ia diakhiri dengan teriakan “merdeka” sebanyak 3 kali oleh Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja dokumen itu dibacakan. Ini diikuti dengan laungan teriakan yang sama daripada mereka yang ada di Stadium Merdeka. Menurut laporan-laporan media, ada antara yang hadir tidak dapat menahan sebak. Mereka menitiskan air mata gembira kerana bumi yang mereka diami sudah tidak lagi menjadi tanah jajahan United Kingdom. Tidak kurang menariknya ialah setiap perenggan dokumen itu dimulakan dengan bahawasanya atau dan bahawasanya. Tidak sepatah pun perkataan Inggeris digunakan dalamnya – memba­ yangkan penghormatan tinggi Tunku Abdul Rahman dan kalangan yang membantu beliau merangka dokumen itu terhadap bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Bagi Tunku Abdul Rahman majlis penyerahan kuasa itu adalah cukup istimewa. Penjajah British memasuki sebuah demi sebuah negeri Melayu dengan persetujuan Raja-Raja Melayu itu sendiri yang telah menandata­ ngani perjanjian dengan pihak Inggeris untuk meletakkan negeri masing-masing di bawah naungan kuasa Eropah itu. Tunku Abdul Rahman tentulah berbangga kerana beliau menjadi putera Sultan yang membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah itu. Hakikat ini barangkali tidak disedari ramai. Kandungan penuh Pemasyhuran Kemerdekaan 10 perenggan yang ditulis dalam tulisan Jawi itu berbunyi: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi mengasi­ hani, segala pujian bagi Allah yang maha berkuasa dan


Pe m a s y h u ra n Ke m e r d e k a a n

selawat dan salam ke atas sekalian rasul. Bahawasanya oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal keduduk足 annya dengan segala bangsa di seluruh dunia. Dan bahawasanya oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa negeri-negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta negeri-negeri dulunya dinamakan negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 31 haribulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Dan bahawasanya oleh kerana telah dipersetujui pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang dipersetujui itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri tersebut itu. Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut iaitu perjanjian Perse足 kutuan Tanah Melayu tahun 1948 dan perjanjian-perjanjian lain yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja atau pun salah seorang daripada baginda-baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak-hak Duli

5


6

M A L AY S I A

Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam negeri-negeri Selat yang tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau negeri-negeri Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tamat dengan sendirinya. Dan bahawasanya oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mula Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis Undangan Persekutuan dan negeri-negeri Melayu telah me­ luluskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 itu berjalan kuat kuasanya. Dan bahawasanya oleh kerana sebuah perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan men­ jadi suatu kanun yang muktamad baginya. Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan Perseku­ tuan yang tersebut itu maka ada disediakan syarat-syarat untuk menjaga keselamatan, hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Perseku­ tuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja Berperlem­ bagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen. Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang dikanun oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang dikanun oleh negeri-negeri Melayu dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian perlembagaan itu telah berjalan berkuatkuasa pada 31 haribulan Ogos tahun 1957. Maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi me­n gasihani, saya Tengku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Men­


Pe m a s y h u ra n Ke m e r d e k a a n

teri bagi negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja Melayu dengan ini memasyhur dan memasyhurkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu haribulan Ogos lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya negeri-negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Se足 langor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah su足bhana watalah akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan senantiasa menjaga dan mengutamakan ke足 sejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.

Tandatangan Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri 31 haribulan Ogos tahun 1957.

7


8

2 Persekutuan Tanah Melayu

Sewaktu mencapai kemer­de­kaan

pada 31 Ogos 1957 negara ini dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Sarawak dan Sabah (ketika itu Borneo Utara) masih lagi tanah jajahan Inggeris. Kedua-dua wilayah itu kemudian bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. PTM adalah unit politik yang telah diinstitusikan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang telah ditubuhkan pada 1 April 1946, tidak lama selepas Inggeris kembali menjajah Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua. Selama tiga tahun lapan bulan sehingga 15 Ogos 1945, Tanah Melayu telah ditakluki oleh Jepun. Di bawah pemerintahan Jepun, empat buah negeri Melayu di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Siam. Negeri-negeri lain di Tanah Melayu bersama Sumatera pula di­ letakkan di bawah Pentadbiran Tentera Jepun. Sebelum kedatangan Jepun pada 15 Februari 1942, 11 buah negeri di Tanah Melayu telah diletakkan di bawah tiga bentuk pemerintahan – Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Perak, Selangor,


P e r s e k u t u a n Ta n a h M e l a y u

9

Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah naungan Negerinegeri Melayu Bersekutu; Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah pula terletak di bawah Negeri-negeri Tidak Bersekutu manakala Pulau Pinang dan Melaka (bersama Singapura) merupakan Negeri-negeri Selat. Buat seketika selepas Jepun menyerah kalah seluruh Tanah Melayu diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA). Rancangan pasca Perang Dunia Kedua Inggeris ke atas Tanah Melayu adalah untuk menjadikannya sebuah unit politik, bukannya diperintah mengikut sistem pemerintahan sebelum itu dengan menggabungkan sebelas buah negeri itu menjadi satu. Bentuk kerajaan yang dipilih ialah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union yang mula beroperasi pada 1 April 1946. Persetujuan Raja-Raja Melayu telah diperolehi oleh pihak British untuk menubuhkan kesatuan ini secara paksa sebaik sahaja kuasa Eropah itu berkuasa semula selepas Jepun menyerah itu. Rancangannya ialah untuk mewujudkan sebuah negara dengan kerajaan pusat yang kuat dengan kewarganegaraan yang seragam bagi semua penduduk tanpa mengira mereka penduduk pribumi atau pendatang. Seorang gabenor berbangsa Inggeris akan dilantik untuk mengetuai kerajaan Malayan Union itu. Kuasa pemerintahan yang dipegang oleh Raja-raja Melayu turut diserahkan kepada gabenor. Raja-raja Melayu tidak lagi menjadi tuan di negeri masing-masing kecuali dalam hal-hal ehwal Islam dan adat resam Melayu. Bagaimanapun Kerajaan Malayan Union itu mendapat tentangan bangsa Melayu. Organisasi yang mewakili negerinegeri itu menyatakan bantahan masing-masing atas dua sebab. Pertama, Malayan Union menghakis kuasa politik dan ketuanan Melayu apabila kedudukan dan kuasa-kuasa memerintah Raja-raja Melayu dirampas oleh Gabenor Malayan Union dan instrumeninstrumen lain pemerintahan yang diwujudkan di bawah kesatuan


10

M A L AY S I A

itu. Kedua, pemberian taraf kewarganegaraan yang liberal berdasarkan prinsip jus soli atau tempat lahir kepada penduduk imigran Tanah Melayu turut dibantah atas kebimbangan bahawa negara yang dianggap sebagai milik bangsa Melayu itu akan dibanjiri oleh pendatang asing yang telah dibawa ke negara ini oleh penjajah Inggeris. Pertubuhan-pertubuhan Melayu kemudian berpakat untuk mengadakan Kongres Melayu Pertama bagi menyatakan bangkangan mereka terhadap Malayan Union dan merangka strategi bagaimana untuk mengagalkan projek Inggeris itu pada Mac 1946. Selari dengan pegangan bersatu teguh, bercerai roboh, mereka bersetuju untuk menubuhkan United Malays National Organiza足 tion atau UMNO bagi dijadikan sebagai alat untuk menentang Malayan Union. Perjuangan ini berjaya. Malayan Union berjaya ditumbangkan. Pada 1 April 1948, Persekutuan Tanah Melayu yang mengembalikan kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu, yang menjadi simbol kuasa politik Melayu, lahir ke dunia. UMNO yang kemudian mengadakan kerjasama dengan MCA (Malayan Chinese Association) dan MIC (Malayan India Congress) terus berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu secara rundingan dengan penjajah Inggeris selepas pakatan politik itu mencapai kemenangan besar pada pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.


11

3 Penubuhan Malaysia

Persekutuan Malaysia ada足lah

entiti politik yang menjadi kenyataan pada 16 September 1963. Ia adalah sebuah negara baru yang menggabungkan sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Sebuah lagi negeri Melayu, Brunei Darulsalam, pada mulanya bersetuju untuk menyertai Malaysia, tetapi menarik diri pada saat-saat akhir. Bagaimanapun jodoh Singapura dalam Malaysia hanya bertahan sehingga 8 Ogos 1965. Perbezaan-perbezaan asas dari segi ideologi membangunkan negara yang tidak dapat diselesaikan antara pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew dengan kepimpinan nasional Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, telah menyebabkan Singapura disingkir keluar daripada Malaysia. Mulai 9 Ogos 1965, Singapura yang sebelum dijajah Inggeris merupakan sebahagian daripada empayar Johor Riau, muncul sebagai sebuah negara yang merdeka, bebas dan berdaulat, sama seperti Malaysia. Cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dalam sebuah negara telah beberapa kali diutarakan sebelum Tunku Abdul Rahman mengemukakan syor penubuhan Malaysia di Singapura pada 27 Mei 1961.


12

M A L AY S I A

Tetapi cadangan-cadangan awal itu tidak mendapat sambutan. Rancangan Inggeris sendiri adalah untuk memerdekakan ketigatiga buah tanah jajahannya dalam sebuah Persekutuan Borneo. Cadangan ini pernah dikemukakan pada satu persidangan di Kuching pada April 1953, dipengerusikan oleh Gabenor Inggeris di Asia Tenggara, Malcolm MacDonald. Tetapi Brunei, negara yang kaya dengan petroleum, tidak setuju. Cadangan menubuhkan Persekutuan Borneo sekali lagi dikemukakan pada Julai 1957 oleh seorang pegawai kanan Inggeris, Sir Anthony Abell. Beliau berpendapat bahawa sebuah Persekutuan Borneo adalah lebih praktikal bagi Sarawak, Brunei dan Borneo Utara untuk melayari masa depan bersama berbanding menyertai Tanah Melayu demi perpaduan dan kemajuan. Tetapi Brunei tetap tidak bersetuju kerana negeri itu tidak bersedia untuk berkongsi kekayaan minyaknya dengan Sarawak dan Borneo Utara yang agak miskin itu. Apabila Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan penubuhan Malaysia dengan mempelawa Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara menyertainya, beliau sendiri mengakui “adalah terlalu awal untuk mengatakan sekarang bagaimana perhubungan rapat wilayah-wilayah ini boleh dijayakan tetapi tidak dapat dielakkan untuk kita meninjau ke hadapan untuk mencapai matlamat ini dan memikirkan suatu rancangan bagaimana wilayah-wilayah tersebut boleh dirapatkan dalam kerjasama dalam bidang politik dan ekonomi.� Di kalangan empat wilayah yang dipelawa menyertai Malaysia itu, Singapura, atas sebab-sebab ekonomi dan perkembangan semasa politik dalaman adalah yang paling ghairah untuk menjadi sebahagian daripada negara itu. Ketua Menterinya, Lee Kuan Yew menyatakan sentimen hubungan dan bisnes memberi keuntungan kepada Singapura bagi berada di dalam Malaysia. Kata beliau: “Jika pencantuman dan kemerdekaan boleh datang segera dan mudah menerusi integrasi politik dengan Persekutuan Tanah


Pe n u b u h a n M a l ay s i a

13

Melayu bersama-sama dengan wilayah di Borneo, maka kita me­ nyokongnya kerana bererti kita akan mendapat asas ekonomi yang lebih besar dan kuat bagi sebuah negara baru.” Kuan Yew juga berpendapat Singapura dan Tanah Melayu adalah dua wilayah yang berkait dan bersimpul rapat dari segi ekonomi, politik dan militari sehingga tiada siapa boleh memisahkan batas palsu di Tambak Johor untuk tempoh yang lama. Bagi beliau Persekutuan Tanah Melayu, yang membekalkan pelbagai bahan mentah, akan memastikan ekonomi pulau itu terus berkembang. Para pemimpin Sarawak, Brunei dan Borneo Utara pada mulanya menentang penyertaan ketiga-tiga wilayah itu ke dalam Malaysia. Tiga orang pemimpin – A.M. Azahari yang mewakili Brunei, Ong Kee Hui mewakili Sarawak dan Donald Stephen, Sabah yang terkejut dengan cadangan itu membentuk sebuah Barisan Bersatu. Secara kolektif pada 9 Julai 1961, mereka me­ ngeluarkan kenyataan bahawa “sebarang cadangan selari dengan pengumuman Tunku Abdul Rahman itu tidak dapat diterima sepenuhnya oleh ketiga-tiga wilayah itu.” Bagaimanapun kerajaan Inggeris yang menjajah Sarawak, Brunei dan Borneo Utara merestui cadangan Tunku Abdul Rahman itu dan sokongan yang diberikan itulah yang akhirnya mempengaruhi para pemimpin Sarawak dan Borneo Utara untuk mengubah pendirian masing-masing. Reaksi awal London ialah walaupun penubuhan Persekutuan Borneo belum lagi dikesam­ pingkan sama sekali, tetapi cadangan menubuhkan Malaysia adalah satu syor yang membina dan faktor krusial ialah masa persekutuan lebih besar itu ditubuhkan. Untuk mendekatkan para pemimpin Sarawak, Brunei dan Borneo Utara dengan cadangan Persekutuan Malaysia, pihak Inggeris mengundang mereka menghadiri persidangan Ahli-ahli Parlimen Komonwel di Singapura pada Julai 1961. Pada persidangan itu, mereka bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Setiakawan Malaysia atau Malaysia Solidarity


14

M A L AY S I A

Consultative Committee, MSCC yang dianggotai oleh para perwakilan Tanah Melayu, Singapura dan tiga buah wilayah Borneo itu. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka terus membincangkan cadangan penubuhan Malaysia dan untuk mereka mengenal pasti perkara-perkara yang ingin dipelihara oleh ketigatiga wilayah itu apabila menyertai Malaysia kelak. Langkah selanjutnya yang diambil oleh Inggeris untuk merea足 lisasikan penubuhan Malaysia ialah dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya penyiasatan tentang Malaysia pada awal 1962. Melalui kertas putih yang diterbitkan oleh kerajaan-kerajaan Borneo Utara dan Sarawak pada Januari 1962, rakyat kedua-dua wilayah itu diseru supaya menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Hasilnya, Suruhanjaya Penyiasatan yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold mendapati bahawa majoriti penduduk Sa足rawak dan Borneo Utara iaitu dua pertiga daripada mereka yang ditemui, memberikan persetujuan untuk wilayah mereka menyertai Malaysia dengan jaminan-jaminan kepentingan-kepentingan tertentu dijamin. Berikutan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan untuk memperhalusi permintaan-permintaan tertentu Sarawak dan Borneo Utara di dalam Malaysia. Ini terkandung dalam Perjanjian 20 Perkara antara kerajaan Persekutuan dengan dua wilayah itu. Berikutan selesainya segala rintangan dan halangan, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London 9 Julai 1963. Bagaimanapun, Brunei tidak menyertai Malaysia kerana permohonannya untuk mengawal hasil minyak buat selama-lamanya apabila berada dalam Persekutuan Malaysia ditolak. Kerajaan Persekutuan hanya bersetuju untuk Brunei mengawal minyak untuk tempoh selama 10 tahun sahaja. Persetujuan juga dicapai bahawa tarikh penubuhan Malaysia itu ditetapkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi ia tidak dapat dijadikan kenyataan akibat penentangan Indonesia dan Filipina terhadap penubuhan negara baru itu Indonesia mendakwa Sarawak adalah


Pe n u b u h a n M a l ay s i a

15

sebahagian daripada wilayahnya manakala Manila pula menuntut Sabah yang dianggap sebagai sebahagian daripada kesultanan Sulu satu ketika dulu. Untuk menyelesaikan penentangan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menubuhkan sebuah suruhanjaya sembilan orang untuk dihantar ke Borneo bagi meninjau hasrat penduduk Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya yang berada di sana antara 16 Ogos sehingga 5 September 1962 itu mendapati majoriti rakyat Sabah dan Sarawak memang ingin menyertai Malaysia. Dengan itu pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara baru yang bebas, merdeka dan berdaulat di persada antarabangsa. Tunku Abdul Rahman, selaku Perdana Menteri Malaysia per­tama, dalam Permashoran Malaysia yang dibuat pada hari keramat penubuhan Malaysia itu, mengisytiharkan: Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasehani, Segala pujian2 bagi Allah Tuhan Seru sekalian Alam dan selawat dan salam bagi junjungan Kita Nabi Muhammad dan bagi sakalian Keluarga serta Sahabat2-nya. Bahawa Sa-nya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun sa-ribu sembilan ratus enam puloh tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah di-persetujui bahawa hendak-lah di-sekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang me­ ngandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendak-lah di-namakan “Malaysia.”


16

M A L AY S I A

Dan bahawa sa-nya oleh kerana pihak2 dalam Perjan­ jian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubohan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah tamat daripada menjadi jajahan ta’lok Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi mempu­ nyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga2 buah Negeri itu. Dan bahawa sa-nya oleh kerana telah di-mashorkan surat Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang mu’tammad di-dalam-nya; Dan bahawa sa-nya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan sharat bagi menjaga ke­ selamatan hak2 dan keutamaan2 Duli2 Yang Maha Mulia Raja2 serta hak2 asasi dan kebebasan sakalian ra’ayat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di-dalam Malaysia sa-bagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi chara berparlimen; Dan bahawa sa-nya oleh kerana Perlembagaan yang di­sebut itu telah disahkan oleh suatu undang2 yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalan-lah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam belas hari bulan September tahun sa-ribu Sembilan ratus enam puloh tiga; Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Menga­sehani, saya, Tunku Abdul Rahman Putara al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan kabawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Ter­utama Yang di-Pertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negara Sabah dan Yang di-Pertua Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengishtihar dan memashorkan bagi pihak


Pe n u b u h a n M a l ay s i a

umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam belas hari bulan September tahun sa-ribu Sembilan ratus enam puloh tiga bersamaan dengan Dua puloh lapan hari bulan Rabi’ul Akhir tahun Hijrah sa-ribu tiga ratus lapan puloh tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Tereng­ ganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singa­pura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul’Alamin akan kekal menjadi sa-buah Negara demokrkasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan ke’adilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umat-nya dan mengekalkan keamanan di-antara segala bangsa di-dunia ini. Kuala Lumpur Enam belas hari bulan September 1963 Perdana Menteri.

17


18

4 Darjat Istimewa Sabah dan Sarawak Tidak keterlaluan jika dikata-

­ an bahawa Malaysia telah diasaskan kepada keahlian dua k “darjat”. Sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu tidak dirundingi atau ditinjau pendapat penduduknya sama ada bersetuju menyertai Malaysia atau sebaliknya. Keputusan untuk mereka dibuat secara satu hala oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Atas andaian bahawa 10 daripada 11 buah negeri itu diperintah oleh kerajaan yang sama – Perikatan – maka apa juga keputusan pimpinan pusat, itulah keputusan kerajaan-kerajaan negeri. Sebab itu kerajaan negeri-negeri tidak membantah kecuali Kelantan yang diperintah oleh Parti Islam Setanah Melayu (kemudian SeMalaysia) atau Pas. Parti itu menganggap projek Persekutuan yang dipelopori oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman itu tidak sah. Kes itu dibawa ke mahkamah, tetapi Pas kalah. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar dan pertahanan mempunyai kuasa untuk menggabung Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penyertaan kedua-dua wilayah Borneo ke dalam Persekutuan Malaysia bukan sahaja memerlukan persetujuan penduduknya.


Darjat Istimewa

19

Mereka juga diberi peluang untuk menentukan syarat-syarat tambahan tentang perkara-perkara asas yang menjadi lambang kenegaraan Malaysia. Mereka juga berkesempatan untuk memohon syarat-syarat tambahan bagi melindungi wilayah masing-masing setelah menjadi anggota Malaysia. Dalam hal lambang kenegaraan, Sabah dan Sarawak tidak setuju Islam dijadikan agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negeri untuk tempoh sekurang-kurang 10 tahun pertama penyertaan mereka ke dalam Malaysia. Sabah dan Sarawak juga ingin mengekalkan sistem pendidikan yang terdapat di kedua-dua negeri itu. Mereka juga tidak bersedia untuk menyerahkan kuasa imigresen memasuki negeri itu. Rakyat Persekutuan Tanah Melayu diminta menggunakan pasport untuk masuk ke negara itu, seolah negeri itu bukan sebuah wilayah Malaysia. Penduduk Semenanjung jika bekerja di negeri itu perlu mendapatkan permit yang boleh diperbaharui setiap tahun. Malah perkahwinan dengan wanita tempatan, tidak dijamin taraf pemastautinan tetap di Sabah dan Sarawak yang membolehkan mereka bekerja tanpa permit. Keadaannya seolah-olah kad pengenalan Malaysia yang dikeluarkan di Semenanjung tidak laku di Sabah dan Sarawak. Benar sejak beberapa tahun lalu terdapat kelonggaran dalam penggunaan pasport. Kad pengenalan atau MyCard boleh digunakan untuk memasuki Sabah dan Sarawak. Tetapi mereka hanya boleh tinggal di sana untuk tempoh yang terbatas. Keadaannya berbeza jika penduduk Sabah atau Sarawak datang ke Malaysia. Mereka tidak perlu menggunakan pasport atau kad pengenalan. Mereka boleh tinggal di Semenanjung Malaysia buat selama-lamanya. Mereka juga tidak perlu memohon permit untuk bekerja. Sabah dan Sarawak juga memohon supaya badan eksekutif negeri tidak dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Negeri atau Exco seperti halnya di negeri-negeri Semenanjung. Kuasa eksekutif di kedua-dua wilayah dikenali sebagai Kabinet negeri.


20

M A L AY S I A

Anggota-anggota Kabinet itu bergelar Menteri. Di negeri-negeri Semenanjung rakan sejawatan dengan mereka dikenali sebagai ahli Exco. Tiada gelaran tertentu untuk mereka kecuali gelaran generik Yang Berhormat yang juga diberi kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain, ahli-ahli Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Walaupun boleh dianggap sebagai diskriminasi dari segi keanggotaan, tetapi apa yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak dalam bidang agama, bahasa, bidang kuasa imigresen dan pada mulanya pendidikan tidak pula dipertikaikan legitimasi atau kesahihannya. Ia adalah sebahagian daripada Perjanjian 20 Perkara yang diminta oleh Sabah dan Sarawak sebagai prasyarat bagi menyertai Malaysia. Permintaan yang memberi Sabah dan Sarawak beberapa keistimewaan dalam mentadbir negeri masing-masing itu dibuat dalam rundingan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang membabitkan Kuala Lumpur, Kuching dan Jesselton (kemudian menjadi Kota Kinabalu). 20 perkara yang diminta oleh Sabah dan Sarawak itu kemudian diterjemahkan menjadi Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 8 Julai 1963 membabitkan Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perjanjian Malaysia itu kemudian diterjemahkan pula menjadi Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963 dan dikuatkuasakan mulai 16 September 1963 yang telah diisytiharkan sebagai tarikh penubuhan Malaysia. Perjanjian itu yang telah memberi Sabah dan Sarawak menjadi dua buah negeri yang mempunyai autonomi tersendiri, apabila dibandingkan dengan 11 buah wilayah lain Malaysia, meliputi perkara-perkara utama berikut:

1. Agama – Islam kekal sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. Tetapi bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri tidak mempunyai agama rasmi. Kebebasan ber­ agama juga dijamin di kedua-dua negeri.


Darjat Istimewa

21

2. Imigrasi – kekal dalam senarai Persekutuan, tetapi undangundang hendaklah digubal oleh Parlimen Persekutuan untuk menentukan permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo itu. Undang-undang ini tidak boleh dipinda atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri-negeri berkenaan. Perkara ini memberi Sabah dan Sarawak kawalan ke atas pintu masuk kedua-dua wilayah itu. Malah warganegara Malaysia di Semenanjung Malaysia yang ingin memasuki Sabah dan Sarawak perlu memiliki dokumen perjalanan yang sah – pasport atau kad pengenalan. Sekiranya ingin bekerja di kedua-dua wilayah itu, mereka perlu memperolehi permit yang boleh diperbaharui setiap tahun. Bagaimanapun penduduk Sabah dan Sa­ rawak bebas untuk masuk ke Semenanjung tanpa pasport atau kad pengenalan. Mereka juga bebas untuk bekerja di Semenanjung tanpa sebarang permit.

3. Pelajaran – kekal sebagai perkara Persekutuan tetapi dasar dan sistem pentadbiran pelajaran di Sarawak dan Sabah hendaklah terus dikekalkan di bawah urusan kerajaan negeri sehingga kerajaan itu bersetuju untuk mengubahnya.

4. Kerakyatan – Peruntukan ini memberi jaminan bahawa sebarang warganegara United Kingdom dan tanah-tanah jajahan yang lahir atau telah menjadi warganegara Sabah atau Sarawak dengan permohonan atau berdaftar dan orang-orang yang biasa tinggal di negeri-negeri Borneo pada hari tertubuhnya Malaysia akan menjadi warganegara dengan kuat kuasa undang-undang. Mereka yang berumur lebih 18 tahun boleh memohon menjadi warganegara Malaysia dengan cara berdaftar dalam masa 8 tahun selepas pembentukan Malaysia. Syarat-syarat tertentu dikenakan


22

M A L AY S I A

bagi kes serupa itu. Ini termasuklah sudah tinggal 7 tahun daripada 10 tahun sebelumnya di kedua-dua wilayah itu.

5. Dewan Undangan Persekutuan – Tiap-tiap Majlis Undangan Borneo hendaklah memilih dua orang ahli Dewan Negara untuk menjadi Senator. Sebagai tambahan, bilangan ahli Dewan Negara yang dilantik hendaklah di­ tambah menjadi enam orang berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditambah dari 104 menjadi 159. Sabah dan Sarawak masing-masing diperuntukan 16 dan 24 kawasan Parlimen.

6. Ketua Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dilantik oleh Baginda Queen dan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh 2 tahun. Ketua Negeri Sarawak hendaklah dikenali sebagai Gabenor dan di Sabah Yang Dipertua Negara.

7. Kuasa membuat undang-undang pula menjelaskan pem­ bahagian kuasa Persekutuan dengan negeri seperti yang tercatat dalam Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

8. Pengambilan tanah di Sabah dan Sarawak oleh kerajaan Persekutuan hendaklah mendapat persetujuan kedua-kedua kerajaan negeri berkenaan terlebih dahulu. Perlembagaan negeri-negeri Borneo hendaklah diberi peruntukan tanah sempadan kepada Bumiputera. Kerajaan-kerajaan Negeri tidak perlu mengikuti polisi Majlis Tanah Negara dan arahan-arahan serta nasihat-nasihat dari Persekutuan hendaklah dijalankan dengan persetujuan jabatan-jabatan berkenaan di negeri-negeri berkenaan.

9. Berkait dengan Majlis Negara bagi kerajaan tempatan


Darjat Istimewa

23

pula, Sabah dan Sarawak tidak terpaksa mengikuti dasar majlis ini sehingga kerajaan negeri-negeri itu memutuskan untuk berbuat demikian.

10. Peruntukan kewangan menetapkan cukai-cukai adalah perkara Persekutuan dengan kekecualian tertentu. Cukaicukai hanya dinaikkan secara beransur-ansur setelah berunding dengan negeri-negeri berkenaan. Wilayahwilayah Borneo hendaklah diberi hasil-hasil tambahan kerana cukai-cukai tertentu seperti petroleum, balak, galian dan bayaran-bayaran pelabuhan. Di Sabah, selagi Kerajaan Negeri bertanggungjawab atas perubatan dan kesihatan, maka 30 peratus daripada hasil kastam hendaklah diuntukkan kepadanya. Selain itu, wilayah-wilayah Borneo hendaklah diberi pemberian-pemberian istimewa untuk pembangunan.

11. Pilihan raya – Ahli-ahli Dewan Undangan Persekutuan dari Sarawak dan Sabah pada permulaan ini hendaklah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya terus ke Parlimen Persekutuan hendaklah diadakan selepas perayaan ulang tahun ke-5 tertubuhnya Malaysia atau terdahulu dari itu jika kerajaan negeri bersetuju. Pilihan raya hendaklah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan dan ahlinya ditambah seorang lagi dari wilayah-wilayah Borneo.

12. Kehakiman – sebagai tambahan kepada Mahkamah Tertinggi Malaysia hendaklah ada Mahkamah Tinggi bagi Tanah Melayu, Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. Mahkamah Tertinggi yang dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai kuasa menimbang permohonan ulang-bicara dari Mahkamah Tinggi dan


24

M A L AY S I A

membicarakan pertelingkahan di antara negeri-negeri atau negeri dengan Persekutuan atas masalah Perlembagaan. Undang-undang dan adat istiadat Bumiputera dan mahkamah Bumiputera hendaklah kekal di bawah kerajaan negeri.

13. Perkhidmatan Awam – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Pegawai-pegawai yang ada sekarang termasuk pegawaipegawai dagang hendaklah diberi hak naik pangkat untuk ditukar ke Perkhidmatan Persekutuan, tetapi tidak boleh ditukar keluar dari wilayah-wilayah baru di Borneo tanpa persetujuan mereka. Pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu.

14. Bahasa Kebangsaan – bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan selepas 10 tahun tertubuhnya Malaysia dan sehingga Majlis Undangan Negeri-negeri Borneo menetapkan, sementara itu bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa rasmi. Ahli-ahli Parlimen dari negeri-negeri Borneo boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam Parlimen selama 10 tahun sehingga Parlimen membuat keputusan yang lain.

15. Hak keistimewaan Bumiputera turut diberi kepada penduduk pribumi Sabah dan Sarawak sama seperti yang diperuntukkan kepada orang Melayu mengikut Perkara 153 Persekutuan Malaysia.

16. Peraturan-peraturan dalam masa peralihan membolehkan Sabah dan Sarawak mendapat kuasa-kuasa tertentu sehingga diubah atau dibatalkan.


Darjat Istimewa

25

17. Undang-undang yang ada masa ini – di bawah persetujuan ini undang-undang berkenaan perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkuasakan dalam sesebuah negeri Borneo sebelum Hari Malaysia hendaklah dijalankan secara terus walaupun didapati tidak sesuai dengan sebarang peruntukan dalam perlembagaan, sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu.

18. Perjanjian-perjanjian kewangan atau bantuan teknik antarabangsa – dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan hendaklah menentukan yang perjanjian-perjanjian kewangan dan bantuan teknik yang ada sekarang kepada negeri-negeri Borneo diteruskan dan diberi jaminan supaya negeri-negeri itu hendaklah dinikmati dan diuruskan oleh negeri-negeri berkenaan.

19. Perlindungan Perlembagaan – Perlembagaan Persekutuan hendaklah membuat peruntukan supaya jaminan-jaminan tertentu berkenaan negeri-negeri Borneo itu tidak boleh diubah atau dibatalkan tanpa persetujuan negeri-negeri yang berkenaan.


26

5 Penarikan Diri Brunei

Sewaktu projek Malaysia diura-

urakan, Negara Brunei Darul Salam turut dipelawa untuk menyertainya. Pada Julai 1961, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Yang di-Pertuan Agong sendiri pergi ke Sri Begawan untuk memujuk Brunei bahawa kesultanan Brunei dan Semenanjung Malaysia mempunyai banyak persamaan dan keadaan itu boleh menjadi asas penyatuan rapat kedua-dua wilayah dalam sebuah kesatuan politik. Walaupun keberatan sejak mula lagi, tetapi Brunei menghantar wakil ke persidangan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang diadakan di Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura. Brunei juga turut diwakili pada persidangan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang diadakan beberapa kali untuk membincangkan penubuhan Malaysia yang turut dihadiri oleh Sabah, Sarawak dan Singapura sepanjang 1962. Sultan Brunei sendiri mengetuai perwakilan negaranya ke persidangan penting IGC di London pada pertengahan 1962 bagi memuktamadkan penubuhan Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu. Tetapi apabila ketuaketua perwakilan menandatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963, Brunei memutuskan untuk menarik diri. Hanya Perse-


Pe n a r i k a n D i r i B r u n e i

27

kutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak sahaja yang bersetuju membentuk Malaysia. Mengapa? Dalam bukunya National Building in Malaysia, 1946-1974, James P. Ongkili menyatakan tiga sebab utama yang telah mem足pengaruhi keputusan Brunei untuk kekal di luar Malaysia. Pertama, hubungan yang tidak begitu mesra antara Persekutuan Tanah Melayu dan Brunei yang ada kaitan dengan tingkah laku pegawai-pegawai Tanah Melayu yang berkhidmat di Brunei; kedua, kegagalan mencapai penyelesaian tentang kawalan terhadap hasil minyak Brunei; ketiga, kedudukan Sultan Brunei dalam sistem giliran menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Mari kita tengok logik di sebalik tiga sebab itu satu per satu. Sebagai dua buah negara Melayu, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu memang mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua negara mengamalkan pemerintahan beraja yang diasaskan pada kesultanan Melayu. Brunei sendiri tidak keberatan untuk melatih sebilangan pegawai-pegawai Melayu dengan perbelanjaannya untuk berkhidmat dengan kesultanan Brunei selepas menamatkan latihan. Tetapi malangnya kehadiran pegawai-pegawai itu tidak disenangi oleh orang tempatan yang mendakwa pegawai-pegawai Tanah Melayu berlagak dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. Perkara itu dibangkitkan oleh Sultan Brunei ketika lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Abdul Rahman pada Julai 1961. Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi apa yang berlaku ialah selepas lawatan itu, hubungan Brunei dengan Tanah Melayu semakin memburuk. Malah Brunei bertindak agak keterlaluan dengan mengusir pegawai-pegawai itu pulang ke Tanah Melayu. Tersirat di sebalik tindakan itu adalah satu mesej jelas: Jika Brunei menyertai Malaysia, pegawaipegawai Tanah Melayu akan menguasai pentadbiran negara itu dan mereka tidak mahu melihat hal itu terjadi.


28

M A L AY S I A

Tetapi tentulah satu sebab yang lebih besar terhadap penarikan diri Brunei daripada menyertai projek Malaysia itu ada kaitan dengan kawalan ke atas hasil dan sumber-sumber minyaknya. Dalam rundingan-rundingan yang diadakan, Sultan Brunei mahu sumber dan hasil minyaknya kekal berada dalam kawalan negara itu selepas ia menyertai Malaysia. Para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, yang juga akan bertindak sebagai pemimpin Persekutuan Malaysia, tidak setuju. Mereka hanya memberi Brunei sepuluh tahun untuk mengawal pendapatan minyaknya. Selepas tempoh itu, hasil minyak akan dikawal oleh pemerintah Persekutuan. Brunei tidak menyetujui cadangan itu. Akibatnya pada saat-saat akhir Brunei membuat keputusan untuk kekal di luar Malaysia. Pada peringkat peribadi pula, Sultan Brunei ketika itu dikatakan tidak senang dengan layanan yang diberikan oleh RajaRaja Melayu yang lain mengenai kedudukannya dalam sistem giliran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong. Baginda yang menganggap dirinya sebagai seorang raja yang kanan memba足 yangkan keinginan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong setelah Brunei menyertai Malaysia. Kalau boleh sebaik sahaja tempoh penyandang kedudukan sedia ada tamat pada 1965, Sultan Brunei dinobatkan pada kedudukan itu. Bagaimanapun, Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab memilih Kepala Utama Malaysia tidak setuju. Sebaliknya nama Sultan Brunei diletakkan pada kedudukan terakhir senarai Raja yang layak untuk dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila pemilihan bagi jawatan itu di足 adakan pada 1965. Sultan Brunei, yang sudah agak lanjut usianya itu, tersinggung dengan keputusan itu. Perkembangan ini juga dikatakan satu lagi punca mengapa baginda menarik diri daripada menyertai projek Malaysia itu. Pertimbangan logik dan rasional Sultan Brunei di sini ialah adalah lebih baik baginda kekal sebagai monarki mutlak di sebuah negara yang kecil daripada menjadi


Pe n a r i k a n D i r i B r u n e i

29

Raja Berperlembagaan yang kehilangan kuasa memerintah di sebuah negara yang lebih besar. Selain itu, di dalam Brunei sendiri terdapat kelompok yang menentang penyertaan negara itu ke dalam Malaysia yang diterajui oleh Parti Rakyat Brunei yang melancarkan pemberontakan pada 8 Disember 1962 sebagai membantah projek Malaysia itu. Pemimpin parti itu, Azahari, yang pada waktu itu berada di Manila menegaskan “kita mahu sejarah mencatatkan bahawa Brunei dimerdekakan kerana perjuangan titik peluh kita, bukannya Malaysia.� Para pemberontak yang buat beberapa hari berjaya menguasai Bandar Brunei, Seria dan Kuala Belait, bagaimanapun berjaya ditewaskan oleh askar-askar Inggeris. Selepas kejadian itu, Sultan Brunei berpendapat adalah lebih selamat bagi negara itu untuk terus kekal di bawah naungan London sebagai wilayah yang dilindungi. Sebuah Suruhanjaya yang dibentuk oleh Sultan Brunei untuk meninjau pandangan pelbagai lapisan rakyat negara itu pada pertengahan 1962 itu juga mendapati bahawa adalah lebih baik untuk Brunei membentuk sebuah persekutuan dengan Sabah dan Sarawak daripada menyertai Malaysia. Tersirat di sebalik kenyataan ini ialah hasrat untuk mengembalikan keagungan Empayar Brunei satu ketika dulu yang meliputi seluruh wilayah Borneo Utara dan Sarawak walaupun kesultanan Brunei tahu rancangan itu umpama mimpi di siang hari.


30

6 Penyingkiran Singapura

Penyertaan Singapura di dalam

Malaysia hanya bertahan selama 23 bulan. Pada 9 Ogos 1965, Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur secara rasmi mengeluarkan negara pulau itu daripada menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura muncul sebagai sebuah republik yang merdeka dan berdaulat. Penyertaan negara itu ke dalam Malaysia yang diasaskan pada kedudukan ekonomi, politik dan pertalian persaudaraan, tidak dapat dipertahankan lagi. Sewaktu penggabungan itu dibuat, orang Melayu berasa gembira. Singapura yang dikenali sebagai Temasek itu sebelum 1819 adalah sebahagian daripada empayar Johor Riau. Penyertaanya ke dalam Malaysia dilihat sebagai mengembalikan wilayah Johor yang dirampas oleh Inggeris melalui tipu helah. Sebab itu apabila Singapura hendak disingkirkan, ada pemimpin Melayu yang membantah. Keputusan menyingkirkan Singapura itu mungkin dibuat sen足 dirian oleh Tunku Abdul Rahman tanpa berunding terlebih dahulu dengan para pemimpin Sabah dan Sarawak yang mencetuskan kemarahan di kalangan mereka. Barangkali Tunku Abdul Rahman juga tidak meninjau pendapat pemimpin Melayu yang lain kecuali


Pe ny i n g k i ra n S i n g a p u ra

31

yang rapat dengan beliau seperti Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Tetapi tidak dapat disangkal apa yang berlaku itu bukan atas kehendak Tunku Abdul Rahman sematamata. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga seolah-olah mencari pasal sepanjang berada di dalam Malaysia antara 16 September 1963 hingga 9 Ogos 1965 itu untuk mengeluarkan negerinya daripada persekutuan yang baru setahun jagung itu. Lee seolah-olah sekadar mahu menggunakan projek Malaysia bagi memerdekakan Singapura daripada jajahan British setelah mendapati bahawa London tidak akan membebaskan pulau itu sekiranya ia tidak berada di dalam Malaysia. Selepas kemerdekaan daripada London itu diperolehi, Lee ingin pula memerdekakan Singapura daripada “penjajahan” pemimpin Melayu yang menjadi pemimpin Persekutuan Malaysia. Gambaran besar bagi penyingkiran Singapura ini adalah kegagalan kerjasama Melayu-Cina amnya dan antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew khususnya. Dengan mencabar kontrak sosial merdeka yang dipersetujui oleh para pemimpin Melayu dan bukan Melayu pada 1957 menerusi gagasan Malaysian Ma­ laysianya yang menolak hak istimewa dan kedudukan Melayu dan bumiputera, mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan status agama Islam sebagai agama Persekutuan, Lee sesungguhnya membangkitkan isu-isu yang membuat bangsa Melayu berasa terluka. Orang Melayu tidak dapat menerima kalau dikatakan negara ini bukan milik mereka pada asalnya. Barangkali Lee mempunyai sebab untuk berbuat demikian iaitu untuk memaksa pemimpin Melayu Persekutuan Malaysia me­n ying­kirkan Singapura dengan lebih segera lagi. Jika itu hajat Lee, beliau sesungguhnya berjaya. Tunku Abdul Rahman tidak berada dalam mood bagi membiarkan Lee menghancurkan kompromi merdeka dan negara Malaysia yang telah beliau asaskan. Beliau tidak mahu memusnahkan kelambu


32

M A L AY S I A

yang bernama Malaysia kerana hanya seekor nyamuk bernama Singapura. Lebih baik nyamuk yang seekor itu dibunuh untuk memastikan bahawa hubungan kaum yang telah membina Malaysia tidak musnah. Sudah tentu pengeluaran Singapura daripada Malaysia itu bukan sekadar kegagalan kerjasama Melayu dengan bukan Melayu khususnya Cina di negara ini. Tindakan itu juga mempunyai dimensi politik, ekonomi dan sosio-budayanya. Bukan rahsia lagi bahawa sejak awal lagi, Lee memang tidak berpuas hati dengan terma-terma penyertaan Singapura ke dalam Malaysia. Tetapi beliau menerima untuk memenuhi matlamat jangka pendek bagi memerdekakan Singapura. Hakikat bahawa tidak seorang pun pemimpin People Action’s Party (PAP) dilantik ke dalam Kabinet Persekutuan memang tidak disenangi oleh Lee sedangkan pemimpin Sabah dan Sarawak ada yang dilantik sebagai menteri pusat. Hakikat bahawa Singapura dengan 1.75 juta penduduk hanya diperuntukkan 15 kerusi Parlimen juga dirasakan oleh PAP sebagai tidak adil. Sarawak yang hanya mempunyai 800,000 penduduk, diperuntukkan 24 kerusi. Kedua-dua keadaan ini mengehadkan peranan politik Lee dan PAP dalam sebuah negara yang lebih besar. Kegiatan politik parti itu hanya terbatas di Singapura sedangkan Lee juga bercita-cita untuk menampilkan dirinya sebagai seorang pemimpin nasional. Pada waktu yang sama, Lee juga seolah-olah mahu menguji kesabaran kepimpinan Persekutuan. Walaupun persetujuan dicapai untuk mengisytiharkan kemerdekaan Singapura di dalam Malaysia pada 16 September 1963, tetapi Lee secara satu hala mengisytiharkan kemerdekaan negara pulau itu pada 31 Ogos tahun yang sama iaitu 16 hari sebelum penubuhan Malaysia. Selama 16 hari itu beliau mengumumkan bahawa Singapura bertanggungjawab terhadap pertahanan dan dasar luarnya sendiri. Tindakan beliau itu tidak disenangi oleh Kuala Lumpur. Tidak cukup dengan tindakan mengisytiharkan kemerdekaan sehala,


Pe ny i n g k i ra n S i n g a p u ra

33

lima hari selepas berada dalam Malaysia, Lee membubarkan Dewan Negeri Singapura bagi mengadakan pilihan raya. Pada pilihan raya itu, PAP kembali berkuasa dengan mendapat 37 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan Singapura yang menyokong kerajaan Perikatan Tanah Melayu gagal mendapat sebarang kerusi dan keadaan itu menjadikan hubungan Kuala Lumpur-Singapura semakin tegang. Lee juga tidak menyembunyikan hasratnya untuk menggantikan MCA dalam Perikatan di Singapura. Akibatnya berlaku perang mulut antara para pemimpin MCA dan PAP. Lee berharap hasratnya untuk mengambil tempat MCA itu disambut baik oleh para pemimpin Melayu di dalam Perikatan. Tetapi apabila Tunku Abdul Rahman mengikrarkan pendirian tidak berbelah bagi UMNO terhadap MCA, Lee memulakan serangan baru terhadap kepimpinan Persekutuan. Beliau mengemukakan gagasan Malaysian-Malaysianya yang mencabar kedudukan hak istimewa Melayu, status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Melalui gagasan itu yang diperjuangkan oleh Lee ialah sebuah negara yang diasaskan kepada kesaksamaan, tanpa mengira kelas, warna kulit dan kepercayaan seseorang. Gagasan itu walaupun ditentang oleh para pemimpin Melayu dan rakan-rakannya di dalam Perikatan, mendapat sokongan empat buah parti politik bukan Melayu yang lain – Sarawak United People’s Party (SUPP). MACHINDA, sebuah persatuan kecil Sa­rawak, United Democratic Party (UDP) dan People’s Progressive Party (PPP). Bergabung di bawah Malaysian Solidarity Conven­ tion (MSC), lima buah parti berikrar untuk mencari “afliasi politik bukan berasaskan kaum dan agama, tetapi berasaskan ideologi politik, aspirasi ekonomi dan sosial yang sama, yang menjadi asas sebenar bagi kemunculan sebuah komuniti nasional yang benarbenar bebas, makmur dan samarata.” Para pemimpin Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tentulah tidak dapat menerima


34

M A L AY S I A

gagasan Malaysian Malaysia ini. Mereka sebaliknya mengkritik Lee cuba menghancurkan Malaysia. Selain itu, Singapura juga tidak memenuhi janji politik untuk tidak mengembangkan PAP ke Tanah Melayu. Perjanjian hitam putih mengenainya tidak ada. Ia sekadar janji mulut antara Lee dengan Tunku Abdul Rahman. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menjelang pilihan raya umum Persekutuan pada 1964, PAP menubuhkan cawangannya di beberapa tempat di Johor dan Kuala Lumpur. Malah mereka bertanding 11 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, berkempen menggunakan gagasan Malay足 sian Malaysianya. Selepas memenangi kerusi tunggal di Parlimen Bangsar, PAP semakin lantang memperjuangkan gagasan itu. Pada waktu yang sama kerajaan PAP pimpinan Lee mula berdolak dalik dalam melaksanakan beberapa perjanjian bertulis tentang ekonomi yang sepatutnya dilaksanakan setelah berada di dalam Malaysia. Salah satu perjanjian itu ialah untuk Singapura menyediakan dua pinjaman bernilai $150 juta kepada kerajaan Persekutuan bagi digunakan untuk memajukan Sabah dan Sa足 rawak. Singapura enggan mengeluarkan pinjaman itu atas alasan kerajaan Persekutuan sengaja melambat-lambatkan pembukaan pasaran Semenanjung Malaysia kepada produk dan perkhidmatan Singapura. Alasan Persekutuan bahawa pasaran bersama itu hanya boleh diwujudkan selepas dasar industrial nasional dirangka, tidak dapat diterima oleh Singapura. Sebagai tindak balas pinjaman yang dijanjikan itu dibekukan. Selain itu, Singapura juga berang dengan kerajaan Persekutuan kerana mengenakan beberapa cukai baru ke atas kerajaan negeri Singpura pada belanjawan 1965. Ini kerana di bawah perjanjian dengan kerajaan Persekutuan, sebarang cukai baru yang hendak dikenakan di Singapura dalam masa lima tahun ia berada di dalam Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan kerajaan Negeri. Singapura tidak dapat menerima alasan Kuala Lumpur bahawa cukai-cukai baru itu diperlukan untuk mencari


Pe ny i n g k i ra n S i n g a p u ra

35

pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan pertahanan berikutan tindakan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia yang diramalkan berlaku sewaktu penubuhan Malaysia dirancang. Nyata bahawa menjelang pertengahan 1965, hubungan Singapura dengan kepimpinan Persekutuan sudah tiba pada peringkat retak menunggu belah. Di Kuala Lumpur, para pemimpin Melayu yang jelas tidak dapat menerima cabaran terbuka Malaysian Ma­ laysia terhadap salah satu perkara asasi Perjanjian Malaysia yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera, mendesak Tunku Abdul Rahman supaya mengambil tindakan keras terhadap Lee. Ada yang mencadangkan supaya Perdana Menteri Singapura itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kebiadaban Lee membangkitkan isu-isu yang sudah dipersetujui secara bersama sewaktu Tanah Melayu dan Malaysia diasaskan. Tunjuk-tunjuk perasaan membakar patung Lee diadakan di beberapa tempat. Ada yang meminta Perlembagaan Singapura digantung dan Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran wilayah pulau itu. Tunku Abdul Rahman yang sedang menjalani rawatan penyakit kurap di sebuah klinik di London pada pertengahan 1965 itu berpendapat bahawa penyelesaian kepada masalah Singapura di dalam Malaysia ialah dengan menyingkirkannya daripada Malaysia. Inilah yang beliau lakukan sekembalinya ke tanah air pada 5 Ogos 1965. Keputusan ini beliau nyatakan dalam sepucuk surat kepada pengerusi PAP, Dr. Toh Chin Chye. Antara lain, Tunku Abdul Rahman menulis: “Saya menulis surat ini untuk memberitahu anda bahawa saya telah memikirkan semasak-masaknya perpisahan dengan Singapura dan saya mendapati demi kepen­ tingan persahabatan dan keamanan dan keselamatan Malaysia pada keseluruhannya, kita tidak ada cara mutlak yang lain (kecuali berpisah).â€? Lee, yang bertemu Tunku Abdul Rahman pada 7 Ogos 1965, bersetuju untuk menandatangani perjanjian perpisahan, hanya


36

M A L AY S I A

setelah beliau ditunjukkan surat yang ditulis kepada Dr. Toh itu. Pada 9 Ogos 1965, Parlimen Malaysia meluluskan usul menceraikan Singapura itu dengan undi majoriti. Maka berak足 hirlah riwayat Singapura di dalam Malaysia. Tetapi penyingkiran Singapura itu tidak diikuti dengan keruntuhan Malaysia walaupun ada pihak yang meramalkan itu akan terjadi selepas itu.


37

7 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan meru-

pakan dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi asas urus tadbir negara. Perkara 4 (1) Perlembagaan Malaysia menyatakan, “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.” Digubal oleh para pengasas kemerdekaan pada 1957 setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu dan Ratu Inggeris, ia kemudian menjadi asas undangundang tubuh Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan itu bukan saja menggariskan kuasa negara di kalangan tiga cabang utamanya – legislatif, eksekutif dan judisiari, tetapi juga di antara Persekutuan dengan negeri-negeri menerusi pelbagai instrumen, baik secara langsung dinyatakan di dalamnya (seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara, Pendakwa Raya) atau secara tidak langsung. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Suffian Hashim dalam bukunya Mengenal Perlem­ bagaan Malaysia: “Perlembagaan menentukan dengan nyata apakah perkara persekutuan yang baginya kerajaan Persekutuan


38

M A L AY S I A

adalah bertanggungjawab dan Parlimen boleh membuat undangundang mengenainya, dan apa pula perkara negeri yang baginya Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab dan Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenainya. Perlembagaan juga menentukan tentang apakah perkara bersama yang baginya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenainya.� Sebagai konstituen baru ke dalam Malaysia, negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlindungan tambahan seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 12A. Malah bagi Tun Suffian, ketinggian Perlembagaan Persekutuan berbanding institusi-institusi lain negara memang tidak beliau sangsikan lagi. Menurut beliau, tidak seperti Britain, Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai suatu perlembagaan bertulis yang agak tegar. Lalu beliau merumuskan: “Parlimen kita memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Kerajaan juga tertakluk kepada ketertinggian Perlembagaan – sama seperti Parlimen kita juga tertakluk kepada ketertinggian Perlembagaan. Jelaslah bahawa doktrin absah yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen atau mana-mana badan lain yang tertinggi, tetapi bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi.� Walaupun daripada satu segi ketinggian Perlembagaan Persekutuan mengatasi Parlimen, dan ia dianggap satu dokumen yang terlalu panjang dan terperinci apabila dibandingkan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat, tetapi ini tidak bermakna Perlembagaan Malaysia tidak boleh dipinda. Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan itu mengikut Perkara 159 dan Perkara 161E. Pindaan-pindaan itu boleh dilakukan dengan empat cara. Pertama, ada pindaan yang boleh dibuat mengikut suara melebihi majoriti dua pertiga dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tetapi hanya jika Majlis Raja-raja mengizinkannya. Kedua, perkara-perkara yang berkait dengan


Pe r l e m b a g a a n Pe r s e k u t u a n

39

kepentingan Sabah dan Sarawak hanya boleh dipinda mengikut suara lebih dua pertiga dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tetapi hanya jika Yang Dipertua Negeri bagi mana-mana negeri yang berkenaan bersetuju. Ketiga, sesetengah perkara boleh dipinda mengikut lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, dan pindaan ini tidak memerlukan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen. Keempat, sesetengah perkara dan perkara ini bukanlah mustahak sangat, boleh dipinda mengikut lebih suara, tidak semestinya dua pertiga, dalam Parlimen. Semua sekali terdapat 183 Perkara di bawah 15 Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan itu. Selain menyentuh aspekaspek kenegaraan dan institusi yang bernaung di bawahnya seperti soal tanah, pembangunan negara, peruntukan-peruntukan kewangan, pilihan raya, perhakiman, perkhidmatan awam, kuasakuasa khas menentang perbuatan subversif, kuasa-kuasa darurat, Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kebebasan-kebebasan asasi warganegara daripada pelbagai sudut. Ini dinyatakan dalam Bahagian 2 iaitu Perkara 5 hingga 11. Kebebasan asasi ini termasuklah kebebasan diri, larangan keabdian dan kerja paksa, perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang, jaminan hak sama rata, kebebasan agama, larangan buangan negeri, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Kelayakan kewarganegaraan, baik secara kuat kuasa undang-undang atau pendaftaran, juga dinyatakan dengan jelas. Walaupun selama tempoh 50 tahun antara 1957 hingga 2007, banyak pindaan telah dilakukan terhadap Perlembagaan Persekutuan, namun perkara-perkara fundamental yang dipersetujui bersama oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu, berjaya dipertahankan sampai sekarang. Ini termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak-hak istimewa orang Melayu yang telah menjamin ketuanan politik bangsa Melayu di negara yang


40

M A L AY S I A

pada suatu waktu dulu milik mereka secara eksklusif. Generasi merdeka negara nampaknya menerima hakikat bahawa agenda yang di足sepakati bersama oleh para pengasas kemerdekaan negara adalah suatu dokumen suci dan luhur di kalangan wakil-wakil kaum utama negara ini yang telah membawa kemakmuran dan ketentera足man kepada semua selama setengah abad. Apa yang dipersetujui itu diterima sebagai suatu pertimbangan rumit tentang kepen足tingan-kepentingan yang bertentangan yang dihasilkan atas dasar memberi dan menerima serta bertolak ansur. Mereka menerima hakikat bahawa sebarang percubaan yang hendak menjejaskan semakan dan imbangan yang termaktub di dalam dokumen suci itu akan pasti memusnahkan corak pemerintahan seperti yang di足ketahui selama ini. Selepas lebih 50 tahun merdeka, Perlembagaan Persekutuan yang telah diinstitusikan pada 1957, kekal relevan untuk negara berbilang bangsa seperti Malaysia.


41

8 Demokrasi Berparlimen

M alaysia

merdeka sebagai se­buah negara demokrasi atau lebih tepat lagi demokrasi berparlimen ala Westminster sama seperti yang terdapat di United Kingdom, kuasa Eropah yang pernah menjajah kita suatu waktu dulu. Pemilihan demokrasi Westminster dan bukannya demokrasi ala Amerika Syarikat atau Perancis dibuat kerana para pengasas kemerdekaan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan di England. Mereka bukan sahaja berasa selesa dengan demokrasi bentuk ini, tetapi ada antara mereka mempunyai pengalaman langsung terlibat dengannya sewaktu menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi di United Kingdom. Di bawah amalan demokrasi ini, rakyat menerusi pilihan raya umum yang diadakan untuk tempoh tidak lebih lima tahun sekali memilih wakil masing-masing ke Dewan Rakyat yang merupakan badan tertinggi perundangan negara. Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memiliki majoriti kerusi Dewan Rakyat kemudian diberi mandat untuk membentuk kerajaan. Penubuhan kerajaan yang bertindak sebagai badan eksekutif yang akan memerintah negara bermula dengan pelantikan ketua parti yang menguasai Dewan sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri


42

M A L AY S I A

kemudian akan melantik sebilangan Ahli Dewan Rakyat yang lain ke dalam Jemaah Menteri atau Kabinet. Perdana Menteri akan melantik mereka menerajui kementerian-kementerian tertentu sebagai Menteri. Sekiranya mahu Perdana Menteri juga boleh melantik ahli Dewan Negara, sebuah lagi institusi Parlimen, menyertai pentadbirannya. Tidak seperti ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara tidak dipilih secara langsung oleh pengundi pada pilihan raya umum. Anggota Dewan Negara yang bergelar Senator itu adalah dilantik untuk mewakili kepentingan negeri-negeri, golongan minoriti. Selain menteri, Perdana Menteri juga akan melantik timbalantimbalan menteri, para setiausaha parlimen dan para setiausaha politik untuk melengkapkan jentera pentadbiran kerajaan. Jemaah Menteri yang lazimnya terdiri daripada pegawai-pegawai kanan parti yang berkuasa akan menentukan dasar-dasar utama kerajaan bagi dilaksanakan selepas memenangi pilihan raya. Dasar-dasar itu pula berpaksi kepada manifesto dan janji-janji lain yang dikemukakan kepada pengundi sewaktu pilihan raya umum berlangsung. Keupayaan untuk melaksanakan janji-janji itu penting kerana jika kerajaan menyeleweng daripada apa yang dijanjikan, mereka mungkin berdepan dengan padahnya pada pilihan raya umum akan datang. Dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, rakyat atau lebih tepat lagi mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi akan menjadi hakim sama ada mandat kerajaan yang berkuasa ingin diteruskan atau sebaliknya. Semasa pilihan raya diadakan yang akan menawarkan diri untuk membentuk kerajaan, bukan sahaja parti yang berkuasa, tetapi parti-parti pembangkang. Bagaimanapun dalam konteks Malaysia sejak merdeka pada 1957 sehingga ke hari ini, kumpulan parti politik yang sama iaitu Perikatan, kemudian Barisan Nasional (BN), telah diberi mandat untuk terus berkuasa di peringkat Persekutuan. Di peringkat negeri, BN pernah mengalami kekalalan. Di Kelantan, BN masih


Demokrasi Berparlimen

43

belum dapat menebus kekalahan yang dialami di tangan Parti Islam SeMalaysia atau PAS pada Pilihan Raya Umum 1990. Di Terengganu, PAS pernah memerintah selama satu penggal antara 1999 hingga 2004. Selepas merdeka, PAS juga pernah berkuasa di Kelantan dan Terengganu (sebelum ditewaskan oleh BN). Di Sabah misalnya BN pernah ditewaskan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).


44

9 Raja Berperlembagaan

S elain

mendaulatkan kuasa rakyat menerusi demokrasi berparlimen, para pengasas Malaysia yang merdeka juga mengekalkan institusi pemerintahan beraja sebagai payung negara dan negeri. Bagaimanapun institusi itu tidaklah dikekalkan dalam bentuk monarki mutlak seperti sebelum campur tangan kuasa Inggeris ke atas Tanah Melayu secara bertahap-tahap pada 1874. Sebelum pendudukan Inggeris itu, Sultan-sultan Melayu memiliki kuasa pemerintahan sepenuhnya. Pembahagian kuasa kepada legislatif, eksekutif dan judisiari tidak ada. Tetapi kerelaan Sultan-sultan itu untuk menerima residen atau penasihat Inggeris bermakna Raja-raja Melayu tidak lagi memerintah negeri masing-masing secara mutlak. Hakisan kuasa itu berterusan di bawah pemerintahan Malayan Union. Apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada 1948, kuasa Rajaraja Melayu juga tidak mungkin dikembalikan ke tahap asal. Dalam rundingan-rundingan kemerdekaan, jika mahu, para pengasas kemerdekaan itu boleh menghapuskan pemerintahan monarki yang sebenarnya tidak lagi mempunyai legitimasi untuk kekal berkuasa. Tetapi mereka telah tidak berbuat demikian. Sebaliknya, para Sultan atau wakil mereka dilibatkan sepenuhnya


Raja Berperlembagaan

45

di dalam proses kemerdekaan. Ini kerana rundingan-rundingan kemerdekaan itu membabitkan golongan nasionalis haluan kanan yang memang pro-raja. Para raja itu pula menyebelahi golongan nasionalis sepanjang penentangan mereka terhadap projek Malayan Union Inggeris. Sekiranya kalangan yang berjaya mendapatkan kemerdekaan tanah air itu ialah nasionalis radikal golongan kiri, ceritanya tentulah berbeza. Tanah Melayu dan Malaysia kemudiannya barangkali sudah menjadi sebuah negara republik seperti banyak negara-negara lain di Asia dan Afrika. Di bawah aturan baru pemerintahan pasca-1957, Sultansultan Melayu di sembilan buah negeri – Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan – dikekalkan sebagai raja yang bertindak mengikut nasihat – Perdana Menteri di pe­ringkat persekutuan dan Menteri Besar di peringkat negeri. Sebaik sahaja menjadi Sultan, baginda akan memegang jawatan itu sehingga meninggal dunia. Sultan yang mangkat akan diganti oleh putera sulung baginda. Sekiranya baginda tidak mempunyai waris lelaki, maka adik lelaki sulung baginda akan ditabalkan sebagai Sultan yang baru. Dua buah negeri yang tidak mempunyai raja – Melaka dan Pulau Pinang diwujudkan jawatan Yang Dipertua Negeri dengan Ketua Menteri sebagai penasihat mereka. Sarawak dan Sabah juga mempunyai kaedah pemerintahan yang sama. Walaupun Sultan-sultan kehilangan kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari, sebagai Raja Berperlembagaan mereka bertindak sebagai ketua atas dua perkara – Islam dan adat resam Melayu. Kedudukan ini memberi mereka banyak bidang kuasa budi bicara yang ada kalanya mereka laksanakan atas nasihat, ada kalanya menggunakan budi bicara mereka sendiri. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah persekutuan, maka jawatan tertinggi untuk Raja dan Sultan di peringkat pusat adalah Ketua Negara dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kedudukan ini diwujudkan pada 31


46

M A L AY S I A

Ogos 1957. Jawatan ini akan diisi secara bergilir-gilir oleh salah seorang daripada sembilan Raja Melayu itu untuk tempoh lima tahun. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ini dibuat secara undian oleh sembilan orang Sultan itu pada mesyuarat Majlis Raja-raja. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Abdul Rahman adalah penyandang pertamanya. Sejak merdeka hingga kini, Persekutuan Malaysia telah mempunyai 13 orang Yang di-Pertuan Agong. Ketua Negara yang ada sekarang iaitu yang ketiga belas, Sultan Mizan Zainal Abidin daripada Terengganu mula memegang jawatannya pada 13 Disember 2006.


47

10 Kontrak Sosial

Kontrak sosial merujuk kepada

persepakatan di antara Melayu dan bukan Melayu dalam memelihara kepentingan bangsa masing-masing yang kemudian dijadikan asas merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Secara lebih spesifik kontrak sosial itu merujuk kepada persetujuan di kalangan pemimpin moderat dalam UMNO dan MCA dan juga MIC berkait soal agama, bahasa, kewarganegaraan dan kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi negara ini. Masing-masing bangsa ingin mempertahankan kepentingan masing-masing yang bukan sahaja bercanggah tetapi bertentangan. Sekiranya tidak diharmonikan tuntutan dan desakan-desakan itu, Melayu tidak akan dapat menjalin kerjasama politik yang telah dijadikan prasyarat oleh Inggeris untuk memerdekakan negara ini. Nyata bahawa di kalangan nasionalis Melayu yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air eksklusif mereka, matlamat perjuangan mereka untuk melahirkan sebuah Tanah Melayu untuk bangsa Melayu. Perjuangan mereka ini terpancar apabila mereka bangun menentang pemerintahan Malayan Union sepanjang 1946 yang menghakis kuasa, kedudukan dan kedaulatan para Sultan


48

M A L AY S I A

yang dilihat sebagai lambang kuasa bangsa Melayu. Pada waktu yang sama mereka menentang pemberian longgar kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada penduduk bukan Melayu yang sudahpun membanjiri Tanah Melayu pada waktu itu. Penduduk imigran bukan Melayu itu – Cina dan India – mencabar pendirian nasionalis Melayu itu kerana mereka mahu menetap di Tanah Melayu dengan mendapat hak kewarganegaraan yang sama di negara ini. Sebahagian besar mereka tidak lagi berhasrat untuk pulang ke negara asal mereka – China dan India. Bagi generasi yang lahir di Tanah Melayu, mereka menganggap inilah negara leluhur mereka, sama seperti orang Melayu sendiri. Walaupun ingin tinggal di Tanah Melayu, tetapi mereka tidak bersedia untuk mengetepikan nilai-nilai jati diri mereka sebagai orang Cina dan India. Mereka menuntut kewarganegaraan Tanah Melayu, tetapi enggan menerima langkah memberi hak istimewa kepada orang Melayu. Mereka juga keberatan untuk menjadikan Islam agama rasmi negara, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka mahu Tanah Melayu menjadi sebuah negara pelbagai bahasa, pelbagai agama dengan hak yang sama rata kepada semua. Bagi mereka bahasa – dalam konteks ini bahasa Mandarin dan Tamil – tentunya adalah kunci kepada mengembangkan kebudayaan orang Cina dan India. Mereka mahu penduduk bukan Melayu tidak dinafikan untuk mendapat hak pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Bagi mereka, Hak Istimewa Orang Melayu dilihat sebagai bercanggah dengan demokrasi dan mewujudkan dua darjat kewarganegaraan. Bukan Melayu dianggap sebagai anak tiri, sedangkan mereka juga sudah memberi sumbangan terhadap pembangunan Tanah Melayu. Bangsa Melayu pula tidak dapat menerima tuntutan penduduk imigran itu. Bagi mereka oleh kerana Tanah Melayu adalah negara bangsa Melayu, maka bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi; oleh kerana Melayu dan Islam adalah sinonim,


Ko n t ra k S o s i a l

49

maka agama Islam hendaklah dijadikan agama rasmi negara. Oleh kerana Tanah Melayu adalah milik orang Melayu, maka mereka mahu hak-hak istimewa orang Melayu, seperti yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan 1948 dipertahankan. Di kalangan pemimpin Melayu dan bukan Melayu terutama di kalangan mereka yang dianggap moderat terdapat kesedaran bahawa sekiranya mereka tidak mencari jalan tengah untuk mendamaikan kepentingan-kepentingan bertentangan, maka tidak mungkin Tanah Melayu berupaya mendapat kemerdekaan. Mereka insaf bahawa pihak Inggeris sudahpun menetapkan sekiranya Tanah Melayu ingin menjadi sebuah negara bebas dan berdaulat, maka penduduk Melayu dan bukan Melayu hendaklah berupaya untuk mengadakan kerjasama politik. Ini bermakna parti-parti yang mewakili kaum-kaum utama di Tanah Melayu kena bertolak ansur antara satu sama lain jika mereka berharap untuk memerdekakan negara ini. Di kalangan para pemimpin UMNO dan MCA yang kemudian disertai oleh MIC, sedar bahawa tuntutan-tuntutan perkauman hanya boleh diselesaikan menerusi dialog sesama mereka. Perikatan, terutama selepas menang besar dalam pilihan raya Persekutuan pada 1955 merupakan landasan berguna untuk mencari penyelesaian kepada desakan-desakan kaum itu. Lantaran itu, para pemimpin sederhana dalam UMNO dan MCA telah mengadakan beberapa siri rundingan untuk merangka satu agenda bersama berkait isu-isu yang dianggap sensitif. UMNO di bawah Tunku Abdul Rahman dan MCA di bawah Tan Cheng Lock sepakat untuk menghasilkan suatu permuafakatan yang boleh diterima oleh kedua-kedua pihak. Apa yang dipersetujui itu kemudian dijadikan manifesto Pilihan Raya Umum Perikatan 1955. Tolak ansur yang terkandung dalam kontrak sosial itu bermula dengan keputusan UMNO untuk mengubah pendirian dalam pemberian kewarganegaraan kepada penduduk imigran bukan


50

M A L AY S I A

Melayu. Pendirian UMNO ketika itu ialah seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah perjanjian itu, orang Melayu yang menjadi rakyat Raja-raja Melayu dan rakyat British di negeri-negeri Selat secara automatik warganegara Persekutuan. Kaum lain pula boleh menjadi warganegara sekiranya mereka memenuhi syarat bermastautin untuk tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain yang ketat. UMNO menentang pemberian kewarganegaraan berasaskan dasar-dasar liberal mengikut prinsip jus soli. Bagaimanapun pendirian itu mula dinilai semula menjelang pilihan raya Persekutuan 1955. Di bawah permuafakatan baru, UMNO dan MCA sepakat bahawa hak untuk mendapatkan kewarganegaraan tidak hanya terbatas kepada rakyat Raja-raja Melayu dan warganegara Persekutuan Tanah Melayu, tetapi kepada sesiapa juga yang lahir dalam Persekutuan Tanah Melayu dan mereka sudah bermastautin di Tanah Melayu melebihi tempoh lima tahun. Perikatan juga mengambil pendirian yang lebih pragmatik dalam soal bahasa seperti yang jelas terkandung dalam manifesto pilihan raya 1955 itu. Manifesto itu menekankan tentang perlunya sebuah bahasa kebangsaan untuk membentuk sebuah kenegaraan bersama. Bahasa itu tentulah bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, manifesto itu memberi jaminan untuk melindungi bahasabahasa kaum lain dan Perikatan tidak menghalang pertumbuhan dan pembangunan bahasa-bahasa itu. Penggunaan bahasa ibunda di sekolah-sekolah Cina dan Tamil juga tidak akan disekat. Perikatan sekadar mahu sekolah yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil itu menggunakan kurikulum yang berkeperibadian Malaya dan mewajibkan pengajaran bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran. Dengan mengambil pendirian itu, Perikatan mendapat sokongan para pengundi Melayu dan bukan Melayu pada pilihan raya itu.Kompromi tentang bahasa itu tentulah dibuat untuk mengambil kira nisbah pengundi Melayu-bukan Melayu pada pilihan raya 1955 itu – 84 peratus atau sejuta adalah orang Melayu,


Ko n t ra k S o s i a l

51

11 peratus atau 143,000 adalah Cina manakala 3.9 peratus atau 50,000 peng足undi adalah kaum India. Berikutan kejayaan besar dalam pilihan raya 1955 itu, pendirian-pendirian bersama tentang isu-isu yang dianggap sensitif itu terus menjadi paksi kontrak sosial perjuangan UMNO, MCA dan MIC. Persepakatan itu kemudian dipanjang dalam satu memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apa yang dipersetujui oleh para pemimpin Perikatan itu kemudian dijadikan asas pada rundingan tiga pihak yang membabitkan Kerajaan Inggeris, Raja-raja Melayu dan Perikatan sepanjang 1956 dan 1957. Apa yang telah dipersetujui pada rundingan tiga pihak itu diterima oleh Parlimen Inggeris dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kontrak sosial itu kemudian diterima pakai dalam penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan kekal dipertahankan hingga ini. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan; agama Islam dimaktubkan sebagai agama Persekutuan; Hak Istimewa Orang Melayu kekal sebagai satu peruntukan penting Perlembagaan Persekutuan. Di pihak mereka pula, penduduk bukan Melayu tidak dinafikan kewarganegaraan yang membolehkan mereka mendapat hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


52

11 Kewarganegaraan

Selain memiliki kawasan – darat

dan laut – dengan sempadan yang diakui, satu lagi ciri penting negara ialah individu-individu yang menghuni wilayah berkenaan. Secara kolektif mereka akan membentuk komuniti yang meng­ ikrarkan taat setia mereka kepada negara. Individu-individu ini dipanggil warganegara. Sebagai warganegara, mereka mempunyai hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan. Ini termasuk hak untuk bermastautin dan menubuhkan kerajaan yang merupakan organisasi absah atau legitimate untuk memerintah negara dan warganegaranya berdasarkan undang-undang atau rule of law. Kerajaan, yang dipilih oleh warganegara itu juga diberi autoriti untuk mengawal segala jentera dan instrumen negara dalam memenuhi kepentingan-kepentingan nasional di dalam dan di luar wilayahnya. Dalam konteks Malaysia, sebuah kewarganegaraan Per­ sekutuan yang seragam, pertama kali diperkenalkan menerusi pemerintahan Malayan Union. Sebelum itu, terdapat dua bentuk kewarganegaraan. Bangsa Melayu yang tinggal di sembilan buah negara Melayu adalah rakyat Raja-raja Melayu yang memerintah manakala penduduk bukan Melayu di dua buah


Kewarganegaraan

53

negeri Selat – Pulau Pinang dan Melaka – adalah subjek Inggeris. Kewarganegaraan di Negeri-negeri Selat ini diperkenalkan pada 1867. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula undangundang kewarganegaraan secara naturalisasi diluluskan pada 1904. Dengan adanya Malayan Union pada 1946, rakyat Rajaraja Melayu dan Inggeris itu sepatutnya menjadi warganegara Malayan Union. Tetapi kewarganegaraan Malayan Union tidak menjadi kenyataan berikutan tentangan hebat bangsa Melayu terhadap pemberian kewarganegaraan secara liberal berasaskan prinsip jus soli, atau tempat lahir, yang diperuntukan di bawah pemerintahan itu. Bangsa Melayu ketika itu belum lagi bersedia menerima penduduk imigran yang sejak sekian lama bermastautin atau lahir di Tanah Melayu mendapat hak kewarganegaraan yang memberi mereka status yang sama dengan penduduk pribumi. Bangsa Melayu masih menganggap orang Cina dan India yang berada di Tanah Melayu sebagai orang asing menolak keras kewarganegaraan Malayan Union. Sebagai ganti, diper­kenalkan pula warganegara Persekutuan Tanah Melayu, yang dikuat­ kuasa­kan mulai 1 April 1948. Di bawah gagasan baru ini, orang bukan Melayu diberi taraf kewarganegaraan secara lebih ketat bergantung kepada tempoh permastautinan mereka di Tanah Melayu. Pemberian kewarganegaraan berasaskan prinsip jus soli, ditiadakan. Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu ke­m u­d ian­n ya diliberalkan syarat-syaratnya pada 1952. Di bawah undang-undang baru itu pemberian kewarganegaraan automatik diperluaskan dan perolehan kewarnegaraan secara pendaftaran dan naturalisasi dilonggarkan berbanding sebelum ini. Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dipinda pada 1952 inilah yang menjadi asas kewarganegaraan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya kewarganegaraan Malaysia apabila Persekutuan yang lebih besar ditubuhkan pada 16 September 1963. Menjelang 1957 itu,


54

M A L AY S I A

bangsa Melayu yang menentang keras prinsip jus soli dalam pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu, yang ditentang sewaktu Malayan Union, bersetuju untuk menerima orang bukan Melayu yang lahir pada dan selepas tarikh kemerdekaan, sebagai warganegara sekiranya salah seorang ibu atau bapa mereka adalah warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Prinsip yang sama diberi kepada mereka yang lahir pada atau sebelum penubuhan Malaysia. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan sekarang terdapat empat kaedah untuk seseorang menjadi warganegara Malaysia – penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran, naturalisasi dan penggabungan wilayah. Ini dijelaskan dalam Bab 1 Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yang telah menghuraikan secara terperinci cara-cara perolehan kewarganegaraan manakala Bab 2 bahagian yang sama pula menghuraikan kaedah penamatan kewarganegaraan. Bab 3 Tambahan pula menyentuh tentang kewarganegaraan Komonwel dan perakuan kewarganegaraan untuk kes-kes seperti anak luar nikah, taraf bapa, kelahiran di atas kapal atau pesawat udara, anak buangan, kemastautin dan kemastautin tetap Penguatkuasaan undang-undang membolehkan seseorang yang lahir sebelum, pada dan selepas 16 September di negara ini menjadi warganegara secara automatik. Kanak-kanak yang ibubapanya adalah warganegara Malaysia juga secara automatik mendapat taraf kewarganegaraan yang membolehkan mereka mendapat MyKad biru dan memegang pasport Malaysia. Mereka tidak perlu memohon untuk menjadi warganegara Malaysia. Kewarganegaraan secara pendaftaran akan membolehkan isteri dan anak-anak seorang warganegara menjadi warganegara, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan secara naturalisasi pula membolehkan warganegara asing yang sudah bermastautin lama di negara ini dan berhasrat untuk tinggal tetap


Kewarganegaraan

55

di Malaysia, memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan. Bagaimanapun selepas menjadi warganegara Malaysia, warganegara asing itu hendaklah melepaskan kewarganegaraan asalnya. Ini kerana undang-undang kewarganegaraan Malaysia tidak membenarkan seseorang memegang kewarganegaraan dua negara. Malah warganegara Malaysia yang ingin menjadi warganegara negara lain secara automatik perlu melucutkan kewarganegaraan Malaysia yang dipegangnya. Kalau mereka enggan kerajaan akan bertindak untuk melucutkannya. Selain itu, undang-undang kewarganegaraan juga memberi kuasa kepada kerajaan, atau lebih tepat lagi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk melucutkan kewarganegaraan mana-mana rakyat Malaysia yang menurut hemat kerajaan telah melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan yang bertentangan dengan kepentingan Malaysia. Atau apabila kesetiaan mereka terhadap negara diragui dan berbelah bahagi. Tetapi Perlembagaan Persekutuan itu sendiri secara terperinci tidak menghuraikan apa yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak baik itu. Ini bermakna, Menteri yang berkenaan mempunyai kuasa budi bicara yang luas dalam menentukan pemberian dan penamatan kewarganegaraan seseorang itu. Malah mengambil kira kompleksiti syarat-syarat dan kaedah mendapatkan kewarganegaraan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat pemberian kewarganegaraan adalah satu keistimewaan dan bukannya suatu hak. Namun sebelum kewarganegaraan itu dilucutkan, kerajaan hendaklah memberitahu mereka sebab-sebab tindakan itu hendak diambil. Ini perlu dilakukan sebagai memenuhi keperluan undang-undang. Bolehlah dirumuskan taraf kewarganegaraan bagi manamana individu di negara ini penting untuk menentukan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Hak itu bukan sekadar menjadikan negara ini tempat tinggal kekal mereka, tetapi hak-hak asasi, hak berpolitik, mendapat faedah-faedah sosial, pekerjaan di sektor awam, mendapat biasiswa, memasuki sekolah


56

M A L AY S I A

dan universiti awam. Dengan menjadi warganegara, seseorang itu tidak boleh dibuang negeri ke negeri asalnya. Apabila keluar negara, beliau tidak boleh dihalang pulang ke Malaysia. Dia tidak memerlukan permit untuk bekerja. Dia layak untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Sebagai warganegara, kita juga dibenarkan mengambil bahagian dalam bidang politik, boleh mengkritik dan memberi nasihat kepada kerajaan. Dari segi politik, kita boleh mendaftar sebagai pemilih dan menggunakan hak yang ada untuk mengundi untuk memilih kerajaan. Kita juga dibenarkan untuk menjadi calon pada pilihan raya umum dan jika menang bertanding boleh dilantik ke dalam Jemaah Menteri. Faedah-faedah kewarganegaraan itulah yang dinikmati serta merta oleh lebih sejuta orang penduduk bukan Melayu keturunan Cina dan India yang menjadi warganegara berdasarkan syaratsyarat liberal yang dipersetujui oleh bangsa Melayu menerusi Perlembagaan Persekutuan 1957. Dengan hanya satu coretan pena, orang bukan Melayu yang sebelum itu dianggap sebagai penduduk imigran secara automatik menjadi warganegara Tanah Melayu. Bagi tempoh setahun antara 1957 hingga 1958 seramai 822,567 yang lain menjadi warganegara dengan cara pendaftaran. Terima kasih kepada persetujuan pemimpin Melayu untuk menerima syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih longgar, bagi tempoh 1957 hingga 1970, lebih 1.7 juta orang bukan Melayu telah menjadi warganegara dengan cara pendaftaran dan naturalisasi. Secara terperinci hak dan tanggungjawab seorang warganegara tidak dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebagai warganegara kita dituntut untuk menunjukkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Kita juga mesti bersemangat patriotik. Kita juga mesti bersedia untuk mempertahankan negara ini daripada serangan musuh hingga ke titisan darah terakhir sekiranya negara ini diceroboh atau diserang. Sebagai warganegara, kita mestilah menghormati Perlembagaan Persekutuan, mentaati undang-undang, menyumbang terhadap


Kewarganegaraan

57

pembangunan dan kebajikan negara di samping bekerjasama dengan pihak berkuasa yang dilantik dengan sah di sisi undangundang dan mengekalkan masyarakat adil, sopan dan bersusila.


58

12 Kebebasan Asasi

Negara yang memiliki segala

jentera, alat, instrumen dan apparatus pemerintahan boleh bertindak dengan cara yang tidak bertanggungjawab terutamanya apabila yang diberi kuasa itu merupakan kelompok yang tidak segan silu untuk menyalahgunakan kuasa yang diberi. Ia juga boleh bertindak zalim terhadap rakyat dan warganya. Menyedari kemungkinan salah guna kuasa boleh berlaku, maka Perlembagaan Persekutuan turut memaktubkan sebilangan peruntukan yang bertujuan untuk menjamin kebebasan asasi warganya daripada diceroboh oleh alat-alat negara yang tidak bertanggungjawab itu. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, apa yang dianggap sebagai kebebasan asasi diperuntukan dalam Bahagian 2. Di bawah kebebasan asasi yang dianggap penting dalam sesebuah negara demokrasi itu sembilan hak telah disenaraikan, bermula dengan Perkara 5 membawalah kepada Perkara 13. Kebebasan asasi itu meliputi:

Perkara 5 – Kebebasan diri Kebebasan diri, seperti yang dinyatakan oleh Perkara 5 (1), (2),


Kebebasan Asasi

59

(3) dan (4) menjamin bahawa tiada seorangpun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan dirinya kecuali menurut undangundang; jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undangundang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu di bawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya; jika se­ seorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu; jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah di bawa ke hadapan seorang majistret dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan dengan kuasa majistret itu.

Perkara 6 – Keabdian dan kerja paksa dilarang Di bawah Perkara 6 ini, jaminan diberikan bahawa (1) tiada se­ siapa pun boleh ditahan sebagai abdi; (2) segala jenis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksudmaksud negara; (3) kerja berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini; (4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada tugas-tugas mana-mana pihak berkuasa awam adalah dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam lain,


60

M A L AY S I A

bagi maksud membolehkan tugas-tugas itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang pertama tersebut itu adalah diwajibkan berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua itu dan perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa awam kedua tersebut itu tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini, dan tiada seorang pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam yang pertama tersebut atau daripada pihak berkuasa awam yang kedua tersebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.

Perkara 7 – Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang. Perkara ini menjamin bahawa (1) tiada siapa pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi suatu kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan dan kerana sesuatu kesalahan tidak siapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah diketepikan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan; (2) seseorang yang telah dibebaskan daripada se­ suatu kesalahan atau disabitkan sesuatu tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu juga kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan pembicaraan semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.

Perkara 8 – Sama rata Perkara ini menjamin bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang


Kebebasan Asasi

61

sama rata di sisi undang-undang. Ia juga menetapkan kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan, “tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara sematamata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.” Selain itu pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana negeri juga dilarang menurut Perkara 8 (3). Perkara 8(4) menegaskan “tiada suatu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.”

Perkara 9 – Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak Perkara ini menjamin dua hak bagi warganegara Malaysia – pertama jaminan tiada seorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk dalam Persekutuan; kedua hak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. Bagaimanapun kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman ke atas pesalah-pesalah. Kebebasan bergerak tanpa batas ini juga tertakluk kepada undang-undang lain yang boleh dikenakan oleh Parlimen.


62

M A L AY S I A

Perkara 10 – Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan Kebebasan asasi tentang bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan membenarkan setiap warganegara bercakap dan me­ ngeluarkan fikiran; berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata dan menubuhkan persatuan. Tetapi sekali lagi hakhak ini tidak mutlak. Ini kerana Perkara 10 (2) memberi kuasa kepada Parlimen menggunakan undang-undang sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Perkara 11 – Kebebasan agama Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang menganuti pelbagai faham agama. Walaupun Islam dimaktubkan sebagai agama Persekutuan, tetapi penganutan agama-agama lain tidak dihalang seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ini. Antara lain, Perkara ini menyatakan tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan mengembangkannya; tiada siapa boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas bagi maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.Perkara 11 (3) pula memberi hak kepada tiap-tiap kumpulan agama untuk (a) menguruskan hal ehwal ugamanya sendiri; (b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat dan (c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan


Kebebasan Asasi

63

mentadbirkannya mengikut undang-undang. Bagaimanapun demi menjamin kesucian agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada undangundang Persekutuan mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.

Perkara 12 – Hak-hak berkenaan dengan pelajaran Hak-hak berkenaan dengan pelajaran ini menjamin hak sama rata terhadap mana-mana juga warganegara tanpa mengira agama, kaum, keturunan atau tempat lahir “dalam pentadbiran manamana yayasan pelajaran yang disenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam khususnya tentang kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran.” Perkara 12 (2) memberi hak kepada mana-mana kumpulan agama untuk ‘menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu. Perkara 12 (2) turut memberi kuasa kepada Persekutuan atau Negeri menubuh dan menyenggara institusi-institusi Islam dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu. Perkara 12(3) pula menetapkan “tiada siapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran apaapa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.” Perkara 12(4) pula menetapkan “ugama bagi seseorang yang berumur di bawah 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.


64

M A L AY S I A

Perkara 13 – Hak terhadap harta Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas yang mem­ benarkan warganegaranya mengumpul kekayaan dan harta. Lantaran jaminan negara bahawa harta yang dikumpul oleh rakyat tidak akan dirampas secara sewenang-wenangnya adalah penting. Ja­m inan ini diberi oleh Perkara 13 Perlembagaan Per­sekutuan yang menyatakan (1) tidak seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan (2) tidak sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Kebebasan asasi: antara ideal dan realiti Tidak dapat disangkal bahawa Perlembagaan Persekutuan menyediakan kebebasan asasi yang secukupnya bagi warganya. Persoalannya: apakah kebebasan asasi yang diberikan itu mutlak dan hakiki? Atau apakah ia sekadar kebebasan asasi yang berprasyarat? Bagaimana pula pelaksanaannya? Apakah ada antara hak-hak asasi individu rakyat Malaysia yang telah dicabul oleh negara atau kerajaan yang memerintah bagi pihak negara? Kalau pencabulan berlaku, kepada siapakah rakyat hendak mengadu? Atau adakah tempat mereka mengadu – dalam kes ini tentulah mahkamah – telah memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada warganegara yang berasa kebebasan asasinya telah dicerobohi? Atau mahkamah sekadar menjadi hakim yang memperkukuhkan status quo dengan mengiakan apa sahaja yang dipinta oleh pihak berkuasa? Biarlah sejak mula lagi kita rumuskan bahawa kebebasan asasi yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan suatu


Kebebasan Asasi

65

kebebasan yang mutlak atau hakiki. Dalam erti kata kebebasan itu membolehkan warga Malaysia berbuat apa sahaja. Tidak ada negara yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada war­ ganya. Dalam konteks negara ini, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, dalam bukunya Malaysian Constitution – A Critical Introduction mengamati bahawa kebebasan asasi dibatasi sama ada oleh undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dasar-dasar yang tetapkan oleh kuasa eksekutif dan cara mahkamah mentafsirkan undang-undang itu. Contohnya kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan dibatasi oleh Akta Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Polis 1967, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan beberapa akta yang lain. Akibatnya, Dr. Abdul Aziz Bari merumuskan: “ rakyat bergantung ehsan kepada pihak berkuasa; satu kedudukan yang tidak selari dengan pengertian demokrasi dan keperlembagaan di mana hak-hak asasi dianggap tidak boleh disentuh atau malah suci dan bahawa pihak berkuasa berada pada kedudukan untuk menjadi pengimbang antara kepentingan-kepentingan dan hak-hak yang berlawanan.â€? Beliau berpendapat dari segi teori memang berkemungkinan bagi mahkamah untuk mengisytiharkan undangundang dan tindakan-tindakan eksekutif bercanggah dengan perlembagaan, tetapi itu jarang-jarang berlaku. Dr. Abdul Aziz juga berpendapat selain undang-undang, Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan pihak eksekutif dan parlimen untuk merampas sebahagian besar kebebasan asasi itu melalui pengisytiharan darurat dan meluluskan undang-undang untuk membendung subversif. Pendirian yang diambil oleh para hakim bahawa mereka hanya prihatin dengan pengurusan undang-undang seperti yang terkandung dalam statut, juga tidak membantu.


66

13 Pilihan Raya

Pilihan raya ialah satu meka足

nis足me untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di peringkat Persekutuan atau pun negeri. Ia juga kesempatan untuk pihak-pihak yang ingin berkuasa, memerintah dengan legitimasi rakyat yang ingin ditadbirkannya melalui satu proses yang dianggap adil dan saksama. Apa yang berlaku ialah peng足 undi dalam sesuatu kawasan pilihan raya akan memilih wakil ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri daripada senarai calon-calon pelbagai parti politik yang menawarkan diri untuk bertanding. Oleh kerana Malaysia memilih sistem satu kawasan satu wakil, maka calon yang mendapat undi paling banyak berbanding calon-calon lain pada hari pengundian, calon berkenaan akan diisytiharkan sebagai pemenang, walaupun kelebihan undi yang diperolehi berbanding pencabarnya cuma satu. Jika tiada calon lain yang menawarkan diri, maka calon tunggal itu akan diisytiharkan sebagai pememang. Parti politik, baik sendirian atau melalui kerjasama dalam satu pakatan yang memenangi kerusi terbanyak pada pilihan raya itu kemudian akan menguasai dewan perundangan. Mereka lazimnya akan membentuk kerajaan. Ketua


Pilihan Raya

67

partinya pula dilantik sebagai Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri. Amalan memilih kerajaan menerusi pilihan raya ini diperkenalkan di negara ini pada Disember 1951 pada peringkat majlis perbandaran di George Town, Pulau Pinang. Rancangan asal Inggeris ialah untuk mengadakan pilihan raya yang pertama di Kuala Lumpur pada November 1951, tetapi rancangan itu ditangguhkan ke 6 Februari 1952 berikutan pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Henry Gurney pada Oktober 1951. Selepas Kuala Lumpur, pilihan raya kerajaan tempatan telah di­ adakan di beberapa buah bandar utama yang lain. Pilihan raya kerajaan tempatan itu diadakan sebagai mempersiapkan Tanah Melayu menjadi sebuah negara demokrasi seperti yang telah dinyatakan pada Perjanjian Persekutuan 1948. Bagaimanapun hasrat itu tidak dapat dilaksanakan segera kerana ancaman pemberontakan komunis yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya. Hanya setelah keadaan berada dalam kawalan pada awal 1950an, barulah hak mengundi diberi kepada rakyat negara ini secara berperingkat-peringkat, bermula dengan pilihan raya kerajaan tempatan tadi, diikuti pada 1955 dengan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan. Pada pilihan raya itu, 52 kerusi dipertandingkan – 51 dimenangi oleh Perikatan yang terdiri daripada parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Satu kerusi dimenangi oleh Parti Islam SeTanah Melayu, PAS. Pilihan raya itu telah membolehkan Perikatan membentuk kerajaan. Tunku Abdul Rahman, selaku Ketua UMNO dan Perikatan, dilantik sebagai Ketua Menteri manakala para pemimpin kanan Perikatan yang lain dilantik oleh Tunku Abdul Rahman ke Jemaah Menteri. Pilihan raya umum yang pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka diadakan pada 1959 apabila mandat memerintah yang diperolehi menerusi pilihan raya 1955, berakhir. Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan hayat Parlimen dan Dewan-dewan


68

M A L AY S I A

Undangan Negeri adalah untuk tempoh selama itu. Ini bermakna selepas lima tahun berkuasa, parti yang memerintah di peringkat Persekutuan dan Negeri hendaklah mendapatkan mandat baru untuk tempoh lima tahun lagi dengan membubarkan Parlimen dan Dewan Negeri bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum itu. Walaupun lima tahun ditetapkan sebagai hayat maksimum bagi dewan perundangan, tetapi kerajaan yang berkuasa diberi hak untuk mengadakan pilihan raya itu tanpa menunggu tempoh lima tahun itu berakhir. Sebaik sahaja Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas dewan perundangan itu dibubarkan. Kerajaan bagaimanapun tidak terlibat dalam penganjuran pilihan raya itu. Sebuah badan bebas bernama Suruhanjaya Pilihanraya bertanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya itu. Sesuatu pilihan raya akan dimulakan dengan hari penamaan calon. Pada hari yang ditetapkan itu, parti-parti politik yang ingin menawarkan diri untuk bertanding akan menamakan caloncalon masing-masing bagi kawasan Parlimen atau Negeri yang telah ditetapkan. Jika kertas pencalonan mereka tidak menimbulkan sebagai masalah, maka akan berlakulah pertandingan. Kempen memancing undi akan bermula sebaik sahaja penamaan calon selesai dan akan tamat pada jam 12 malam menjelang hari pengundian. Setiap parti politik yang serius untuk membentuk kerajaan, akan menerbitkan manifesto pilihan raya menghuraikan program-program yang ingin dilaksanakan jika diberi mandat untuk berkuasa. Sepanjang tempoh berkempen, parti-parti yang bertanding bukan sahaja akan menjelaskan sebab-sebab mereka bertanding, tetapi menyerang musuh politik ada kalanya secara sengit. Menurut rekod, tempoh berkempen paling panjang ialah selama 147 hari pada pilihan raya 1955. Tetapi lazimnya sekarang kempen itu tidak melebihi 14 hari. Sejak merdeka pada 1957, negara ini telah mengadakan 12 pi­ lihan raya umum – pada 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986,


Pilihan Raya

69

1990, 1995, 1999, 2004 dan yang terakhir pada 2008. Tempoh dewan perundangan yang ada dijangka tamat pada Mac 2013. Untuk menjimatkan sumber, pilihan raya umum biasanya diadakan serentak pada peringkat Persekutuan dan Negeri kecuali di Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum 2004, pilihan raya peringkat negeri Sabah telah dilangsungkan serentak dengan pilihan raya Persekutuan. Kini hanya pilihan raya negeri Sarawak yang diadakan secara berasingan kerana tempoh dewan legislatif negeri itu berakhir tidak sama dengan Persekutuan. Selain pilihan raya umum, pilihan raya kecil juga akan diadakan dari masa ke masa. Ia diadakan apabila terdapat kekosongan bagi kerusi Parlimen atau Negeri berikutan kematian wakil rakyatnya, atau wakil sedia ada melepaskan kedudukannya. Bagaimanapun sekiranya kekosongan itu berlaku dalam masa dua tahun menjelang pilihan raya umum hendak diadakan, maka pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu tidak perlu dianjurkan. Kerusi berkenaan akan dibiarkan kosong sehinggalah pilihan raya umum berlangsung. Walaupun Malaysia sudah mengalami 12 kali pilihan raya umum, tetapi kerajaan yang berkuasa sejak merdeka adalah parti yang sama. Antara 1957 hingga 1974, parti politik itu dikenali sebagai Perikatan yang dianggotai oleh tiga buah parti. Mulai 1974, parti tiga anggota itu bertukar menjadi Barisan Nasional (BN) apabila keahliannya disertai oleh enam parti politik yang lain. Perikatan dan BN telah menampilkan lima orang Perdana Menteri – Tunku Abdul Rahman (1957–1970), Tun Abdul Razak Hussein (1970–1976), Tun Hussein Onn (1976–1981), Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981–2003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mulai 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. Mulai tarikh yang sama jawatan bertukar tangan kepada Datuk Seri Mohd. Najib Razak. Walaupun di peringkat Persekutuan, BN kekal berkuasa


70

M A L AY S I A

selama lebih 50 tahun (hingga 2010), tetapi di peringkat kerajaan Negeri, parti itu pernah mengalami kekalahan. Malah pada pilihan raya umum pertama pada 1959, Perikatan tewas di Kelantan dan Terengganu. Terengganu berjaya ditawan pada Pilihan Raya Umum 1964, manakala Kelantan pada pilihan raya 1986. BN juga pernah tewas di tangan Berjaya dan Parti Bersatu Sabah pada pilihan raya negeri di bawah bayu itu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, BN kalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Bagaimanapun, Perak dikuasai setahun kemudian apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dan PKR meninggalkan parti masing-masing Pilihan raya kerajaan tempatan atau majlis perbandaran yang pertama kali diperkenalkan pada 1951, sudah ditiadakan lagi. Keputusan dibuat pada 1963 untuk menggantung pilihan raya itu dan menghentikannya buat selama-lamanya pada 1976. Kerajaan-kerajaan tempatan, yang kini dikenali dengan entiti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, kini diisi dengan ahli-ahli yang dilantik oleh parti yang berkuasa pada peringkat kerajaan negeri. Ketua pentadbir majlis, yang dikenali sebagai Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya, Yang Dipertua bagi Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah pula terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Hanya ahli majlis yang terdiri daripada orang-orang politik atau daripada kalangan professional yang mewakili kepentingan-kepentingan tertentu.


71

14 Ekonomi

Malaysia ialah sebuah negara

yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas. Ekonomi laisses-faire ini bukanlah ciptaan asli negara ini. Ia diwarisi daripada Inggeris yang telah menjajah Tanah Melayu secara langsung di Negeri-negeri Selat atau secara tidak langsung menerusi campurtangan di sembilan buah negeri Melayu yang lain bermula di Perak pada 1874. Penguasaan selama 171 tahun antara 1786 sehingga 1957 telah menjadikan negara ini sebuah negara kapitalis yang bertunjangkan pertanian. Pertumbuhan ekonominya bergantung kepada eksport dan pasaran dunia. Selama tempoh itu, Tanah Melayu telah diserap ke dalam ekonomi kapitalisme antarabangsa bagi memenuhi dua fungsi: Pertama, sebagai pembekal bahan-bahan mentah untuk menggerakkan Revolusi Perindustrian di United Kingdom antara 1760 hingga 1860 dan seterusnya selepas itu; dan kedua, sebagai pasaran tersedia bagi produk perkilangan yang dihasilkan oleh revolusi itu. Fenomena ini membuat ekonomi Malaysia bergantung pada ekonomi pasaran untuk pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi. Pada peringkat awal kedatangan Inggeris, tumpuan mereka adalah untuk mendapatkan rempah ratus, hasil-hasil pertanian


72

M A L AY S I A

lain seperti lada hitam, cengkih, gambir, padi, kelapa, pokok nipah, indigo dan tebu. Bumi Tanah Melayu kemudian dikorek untuk mendapatkan bijih timah, emas, arang batu, bijih besi bagi menghasilkan pelbagai barangan perkilangan yang dijual ke seluruh dunia. Hutan-hutan tropika Tanah Melayu pula merupakan sumber penting kayu kayan Inggeris. Tidak timbul keprihatinan untuk menjaga alam sekitar pada waktu itu. Kebimbangan tentang perubahan cuaca juga tidak pernah difikirkan. Yang dilihat oleh penjajah ialah pelbagai jenis kayu kayan untuk memuaskan selera pengguna bagi mendapatkan perabot berkualiti tinggi setelah hutan utama di negara sendiri diteroka untuk dijadikan ladang-ladang gandum atau ladang ternakan. Lantaran itu, hutan tropika diteroka secara lahap oleh mereka. Pada akhir abad kesembilan belas, Tanah Melayu dimajukan pula menjadi ladang getah. British menggunakan benih asal yang dibawa daripada Brazil. Ini disusuli dengan penanam kelapa sawit. Pada 1937, kawasan seluas 3.3 juta ekar ditanam dengan pokok getah yang tumbuh subur di seluruh Tanah Melayu. Daripada jumlah itu, dua juta ekar terdiri daripada estet yang ditakrifkan sebagai kawasan 100 ekar ke atas. Sebahagian besar estet-estet itu dimiliki oleh bangsa Eropah manakala bakinya oleh kapitalis Cina. Eksport bersih getah Tanah Melayu pada waktu itu ialah sebanyak 681,638 ton. Begitu pentingnya industri getah dan bijih timah Tanah Melayu kepada Inggeris sewaktu tahun-tahun awal Perang Dunia Kedua sehingga negara ini diberi gelaran dollar arsenal Britain. Barangan siap kedua-dua komoditi itu merupakan cara mudah bagi United Kingdom untuk mendapatkan dolar Amerika bagi membiayai jentera perangnya menentang rejim Nazi Hitler Jerman yang bermaharajalela di Eropah. Sewaktu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ekonomi足nya pada asas tidak banyak berubah. Kerajaan Perikatan yang mengam足bil alih daripada tuan politik kulit putih mereka, me足 neruskan ekonomi kapitalis. Tidak ada industri negara yang


Ekonomi

73

dimiliknegarakan walaupun pada hakikatnya penduduk pribumi terpinggir dalam ekonomi arus perdana yang sama ada dikuasai oleh pemilik-pemilik Inggeris atau orang Cina. Dasar Inggeris yang mahu orang Melayu sekadar menjadi pekebun kecil, menyebabkan mereka terpisah daripada arus perdana pembangunan ekonomi. Kedatangan pelabur-pelabur asing dalam membolot kekayaan ekonomi negara dialu-alukan. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman secara berterus terang memberitahu, kerajaan tidak memilih ekonomi terancang kerana matlamat kerajaan adalah untuk menyediakan pekerjaan kepada rakyat selain menyediakan mereka dengan rumah yang agak selesa untuk didiami. Beliau tidak berhajat untuk membina berek atau membeli senjata untuk rakyatnya. Hasrat menyediakan pekerjaan, mengisi perut rakyat dan perumahan yang selesa untuk mereka, menurut Tunku Abdul Rahman, hanya boleh dicapai menerusi ekonomi pasaran bebas. Sebab itu beliau menolak jalan pembangunan berasaskan sosialisme yang dipilih oleh sebilangan negara lain di Asia Tenggara. Pilihan Tunku Abdul Rahman itu memang tepat. Pada tahun-tahun awal kemerdekaan, sektor pertanian me­ rupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dua komoditi utama negara – bijih timah dan getah – kekal sebagai eksport terpenting negara. Senarai komoditi itu kemudian ditambah dengan kelapa sawit dan minyak. Sektor perkilangan dan pembuatan masih pada peringkat bayi. Kehadirannya juga lebih merupakan untuk memenuhi pasaran domestik. Bagaimanapun, pada pertengahan 1970an, ekonomi Malaysia menyaksikan sedikit perubahan. Perindustrian mula mengambil tempat dengan wujudnya zon-zon perdagangan bebas khususnya berhampiran Kuala Lumpur dan di bandar-bandar utama yang lain seperti di Pulau Pinang. Secara perlahan-lahan, eksport barangan perkilangan meningkat, tetapi komoditi kekal sebagai penyumbang utama pendapatan negara. Selari dengan pegangan pasaran bebasnya,


74

M A L AY S I A

kerajaan mengadakan promosi agresif untuk mempelawa pelaburpelabur asing untuk menanam modal di negara ini. Pada mulanya Malaysia dijual sebagai tempat pelaburan dengan kos buruh yang murah, selain berkemahiran dan faham bahasa Inggeris. Kestabilan politik dan pemberian beberapa insentif cukai melalui skim taraf perintis menyaksikan kedatangan pelaburan besar-besaran dalam bidang elektronik terutamanya daripada Jepun, Korea dan beberapa buah negara perindustrian baru yang lain. Selari dengan perkembangan itu, Malaysia dirancang untuk menjadi sebuah negara industri maju pada 2020. Perjalanan ke arah mencapai status itu nampaknya berada pada landasan yang betul. Selepas lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia berubah daripada dua sudut – pertama, eksport industri mengatasi komoditi dan kedua, rakan perdagangan Malaysia tidak lagi negara-negara maju. Apa yang lebih menarik ialah nilai perdagangan negara dengan komuniti antarabangsa buat pertama kalinya mencecah satu trilion ringgit atau jumlah tepatnya RM1,069,000,000,000 bagi 2006. Angka itu mewakili RM588.95 bilion nilai eksport dan RM480.49 bilion import. Pencapaian ini adalah satu rekod. Apabila ia diumumkan pada 8 Februari 2007, akhbar-akhbar arus perdana menjadikannya sebagai berita muka depan. Nilai perdagangan negara RM1.069 trilion, kata Berita Harian dan Utusan Malaysia. Record trillion, kata Star dan New Straits Times. Angka-angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 8 Februari 2007 juga menunjukkan bahawa sektor perkilangan mulai 1997 adalah pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Ia merupakan 78.5 peratus jumlah perdagangan Malaysia berbanding 14 peratus pada 1987. Ketika itu, 53.4 peratus perdagangan Malaysia datangnya daripada minyak mentah, kayu kayan, minyak sawit dan getah. Eksport sektor komoditi pada 1997 jatuh kepada 17 peratus. Sekiranya pada 1987, perdagangan Malaysia tertumpu kepada


Ekonomi

75

ekonomi negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah, pada 1997, negara berjaya memperluaskan rakan da足gangannya ke negara-negara Asean, Asia Barat dan China. Kita juga telah memperluaskan perdagangan kita untuk meliputi negara-negara di Latin Amerika, Asia Selatan dan Eropah Timur. Malaysia juga berjaya menarik lebih banyak pelaburan langsung asing bagi tempoh 1998-2005. Pada 1998 nilai pelaburan langsung asing di negara ini bernilai RM13.06 bilion. Pada 2005 nilainya bertambah kepada RM17.88 bilion. Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK juga bertambah daripada RM182.2 bilion kepada RM277.2 bilion pada 2005. Perkembangan itu membantu memulihkan Indeks Komposit Bursa Malaysia yang jatuh teruk kepada 262.7 mata pada Januari 1998 kepada melebihi 1,300 mata pada awal 2007. Pada waktu yang sama, jumlah syarikat yang membuka pejabat dan ibu pejabat serantau di Malaysia bagi merebut peluang ekonomi kerana lokasinya yang strategik juga meningkat. Menurut perangkaan Kementerian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sehingga akhir 2006, sejumlah 2,281 buah syarikat telah membuka pejabat dan ibu pejabat masing-masing di negara ini. Dari jumlah itu, 133 ialah ibu pejabat beroperasi, 191 pusat pemerolehan antarabangsa, 17 pusat pengagihan serantau dan 593 pejabat serantau. Jelas bahawa berdasarkan angka-angka itu, perjalanan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, dengan acuan sendiri tentunya, seperti yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 tidak mustahil menjadi kenyataan. Kejayaan ini apabila tercapai kelak menunjukkan bahawa para pengasas Malaysia telah memilih sistem ekonomi yang betul apabila mereka membebaskan negara pada 1957. Ekonomi laisses-faire yang kemudian diteruskan oleh para pemimpin lain selepas mereka, walaupun dari masa ke masa telah dikritik hebat atas alasan-alasan ideologi atau ketidakadilan dari segi agihan, telah membawa kemakmuran kepada negara ini.


76

15 Kedudukan Geografi

Dalam peta dunia, Persekutuan

Malaysia terletak dalam laluan strategik perairan antarabangsa. Pantai timur Semenanjung Malaysia (dulunya Tanah Melayu), khususnya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan pantai barat Sabah dan Sarawak terletak mengadap Laut China Selatan. Pantai barat lapan buah negeri di Semenanjung – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula terletak mengadap Selat Melaka. Kedua-dua Selat Melaka dan Laut China Selatan adalah laluan yang menghubungkan negara-negara sebelah timur dan barat dunia. Kerana kedudukannya, Selat Melaka khususnya adalah sebuah laluan yang cukup sibuk. Kedudukan strategik selat itu juga yang telah membawa kedatangan penjajah Eropah ke Tanah Melayu dan Melaka bermula dengan penjajahan Portugis pada 1511 hingga 1641, diikuti oleh Belanda (1641–1824) dan seterusnya kedatangan Inggeris pada 1786 di Pulau Pinang. Malaysia meliputi sebuah kawasan seluas 330,000 kilometer persegi. Ia terletak dalam kawasan garis lintang antara satu hingga tujuh darjah di utara Khatulistiwa. Di bahagian utara, ia bersempadankan Thailand (bagi Semenanjung Malaysia) dan


Kedudukan Geografi

77

Filipina (bagi Sabah). Sarawak pula di sebelah timur dan selatan bersempadankan Indonesia. Pada titik yang paling dekat, jarak yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sa­rawak ialah sejauh 864 kilometer. Perjalanan dengan kapalterbang antara ibu negara Kuala Lumpur dengan ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, ialah kira-kira tiga jam; manakala perjalanan Kuala Lumpur-Kuching pula ialah hampir dua jam. Oleh kerana Malaysia terletak dalam kawasan tropika, maka ia adalah sebuah negara yang panas sepanjang tahun. Suhu pura­ tanya ialah 25 darjah Celsius setiap hari. Iklimnya pula tertakluk kepada tiupan angin monsun timur laut dan barat daya. Kadar kelembapan adalah tinggi dan pada musim tengkujuh yang kini sukar diiramalkan akibat perubahan iklim dunia, hujan yang turun agak lebat. Jika sebelum ini musim tengkujuh melanda pantai timur Semenanjung pada akhir tahun, kini keadaannya tidak lagi menentu. Jika dulu yang sering dilanda banjir setiap kali musim hujan melanda adalah negeri-negeri pantai timur se­ perti Kelantan, Terengganu dan Pahang, mulai 2007, Johor yang tidak mengalami keadaan itu, turut dilanda banjir teruk. Topografi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak me­ ngandungi dua unsur – kawasan pantai dengan lembah yang kaya dengan hasil bumi, hutan yang produktif dan tanah luas yang subur manakala bahagian pedalamannya dipenuhi kawasan gunung-ganang. Malaysia juga bertuah kerana ia tidak terletak dalam lingkaran kawasan gempa bumi seperti negara jiran, Indonesia. Kemungkinan gempa bumi melanda negara ini adalah agak terpencil. Malaysia juga bernasib baik kerana di negara ini tidak terdapat gunung berapi yang berkemungkinan memuntahkan laharnya pada bila-bila masa sahaja. Lantaran itu dalam sejarah kewujudannya, Malaysia belum pernah diserang oleh gempa bumi. Apa yang dapat dirasakan ialah gegaran-gegaran kecil apabila berlaku fenomena gempa bumi di Indonesia. Di Semenanjung Malaysia, apa yang dikenali sebagai banjaran


78

M A L AY S I A

Titiwangsa menjadi pemisah antara negeri-negeri pantai barat dan timur, bermula di kawasan sempadan dengan Thailand di utara membawalah kepada Negeri Sembilan di selatan. Gunung tertinggi di Malaysia dan juga di Asia Tenggara ialah Gunung Kinabalu. Gunung dengan ketinggian 4,175 meter itu terletak di Sabah. Walaupun pembangunan berjalan pesat di Malaysia, empat per lima kawasan buminya masih diselaputi oleh hutan tropika yang menjadi sumber utama pengeluaran oksigen dan penyerap karbon dioksida dunia. Bumi Malaysia bukan sahaja subur, tetapi dirahmati dengan hasil-hasil bumi yang diperlukan oleh dunia. Suatu waktu dulu, ketika itu masih lagi bergelar Tanah Melayu, Malaysia merupakan pengeksport utama bijih timah; kemudian ia menjadi pengeluar utama getah. Hari ini bijih timah sudah tidak lagi menggerakkan ekonomi Malaysia. Tetapi getah, kepala sawit dan beberapa hasil pertanian yang lain serta kayu-kayan masih lagi memainkan pe足 ranan utama dalam pertumbuhan ekonomi negara. Bagaimanapun kedudukannya tidak sepenting dulu. Sektor perkilangan dan perkhidmatan kini sudah mengambil alih sebagai jentera pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan kepada komoditi-komoditi itu ialah petroleum yang terdapat di Sarawak dan juga di luar pantai Terengganu. Tidak kurang pentingnya ialah bidang penanaman padi, kegiatan nelayan di pantai timur Semenanjung dan kegiatan pertanian dalam pelbagai bidang.


79

16 Komposisi Penduduk

K etika

kuasa-kuasa Eropah datang ke rantau ini untuk mengibarkan panji-panji imperialisme mereka, bermula dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 1511, diikuti dengan penjajahan Belanda pada 1641, dan kemudiannya Inggeris secara berperingkat-peringkat mulai 1786, Tanah Melayu adalah sebuah negara homogen. Ia dihuni seratus peratus oleh pelbagai etnik bangsa Melayu. Kalau pun ada orang asing yang menetap di negeri-negeri Melayu waktu itu, bilangannya adalah terlalu sedikit. Di Melaka misalnya terdapat orang keturunan China, selain pedagang-pedagang India dan Arab. Bagaimanapun, pendudukan Inggeris selama 171 tahun (17861957) ke atas Tanah Melayu telah mengubah landskap komposisi penduduk negara ini. Dasar sengaja Inggeris membawa masuk tenaga kerja daripada India dan China untuk membantu mereka memeras kekayaan bumi Tanah Melayu, terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan, telah menjadikan negara ini sebuah negara berbilang bangsa. Pada mulanya orang-orang China dan India itu bekerja secara sementara untuk mencari rezeki yang membebaskan mereka daripada kesempitan hidup di negara masing-masing. Mereka tidak berhajat untuk tinggal kekal


80

M A L AY S I A

di Tanah Melayu. Di kalangan generasi pertama pendatang itu, azam mereka ialah untuk membuat sebanyak mungkin kekayaan dan kemudian pulang ke negara asal masing-masing. Tetapi setelah lama tinggal di Tanah Melayu, sebahagian besar mereka membuat keputusan untuk kekal di negara ini. Di kalangan generasi yang lahir di negara ini, mereka menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka sendiri. Mereka tidak pernah berfikir untuk kembali ke negara asal bapa atau datuk mereka. Soal untuk kembali ke China atau India, tidak timbul sama sekali. Menyedari hakikat itu, pihak Inggeris mula memikirkan cara terbaik untuk menjamin hak penduduk imigran itu di Tanah Melayu. Di negeri-negeri Selat, orang imigran yang layak, diberi taraf kewarganegaraan Inggeris. Di negeri-negeri Melayu yang lain konsep kewarganegaraan atau kerakyatan untuk orang asing seperti yang kita fahami sekarang, tidak ada lagi. Lantaran itu, sebaik sahaja Inggeris berkuasa semula di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua, penjajah Inggeris melihat ia adalah ke足 sempatan terbaik untuk memberi pengiktirafan kepada penduduk imigran itu menjadi warganegara di Tanah Melayu dengan hak yang sama dengan orang Melayu dan penduduk pribumi yang lain. Maka melalui pemerintahan Malayan Union, yang diperkenalkan pada 1 April 1946, konsep kewarganegaraan diperkenalkan. Dengan menggunakan prinsip jus soli, orang China dan India yang lahir di negara ini pada waktu Malayan Union dikuatkuasakan secara automatik menjadi warganegara Tanah Melayu. Mereka yang sudah memenuhi tempoh layak bermastautin sekurangkurangnya sepuluh tahun, juga mendapat hak yang sama. Mereka diberi hak yang sama seperti penduduk asal di negara ini. Bangsa Melayu yang bimbang bahawa Malayan Union akan menukar Malaya menjadi Chinaya, membantah rancangan jahat Inggeris. Mereka bangkit untuk menumbangkan Malayan Union dan mahu


Ko m p o s i s i Pe n d u d u k

81

syarat-syarat mendapatkan kewarganegaraan Malaya diper­ke­ tatkan. Perjuangan mereka berjaya. Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Tetapi perjuangan mereka untuk menafikan orang China dan India mendapatkan hak kerakyatan/kewarganegaraan tidak dapat disekat. Melalui Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu tetap diberi hak kewarganegaraan Tanah Melayu. Cuma kelayakan untuk mendapatkan kerakyatan itu diperketatkan sedikit. Sewaktu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, dianggarkan 1.5 juta orang China dan India diterima menjadi rakyat Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli manakala 800,000 yang lain dengan kaedah-kaedah mengikut tempoh mereka bermastautin di negara ini. Perkembangan itu yang dipersetujui oleh para pemimpin bangsa Melayu itu sendiri bermakna tamatlah status Tanah Melayu sebagai negara yang dihuni secara eksklusif oleh pel­ba­gai etnik bangsa Melayu. Secara rasmi, Tanah Melayu bertukar menjadi negara berbilang bangsa iaitu Melayu dan bukan Melayu. Bagaimanapun bangsa Melayu kekal sebagai penduduk majoriti, walaupun pada peringkat awal perbezaan peratusan Melayu-bukan Melayu tidaklah besar. Malah komposisi penduduk Melayu-bukan Melayu boleh dikatakan hampir seimbang. Bancian yang dibuat pada 1957 yang diterbitkan dalam Official Year Book, Federation of Malaya, 1961 menyatakan sewaktu negara mencapai kemerdekaan, keseluruhan penduduk Tanah Melayu berjumlah 6.2 juta orang. Daripada jumlah itu, 49.8 pe­ ratus atau 3.1 juta orang adalah bangsa Melayu; 37.1 peratus atau 2.33 juta orang bangsa China; 11.1 peratus atau 699,000 adalah keturunan India dan lain-lain dua peratus atau 123,000 orang. Ini bererti sekiranya penduduk Cina dan India dicampur, bilangan mereka adalah hampir menyamai penduduk Melayu. Penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Tanah Melayu pada 1963 untuk membentuk Persekutuan Malaysia, tidak


82

M A L AY S I A

banyak mengubah komposisi penduduk negara ini. Penduduk Melayu dan kaum pribumi yang berada pada paras 46.6 peratus atau 4.2 juta orang; penduduk Cina 41.9 peratus atau 3.7 juta, India dan lain-lain 11.5 juta atau satu juta orang. Penyingkiran Singapura daripada Malaysia pada 1965, mengakibatkan penduduk Cina berkurangan sebanyak lebih satu juta orang. Hari ini selepas 50 tahun Malaysia merdeka, penduduknya pada awal 2007 berjumlah sebanyak 26.64 juta orang. Daripada jumlah itu, 61.58 peratus terdiri daripada orang Melayu dan etnik pribumi yang lain; 23.35 peratus Cina; 6.98 peratus India dan 8 peratus kaum-kaum lain. Dari segi jantina pula, 50.91 peratus terdiri daripada lelaki; manakala bakinya 49.09 wanita. Peratusan mengikut zon usia pula adalah seperti berikut: 32.4 peratus berusia 14 tahun ke bawah; 34.05 peratus berumur antara 15 hingga 34 tahun; 23.48 peratus berusia 35 hingga 54 tahun dan 10.07 peratus berusia 55 tahun ke atas.


83

17 Melayu dan Bumiputera – Takrif Perlembagaan Melayu dan bumiputera adalah

istilah generik yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk kepada penduduk pribumi Malaysia. Maksud pribumi itu ialah asal usul mereka adalah daripada alam Melayu yang satu ketika bukan sahaja meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak atau Sabah, tetapi hampir seluruh rantau Asia Tenggara – termasuk wilayah yang kini dikenali sebagai Indonesia, Borneo, selatan Thailand dan selatan Filipina. Ketika itu konsep negara bangsa yang dicipta oleh Barat yang kemudian menjadikan Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai tiga buah negara berasingan tidak ada. Empayar Melayu, sama ada yang bertapak di Tanah Melayu, Sumatera atau Java menguasai seluruh gugusan kepulauan Melayu. Penghuni alam Melayu itu bebas untuk berpindah randah tanpa perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen. Mereka hanya perlu menyatakan ikrar taat setiap kepada Sultan yang bertakhta dan mereka akan diiktiraf sebagai rakyat wilayah atau empayar berkenaan. Sebab itu apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui oleh Raja-raja Melayu pada 1948 mentakrifkan Melayu sebagai lazimnya bertutur bahasa Melayu, menganut agama Islam


84

M A L AY S I A

dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seperti yang dijelaskan Tun Mohamed Suffian dalam bukunya Mengenal Perlembagaan Malaysia perjanjian itu memperuntukkan bahawa mengikut perenggan (a), fasal kecil (3), seorang Melayu yang dilahirkan di sebuah negeri Melayu (atau dilahirkan di luar negeri-negeri Melayu dan semasa dia dilahirkan, bapanya adalah rakyat Raja negeri tersebut) adalah menjadi rakyat Raja di negeri itu; dan mengikut fasal kecil (1) daripada fasal yang sama pada dan selepas 1 Februari 1948, dia adalah seorang warganegara persekutuan mengikut kuat kuasa undang-undang. Jadi dapatlah dilihat bahawa sebelum merdeka seorang Indonesia boleh dianggap Melayu walaupun dia tidak mempunyai hubungan dengan Persekutuan. Bagaimanapun mereka tidak boleh menjadi warganegara sekiranya dia tidak dilahirkan di sebuah negeri Melayu. Takrif orang Melayu itu kemudian disalin ke dalam tiap-tiap enakmen negeri Melayu yang diperbuat undang-undang mengenai kerak足 yatan pada 1952. Bagaimanapun pada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, takrif siapakah itu Melayu secara lebih spesifik telah dibuat mengikut perkara 160(2). Takrif Melayu itu kini menjadi seseorang yang menganut agama Islam, yang lazimnya bertutur bahasa Melayu, yang mengamalkan adat istiadat Melayu, tetapi lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura atau pada Hari Merdeka, dia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau dia adalah berketurunan daripada seseorang yang disebutkan. Pentakrifan baru itu bermakna untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan seseorang itu tidak semestinya berketurunan bangsa Melayu. Seorang India atau Cina boleh diiktiraf sebagai Melayu jika dia menganut agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Begitulah sebaliknya jika orang keturunan Melayu yang tidak


M e l a y u d a n B u m i p u t e r a – Ta k r i f P e r l e m b a g a a n

85

lagi mengamalkan adat istiadat Melayu, tidak bertutur bahasa Melayu, apa lagi kalau tidak beragama Islam, maka dia tidak lagi diiktiraf sebagai Melayu bagi maksud perlembagaan. Memandangkan penduduk pribumi Melayu itu mesti beragama Islam (selain bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu) maka penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada 1963, telah memberi warna lain kepada istilah pribumi. Di kedua-dua buah negeri itu terdapat kelompok pribumi yang tidak menganut Islam, tetapi mereka juga perlu diberi hak istimewa seperti yang diberi kepada orang Melayu. Untuk menyelesaikan masalah, diwujudkan istilah bumiputera khusus untuk merujuk kepada penduduk pribumi di kedua-dua wilayah itu. Bagi negeri Sarawak, Perkara 161A (7) menyenaraikan dua puluh tujuh kelompok penduduk pribumi yang layak dianggap bumiputera. Kaum-kaum itu ialah: Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lehanan, Punan, Tanjung dan Kanowit), Lugut, Lisum, Melayu, Melano (juga dikenali Melanau), Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabung dan Ukit. Seseorang yang berketurunan campuran yang berasal usul daripada kaum-kaum itu juga dianggap berstatus bumiputera di Sarawak. Di Sabah pula penduduk bumiputera adalah seseorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang daripada suatu kaum asli Sabah atau bapanya pada masa ia lahir itu, adalah berdomisil di Sabah.


86

18 Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera Malaysia asalnya ialah sebuah

negara bangsa Melayu. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Empayar Melayu Brunei suatu waktu dulu. Semenanjung Malaysia pula adalah Persekutuan Tanah Melayu yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu sehingga kedatangan kuasa asing. Kerana itu, apabila Inggeris berhasrat untuk membuka kewarganegaraan Tanah Melayu kepada penduduk bukan Melayu menerusi Malayan Union pada 1946, bangsa Melayu menentang rancangan itu habis-habisan. Tetapi apabila menyedari bahawa usaha penjajah itu tidak mungkin dapat dihalang, perjuangan bangsa Melayu beralih kepada upaya untuk mempertahankan ketuanan Melayu dengan memastikan bahawa hak-hak tertentu orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirundingi antara para pemimpin Melayu dan bukan Melayu di dalam Perikatan dengan pihak Inggeris. Ini termsuklah memartabatkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu yang dianggap sebagai simbol kuasa bangsa Melayu; menobatkan agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sudah tentulah kepentingan massa Melayu dari segi ekonomi dan perniagaan,


Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera

87

mendapatkan kerja dalam perkhidmatan awam dan askses mereka ke dalam bidang pelajaran juga tidak dilupakan. Malah perjuangan untuk mendapatkan hak-hak rakyat biasa dalam tiga bidang itu – ekonomi, perkhidmatan awam dan pelajaran – yang secara kolektif dipanggil hak-hak istimewa orang Melayu, menjadi intipati perjuangan UMNO dengan rakannya di dalam Perikatan. Kemudian itu dipanjangkan ke Suruhanjaya Reid, rundingan tiga pihak antara Perikatan, Raja-raja Melayu dan Kerajaan Inggeris dan seterusnya dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perjuangan untuk mendapatkan jaminan hak-hak istimewa orang Melayu sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Di kalangan pemimpin bukan Melayu yang melampau, pemberiaan hak istimewa Melayu itu memang tidak dipersetujui sejak mula lagi. Bagi para pejuang yang berpegang kepada prinsip egalitarian atau sama rata menentang hak istimewa Melayu atas soal dasar. Tanah Melayu yang merdeka tidak patut mewujudkan Perlembagaan Persekutuan yang bercorak diskriminasi atau kewarganegaraan dua darjat – satu warganegara biasa, satu lagi warganegara yang memiliki keistimewaan tertentu. Tetapi tentangan-tentangan itu tidak dipedulikan oleh para pemimpin Melayu sederhana yang diterajui oleh pemimpin UMNO, Tunku Abdul Rahman. Sebagai balasan kepada pengorbanan orang Melayu yang bersetuju untuk memberi syarat-syarat longgar kewarganegaraan, Tunku Abdul Rahman berhujah adalah munasabah untuk pihak bukan Melayu mempersetujui permintaan Melayu itu. Pemimpin golongan sederhana MCA yang diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock memberikan persetujuan tetapi mencadangkan selepas 15 tahun hak-hak istimewa orang Melayu itu dikaji semula. Bagaimanapun apabila diinstitusikan ke dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak itu dijadikan hak kekal dan terpulanglah kepada keadaan selepas itu sama ada ia mahu dipertahankan atau sebaliknya.


88

M A L AY S I A

Siapa juga yang ditakrifkan oleh Perlembagaan sebagai Melayu – iaitu mereka yang beragama Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu – berhak menikmati tiga hak istimewa dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam dan ekonomi itu. Apabila Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia pada 1963, hak-hak istimewa Melayu, seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu turut dipanjangkan kepada golongan bumiputera di kedua-dua negeri. Istilah bumiputera digunakan kerana tidak semua penduduk pribumi kedua-dua wilayah itu beragama Islam. Selain itu Bumiputera Sabah dan Sarawak juga diberi hak istimewa tambahan mendapatkan hak milik tanah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 161A.

Hak istimewa Melayu – peruntukan Perlembagaan Di dalam Perlembagaan Persekutuan, apa yang selalu kita panggil sebagai hak-hak istimewa orang Melayu dinyatakan dalam Perkara 153 dengan judul Perezapan quota mengenai perkhidmatan awam, permit, dsb., untuk orang Melayu. Perkara 153 (1) menyatakan: “Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.” Dalam menjalankan tugas memelihara kedudukan istimewa ini, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk menentukan kadar yang difikirkan patut untuk jawatan dalam perkhidmatan awam dan pemberian biasiswa dan bantuan yang lain. Ini dinyatakan oleh Perkara 153 (2): “… Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana


Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera

89

yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan juga menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lainlain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan satu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan Perkara ini.� Perkara 153 (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan mana-mana Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab dalam pemberian jawatanjawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajar atau latihan atau kemudahankemudahan khas merezapkan peruntukan untuk Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Arahan itu tidak boleh ditolak oleh Suruhanjaya atau pihak berkuasa berkenaan. Sebaliknya ia hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna. Seolah-olah mahu berlaku adil kepada penyandang jawatan atau pemegang lesen, dalam menjalankan tugas untuk memelihara kepentingan Melayu dan bumiputera, Perkara 153 (4) menetapkan “Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang atau melucutkan biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas yang dinikmati oleh orang itu.� Perkara 153 (6) pula menegaskan: “Jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan apa-apa tred atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undang-undang persekutuan yang ada maka


90

M A L AY S I A

Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan tugas-tugasnya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberi apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang itu atas pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu untuk orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.� Juga dijelaskan bahawa dalam tugas memberi Melayu dan bumiputera hak, keistimewaan, permit atau lesen, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan “apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang lain atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau pun untuk memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serahak seseorang itu pembaharuan atau pemberian itu dijangka menasabah pada ghalibnya.� Ini dinyatakan dalam Perkara 153 (7) dan diperkukuhkan lagi dalam Perkara 153 (8) (a) (b) dan (c). Perkara (8A) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan pusat-pusat pengajian tinggi menentukan rezap bagi menempatkan pelajar Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Pusat-pusat pengajian tinggi berkenaan tidak boleh menolak arahan Yang di-Pertuan Agong itu, sebaliknya hendaklah melaksanakan sepenuhnya. Tegas Perkara 8A: “Walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika dalam sesuatu universiti, maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran selepas daripada Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat-tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pengelolaan Univer-


Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera

91

siti, Maktab atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon untuk sesuatu kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan caloncalon yang berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut perkara ini memberi apa-apa arahan sebagaimana yang dikehendaki kepada pihakberkuasa bagi menentukan perezapan sesuatu kadar daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah bagi Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.” Perkara 153 (9) pula menjelaskan Parlimen tidak boleh menyekat “perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezapan untuk orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak.”

Hak istimewa Melayu – pelaksanaan awal Hak istimewa bukan Melayu yang mendapat syarat-syarat kewarganegaraan longgar, termasuk mendapat taraf kewarga­ negaraan secara automatik kepada semua orang yang dilahirkan di Persekutuan, dinikmati oleh mereka serta merta. Lebih sejuta menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada detik tengah malam 31 Ogos 1957. Bagi tempoh 1957 hingga 1970, 1.7 peratus orang bukan Melayu menjadi warganegara secara pendaftaran dan naturalisasi. Tetapi pelaksanaan hak-hak istimewa Melayu memakan masa dan tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata. Para peringkat awalnya, tidak ada pergerakan yang serius untuk meningkatkan kedudukan bangsa Melayu dalam bidang pelajaran, ekonomi dan perkhidmatan awam. Dalam bidang pendidikan peringkat universiti contohnya, angka selepas satu dekad negara merdeka menunjukkan daripada 3,063 mahasiswa di satu-satunya univer-


92

M A L AY S I A

siti di Malaysia iaitu Universiti Malaya, jumlah pelajar Melayu hanya 1,038 orang. Dalam bidang-bidang yang kritikal seperti sains, kejuruteraan dan perubatan, bilangan pelajar Melayu boleh dibilang dengan jari. Kebanyakan mereka merupakan pelajar sastera. Dalam bidang ekonomi dan perniagaan, selepas sepuluh tahun merdeka, pegangan orang Melayu masih daif. Mereka sekadar menguasai 1.5 peratus kekayaan negara sewaktu tragedi berdarah melanda negara pada 13 Mei 1969. Di dalam perkhidmatan awam pula, di mana kerajaan menguatkuasakan kuota bagi empat jenis perkhidmatan untuk pegawai bahagian satu dan bagi lima jenis perkhidmatan yang lain, untuk tempoh sepuluh tahun pertama, bilangan orang bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam adalah jauh lebih ramai. Sehingga akhir 1968, bilangan pegawai bukan Melayu dalam bahagian satu dalam perkhidmatan kerajaan bagi sektor perkhidmatan pentadbiran, arkitek, jurutera, pegawai kesihatan dan perubatan, ahli sains fizikal, ahli sains jati, prangkawan profesional, perkhidmatan undang-undang, perkhidmatan beruniform dan pengangkutan dan media massa mengatasi bilangan pegawai Melayu. Dalam perkhidmatan itu, bilangan pegawai bukan Melayu ialah 2,447 berbanding Melayu seramai 1,392. Hanya dalam bidang Pegawai Dalam dan Luar Negeri sahaja, kouta untuk Melayu dipenuhi iaitu empat pegawai Melayu bagi seorang pegawai bukan Melayu. Dalam perkhidmatan lain sektor awam yang lebih rendah pun, bilangan bukan Melayu mengatasi pekerja Melayu. Untuk perangkaan lebih lanjut sila lihat jadual yang disediakan oleh Suffian Hashim dalam bukunya Mengenal Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa orang Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan perkhidmatan awam hanya benar-benar dilaksanakan secara sungguh-sungguhnya selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 khususnya selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1971 bagi tempoh 20 tahun sehingga 1990. Bilangan universiti bukan sahaja ditambah dengan menubuhkan yang


Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera

93

baru atau menaikkan taraf kolej-kolej khusus yang ada, tetapi pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di luar negara sepanjang tempoh itu. Di peringkat sekolah menengah pula, sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-sekolah Menengah Agama dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang. Di dalam negara pula, kuota 55 peratus diperuntukkan untuk tempat belajar bagi pelajar Melayu dan bumiputera. Malah sebuah pusat pengajian tinggi khas untuk pelajar Melayu dan bumiputera disediakan iaitu Institut Teknologi Mara. Dalam bidang perkhidmatan awam, langkah sistematik dibuat untuk menambah bilangan Melayu dalam bidang-bidang yang kritikal terutamanya perubatan, kejuruteraan, pergigian, sains dan teknologi. Hasil daripada dasar pendidikan yang bertujuan untuk memperbanyakkan Melayu dalam bidang-bidang itu telah membolehkan perkhidmatan awam mendapat bekalan yang secukupnya untuk mengisi kekosongan dalam sektor kerajaan berdasarkan kuota yang ditetapkan iaitu empat orang Melayu bagi setiap seorang bukan Melayu dalam tadbir dan diplomatik; 3 bagi 1 dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang; 3 bagi 1 dalam Perkhidmatan Kastam; 4 bagi 1 dalam pasukan polis dan ketenteraan. Bekalan yang melimpah ruah pada pe足ringkat Sijil Pelajaran Malaysia pula membolehkan sektor awam menyerap mereka memasuki bidang perkeranian dan perkhid足matan sokongan lain yang semasa zaman Inggeris dipenuhi dengan pegawai-pegawai yang dibawa masuk daripada India dan Sri Lanka. Bantuan dan sokongan di bawah DEB diberi untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan peniaga bumiputera dalam pelbagai bidang. Ini dilakukan menerusi agensi-agensi yang sedia ada


94

M A L AY S I A

seperti Mara, atau menerusi penubuhan agensi-agensi baru seperti Perbadanan Pembangunan Bandar, UDA, perbadanan-perbadanan kemajuan negeri. Agensi-agensi khusus dalam bidang kewangan juga ditubuhkan untuk membantu orang Melayu mendapat modal untuk berniaga. Ini termasuklah Bank Bumiputera, pinjamanpinjaman yang dijamin Perbadanan Jaminan Kredit atau CGC. Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan, Lembaga Maju Ternak dan banyak lagi turut digerakkan untuk menjayakan program-program khas untuk membantu orang Melayu. Syarikat-syarikat gergasi disusun semula untuk memberi ruang kepada kepentingan Melayu dan bumiputera sebagai pemegang saham. Jika ada kesempatan untuk mengambil alih syarikat-syarikat asing yang berkepentingan dalam ekonomi negara, tindakan itu diambil. Peniaga Melayu yang mendapat status bumiputera setelah berdaftar dengan Kementerian Kewangan pula diberi keistimewaan untuk mendapatkan projek-projek tertentu, ada kalanya tanpa membida tender secara terbuka. Ada peniaga yang berjaya. Tidak kurang juga yang gagal. Baik apa pun segala usaha yang dibuat di bawah DEB telah membolehkan bangsa Melayu me­ nguasai hampir 20 peratus pelbagai kegiatan ekonomi negara pada 1990, walaupun matlamat asalnya untuk memegang sekurangkurangnya 30 peratus. Perjalanan untuk mencapai matlamat itu masih jauh, tetapi kerajaan tetap komited untuk memenuhinya. Jelas bahawa dengan menguatkuasakan hak-hak istimewa Melayu dalam tiga bidang – perkhidmatan awam, pelajaran dan ekonomi – telah memperbaiki kedudukan mereka di negara sendiri. Peruntukan-peruntukan itu tidak menahan kemajuan bukan Melayu, tetapi sekadar mahu menjamin masa depan orangorang Melayu itu sendiri supaya tidak ketinggalan dalam bidang pelajaran, sosial dan ekonomi. Memanglah dilihat secara tersurat, kewujudan hak-hak istimewa Melayu adalah satu bentuk diskri­ minasi dan bercanggah dengan persamaan yang diperuntukkan


Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera

95

oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi secara tersirat tolak ansur antara Melayu-bukan Melayu yang berpaksi kepada pemberian kewarganegaraan longgar yang membolehkan orang bukan Melayu menjadi warganegara dan pengwujudan hak istimewa Melayu, dibuat demi perpaduan negara. Tentunya apa yang telah dipersetujui oleh penggubal perlembagaan kita yang terdiri daripada tokoh-tokoh berbilang bangsa hendaklah dilihat dalam konteks ketika penggubalan itu dibuat dan sejauh mana persepakatan itu telah memenuhi matlamatnya untuk menjaga kepentingan kaum-kaum yang diwakili. Selagi matlamat kompromi merdeka itu belum dipenuhi sepenuhnya, selagi itulah imbangan yang rumit yang terdapat dalam berbagai perkara perlembagaan, jangan diganggu gugat. Berbuat demikian hanya mencari nahas. Keturunan sekarang dan keturunan akan datang hendaklah memahami hakikat peruntukan-peruntukan hak istimewa Melayu itu dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai membalas pemberian syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar. Syarat-syarat yang demikian membolehkan sejuta orang bukan Melayu menjadi warganegara dengan satu coretan pena sahaja. Hakikat ini mesti difahami dan dijunjung senantiasa.


96

19 Ketuanan Politik Melayu

Perjuangan asal para nasionalis

Melayu adalah untuk menegakkan sebuah negara-bangsa Melayu. Berkongsi kuasa dengan bukan Melayu yang dianggap orang asing dan pendatang ketika itu, tiada dalam agenda politik mereka. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob cuba melakukan perjuangan membentuk negara-bangsa Melayu itu dengan kerjasama Jepun yang menakluki Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua antara 1941–1945. Malangnya usaha itu terbantut kerana kekalahan Jepun dalam perang itu. Maka perjuangan golongan kiri dalam gerakan nasionalisme Melayu untuk melihat Tanah Melayu merdeka serentak dengan Indonesia pada 17 Ogos 1945 di bawah Melayu Raya gagal dijadikan kenyataan. Selepas kekalahan Jepun, nasionalis golongan kiri itu dianggap sebagai musuh oleh Inggeris. Penglibatan mereka dengan Jepun menyebabkan mereka dituduh sebagai tali barut negara matahari terbit. Untuk meneruskan perjuangan, Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Indonesia manakala para pemimpin KMM yang lain merengkok di dalam penjara sehinggalah kesatuan itu akhirnya diharamkan. Apabila Inggeris kembali menguasai Tanah Melayu, kuasa


Ke t u a n a n Po l i t i k M e l ay u

97

politik Melayu yang selama ini dipegang oleh Raja-Raja, berpindah ke tangan penjajah itu melalui projek Malayan Union yang dinstitusikan pada 1 April 1946. London bukan sahaja merampas kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu, tetapi memberi taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada penduduk imigran. Nasionalis Melayu haluan kanan bangun menentang rancangan itu. Mereka mahu kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dikembalikan. Mereka juga mahu hak kewarganegaraan secara jus soli kepada bukan Melayu dibatalkan. Gerakan menentang Malayan Union itu telah menampilkan UMNO sebagai pelindung kepentingan dan kuasa politik Melayu, mengambil alih peranan Raja-Raja Melayu itu sendiri. UMNO dianggap sebagai penjaga ketuanan politik Melayu yang baru apabila perjuangannya menumbangkan Malayan Union berjaya. Menerusi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ketuanan politik Melayu secara rasmi telah dimaktubkan. Pada mulanya matlamat UMNO, seperti KMM, ialah untuk menubuhkan sebuah negara bangsa Melayu secara mutlak. Tetapi apabila mendapati bahawa perjuangan itu tidak mungkin dapat dipenuhi mengambil kira senario politik yang ada, maka perjuangan UMNO beralih kepada kesediaan untuk berkongsi kuasa dengan penduduk bukan Melayu. Bagaimanapun dalam perkongsian kuasa itu, UMNO menjadi rakan dominannya. UMNO mentakrifkan perjuangan politik Perikatan berdasarkan kepen足 tingan Melayu dengan tidak mengabaikan kepentingan penduduk pendatang yang sudah diiktiraf menjadi warganegara. Kedudukan dominasi inilah yang telah membolehkan UMNO memaktubkan kedudukan tinggi bagi hal-hal yang berkaitan dengan ketuanan Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat itu. Ini termasuklah mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah Raja Berperlembagaan Negara; penubuhan Majlis Raja-Raja; menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa


98

M A L AY S I A

rasmi negara. Selain meneruskan kewujudan Tanah Simpanan Melayu, hak-hak istimewa Melayu dalam bidang-bidang perkhidmatan awam, ekonomi dan pen­didikan turut dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara 1957 itu. Sudah tentulah manifestasi ketuanan politik Melayu yang paling bermakna ialah kedudukan UMNO sebagai tulang belakang Perikatan antara 1957 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) selepas 1974 hinggalah ke hari ini. Perkongsian kuasa itu telah membolehkan UMNO terus menerus menjadi tonggak pemerintahan negara. Siapa juga yang menjadi Presiden UMNO, secara automatik akan mengetuai BN dan menjadi Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri, peneraju UMNO akan bertindak sebagai ketua cabang eksekutif. Segala jentera kerajaan berada di bawah kawalannya. Dengan kedudukannya yang dominan di dalam BN, UMNO menerusi rakan kongsinya menguasai cabang legislatif pemerintahan negara – Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Walaupun dari masa ke masa, kedudukan UMNO sebagai penjaga ketuanan politik dan unsur-unsur ketuanan itu seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara dicabar oleh rakan-rakan yang lain dalam Perikatan, tetapi UMNO dan kepimpinannya mempertahankan asakan-asakan itu. Ada kalanya desakan-desakan rakan-rakan bukan Melayu UMNO itu tercetus menjadi krisis politik seperti yang terjadi setahun selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sewaktu Singapura berada di dalam Malaysia. Cabaran yang diajukan oleh Singapura menerusi gagasan Malaysian Malaysia terhadap ketuanan politik UMNO dan Melayu serta apa kesudahannya telah disentuh dalam bab lain buku ini. (Lihat Penyingkiran Singapura). Di sini akan disentuh krisis Tunku Abdul Rahman-Lim Chong Eu setahun selepas negara merdeka.


Ke t u a n a n Po l i t i k M e l ay u

99

Cabaran awal terhadap ketuanan Melayu Cabaran pertama terhadap kedudukan dominan UMNO di dalam Perikatan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum 1959. Cabaran itu datangnya daripada Malaysian Chinese Associaton (MCA) yang baru sahaja mengalami perubahan kepimpinan. Pada pemilihan MCA yang berlangsung pada Mac 1958, Dr. Lim Chong Eu telah menewaskan Tun Tan Cheng Lock dengan kelebihan 20 undi untuk menjadi presiden baru MCA. Dr. Lim mendapat 87 undi manakala Tan pula memperoleh 67 undi. Serentak dengan kemenangan Dr. Lim, kalangan yang dianggap radikal dalam memperjuangkan kepentingan Cina turut menguasai jawatankuasa MCA. Golongan baru ini, seperti yang dinyatakan oleh Diane K Mauzy dalam bukunya Barisan Nasional, Coalition Government in Malaysia berjaya mempengaruhi kepimpinan MCA supaya mengkaji semula apa yang telah dipersetujui oleh parti sewaktu menuntut kemerdekaan. Secara lebih khusus mereka mahu dasardasar mengenai bahasa dan pendidikan disemak semula. Secara terselindung mereka menuntut supaya dasar yang memberi hak istimewa kepada orang Melayu dikaji semula. Semua tuntutan ini sebenarnya mencabar supremasi UMNO dan apa yang dipanggil sebagai ketuanan Melayu di dalam Perikatan. Kononnya dipengaruhi oleh kelompok radikal dalam MCA itu, Dr. Lim menulis sepucuk surat yang diberi status rahsia menjelang pilihan raya umum pada Ogos 1959 itu. Dalam surat yang dihantar pada Jun 1959 itu, selain meminta dasar-dasar bahasa dan pendidikan dikaji semula, MCA juga menuntut supaya parti itu diberi 40 kerusi pada pilihan raya. Tunku Abdul Rahman memberi mandat kepada timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein untuk berunding dengan Dr. Lim mengenai segala tuntutan yang dibuat dalam suratnya itu. Bagaimanapun sewaktu rundingan di足 adakan, surat Dr. Lim itu dibocorkan kepada akhbar. Tunku Abdul


100

M A L AY S I A

Rahman berasa berang dengan pembocoran surat itu dan menuduh MCA menikam beliau dari belakang. Tunku Abdul Rahman yang memang tidak akrab dengan Dr. Lim, mengatakan bahawa surat itu bukti niat MCA untuk keluar dari Perikatan dan katanya lagi ia “tidak memberi saya ruang untuk perbincangan kerana anda telah mendedahkan tuntutan kepada umum.” Tunku Abdul Rahman menuntut MCA supaya memecat golongan radikal di dalam parti dan memberikannya kuasa untuk menentukan jumlah kerusi dan calon yang akan bertanding pada pilihan raya 1959 itu. Pada 12 Julai 1959, Jawatankuasa Pusat MCA mengundi 80 lawan 60 untuk memenuhi permintaan Tunku itu. Dr. Lim meletakkan jawatan sebagai presiden tidak lama lepas itu atas alasan kesihatan. Beliau bertindak keluar daripada MCA pada 1961 untuk menubuhkan partinya sendiri – United Democratic Party. Krisis politik UMNO-MCA itu berjaya diselesaikan untuk membolehkan Perikatan menghadapi Pilihan Raya Umum 1959 itu dengan semangat musyawarah yang telah dijalin sewaktu perjuangan bersama untuk kemerdekaan. Keputusan dibuat bahawa daripada 104 kerusi itu, 69 diperuntukkan kepada UMNO, 31 MCA dan 4 kepada MIC. Walaupun tuntutan-tuntutan MCA itu ditimbulkan oleh parti pembangkang pada pilihan raya itu, tetapi kemenangan tetap berpihak kepada Perikatan. Ia memenangi 74 kerusi – 52 UMNO, 19 MCA dan 3 MIC. Baki lagi 30 kerusi dimenangi oleh Pas 13 kerusi, 8 Barisan Sosialis, 4 Parti Progresif Rakyat. Parti Negara dan Malayan Party masing-masing memenangi satu kerusi. Tiga calon bebas turut terpilih ke Dewan Rakyat yang pertama itu. Dari segi undi popular pula, Perikatan mendapat 51.5 peratus seluruh undi yang dibuang pada hari itu. Namun sokongan separuh pengundi itu membolehkan Perikatan untuk mendapat dua pertiga kerusi Parlimen bagi membolehkannya memerintah dengan selesa.


Ke t u a n a n Po l i t i k M e l ay u

101

Pengukuhan ketuanan Melayu Penyingkiran Singapura yang secara terbuka memperjuangkan Malaysian Malaysia yang menggugat hak-hak istimewa Melayu, tidak berakhir setelah negara pulau itu berada di luar Persekutuan Malaysia. Perjuangan PAP pimpinan Lee Kuan Yew itu dite­ ruskan oleh sebuah parti politik yang dilahirkan di Semenanjung Malaysia untuk meneruskan program politik Lee Kuan Yew itu. Parti itu ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dipimpin oleh Davan Nair – calon tunggal PAP yang memenangi kerusi Parlimen Bangsar di Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum 1964. Cabaran terhadap kedudukan dan hak istimewa Melayu itu diperhebatkan oleh DAP terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum 1969. Apa yang diperjuangkan oleh anak kandung DAP itu memikat pengundi bukan Melayu. Tetapi kesan negatifnya ialah ia membuat keadaan politik Melayu-bukan Melayu yang diasaskan pada kontrak sosial 1957 menjadi tegang dan panas. Orang Melayu tidak dapat menerima sebarang cubaan yang mahu melenyapkan apa juga anasir dalam Perlembagaan Negara yang memberi mereka taraf tuan politik negara ini. Di samping mahu mempertahankan kedudukan politik Melayu, para pemimpin radikal Melayu juga mendesak supaya kerajaan campurtangan dalam ekonomi secara langsung untuk memberi orang Melayu hak yang lebih besar dalam kek kekayaan ekonomi negara. Pada 1969 itu, penguasaan Melayu dalam pel­ bagai kegiatan ekonomi hanya 1.5 peratus. Lagi 98 peratus berada dalam genggaman bukan Melayu dan pelabur asing. Kongres ekonomi bumiputera 1965 berpendapat, kedudukan itu tidak dapat diterima. Mereka mahu penguasaan ekonomi Melayu itu ditingkatkan sejajar dengan komposisi penduduk Malaysia. Ini hanya boleh dilakukan jika kerajaan menamatkan dasar pasaran ekonomi bebas yang diamalkan sejak negara merdeka.


102

M A L AY S I A

Jelas bahawa menjelang pilihan raya umum diadakan pada 10 Mei 1969, ketegangan antara Melayu dengan bukan Melayu berada pada tahap menunggu untuk meletup. Perpaduan kaum yang dibina sejak 1957 berada pada kedudukan yang rapuh. Ada pihak meramalkan perpaduan kaum itu bila-bila sahaja boleh runtuh kerana asas yang mendasari kerjasama Melayu-bukan Melayu tidak sudah-sudah dipertikaikan. Ramalan ini betul. Tiga hari selepas keputusan pilihan raya selesai, tercetus pergaduhan kaum yang besar di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku itu mungkin satu tragedi, tetapi tragedi itu memberi rahmat terhadap penegasan dan pengukuhan ketuanan politik Melayu. Kepimpinan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebagai penjaga kepentingan bangsa Melayu dipertikaikan. Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai terlalu banyak beralah kepada tuntutan bukan Melayu. Dalam keadaan itu, Razak muncul sebagai penyelamat bangsa. Berikutan tragedi berdarah itu, Parlimen digantung. Pemerintahan darurat dikuatkuasakan. Demokrasi diisytiharkan berkubur. Negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN. Razak tampil sebagai pengarah MAGERAN dengan kuasa mutlak untuk memerintah. Majlis Perundingan Negara dibentuk untuk mengembalikan kestabilan dan menetapkan arah baru negara selepas 13 Mei 1969. Pada ketika itu, Razak membuktikan dirinya sebagai seorang demokrat tulen dan juga seorang penjaga kepentingan Melayu. Jika mahu beliau boleh terus berkuasa sebagai Pengarah MAGERAN untuk tempoh yang tidak ditetapkan. Beliau boleh memerintah secara mutlak menggunakan dikri yang diberikan kepada beliau. Di negara lain, hal itu memang terjadi. Apabila berlaku rampasan kuasa, tokoh yang merampas kuasa itu biasanya sukar untuk melepaskan kuasa. Tetapi tidak dengan Razak. Beliau cuma berkuasa secara mutlak selama 21 bulan. Selepas melihat keadaan sudah pulih dan politik negara kembali stabil, beliau mengembalikan negara kepada demokrasi. Parlimen yang


Ke t u a n a n Po l i t i k M e l ay u

103

digantung, dihidupkan semula untuk memainkan peranannya sebagai badan perundangan tertinggi negara. Tidak lama lepas itu, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan untuk bersara. Pada 22 September 1970, Razak dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Menyedari bahawa antara punca tercetusnya pergaduhan kaum itu ialah rasa tidak puas hati di kalangan Melayu mengenai pencapaian mereka dalam pelbagai bidang, Razak mengorak langkah untuk memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan dua matlamat utama – menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Secara lebih spesifik, matlamat DEB ialah untuk meningkatkan pe­nyertan orang Melayu dalam pelbagai bidang kegiatan ekonomi dari 2.4 peratus pada 1969 kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh 20 tahun pada 1990. Untuk tidak dilihat menafikan hak bukan Melayu, peratusan tambahan untuk Melayu ini tidak dibuat dengan merampas pegangan ekonomi bukan Melayu atau orang asing yang sudah melabur di negara ini. Ia sebaliknya dilakukan dengan mengembangkan kek ekonomi. Dengan itu agihan yang adil berlaku. Menyedari bahawa pegangan ekuiti boleh menambah pemilikan Melayu dalam ekonomi, skim khas memperuntukkan saham kepada bumiputera diperkenalkan. Penubuhan sebuah agensi saham amanah di mana orang Melayu boleh melabur secara kecil-kecilan juga dirancang. Di bawah DEB juga, bilangan profesional Melayu dalam pelbagai bidang pekerjaan juga ingin ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 30 peratus untuk tempoh yang sama. Bidang pendidikan digunakan secara khusus untuk mencapai matlamat tersebut. Program penghantaran pelajar-pelajar Melayu ke luar negara dengan tajaan kerajaan diperhebatkan. Di dalam negeri pula, bilangan universiti awam ditambah. Sistem kuota diperkenalkan untuk membetulkan ketidakseimbangan siswa Melayu dan bukan Melayu. 55 peratus tempat di pusat-pusat pengajian tinggi


104

M A L AY S I A

awam dikhususkan untuk pelajar Melayu manakala bakinya untuk pelajar bukan Melayu. Isu-isu sensitif yang secara terbuka diperkatakan semasa kempen pilihan raya umum 10 Mei 1969, dilarang daripada diperkatakan melalui satu pindaan terhadap Akta Hasutan. Ini termasuk kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain seperti yang terkandung di dalam perlembagaan. Kedudukan Raja-raja Melayu juga tidak lagi boleh disentuh di bawah Akta Hasutan yang dipinda itu. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip diperkenalkan untuk dijadikan pegangan hidup. Dasar pendidikan kebangsaan yang sebelum itu dilaksanakan secara ad hoc diperbaharui. Pertukaran bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dibuat secara drastik. Hanya bahasa Malaysia sahaja digunakan sebagai bahasa pengantar untuk sekolah-sekolah menengah ke atas sehinggalah ke peringkat universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memang diperjuangkan oleh nasionalis bahasa Melayu dijadikan kenyataan di bawah pemerintahan Razak. Dalam bidang politik pula, Razak mengusahakan musyawarah baru siasah. Dengan menekankan bahawa dalam sebuah negara pelbagai kaum kestabilan politik adalah penting, beliau mempelawa parti-parti pembangkang untuk bekerjasama dengan Perikatan di dalam kerajaan. Pada mulanya kerjasama politik ini dibuat dalam bentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang antara Perikatan dengan Gerakan; diikuti antara Perikatan dengan Pas di Kelantan dan di negeri-negeri lain. Kerajaan campuran pada peringkat Persekutuan juga diperkenalkan. Selepas itu, kerjasama politik itu diinstitusikan dalam bentuk Barisan Nasional (BN) iaitu pembesaran Perikatan untuk memberi tempat kepada anggota-anggota baru. BN pertama kali diperkenalkan kepada pengundi pada pilihan raya umum 1974. Kecuali DAP, semua parti pembangkang yang mempunyai kerusi di peringkat negeri


Ke t u a n a n Po l i t i k M e l ay u

105

dan Parlimen menyertai BN yang diasaskan oleh Razak itu. Pada waktu penubuhannya, selain dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC, BN turut disertai oleh PAS, Gerakan, PPP. Dalam dasar luar pula, Razak menamatkan dasar pro Barat, anti komunis dalam berinteraksi dengan negara-bangsa lain di pentas dunia. Malaysia di bawah beliau mengambil pendirian berkecuali – berkawan dengan semua negara tanpa mengira ideologi dan sistem politik yang mereka anuti di negara masingmasing. Selain faktor dalaman kerana negara telah berjaya mematahkan pemberontakan komunis, perkembangan antarabangsa juga turut mempengaruhi perubahan dasar luar Malaysia ini. Sewaktu Razak mengambil alih nyata bahawa iklim perang dingin yang mentadbir hubungan Barat dengan blok komunis sudah berakhir. Suasana antarabangsa kini berada dalam keadaan dĂŠtente. Perang Dingin yang berpaksi kepada demokrasi/ pasaran bebas melawan komunisme/ekonomi terancang berada di penghujung jalan. Senario dunia tidak lagi dilihat dalam bentuk hitam putih. Banyak warna-warna lain yang mewarnai pentas dunia. Dalam keadaan itu tentulah tidak logik bagi negara untuk kekal dengan pendirian pro Barat, anti komunisnya. Malaysia perlu mengambil pendirian yang lebih pragmatik selari dengan perubahan iklim global dan keyakinan baru order baru yang meng­ ambil alih pemerintahan. Tetapi ini tidak pula bermakna Malaysia akan mengorbankan nilai-nilai asas yang ingin dipertahankannya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Pertimbangan baru dalam hubungan luar inilah yang telah membolehkan Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China yang pada satu waktu mendokong Parti Komunis Malaya menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di negara ini. Tetapi setelah terbukti bahawa dokongan ideologi Beijing terhadap PKM hanyalah sekadar retorik, dan Malaysia juga yakin PKM tidak akan berjaya, maka China yang dianggap musuh, dijadikan kawan. Tetapi dalam


106

M A L AY S I A

berkawan itu, Kuala Lumpur secara terang-terang memberitahu Beijing bahawa ia tidak boleh campur tangan urusan dalaman Malaysia. Jelas bahawa sebagai seorang pemimpin, Razak mempunyai nama yang harum dalam membangunkan bangsa, agama dan negara. Di bawah beliau, kedudukan orang Melayu yang pada satu ketika ibarat melukut di tepi gantang di negara sendiri berbanding dengan kaum-kaum lain diperkukuhkan. Hak istimewa membangunkan orang Melayu dalam pelbagai bidang, yang memang dimaktubkan di dalam perlembagaan, dilaksanakan secara sungguh-sungguh, baik dalam bidang ekonomi, pelajaran dan lain-lain. Selepas merdeka sehinggalah tercetusnya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, hak-hak istimewa itu diserahkan kepada pasaran bebas untuk pelaksanaan. Tetapi selepas itu, terutamanya setelah Razak mengambil alih kepimpinan negara pada 20 September 1970, mengukuhkan hak dan kepentingan orang Melayu di negara mereka sendiri dilakukan tanpa mengambil sikap yang apologetik. Pertumbuhan ekonomi dengan agihan yang adil menjadi paksi kepada pembangunan Malaysia. Diskriminasi positif dilakukan secara putaran penuh. Di bawah Razak, supremasi ketuanan politik Melayu turut diperkukuhkan di dalam BN. UMNO muncul sebagai tulang belakang pemerintahan negara, bukan lagi sebagai rakan kongsi yang mempunyai taraf yang sama mengikut konsep first among equals (pertama di kalangan setara) seperti yang menjadi amalan di dalam Perikatan sebelum ini. Kedudukan penting Kabinet termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan yang sebelum itu disandang oleh tokoh-tokoh MCA, dikembalikan kepada UMNO. Rakan-rakan di dalam BN menerima hakikat itu. Pembangunan sebuah bangsa Malaysia pula diasaskan kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan yang baru. Rukun Negara pula dijadikan sebagai guiding principle untuk semua warga tanpa mengira bangsa dan keturunan.


Ke t u a n a n Po l i t i k M e l ay u

107

Memanglah dari masa ke masa, ketuanan politik Melayu dan hak-hak istimewa mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dipersoalkan. Di kalangan bukan Melayu mereka tetap tidak dapat menerima pemberiaan hak-hak itu. Ada yang mempersoalkannya secara terbuka, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang mencetuskan pergaduhan kaum seperti yang terjadi pada 13 Mei 1969. Berlaku pertikaman lidah yang hangat mengenai perkara itu sudah menjadi perkara biasa. Malah ada yang mencadangkan supaya kontrak sosial 1957 dikaji semula untuk mengambil kira senario politik yang sudah berubah selepas 50 tahun negara merdeka. Tetapi para pemimpin UMNO tetap bertegas bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menilai semula kontrak sosial itu. Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu desakan dibuat ketika konsep Bangsa Malaysia menjadi perbincangan hangat pada akhir 2006. Pendirian itu juga beliau tegaskan pada ucapan sempena ulang tahun ke-60 UMNO di Istana Besar, Johor Bharu pada 11 Mei tahun yang sama. Abdullah sebaliknya meminta kalangan yang membuat desakan itu supaya menghayati persepakatan kontrak sosial yang telah membawa kestabilan kepada Malaysia. Jika benar-benar faham, kata beliau, mereka akan berpegang teguh dengannya.


108

20 Asal Usul Bukan Melayu

Hampir 39 peratus penduduk

Malaysia, mengikut perangkaan bagi 2006, dikategorikan sebagai bukan Melayu. Daripada jumlah itu, 23.35 peratus terdiri daripada penduduk keturunan Cina; 6.98 peratus kaum India dan bakinya sebanyak 8.09 peratus merupakan bangsa lain-lain. Kelompok bukan Melayu itu sebenarnya adalah warganegara Malaysia, walaupun di kalangan bangsa Melayu terutama di desa-desa, ada yang melabelkan mereka sebagai orang asing. Tanggapan itu sebenarnya tidak tepat. Orang Cina dan India itu adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama dengan penduduk Melayu. Cuma istilah bukan Melayu digunakan bagi tujuan pengkategorian untuk menggambarkan bahawa etnik dan jati diri mereka. Asal usul penduduk keturunan Cina dan India di Malaysia adalah daripada luar alam Melayu. Ge足nerasi awal mereka telah berhijrah ke negara ini daripada negara asal masing-masing untuk memulakan penghidupan baru di sini. Sebahagian besar mereka datang dengan tujuan untuk mencari rezeki dan mengumpul kekayaan dan selepas itu pulang ke negara asal masing-masing untuk hidup senang lenang di tanah leluhur mereka. Ini dinyatakan oleh Victor Purcell dalam bukunya the


Asal Usul Bukan Melayu

109

Chinese in Malaya. Menurut beliau “ in Malaya, their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible.� Mengikut rekod, golongan awal bangsa China yang datang ke Tanah Melayu ialah sami-sami Buddha. Para pedagang China datang lama kemudian iaitu pada abad ke empat belas atau lebih tepat lagi pada 1349 mengikut rekod seorang pedagang China yang bernama Ta-yuan. Beliau telah datang berniaga ke Temasik, nama asal bagi Singapura yang ketika itu dikuasai oleh Siam. Ketika itu, mereka sekadar ke negara ini untuk berdagang, kemudian pulang ke negara asal mereka. Tidak ada yang datang untuk berhijrah atau membuka penempatan untuk kaum mereka. Pembukaan penempatan baik oleh orang China atau India, hanya bermula selepas terasasnya kesultanan Melayu Melaka pada 1400. Kerajaan Melaka sendiri mengalu-alukan kehadiran komuniti pedagang China itu dan seterusnya menjalin hubungan yang intim dengan China. Sewaktu Belanda menawan Melaka pada 1511, dianggarkan terdapat antara 300-400 orang China menetap di sana. Menjelang 1750, bilangannya meningkat kepada 2,161. Mengikut Purcell pada 1834 bilangan China di Melaka adalah seramai 4,143. Jumlah itu meningkat kepada 10,039 pada 1860. Bagaimanapun penguasaan Inggeris ke atas Pulau Pinang mulai 1786 dan ke atas Singapura pada 1819, telah mengubah senario penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Matlamat Inggeris, seperti yang dijelaskan oleh Purcell untuk membawa pendatang asing China dan India, khususnya China ke penempatan baru di kedua-dua wilayah itu supaya kerajinan mereka bekerja memberi keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Mereka tidak begitu mempedulikan penduduk asal Tanah Melayu yang dibiarkan meneruskan kehidupan mereka di kampung-kampung. Tetapi tidak halnya dengan bangsa China itu. * China merujuk kepada orang-orang negara China yang berhijrah ke Tanah Melayu. * Cina merujuk kepada penduduk Cina yang sudah menjadi warganegara Malaysia.


110

M A L AY S I A

Mereka digalakkan untuk membuka kawasan pertanian di Pulau Pinang dan Province Wellesely (kini Seberang Perai) yang telah dipajak daripada Kedah pada 1800. Mereka antara lain diminta menanam gambir, pokok nipah, padi, kelapa, tembakau, sirih, tebu dan sebagainya yang kemudian akan dijual di Eropah. Orang-orang India daripada Bengal dan Madras diambil untuk bekerja dalam pasukan polis, per足 khidmatan awam dan juga sebagai buruh di ladang-ladang getah kemudiannya. Penemuan bijih timah di Larut pada mulanya dan tempat-tempat lain di Tanah Melayu seperti di Lukut, Kuala Lumpur, Ipoh selepas itu, menjadi satu lagi tarikan untuk penghijrahan besar-besaran orang China ke sana. Apabila Stamford Raffles memajukan Singapura pada 1819, pulau Singa itu pula menjadi tumpuan penghijrahan orang-orang China. Akibatnya pada 1941 iaitu selepas 155 tahun kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, bermula dengan penguasaan ke atas Pulau Pinang pada 1786, jumlah penduduk bukan Melayu di negara ini hampir menyamai penduduk pribumi. Tanah Melayu tidak lagi merupakan sebuah negara yang dihuni seratus peratus oleh orang Melayu seperti sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah pada 1511. Malah menurut satu tinjauan pada 1930an, bilangan mereka mengatasi jumlah orang Melayu itu sendiri. Misalnya di Pulau Pinang, pada 1786, tidak terdapat seorang pun orang China, tetapi pada 1941, jumlah mereka ialah 166,974. Begitu juga di Singapura. Pada 1819, jumlahnya adalah sifar. Pada 1941, bilangannya ialah hampir 600,000 orang. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1941 hampir separuh penduduknya yang berjumlah dua juta itu adalah bukan Melayu. Bilangan orang China dianggarkan sekitar 989,635 daripada 2,212,052. Kehadiran orang-orang China ini juga terdapat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, walaupun jumlah mereka boleh dikatakan agak kecil kecuali barangkali di Johor. Pada 1941, di Johor, bilangan orang China ialah 308,901; di Kedah 108,445; di


Asal Usul Bukan Melayu

111

Kelantan 23,363; di Terengganu 16,956, Perlis 8,227. Menjelang waktu itu juga, mereka tidak lagi datang untuk me­ ngumpul kekayaan, tetapi untuk menetap di Tanah Melayu buat selama-lamanya. Pihak Inggeris yang menjajah Tanah Melayu secara langsung menerusi Malayan Union pada 1946 turut menyedari hakikat itu lalu mengusahakan kaedah untuk membantu penduduk bukan Melayu itu menjadi warganegara Tanah Melayu. Ini kerana sebahagian besar penduduk China di Negeri-negeri Selat adalah rakyat British. Mereka memegang pasport British, walaupun pada hakikatnya mereka tidak diberi keistimewaan se­ perti pemegang pasport di United Kingdom. Walaupun mereka rakyat British yang tidak sedarjat dengan rakyat British yang tinggal di England tetapi penduduk China Negeri-negeri Selat itu menghargai status mereka itu. Sekurangkurangnya mereka mendapat perlindungan daripada dihantar pulang ke negara asal mereka. Mereka juga tidak boleh dibuang daripada bermastautin di Negeri-negeri Selat. Tidak seperti orang China di Negeri-negeri Selat, di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, pedatang China dan India itu bertaraf Orang Dilindungi British. Mereka tidak dianggap sebagai rakyat Raja-Raja Melayu. Dengan status itu, kedudukan mereka dari segi undang-undang boleh dikatakan tidak ada. Untuk menyelesaikan masalah, pihak Inggeris berhasrat untuk mewujudkan satu kewarganegaraan kepada siapa juga yang ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka – tanpa mengira mereka Melayu atau bukan Melayu sebaik sahaja mereka kembali berkuasa pada 1945. Kelayakan untuk menjadi warganegara itu bukan ditentukan oleh keturunan, tetapi dibuat berdasarkan kelahiran di Tanah Melayu atau kalau pun tidak lahir di sini tetapi telah bermastautin di negara ini untuk tempohtempoh tertentu. Inilah yang mahu dilakukan menerusi projek Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946. Malangnya rancangan itu mendapat tentangan bangsa Melayu yang tidak


112

M A L AY S I A

dapat menerima prinsip kewarganegaraan jus soli yang mahu dikuatkuasakan kerana bimbang kuasa politik mereka akan diancam oleh warganegara bukan Melayu. Bagaimanapun orang Melayu akhirnya mengalah kerana prasyarat untuk merdeka ialah mereka hendaklah bekerjasama dengan bukan Melayu dari segi politik. Sebagai kompromi kemerdekaan yang memaktubkan hak-hak istimewa Melayu, mereka bersetuju untuk memberi kewarganegaraan berdasarkan kelahiran di Tanah Melayu kepada penduduk Cina dan India di negara ini. Melalui proses itu, sejuta bukan Melayu diterima sebagai warganegara. Jumlah satu juta pada 1957 itu telah bercambah menjadi 10.36 juta orang pada 2006. Walaupun mereka diterima menjadi warganegara Malaysia, tetapi mereka kekal dengan jati diri Cina dan India mereka. Mereka tidak dihalang untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan masing-masing dengan sanak saudara mereka yang berada di China, India dan negara-negara lain daripada mana mereka berasal.


113

21 Dasar Ekonomi Baru

Tiga hari selepas pilihan raya

umum pada 10 Mei 1969, negara dikejutkan dengan pergaduhan kaum besar di Kuala Lumpur, ketika itu Pusat Pentadbiran Persekutuan dan beberapa tempat lain di seluruh negara dengan skala yang lebih kecil. Mereka yang mengikuti perkembangan politik menjelang pilihan raya tidaklah begitu terperanjat dengan pergaduhan antara Melayu dengan bukan Melayu itu. Apa yang berlaku itu memang sudah mereka duga berikutan cabarancabaran berterusan terhadap kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta beberapa parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan Cina yang lain, meneruskan perjuangan Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh Lee Kuan Yew semasa Singapura berada di dalam Malaysia. Mereka mahu hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera itu ditiadakan. Orang Melayu pula bukan sahaja mahu mempertahankan hak itu tetapi kecewa kerana tiada usaha bersungguh-sungguh untuk membantu mereka dari segi ekonomi. Akibatnya selepas 12 tahun merdeka, penguasaan Melayu dalam pelbagai kegiatan perniagaan tidak sampai dua ratus. 98 peratus kekayaan negara berada dalam tangan bukan Melayu


114

M A L AY S I A

dan pelabur asing sedangkan mereka merupakan 50 peratus penduduk pribumi Tanah Melayu. Sebahagian besar orang Melayu hidup dalam kemiskinan berbanding orang Cina dan India. Mereka juga terpinggir dalam sektor moden ekonomi negara yang dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu dan orang asing. Dasar dualisme ekonomi penjajah menyebabkan orang Melayu berada dalam sektor pertanian yang memberi pulangan yang sedikit. Produktviti mereka rendah. Orang Melayu juga marah kerana tatkala pemberian kewarganegaraan liberal kepada bukan Melayu dengan persetujuan orang Melayu dinikmati serta merta tetapi pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu tidak dilaksanakan secara sungguh-sungguh. Apabila kedudukan istimewa secara lantang terus dipertikaikan, tentulah orang Melayu tidak dapat berdiam diri. Secara terbuka, golongan radikal Melayu mula mengkritik kepimpinan politik yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan bukan Melayu. Apabila parti-parti pembangkang yang menang besar pada pilihan raya itu merayakan kejayaan mereka dengan mengeluarkan kata-kata yang menghina dan mengaibkan Melayu, maka resipi untuk tercetusnya pergaduhan sudah disemai. Apa yang dibimbangkan itu benar-benar berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur dan kemudian merebak di tempat-tempat lain di luar ibu negara. Kerajaan segera bertindak mengawal keadaan. Tragedi itu rupanya membawa rahmat tersembunyi bagi orang Melayu. Berikutan peristiwa hitam itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), khusus untuk membantu orang Melayu mendapat hak sah mereka dalam ekonomi negara.

DEB – apa yang diperjuangkan Objektif DEB dan pelaksanaannya telah diperincikan dalam satu kenyataan dasar yang dikeluarkan oleh Jabatan Per-


Dasar Ekonomi Baru

115

paduan Negara bertarikh 18 Mac 1970. Kenyataan itu, yang dianggap sebagai suatu arahan kepada semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang kemudian dijadikan asas panduan menggubal Rancangan Malaysia Kedua yang dilaksanakan antara 1971 hingga 1975. Dua matlamat ditetapkan untuk DEB – pertama, untuk mengurangkan dan akhirnya menghapuskan kemiskinan, dengan meningkatkan tahap pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; kedua, menyegerakan proses penyusunan semula masyarakat untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi bagi mengurangkan dan akhirnya menghapuskan pe­ ngenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi. Dokumen Rancangan Malaysia Kedua itu juga menerangkan proses untuk mencapai kedua-dua matlamat DEB itu melibatkan pemodonen kehidupan luar bandar, pertumbuhan perbandaran yang pesat dan seimbang dan pengwujudan masyarakat perdagangan dan perniagaan bumiputera dalam semua kategori dan pada semua tahap operasi, supaya dengan itu orang Melayu dan penduduk pribumi yang lain akan menjadi rakan kongsi penuh dalam semua aspek kehidupan ekonomi negara. Sasaran-sasaran baru ditetapkan dari segi ekonomi dalam menjayakan DEB. Dari segi penguasaan ekonomi, orang Melayu diharapkan pada akhir tempoh 20 tahun DEB dilaksanakan, mereka akan menguasai sekurang-kurang 30 peratus pelbagai kegiatan ekonomi. Lagi 70 peratus dikuasai oleh bukan Melayu, sebanyak 40 peratus dan pelabur asing 30 peratus. Bagaimanapun DEB bukan dilaksanakan dengan merampas pegangan bukan Melayu dan pelabur asing sedia ada. Sebaliknya, peningkatan untuk orang Melayu itu dibuat berasaskan kek ekonomi yang berkembang. Kek ekonomi yang bertambah besar itu akan diagih-agihkan mengikut sasaran baru pegangan ekonomi itu. Sasaran kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus setahun ditetapkan bagi tempoh sehingga 1985.


116

M A L AY S I A

Dasar pekerjaan penuh turut dilaksanakan DEB yang diharap dapat menyerap tenaga kerja yang masih menganggur pada akhir Rancangan Malaysia Pertama dan pada waktu yang sama dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru bagi mereka yang ingin menyertai sektor moden ekonomi. Dasar pekerjaan penuh ini diharapkan membolehkan penduduk luar bandar mendapat pekerjaan dan dengan itu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Kerana itu, dasar tersebut menjadi tonggak pelaksanaan DEB. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu mendapat pe­luang yang adil dan saksama untuk menyertai sektor-sektor moden ekonomi, kerajaan Persekutuan dan Negeri akan meng­ amalkan dasar campur tangan. Institusi dan agensi kerajaan akan digerakkan untuk mencapai matlamat itu. Institusi yang sedia ada akan diperkemaskan manakala agensi-agensi baru ditubuhkan untuk menjayakan DEB. Malah menurut dokumen Jabatan Perpaduan Negara mengenai DEB, kerajaan bukan sahaja akan menubuhkan institusi-institusi baru, tetapi turut memperkenalkan “dasar-dasar instrumen yang baru dan memperkenalkan langkah-langkah khas untuk memastikan matlamat-matlamat nasional DEB tercapai. Dalam rangka pendekatan baru ini, Kerajaan mulai sekarang akan memainkan peranan yang lebih positif dan aktif dalam pembangunan negara menerusi kedua-dua sektor perusahaan awam menerusi pelbagai bidang kegiatan dan menerusi pelaksanaan dasar-dasar tegas yang membabitkan pembangunan dalam sektor swasta.â€? Dokumen itu turut menegaskan bahawa “dalam melaksanakan arahan dan kawalan terhadap pembangunan sektor awam dan swasta, Kerajaan akan menggunakan segala kuasa perundangan dan pentadbiran, di samping sumber-sumber kewangan dan lainlain untuk mendorong dan menggalakkan segala usaha untuk mencapai matlamat nasional itu. Kerajaan akan menggunakan autoriti pelesenan, struktur cukai dan belanjawan, insentif ke-


Dasar Ekonomi Baru

117

wangan, peraturan-peraturan khusus dan sistem-sistem lain insentif dan kawalan untuk memastikan pertumbuhan sektor swasta mencerminkan objektif dan keperluan negara. Untuk membuktikan bahawa kerajaan adalah serius untuk membantu orang Melayu mendapat haknya yang sah dalam kekayaan negara, sebilangan institusi ditubuhkan untuk me­ ngambil bahagian secara langsung dalam pelbagai kegiatan ekonomi negara. Institusi itu seperti Perbadanan Nasional atau Pernas, Bank Pembangunan Pertanian, Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Padi Beras Negara (LPN), Lembaga Pertubuhan Peladang, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan sebagainya ditubuhkan dengan fungsi-fungsi yang spesifik untuk menolong orang Melayu memasuki sektor moden ekonomi. Bank Pertanian ditubuhkan untuk menyalurkan pinjaman kepada peladang dan petani untuk memodenkan sektor pertanian. LPN pula dibentuk untuk menyelaraskan pelbagai kegiatan penge­ luaran, pemprosesan dan pemasaran padi dan beras yang dihasilkan oleh penduduk luar bandar. Selain itu, institusi yang sedia ada se­perti MARA, Fama, Felda, MIDF, Felcra, Mardi turut digerakkan untuk mencapai matlamat DEB dalam membangunkan sektor luar bandar dan pertanian. Dokumen DEB yang diterbitkan oleh Jabatan Perpaduan Negara itu juga turut memperincikan dasar-dasar khusus bagi memajukan bidang pertanian, perikatan dan perhutanan, peki­ langan, perlombongan, pembinaan, perdagangan dan per­nia­gaan, kehidupan bandar dan luar bandar dan pendidikan yang mesti dipatuhi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Unit Pentadbiran Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri diberi tanggungjawab untuk memantau bahawa dasar-dasar yang telah digariskan itu dipatuhi. Adalah jelas bahawa DEB telah membuka ruang baru kepada orang Melayu untuk menyertai arus perdana ekonomi negara. Program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan, baik menerusi


118

M A L AY S I A

institusi yang sedia ada ataupun menerusi badan-badan yang baru dibentuk banyak membantu penduduk luar bandar untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan yang menghambat mereka selama ini. Bidang pendidikan misalnya digunakan sepenuhnya untuk melatih orang Melayu mendapat akses pengajian peringkat tinggi yang membolehkan mereka memperolehi kemahiran baru yang membantu mereka mendapat pekerjaan untuk meningkatkan mobiliti sosial kepada tahap yang lebih tinggi. Untuk membantu orang Melayu mendapat tempat di universiti, kuota 55 peratus tempat untuk mereka disediakan. Lagi 45 peratus diperuntukkan kepada bukan Melayu. Pelajar-pelajar Melayu juga dibantu untuk menguasai subjek yang dianggap kritikal seperti sains dan matematik sejak sekolah menengah lagi untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, perakaunan, pelbagai bidang sains dan matematik di peringkat universiti. Anak-anak Melayu yang lulus cemerlang pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara.

Prestasi DEB Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaannya antara 1971 hingga 1990, sasaran DEB tidaklah berjaya dicapai sepenuhnya. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dasar itu telah membantu orang Melayu keluar daripada lingkaran kemiskinan. Sebahagian besar mereka tidak lagi hidup ibarat melukut di tepi gantang. Atau berasa ter足 pinggir di negara sendiri. Bagi orang Melayu yang tahu dan mahu serta pantas mengambil peluang, DEB telah menjadi lampu ajaib yang telah mengubah kehidupan mereka. Kadar kemiskinan berjaya diturunkan. Penyusunan semula masyarakat mengikut fungsi ekonomi juga berlaku, walaupun tidak dalam bentuk yang mutlak. Pengenalan diri orang Melayu sebagai petani, nelayan dan penoreh


Dasar Ekonomi Baru

119

getah masih ada, tetapi sudah mula kabur. Dunia perniagaan yang suatu waktu dulu disinonimkan dengan orang Cina, sudah tidak lagi begitu keadaannya. Tetapi dalam apa juga proses pembangunan, pasti ada yang tercicir dan tertinggal. Begitu jugalah dengan DEB. Di sebalik kejayaan, terdapat juga kegagalan. Tetapi pada umumnya, pelaksanaan DEB telah memberi keyakinan baru untuk berhadapan dengan penduduk bukan pribumi. Keadaan ini membantu mencapai perpaduan nasional yang merupakan matlamat akhir dasar itu. Benar, matlamat untuk orang Melayu menguasai 30 peratus pelbagai kegiatan peniagaan gagal dipenuhi. Pencapaian mereka pada 1990 hanyalah sekadar 20 peratus – 10 peratus kurang daripada apa yang telah ditetapkan. Sebahagiannya ini kerana selama tiga tahun sepanjang DEB dilaksanakan, negara mengalami kemelesetan, menyebabkan usaha memenuhi matlamatnya terbantut sedikit. Selain itu, pengasas DEB, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, meninggal dunia pada 14 Januari 1976 – kira-kira lima tahun selepas dasar itu dilaksanakan. Pengganti beliau, Tun Hussein Onn, kemudiannya Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan dasar itu. Tun Hussein misalnya menubuhkan Permodanan Nasional Berhad (PNB) untuk bertindak sebagai badan pemegang amanah bagi mengekalkan pegangan saham orang Melayu dalam syarikat-syarikat penting negara. Mekanisme itu diakui telah meningkatkan pegangan orang Melayu dalam ekonomi negara secara kolektif untuk kekal pada 20 peratus sekarang ini. Menyedari keberkesanan DEB membantu orang Melayu mendapatkan kek ekonomi, maka Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan semangat dasar itu, walaupun ia tidak begitu disenangi oleh bukan Melayu. Dalam bidang membasmi kemiskinan, DEB membawa kejayaan luar biasa. Pada 1970, lebih 50 peratus bangsa Melayu hidup dalam kemiskinan dengan purata pendapatan hanya RM179 sebulan berbanding keluarga Cina RM387 dan India RM310.


120

M A L AY S I A

Hampir 85 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM100 adalah terdiri daripada keluarga Melayu. Tetapi menjelang berakhirnya DEB pada 1990, kadar kemiskinan di kalangan isi keluarga Melayu berjaya dikurangkan kepada 16.5 peratus. Pendapatan purata orang Melayu meningkat kepada RM940, tetapi masih rendah apabila dibandingkan dengan orang Cina dan India. Dalam bidang pendidikan, kesan DEB terhadap orang Melayu adalah mengkagumkan. Bilangan profesional Melayu – doktor, peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya – pada 1970 hanya­lah 225 orang. Pada akhir pelaksanaan DEB, jumlah itu berjaya di­ tingkatkan kepada 11,753 orang. DEB juga telah memungkinkan kemunculan saudagarsaudagar Melayu yang bertaraf jutawan. Sudah tentulah dalam tempoh itu ada nama yang naik dan kemudian lenyap terutama apabila berlaku kemelesetan ekonomi 1997-1998. Kemudian timbul pula nama-nama baru yang mewakili Melayu dalam dunia korporat. Ada usahawan Melayu yang tulen. Tetapi tidak kurang juga ada yang mengAlibabakan peluang perniagaan yang diberi oleh kerajaan menyebabkan ketirisan pegangan orang Melayu dalam kek ekonomi negara. Namun yang penting DEB telah mendedahkan orang Melayu kepada sektor ekonomi moden yang sebelum 1970 dimonopoli oleh bukan Melayu. Dalam sektor perbankan misal­nya, kini terdapat institusi kewangan yang diterajui oleh orang Melayu. Tan Sri Azman Hashim pemilik Arab Malaysia Bank adalah antara yang paling menonjol. Selain itu, terdapat bank-bank utama yang diterajui oleh tokoh korporat Melayu. Antaranya Datuk Nazir Razak di CIMB Bank dan Datuk Amir Sham di Malayan Banking Berhad – dua bank utama negara. Selepas tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB berakhir pada 1990, terdapat desakan di kalangan orang Melayu supaya dasar itu diteruskan. Malah terdapat suara lantang yang mencadangkan supaya peratusan pegangan kek ekonomi Melayu itu ditetapkan


Dasar Ekonomi Baru

121

pada paras 50 peratus selaras dengan kedudukan penduduk pribumi yang merupakan 50 peratus penduduk negara. Cadangan itu ditentang oleh bukan Melayu yang tidak rela melihat lebih 40 peratus pegangan mereka dalam ekonomi Malaysia dikurangkan. Kerajaan nampaknya mengambil sikap yang realistik dan pragmatik. Dasar Pembangunan Nasional (DPN), yang dilaksanakan untuk menggantikan DEB, yang dilaksanakan antara 1990 hingga 2000 secara terbuka dan terang-terangan tidak meneruskan matlamat yang ditetapkan dalam DEB. Tetapi semangat DEB untuk membantu bangsa Melayu diteruskan, bukan sahaja oleh DPN, tetapi dasar yang dilaksanakan selepas itu. Penerusan bantuan afirmatif kepada penduduk pribumi ini tidak salah; malah ia menepati peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh Perlembagaan Persekutuan. Lagi pun apa yang dibuat oleh kerajaan itu adalah memenuhi sebahagian daripada persepakatan kemerdekaan yang dipersetujui bersama oleh peng足 asas negara ini. Pemberian taraf kewarganegaraan kepada bukan Melayu, yang dipersetujui oleh bangsa Melayu adalah buat selamalamanya selagi ada bintang dan bulan dan tidak dihadkan kepada tempoh-tempoh tertentu. Begitu jugalah dengan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktubkan dalam perlembagaan buat selama-lamanya. Selagi terdapat orang Melayu dan pribumi di Malaysia dan selagi penguasaan mereka tidak mencerminkan peratusan sebenar penduduk negara, selagi itulah program afirmatif membantu mereka perlu diteruskan. Kecualilah kalau kontrak sosial 1957 yang telah disepakati itu dirundingi semula. Kegagalan memenuhi persetujuan bersama itu, seperti yang gagal dilakukan antara 1957 hingga 1969, berkemungkinan akan mencetuskan satu lagi pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi serupa itu hendaklah di足elakkan daripada berulang dan kunci kepadanya ialah untuk terus menghormati persepakatan kemerdekaan itu.


122

22 Bangsa Malaysia

Bangsa Malaysia adalah gagasan

yang dicetuskan dari masa ke masa selepas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (dan pada satu ketika Singapura) digabungkan dalam sebuah Persekutuan yang lebih besar pada 1963. Gagasan itu telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak – antaranya oleh orang politik, ahli akademik, pemikir sosial atau malah di kalangan masyarakat biasa. Rasionalnya mudah: oleh kerana Malaysia bukan sebuah negara homogen, tetapi sebuah negara berbilang kaum atau majmuk, maka usaha haruslah dibuat untuk menjadikan negara ini sebuah entiti politik satu bangsa. Ini kerana semua negara di dunia ini diasaskan pada prinsip negara bangsa. Malaysia, sebagai aktor baru di persada antarabangsa juga tidak terkecuali daripada memiliki jati diri nasional itu. Bagi mereka bangsa Malaysia tidak harus dikenali sebagai bangsa Melayu atau bangsa Cina atau bangsa India. Ia mesti mempunyai bangsanya sendiri dan nama yang paling sesuai tentulah bangsa Malaysia. Bagaimanapun yang tidak dapat disepekati adalah keperibadian yang menjiwai bangsa Malaysia itu. Apakah ciri-ciri utama keperibadian Melayu yang merupakan penduduk dominan Malaysia? Atau adunan pelbagai ciri penting kaum-kaum utama yang membentuk Malaysia?


Bangsa Malaysia

123

Nyatalah bahawa membentuk sebuah bangsa Malaysia tidaklah semudah mencipta sebuah kewarganegaraan seperti yang berjaya disepakati oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu sewaktu mencapai kemerdekaan. Siapa juga boleh menjadi warganegara Malaysia asalkan dia memenuhi kelayakan-kelayakan yang diperlukan dari segi undang-undang dan peraturan. Tetapi tidak begitu dengan bangsa Malaysia. Ia harus mempunyai keperibadian dan jiwa yang sama. Bangsa Melayu tentulah mahukan jiwa Melayu itu menjadi tunjang pembentukan sebuah bangsa Malaysia itu, baik dari segi bahasanya, budayanya, agamanya dan sebagainya. Bukan Melayu tidak dapat menerima kehendak itu. Lantaran itu, ibarat air laut, cadangan supaya diwujudkan bangsa Malaysia mengalami pasang surut. Ada kalanya ia hangat diperkatakan. Kemudian perbahasannya sejuk begitu sahaja. Tetapi apabila cadangan supaya diwujudkan sebuah bangsa Malaysia itu dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri, gagasan bangsa Malaysia secara mendadak menangkap imaginasi ramai. Mengapa dan apa yang sebenarnya dicadangkan oleh Dr. Mahathir itu? Dan apa pula yang ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang harus dimiliki untuk melayakkan bangsa itu digelar bangsa?

Ciri-ciri sebuah bangsa Bangsa atau dalam bahasa Inggerisnya nation menjadi satu istilah penting dari segi politik dengan penerimaan gagasan negara-bangsa di benua Eropah setelah runtuhnya empayar Roman. Di bawah empayar itu, bangsa tidak menjadi faktor penting kerana wilayah-wilayah yang menganggotainya bukan dibentuk berdasarkan keturunan, tetapi agama – lebih tepat lagi agama Katolik. Tetapi entiti politik yang muncul berikutan keruntuhan empayar Roman itu berbeza. Penubuhan sesebuah wilayah yang


124

M A L AY S I A

dipanggil negara dengan sempadan-sempadan khusus yang di­ iktiraf oleh orang lain, tidak lagi diasaskan pada fahaman agama yang sama semata-mata. Sebaliknya ia diasaskan kepada kewujudkan komuniti manusia yang mempunyai jatidiri keturunan yang sama dengan beberapa kesinambungan sejarah dan budaya yang dikongsi secara bersama dalam daerah geografi yang juga satu. Mereka berkongsi bahasa atau dialek bahasa yang sama. Malah undang-undang yang diguna pakai diterima semua. Mereka juga berkongsi adat dan tradisi yang serupa. Mereka juga mempunyai pelbagai kepentingan yang sama. Kelompok bangsa itu juga menggunakan matawang yang sama dalam urusan perdagangan sesama mereka. Kesamaan ini membuat mereka hidup selesa antara satu dengan lain. Kesamaan itu jugalah yang dijadikan asas untuk menubuhkan sebuah wilayah politik yang dikenali sebagai negara seperti yang kita kenali hari ini. Negara Jerman didiami oleh bangsa Jerman, Perancis dihuni oleh bangsa Perancis. Tetapi ada juga negara yang didiami oleh beberapa bangsa seperti United Kingdom yang terdiri daripada orang-orang Inggeris, Scot, Welsh dan Irish. Tetapi oleh kerana keempat-empat bangsa itu menggunakan bahasa yang sama – bahasa Inggeris – dan mempunyai tradisi dan budaya hidup yang tidak banyak berbeza, maka mereka tiada masalah besar untuk hidup bersama. Secara kolektif pula bangsa yang menghuni negara itu akan bertindak mempertahankan kepentingan-kepentingan bersama mereka daripada ancaman bangsa-bangsa lain. Sekiranya berlaku persengketaan, besar kemungkinannya sengketa itu adalah antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Misalnya dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, peperangan itu adalah bersifat kebangsaan atau nasionalisme. Atau lebih tepat lagi antara sebuah negara-bangsa Jerman yang menganggap dirinya kuat dengan negara bangsa Eropah yang lain seperti negara Perancis, Poland, Hungary, Russia, United Kingdom dan sebagainya.


Bangsa Malaysia

125

Jelas bahawa apabila di sebut sebuah bangsa, maka ia sebe­ narnya merujuk kepada satu kelompok manusia yang berkongsi banyak persamaan dari segi penggunaan bahasa dan kebudayaan, mengamalkan adat dan tradisi hidup yang serupa dan secara sedar mengakui kepentingan mereka adalah satu. Dari segi politik pula, mereka tinggal dalam satu kawasan atau wilayah yang memang diakui oleh komuniti lain menjadi tempat bangsa itu bermastautin. Bangsa itu juga mempunyai sebuah kerajaan yang kedaulatannya diakui dengan lambang kebangsaan yang khusus baik dalam bentuk bendera, lagu kebangsaan, pakaian kebangsaan dan lain-lain. Dalam konteks itu, apakah keperibadian bangsa Malaysia yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu?

Bangsa Malaysia – cadangan Mahathir Konsep Bangsa Malaysia yang heboh diperkatakan sampai sekarang sebenarnya telah dikemukakan oleh Dr. Mahathir sewaktu menyampaikan ucapan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991. Ucapan yang berjudul Malaysia Melangkah Ke Hadapan itu menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju apabila menyingsing fajar 1 Januari 2020 iaitu kira-kira 30 tahun daripada waktu ucapan itu dibentangkan. Wawasan Dr. Mahathir tentang negaranya itu kemudian dikenali sebagai Wawasan 2020 iaitu mengambil sempena tahun Malaysia dirancang menjadi sebuah negara maju dengan acuannya sendiri. Dalam sebuah Malaysia yang maju pada 2020 itu, Dr. Mahathir membayangkan negara kita telah berjaya mengatasi rintangan kaum yang ada. Waktu itu, kita bukan lagi bercakap tentang perpaduan kaum pada tahap sekarang tetapi telah terbentuk “sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa


126

M A L AY S I A

depan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintergrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan per­ samaan hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa itu.” Pada mulanya ada yang menyamakan gagasan Bangsa Malaysia Dr. Mahathir ini dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sewaktu berada di dalam Malaysia, yang kemudian diteruskan oleh Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Tetapi jika diteliti secara halus, sebenarnya tidak terdapat persamaan. Ini kerana kedua-dua gagasan itu diasaskan pada premis yang sama sekali berbeza. Malaysian Malaysia dikemukakan kepada prinsip sama rata di kalangan kaum-kaum utama di negara ini yang terangterang menolak hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Yang ditekankan oleh Lee ialah meritokrasi, tanpa memikirkan bahawa di kalangan Melayu dan bukan Melayu padang untuk mereka bersaing adalah tidak sama rata. Orang Melayu sudah tentu tidak dapat menerima pembentukan Bangsa Malaysia menggunakan acuan Malaysian Malaysia. Sebab itu walaupun cadangan Bangsa Malaysia Dr. Mahathir juga menekankan kepada “persamaan hak dan keadilan” tetapi turut mengingatkan bahawa “jika kita menginginkan sebuah masyarakat yang saksama, maka beberapa tindakan pendorongan perlulah kita terima. Dalam semua sektor pekerjaan yang utama lagi penting mestilah terdapat suatu adunan saksama yang terdiri daripada kelompok-kelompok etnik yang menganggotai negara Malaysia. Melalui cara-cara yang sah, kita hendaklah berusaha memastikan terdapatnya imbang yang wajar dalam bidang-bidang ikhtisas dan semua jenis pekerjaan yang sama. Kita mestilah berusaha memastikan terbentuknya secara sihat sebuah komuniti


Bangsa Malaysia

127

perdagangan dan perindustrian bumiputera yang mantap dan tangkas.” Walaupun aspek ekonomi sebuah Bangsa Malaysia pada 2020 itu diterangkan dengan panjang lebar oleh Dr. Mahathir pada ucapannya itu, tetapi secara terperinci, beliau tidak meng­ huraikan jiwa dan keperibadian gagasan yang beliau panggil sebagai Bangsa Malaysia itu. Apakah bahasa kebangsaan bersama Bangsa Malaysia itu bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang? Apakah agama Islam kekal sebagai agama Persekutuan? Apa pula ciri-ciri kebudayaan kebangsaan Bangsa Malaysia itu kelak? Apakah adat resam kehidupan orang Melayu akan dijadikan asas adat resam dan kehidupan bangsa Malaysia pada 2020 itu kelak? Atau apa yang dipanggil Bangsa Malaysia sama bentuk dengan apa yang terdapat di Britain iaitu sebuah negara dengan empat bangsa – Inggeris, orang Scotland, Wales dan Ireland? Tetapi perasaan kebangsaan mereka lebih mudah kerana berkongsi kebudayaan dan bahasa yang sama sebagai pengikat iaitu bahasa Inggeris tanpa pula dihalang penggunaan bahasa ibunda di wilayah masing-masing. Di Malaysia, rasanya cara Britain itu bukanlah jawabannya. Atau Bangsa Malaysia akan menjadi seperti bangsa Amerika yang terhasil kononnya secara melting pot? Se­ sungguhnya banyak pertanyaan-pertanyaan lain berkait dengan proses pembentukan Bangsa Malaysia dan apa pula keperibadian, wajah dan jiwanya boleh ditimbulkan.

Bangsa Malaysia – impian dan realiti Sebaik sahaja konsep Bangsa Malaysia itu dilontarkan kepada umum, pelbagai pihak menyahut cabaran Dr. Mahathir supaya ia dibincangkan secara rasional dan mendalam. Seminar-seminar khusus telah diadakan untuk membincangkan cabaran mem-


128

M A L AY S I A

bentuk Bangsa Malaysia itu dalam tempoh 30 tahun berkuat kuasa pada 1991 itu. Rumusannya ialah gagasan itu memang ideal untuk Malaysia sewaktu ia melangkah untuk mengambil tempatnya sebagai sebuah negara maju pada 2020. Tetapi mereka pada waktu itu tidak dapat menggambarkan apakah sebenarnya karektoristik apa yang dipanggil Bangsa Malaysia itu. Kaum-kaum utama di negara ini juga memperlihatkan reaksi yang berbeza terhadap gagasan Bangsa Malaysia. Bagi orang Melayu, mereka berpendapat Bangsa Malaysia itu hendaklah diasaskan kepada wajah, jiwa dan keperibadian Melayu. Alasan mereka mudah – orang Melayu adalah tuan negara ini satu ketika dulu. Sekalipun mereka sudah kehilangan kawalan ke atas negara ini sepenuhnya, tetapi orang Melayu masih merupakan penduduk dominan Malaysia. Sekiranya demokrasi dijadikan panduan, maka pembentukan Bangsa Malaysia itu seharusnya diasaskan kepada ciri keperibadian penduduk dominan. Inilah pandangan Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri apabila gagasan Bangsa Malaysia itu menjadi perbahasan pada akhir 2006 – 12 tahun selepas gagasan Dr. Mahahtir itu pertama kali dikemukakan. Menjawab desakan tokoh-tokoh bukan Melayu supaya Bangsa Malaysia diasaskan bukan pada kepentingan kaum-kaum tertentu, Najib menegaskan: Bangsa Malaysia bererti kita tidak menilai seseorang dengan warna kulit, keturunan atau agamanya. Bangsa Malaysia juga tidak mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, pemberian kuota dan sebagainya. Tetapi di kalangan segelintir intelektual Melayu, ada yang berasa pesimis tentang dominasi wajah dan keperibadian Melayu sebagai tunjang kepada wajah dan keperibadian Bangsa Malaysia. Mereka menerima hakikat bahawa cita-cita pembentukan sebuah negara Melayu sebagai yang diimpikan oleh angkatan para nasionalis yang mendahului mereka, tidak mungkin dapat lagi direalisasikan. Paling baik yang boleh diharapkan oleh orang


Bangsa Malaysia

129

Melayu, menurut mereka, ialah untuk menjadi pentakrif kepada penciptaan Bangsa Malaysia dalam kerangka politik yang sudah berubah. Ini pendapat Rustam A. Sani dalam bukunya berjudul Melayu Baru dan Bangsa Malaysia yang dihasilkan tidak lama selepas gagasan Dr. Mahathir itu diungkapkan pada 1991. Bagi Rustam, setelah gagal menubuhkan sebuah negara-bangsa dalam perjuangan kemerdekaan, pejuang-pejuang Melayu tiada pilihan kecuali “mengalihkan cara berfikir mereka daripada ideologi mempertahankan hak kelompoknya kepada pemikiran pencetus dan pentakrif keperibadian suatu citra bangsa yang baharu – yakni gagasan Bangsa Malaysia yang belum pernah wujud dalam sejarah politik negara ini.” Di kalangan penduduk bukan Melayu pula, mereka jelas tidak dapat menerima dominasi apa juga yang ada kaitan dengan Melayu dalam penciptaan Bangsa Malaysia itu. Sebab itu tidak henti-henti mereka mempersoalkan lambang kebangsaan Malaysia yang bertunjangkan kepada jiwa dan keperibadian Melayu, baik dari segi bahasa, pemakaian songkok, penggunaan keris pada majlis-majlis rasmi negara. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan hak dan kedudukan istimewa Melayu juga dipersoalkan. Kewujudannya dianggap satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain yang selagi tidak dihapuskan, selagi itulah perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenar tidak akan tercapai dan selagi itulah orang bukan Melayu tidak berasa puas hati. Seperti yang diamati dengan tepat oleh Rustam, kerana itu apabila gagasan Bangsa Malaysia yang tidak mencabar status quo dikemukakan, “mereka bertindak balas dengan melaksanakan pelbagai langkah dan mengajukan pelbagai sikap untuk melin­dungi keperibadian tradisionalnya – yang sebenarnya tidak pernah ditanggapi dan dikenalinya dengan jelas – atau untuk kembali kepada aturan sosial yang terdapat dalam masyarakat majmuk zaman kolonial yang telah mengamalkan semacam dasar cultural


130

M A L AY S I A

lassiez-faire dalam hal pembentukan bangsa itu.� Natijah pada tindak balas itu timbul “segala kekeliruan budaya dan kekacauan intelektual yang menghalang tercetusnya pemikiran dan tergubalnya suatu ideologi pembentukan bangsa yang mantap di Malaysia – kecuali terdapatnya beberapa langkah untuk mendorongkan perpaduan kaum, yakni langkah yang bertujuan agar kelompok-kelompok kaum yang berlainan itu dapat membendung kecenderungan masing-masing untuk berkonflik antara satu sama lain.� Sekiranya Bangsa Malaysia itu hendak dijadikan kenyataan pada 2020, maka apa yang diperlukan bukanlah dasar perpaduan kaum tetapi sebuah dasar pembentukan bangsa yang kreatif. Tidak syak lagi, antara halangan yang menghambat usaha melahirkan Bangsa Malaysia ialah untuk membebaskan diri kita, baik di kalangan orang Melayu mahu pun di kalangan bukan Melayu, daripada terus terjebak dengan sejarah kolonial yang telah mewariskan kepada kita suatu situasi sosial masyarakat majmuk yang rapuh, rumit dan mudah meledak. Tetapi pembebasan ini lebih senang cakap daripada buat.


131

23 Wawasan 2020

Pada penghujung dasawarsa 1980-

an terdapat petanda jelas bahawa sektor industri pembuatan mula memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Nujum-nujum ekonomi meramalkan Malaysia sudah berada di ambang menjadi sebuah negara maju. Tidak ada apa yang boleh menyekat kita bergerak ke arah mencapai cita-cita itu. Di luar negara, Malaysia bersama-sama Singapura dan Thailand, diberi nama jolokan harimau Asia dengan status negara perindustrian baru. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku arkitek pemodenan ekonomi Malaysia segera menubuhkan Majlis Perdagangan Malaysia (MPM) yang dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh ternama dunia korporat negara. Beliau bertindak sebagai pengerusi majlis itu. Sempena persidangan pertamanya 28 Februari 1991, beliau telah melakarkan rancangan jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju dalam tempoh 30 tahun mulai tahun itu. Sasarannya beliau ialah apabila matahari terbit pada 1 Januari 2020, rakyat Malaysia akan empat kali ganda lebih makmur (menurut perkiraan sebenarnya) berbanding dengan pada


132

M A L AY S I A

1990. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) pula berjumlah kirakira RM920 bilion dalam perkiraan RM pada 1990. Matlamat menjadi sebuah negara maju pada 2020 inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020, walaupun dalam ucapan Dr. Mahathir itu gagasan tersebut langsung tidak disebut. Malah ucapan beliau itu sebenarnya berjudul Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Istilah 2020 digunakan oleh doktor-doktor mata untuk menggambarkan penglihatan yang sempurna. Tetapi negara maju yang dirancang oleh Dr. Mahathir itu bukan saja mantap ekonominya, tetapi maju dengan acuan sendiri. Seperti yang beliau sendiri huraikan dalam ucapan itu, “Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonominya semata-mata. Negara kita mestilah menjadi negara maju dari segala seginya: dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, dari segi ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan bangsa sendiri. Secara lebih spesifik, Dr. Mahathir telah menggariskan sembilan ciri yang ada pada Malaysia apabila menjadi sebuah negara maju pada 2020 kelak.

Maju dengan sembilan ciri Ciri pertama negara maju yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir ialah terbentuknya apa yang beliau panggil sebuah “Bangsa Malaysia� pada 2020. Bangsa Malaysia itu membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa itu juga mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan. Dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak


Wawa s a n 2 0 2 0

133

berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Ciri kedua Malaysia yang maju itu pula ialah sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula semua bangsa lain. Sifat ketiga Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah terdapatnya sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia, berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negaranegara membangun yang lain. Maju dengan sistem dan masyarakat yang bobrok bukanlah sifat Malaysia yang diingini oleh Dr. Mahathir pada 2020. Bagi beliau sifat keempat masyarakat Malaysia yang maju hendaklah kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Ciri kelima yang harus ada pada Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah pembentukan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal, lagi toleran dengan setiap warga Bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahu pun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut. Dr. Mahathir juga berpendapat untuk maju Malaysia harus berupaya membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.


134

M A L AY S I A

Bagi Dr. Mahathir masyarakat Malaysia yang maju tidak harus menjadi individualistik seperti yang terjadi di negara-negara maju di Barat. Bagi beliau Malaysia pada 2020 harus membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat diripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu, tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Ciri kelapan yang disenaraikan oleh acuan negara maju Dr. Mahathir ialah wujud sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu, menurut beliau, akan menjamin pengagihan kekayaan secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok tertentu. Sifat kesembilan dan terakhir Malaysia yang maju dengan acuan sendiri itu ialah kemunculan sebuah masyrakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Wawasan 2020 selepas peralihan kepimpinan Hampir 13 tahun selepas Wawasan 2020 dilancarkan, Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Pertanyaan yang ditimbulkan: apakah wawasan itu akan di足te足 rus足kan? Atau apakah ia akan diketepikan oleh pengganti beliau, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan digantikan dengan sebuah wawasan lain pula? Di dalam politik adalah satu hal yang biasa apabila air bah pantai juga akan berubah. Pemimpin baru biasanya akan menetapkan arah tuju baru dalam dasar-dasar negara. Tambahan pula Wawasan 2020 bukanlah sebuah dasar


Wawa s a n 2 0 2 0

135

rasmi negara yang mempunyai status legal. Dr. Mahathir tidak pernah meminta Parlimen meluluskan Wawasan 2020 sama se­ perti dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang lain seperti Dasar Pembangunan Nasional atau rancangan pembangunan lima tahun negara. Status Wawasan 2020 hanya sekadar sebuah kertas kerja yang dibentangkan oleh seorang individu tentang masa depan jangka panjang negara ini. Beliau pula kebetulan seorang Perdana Menteri. Kalau pengganti beliau ingin meminggirkan Wawasan 2020 itu, tiada apa yang boleh dibuat oleh Dr. Mahathir. Pengganti beliau memang berkuasa berbuat demikian. Tetapi peminggiran Wawasan 2020 nampaknya tidak berlaku dengan perubahan kepimpinan tertinggi di Malaysia. Pada ucapan sulungnya di Parlimen, Abdullah mengikrarkan bahawa matlamat wawasan itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuan sendiri pada 2020 itu akan diteruskan. Menurut beliau, upaya menjadikan Malaysia sebuah negara maju adalah selaras dengan hasratnya untuk membina masa depan negara dan warganya untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam ucapan perdananya pada 3 November 2003 itu, Abdullah juga menggariskan 12 gagasan beliau untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, barangkali bagi menggantikan sembilan ciri unik memajukan Malaysia yang dihuraikan oleh Dr. Mahathir dalam Wawasan 2020nya. 12 gagasan itu ialah:

• Membina kepimpinan politik yang dihormati, berkesan dan

•

•

menjadi contoh teladan Menyuburkan sistem demokrasi, menghidupkan amalan perundingan dan budaya perbincangan untuk melahirkan masyarakat demokratik yang matang. Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik serta membangunkan masyarakat ulul al-bab.


136

M A L AY S I A

• Menjana

• • • • • • •

pertumbuhan ekonomi melalui penerokaan sumber baru dan kesaksamaan pembahagian. Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera generasi baru serta Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera. Memberi peranan kepada sektor swasta menjana pertumbuhan ekonomi terutama mencipta peluang baru. Meningkatkan kecekapan sektor awam menerusi sistem penyampaian yang lebih efisien. Menangani rasuah Menguatkuasakan undang-undang Menggalakkan penyertaan aktif warga muda dan emansipasi wanita yang lebih seimbang. Mempertahankan kedaulatan negara bangsa di peringkat antarabangsa. Membina perpaduan nasional.

Pada ucapannya mengumumkan Rancangan Malaysia kesembilan pada petang 31 Mac 2006, Abdullah menggariskan lima teras Misi Nasional yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju itu. Teras-teras itu ialah: meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara; meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama; mena­ ngani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif; meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan mengukuhkan keupayaan institusi dan keupayaan pelaksanaan negara. Pelaksanaan Misi Nasional ini tentulah akan dilengkap dengan semangat Islam Hadhari. Jelas sekiranya dibuat penelitian antara sembilan cabaran Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr. Mahathir Mohamad dengan 12 gagasan dan 5 Teras Misi Nasional yang telah dibentangkan oleh Abdullah di Parlimen, dari segi semangat dan pengisian tidak terdapat perbezaan yang ketara. Perbezaannya barangkali dari-


Wawa s a n 2 0 2 0

137

pada penekanan terhadap sudut-sudut tertentu terutama dari segi penekanan terhadap pembangunan modal insan. Baik di sebalik Wawasan 2020 atau Gagasan 12 sebenarnya terdapat rancangan berpandangan jauh dan matlamat jangka panjang dari segi politik, sosial, psikologi dan ekonomi. Dari segi politik, kedua-duanya mengungkap tentang negara Malaysia yang bersatu padu dan masyarakat yang mengamalkan pemerintahan demokrasi yang matang. Dari sosial pula matlamatnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika; masyarakat liberal dan toleran, berilmu, berminda kelas pertama dan penyayang. Dari segi ekonomi pula, Dr. Mahathir dan Abdullah mengungkapkan cita-cita tentang masyarakat yang adil ekonominya dan masyarakat yang makmur dengan ekonominya yang tangkas dan mampu bersaing. Selepas 15 tahun pelaksanaannya, perjalanan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju kekal berada pada landasan yang betul. Pada 2006 sektor pembuatan mewakili 78.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara. Berdasarkan perubahan profil dalam ekonomi Malaysia, kita sebenarnya sudah layak menjadi sebuah negara industri. Cuma yang menjadi persoalan apakah sembilan ciri unik untuk kita menjadi negara maju mengikut acuan sendiri itu dapat dijadikan kenyataan sepenuhnya atau tidak. Ini kerana matlamat untuk menjadikan Malaysia negara maju dari segi ekonomi tidak begitu sukar untuk dicapai. Kemajuan dari segi politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan lebih sukar untuk dijadikan kenyataan. Secara sinis ada bertanya mengambil kira latar belakang itu, tidak mungkinkah Wawasan 2020 akan menjadi satu lagi cita-cita negara yang mungkin tidak tercapai sepenuhnya.


138

24 Islam Hadhari

Islam Hadhari adalah wawasan

Perdana Menteri kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2003 – 2009) untuk membawa bangsa dan negara ke mercu cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi pembangunan. Gagasan Islam Hadhari ini pertama kali diungkapkan oleh Abdullah pada satu ceramah pada bulan Ramadan di Shah Alam, Selangor, tidak lama selepas beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 31 Oktober 2003, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Abdullah sendiri mengungkapkan gagasan dengan lebih jelas dan terperinci lagi sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO pada 23 September 2004. Pada ucapan itu, beliau menyenaraikan prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang mendasari Islam Hadhari yang bertujuan untuk menjaga, memartabat dan memperkasa agama, akal, nyawa, harta, keturunan, maruah, institusi keluarga dan alam sekitar. Sepuluh prinsip asas Islam Hadhari itu sendiri turut digariskan. Sejak itu Islam Hadhari menjadi sebutan dan perbincangan. Ada yang tanpa ragu-ragu mendakap konsep itu sebagai yang terbaik untuk membangunkan umat Islam. Ada yang memandang


Islam Hadhari

139

serong terhadap gagasan itu yang dianggap sebagai retorik politik semata-mata. Parti-parti pembangkang terutama PAS mencemuh Islam Hadhari sebagai satu ajaran dan agama baru. Ada juga yang bertanya, Islam adalah Islam dan pembangunannya tidak memerlukan sebagai label atau jenama – hadhari atau tidak. Dalam keadaan perbincangan yang bersimpang-siur itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diberi tanggungjawab untuk menerangkan wawasan Abdullah itu menerbitkan sebuah buku khas Konsep Islam Hadhari, Satu Penjelasan memperincikan maksud Islam Hadhari itu pada 2005. Sekali gus ia menjawab kekeliruan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang mengenai konsep Islam Hadhari itu. Sebenarnya, Islam Hadhari ini adalah Wawasan 2020 Abdullah untuk umat Islam, bukan sahaja di negara ini, tetapi sesuai diguna pakai di negara-negara Islam yang lain. Visi akhir konsep itu, seper­ti yang dinyatakan dalam buku terbitan Jakim itu adalah “untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara mengikut acuan itu sendiri.” Dijelaskan bahawa konsepnya ialah negara yang mempunyai masya­rakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang ber­ akhlak dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama. Misi Islam Hadhari itu pula ialah “melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.” Matlamatnya adalah “bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.” Visi dan misi Islam Hadhari ini tidak lari daripada apa yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju, juga dengan acuan sendiri dengan


140

M A L AY S I A

sembilan ciri istimewa yang membezakannya dengan negaranegara maju yang lain. Bezanya cuma Islam Hadhari mengambil “pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.”

10 Prinsip Islam Hadhari Sekiranya Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diharungi dalam perjalanan menjadi negara maju, Islam Hadhari Abdullah pula menetapkan 10 prinsip yang perlu ada pada masyarakatnya. Prinsip-prinsip itu ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah; kerajaan adil dan beramanah; rakyat berjiwa merdeka; penguasaan ilmu pengetahuan; pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif; kehidupan berkualiti; pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita; keutuhan budaya dan moral; pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan. Dijelaskan satu per satu prinsip Islam Hadhari itu seperti yang dihuraikan oleh dokumen terbitan Jakim itu.

I . K eimanan Dan Ke takwaan Ke pada A l l ah

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan ke­ imanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan peng­ urusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam


Islam Hadhari

141

surah al-A’raaf : 96, maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi) : Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendus­ takan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 256, maksudnya : “Tiada paksaan dalam agama (Islam)”. Dalam surah al-Kafirun: 6, Allah SWT berfirman, maksudnya: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

ii. KE R A J A A N A DIL DA N B ER A M A N A H

Adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl: 90 maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan miskin kaya atau perbezaan agama. Ini


142

M A L AY S I A

bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah al-Maa’idah: 8, maksudnya: “…dan jangan sekali kebencian kamu terhadap se­suatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Me­ ngetahui dengan mendalam apa yang akan kamu lakukan”. Hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya: “Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya itu bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’: 58, maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu meng­ hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. Dan hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad maksudnya: “Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju dan


Islam Hadhari

143

dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam surah Saba’: 15, maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu : dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (Kariah mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.

iii . R A KYA T B E R J IWA M ER DEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra’: 70, maksudnya: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan ber­bagaibagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebihlebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran


144

M A L AY S I A

berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh. Setiap anggota masyarakat harus digerakkan potensinya sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri. Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara. iv . PE NGU A S A A N IL MU P EN GET A HU A N

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ke­ tangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Mujadalah: 11 maksudnya : â€œâ€ŚAllah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu pen-


Islam Hadhari

145

getahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”. Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang bersepadu mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajar­nya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah ali-‘Imran: 190, maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang berakal”.


146

M A L AY S I A

v. PE M B A N G U N A N EK O N O MI SEIMBANG DAN KOM P R E H E N SIF

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah: 10, maksudnya: “Kemudian setelah selesai sembahyangnya, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyakbanyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)â€?. Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep persyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat Islam merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka. Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari. Melalui strategi tersebut negara mampu mengembleng ke­semua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari


Islam Hadhari

147

akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat. Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memajukan sektor pertanian dengan teknologi tersebut. Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana dengan pencapaian pembangunan ekonomi, negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.

vi . KE HIDU P A N B ER KU A LIT I

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan ak足hirat untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Qasas: 77, maksudnya:


148

M A L AY S I A

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagiamu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang berbuat kerosakanâ€?. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam Hadhari tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari semasa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia. Di samping itu, Islam Hadhari memberi keutamaan kepada institusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat dikurangkan jika setiap institusi keluar­ga dapat berfungsi dengan berkesan. Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.


Islam Hadhari

149

vii . P E M BEL A A N H A K K U M PUL AN MINORITI DAN WA NIT A

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah. Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hakhak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran al-Hujuraat: 13, maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)�. Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembangan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembangaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundamental Liberties). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam


150

M A L AY S I A

pentadbiran negara, aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. Rasulullah SAW telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hinga ke akhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida (Haji Perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh Muslim, maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suami berkunjung ke rumahnya. Sekiranya mereka melakukan demikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegangan dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran)�. Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undangundang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan. Kerajaan telah menubuhkan Surahanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa


Islam Hadhari

151

teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamahmahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian. Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan dan hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan, mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita. Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hakhak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58, maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menye­


152

M A L AY S I A

rahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerima) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi peng­ ajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”.

viii. KE UT UHA N B UDA Y A DA N M OR A L

Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2, maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya”. Dengan demikian, kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika


Islam Hadhari

153

dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture).

i x. PE MELIHA R A A N A L A M SEM U LA JA DI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, gempa bumi, gelombang besar, hujan asid, pencemaran alam sekitar dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan ekosistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh United Nation Development Programme (UNDP) untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menye足


154

M A L AY S I A

luruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangunkan alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar di sekitarnya di samping berusaha untuk terus maju. x. KE KUA TA N P E R T A HA N A N

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Anfal: 60, maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah me­ ngetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiayaâ€?. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat memper­ tahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mem-


Islam Hadhari

155

pertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memper­ kasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

�

Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa berbeza dengan Wawasan 2020, Islam Hadhari, sebagai satu konsep pembangunan memberi penekanan kepada aspek ketamadunan menurut perspektif Islam. Pendekatan yang diambil adalah menyeluruh bukan terpisah-pisah seperti Islam yang bersifat politik atau yang bersifat tasawuf. Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan kualiti hidup bermasyarakat supaya mereka mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan tekonologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. Dengan memberi penekanan kepada aspek ketamadunan, ia tidak pula bermakna Islam Hadhari menolak pentingnya aspek ritual tamadun. Malah gagasan itu mengakui bahawa pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.


156

25 1Malaysia

1Malaysia – rakyat didahulukan,

pencapaian diutamakan adalah gagasan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menunjangi pentadbirannya selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Ia diumumkan pada malam 3 April 2009 dalam ucapan beliau ke seluruh negara menerusi TV1 selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pada jam 10 pagi pada hari yang sama di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Ucapan itu adalah bayangan awal pentadbiran Najib yang berjanji untuk membawa pendekatan baru bagi menempa sebuah zaman baru demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpandukan keutamaan rakyat. Dengan mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, Najib mengisytiharkan: “Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasionnal.� Secara lebih spesifik Najib turut berjanji untuk membangun potensi generasi muda yang dianggap sebagai saf kepimpinan masa depan setinggi-tingginya. Dengan mengumumkan


1Malaysia

157

pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berjanji untuk mengkaji semula akta itu, selain menarik balik larangan terhadap penerbitan Suara Keadilan, beliau sebenarnya membayangkan suasana yang lebih liberal di bawah pen足tabirannya. Pada mulanya oleh kerana gagasan 1Malaysia yang dilontarkan oleh Najib tidak menyenaraikan butiran dan perincian apa yang terkandung di dalamnya, sama seperti Wawasan 2020 atau Islam Hadhari yang dikemukakan oleh dua Perdana Menteri sebelum beliau, maka pelbagai reaksi diberikan terhadap gagasan Perdana Menteri baru itu. Ada yang menerima dan mendakapnya secara positif. Ia dilihat sebagai langkah memukau imaginasi yang dilihat berupaya mengembalikan keyakinan yang menyebabkan kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional kehilangan sokongan dan pengaruh seperti yang terpancar dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Najib, yang menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilihat berada pada kedudukan yang ampuh untuk menyempurnakan tugas itu. Kalangan ini melihat 1Malaysia adalah suntikan segar untuk membawa negara ke puncak baru dalam perjalanannya menjadi sebuah negeri maju pada 2020. Ada yang menganggap 1Malaysia terlalu umum sifatnya sehingga ia memberi pengertian yang berbeza bagi orang yang berlainan. Ada juga yang berpendapat ia sebagai slogan kosong dan tidak lebih daripada itu. Pembangkang pula menolak gagasan itu sebagai satu gimik bagi pentadbiran baru untuk mengalihkan krisis keyakinan yang dihadapi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka mempertikaikan kemampuan Najib untuk merealisasikan gagasan itu berikutan kemunculan politik baru pasca pilihan raya umum ke-12. Di kalangan pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) ada yang tanpa usul periksa menyamakan 1Malaysia dengan inti pati dasar dan perjuangan Malaysian Malaysia parti itu yang diwarisi dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura.


158

M A L AY S I A

Di kalangan bangsa induk negara – bangsa Melayu – yang merupakan penduduk majoriti Malaysia terdapat kebimbangan bahawa hak dan kepentingan mereka berkemungkinan di­ pinggirkan dengan adanya 1Malaysia. Bagi mereka 1Malaysia seolah-olah menganjurkan persamaan dan menafikan mereka hak-hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri. Hakakit bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – sebuah kementerian yang secara khusus fungsi terasnya adalah untuk membangunkan usahawan Melayu, dibubarkan apabila Najib membentuk barisan baru Kabinetnya, digunakan sebagai bukti untuk menyokong kerisauan itu. Apabila kerajaan meliberalkan 27 subsektor perkhidmatan yang selama ini diperuntukkan khusus untuk syarikat-syarikat bumiputera, kebimbangan dan kerisauan usahawan Melayu itu seolah-olah benar. Kerisauan itu tiba pada kemuncaknya apabila kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan sektor kewangan dengan membenarkan had ekuiti asing dalam bank Islam, bank pelaburan, syarikat insuran dan takaful dinaikkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus pada 27 April 2009. Mereka menilai keputusan itu mengancam pegangan Melayu dan bumiputera dalam sektor itu. Lalu ada bertanya: apa akan jadi dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera dalam bidang-bidang tertentu? Apakah peruntukan-peruntukan itu akan sekadar menjadi hiasan seperti yang terjadi di Singapura setelah adanya 1Malaysia? Di negara itu, orang Melayu yang suatu waktu dulu memiliki negara pulau itu, dijamin hak-hak tertentu dalam perlembagaan, tetapi ia hanyalah sekadar jaminan di atas kerta sahaja. Kalaupun dilaksanakan, ia sekadar melepas batuk ditangga. Di kalangan bukan Melayu pula ada yang menggunakan kon­s ep 1Malaysia untuk membuat tuntutan yang bukanbukan dan mempertikaikan dasar-dasar kerajaan yang dilihat


1Malaysia

159

memihak kepada bangsa Melayu selama ini. Senarainya agak panjang. Ini termasuklah cadangan pertubuhan haram Hindraf supaya orang bukan Melayu yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan diberi taraf bumiputera. Malah yang menggunakan lesen 1Malaysia untuk membuat tuntutan dan cadangan yang keterlaluan dan tidak munasabah itu bukan musuh kerajaan di pihak pembangkang sahaja. Para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kedudukan dalam pentadbiran Najib turut menyertai pembangkang dalam membuat tuntutan yang dianggap bercanggah dengan persetujuan bersama yang disepakati sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan. Pemberian biasiswa yang mengutamakan pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dibangkitkan. Tuntutan dibuat supaya sejajar dengan 1Malaysia, pemberian kira-kira 2000 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setahun untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara diberi berasaskan merit, bukan mengikut kuota kaum. Kegagalan pelajar bukan Melayu yang didakwa cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mendapat biasiswa secara automatik dijadikan isu besar. Kekurangan ketara bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, terutama pada peringkat tinggi dalam pasukan polis dan angkatan bersenjata, ditimbulkan semula. Tetapi kekurangan orang Melayu dalam syarikat-syarikat yang di­k uasai oleh kepentingan Cina, tidak disebut. Malah asas kerja­sama yang telah diinstitusikan oleh para pengasas awal kemerdekaan Malaysia yang dipersetujui bersama oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu dipersoalkan. Najib sendiri barangkali menyedari bahawa gagasan beliau itu akan mengundang pelbagai reaksi – positif dan negatif, pe­ nolakan dan penerimaan, malah kontroversi. Tetapi beliau tidak mudah melatah. Beliau seolah-olah mahu memberi peluang kepada siapa juga yang berminat untuk memberikan pandangan masing-masing tentang konsep itu. Dan pada waktu


160

M A L AY S I A

yang sama Najib menggunakan 100 hari pertama beliau selaku peneraju Malaysia untuk memperincikan pengisian 1Malaysia, di samping menjelaskan salah faham dan kekeliruan yang sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya parti-parti pembangkang yang menolak mentah-mentah gagasan itu. Dalam kenyataan yang dinyatakan berkali-kali tentang 1Malaysia selepas ia pertama kali diketengahkah pada 3 April, Najib membuat penegasan-penegasan berikut tentang gagasan itu:

• Bahawa 1Malaysia bukan slogan kosong seperti yang di­ dakwa oleh pihak-pihak tertentu terutama pembangkang.

• Bahawa 1Malaysia tidak ada persamaan langsung dengan

Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh DAP. Ini kerana paksi 1Malaysia adalah undang-undang tubuh negeri dan negara yang memaktubkan hak istimewa untuk penduduk pribumi manakala Malaysian Malaysia DAP enggan mengiktiraf peruntukan-peruntukan yang telah diinstitusikan dalam perlembagaan itu.

• Bahawa 1Malaysia tidak meminggirkan kepentingan dan

hak orang Melayu dan bumiputera kerana ia diasaskan pada Perlembagaan Persekutuan. Ini beliau nyatakan secara jelas dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 6 Jun 2009. Tegas Najib: “Kerajaan di bawah pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin akan kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2, Bahagian 3 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa gundah gulana atau menaruh syak, juga bimbang bahawa konsep ini akan terpesong


1Malaysia

161

dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa kita suatu ketika yang lalu.” Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada kedudukan agama Islam sebagai “ugama bagi Persekutuan.” Perkara 4 merujuk kepada “undang-undang utama Persekutuan.” Perkara 152 menetapkan status bahasa Melayi sebagai bahasa kebangsaan manakala Perkara 153 adalah tentang “perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.” Bahagian 2 dan 3 pula merujuk kepada pemberian kewarganegaraan dengan cara kuat kuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada dan selepas Hari Malaysia. Menurut Najib lagi, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru dan ia tidak menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan.

• Bahawa antara teras utama konsep 1Malaysia adalah

untuk memastikan berlaku penghijrahan daripada perpaduan yang berpaksikan toleransi kepada perpaduan yang diasaskan kepada penerimaan, keadilan sosial dan nilainilai dikongsi bersama yang mengambil kira realiti sejarah berpandukan keluhuran perlembagaan serta prinsip Rukun Negara. Realiti sejarah itu termasuklah memahami dan menghayati peranan pengasas negara seperti Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama dan Yang Dipertua UMNO), Tun Tan Cheng Lock (Presiden MCA) dan Tun V.T. Sambanthan (Presiden MIC). Mereka bertiga bukan sahaja terlibat dalam perjuangan kemerdekaan, tetapi mengasaskan perkongsian kuasa menerusi Perikatan yang telah memenangi pilihan raya pada 1955, 1959, 1964 dan 1969. Kerjasama politik Melayu bukan Melayu dalam Perikatan itu kemudian diperluaskan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 1974 dan seterusnya diperkukuhkan oleh Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir


162

M A L AY S I A

Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu mereka menjadi Perdana Menteri. Tetapi Najib melihat bahawa selepas 50 tahun merdeka, perpaduan nasional yang diinstitusikan oleh lima Perdana Menteri sebelum beliau, masih lagi berpaksikan kepada perpaduan toleransi. Dengan menganjurkan 1Malaysia, matlamat Najib adalah untuk mewujudkan perpaduan yang bertunjangkan penerimaan. Tegas Najib: matlamat perpaduan nasional tidak dapat dijayakan jika pendekatan ke arah pencapaiannya tidak nyata dan bersifat utopia, serta tidak mengendahkan sensitiviti dan realiti kontemporari. Bagi Najib mengurus kemajmukan Malaysia memerlukan hemah dan hikmah yang tinggi. Jika tidak berwaspada, beliau bimbang akan muncul sama ada satu rasisme kaum minoriti ditindas oleh kaum majoriti ataupun situasi apartheid di mana kaum majoriti pula akan ditindas oleh kaum minoriti. Najib berkata, 1Malaysia adalah kesinambungan dalam memenuhi matlamat memperkasakan perpaduan nasional yang telah menjadi wawasan pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas. Tegas beliau: “Jika disingkap kembali sejarah, semenjak mula para patriot memperjuang kemerdekaan tanah air hingga ke hari ini, usaha mencapai perpaduan nasional tetap menjadi keutamaan kerana semua pihak sedar tanpa perpaduan yang mantap dan jitu, tidak mungkin segala matlamat dan wawasan nasional dapat diterjemahkan. Jika diamati apa yang berubah adalah pendekatan dan gerak kerja menurut kesesuaian zaman dan generasi yang silih berganti.� Pada satu majlis lain yang diadakan pada 24 Mei 2009, Najib menegaskan bahawa 1Malaysia bukan lesen bagi pihak tertentu, di luar dan di dalam kerajaan untuk membuat tuntutan keterlaluan atau tidak munasabah.


1Malaysia

163

• Bahawa 1Malaysia bukan bertujuan untuk melenyapkan identiti kaum etnik menerusi proses apa yang dikenali sebagai asimilasi seperti yang diamalkan di negara-negara lain. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Kata Najib: “Malaysia menekan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.â€?

Sudah tentu selain menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai 1Malaysia dan apa yang bukan, Najib juga tidak membuang masa untuk mengisi gagasan itu dengan program-program konkrit yang membuktikan beliau adalah pemimpin yang cakap adalah serupa bikin. Bagi mendekati dan melihat sendiri kehidupan rakyat, Najib mendayausahakan program tinjauan mesra rakyat. Pada hari kedua beliau menjadi Perdana Menteri, Najib melakukan lawatan mengejut ke tiga tempat strategik di Kuala Lumpur, setiap satu tempat menempatkan tiga kaum utama Malaysia. Beliau mengunjungi Jalan Petaling, sebuah kawasan perniagaan golongan bawahan kaum Cina; kemudian ke pangsapuri Vista Angkasa di Pantai Dalam di mana majoriti penghuninya adalah orang Melayu berpendapatan rendah dan selepas itu singgah di Brickfields yang dihuni oleh kaum India. Selang beberapa hari kemudian Najib melihat sendiri kawasan sesak di Jalan Masjid India dan stesen bas Pudu Raya di Kuala Lumpur. Sewaktu melawat Sabah, beliau berkunjung ke pasar besar di Kota Kinabalu. Di Sibu, Sarawak, Najib turut membuat tinjauan mesra rakyat di kawasan perniagaan di sana. Kunjungan Najib ke tempat-tempat tersebut bukan sahaja berakhir begitu sahaja, tetapi diikuti dengan tindakan susulan


164

M A L AY S I A

untuk memperbaiki kualiti kehidupan rakyat di kawasankawasan itu yang sebenarnya memang bermasalah. Misalnya penghuni-penghuni pangsapuri Vista Angkasa di Pantai Dalam dibantu dalam menyelesaikan masalah lif yang senantiasa rosak, di samping bangunan di mana mereka tinggal di cat semula, menjadikan ia kelihatan lebih ceria. Para peniaga di Jalan Petaling dan Brickfields juga mendapat kemudahan-kemudahan yang lebih baik diuruskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pengguna stesen bas utama negara di Pudu Raya pula bakal mendapat kemudahan yang akan menyelesaikan masalah kesesakan di stesen itu yang mereka hadapi sejak bertahun-tahun lamanya. Menyedari bahawa peranan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam adalah penting dalam mendahulukan kepentingan rakyat seperti yang diikrarkan dalam 1Malaysia, Najib memperkenalkan modenisasi dalam perkhidmatan awam. Antara pembaharuan yang dilaksanakan termasuklah membuka jawatan-jawatan utama di sektor itu kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC. Ini bermakna jawatanjawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam yang sebelum ini dimonopoli oleh pegawai-pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) kini dibuka kepada siapa juga yang berbakat di luar lingkungan PTD. Najib mahu kakitangan awam menekankan soal pencapaian secara holistik supaya hasrat untuk mewujudkan “pentadbiran yang memahami denyut nadi rakyat� dapat dijadikan kenyataan segera mungkin. Sebagai menghargai sumbangan pegawai sokongan perkhidmatan Persekutuan, pada 14 Mei 2009, Najib mengumumkan kenaikan pangkat membabitkan 176,000 orang ke gred yang lebih tinggi. Tetapi Najib tahu tugas memodenkan Perkhidmatan Awam yang dianggotai oleh lebih 1 juta orang itu tidaklah mudah. Sempena 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri pada 11 Julai 2009, Najib menghadiahkan rakyat dengan 11 habuan


1Malaysia

165

yang melambangkan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan. 11 hadiah itu termasuklah: Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu pengguna kad prabayar Touch N Go dan Smart Tag mendapat diskaun 20 peratus mulai 1 September; penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa; potongan diskaun 50 peratus diberikan kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan yang memohon dan memperbaharui lesen perniagaan; Dana Tekun mendapat peruntukan tambahan RM150 juta dan program pembangunan usahawan kaum muda India mendapat tambahan RM15 juta. Selain itu, kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh pengumuman dibuat. Kerajaan juga berjanji untuk mengurangkan kadar jenayah, mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dilaksanakan segera serta menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat. Para penduduk di luar bandar di Sabah dan Sarawak pula dijanjikan akses yang lebih baik bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan asas seperti pembinaan jalan, penyaluran bekalan air serta elektrik. Rakyat yang ingin mendapatkan lesen motor juga mendapat faedah. Berkuat kuasa 1 September 2009, caj yang dikenakan kepada mereka dikurangkan kepada RM211 berbanding RM500 sebelumnya. Bagi para pembeli amanah saham pula mereka berpeluang untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia mengikut prinsip siapa dulu dia dapat. Saiz dana itu adalah RM10 bilion dan pembeliannya adalah terbuka. Najib juga memberitahu bahawa kerajaan akan berusaha untuk meringankan beban rakyat Lembah Klang yang terpaksa membelanjakan sehingga RM300.00 sebulan bagi kos pengangkutan termasuk bayaran tol. Sebagai Perdana Menteri, Najib memang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan program pembangunannya menepati gagasan 1Malaysia.


166

M A L AY S I A

Malah beliau mengakui sepanjang 100 hari menjadi Perdana Menteri (dan juga selepas itu) masa beliau banyak dihabiskan untuk berfikir mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah rakyat. Malah masa yang terluang di rumah juga dihabiskan untuk berbuat demikian. “Ramai yang tidak faham kerana ingat apabila Perdana Menteri berada di rumah, dia free (tak buat apa-apa). Duduk di rumah bukan bererti santai kerana kalau tidak berfikir saya akan baca buku atau (sediakan) ucapan esok. Tengok fail atau tandatangani sijil yang saya tidak dapat lakukan di pejabat,� terang beliau pada satu temuramah dengan TV1 sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Menurut beliau: “Jadi Perdana Menteri ini lain kerana saya rasakan 24 jam itu tidak cukup. Saya beritahu isteri, siang kini adalah lebih panjang dan masa malam juga semakin singkat. Masa untuk tidur juga sudah kurang kerana banyak program dan ini tidak pernah saya alami sebelum jadi Perdana Menteri.� Apabila Najib mengumumkan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks petunjuk prestasi utama (KPI) pentadbirannya pada 27 Julai 2009, fokus NKRA dan KPI itu adalah untuk mendahulukan kepentingan rakyat supaya mereka hidup dalam keadaan yang lebih selesa lagi. Dalam bidang jenayah, misalnya, matlamat KPI itu adalah untuk mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010; mengemaskan pasukan Rela dengan memberi latihan secukupnya kepada para anggotanya; memasang CCTV untuk mencegah jenayah dan mempercepatkan proses perundangan kes-kes tertangguh. Bagi memerangi rasuah, kerajaan memperkenalkan pemberian tender terbuka atau tender terhad semua perolehannya kecuali kes-kes tertentu, selain memastikan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bidang kuasa dan perundangan yang lebih effektif. Dalam bidang pendidikan, ditetapkan semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca,


1Malaysia

167

menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Beliau juga mensasarkan 80 peratus kanak-kanak dapat akses ke pendidikan prasekolah menjelang 2012. Dalam usaha memperbaiki taraf hidup rakyat matlamat NKRA adalah untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang hujung 2010; bermula 1 Januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat dibayar pada setiap 1 haribulan manakala menjelang 2012, usahawan wanita yang kini 717 orang ditambah kepada 4,000 orang melalui Amanah Ikhtiar Malaysia. Di bawah KPI kerajaan itu, Najib juga berazam untuk menambah kemudahan jalan, bekalan air khususnya di Sabah dan Sarawak dan 50,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar dibina dan dibaikpulih menjelang hujung 2012. Pengangkutan awam untuk penduduk Lembah Klang juga akan ditambah sebagai memenuhi jumlah pengguna yang dijangka meningkat dari 16 peratus kepada 25 peratus pada hujung 2012. Bagi memenuhi permintaan itu, set tren empat kereta akan beroperasi bagi laluan LRT Kelana Jaya menjelang hujung 2012. Bagi memastikan Malaysia dan rakyatnya tidak tercicir dalam persaingan global, Najib melakar model baru ekonomi. Di bawah model baru itu, pertumbuhan ekonomi negara akan dirangsang oleh sektor perkhidmatan yang akan menukar Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Pada waktu yang sama beliau memberi jaminan kesemua dasar kerajaan akan terus konsisten. Kata beliau, Malaysia perlu mesra pasaran dan menjana aktiviti domestik secara lebih meluas. Nyata walaupun baru diperkenalkan, gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan prestasi diutamakan, sudah mula menangkap imaginasi ramai pihak. Sewaktu mula-mula diperkenalkan pada 3 April 2009, ada pihak yang ragu-ragu untuk menerimanya. Tetapi apabila apa yang dimaksudkan dengan gagasan itu semakin jelas dan konsep 1Malaysia itu disokong pula dengan program-program konkrit yang diumumkan sepanjang 100 hari pertama beliau


168

M A L AY S I A

memegang jawatan Perdana Menteri, mereka yang ragu-ragu kini menjadi pendokong kuat 1Malaysia. Ini dibuktikan oleh tinjauan pendapat umum yang dibuat oleh Merdeka Centre. Malah tinjauan yang dibuat oleh satu pihak lain – Yayasan Kerjasama Malaysia yang diumumkan pada 23 Julai 2009 menunjukkan kepimpinan Najib diterima baik di kalangan belia berpendidikan tinggi. Profesor Datuk Dr. Sulaiman Md Yassin, felo utama yayasan berkenaan yang mengumumkan hasil tinjauan itu memberitahu 60 peratus mereka yang ditemuramah untuk tinjauan itu berpendapat masa depan politik negara adalah stabil di bawah kepimpinan Najib. Responden yang ditemui memberitahu selaku Perdana Menteri, Najib telah berjaya menangani isu-isu nasional dengan baik. Kedua-dua tinjauan itu memberi isyarat yang jelas bahawa kepimpinan Najib dan gagasan 1Malaysia yang beliau pelopori diterima baik dan apa juga kesangsian yang ditimbulkan terhadapnya oleh kalangan tertentu tidak lagi berkesan. 1Malaysia akan membawa Malaysia ke tahap baru era kegemilangannya, meneruskan apa yang telah diasaskan dan diinstitusikan oleh lima Perdana Menteri sebelum Najib.


169

INSTITUSI PEMERINTAHAN



171

26 Ketua Negara – Yang di-Pertuan Agong M alaysia

mempunyai Ketua Negara yang tidak dipilih secara popular menerusi pilihan raya. Kedudukan yang diberi gelaran Yang di-Pertuan Agong itu hanya boleh disandang oleh Sultan-sultan Kedah, Perak, Selangor, Ke­ lantan, Terengganu, Pahang, Johor, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Raja Perlis secara bergilir-gilir untuk tempoh lima tahun. Sembilan orang Raja Melayu yang menerajui negeri masingmasing merupakan anggota Majlis Raja-raja Malaysia yang turut disertai oleh empat Yang Dipertua Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun empat orang Yang Dipertua Negeri itu tidak layak dan tidak terlibat pada pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Hanya sembilan orang Raja Melayu yang menduduki Majlis Raja-Raja itu yang menentukan sesama mereka, berdasarkan kaedah-kaedah tertentu yang mereka persetujui, yang diberi kuasa untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan itu dibuat pada suatu mesyuarat khas yang hanya dihadiri oleh mereka dengan kehadiran Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebagai setiausaha. Untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong, seseorang calon hanya perlu mendapat sokongan lima


172

M A L AY S I A

orang Raja-Raja Melayu yang lain. Pengundian dibuat secara sulit dan kertas undi akan dimusnahkan sebaik sahaja seorang calon terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Dalam tempoh 50 tahun sejak merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mempunyai 13 orang Yang di-Pertuan Agong. Penyandang jawatan yang ada sekarang, Sultan Mizan Zainal Abidin daripada Terengganu mengangkat sumpah sebagai Kepala Utama Negara pada 13 Disember 2006 dan dijangka memegang jawatan itu sehingga tarikh yang sama pada 2011. Yang di-Pertuan Agong yang pertama ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman; diikuti oleh Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah; Raja Perlis, Syed Putra Jamalullail, Sultan Terengganu, Sultan Ismail Shah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Johor, Sultan Iskandar Shah; Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Raja Perlis, Syed Sirajuddin Jamalullail. Sebagai Kepala Utama Negara, Perkara 32(1) Perlembagaan Negara menetapkan Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala orang di dalam Persekutuan. Baginda juga tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 Perlembagaan. Selepas baginda, Raja Permaisuri Agong meng足 ambil keutamaan mengatasi segala yang lain. Selepas dipilih untuk tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-raja, Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja. Baginda juga boleh dipecat oleh Majlis Raja-Raja mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian 1 dan 3 dalam Jadual Ketiga. Selain berhenti secara sukarela atau dipecat oleh Majlis Raja-Raja, Perkara 33A juga memperuntukkan bahawa fungsi-


K e t u a N e g a r a – Ya n g d i - P e r t u a n A g o n g

173

fungsi Yang di-Pertuan Agong terhenti jika dituduh atas suatu kesalahan. Perkara 33A (1) menyatakan “jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 dia hendaklah terhenti menjalankan fungsifungsi Yang di-Pertuan Agong.â€? Yang di-Pertuan Agong selaku Kepala Utama Negara tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Perkara 34 menyenaraikan perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Baginda. Ia termasuklah: baginda tidak boleh menjalankan tugastugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugas se­b agai Ketua Agama Islam; tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan; tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterprais perniagaan; tidak boleh menerima apa juga jenis pendapatan yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan Negara ke suatu negeri lain. Seperti Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong juga tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan atau mengambil bahagian yang giat dalam perniagaan. Untuk memastikan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai peruntukan yang cukup bagi melaksanakan tanggungjawabnya, Parlimen hendaklah dengan undang-undang memperuntukkan suatu Peruntukan Diraja kepada baginda. Peruntukan itu termsuklah peruntukan untuk membayar anuiti kepada Raja Permaisuri Agong. Peruntukan Diraja itu hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Kumpulanwang Disatukan dan tidak boleh dikurangkan dalam masa Yang di-Pertuan Agong memegang jawatannya. Parlimen juga menyediakan Peruntukan Diraja yang


174

M A L AY S I A

sama kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama tempoh ia menjalankan tugas-tugasnya itu.

Yang di-Pertuan Agong – peranan dan kuasa Selaku Kepala Utama Negara, peranan Yang di-Pertuan Agong boleh dilihat daripada dua perspektif – peranan umum sebagai ketua negara dan kedua peranan dan kuasa khusus seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Peranan umum termasuklah menjadi pelindung negara dan perlembagaan. Penyandang jawatan juga tidak memihak dalam politik kepartian dan mengatasi politik. Baginda juga berfungsi sebagai lambang autoriti dan kesatuan negara. Dalam konteks asal usul negara ini sebagai sebuah negara Melayu, Yang di-Pertuan Agong adalah simbol ciri-ciri Islam dan Melayu Persekutuan Malaysia. Dari sudut Perlembagaan Negara pula, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa dan fungsi-fungsi tertentu. Baginda adalah kuasa pemerintahan negara; Pemerintah Tetinggi Angkatan Tentera; pemelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera yang lain; mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat; kuasa memberi pengampunan kepada pesalah-pesalah jenayah. Selain bertindak sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negeri sendiri, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kapasiti yang sama di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. (Ketua Agama di negeri-negeri lain adalah Sultan). Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara berkait dengan penubuhan kerajaan Persekutuan dan pembubaran Parlimen. Yang di-Pertuan Agong juga terbabit dalam pelantikan para hakim dan memecat mereka berdasarkan keputusan yang dibuat oleh sebuah tribunal. Yang di-Pertuan Agong turut melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Malah peruntukan-


K e t u a N e g a r a – Ya n g d i - P e r t u a n A g o n g

175

peruntukan tertentu berkait dengan kedudukan Raja-raja Melayu dan hak istimewa Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda jika tidak mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Walaupun dari segi teori kuasa pemerintah Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, dalam amalan baginda tidak pernah melaksanakan kuasa itu. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa itu “boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.” Perkara 40 pula menjelaskan Yang di-Pertuan Agong sebe­ nar­nya bertindak mengikut nasihat. Perkara 40(1) menyatakan: “Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagai mana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.” Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja hendaklah bertindak mengikut nasihat, tetapi nasihat itu tidak boleh ditolak. Baginda hendaklah akur dengan nasihat yang diberi seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40(1A): “Pada menjalankan fungsifungsinya di bawah perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan


176

M A L AY S I A

nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.� Bagaimanapun dalam melantik seorang Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen dan meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menggunakan budi bicara baginda. Baginda tidak perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri. Sebelum 1984, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai apaapa peranan dalam badan perundangan Persekutuan. Tetapi berikutan pindaan Perlembagaan pada tahun itu, Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu komponen Parlimen, selain Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Peranan baginda di sini untuk memberi perkenan kepada Rang Undang-undang yang dipersembahkan kepada Baginda untuk dijadikan undang-undang. Pada mulanya Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan 30 hari campur 30 hari untuk memberi perkenan itu selepas sesuatu rang undang-undang (kecuali rang undang-undang belanjawan). 30 hari pertama adalah untuk baginda menyatakan pandangan baginda dan mencadangkan pindaan-pindaan yang hendak dibuat pada rang undang-undang itu yang akan dikembalikan kepada Parlimen untuk dibincangkan semula dan diluluskan. Selepas diluluskan pada kali kedua itu, Yang di-Pertuan Agong ada 30 hari untuk memberi perkenan baginda. Sekiranya dalam masa 30 hari itu baginda tidak memberi perkenan, rang undang-undang itu secara automatik menjadi undang-undang. Bagaimanapun pada pindaan Perlembagaan 1994, kuasa 60 hari dipendekkan kepada 30 hari sahaja. Baginda dikehendaki memberi perkenan dalam tempoh itu, jika tidak, rang undang-undang secara automatik menjadi undang-undang.


K e t u a N e g a r a – Ya n g d i - P e r t u a n A g o n g

177

Selaku Ketua Tertinggi Angkatan Tentera, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa sebenar untuk mengawal cabang tiga angkatan bersenjata itu – darat, laut dan udara. Kuasa kawalan harian dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Menteri Pertahanan manakala soal perjawatan dan disiplin pula berada di bawah Lembaga Angkatan Tentera. Kuasa bagi mengampun yang boleh dilaksanakan oleh Yang diPertuan Agong dihuraikan dengan panjang lebar dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun kuasa pengampunan dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala ke­s alahan terbatas kepada kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, selain daripada negeri Baginda sendiri. Dalam membuat keputusan, baginda akan dibantu oleh sebuah Jemaah Pengampunan yang ahli-ahlinya dilantik oleh baginda, selain disertai oleh Peguam Negara dan Ketua Menteri dimana baginda bertindak sebagai Ketua Agama. Sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa yang terbatas dan bertindak mengikut nasihat, Yang di-Pertuan Agong juga dikehendaki melakukan peranan yang berbentuk seremonial atau majlis-majlis negara. Ini termasuklah membuka sidang baru Parlimen setiap tahun; menyerahkan watikah pelantikan kepada duta-duta yang akan mewakili negara di negara asing; menerima watikah duta-duta asing yang memulakan khidmat di negara ini; menyampaikan darjah kebesaran setiap tahun sempena hari keputeraan rasmi baginda. Kebelakangan ini pula Yang di-Pertuan Agong turut menjadi tetamu utama pelbagai majlis perayaan pelbagai kaum negara yang jatuh sewaktu mereka merayakan hari kebesaran. Yang di-Pertuan Agong juga menjadi tetamu utama pada majlis peringkat kebangsaan yang lain seperti pada perarakan Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos. Perlantikan ke jawatan-jawatan utama institusi negara dan badan berkanun yang lain juga memerlukan perkenan baginda.


178

27 Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja adalah satu

lagi manifestasi jelas karektor Melayu dalam Persekutuan Malaysia. Dalam bentuk yang ada sekarang, ia adalah ciptaan Perlembagaan Merdeka 1957, tetapi kewujudan institusi seumpama itu bermula pada 1867 lagi apabila Raja-raja empat buah negeri dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal-hal dasar dengan tuan politik Inggeris mereka. Institusi Majlis Raja-Raja ini kemudian diwujudkan secara rasmi menerusi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ia dianggotai oleh sembilan orang Raja-raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pengerusinya. Apabila Tanah Melayu dimerdekakan pada 1957, Majlis Raja-Raja dikekalkan. Selain tujuh orang Sultan mewakili Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor, seorang Raja (Perlis) dan seorang Yang Dipertuan Besar (Negeri Sembilan), empat orang Yang Dipertua Negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak), turut menganggotai Majlis itu. Lazimnya, Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat tiga atau empat kali setahun. Oleh kerana Majlis itu tiada pengerusi tetap, maka salah seorang Sultan akan dilantik untuk mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari itu. Mesyuarat hari


Majlis Raja-Raja

179

pertama Majlis Raja-Raja biasanya mendengar pembentangan kertas kerja-kertas kerja yang dikemukakan oleh kerajaankerajaan negeri tertentu menyentuh dasar-dasar yang perlu mendapat persetujuan dan keputusan bersama Majlis itu. Pada hari kedua pula, Majlis Raja-Raja membincang dan memutuskan sikap dan pendirian terhadap Kerajaan Persekutuan. Mesyuarat hari ketiga pula diadakan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong yang diiringi oleh Perdana Menteri. Dalam mesyuarat hari terakhir ini, Perdana Menteri akan memberikan laporan kepada Majlis Raja-Raja dan memberi persetujuan terhadap dasar-dasar dan pelantikan yang dicadangkan oleh kerajaan Pusat. Dalam kesemua mesyuarat tiga hari itu, Raja-Raja atau wakil mereka akan diiringi oleh Menteri Besar manakala Yang Dipertua Negeri pula diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing. Mesyuarat biasanya berlangsung di kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, di Kuala Lumpur.

Fungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan Fungsi dan peranan Majlis Raja-Raja ini dinyatakan dalam Bab 2, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 38 menetapkan enam tugas umum Majlis tersebut iaitu memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan; mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan dan upacara agama meliputi seluruh Persekutuan; mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan Negara memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; melantik anggota Mahkamah Khas bagi membicarakan Raja-Raja yang memerintah jika ada pertuduhan sivil atau jenayah ke atas mereka; memberi


180

M A L AY S I A

ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman bagi kesalahan jenayah dan menimbang soal-soal mengenai dasar negara dan apa juga perkara yang difikirkan patut. Perkara 38(3) pula menetapkan bahawa “apabila Majlis RajaRaja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Gabenor-Gabenor disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka; dan pertimbangan-pertimbangan itu adalah antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri dan Raja-Raja yang lain dan Gabenor-Gabenor mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.” Selari dengan statusnya sebagai pelindung kepentingan Me­ layu dalam Perlembagaan Negara, Majlis Raja-Raja diberi kuasa tertentu yang persetujuannya mestilah terlebih dahulu sebelum pindaan dilakukan terhadap kepentingan-kepentingan itu. Perkara 38(5) secara jelas menyatakan Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar-dasar mengenai tindakan pentadbiran Perkara 153 berkait kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera. Malah sebarang perubahan undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja tidak boleh diluluskan kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah dalam melaksanakan enam tugas – memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan; mempersetujui atau tidak mempersetujui undang-undang yang mengubah sempadansempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja; pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas dan pemberian ampun – Majlis Raja-Raja diberi kuasa oleh Perkara 158(6) untuk bertindak mengikut budi bicara.


Majlis Raja-Raja

181

Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah tugas yang dilakukan oleh Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 38(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Proses pemilihan itu pula diperinci oleh Jadual Tiga. Bagaimanapun dalam memilih Kepala Utama Negara dan Timbalan Kepala Utama Negara ini hanya membabitkan sembilan orang ahli Majlis yang bertaraf Raja. Empat ahli lain Majlis itu iaitu Yang Dipertuan Negara tidak layak. Apa yang berlaku apabila berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak lama sebelum tempoh penyandang kedudukan tamat, Majlis Raja-Raja akan mengadakan satu persidangan khusus membuat pemilihan. Majlis itu ditetapkan oleh Bahagian 1 Jadual 3 Perlembagaan untuk “menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu kepada Raja yang layak dipilih, yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai sewaktu pemilihan itu dibuat. Jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, maka Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya ialah yang kemudian selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima tawaran itu.” Apabila Raja yang telah ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong menerima jawatan itu, maka Majlis Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan Raja itu sebagai dipilih dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memberitahu keputusan itu dengan bertulis kepada kedua-dua Majlis Parlimen – Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Bahagian 1 Jadual 3 (2) juga menetapkan “selepas tiap-tiap satu pemilihan, mana-mana Negeri dalam senarai yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-negeri itu dalam senarai itu pada masa itu) ke hujung senarai itu, dan Negeri yang Rajanya telah dipilih itu hendaklah ditinggalkan.” Jadual yang sama juga menyatakan,


182

M A L AY S I A

“apabila ada sesuatu perubahan Raja dan sesuatu negeri yang pada masa itu ada dalam senarai itu, negeri itu hendaklah di­ pindahkan ke hujung senarai itu (dan jika pada hari itu juga ada perubahan Raja bagi lebih daripada satu negeri yang tesebut itu, negeri-negeri itu hendaklah dipindahkan mengikut susunannya pada masa itu dalam senarai itu.).” Dengan menggunakan proses itu, Majlis Raja-Raja telah melantik 13 orang anggotanya bagi menduduki jawatan Yang diPertuan Agong dalam tempoh 50 tahun sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Setiap ketua negeri sembilan buah negeri dalam Persekutuan telah secara bergilir menduduki kerusi Kepala Utama Negara, bermula dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 1957 membawalah kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sekarang. Ada penyandang jawatan yang mangkat sewaktu memegang kedudukan itu. Tetapi sebahagian besar telah menyempurnakan tempoh lima tahun bagi jawatan itu. Malah ada negeri – Negeri Sembilan, Selangor, Perlis dan kini Terengganu – yang sudah dua kali terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Walaupun Majlis Raja-Raja diperuntukkan kuasa budi bicara memecat Yang di-Pertuan Agong, tetapi sehingga ini tidak seorang pun penyandang jawatan yang telah dikenakan tindakan itu.

Pelantikan Tugas pelantikan yang Majlis Raja-Raja perlu rundingi dalam konteks ini merujuk kepada pengisian jawatan-jawatan peringkat tinggi institusi-institusi penting dalam pemerintahan negara. Salah seorang anggota Majlis itu duduk dalam Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab melantik panglima-panglima tiga cabang pasukan pertahanan negara – darat, laut dan udara. Majlis Raja-Raja juga dirundingi dalam pelantikan Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar Malaya dan Borneo, hakim-hakim


Majlis Raja-Raja

183

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Selain itu, Majlis Raja-Raja juga diminta fikirannya dalam pelantikan Juruaudit Negara, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi; Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Per足 khidmatan Pelajaran; Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya. Dalam mengisi jawatan-jawatan tertinggi suruhanjaya yang disenaraikan, pelantikan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri. Tetapi pelantikan-pelantikan itu tidak boleh dibuat selagi Majlis Raja-Raja tidak diminta pandangannya.

Persetujuan mengenai undang-undang tertentu Sebagai badan perundangan tertinggi negara, Parlimen berkuasa untuk meminda perlembagaan atau mana-mana akta yang telah diluluskannya sekiranya pindaan itu mendapat sokongan majoriti yang diperlukan oleh undang-undang. Parlimen Malaysia juga mempunyai kuasa itu. Tetapi dalam meminda perkara-perkara dan fasal-fasal tertentu Perlembagaan, tindakan itu hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Hal ini telah dihuraikan dengan jelas dan secara terperinci oleh Tun Mohamad Suffian Hashim di dalam bukunya, Mengenal Perlembagaan Persekutuan. Secara lebih spesifik, pindaan Perlembagaan Persekutuan yang perlu mendapat persetujuan Raja-Raja itu ialah Perkara 38, Perkara 70, Perkara 71(1), Perkara 153. Perkara 38 merujuk kepada penubuhan, tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja; Perkara 70 menghuraikan tentang keutamaan Yang di-Pertuan Agong, Permaisurinya, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri. Perkara 71(1) pula berkaitan dengan jaminan Kerajaan Persekutuan hak seseorang Raja menaiki takhta dan tetap menjadi Raja.


184

M A L AY S I A

Perkara 153 pula menerangkan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum lain di Negara ini. Malah sekiranya Parlimen bercadang untuk meminda Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1971 dengan tujuan untuk meminda fasal (4) Perkara 10, fasal (4) Perkara 63 dan meminda Perkara 72 dan Perkara 152, ia terlebih dahulu hendaklah mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. Fasal (5) Perkara 159 Akta (Pindaan Perlembagaan juga tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Perubahan sempadan-sempadan negeri juga tidak boleh dibuat kecuali persetujuan Majlis Raja-Raja telah diperolehi terlebih dahulu.

Penubuhan Mahkamah Khas Sebelum 1993, Raja-Raja yang memerintah – Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan-sultan di tujuh buah negeri, Raja Perlis dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah kebal daripada sebarang pendakwaan bagi apa juga kesalahan yang mereka lakukan, baik berbentuk jenayah ataupun sivil. Kekebalan itu diberi sebagai menghormati kedudukan mulia mereka dan atas andaian Raja-Raja itu tidak akan melakukan perbuatan yang dianggap bertentangan dengan kebesaran dan kemulian mereka. Tetapi perbuatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Mahmood Shah memukul seorang jurulatih hoki negeri itu dengan kayu hoki pada 1992 telah memaksa kerajaan menilai semula kekebalan undang-undang yang diberikan kepada mereka. Kerajaan membuat keputusan untuk menarik balik imuniti yang diberikan kepada Raja-Raja daripada sebarang dakwaan atas kesalahan-kesalahan peribadi yang dilakukan, baik berbentuk jenayah atau sivil. Untuk mengadili mereka, sebuah Mahkamah


Majlis Raja-Raja

185

Khas dibentuk seperti yang dinyatakan dalam Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan. Pada mulanya Majlis Raja-Raja tidak menyetujui pindaan itu. Tetapi kompromi dicapai kemudian bahawa dua orang hakim Mahkamah Khas itu akan dilantik oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi yang masih berkhidmat atau mereka yang pernah menjadi hakim kedua-dua mahkamah itu. Anggota-anggota lain Mahkamah Khas itu terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang bertindak sebagai pengerusi dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Setakat ini satu kes telah didengar oleh Mahkamah Khas itu iaitu kes seorang warga Singapura, Faridah Begum Abdullah menyaman Sultan Pahang berkait dengan soal perniagaan. Bagaimanapun mahkamah itu pada Februari 1996 memutuskan bahawa seorang bukan warganegara Malaysia tidak boleh menyaman seorang Sultan di bawah Perkara 182 itu. Hanya warganegara sahaja yang mempunyai hak itu. Sehingga ini belum ada lagi mereka yang mendakwa Raja-Raja.


186

28 Sultan dan Yang Dipertua Negeri Sekiranya Kepala Utama Perse-

kutuan ialah Yang di-Pertuan Agong, ketua-ketua 13 buah negeri yang membentuk Malaysia menggunakan empat gelaran yang berbeza. Bagi Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, ketua negeri dikenali dengan gelaran Sultan. Di Perlis ia dipanggil Raja manakala di Negeri Sembilan pula Yang Dipertuan Besar. Empat buah negeri yang tidak beraja – Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak – ketua negerinya ialah Yang Dipertua Negeri. Mereka dilantik menyandang jawatan itu oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh empat tahun atas cadangan Ketua Menteri-Ketua Menteri masing-masing. Tempoh Yang Dipertuan Negeri menyandang jawatan tidak terhad, tetapi biasanya dua atau tiga penggal bergantung pada Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan. Mereka yang dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri tidak semestinya anak negeri itu. Orang yang tidak berasal daripada negeri berkenaan juga boleh dilantik. Mereka pula lazimnya terdiri daripada orang politik ve­ teran seperti Tun Mohd Khalil Yaacob di Melaka dan Tun Abdul Rahman Abbas di Pulau Pinang. Tidak seperti Yang Dipertua Negeri, ketua negeri bergelar


S u l t a n d a n Ya n g D i p e r t u a N e g e r i

187

Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Besar adalah kedudukan yang diwarisi secara turun temurun. Keturunan mereka sebelum itu adalah pemerintah sembilan buah negeri Melayu itu dan sebagai usaha untuk mengekalkan institusi pemerintahan beraja yang dianggap sebagai simbol kuasa Melayu, maka Raja-Raja yang ada sewaktu negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dikekalkan. Pengekalan itu bukanlah dalam bentuk monarki mutlak seperti sebelum kedatangan penjajah, tetapi sebagai Raja Berperlembagaan. Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak se­­se­orang Raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan men­ jalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan menurut perlembagaan negeri baginda. Tetapi apa-apa pertikaian mengenai hak untuk mewarisi segala Raja mestilah ditentukan sematamata oleh mana-mana pihak berkuasa dan dengan apa-apa cara se­bagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri itu. Terdapat tiga kaedah bagaimana proses mewarisi takhta untuk menjadi ketua negeri ini ditentukan. Di Kedah, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor, apabila Sultan mangkat, kedudukan Sultan diwarisi oleh putera sulung baginda. Kalau Sultan tidak mempunyai anak lelaki, takhta itu jatuh kepada adik lelaki sulung baginda atau adik-adik lelaki baginda yang lain. Untuk menjelaskan hierarki warisan ini, negeri-negeri ini mewujudkan kedudukan kedua selepas Sultan yang diberikan kepada putera sulung baginda dengan gelaran Tengku Mahkota (di Johor dan Pahang) atau Raja Muda di Selangor, Perak). Di Perak pula takhta kesultanannya dikongsi oleh tiga keluarga diraja negeri itu. Sekiranya ketua keluarga pertama menduduki kerusi Sultan, ketua keluarga kedua menjadi Raja Muda dan anak Sultan pula menjadi Raja Dihilir Perak. Di Negeri Sembilan, pewarisan takhta tidak berlaku secara automatik. Di Negeri Sembilan pula, apabila Yang Dipertuan Besar mangkat, penyandang baru kedudukan itu akan ditentukan oleh


188

M A L AY S I A

empat orang undang negeri itu. Mereka boleh memilih salah seorang anak lelaki bekas Yang Dipertuan Besar untuk menjadi ketua negeri yang baru. Sekiranya Yang Dipertuan Besar itu tidak mempunyai anak lelaki, adik beradik lelaki Yang Dipertuan Besar boleh dinobatkan sebagai ketua negeri yang baru. Sekiranya empat orang undang itu berfikir bahawa anak lekaki atau saudara lelaki Yang Dipertuan Besar, tiada yang layak, maka mereka boleh mengangkat orang lain untuk mengisi jawatan itu. Tetapi keutamaan tetap diberikan kepada putera dan adik-beradik lelaki Yang Dipertuan Besar yang mangkat itu. Seperti Yang Dipertuan Agong di Persekutuan, Raja-Raja, selaku ketua negeri, juga bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Tidak seperti sebelum merdeka di mana Raja-Raja mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Perlembagaan 1957 tidak memberi sebarang peranan kepada Raja-raja dalam Majlis itu. Apa juga keputusan mesyuarat Majlis yang dikenali sebagai Exco itu, akan dimaklumkan kepada ba足 ginda oleh Menteri Besar. Tetapi sebagai ketua negeri, Raja-Raja berhak untuk mendapat maklumat kepada dasar dan keputusan kerajaan daripada Menteri Besar atau Exco. Walaupun tiada peranan dalam Exco, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri menjadi sebahagian daripada Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun baginda tidak perlu menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri kecuali apabila memberi titah/ucapan kepada ahli-ahlinya pada masa istiadat rasmi. Satu lagi tugas mereka sebagai sebahagian daripada Dewan Undangan Negeri ialah untuk memberi perkenan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan dalam masa 30 hari selepas ia dipersembahkan kepada mereka. Jika dalam tempoh 30 hari itu, perkenan tidak diberi, rang undang-undang negeri yang lebih dikenali se足 bagai enakmen, secara automatik menjadi undang-undang. Sebagai ketua negeri, Raja-Raja, seperti Yang di-Pertuan Agong


S u l t a n d a n Ya n g D i p e r t u a N e g e r i

189

juga diperuntukkan kuasa budi bicara untuk melaksanakan tujuh tugas yang khusus – pertama, melantik Menteri Besar, kedua tidak memperkenankan permintaan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan; ketiga, meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau mengenai perbuatan, amalan atau upacara agama Islam; keempat, menjalankan tanggungjawab sebagai ketua agama Islam atau mengenai adat istiadat Melayu; melantik waris atau waris-waris, permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja; keenam, melantik orang menyandang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengannya dan membuat peraturan mengenai balai diraja dan istana. Selaku ketua negeri, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa mengampun, mereprief atau merespit semua kesalahan yang dilakukan di dalam negerinya. Bagaimanapun kuasa mengampun itu hendaklah dijalankan atas nasihat suatu Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Mesyuarat Jemaah Pengampunan itu akan dipengerusikan oleh Baginda atau Yang DiPertua Negeri. Anggota-anggotanya pula terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan tiga orang ahli yang dilantik oleh ketua negeri. Sebagai ketua negeri, pelantikan pegawai-pegawai tinggi per­ khidmatan awam negeri juga dibuat atas nama Raja-Raja atau Yang Dipertuan Negeri. Tetapi tugas sebenar pelantikan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri berkenaan. Setelah dilantik pegawai-pegawai berkenaan memegang jawatan mengikut kehendak Baginda atau Yang Dipertua Negeri itu. Dalam menjalankan peranan sebagai ketua agama Islam negeri baginda, Sultan dibantu oleh sebuah Majlis Agama Islam. Tugas utama Majlis ini adalah untuk menasihatkan Raja berkait dengan


190

M A L AY S I A

hal ehwal Islam. Yang Dipertua Negeri bagaimanapun tidak menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing. Kedudukan itu disandang oleh Yang di-Pertuan Agong.


191

29 Dewan Rakyat

Dewan Rakyat adalah salah satu

daripada tiga komponen Badan Perundangan Persekutuan yang secara popular dikenali sebagai Parlimen. Dua lagi komponen Parlimen itu, seperti yang dinyatakan oleh Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan ialah Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam Badan Perundangan Persekutuan telah diperkatakan dalam bab lain buku ini. Lihat Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dengan peranan dan fungsi Dewan Negara. Bab ini secara khusus memperkatakan tentang Dewan Rakyat yang dianggap sebagai institusi terpenting Parlimen berbanding Dewan Negara. Anggota Dewan Rakyat bukan sahaja dipilih secara langsung oleh rakyat pada pilihan raya, tetapi bilangan keahliannya juga, apabila dibandingkan dengan Dewan Negara, adalah jauh lebih besar. Hakikat bahawa Perdana Menteri hanya boleh dilantik daripada salah seorang ahli Dewan Rakyat juga dijadikan bukti bagi ketinggian Dewan Rakyat. Malah tegak atau tumbang sesebuah kerajaan itu boleh ditentukan oleh Dewan Rakyat. Dari segi teori, Dewan Rakyat boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan kerajaan yang boleh menyebabkan sesebuah


192

M A L AY S I A

kerajaan itu jatuh. Dari segi realiti, hal sedemikian belum lagi terjadi. Tetapi fakta itu menunjukkan kekuasaan Dewan Rakyat berbanding Dewan Negara. Hakikat bahawa Dewan Rakyat diberi kuasa untuk mengatasi Dewan Negara daripada segi meluluskan Rang Undang-undang, juga dijadikan bukti lanjut mengenai supremasi Dewan Rakyat berbanding Dewan Negara.

Asal usul Dewan Rakyat Dalam bentuk yang ada sekarang, Dewan Rakyat adalah ciptaan Perlembagaan Persekutuan 1957. Ia bukanlah ciptaan asli negara ini, tetapi ditiru daripada institusi yang sama yang terdapat dalam demokrasi Westminster United Kingdom. Selain diwujudkan Dewan Rakyat, ditubuhkan pula sebuah lagi Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara. Dewan Rakyat memainkan peranan sama se足 perti the House of Commons atau Dewan Orang Ramai di London manakala Dewan Negara pula menyerupai the House of Lords atau Dewan Pertuanan. Parlimen dua dewan ini nampaknya menjadi pilihan kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi di muka bumi ini. Bagaimanapun ada juga negara yang memilih untuk mewujudkan Parlimen satu dewan sahaja. Hayat bagi sebuah Badan Perundangan Persekutuan bermula pada 1 Februari 1948 apabila diwujudkan Dewan Perundangan Persekutuan. Bagaimanapun keahliannya yang berjumlah 76 orang ketika itu dilantik sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dikuasai oleh penjajah Inggeris. Pesuruhanjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu secara automatik menjadi pengerusi dewan berkenaan. Ahli-ahli lain Dewan Perundangan Persekutuan itu terdiri daripada Ketua Setiausaha Kewangan, sembilan orang Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Melayu, seorang wakil dari tiap-tiap sebuah kerajaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, 11 orang ahli rasmi dan 50 orang ahli tidak rasmi.


Dewan Rakyat

193

Pada 1955, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu telah dipinda bagi memperuntukkan buat pertama kali pilihan raya untuk Dewan Undangan Persekutuan. Keanggotaannya juga ditambah kepada 98 orang. Daripada jumlah itu, 52 orang adalah ahli yang dipilih. Penggal Dewan Undangan Persekutuan 1955 itu tamat pada 27 Jun 1959 apabila ia dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pertama tidak lama selepas itu bagi memilih anggota baru Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Nama rasmi dewan baru itu ialah Dewan Rakyat. Keahliannya yang berjumlah 104 orang dipilih sepenuhnya oleh rakyat menerusi pilihan raya. Dalam tempoh 50 tahun kewujudan Dewan Rakyat itu, keahliannya telah ditambah dari masa ke masa untuk mengambil kira pertambahan penduduk. Keanggotaannya mulai Parlimen yang ditubuhkan selepas Pilihaan Raya Umum ke-11 pada 21 Mac 2004 ialah seramai 219 orang.

Dewan Rakyat – peranan dan fungsi Sumber autoriti Dewan Rakyat sebagai sebuah institusi Dewan Perundangan Persekutuan (dan juga Dewan Negara dan Yang diPertuan Agong) adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 44 hingga 65 Bab 4 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 66 hingga 68 pula menjelaskan Acara Perundangan Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Dalam menggubal undang-undang itu, Dewan Rakyat hanya boleh membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan yang secara khusus telah menghuraikan tiga senarai undang-undang – senarai Persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama. Senarai Persekutuan menye­ naraikan perkara-perkara yang mengenainya hanya Parlimen sahaja yang boleh membuat undang-undang. Ini termasuklah


194

M A L AY S I A

perkara-perkara keadilan, hal ehwal luar negeri, kewangan dan pertahanan. Senarai negeri pula menyenaraikan perkara-perkara yang mengenainya hanya pihak berkuasa perundangan negeri sahaja yang boleh membuat undang-undang. Ia meliputi Hukum Syarak, tanah, pertanian serta perhutanan dan perlombongan. Senarai bersama pula merujuk kepada perkara-perkara yang me足 ngenainya sama ada Parlimen atau pihak berkuasa perundangan negeri boleh membuat undang-undang. Contoh-contohnya ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan haiwan liar dan burung liar. Bagaimanapun, Perlembagaan memperuntukkan Dewan Rakyat untuk membuat undang-undang mengenai perkaraperkara yang disenaraikan dalam senarai negeri bagi tiga tujuan. Pertama, melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen di antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apaapa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. Kedua, dengan maksud hendak mengadakan persamaan undang-undang bagi dua negeri atau lebih dalam Persekutuan. Ketiga, jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana badan perundangan negeri. Walaupun pada asasnya Dewan Rakyat adalah pembuat tertinggi undang-undang Persekutuan, baik undang-undang kewangan dan bukan kewangan tetapi sebagai sebuah badan per足 undangan, sama seperti institusi yang lain di dunia ini, Dewan Rakyat juga mempunyai peranan melampaui penggubalan undangundang semata-mata. Dewan Rakyat juga adalah forum bagi membincangkan isu-isu yang dianggap penting dan besar pada hari ia mengadakan persidangan; setahun sekali Dewan Rakyat akan diminta untuk meluluskan bajet tahunan kerajaan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Ia juga bertanggungjawab untuk meluluskan cukai-cukai baru kerajaan; atau menghapuskan cukai atau menaikkan cukai seperti yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan.


Dewan Rakyat

195

Dewan Rakyat juga adalah medan untuk kerajaan memper­ tahankan program-program pembangunannya dan forum bagi wakil rakyat – kerajaan dan pembangkang – untuk bertanya aspek-aspek tertentu perjalanan dan dasar-dasar kerajaan. Dewan Rakyat juga memberi peluang kepada pembangkang untuk menyatakan pandangan mereka terhadap isu-isu besar negara, selain mengkritik dan mempersoalkan keputusan-keputusan kerajaan. Program-program utama kerajaan, seperti rancangan pem­bangunan lima tahun, juga memerlukan pengesahan Dewan Rakyat sebelum boleh dilaksanakan. Walaupun tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang, tetapi initiatif penggubalan tidak bermula di Dewan itu. Benar, seorang ahli Dewan Rakyat diberi ruang untuk membentangkan sesebuah Rang Undang-undang. Malah ada yang pernah berbuat demikian seperti yang dilakukan oleh Dr. Lim Chong Eu pada 1966 apabila beliau membentangkan Rang Undang-undang di bawah private member’s Bill untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkait dengan tempoh bacaan kali pertama dan kali kedua bagi pindaan terhadap Perlembagaan. Tetapi usaha itu gagal. Belum ada lagi Rang Undang-undang yang dikemukakan oleh ahli Dewan Rakyat diluluskan oleh dewan itu. Apa yang berlaku ialah keseluruhan dasar pembuatan undang-undang biasanya diluluskan oleh Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan yang berkenaan. Pihak Perbendaharaan dan Jabatan Peguam Negara turut dirundingi kerana sesuatu Rang Undang-undang itu mempunyai implikasi kewangan dan per­ undangan. Sebaik sahaja kelulusan Kabinet diperolehi, Rang Undang-undang itu akan digubal oleh sepasukan penggubal undang-undang di Jabatan Peguam Negara. Siap sahaja penggubalan itu, Rang Undang-undang itu diserahkan kepada Kabinet untuk kelulusan akhir sebelum diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Setelah itu barulah Rang Undang-undang itu dicetak.


196

M A L AY S I A

Di Dewan Rakyat, sama halnya dengan di Dewan Negara, Rang Undang-undang itu akan melalui proses tiga kali bacaan – Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga sebelum diluluskan. Bacaan Pertama adalah suatu formaliti yang memperkenalkan Rang Undang-undang itu kepada Dewan Rakyat. Bacaan Kedua adalah proses penting penggubalan Rang Undang-undang itu. Pada peringkat ini, Rang Undang-undang yang sudah dicetak dan diedarkan kepada wakil rakyat akan mula dibahaskan. Tetapi pada tahap ini, perbahasan lebih tertumpu kepada prinsip-prinsip umum sesuatu Rang Undang-undang. Selepas bacaan kali kedua ini, Dewan Rakyat akan bersidang pada peringkat jawatankuasa. Persidangan pada tahap ini akan memperhalusi perincian lanjut Rang Undang-undang itu sebelum ia dibentangkan untuk Bacaan Ketiga. Pada peringkat itu, Dewan Rakyat akan diminta untuk meluluskan Rang Undang-undang berkenaan. Sekiranya ia adalah Rang Undang-undang biasa, majoriti mudah diperlukan untuk meluluskan. Sekiranya Rang Undang-undang itu bertujuan untuk meminda Perlembagaan, maka majoriti dua pertiga ahli diperlukan. Sebaik sahaja Rang Undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia akan dihantar ke Dewan Negara. Dewan senat itu tiada kuasa untuk menolak Rang Undang-undang yang sudah digubal oleh Dewan Rakyat. Ia sekadar mempunyai kuasa untuk melengah-lengahkan selama sebulan bagi Rang Undang-undang Kewangan dan sehingga setahun bagi Rang Undang-undang bukan kewangan. Sekiranya selepas tempoh itu, Dewan Negara tidak meluluskannya juga, maka Dewan Rakyat boleh menghantar terus Rang Undang-undang itu untuk diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tetapi dalam sejarah Malaysia pasca merdeka, proses penggubalan undang-undang negara belum sampai ke pe­ ringkat itu.


Dewan Rakyat

197

Keahlian Dewan Rakyat – siapa yang layak? Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat dengan gelaran Yang Berhormat itu ditentukan oleh Perkara 47 (b) Perlembagaan Persekutuan. Siapa juga warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan dan berusia 21 tahun ke atas, layak untuk menawarkan diri bagi menganggotai Dewan itu. Selain faktor warganegara dan usia, Perkara 48 pula menetapkan beberapa prasyarat lain untuk menjadi ahli Dewan Rakyat. Syarat-syarat itu yang boleh membuat seseorang ahli Dewan hilang kelayakan termasuklah:

• Seorang yang tidak sempurna akal. • Seorang bankrap yang belum dilepaskan. • Seorang yang memegang sesuatu jawatan berpendapatan. • Tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihan

raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki.

• Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di

Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun.

• Seseorang yang secara sengaja memperolehi kewarganega-

raan mana-mana negeri luar Persekutuan, atau telah dengan sengaja menggunakan hak-hak kewarganegaraan sesuatu negeri asing atau telah membuat sesuatu akuan taat setia kepada mana-mana negeri di luar Persekutuan.

Hayat seseorang ahli Dewan Rakyat adalah untuk tempoh lima tahun, bermula daripada tarikh dia mengangkat sumpah yang mesti diadakan dalam masa 120 hari pilihan raya umum memilih


198

M A L AY S I A

Parlimen baru selesai. Bagaimanapun tempoh itu mungkin lebih pendek, katakan empat tahun, bergantung kepada pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri. Sekiranya seseorang ahli Dewan Rakyat tidak menghadiri persidangan selepas enam bulan, tanpa kebenaran Dewan, maka keahliannya secara automatik hilang. Kerusinya akan diisytiharkan kosong dan pilihan raya kecil hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Setelah menjadi ahli Dewan Rakyat, seseorang itu boleh berhenti pada bila-bila masa beliau suka. Ini boleh dilakukan dengan mengutus surat yang ditandatangani menyatakan hasrat untuk berhenti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan kemudian akan memaklumkan kekosongan kerusi Parlimen berkenaan kepada Suruhanjaya Pi足lihan Raya yang kemudian akan mengatur satu pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari bagi mengisi kekosongan itu. Tetapi jika kekosongan itu berlaku dua tahun sebelum pilihan raya umum, maka pilihan raya kecil itu tidak perlu diadakan. Tidak semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun dan bermastautin di Persekutuan boleh menjadi ahli Dewan Rakyat. Ini kerana kerusi yang terdapat di Dewan Rakyat adalah terbatas. Pada waktu ini hanya 219 orang sahaja yang boleh menganggotai Dewan itu pada satu-satu masa. Sekiranya mereka ingin menjadi ahli Dewan Rakyat, seseorang itu bolehlah bertanding bagi salah satu kawasan Parlimen yang disenaraikan oleh Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan menggunakan tiket parti politik yang dia wakili. Sekiranya menang, maka dia akan bergelar Yang Berhormat. Selepas mengangkat sumpah, beliau bolehlah mengambil tempat di Dewan Rakyat. Sekiranya di Dewan Rakyat, ahli itu mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan yang lain, maka beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai cabang eksekutif pemerintahan negara. Sebagai ahli Dewan Rakyat, seseorang itu juga layak untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri menjadi menteri, timbalan menteri, setiausaha Parlimen dan pengerusi agensi-agensi kerajaan yang


Dewan Rakyat

199

lain. Sekiranya ahli Dewan Rakyat itu tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran, maka dia boleh berniaga atau dilantik menjadi pengarah mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau syarikat-syarikat kerajaan yang lain.

Persidangan Dewan Rakyat Tempoh atau hayat Dewan Rakyat, sebaik saja pilihan raya umum selesai, ialah selama lima tahun daripada tarikh ia meng­ adakan persidangannya yang pertama. Bagaimanapun ia boleh dibubarkan sebelum tempoh lima tahun itu selesai. Tetapi jika tidak dibubarkan lebih awal, sebaik saja tempoh lima tahun itu selesai, Dewan Rakyat secara automatik terbubar dan satu pilihan raya umum untuk memilih sebuah Parliman yang baru hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Tetapi berdasarkan pengalaman masa lalu, Dewan Rakyat selalunya dibubarkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Persidangan penggal baru Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara – lazimnya dimulakan dengan titah diraja kepada kedua-dua Majlis Parlimen. Sekiranya persidangan Dewan Rakyat itu adalah yang pertama selepas pilihan raya umum, maka ia hendaklah diadakan dalam masa 120 hari selepas Dewan Rakyat lama dibubarkan. Persidangan itu pula hendaklah diadakan atas perintah Yang di-Pertuan Agong. Pada persidangan pertama Parlimen baru agenda utamanya ialah untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tempoh lima tahun. Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang yang bukan ahli Dewan Rakyat dilantik ke jawatan itu. Tetapi Yang Dipertua yang bukan ahli itu tidak mempunyai kuasa mengundi. Dalam menjalankan tugas Yang Dipertua akan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang Dipertua. Dalam urusan mentadbir Dewan Rakyat, Yang Dipertua dibantu oleh Setiausaha Dewan Rakyat yang pelantikannya


200

M A L AY S I A

dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Setiausaha Dewan Rakyat, sama juga dengan Setiausaha Dewan Negara akan bertindak se­ bagai ketua pegawai eksekutif bagi dewan masing-masing. Mereka akan dibantu oleh sekumpulan petugas yang dipinjamkan daripada Perkhidmatan Awam Malaysia. Selain itu, upacara angkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat juga diadakan. Dalam sumpahnya itu, seorang ahli Dewan Rakyat akan berikrar untuk menunaikan kewajibannya sebagai seorang ahli dengan segala daya upayanya dan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Malaysia dan akan memelihara, melindungi serta memperta­ hankan Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu dengan tarikh yang ditetapkan bagi mesyuaratnya yang pertama dalam penggal akan datang. Dalam masa setahun, Dewan Rakyat biasanya bersidang lima kali. Setiap sidang boleh memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu bergantung kepada urusan yang hendak dilakukan. Persidangan paling lama ialah sewaktu bajet negara dibentangkan biasanya pada akhir tahun iaitu selama lima hingga enam minggu. Persidangan Dewan Rakyat sekarang bermula jam 10 pagi dan berakhir sebelum lima petang. Tetapi ada kalanya Dewan Rakyat bersidang hingga larut malam, terutama jika ia perlu menyelesaikan urusan tertentu yang memerlukan wakil rakyat berbahas. Persidangan selama empat hari seminggu itu – Isnin hingga Khamis – dimulakan dengan sesi soal jawab diikuti dengan urusan perbahasan yang lain, baik tentang Rang Undang-undang tertentu atau program pembangunan kerajaan. Pada sesi soal jawab ini, para menteri, timbalan menteri atau setiausaha Parlimen akan menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh wakil rakyat mengenai kementerian-kementerian yang mereka wakili. Korum bagi persidangan Dewan Rakyat adalah 26 orang. Persidangan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atau semasa ketiadaannya oleh Timbalan Yang Dipertua.


Dewan Rakyat

201

Persidangan Dewan Rakyat juga tertakluk kepada Peraturanperaturan Tetap yang telah digubal oleh sebuah jawatankuasa Dewan Rakyat. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mana-mana ahli digariskan secara terperinci dalam Peraturan Tetap itu.

Keistimewaan-keistimewaan Dewan Rakyat Bagi membolehkan Dewan Rakyat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Badan Perundangan Persekutuan secara bebas tanpa gentar atau pilih kasih, atau ditekan atau diganggu oleh mana-mana pihak, maka keistimewaan-keistimewaan tertentu diberikan kepada Dewan itu dan juga Dewan Negara. Keistimewaan-keistimewaan ini dijamin oleh Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun keistimewaan Dewan Rakyat ini tidaklah mutlak seperti yang terdapat di England. Antara keistimewaan-keistimewaan itu ialah:

• Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

• Tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat boleh dikena dakwa

dalam apa-apa juga pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa juga yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.

• Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa juga yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen.


202

M A L AY S I A

Bagaimanapun keistimewaan ahli Dewan Rakyat ini ada hadnya terutamanya berkait dengan perkara-perkara yang dianggap sensitif seperti kedudukan Raja-raja Melayu, kewarganegaraan, hak istimewa Melayu dan bumiputera, Tanah Simpanan Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sekiranya mereka sekadar membahaskan pelaksanaan perkara-perkara itu di Dewan Rakyat, tiada tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka menganjurkan perkara-perkara itu dihapuskan, maka ahli Dewan Rakyat itu tidak diberi kekebalan daripada sebarang tindakan mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948 yang telah dipinda pada 1970. Seorang ahli Dewan Rakyat mewakili Sabah, Mark Koding, pernah didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah berkait dengan kenyataannya di Dewan Rakyat yang mencadangkan supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil ditutup. Beliau cuba menggunakan keistimewaan Parlimen untuk membela diri, tetapi tidak berjaya. Selain Akta Hasutan 1948, ahli Dewan Rakyat juga tidak kebal daripada Akta Rahsia Rasmi 1971. Mereka juga dibelenggu oleh Akta Polis 1967 sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab bukan di Dewan Rakyat, tetapi di kawasan pilihan raya yang diwakilinya di Dewan itu. Mereka tidak boleh sesuka hati meng足 adakan perhimpuan di kawasan pilihan raya masing-masing untuk menerangkan pendiriannya di Dewan Rakyat kecuali terlebih dahulu mendapat izin polis. Wakil rakyat kerajaan mungkin tidak bermasalah untuk mendapat permit itu. Halnya berbeza dengan wakil rakyat pembangkang. Ini menyebabkan ada pihak me足ngatakan ahli Dewan Rakyat sebenarnya tidak mempunyai kuasa dan autoriti sebagai wakil kawasan yang diwakili. Keadaan ini menyebabkan keberkesanan mereka sebagai ahli Dewan Rakyat terjejas.


Dewan Rakyat

203

Keberkesanan wakil rakyat dipersoal: Mengapa? Dalam buku berjudul Malaysian Constitution, A Critical Introduction, Dr. Abdul Aziz Bari, seorang profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, mengemukakan lima kritikan mengapa bagi beliau Dewan Rakyat di negara ini tidak begitu berkesan dalam memenuhi tugas dan tanggungjawabnya sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Pertama, Dewan Rakyat sepatutnya mengawal atau setidaktidaknya menjadi anasir pemeriksa dan pengimbang terhadap kerajaan. Ini kerana kerajaan dibentuk berdasarkan sokongan majoriti Dewan Rakyat. Dewan Rakyat mewakili suara rakyat dan ia harus memainkan peranan untuk mengawal kerajaan. Tetapi menurut Dr. Abdul Aziz, keadaan ini tidak berlaku di Malaysia. Gambaran yang orang dapat ialah Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah sebuah lagi agensi atau jabatan kerajaan yang diselia oleh Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Parlimen, berdasarkan doktrin pengasingan kuasa sepatutnya merupakan sebuah cabang kuasa yang bebas dan berasingan. Akibatnya di negara ini Dewan Rakyat gagal mempertanggungjawabkan Parlimen. Kedua, Parlimen Malaysia amnya dan Dewan Rakyat khu足sus足nya didakwa tidak dapat menyesuaikan diri dengan per足 kembangan moden. Pengawalan selia urus hari ini sudah menjadi kompleks mengakibatkan undang-undang bukan lagi digubal oleh Dewan Rakyat tetapi oleh birokrasi. Dewan Rakyat sebagai institusi yang melambangkan kedaulatan rakyat, tidak lagi membuat undang-undang, tetapi sekadar mempersetujui apa yang dibentangkan oleh cabang eksekutif negara. Ketiga, kemunculan politik parti turut membantut ahli Dewan Rakyat untuk memainkan peranan mereka yang sebenar. Wakil


204

M A L AY S I A

rakyat yang sepatutnya bebas diikat tangan mereka oleh kehendak parti sewaktu berbahas di Dewan Rakyat menyebabkan mereka mengambil pendirian yang sehaluan dengan dasar-dasar yang diputuskan oleh parti dan kerajaan yang mereka anggotai. Hasilnya, mutu perbahasan dikatakan merosot. Sepatutnya yang dibangkitkan oleh mereka adalah isu-isu serius mengenai Rang Undang-undang. Apa yang terjadi ialah wakil parti-parti pembangkang menggunakan Dewan Rakyat untuk membelasah wakil pembangkang. Keempat, budaya politik yang memberi keutamaan kepada parti politik di Dewan Rakyat juga didakwa membantut kemunculan fungsi sebenar Dewan Rakyat atau Parlimen. Dari segi ideal, ahli Dewan Rakyat sepatutnya berfungsi untuk memeriksa secara kritikal tindakan-tindakan atau ketiadaan tindakan pada pihak kerajaan atau eksekutif. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikatakan lebih berminat untuk memburu cita-cita politik peribadi untuk mendapat jawatan dalam kerajaan, menyebabkan mereka mengabaikan kepentingan-kepentingan kawasan pilihan raya masing-masing. Kelima, kemunculan politik sebagai satu profesyen juga mewujudkan masalah-masalah tertentu kepada Parlimen. Akibatnya, ahli-ahli Dewan Rakyat bercakap selari dengan dasar-dasar parti kerana mahu melindungi kerjaya politik masing-masing. Mereka tidak lagi bercakap untuk mewakili kawasan pilihan raya mereka. Keghairahan sesetengah wakil Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai pegawai kabajikan di kawasan pilihan raya masing-masing juga turut menjejas keberkesanan mereka di Dewan Rakyat. Kerja-kerja kebajikan itu, yang bertujuan untuk menjadikan mereka popular di kawasan mereka bertanding, memang baik. Tetapi kesannya, mereka kesuntukan waktu untuk menyiapkan diri mereka untuk melakukan perbahasan yang berkualiti tinggi di Dewan Rakyat. Benar sekarang ini ahli Dewan Rakyat itu disediakan pegawai-pegawai penyelidik untuk membantu mereka


Dewan Rakyat

205

dalam fungsi mereka sebagai Yang Berhormat. Bagaimanapun yang akan menentukan kualiti perbahasan itu kelak bukanlah pegawai-pegawai penyelidik tadi, tetapi persiapan yang dibuat oleh ahli Dewan Rakyat itu sendiri.

Akta, ordinan dan enakmen Sebaik saja Rang Undang-undang Persekutuan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan, maka ia akan dikenali sebagai akta. Undangundang yang diisytiharkan di bawah fasal (2) Perkara 150 oleh Yang di-Pertuan Agong apabila Parlimen tidak bersidang pada masa darurat iaitu darurat yang diisytiharkan di bawah Perkara tersebut, dinamakan ordinan. Tetapi ordinan juga digunakan untuk merujuk kepada undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada waktu ini. Undangundang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang lain selain Sarawak dinamakan enakmen. Ordinan juga digunakan untuk menamakan undang-undang yang dibuat di Tanah Melayu dari tahun 1946 ketika wujudnya Malayan Union sehingga merdeka oleh pihak berkuasa perundangan Persekutuan dan oleh pihak berkuasa Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang dibuat oleh Pentadbiran Tentera British antara 1945 hingga 1946 dinamakan perisytiharan.


206

30 Dewan Negara

Dewan Negara adalah Majlis

Parlimen yang diwujudkan sewaktu negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dibandingkan dengan Dewan Rakyat, keanggotaan Dewan Negara adalah lebih kecil. Dewan Negara diwujudkan untuk memenuhi tiga tujuan. Pertama, untuk membolehkan orang-orang yang berpengalaman untuk memberi perkhidmatan dalam Badan Perundangan Persekutuan tanpa perlu bertanding pada pilihan raya umum. Ini kerana tidak semua kalangan yang ingin berbakti dalam bidang perundangan bersedia untuk melalui proses pilihan raya yang dianggap rumit itu. Kedua, untuk menjadi Dewan yang mengemukakan pandangan kedua dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana yang mungkin gagal dilakukan oleh Dewan Rakyat yang senantiasa panas dengan debat politik kepartian itu. Ketiga, untuk memastikan bahawa dalam proses membuat undang-undang di peringkat Persekutuan, kepentingan negeri-negeri dan wilayah yang membentuk Malaysia tidak diabaikan atau dikesampingkan.


Dewan Negara

207

Dewan Negara – fungsi dan peranan Seperti Dewan Rakyat, sumber autoriti Dewan Negara juga datangnya daripada Perlembagaan Persekutuan. Dari segi teori, peranan dan fungsinya adalah untuk menggubal undang-undang. Jika mahu, ahli-ahli Dewan Negara yang bergelar Senator itu juga boleh membuat undang-undang. Tetapi hal ini tidak berlaku. Dewan Negara sekadar menjadi pengesah kepada Rang Undangundang – kewangan dan bukan kewangan – yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebagai memenuhi keperluan perlembagaan. Biasanya tiada pindaan dibuat terhadap Rang Undang-undang itu. Ia diluluskan secara total. Barangkali para Senator itu berpendapat, semua Rang Undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat itu adalah sempurna dan tiada cacat celanya. Kalau semuanya sudah elok, maka tiada sebab untuk membentangkan sebarang pindaan. Boleh jadi juga. Tetapi sebagai akibatnya, lemparan dibuat bahawa Dewan Negara berfungsi tidak lebih sebagai rubber stamp kepada apa yang dihidangkan oleh Dewan Rakyat kepadanya. Lagi pun para Senator itu menyedari bahawa Dewan Negara tidak diperuntukkan dengan kuasa untuk menghalang atau menolak mana-mana Rang Undang-undang yang dihantar oleh Dewan Rakyat untuk diluluskan olehnya. Dewan Negara sekadar boleh melengah-lengahkan kelulusan yang diberikan iaitu tempoh 30 hari bagi Rang Undang-undang Kewangan dan setahun bagi Rang Undang-undang bukan kewangan. Sekiranya dalam tempoh yang ditetapkan itu Rang Undang-undang berkenaan tidak diluluskan oleh Dewan Negara, maka Dewan Rakyat diberi kuasa untuk menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diberi perkenan, seterusnya diwartakan menjadi akta. Untuk men-


208

M A L AY S I A

gelakkan berlakunya krisis perlembagaan, maka adalah lebih baik bagi Dewan Negara menjadi institusi yang memudahkan bukan menyusahkan perjalanan perundangan negara. Dilihat dalam konteks itu, Dewan Negara telah memainkan peranan dengan cara yang berkesan seperti yang diingini oleh para pengasas demokrasi ala Westminster di negara ini. Soal Dewan Negara untuk menjadi pembantut kepada Rang Undang-undang Dewan Rakyat juga tidak berbangkit. Ini kerana majoriti ahli-ahli Senat juga terdiri daripada ahli-ahli parti yang menguasai Dewan Rakyat. Tindakan untuk berkonfrontasi dengan Dewan Rakyat atau cabang eksekutif pemerintahan negara tidak berbangkit sama sekali kerana anggota Dewan Negara adalah mewakili kepentingan politik yang sama dalam Badan Perundangan Persekutuan. Tambahan pula ada antara Senator itu adalah bekas ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang dilantik untuk menghidupkan kerjaya politik masing-masing. Di kalangan yang lain pula, ada Senator yang sedar bahawa mereka juga berkemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya umum untuk kerusi Dewan Rakyat. Jadi tiada gunanya untuk mereka menunjuk pandai atau menimbulkan masalah yang bukan-bukan dalam Dewan itu. Lebih baik akur sahaja dengan keputusan-keputusan parti yang membentuk kerajaan di Dewan Rakyat. Dalam penggubalan undang-undang, Dewan Negara juga mempunyai kaedah yang sama seperti Dewan Rakyat. Rang Undang-undang akan dibaca tiga kali – bacaan pertama, bacaan kedua dan bacaan ketiga. Selepas bacaan ketiga, Dewan Negara akan bersidang pada peringkat jawatankuasa untuk membahaskan Rang Undang-undang berkenaan secara terperinci. Selepas bacaan kali ketiga, Rang Undang-undang itu akan diluluskan dan dihantar oleh Setiausaha Dewan Negara untuk diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Dewan Negara

209

Keahlian Dewan Negara Dewan Negara pada waktu ini mempunyai 68 orang ahli. Syaratsyarat untuk menjadi ahli Dewan Negara ialah seseorang itu merupakan warganegara yang bermastautin di Persekutuan dan berusia 30 tahun ke atas. Seperti ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara mestilah seorang yang sempurna akalnya, bukan seorang yang bankrap, tidak pernah melakukan kesalahan yang membawa hukuman penjara selama tempoh satu tahun atau didenda dua ribu ringgit di mana-mana mahkamah Persekutuan. Warganegara yang secara sengaja memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri di luar Persekutuan atau telah dengan sengaja menggunakan hak-hak kewarganegaraan di suatu negeri asing atau telah membuat suatu akuan taat setia kepada mana-mana negeri di luar Persekutuan, juga tidak layak menjadi ahli Dewan Negara. Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Dewan itu hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut:

• Dua orang ahli bagi tiap-tiap satu negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh.

• Dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

• Emat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang diPertuan Agong.

Perkara 45 (2) menetapkan “ahli-ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan


210

M A L AY S I A

masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.â€? Setelah dilantik, seseorang ahli Dewan Negara akan berkhid­mat untuk tempoh tiga tahun. Kedudukannya sebagai Senator tidak terjejas oleh pembubaran Parlimen. Khidmat beliau juga boleh dipanjang untuk tempoh sepenggal lagi selama tiga tahun. Bagaimanapun, tempoh maksimum khidmat beliau hanya selama dua penggal. Selepas tamat tempoh enam tahun itu, mereka tidak layak lagi untuk diangkat sebagai ahli Dewan Negara. Sekiranya mereka ingin meneruskan kerjaya dalam bidang politik, mereka hendaklah bertanding sebagai ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak mempunyai tempoh had untuk memegang jawatan. Selagi mereka menang pilihan raya, selagi itulah mereka boleh duduk di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri. Seperti Dewan Rakyat, Dewan Negara juga diterajui persidangannya oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang Dipertua. Kedua-dua penyandang jawatan hendaklah terdiri daripada anggota Dewan Negara. Di Dewan Rakyat, seorang yang tidak menganggotai Dewan, boleh dilantik ke jawatan itu. Di Dewan Negara kedudukan tertinggi itu tidak boleh disandang oleh bukan ahli. Perlembagaan Persekutuan juga memberi peruntukan kepada Parlimen untuk menambah bilangan ahli-ahli yang dipilih oleh tiap-tiap negeri sehingga tiga orang ahli ke Dewan Negara. Sekiranya mahu, Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengadakan pemilihan langsung wakil-wakil negeri ke Dewan Negara itu. Sekarang ini wakil negeri ke Dewan Negara dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, atau lebih tepat lagi parti politik yang menguasai Dewan Undangan Negeri itu. Parlimen juga diberi kuasa untuk mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan terus ahli-ahli yang dilantik Tetapi


Dewan Negara

211

setakat ini, Dewan Rakyat tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya secara popular bagi mengisi kerusi Dewan Negara.

Kritikan terhadap Dewan Negara Kritikan utama terhadap Dewan Negara adalah ia sebuah institusi yang tidak demokratik. Walaupun tiga tujuan utama penubuhannya adalah murni, tetapi dalam amalan, matlamat-matlamat itu tidak dipenuhi seratus peratus. Dewan Negara tidak dianggap sebagai badan perundangan yang memberi tempat kepada mereka yang berpengalaman dan berbakat untuk memberi khidmat dalam penggubalan undang-undang. Dewan Negara juga dikatakan gagal untuk menjadi dewan mengemukakan pandangan kedua yang bernas dan berkualiti. Oleh kerana mereka yang dilantik ke Dewan Negara terdiri daripada para pemimpin politik yang atas sebab-sebab tertentu tidak berpeluang bertanding bagi kerusi Dewan Rakyat dalam pilihan raya, maka dewan itu akhirnya menjadi mini Dewan Rakyat. Perbahasan politik parti yang panas dan hangat di Dewan Rakyat, dilanjutkan ke Dewan Negara. Perbahasan di Dewan Negara tidak mempunyai impak yang besar dalam konteks politik nasional yang lebih luas. Keupayaan Dewan Negara untuk melindungi kepentingan-kepentingan negeri juga diragui. Gambaran yang lebih tepat bagi Dewan Negara ialah ia telah dijadikan oleh kerajaan atau parti yang memerintah untuk mengagih-agihkan naungan dan anugerah kepada mereka yang telah berkhidmat untuk parti. Ketua-ketua bahagian parti (UMNO) yang tidak mendapat tempat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, berkemungkinan besar diberi kedudukan di Dewan Negara. Bagi menjadikan Dewan Negara lebih menarik, barangkali sudah tiba masanya bagi pihak yang berkenaan menjadikannya sebagai sebuah institusi yang demokratik. Keahliannya hen足dak足lah


212

M A L AY S I A

dibuat berdasarkan pemilihan popular, bukan lagi dilantik se­ perti sekarang. Adalah lebih baik pemilihan secara langsung bagi keahlian Dewan Negara itu tidak terhad kepada parti politik, tetapi kepada kalangan yang berbakat dan berpengalaman untuk menawarkan diri. Mereka tidak perlu berkempen, tetapi pemi­ lihan itu dibuat berdasarkan track record mereka dalam kerjaya dan profesyen masing-masing. Yang dijadikan ukuran utama peng­ undi untuk memilih Senator harus menepati apa yang diingini oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu orang-orang yang telah “berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, per­ usahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat.” Orang-orang ini boleh mengaitkan dirinya dengan parti-parti politik sedia ada, jika mahu atau lebih baik lagi jika mereka bertanding bersandarkan rekod cemerlang dalam bidang masing-masing. Dengan cara ini barulah tujuan asal penubuhan Dewan Negara dapat dipenuhi.


213

31 Perdana Menteri

P

erdana Menteri adalah kedu­ dukan tertinggi cabang kuasa eksekutif dalam pemerintahan negara. Pelantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, selaku Kepala Utama Negara mengikut Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan sebagai proses pertama sebelum Jemaah Menteri ditubuhkan. Penyandangnya salah seorang anggota Dewan Rakyat yang dipilih untuk mewakili kawasan pilihan raya Parlimennya di dewan itu. Tetapi beliau bukanlah ahli Dewan Rakyat sembarangan. Dengan kata-kata lain Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang baginda suka sebagai Perdana Menteri walaupun kuasa melantik itu boleh dilaksanakan menurut budi bicara baginda. Prinsip utama yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong ini ialah untuk memberi tempat itu kepada seorang ahli Dewan Rakyat yang menurut pertimbangan baginda “mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu.â€? Selepas dilantik tugas pertama Perdana Menteri ialah untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik anggota-anggota Jemaah Menteri yang lain yang secara kolektif bertanggungjawab terhadap pemerintahan negara atas nama baginda. Anggota Jemaah Menteri itu boleh terdiri daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


214

M A L AY S I A

Tetapi dalam melantik Perdana Menteri ini, Yang di-Pertuan Agong tidak pula meminta Dewan Rakyat membuat penentuan siapakah di antara anggotanya yang mendapat kepercayaan atau sokongan majoriti dewan itu melalui satu pengundian. Apa yang berlaku ialah Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua parti politik yang memenangi bilangan terbanyak kerusi Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya membentuk kabinetnya. Perlembagaan Persekutuan tidak pula menyebut kelayakan khusus untuk menjadi Perdana Menteri. Ia juga tidak dinyatakan bahawa pemegang jawatan tertinggi kuasa eksekutif itu mesti berbangsa Melayu atau beragama Islam. Tentunya, beliau mestilah seorang warganegara Malaysia, tetapi taraf kewarganegaraan itu hendaklah diperolehi bukan secara pendaftaran atau naturalisasi. Ini bermakna kedudukan Perdana Menteri boleh disandang oleh sesiapa sahaja ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli dewan itu yang lain. Bagaimanapun hakikatnya tidaklah semudah itu. Realpolitik Malaysia tentulah ada peranannnya dalam menentukan siapa menjadi Perdana Menteri. Walaupun Malaysia sebuah negara berbilang kaum, bangsa Melayu masih merupakan penduduk, dan dengan itu juga pengundi, majoriti negara ini. Ketuanan politik pula masih lagi berada dalam genggaman pemimpin Melayu – yang ditakrifkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai ber­ agama Islam. Selagi realpolitik ini tidak berubah, ini bermakna kedudukan Perdana Menteri akan kekal disandang oleh seorang warganegara Malaysia yang keturunannya adalah Melayu dan agamanya Islam. Secara lebih spesifik dalam konteks negara ini, anggota Dewan Rakyat itu ialah Pengerusi Barisan Nasional atau BN iaitu gabungan 14 buah parti politik yang mewakili kaum-kaum utama di Malaysia. Ketua BN itu pula ialah tokoh yang menerajui UMNO, parti terbesar, bukan sahaja dari segi keahlian, tetapi juga


Pe r d a n a M e n t e r i

215

mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat. Siapa juga yang menjadi Presiden UMNO, secara automatik dilantik sebagai ketua BN. Secara sendirian, UMNO menguasai lebih separuh kerusi di Dewan Rakyat – kedudukan yang membolehkannya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, jika mahu. Tetapi UMNO tidak tamak kuasa politik. Ia bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain yang mewakili kepentingan bukan Melayu di dalam kerajaan. Cara itu membolehkan UMNO menubuhkan kerajaan yang lebih representatif dan memerintah selesa kerana memiliki majoriti dua pertiga. Antara 1957 hingga 1974, BN berkuasa menggunakan nama Perikatan. Pada 1974 namanya ditukar kepada BN sejajar dengan iklim baru politik pasca tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan keanggotaan yang bertambah. Parti itu telah diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa secara terus menerus sejak 1957 itu – satu rekod yang tidak terdapat di negara-negara lain. Kali terakhir BN memenangi pilhan raya umum ialah pada 21 Mac 2004. Kejayaan itu membolehkan siapa juga yang menerajui Per­ ikatan dan BN dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong. Selama tempoh 50 tahun sejak mencapai kemerdekaan, BN telah membekalkan negara ini dengan lima orang Perdana Menteri – Tunku Abdul Rahman (1957-1970), Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976), Tun Hussein Onn (1976-1981), Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003), Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009). Mulai 3 April 2009, giliran Datuk Seri Mohd Najib Razak pula menyandang jawatan itu.

Asal Usul Jawatan Perdana Menteri Perdana Menteri adalah jawatan yang diwujudkan sewaktu ne­gara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menyamai kedudukan yang sama yang terdapat di United Kingdom, kuasa yang men-


216

M A L AY S I A

jajah Malaysia pada satu waktu. Selama dua tahun sebelum itu, jawatan itu dikenali sebagai Ketua Menteri. Jawatan itu diwujudkan selepas pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955 apabila Tanah Melayu diberi taraf berkerajaan sendiri sebagai persiapan untuk kemerdekaan. Ketua Menteri ketika itu mengambil alih tugas dan peranan Pesuruhjaya Tinggi British – kecuali dalam hal ehwal luar dan pertahanan yang masih dipegang oleh London. Secara lebih spesifik, Ketua Menteri dilantik untuk mengetuai kerajaan, walaupun dalam banyak hal pemegang jawatanya perlu mendapatkan persetujuan Pesuruhjaya Tinggi dalam serba serbi pemerintahan negara. Di dalam sistem politik kesultanan Melayu khususnya pada zaman empayar Melaka, kedudukan yang hampir sama dengan Perdana Menteri adalah Bendahara. Dalam pemerintahan kesultanan Melayu yang lain, kedudukan yang sama dengan Perdana Menteri tidak begitu jelas. Ini tidak menghairankan kerana pada waktu itu tidak terdapat pengasingan kuasa yang jelas dari segi eksekutif, legislatif dan juga judisiari. Ketiga-tiga kuasa negeri itu berada dalam genggaman mutlak Raja yang memerintah secara turun temurun. Walaupun terdapat ungkapan “Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah� tetapi pada umumnya di kalangan massa Melayu, tidak ada siapa yang berani mencabar kuasa Raja itu. Kalau pun ada yang berani, mereka akan dianggap sebagai penderhaka dan dihukum bunuh. Lantaran itu, status quo boleh dikatakan tidak disentuh. Bagaimanapun kedatangan Inggeris telah mengubah struktur kuasa monarki mutlak Melayu. Inggeris mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai pemegang kuasa yang legitimasi. Sebab itu, untuk campurtangan dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu, kuasa Eropah itu berurusan dengan para Sultan. Perjanjian untuk menempatkan residen atau penasihat ditandatangani dengan Raja-Raja, bukannya dengan mana-mana pihak lain di Tanah Melayu. Dengan menempatkan residen atau penasihat itu


Pe r d a n a M e n t e r i

217

bermakna kuasa eksekutif Raja-Raja jatuh ke tangan Inggeris. Proses itu melahirkan konsep pengasingan kuasa yang diamalkan secara meluas di Barat. Selepas itu berlaku, tidak mungkin pemerintahan monarki mutlak dapat ditegakkan semula di negara ini. Inilah yang benar-benar berlaku apabila pemerintahan Malayan Union diperkenalkan pada 1946. Pemerintahan monarki mutlak sebenarnya telah digantikan dengan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari (kehakiman) telah diserahkan kepada institusi tertentu. Kedudukan Gabenor di bawah Malayan Union dan Pesuruhjaya Tinggi di bawah Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 menjadi lebih penting berbanding kedudukan Raja-Raja Melayu dalam semua urusan pemerintahan – kecuali dalam bidang agama dan adat istiadat Melayu. Kuasa Gabenor Malayan Union dan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu itu yang kemudiannya menjadi kuasa Ketua Menteri pada 1955 dan seterusnya kuasa Perdana Menteri pada 31 Ogos 1957. Perdana Menteri secara efektif muncul sebagai suatu kedudukan yang amat penting dalam Perlembagaan Persekutuan, mengatasi kedudukan jawatan-jawatan lain. Perdana Menteri tampil sebagai orang yang menjalankan tugas-tugas mengurus kerajaan atas nama Kepala Utama Negara yang hanya bertindak mengikut nasihat – nasihat yang tidak boleh ditolak.

Kuasa Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan tidak menghuraikan secara terperinci satu per satu kuasa, tugas dan tanggungjawab Perdana Menteri. Bagi seorang pengkaji undang-undang Perlembagaan Malaysia Andrew Harding, hal ini berlaku kerana kedudukan Perdana Menteri adalah bersifat politikal lebih daripada legal. Beliau berpendapat autoriti Perdana Menteri tidak perlu diperincikan dalam


218

M A L AY S I A

Perlembagaan, kedudukannya bukanlah beku atau kaku tetapi ditentukan oleh keadaan-keadaan tertentu politik, personaliti dan kuasa peribadi penyandang jawatan. Dalam bukunya berjudul Law, Government and the Constitution in Malaysia, beliau berhujah: “ The Prime Minister as the effective head of the executive, determines not only government policy but also the very structure of the government. Every seat in the Cabinet is his gift. The agenda of Cabinet business is decided by him. He decides ultimately what legislation the government will introduce in Parliament. He decides the sitting of each general election. Through his presidency of UMNO he has the very great control over party matters and through his chairmanship of the Barisan Na­sional he has considerable influence over his party’s coaliton partners, including which parties are to be members of Barisan Nasional. He regularly represents Malaysia in international affairs.” Malah Harding berpendapat bahawa kedudukan Perdana Menteri Malaysia adalah lebih berkuasa daripada seorang Presiden Amerika Syarikat. Menurut beliau walaupun Perdana Menteri kita boleh ditumbangkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen, tetapi dalam amalan kedudukan itu sebenarnya adalah lebih selamat dan lebih berkuasa berbanding Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain. Ini kerana Perdana Menteri Malaysia tidak mempunyai Kongres yang diberi kuasa untuk menolak rang undang-undang atau berkemungkinan kalah pada pilihan raya umum. Bagi Harding, kedudukan Perdana Menteri hanya boleh ditumbangkan pada pemilihan UMNO. Tetapi itu juga jauh panggang daripada api kerana dalam sejarah UMNO belum pernah Perdana Menteri kalah pada pemilihan parti. Pada pemilihan parti 1987, Tun Dr. Mahathir hampir kalah, tetapi kemenangan tipis 43 undi menewaskan Tengku Razaleigh sudah cukup untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri sehingga melepaskan jawatan itu secara sukarela pada 31 Oktober 2003. Berdasarkan pandangan Harding dan pakar-pakar undang-


Pe r d a n a M e n t e r i

219

undang Perlembagaan Malaysia yang lain itu dapatlah dirumuskan bahawa kuasa atau lebih tepat lagi autoriti Perdana Menteri boleh dilihat daripada pelbagai kedudukan rasmi beliau, bukan sahaja di dalam Jemaah Menteri tetapi dalam pelbagai jawatankuasa negara yang lain sebagai ketua cabang kuasa eksekutif dalam pemerintahan. Ini termasuklah sebagai pengerusi pelbagai jawatankuasa kabinet, majlis kebangsaan tertentu yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan (seperti Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan lain-lain), agensi-agensi tertentu di Jabatan Perdana Menteri (seperti Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara). Selain itu, Perbadanan Petroleum Nasional atau Petronas juga melapor terus kepada Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri, tugas pertama yang perlu dilakukan tentulah untuk melantik anggota Jemaah Menterinya dan menentukan portfolio mereka. Jemaah Menteri akan bermesyuarat seminggu sekali pada setiap Rabu yang beliau pengerusikan, atau semasa ketiadaannya dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri. Walaupun Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi mereka tidak bertanggungjawab terhadap Kepala Utama Negara. Secara kolektif, menterimenteri bertanggungjawab kepada Parlimen. Benar mengikut Perlembagaan, pelantikan itu dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong tetapi secara realitinya nama-nama yang ingin dicadangkan menyertai Kabinet itu dikemukakan oleh Perdana Menteri. Begitu juga dengan pelantikan timbalan-timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik. Para menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik ini secara kolektif dikenali sebagai anggota pentadbiran. Pentadbiran itu pula ketuanya adalah Perdana Menteri. Di sinilah lazimnya Perdana Menteri dilihat untuk membuat lantikan sebagai satu anugerah kepada para penyokongnya di dalam parti. Sudah tentulah dalam melaksanakan kuasa melantik anggota pentadbirannya ini,


220

M A L AY S I A

Perdana Menteri pula menerima cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin kanan partinya – Barisan Nasional. Malah dalam melantik anggota Jemaah Menterinya, Perdana Menteri sendiri terikat dengan realpolitik BN itu sendiri. Ketuaketua parti komponen, tidak dapat tidak, akan diberi kerusi dalam Kabinet. Perdana Menteri ada kalanya sekadar menentukan portfolio yang hendak diberikan. Ketua-ketua parti komponen juga akan mencadangkan nama-nama bagi kedudukan timbalan menteri, setiausaha parlimen manakala setiausaha politik pula lazimnya adalah cadangan peribadi menteri yang berkenaan. Tetapi itu adalah caranya bagaimana sistem berfungsi dan Perdana Menteri ada kalanya mengikut sahaja. Perdana Menteri bukan sahaja bertanggungjawab melantik anggota Pentadbiran yang terdiri daripada orang-orang politik, beliau juga berkuasa untuk memecat mereka tanpa memberi sebarang alasan. Ini boleh dilakukan dengan mengumumkan rombakan kabinet dan mereka yang tidak lagi dikehendaki boleh digugurkan tanpa memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu. Apabila nama tidak disebut dalam rombakan yang diadakan, menteri, timbalan menteri atau setiausaha parlimen itu secara automatik terkeluar daripada pentadbiran Perdana Menteri. Selain itu, persetujuan atau setidak-tidaknya pandangan Per­­dana Menteri juga akan diminta mengenai pelantikan pegaawai-pegawai kanan penjawat awam terutamanya bagi jawatan bertaraf ketua setiausaha kementerian-kementerian, ketua pengarah-ketua pengarah jabatan kerajaan dan sebagainya. Kuasa melantik pegawai-pegawai tinggi awam ini adalah prerogratif Ketua Setiausaha Negara atau KSN dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Awam. Tetapi bagi kedudukan-kedudukan yang dianggap sensitif terutamanya dari segi politik, pandangan Perdana Menteri akan ditinjau terlebih dahulu. Malah menteri yang bertanggungjawab lazimnya akan meminta cadangan Perdana Menteri untuk mengisi kekosongan jawatan tinggi awam itu.


Pe r d a n a M e n t e r i

221

Sekiranya parti pimpinannya berkuasa di negeri-negeri, Perdana Menteri juga bertanggungjawab menamakan Menteri Besar dan Ketua Menteri serta anggota lain Kabinet Negeri yang dikenali dengan nama Majlis Mesyuarat Negeri atau Exco Selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk menyediakan senarai muktamad mereka yang bertanding pada pilihan raya umum, baik pada peringkat Persekutuan atau negeri. Selain itu, sebagai pe足 neraju BN dan UMNO, Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mempengerusikan Majlis Tertinggi parti secara bulanan atau untuk tempoh-tempoh yang ditetapkan dari masa ke masa. Beliau juga dijemput untuk merasmikan perhimpunan-perhimpunan tahunan parti-parti komponen, selain perhimpunan partinya sendiri. Selaku Perdana Menteri, penyandang jawatan juga bertindak sebagai penasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai banyak perkara. Beliau juga mempunyai hubungan kerja dengan Majlis Raja-Raja khususnya dalam pelantikan para hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Dalam hal ini tanggungjawab Perdana Menteri adalah untuk memberi nasihat pelantikan para hakim itu selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo. Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pemerintahan darurat sekiranya keadaan memerlukan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebagai salah seorang anggota badan legislatif, Perdana Menteri juga dikehendaki untuk hadir sesi Parlimen bagi menjawab soalan atau memberi penjelasan-penjelasan tertentu. Tetapi oleh kerana beliau Perdana Menteri dan mempunyai jadual harian yang sibuk, maka ada kalanya kehadiran Perdana Menteri adalah terbatas. Selain tanggungjawab di dalam negara, Perdana Menteri mempunyai komitmen di luar negara untuk menghadiri persi-


222

M A L AY S I A

dangan-persidangan antarabangsa di mana negara mengambil bahagian yang aktif seperti di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Persidangan Negara-negara Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Perdana Menteri juga kerap melakukan lawatan ke negara-negara lain di mana Malaysia mempunyai kepentingan dalam usaha untuk merapatkan lagi hubungan dua hala, selain memperkukuhkan pasaran bagi barangan negara. Sekiranya Perdana Menteri melantik dirinya untuk menerajui kementerian-kementerian tertentu, maka kedudukan itu juga memberi beliau kuasa, peranan dan tanggungjawab tambahan. Misalnya dalam kes Tun Abdullah, selain menjadi Perdana Menteri, beliau juga memegang dua jawatan menteri yang lain – Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Menteri Kewangan memberi beliau kuasa yang luas terhadap pengurusan kewangan dan ekonomi negara. Untuk meringankan bebanan tugasnya, beliau dibantu oleh Menteri Kewangan Kedua. Selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Abdullah bukan sahaja mengawal Polis Diraja Malaysia serta beberapa agensi keselamatan yang lain. Beliau turut bertindak sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, beliau diberi kuasa untuk menahan golongan yang dianggap mengancam keselamatan negara tanpa bicara untuk tempoh-tempoh tertentu. Nyata bahawa sebagai ketua cabang eksekutif autoriti atau kuasa Perdana Menteri adalah cukup luas. Tangan Perdana Menteri bukan sekadar berada pada cabang eksekutif, tetapi turut menyentuh judisiari (sekurang-kurangnya dalam melantik para hakim) dan juga cabang legislatif negara di mana beliau adalah salah seorang anggotanya. Kuasa itu boleh dilihat dalam konteks legal dan juga konstitutional. Ia juga boleh dilihat dalam konteks kedudukannya sebagai ketua Jemaah Menteri, ketua kerajaan, penasihat Kepala Utama Negara dan atas kapasitinya sebagai


Pe r d a n a M e n t e r i

223

peneraju parti – BN dan UMNO. Kuasa itu pula tidak semua terpahat dalam bentuk hitam putih. Ada yang tidak tertulis; ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Ada juga yang berbentuk seremonial bagi menghadiri fungsi-fungsi tertentu yang memerlukan kehadiran Perdana Menteri. Rutin sibuk seorang Perdana Menteri dengan kuasa yang luar biasa besarnya itu boleh diikuti secara lebih terperinci dalam buku Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang berjudul Cabinet Governing in Malaysia. Rais khususnya dalam bab 6 buku itu menggambarkan Perdana Menteri sebagai gula yang senantiasa dikerumi orangorang yang mempunyai kepentingan untuk mendapatkan itu dan ini. Beliau sendiri berasa kagum di manakah Perdana Menteri mendapat begitu banyak tenaga dan masa untuk melayan kalangan yang inginkan cebisan kehidupan seorang Perdana Menteri. Dalam sebuah buku lain pula berjudul Freedom under Executive Power, Rais menggambarkan kedudukan supremasi eksekutif di Malaysia yang beliau anggap telah meletakkan anasir-anasir dalam kerajaan – perundangan dan kehakiman – menjadi hamba kepada eksekutif. Sekali pun tidak dinyatakan, maksud tersirat Rais di sini ialah siapa juga yang menjadi ketua kuasa eksekutif itu – dalam kes ini sebenarnya Perdana Menteri - sesungguhnya mempunyai kedudukan yang jauh lebih superior daripada dua cabang kuasa negara yang lain itu. Tulis Rais: “.. the executive is supreme by way of emergency rule, detention without trial and various arbitrary powers under a variety of statutes. Accountablity in the form of checks and balances, the ingredients of the rule of law in a democratic system are somehow not present in the Malaysian scheme of government. This is because laws have been passed without considering the need for accountability and the seperation of powers. On the contrary laws have been passed largely to enhance the power of the executive government.” Malah menurut Rais, di bawah Tun Dr. Mahathir “Parliament’s


224

M A L AY S I A

singular value has been to legitimse the wishes of the ruling majority.� Malah di dalam bukunya itu beliau memetik Aliran sebagai mengatakan “ every statement and announcement of our PM becomes the new law and procedure of our country. These laws come from verbal announcements and are made without constitutional reference.� Sekurang-kurangnya menurut Rais inilah gambarannya sewaktu pentadbiran Dr. Mahathir antara 1981 hingga 2003. Di bawah Datuk Seri Abdullah nampaknya keadaan amat berbeza. Sebagai Perdana Menteri, beliau berpegang kepada demokrasi penyertaan atau participative democracy di mana tinjauan pendapat ramai diberi ruang dalam menggubal dasar-dasar penting negara menerusi jawatankuasa-jawatankuasa terpilih Parlimen. Abdullah seolah-olah ingin mengamalkan dasar demokrasi liberal yang menurut Rais tidak wujud semasa pemerintahan Dr. Mahathir.

Pemecatan Perdana Menteri Sudah tentu satu pertanyaan yang ditimbulkan dari masa ke masa ialah selepas dilantik Perdana Menteri, bolehkah beliau dipecat? Apakah Yang di-Pertuan Agong yang diberi kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, juga diberi kuasa yang sama untuk menamatkan perkhidmatan Perdana Menteri? Jawabannya tidak ada. Yang di-Pertuan Agong hanya ada kuasa untuk memecat menteri, tetapi tidak Perdana Menteri. Perdana Menteri kekal dengan kedudukannya selagi beliau mendapat sokongan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Rakyat dan diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa menerusi pilihan raya umum. Ini dijelaskan dalam Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong


Pe r d a n a M e n t e r i

225

membubarkan Parlimen.â€? Setakat ini belum ada Perdana Menteri Malaysia yang gagal mendapat mandat untuk berkuasa pada pilihan raya atau menerima undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong juga belum pernah bertindak memecat Perdana Menteri atau memaksa Perdana Menteri meletak jawatan kerana keperluan berbuat demikian tidak ada. Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini telah berundur secara terhormat apabila merasakan sudah tiba masanya berbuat demikian dari segi politik seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman pada September 1970 dan Dr. Mahathir pada 31 Oktober 2003. Atau apabila keadaan kesihatan tidak lagi meng­ izinkan beliau meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Tun Hussein Onn tidak lama selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di London pada Julai 1981. Seorang lagi Perdana Menteri Malaysia, Tun Razak Hussein meninggal dunia sewaktu memegang jawatan itu pada 16 Januari 1976 ketika mendapat rawatan di sebuah klinik di London. Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melepaskan jawatan pada 3 April 2009 selepas gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum yang diadakan pada 2008. Beliau sebenarnya boleh kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi memutuskan untuk berundur akibat tekanan dalam parti yang dikenakan ke atasnya.


226

32 Jemaah Menteri

Jemaah Menteri atau Kabinet

adalah badan tertinggi kuasa eksekutif dalam pemerintahan negara. Secara kolektif Kabinet bukan sahaja bertanggungjawab untuk membuat dasar-dasar negara seperti yang dinyatakan oleh Tun Mohamad Suffian Hashim dalam bukunya Mengenal Perlembagaan Malaysia, tetapi juga memastikan bahawa dasardasar itu dilaksanakan. Ia juga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara, memelihara kebajikan ekonomi dan sosial rakyat, menentukan dasar-dasar luar dan menjalankan dan menyelia pengurusan dan pentadbiran umum negara. Apa juga fungsi pemerintahan yang tidak disenaraikan dalam bidang per足 undangan (legislatif) dan kehakiman (judisiari) adalah menjadi tanggungjawab kuasa eksekutif yang diwakili oleh Jemaah Menteri itu atas nama Yang di-Pertuan Agong. Kabinet akan dibantu oleh kakitangan Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan fungsi pemerintahan ini. Bagaimanapun yang bertanggungjawab kepada rakyat terhadap apa juga yang dilakukan bukan kakitangan perkhidmatan awam, tetapi orang-orang politik yang membentuk Kabinet itu. Setiap lima atau empat tahun sekali parti-parti politik yang mereka wakili untuk menubuhkan kerajaan akan berdepan


Jemaah Menteri

227

dengan pilihan raya umum. Sekiranya segala dasar-dasar yang dibuat dan dilaksanakan menguntungkan rakyat, maka mandat mereka akan diperbaharui. Sekiranya tidak pengundi mungkin memilih sebuah parti lain untuk menubuhkan kerajaan. Di negara ini, di peringkat Persekutuan, perubahan kerajaan ini belum lagi terjadi. Tetapi di peringkat negeri pernah. Ini berlaku di Kelantan (sampai sekarang diperintah oleh Pas), Terengganu yang juga pernah diperintah oleh Pas dan Sabah yang pernah dikuasai oleh Parti Bersatu Sabah atau PBS. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor juga jatuh ke tangan pembangkang.

Jemaah Menteri – asal usul Kerajaan dalam bentuk Jemaah Menteri yang kita amalkan ini bukanlah produk asli politik negara ini. Ia adalah ciptaan Inggeris yang pernah menjajah kita suatu waktu dulu. Sebelum diberi nama rasmi Kabinet, mereka yang memegang kedudukan itu digelar Privy Councillers iaitu orang-orang kepercayaan Raja yang diberi tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada monarki. Apabila Raja kehilangan kuasa dan kerajaan berparti menggantikan autoriti monarki, maka penasihat-penasihat Raja atau Ratu England itu bukan lagi terdiri daripada orang-orang kepercayaan Raja. Sebaliknya kedudukan itu dipegang oleh pemimpin-pemimpin kanan parti politik yang berkuasa. Ketua parti akan dilantik menjadi Perdana Menteri (seperti halnya di Malaysia) manakala pemimpin parti yang lain dilantik sebagai anggota Kabinet. Di England secara rasmi kewujudan Kabinet ini hanya diiktiraf secara perlembagaan pada 1937 apabila Akta Menteri Diraja diperkenalkan untuk menyatakan tugas, tanggungjawab dan imbuhan para menteri. Sebelum itu, Kabinet tidak tertulis dalam mana-mana statut di negara itu.


228

M A L AY S I A

Sistem kerajaan berkabinet ini juga ditiru oleh negara-negara lain tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza. Di Perancis, anggota Kabinet bukan sahaja terdiri daripada para menteri tetapi meliputi sekumpulan kecil orang politik dan kakitangan awam yang bertindak sebagai penasihat kepada menteri. Di Australia pula apabila Parti Buruh berkuasa, ahli-ahli Kabinet tidak dipilih oleh Perdana Menteri seperti yang diamalkan di England dan di Malaysia, tetapi dipilih oleh parti menyebabkan Perdana Menteri kehilangan satu sumber kuasa dan kuasa memberi naungan. Di Amerika Syarikat pula, walaupun Kabinet tidak disebut dalam perlembagaannya, tetapi anggota-anggotanya dilantik oleh Pre­ siden. Tetapi mereka bukan terdiri daripada orang-orang kanan politik seperti di negara kita. Mereka terdiri daripada profesional yang diberi tempat untuk membantu Presiden mengendalikan jabatan-jabatan tertentu. Pelantikan mereka ke dalam Kabinet Amerika Syarikat juga tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kongres. Bagaimanapun dalam banyak hal, Kongres – Dewan Perwakilan dan Senat – memberi kelulusan kepada calon Kabinet Presiden yang bergelar setiausaha itu.

Pembentukan Kabinet Malaysia Tanggungjawab menubuhkan Kabinet Malaysia ini adalah tugas Yang di-Pertuan Agong. Perkara 43(1) menyatakan Yang diPertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya se­bagai Kepala Utama Negara. Dalam membentuk Jemaah Menteri, Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 43(1) hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan itu. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah


Jemaah Menteri

229

melantik Menteri-Menteri lain dari antara ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen. Majlis Parlimen disini merujuk kepada ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih menerusi pilihan raya bagi mewakili kawasan-kawasan tertentu dan ahli Dewan Negara yang dilantik untuk mewakili kepentingan negeri dan Persekutuan. Perkara 43(3) menetapkan “Jemaah Menteri adalah bersesama bertanggungjawab kepada Parlimen dan perkara 43(4) pula menya­ takan “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Rakyat maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen. Kecuali Perdana Menteri, anggota-anggota Jemaah Menteri yang lain memegang jawatan masing-masing selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa. Perkara 43(6) pula memperuntukkan bahawa sebelum sese­ orang Menteri menjalankan tugas-tugasnya ia hendaklah meng­ angkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong suatu sumpah jawatan dan taat setia dan juga sumpah rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan bagi saraan ahli-ahli Jemaah Menteri akan dibuat dengan undang-undang oleh Parlimen. Bagi membantu Jemaah Menteri menjalankan tugas-tugasnya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perkara 43 (a) (b) dan (c) pula memberi peruntukan kepada pelantikan Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Parlimen dan Setiausaha-setiausaha politik. Pelantikan timbalan menteri dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri manakala pelantikan Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik adalah dalam bidang kuasa Perdana Menteri.


230

M A L AY S I A

Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen hendaklah terdiri daripada ahli salah satu Majlis Parlimen. Tugas utama timbalan-timbalan menteri adalah membantu menteri-menteri pada menjalankan kewajipan-kewajipan dan tugas mereka dan bagi maksud tersebut hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri-menteri. Tugas utama Setiausaha Parlimen pula ialah untuk membantu menteri dan timbalann menteri. Tanggungjawab khusus Setiausaha Parlimen pula adalah untuk mewakili kemen­ terian masing-masing pada persidangan Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk memberi jawapan atau penjelasan daripada perkara-perkara khusus yang dibangkitkan oleh ahli Dewan Rakyat. Sebelum memulakan tugas, timbalan-timbalan menteri hendaklah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong manakala Setiausaha Parlimen pula mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri. Seperti Setiausaha Parlimen, penyandang jawatan Setiausaha Politik juga dilantik oleh Perdana Menteri. Setiausaha Politik ini akan ditempatkan di kementerian-kementerian sebagai pembantu Menteri. Seorang Setiausaha Politik tidak semestinya mana-mana ahli Majlis Parlimen dan mereka boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa atau apabila pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri. Tugas-tugas Setiausaha Politik dan saraan mereka ditetapkan oleh Jemaah Menteri. Perlu dijelaskan bahawa timbalan-timbalan menteri, Setia­usaha Parlimen dan Setiausaha Politik tidak merupakan sebahagian daripada Kabinet. Secara kolektif mereka dianggap sebagai anggota Pentadbiran. Malah timbalan menteri tidak boleh mewakili Menteri ke mesyuarat mingguan Kabinet jika Menteri tidak ada kerana ada urusan rasmi di luar negara atau uzur. Kementerian tersebut akan diwakili oleh seorang Menteri lain pada mesyuarat Kabinet itu atas sifat mereka sebagai Pemangku Menteri.


Jemaah Menteri

231

Realiti politik pelantikan Jemaah Menteri Walaupun dari segi teori, pelantikan Jemaah Menteri adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, tetapi pada realitinya kuasa itu adalah prerogatif Perdana Menteri. Selagi Perdana Menteri tidak menamatkan kedudukan mana-mana anggota Jemaah Menteri, selagi itulah Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya. Ini terbukti dalam kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim se­ bagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, Beliau mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong itu sebagai batal dan tidak sah dan meminta mahkamah mengembalikan kedudukannya itu. Tetapi mahkamah menolak permohonan itu. Ia mengesahkan tindakan Perdana Menteri memecat menteri adalah sah. Benar pelantikan ahli Jemaah Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri. Tetapi dalam membuat pelantikan, Perdana Menteri sebenarnya tertakluk kepada beberapa faktor. Faktor paling penting ialah realiti perkongsian kuasa parti politik yang diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan seperti yang tercermin dalam Barisan Nasional (BN). Pengagihan kerusi itu turut dipengaruhi oleh faktor wilayah dan negeri bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, tetapi meliputi Sabah dan Sarawak. Satu faktor baru yang diberi pertimbangan ialah soal gender – lelaki dan wanita; umur dan juga peluang untuk generasi muda menduduki kerusi tertinggi badan pembuat dasar negara. Selain itu, Perdana Menteri juga turut memberi tempat kepada para penyokong setianya dan tokoh-tokoh yang beliau selesa bekerja. Tetapi untuk tidak dilihat mengamalkan kronisme atau pilih kasih, maka dicanangkan bahawa mereka yang diberi tempat dalam Kabinet lazimnya terdiri daripada kalangan yang boleh bekerja. Hakikat bahawa mereka rapat dengan Perdana Menteri adalah secara kebetulan sahaja. Oleh kerana perubahan


232

M A L AY S I A

kepimpinan peringkat tertinggi selama 50 tahun yang lalu melibatkan parti politik yang sama, maka aspek kesinambungan juga turut diberi pertimbangan. Sebab itu ada menteri yang sudah memberi khidmat yang lama dan ada kalanya dianggap sudah luput usia penggunaan, dikekalkan oleh Perdana Menteri yang baru mengambil alih kuasa. Mengambil kira realiti politik itu, ketua-ketua parti politik BN sudah terjamin kedudukannya di dalam Jemaah Menteri. Bagi parti politik yang besar seperti MCA, bukan sahaja ketua parti, tetapi timbalan dan naibnya turut mendapat kerusi Kabinet. Inilah kelayakan yang membolehkan Presiden MIC, Presiden Ge­ rakan menyertai Jemaah Menteri. Bagi parti politik yang ketuanya menjadi Ketua Menteri dalam kes Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Sarawak, maka salah seorang pemimpin kanan partinya diberi jawatan menteri. Bagi parti politik yang kecil seperti PPP, ketua partinya sekadar layak menjadi timbalan menteri. Barisan ketiga dan keempat parti-parti komponen pula dilantik ke jawatan timbalan menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Malah nama-nama untuk memegang jawatan itu dicadangkan oleh para pemimpin parti komponen BN. Tugas Perdana Menteri di bawah konsep perkongsian kuasa itu adalah sekadar menetapkan portfolio mereka di kementerian-kementerian tertentu. Tatkala dalam memberi tempat kepada parti-parti komponen BN, Perdana Menteri terikat dengan realiti perkongsian kuasa, tetapi dalam melantik pemimpin UMNO ke Jemaah Menteri nampaknya lebih bebas. Tetapi ada tradisi yang perlu dipatuhi oleh beliau pada waktu yang sama. Misalnya dalam melantik Timbalann Perdana Menteri – kedudukan nombor dua dalam Kabinet – calonnya kalau terdapat kekosongan pada kerusi Timbalan Presiden, biasanya adalah salah seorang Naib Presiden UMNO. Naib Presiden juga berkemungkinan besar menjadi menteri pada waktu yang sama atau berkemungkinan dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ketua-ketua sayap UMNO – Wanita


Jemaah Menteri

233

dan Pemuda khususnya – turut diberi pertimbangan ke Jemaah Menteri. Begitu juga dengan anggota-anggota Majlis Tertinggi. Bagaimanapun bakat-bakat tertentu di kalangan bukan ahli MT yang difikirkan berguna untuk berkhidmat pada peringkat tertinggi juga diberi pertimbangan. Berdasarkan faktor-faktor itu, pegawai-pegawai kanan kerajaan (termasuk Perdana Menteri sekarang) telah dibawa oleh kepimpinan parti untuk berkhidmat di dalam politik. Tokoh-tokoh akademik (Tan Sri Musa, Tan Sri Yusof Noor), korporat (Tun Daim Zainuddin), agama (Datuk Hamid Zainal Abidin), kewartawanan (Datuk Seri Zainuddin Maidin) dan sebagainya adalah antara kalangan yang diberi tempat dalam Kabinet dulu dan sekarang.

Kuasa Kabinet Di bawah konsep pengasingan kuasa negara, Jemaah Menteri me­ rupakan cabang eksekutif pemerintahan. Ini bermakna, apa juga bidang kuasa yang tidak terletak di bawah cabang perundangan dan kehakiman berada dalam genggaman kuasa eksekutif. Tetapi oleh kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen ala Westminster, maka anggota-anggota Jemaah Men­teri dan ahli pentadbiran yang lain, juga adalah sebahagian daripada badan perundangan. Oleh kerana Jemaah Menteri juga diberi tanggungjawab untuk membangunkan projek-projek pembangunan badan kehakiman, selain mengisi jawatan-jawatan dalam badan itu, maka kuasa eksekutif itu juga menjalar ke salah satu cabang kuasa negara yang sepatutnya bebas itu. Kedudukan ini memberi Kabinet autoriti eksekutif yang besar. Malah setelah membuat kajian yang teliti tentang supremasi eksekutif di Malaysia bagi ijazah kedoktorannya di King’s College London, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak ragu-ragu lagi bahawa keagungan eksekutif adalah lengkap. Apabila dibandingkan dengan kedudukan


234

M A L AY S I A

dua lagi cabang kuasa negara – perundangan dan kehakiman, kedudukan eksekutif, menurut Rais, adalah lebih superior. Beliau menganggap Parlimen dan Kehakiman mengikut apa sahaja kehendak eksekutif – sekurang-kurang pada era Tun Dr. Mahatihr sebagai Perdana Menteri. Sumber kuasa pemerintahan negara Jemaah Menteri adalah pelbagai peruntukan yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Kuasa eksekutif itu pula diuruskan dengan pengwujudan kementerian-kementerian tertentu. Kementerian ini akan diteraju oleh seorang menteri yang mewakili kementerian berkenaan ke mesyuarat Kabinet yang diadakan setiap Rabu. Di bawah kementerian-kementerian itu diletakkan jabatan-jabatan dan pelbagai agensi kerajaan yang lain untuk membantu Menteri dan Jemaah Menteri melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan untuk membangunkan negara. Jabatan dan agensi kerajaan itu pula dilengkapkan dengan kakitangan Perkhidmatan Awam yang bertugas sebagai pelaksana keputusan-keputusan dan program-program Kabinet. Program dan dasar Kabinet itu pula dibuat berdasarkan manifesto pilihan raya parti yang berkuasa. Jemaah Menteri akan menggunakan segala sumber negara yang berada di bawah kawalannya untuk memastikan bahawa janji parti itu menjadi kenyataan. Setiap tahun, Menteri Kewangan akan menyediakan bajet negara yang dirangka berdasarkan maklum balas anggota-anggota Jemaah Menteri yang lain. Di bawah bajet itu, setiap Kementerian akan diberi peruntukan untuk menjayakan program-program kerajaan bagi tahun berkenaan. Ini termasuk program pembangunan dan bukan pembangunan. Selain itu, Jemaah Menteri juga merangka program pembangunan lima tahun yang berbentuk jangka panjang. Parlimen akan dminta untuk meluluskan bajet dan rancangan lima tahun itu. Kelulusan tiada masalah diperolehi kerana Dewan Rakyat dan Dewan Negara dikuasai oleh parti yang memerintah.


Jemaah Menteri

235

Oleh kerana pemusatan kuasa eksekutif terletak dalam genggaman Jemaah Menteri yang juga menentukan imbuhan projek pembangunan untuk kawasan Parlimen, maka para penyokong kerajaan akan memberi kelulusan mutlak kepada program kerajaan itu. Mereka juga mendapat manfaat daripada pelaksanaannya secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, Kabinet selaku kuasa tertinggi eksekutif juga mempunyai kuasa whip ke atas anggota-anggota Parlimen daripada partinya. Menggunakan kuasa ini, ahli-ahli Parlimen diwajibkan untuk memberi sokongan kepada program kerajaan, sama ada mereka suka atau tidak. Mandat yang diberi oleh pengundi pada pilihan raya umum digunakan sebagai alat yang memberi Jemaah Menteri legitimasi melaksanakan program-program parti apabila berkuasa. Program parti itu pula melambangkan program pembangunan pemimpin parti yang disokong oleh Jemaah Menteri. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berperaturan, maka apa juga yang hendak dilaksanakan oleh Jemaah Menteri adalah mengikut kaedah dan cara yang sah di sisi undang-undang. Kuasa Kabinet yang lengkap itu membolehkan pihak eksekutif mempunyai autoriti ke atas rakyat supaya mematuhi segala dasar-dasar kerajaan menggunakan pelbagai akta dan peruntukan perlembagaan yang diberikan kepadanya.

Prinsip tanggungjawab bersama dan kerahsiaan Salah satu yang unik tentang cara Jemaah Menteri berfungsi ialah ia berpegang pada prinsip tanggungjawab bersama atau apa yang dipanggil sebagai collective responsibility. Apa juga keputusan dan dasar yang dibuat oleh Kabinet, anggota-anggotanya hendaklah akur dan berpegang teguh dengannya, walaupun semasa perbincangan beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu. Sebaik


236

M A L AY S I A

sahaja keputusan itu dibuat, baik secara konsensus atau dengan undi majoriti, setiap menteri dikehendaki untuk mempertahankan keputusan itu. Jika beliau tidak dapat berbuat demikian dalam erti kata meneruskan penentangan di luar Kabinet, maka pilihan yang ada kepada beliau adalah untuk melepaskan jawatannya. Seorang menteri tidak boleh mendendangkan lagu yang sumbang di luar Kabinet dan kekal di dalam Jemaah Menteri pada waktu yang sama. Malah prinsip tanggungjawab bersama ini diperluaskan kepada anggota pentadbiran yang lain – timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik. Seorang timbalan menteri, Datuk S. Sothinathan, pernah digantung jawatannya pada 2006 kerana mempertikaikan keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf ijazah perubatan daripada sebuah universiti di Russia kerana mutu pendidikan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kebetulan di universiti berkenaan terdapat ramai pelajar keturunan India. Selaku seorang pemimpin kanan MIC, Sothinathan secara terbuka mengkritik keputusan kerajaan itu di Parlimen yang beliau anggap sebagai rasis. Perdana Menteri memandang serius tindakan timbalan menteri yang secara terbuka mengkritik keputusan kerajaan itu dan membuat keputusan untuk menggantung kedudukann beliau sebagai anggota pentadbiran. Kepimpinan MIC yang sedar bahawa perbuatan Sothinathan sudah terlajak daripada prinsip tanggungjajwab bersama akur dengan keputusan penggantungan itu. Tetapi dari masa ke masa, terdapat juga perbalahan antara timbalan menteri dengan menteri-menteri tertentu. Misalnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Kiat atas sifat beliau sebagai Naib Presiden MCA, pernah mengkritik Kemennterian Pelajaran yang didakwa membiarkan rasuah dalam pembinaan sekolah Cina di Johor. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Onn yang tersinggung dengan kenyataan Ong itu meminta beliau menghentikan kritikan terhadap kementeriannya


Jemaah Menteri

237

dan meminta beliau menyalurkan kritikan menggunakan saluran yang betul. Malah dalam kes itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamad memohon maaf secara terbuka terhadap perbuatan biadap timbalannya. Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap Ong kerana secara terbuka mengkritik Kemen足 terian Pelajaran itu. Selain berpegang pada prinsip tanggungjawab bersama, Kabinet beroperasi atas prinsip kerahsiaan. Malah seluruh perbincangan Kabinet dianggap rahsia negara. Keputusan-keputusan Jemaah Menteri, kecuali yang diumumkan oleh menteri-menteri yang berkenaan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Setiap menteri, sebelum memulakan tugasnya, diwajibkan untuk mengangkat sumpah merahsiakan apa yang dibincangkan dalam Kabinet se足 perti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi hakikat itu tidak pula menghalang berlaku kebocoran yang sama ada disengajakan atau sekadar untuk menguji pendapat umum. Sesetengah pula dibocorkan untuk memalukan kerajaan oleh pihak-pihak yang kebetulan menghidu keputusan-keputusan yang dianggap sensisitif seperti keputusan Kabinet untuk menyewa sebuah kapal terbang daripada Penerbangan Malaysia Berhad bagi kegunaan Perdana Menteri. Tetapi sewaktu membocorkan rahsia keputusan itu kepada laman blog, pembocor rahsia itu menyatakan kapal terbang itu bukannya disewa, tetapi dibeli dengan harga RM200 juta. Perdana Menteri kemudian menjelaskan bahawa kapal terbang itu bukan dibeli oleh Kerajaan, tetapi disewa untuk kegunaan kerajaan. Yang akan menggunakannya bukan sahaja Perdana Menteri, tetapi Yang di-Pertuan Agong juga.


238

33 Menteri Besar dan Ketua Menteri M

alaysia ialah sebuah Perse­ kutuan yang dianggotai oleh 13 buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri itu ialah Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tiga Wilayah Persekutuan itu pula ialah Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan diketuai oleh seorang menteri – Menteri Wilayah Persekutuan yang duduk dalam Kabinet Persekutuan; sembilan buah negeri diterajui oleh Menteri Besar dan empat negeri oleh Ketua Menteri. Mereka tidak duduk dalam Jemaah Menteri Persekutuan sebaliknya menjadi bos di negeri masingmasing. Sekiranya Perdana Menteri adalah ketua cabang eksekutif Persekutuan, Menteri Besar dan Ketua Menteri pula adalah ketua eksekutif di peringkat negeri yang menjalankan kuasa pemerintahan atas nama Raja-Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Asal usul, pelantikan dan kuasa Kecuali di Johor, kedudukan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai ketua kuasa eksekutif negeri diperkenalkan serentak dengan


Menteri Besar dan Ketua Menteri

239

penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Di negeri-negeri beraja, jawatan itu dikenali sebagai Menteri Besar dan negeri-negeri tidak beraja penyandang jawatan digelar Ketua Menteri. Antara 1948 sehingga pilihan raya umum peringkat negeri yang pertama diadakan pada 1959, jawatan itu disandang secara lantikan. Pemegang jawatan terdiri bukan daripada orang-orang politik, tetapi sebaliknya pegawai-pegawai kerajaan. Pemegang jawatan juga tidak semestinya terdiri daripada anak negeri. Selaku Menteri Besar yang dilantik, beliau menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri yang kini lebih popular dengan panggilan Exco. Tetapi beliau tidak pula mempengerusikan mesyuarat Exco seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri sekarang. Mesyuarat Exco dipengerusikan oleh Raja-raja. Menteri Besar pula bertanggungjawab melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Exco itu. Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya dilantik untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Negeri menurut Perlembagaan Negeri-negeri selepas negara mencapai kemerdekaan. Di bawah peraturan baru itu, Menteri Besar dilantik oleh Sultan menggunakan budi bicara baginda manakala Ketua Menteri juga dilantik menggunakan kuasa budi bicara Yang Dipertua Negeri. Kriteria pelantikan itu ialah orang itu mestilah salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang menurut perhitungan ketua negeri itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan itu yang lain. Menteri Besar atau Ketua Menteri itu biasanya adalah ketua parti yang menang pada pilihan raya yang diadakan. Sekiranya beliau bukan ketua parti, panduan yang digunakan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri dalam melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah isyarat yang diberikan oleh ketua parti parti berkenaan di peringkat Persekutuan. Apa yang akan berlaku ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri yang baru itu akan dilantik sebagai ketua parti negerinya selepas itu. Sebaik sahaja dilantik dan mengangkat sumpah jawatan Men-


240

M A L AY S I A

teri Besar dan Ketua Menteri, tugas utama penyandang jawatan ialah untuk menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing. Mereka yang dilantik ke Jemaah Menteri negeri itu pula terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri yang lain. Di Semenanjung Malaysia, kalangan yang dilantik ke Exco negeri, tidak bergelar menteri. Di Sabah dan Sarawak, mereka bergelar menteri negeri sebagai menghormati permintaan kedua-dua negeri sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Septemer 1963. Di kedua-dua negeri, Kabinet Negeri disusun mengikut kementerian manakala di Semenanjung mengikut Majlis Mesyuarat. Menteri Besar kemudian akan menetapkan portfolio yang dijaga oleh setiap anggota Exco. Di bawah setiap Exco itu diletakkan jabatan-jabatan dan agensiagensi kerajaan tertentu lengkap dengan pegawai dan kakitangan negeri. Sebagai Menteri Besar, penyandang jawatan mempunyai kawalan ke atas semua jentera pemerintahan kerajaan negeri. Exco bertindak sebagai badan pembuat dasar tertinggi di pe足 ringkat negeri kecuali berkait dengan perkara-perkara agama yang terletak di bawah kuasa budi bicara Sultan yang juga bertindak sebagai ketua agama di negerinya. Di negeri-negeri tidak beraja, ketua agama adalah Yang di-Pertuan Agong. Sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri, penyandang jawatan juga mempunyai kuasa mutlak ke atas kuasa cabang eksekutif di negerinya sama seperti Perdana Menteri di peringkat Persekutuan. Bagaimanapun dalam membuat dasar negeri-negeri yang diperintah oleh parti yang sama di peringkat pusat, dikehendaki untuk menjalankan kuasa pemerintahan yang menggunakan nama Sultan atau Yang Dipertua Negeri selari dengan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuan. Negeri-negeri yang tidak terletak di bawah parti yang sama seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selepas pilihan raya umum 2008, mempunyai kebebasan untuk melaksanakan dasar-dasar negeri yang berbeza, asalkan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dalam memajukan negeri, Menteri Besar dan


Menteri Besar dan Ketua Menteri

241

Ketua Menteri boleh mengambil initiatif mereka sendiri asalkan apa yang dibuat menguntungkan Persekutuan. Namun apa yang mampu dibuat oleh kerajaan negeri adalah terbatas akibat peruntukan kewangan dan sumber-sumber yang lain terbatas. Dalam banyak hal, terutama negeri-negeri yang tidak banyak hasil, keupayaan memajukan negeri banyak bergantung kepada kerajaan Persekutuan. Kelebihan kerajaan negeri dalam bidang pembangunan ini ialah kawalan yang dimiliki dalam bidang tanah, sumber kayu-kayan dan sumber-sumber lain yang tersimpan di dalam perut bumi.

Penggantian jawatan Seperti kedudukan Perdana Menteri yang tidak boleh dipecat daripada kedudukannya kecuali beliau sendiri meletakkan jawatan, Menteri Besar dan Ketua Menteri juga berada pada kedudukan yang sama. Perlembagaan Negeri yang memberi ketua negeri – Sultan atau Yang Dipertua Negeri – kuasa budi bicara untuk melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri, tidak pula memperuntukkan kuasa yang sama dalam penyingkiran pemegang jawatan itu. Tetapi pandangan itu tidak lagi benar. Di Perak, apabila kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin enggan berundur setelah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri pada awal 2009 Sultan Perak memecat Menteri Besar itu. Mahkamah pula memperakukan tidakan Sultan Perak itu adalah betul. Mengikut peruntukan negeri, Menteri Besar sepatutnya meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan yang lain. Tetapi hakikatnya ialah kuasa untuk menamatkan perkhidmatan Menteri Besar atau Ketua Menteri ini dibuat oleh kepimpinan Persekutuan sekiranya parti yang memerintah negeri dan pusat adalah parti yang sama. Perubahan kepimpinan negeri ini boleh


242

M A L AY S I A

dibuat dengan menggugurkan Menteri Besar yang sedia ada apabila tiba pilihan raya umum dan menggantikan dengan yang baru selepas parti itu kembali berkuasa. Kalau perubahan terpaksa dilakukan pada pertengahan jalan oleh kerana pemegang jawatan uzur seperti halnya dengan Datuk Seri Syed Razak Zain di Kedah pada 2005 atau Menteri Besar berdepan dengan masalah-masalah peribadi seperti yang dialami oleh Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika menerajui Selangor, maka tugas mencari Menteri Besar baru itu bukan terletak pada tangan Sultan, tetapi Perdana Menteri yang juga ketua BN, atau kepada siapa juga yang diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk tugas itu. Misalnya untuk mencari pengganti Abu Hassan, Tun Dr. Mahathir, ketika itu Perdana Menteri, menyerahkan tugas itu kepada Tun Daim Zainuddin, waktu itu Menteri Kewangan dan orang kepercayaan Perdana Menteri. Tetapi ada juga Menteri Besar dan Ketua Menteri yang bermasalah dengan kepimpinan Persekutuan enggan melepaskan jawatan yang disandang. Datuk Kalong Ningkan, satu ketika Ketua Menteri Sarawak bermasalah dengan kepimpinan Persekutuan pada 1966. Isyarat diberi kepada beliau supaya berundur diri. Tetapi beliau enggan. Apabila beliau bertindak begitu, maka majoriti ahli Dewan Undangan Negeri menandatangani satu petisyen menyatakan mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan Ningkan sebagai Ketua Menteri. Petisyen oleh 21 orang daripada 42 ahli Dewan itu dikemukakan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak. Berdasarkan surat itu, Ketua Negeri memecat Ningkan dan melantik Tawi Sli sebagai Ketua Menteri yang baru. Ningkan mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri itu di mahkamah, tetapi beliau tewas. Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris juga mengalami nasib yang sama pada 1976. Kerana beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan kerana perbalahan politiknya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn dan Per-


Menteri Besar dan Ketua Menteri

243

dana Menteri sebelum itu, Tun Abdul Razak Hussein, beliau telah di足minta melepaskan jawatannya. Tetapi Harun enggan. Sebaliknya beliau menggunakan kekuatan politiknya sebagai Ketua Perge足rakan Pemuda UMNO untuk mencabar kepimpinan pusat. Hussein yang terkenal sebagai seorang yang berpegang teguh kepada keluruhan undang-undang mengusahakan usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Harun dijatuhkan dengan menggunakan usul itu. Beliau kemudian dipecat keahliannya da足 ripada UMNO menyebabkan beliau kehilangan apa juga jawatan yang tinggal di dalam parti selepas kehilangan kedudukan di dalam kerajaan sebagai Menteri Besar. Dalam kes-kes lain, keributan politik yang dialami oleh Menteri Besar bukan berpunca daripada masalah mereka dengan bos politik di Persekutuan, tetapi dengan Sultan yang telah melantik mereka ke jawatan itu. Krisis Menteri Besar dengan Sultan itu juga menyebabkan ada antara mereka yang kehilangan kedudukan. Ini dialami, antara lain, oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi pada 1977, Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat pada 1981, Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Bakar pada 1983, Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaacob antara 1988-1990. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh Menteri Besar-Menteri Besar ini ada kaitan dengan keengganan mereka untuk melayan kerenah dan permintaan ketua negeri masingmasing bagi mendapatkan tanah, kawasan balak atau peruntukan kewangan tambahan. Sebagai penyelesaian, mereka diganti dengan Menteri Besar yang baru oleh kepimpinan parti. Ada juga Menteri Besar yang kehilangan jawatan kerana kekalahan yang dialami pada peringkat negeri. Hakikat ini dialami oleh Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada Pilihan Raya Umum 1999 apabila BN negeri yang beliau ketuai tewas kepada Pas. Akibatnya, bukan sahaja beliau kehilangan jawatan, tetapi kerajaan negeri pimpinannya turut tumbang bersama dengan kekalahan partinya itu. Ketua Menteri Sabah, Tun


244

M A L AY S I A

Mustapha Harun juga mengalami nasib yang sama apabila parti USNO yang beliau pimpin tewas kepada Berjaya pada pilihan raya negeri 1976. Pengganti beliau, Datuk Harris Salleh juga menempuh nasib yang serupa apabila parti Berjaya pimpinannya tewas pada pilihan raya negeri 1986. Sejarah berulang lagi di Sabah pada 1994 apabila Datuk Joseph Pairin Kitingan, yang memimpin Parti Bersatu Sabah terpaksa melepaskan jawatannya selepas beliau kehilangan sokongan majoriti ahli parti yang berpaling tadah kepada UMNO selepas pilihan raya 1994. Adalah jelas walaupun tiada peruntukan untuk menamatkan kedudukan Menteri Besar dan Ketua Menteri, tetapi sebaik cara untuk berbuat demikian adalah menerusi pilihan raya atau berundur secara sukarela dengan melepaskan jawatan yang di­ sandang apabila diminta berbuat demikian oleh ketua parti. Kalau berdegil juga, Menteri Besar atau Ketua Menteri yang berkenaan hendaklah bersedia untuk disingkirkan melalui cara yang diizinkan oleh Perlembagaan Negeri – menumbangkan mereka melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.


245

34 Dewan Undangan Negeri

Sekiranya di peringkat Perseku-

tuan, badan perundangan dikenali sebagai Parlimen, di peringkat negeri, badan yang sama dipanggil Dewan Undangan Negeri atau DUN. Terdapat 13 buah DUN di negara ini – sebuah bagi setiap negeri. Bilangan keanggotaan antara satu DUN dengan DUN yang lain juga berbeza. Saiz sesebuah negeri nampaknya menentukan jumlah kerusi bagi sesebuah DUN. Sarawak, sebagai negeri terbesar dalam Persekutuan, mempunyai kerusi paling banyak iaitu 71. Negeri terkecil Perlis mempunyai 15 kerusi DUN. Bilangan kerusi DUN bagi sebelas negeri yang lain adalah seperti berikut: Kedah –36 kerusi, Kelantan 45, Terengganu 32, Pulau Pinang 40, Perak 59, Pahang 42, Selangor 58, Negeri Sembilan 36, Melaka 28, Johor 56, Sabah 60. Setiap kerusi DUN terletak dalam satu kawasan Parlimen. Ada kawasan Parlimen yang mempunyai 5 kerusi seperti yang terdapat di Perlis. Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu secara purata menempatkan 4 kerusi DUN bagi setiap satu kawasan Parlimen; Kelantan, Pahang, Pulau Pinang tiga kerusi negeri bagi satu kerusi Parlimen manakala Perak, Selangor, Johor dan Sabah purata dua kerusi negeri bagi satu kawasan Parlimen.


246

M A L AY S I A

Sekiranya di pusat, badan perundangan mempunyai dua majlis – Dewan Negara dan Dewan Rakyat, di negeri hanya terdapat satu dewan majlis. Keahlian DUN dipilih sepenuhnya untuk mewakili kawasan-kawasan tertentu yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pemilihan pertama diadakan pada Pilihan Raya Umum 1959. Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak pula dipilih selepas Negara itu merdeka di dalam Malaysia. Badan perundangan negeri mempunyai sejarah yang lebih lama berbanding dewan perundangan Persekutuan. Dewan seumpama itu telah diwujudkan di Negeri-negeri Selat dan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sebagai institusi yang digunakan oleh Inggeris untuk menghalalkan penggubalan sesuatu peraturan. Bagaimanapun keahlian dewan itu sebelum merdeka adalah dilantik. Di negeri-negeri Melayu, pengerusi dewan itu adalah Raja-Raja yang dari segi undang-undang adalah pembuat undang-undang yang sebenar. Tanpa perkenan Sultan, rang undang-undang tidak akan menjadi undang-undang. Dalam DUN pos-merdeka, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal sebagai sebahagian daripada DUN walaupun secara rasmi mereka tidak duduk dalam DUN. Peranan utama Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri ialah untuk memanggil supaya DUN bermesyuarat, memberhenti dan membubarkannya. Mereka hanya hadir pada masa-masa yang khas atau istimewa sahaja seperti ketika pembukaan penggal baru persidangan dan memberi perkenan kepada rang undang-undang menjadi enakmen. Raja atau Yang Dipertua Negeri tidak boleh membiarkan jarak enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang seterusnya. Persidangan dewan dipengerusikan oleh Yang Dipertua dan dalam ketiadaan beliau, Timbalan Yang Dipertua akan menjalankan tugas itu. Yang Dipertua DUN tidak semestinya seorang ahli Dewan.


Dewan Undangan Negeri

247

Bidang tugas dan keistimewaan Seperti Parlimen, DUN mempunyai tiga fungsi utama – membuat undang-undang, meluluskan perbelanjaan kerajaan negeri dan menyediakan forum bagi pertanggungjawaban kerajaan terhadap pengundi. Bagaimanapun bidang tugas DUN dalam membuat undang-undang terbatas kepada senarai negeri dan senarai bersama seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Senarai negeri merujuk kepada perkara seperti Hukum Syarak, tanah, pertanian, perhutanan dan perlombongan. Senarai bersama meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar dan burung liar. Perkara-perkara lain yang tidak disenaraikan dalam senarai negeri, senarai bersama dan senarai Persekutuan juga termasuk dalam bidang kuasa badan perundangan negeri. Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan keistimewaan kepada Dewan Undangan Negeri, menyamai apa yang diberikan kepada Parlimen. Ini termasuklah sahnya apaapa perjalanan dalam mana-mana DUN tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah; tidak seorangpun boleh dikena dakwa dalam apa-apa pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa juga yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan DUN bagi mana-mana negeri atau mana-mana jawatankuasa mengenainya dan tidak seorangpun boleh dikena dakwa mengenai apa-apa pembicaraan dalam mana-mana mahkamah tentang apaapa juga yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana bidang perundangan negeri.

Kelayakan dan hilang kelayakan menjadi ahli Kelayakan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah serupa seperti menjadi ahli Dewan Rakyat iaitu terbuka kepada


248

M A L AY S I A

setiap warganegara yang berusia 21 tahun dan bermastautin di negeri berkenaan. Kriteria yang sama digunapakai untuk menentukan sama ada seseorang ADUN itu hilang kelayakan sebagai anggota Dewan. Ini termasuklah apabila dia diisytiharkan tidak sempurna akal; jatuh bankrap; memegang pendapatan bulanan; sabit kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang dari RM2,000.00 dan tidak mendapat ampun. Jika ADUN itu secara sengaja memperolehi kewarganegaraan suatu negeri asing atau telah dengan sengaja menggunakan hak-hak kewarganegaraan di mana-mana di luar Persekutuan atau telah membuat sesuatu akuan taat setia kepada mana-mana negara di luar Malaysia, dia juga hilang kelayakan menjadi ahli.


249

35 Badan Kehakiman

Badan kehakiman atau judisiari

sering dianggap sebagai kuasa ketiga di bawah doktrin peng­ asingan kuasa dalam sebuah negara demokrasi. Demokrasi pula dikaitkan dengan peraturan, undang-undang dan kaedah. Masyarakat demokratik pula hidup dengan nilai-nilai tertentu. Dr. Abdul Aziz Bari, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa mengenal pasti bahawa nilai-nilai itu termasuklah: kebebasan peribadi, keluhuran undang-undang, keperlembagaan atau constitutionalism, kerajaan yang terhad dan sebagainya. Bagi memastikan bahawa nilai-nilai tidak dicabul dan terus dihormati, sebuah badan yang kuat dan bebas untuk melindungi perlu di­wujudkan dalam masyarakat. Badan itu ialah institusi kehakiman yang diwujudkan untuk memenuhi dua fungsi – umum dan spesifik. Peranan umum judisiari adalah untuk menjadi penyemak dan pengimbang dua lagi kuasa negara – eksekutif dan perundangan atau legislatif. Secara spesifik badan kehakiman melakukan tugas bukan sahaja sebagai penegak keadilan untuk menyelesaikan pertikaian di antara warganegara. Badan kehakiman juga menjadi pengadil dalam pertikaian antara warganegara dengan pelbagai


250

M A L AY S I A

organ negara, antara Negeri dengan Persekutuan atau di antara negeri-negeri. Dalam menjalan tugas dan tanggungjawab ini, judisiari boleh menyemak dan membuat kata putus sama ada sesuatu undang-undang itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan; ia juga boleh menilai sama ada tindakan-tindakan kuasa eksekutif dan legislatif adalah betul atau sebaliknya.

Evolusi badan kehakiman negara Badan kehakiman dalam bentuk yang ada sekarang adalah ciptaan Perlembagaan Persekutuan 1957. Tetapi sebagai sebuah institusi penegak keadilan, mahkamah sudah wujud lama sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, bermula dengan penguasaan ke atas Pulau Pinang pada 1786. Sistem kehakiman untuk mentadbir undang-undang Islam dan adat Melayu ini bermula sejak era Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain selepas kejatuhan empayar Melaka meneruskan tradisi kehakiman itu dengan Sultan sebagai pemegang kuasa mutlak kuasa kehakiman itu. Selain itu, jawatan-jawatan kadi diwujudkan untuk mengurus pertikaian berkait dengan hukum syarak. Kedatangan Inggeris ke Pulau Pinang telah membawa bersama sistem kehakiman yang kemudian dipakai di negeri-negeri Melayu yang diduduki kecuali dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Hakim pertama yang dilantik oleh pihak berkuasa Inggeris ialah Sir Edmond Stanly pada 1808. Jawatan rasmi beliau dikenali sebagai Recorder of the Court of Judicature of Prince of Wales Island (Penang). Pada 1826, bidang kuasa mahkamah itu dilebarkan ke dua negeri selat yang lain – Melaka dan Singapura. Ini bermakna, undang-undang Inggeris secara rasmi telah dilaksanakan di tiga buah negeri Selat itu oleh suatu Piagam Diraja. Apabila pihak Inggeris menduduki negeri-negeri Melayu yang lain, sistem kehakiman yang sama dikuatkuasakan. Para


Badan Kehakiman

251

hakim dilantik untuk menjadi penyelesai pertikaian – kecuali dalam bidang agama. Pada 1905, sebuah mahkamah agung untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Kehakiman. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, sebuah badan kehakiman pusat seumpama itu tidak ada, tetapi pegawai-pegawai kolonial dilantik untuk menjalankan tugas-tugas kehakiman bagi menggantikan pihak berkuasa kehakiman pribumi. Apabila Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946, sebuah autoriti kehakiman ditubuhkan untuk meliputi seluruh Tanah Melayu. Mahkamah Agung ditubuhkan sebagai institusi kehakiman tertinggi diketuai oleh seorang Ketua Hakim. Selain mahkamah majistret, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi juga diwujudkan. Institusi-institusi ini kekal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Setahun sebelum Tanah Melayu merdeka iaitu pada 1956, Civil Law Act diperkenalkan yang mengesahkan penerimaan undang-undang Inggeris bagi seluruh Tanah Melayu. Struktur badan kehakiman yang diinstitusikan sewaktu pemerintahan Malayan Union dan dikekalkan di bawah pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, kekal menjadi institusi badan kehakiman yang diterima pakai sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Sumber autoriti dan kuasa badan kehakiman Tanah Melayu, kemudian Malaysia yang merdeka itu adalah Perkara-perkara 121 hingga 131A Perlembagaan itu. Walaupun dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan itu, beberapa pindaan dibuat terhadap badan kehakiman negara, tetapi hierarki kehakiman pada asas kekal seperti asalnya sewaktu negara merdeka. Apa yang berlaku hanyalah perubahan nama pada mahkamah tertinggi negara. Antara 1957 hingga 1984, ia dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan. Sepanjang tempoh itu juga, mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dibenarkan membuat rayuan ke Mahkamah Privy di London. Bagaimanapun


252

M A L AY S I A

mulai 1 Januari 1985, keputusan dibuat oleh Parlimen untuk menamatkan kes rayuan ke sebuah mahkamah yang dianggap asing itu. Sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, badan kehakiman Malaysia wajar menjadi pemutus muktamad terhadap apa juga pertikaian baik sesama individu, atau antara individu dengan Persekutuan dan Negeri; atau di antara Persekutuan dan negeri atau sesama negeri-negeri. Mahkamah Agung diwujudkan untuk bertindak sebagai mahkamah tertinggi negara. Bagaimanapun pada 1994 pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan Mahkamah Agung. Pindaan itu mewujudkan semula Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara, diketuai oleh seorang Ketua Hakim Negara. Pindaan 1994 itu tidak pula menyentuh entiti Mahkamah Rayuan – institusi kehakiman kedua tertinggi. Status Mahkamah Tinggi untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak juga kekal. Dua institusi kehakiman yang lebih rendah iaitu Mahkamah Tengah pula diberi nama Mahkamah Sesyen manakala Mahkamah Rendah pula menjadi Mahkamah Majistret. Ini bermakna, dari segi hierarki institusi kehakiman negara boleh dikategorikan kepada lima peringkat – Mahkamah Majistret (paling rendah), Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan (paling tinggi). Bagaimanapun di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan dua mahkamah yang rendah itu tidak disebut. Fungsi dan peranan kedua-duanya di­ takrifkan oleh Perkhidmatan Undang-undang Kehakiman. Selain mahkamah sivil, negara juga mempunyai mahkamah syariah yang ditubuhkan khusus untuk membicarakan kes-kes yang berkait dengan hukum syarak. Pada mulanya kedudukan mahkamah syariah ini dianggap lebih rendah berbanding institusi kehakiman sivil. Mahkamah sivil dianggap mempunyai kuasa ke atas mahkamah syariah. Untuk menjelaskan kedudukan perkara itu, Parlimen telah meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Fasal 1A menjelaskan bahawa mahkamah-mahkamah yang


Badan Kehakiman

253

disebut dalam Fasal 1 Perkara 121 yang bertindak sebagai kuasa kehakiman bagi Persekutuan “tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.”

Kuasa badan kehakiman Para pengkaji undang-undang perlembagaan setuju bahawa sumber utama kuasa kehakiman bagi Persekutuan ialah Perkara 121 Perlembagaan Negara. Perkara 121 (a) dan (b) menyatakan: “Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang selaras bidang kuasa dan tarafnya iaitu satu di negeri-negeri Tanah Melayu yang dinamakan Mahkamah Tinggi di Malaya yang mempunyai ibu pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur dan satu di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, yang dinamakan Mahkamah Tinggi di Sabah dan di Sarawak dan yang mempunyai ibu pejabat pendaftarannya di mana-mana tempat di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, se­ bagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.” Perkara 121 itu juga turut membenarkan penubuhan “mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan; dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.” Bagaimanapun kuasa kehakiman bagi Persekutuan itu tidak meliputi bidang kuasa mahkamah Syariah. Selain diwujudkan Mahkamah Tinggi, Perkara 121 juga mewujudkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ibu pejabat kedua-dua mahkamah itu ditetapkan di Kuala Lumpur sebelumya dan kini di Putrajaya, Pusat Pentadbiran Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan ditetapkan oleh Perkara 121B iaitu “untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan-


254

M A L AY S I A

keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh dirayu kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang Persekutuan) dan apa-apa bidang kuasa lain sebagaimana yang diberikan melalui atau di bawah undang-undang Persekutuan.” Mahkamah Persekutuan, selaku mahkamah tertinggi negara, diberikan oleh Perlembagaan tiga bidang kuasa utama menurut Perkara 121 (2) (a) (b) (c). Pertama untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya. Kedua, untuk menasihat se­bagaimana dinyatakan dalam Perkara 128 dan 130. Ketiga, apaapa bidang kuasa lain sebagaimana diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.

Keanggotaan Mahkamah Keanggotaan tiga mahkamah tertinggi negara – Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi – ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan masing-masing mengikut Perkara 122, 122A, 122B, 122C dan 122D. Kelayakan menjadi hakim pula ditentukan oleh Perkara 123 yang menyatakan “seseorang adalah berkelayakan dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah Rayuan dan sebagai hakim Mahkamah Tinggi jika ia adalah seorang warganegara dan dalam masa sepuluh tahun sebelum pelantikannya ia telah menjadi peguam bagi mahkamah-mahkamah itu ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Persekutuan atau perkhidmatan undang-undang sesuatu Negeri; atau pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Persekutuan.” Keanggotaan Mahkamah Persekutuan seperti yang ditetapkan oleh Perkara 122 (1) hendaklah mengandungi seorang Yang


Badan Kehakiman

255

Dipertua Mahkamah Agung (yang digelarkan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan, sehingga selainnya diperuntukkan dengan perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, tujuh orang hakim lain dan beberapa orang hakim tambahan, juga dengan perintah Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Perkara 122(2) pula membolehkan “seorang hakim Mahkamah Rayuan selain daripada Presiden Mahkamah Rayuan, boleh bersidang sebagai seorang hakim Mahkamah Persekutuan jika pada pendapat Ketua Hakim Negara, kepentingan-kepentingan keadilan memerlukan sedemikian bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara. Keanggotaan Mahkamah Rayuan pula hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi yang digelar Presiden Mahkamah Rayuan dan sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, sepuluh hakim lain. Seorang hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Presiden Mahkamah Rayuan selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu. Keanggotaan Mahkamah Tinggi pula ditentukan oleh Perkara 122AA seperti berikut: Setiap Mahkamah Tinggi hendaklah terdiri daripada seorang Hakim Besar dan tidak kurang daripada empat orang hakim yang lain, tetapi bilangan hakim yang lain itu tidaklah boleh sehingga diperuntukkan selainnya melalui pe­ rintah oleh Yang diPertuan Agong melebihi empat puluh orang di Mahkamah Tinggi di Malaya dan sepuluh di Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Selain itu, Perkara 122AB membolehkan pelantikan pe­ suruh­jaya kehakiman untuk “menyegerakan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.”


256

M A L AY S I A

Pelantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Orang yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman juga “hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi. Dia juga menikmati kekebalan-kekebalan yang sama seolah-olah dia adalah seorang hakim Mahkamah Tinggi.

Pelantikan dan pemecatan hakim Para hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi termasuk ketua ketiga-tiga mahkamah itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Prinsip umum pe­ lantikan hakim ini dinyatakan oleh Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebelum memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam melantik seorang hakim Mahkamah Persekutuan, (selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan) Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Hakim Negara. Jika pelantikan hakim itu adalah untuk Mahkamah Rayuan, selain Presiden Mahkamah Rayuan, maka Perdana Menteri hendak meminta fikiran Presiden Mahkamah Rayuan. Jika pelantikan hakim itu adalah untuk Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Hakim Besar bagi tiap-tiap satu Mahkamah Tinggi. Jika pelantikan itu adalah bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Menteri bagi tiap-tiap satu negeri Sabah dan Sarawak. Sebaik sahaja dilantik para hakim dijamin kedudukan yang selamat. Gaji mereka dibayar menggunakan wang dalam Kumpulanwang yang disatukan. Ganjaran yang dinikmati semasa memegang jawatan dan selepas bersara pada usia 66 tahun, tidak


Badan Kehakiman

257

boleh diubah kalau membawa kerugian terhadap mereka. Tingkah laku seorang hakim juga tidak boleh diperkatakan secara terbuka kecuali di dalam Parlimen. Itupun sekiranya satu per empat ahli-ahli Dewan Rakyat mahu berbuat demikian. Bagaimanapun seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa sahaja dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 125 Fasal 2. Bagaimanapun sekiranya terdapat keperluan untuk memecat seorang hakim, Perlembagaan Persekutuan membenarkannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan menurut Perkara 125 Fasal 3 Perlembagaan. Menurut peruntukan itu “Jika Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa se­ seorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat oleh kerana apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3A) atau atas alasan oleh kerana ia tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak atau apa-apa sebab lain, menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan menunjukkan rayuan itu kepadanya; dan atas syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat hakim itu daripada jawatan. Perkara 125 (4) menetapkan bahawa “tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima orang yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau, jika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong pelantikan mustahak bagi tribunal itu, orang-orang yang memegang atau telah memegang jawatan yang setaraf di mana-mana bahagian Komonwel yang lain dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang pertama mengikut susunan yang berikut iaitu Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan


258

M A L AY S I A

dan Hakim-Hakim Besar mengikut keutamaan antara mereka sendiri dan ahli-ahli lain mengikut tarikh pelantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli.� Dalam sejarah badan kehakiman negara ini, dua tribunal untuk memecat hakim ini pernah ditubuhkan pada 1988. Tribunal pertama ditubuhkan untuk membicarakan Ketua Hakim Negara waktu itu, Tun Mohd Salleh Abas atas tuduhan gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai peneraju badan kehakiman. Tribunal itu mendapati beliau bersalah dan beliau dipecat daripada kedudukannya. Tribunal kedua pula ditubuhkan untuk membicarakan tingkah laku lima orang hakim lain yang bersidang untuk menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh Salleh kepada Mahkamah Agung yang dikatakan tidak mengikut kaedah. Salleh pada mulanya memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya menghalang tribunal itu meneruskan prosidingnya atas alasan ia tidak mengikut Perlembagaan. Hakim yang mendengar kes beliau itu, Ajaib Singh, tidak dapat memberikan keputusannya pada hari itu. Selepas gagal mendapat keputusan di Mahkamah Tinggi Salleh meminta Mahkamah Agung menimbang permohonannya. Lima orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan membenarkan Salleh menghalang tribunal itu daripada meneruskan perbicaraan kesnya. Dua daripada hakim Mahkamah Agung itu juga didapati bersalah dan seperti Salleh, mereka dipecat daripada kedudukannya. Selepas pemecatan tiga orang hakim itu, perbahasan menyusul mengenai keupayaan badan kehakinan bertindak bebas daripada kongkongan kuasa eksekutif pemerintahan negara.


259

36 Pemerintahan Darurat – Mageran K ata orang, langit tidak selalu

cerah. Panas juga ada kalanya tidak sampai ke petang. Inilah yang terjadi pada pemerintahan demokrasi berparlimen Malaysia selepas pilihan raya umum pada 10 Mei 1969. Keamanan dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka, terganggu bila berlaku pergaduhan kaum pada 13 Mei. Panas yang dijangka berpanjangan sampai ke petang, ditamatkan oleh hujan di tengah hari. Pemerintahan demokrasi tidak dapat diteruskan selepas pilihan raya itu selesai. Keadaan menjadi huru hara. Orang Melayu dan bukan Melayu berbunuh-bunuhan di kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain di luar ibu negara. Bangunan di kawasan-kawasan sensitif di Jalan Chow Kit, pusat pertemuan massa kelas bawahan Melayu dan bukan Melayu dibakar. Kenderaan turut dijilat api. Kecurian berlaku. Keadaan menjadi anarki. Pemerintahan biasa tidak dapat mengawal keadaan. Menginsafi bahawa keadaan boleh menjadi buruk, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan keadaan darurat pada 15 Mei 1969 atas alasan keselamatan negeri terancam. Pemilihan Parlimen yang baru sahaja selesai di Semenanjung digantung.


260

M A L AY S I A

Pilihan raya Parlimen di Sabah dan Sarawak yang masih belum selesai ditangguhkan. Majlis Gerakan Negara, atau lebih popular dengan nama Mageran ditubuhkan untuk mengambil alih kuasa eksekutif.

Mageran – institusi pemerintahan darurat Peruntukan mengisytiharkan keadaan darurat memang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merdeka. Perkara 150(1) memberi kerajaan kuasa-kuasa yang luas untuk menguatkuasakan pemerintahan darurat jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa keadaan darurat yang ada adalah membahayakan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Inilah yang dilakukan oleh kerajaan dua hari selepas pergaduhan kaum itu tercetus. Pengisytiharan itu yang dibuat berdasarkan Ordinan No. 1 Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat sebarang rang undang-undang yang dianggap perlu untuk memulihkan keselamatan awam, mempertahankan Malaysia, mengekalkan ketenteraman awam dan memulihkan perkhidmatan dan bekalan yang perlu dalam kehidupan masyarakat. Menggunakan kuasa di bawah ordinan kuasa darurat itu, Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk menyerahkan kuasa-kuasa eksekutif kepada Majlis Gerakan Negara atau Mageran khususnya kepada Pengarah Operasinya. Pengarah Operasi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menerajui Mageran itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Selaku Pengarah, beliau dibantu oleh seorang ketua pegawai eksekutif dan beliau juga dikehendaki untuk melaksanakan kuasa-kuasa luas yang diberi dengan nasihat Perdana Menteri. Sembilan orang dilantik untuk menganggotai Mageran,


Pe m e r i n t a h a n D a r u ra t – M a g e ra n

261

termasuk ketua-ketua polis dan tentera yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan keputusan-keputusan Mageran untuk mengawal keadaan dengan cepat. Struktur kuasa yang sama di peringkat Persekutuan, juga ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah masing-masing dikenali sebagai Majlis Operasi Negeri dan Majlis Operasi Daerah. Pemerhati-pemerhati politik sependapat bahawa walaupun Jemaah Menteri kekal wujud seiring dengan Mageran semasa pemerintahan darurat itu, tetapi yang sebenarnya berkuasa adalah Mageran dan Pengarah Operasinya. Malah ada yang mengatakan, Tun Razak mempunyai kuasa seorang diktator kerana kuasa yang diberikan kepadanya bukan sahaja untuk menangani keadaan darurat dalaman. Kuasa beliau juga mencakupi semua aspek kerajaan, termasuk dasar luar. Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia juga berada di bawah kawalan beliau. Malah ada yang berpendapat, Tun Razak tidak perlu mendengar nasihat Perdana Menteri mengikut ordinan darurat itu. Tetapi oleh kerana beliau tidak mempunyai agenda peribadi untuk merampas kuasa, maka beliau masih berunding dengan Tunku Abdul Rahman dalam menjalankan kuasa-kuasa daruratnya. Tambahan pula, anggota-anggota lain Mageran adalah anggota-anggota kanan kabinet yang autoriti mereka diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas tertentu. Tetapi ada juga yang melihat bahawa pemberian kuasa mutlak untuk mentadbir negara di bawah Mageran adalah sesuatu yang positif untuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman yang kepimpinannya memang dikritik oleh golongan radikal Melayu kerana gagal melaksanakan hak dan kedudukan istimewa Melayu dalam kontrak sosial merdeka yang didakwa menjadi punca pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969, boleh kekal sebagai Perdana Menteri tanpa meletakkan jawatan. Pada waktu yang sama, Tun Razak berada pada kedudukan yang baik untuk menyelamatkan negara tanpa kelihatan bertelingkah dengan bosnya. Apa yang berlaku itu dilihat sebagai satu peralihan kuasa yang licin daripada Perdana


262

M A L AY S I A

Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri. Ini berlaku pada 22 September 1970. Tugas utama Tun Razak selaku Pengarah Operasi untuk mengembalikan keamanan, ketenteraman dan kestabilan negara berjaya dilakukan dengan pantas. Perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan serta merta. Sebaik sahaja keadaan berjaya dikawal, Mageran mengalihkan tumpuannya kepada aspek-aspek lain berkerajaan untuk memupuk semangat setia kawan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Menjelang pertengahan Julai 1969, Mageran mengeluarkan arahan bagi mendayausahakan penubuhan Jawatankuasa Muhibah Negara yang dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman. Jawatankuasa yang sama diwujudkan di peringkat negeri dan daerah. Tidak lama selepas itu, Tunku Abdul Rahman memulakan kunjungan ke negeri-negeri untuk menjayakan program muhibah jawatankuasa itu. Menjelang Ogos 1969, keadaan menjadi lebih aman dan tenteram. Untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi menyelesaikan masalah kaum dan pemupukan perpaduan, Mageran menubuhkan Majlis Perundingan Negara pada Oktober 1969. Keanggotaannya terdiri daripada tokoh pelbagai bidang – politik, ekonomi, profesional, agama dan kumpulan-kumpulan lain. Tugas Majlis itu, seperti yang dijelaskan oleh Tun Razak ialah “untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan nasional secara terbuka dan berterus terang. Dengan cara ini diharapkan dapat dicapai suatu persefahaman dan persetujuan tentang isu-isu nasional ini yang akan menjamin masa depan keamanan, keselamatan dan perpaduan negara kita dan bahawa tragedy 13 Mei tidak berulang.â€? Antara tindakan segera ialah untuk mengukuhkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang dianggap sensitif yang menyebabkan pergaduhan kaum berlaku dengan melarang ia dibincang secara terbuka. Peruntukan itu ialah kese­ luruhan Bahagian 3 Perlembagaan dan Perkara-perkara 71, 152,


Pe m e r i n t a h a n D a r u ra t – M a g e ra n

263

153 dan 159 tentang kewarganegaraan, hak Persekutuan terhadap perlembagaan-perlembagaan negara dan kuasa budi bicara RajaRaja; kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa rasmi tunggal negeri ini; tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa Melayu dan kepentingankepentingan sah komuniti lain. Dalam hal kedudukan Raja-Raja dan kedudukan istimewa Melayu, pindaan terhadapnya tidak boleh dibuat oleh Parlimen kecuali setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Mageran juga menangani masalah kemiskinan dan ketidak­ seimbangan ekonomi antara Melayu dengan bukan Melayu. Kegagalan kerajaan sebelum itu melaksanakan hak istimewa orang Melayu juga turut diperkatakan. Dasar-dasar khusus telah dicadangkan untuk pelaksanaan. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sebuah ideologi nasional yang dikenali sebagai Rukun Negara juga dicipta semasa pemerintahan darurat di bawah Ma­geran. Apabila keadaan kembali normal sepenuhnya, pemerintahan darurat ditamatkan dengan menghapuskan Ordinan No. 2 oleh Ordinan No. 77. Struktur pentadbiran pemerintahan darurat dalam bentuk Mageran, juga dibatalkan. Tetapi pengisytiharan darurat 1969 tidak pula dibatalkan dan undang-undang darurat yang digubal ketika itu kekal sampai sekarang.


264

37 Kerajaan Sementara

S ebaik sahaja Dewan Rakyat

dibubarkan bagi memberi laluan kepada rakyat memilih sebuah kerajaan baru menerusi pilihan raya umum yang menyusul selepas pembubaran badan perundangan itu, kerajaan yang ada sebenar足n ya sudah kehilangan legitimasi untuk memerintah. Mengikut demokrasi, kuasa untuk memerintah memerlukan mandat popular yang diperolehi untuk tempoh-tempoh tertentu. Dalam konteks Malaysia, mandat itu datangnya daripada Parlimen. Parti yang menguasai Parlimen, dalam kes ini Dewan Rakyat, akan membentuk kerajaan. Sebaik sahaja mandat itu berakhir dengan pembubaran Parlimen, maka legitimasi untuk memerintah juga berakhir. Bagaimanapun oleh kerana Malaysia meminjam demokrasi Westminster di England, maka kerajaan yang sepatutnya dibubarkan itu dikekalkan sebagai kerajaan sementara atau caretaker government untuk menguruskan hal ehwal pentabiran negara buat sementara waktu. Di United Kingdom konsep dan kedudukan sebuah kerajaan sementara memang sudah difahami. Di sana, kerajaan sementara selepas Parlimen dibubarkan dan sehingga keputusan pilihan raya umum diketahui, sebenarnya


Kerajaan Sementara

265

tidak mempunyai kuasa. Tiada dasar besar yang boleh didaya足 usahakan oleh Jemaah Menteri. Ia kekal di situ sebagai memenuhi keperluan perlembagaan sementara menunggu sama ada mandat kerajaan sedia ada diperbaharui atau rakyat memilih sebuah parti lain sebagai kerajaan baru untuk mengambil alih kuasa. Kalau mandatnya diperbaharui, maka kerajaan lama itu akan terus berkuasa. Jika pengundi memilih untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru, maka berlakulah peralihan kuasa secara licin dan teratur. Di negara ini, Perlembagaan Persekutuan secara khusus tidak menyediakan peruntukan tentang kewujudan kerajaan sementara ini sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan sehingga keputusan pilihan raya umum diketahui. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara itu juga tentulah tidak di足 senaraikan. Tetapi Dr. Abdul Aziz Bari, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa berhujah Perkara 43(2) secara tidak langsung ada menyentuh tentang status kerajaan sementara itu. Tetapi seperti di United Kingdom, bolehlah kita andaikan bahawa kerajaan sementara di negara ini juga mempunyai kuasa yang amat terbatas. Ia sekadar mengisi kekosongan sementara penubuhan sebuah kerajaan baru. Bolehkah kerajaan sementara itu mengisytiharkan darurat yang secara langsung menggantung peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan? Di United Kingdom jawapannya tidak boleh. Tetapi di Malaysia, seperti yang diamati oleh Dr. Aziz, pihak mahkamah pernah membuat keputusan yang mengatakan kerajaan sementara mempunyai autoriti untuk meletakkan Malaysia di bawah pemerintahan darurat. Walaupun selepas pemerintahan darurat antara 1969 hingga 1970, belum ada lagi kerajaan sementara yang bertindak keterlaluan dengan mengisytiharkan darurat, tetapi Dr. Aziz bimbang dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu. Bagi beliau, kerajaan sementara tidak patut diberi autoriti untuk


266

M A L AY S I A

bertindak melebihi tugasnya untuk menjalankan kerja-kerja rutin sementara menunggu sebuah kerajaan baru mengambil alih. Menurut beliau lagi, sebuah kerajaan sementara tidak harus membuat keputusan-keputusan utama atau besar. Kerajaan sementara juga, kata beliau lagi, tidak patut menggunakan kemudahan-kemudahan yang boleh diakses olehnya sementara kempen pilihan raya berlangsung. Sehingga ini rasanya kerajaan sementara yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara belum lagi membuat keputusan-keputusan besar atau utama atas sifatnya sebagai kerajaan sementara kecuali barangkali memanfaatkan kemudahan-kemudahan negara untuk kempen. Kebimbangan Dr. Aziz itu belum lagi terjadi. Tetapi barangkali sebagai usaha untuk mereformasi kerajaan, elok juga diwujudkan peruntukan-peruntukan yang sesuai dan jelas mengenai peranan kerajaan sementara di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya peruntukan untuk mentadbirkan negara sewaktu zaman kecemasan boleh diadakan, tiada sebab mengapa peruntukan yang sama untuk menjelaskan keterbatasan sebuah kerajaan sementara, tidak boleh digubal. Dengan peruntukan yang jelas, apa juga kekeliruan yang menghantui kalangan-kalangan tertentu tentang kedudukan kerajaan sementara akan dapat dilenyapkan buat selama-lamanya.


267

38 Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus pilihan raya Persekutuan dan Negeri di negara ini. Keanggotaan Suruhanjaya itu yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tiga orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Rajaraja menurut Perkara 114 (1) Perlembagaan Negara. Dalam membuat pelantikan itu, Perkara 114 (2), Yang di-Pertuan Agong hendaklah memberi keutamaan kepada usaha menjadikan SPR sebuah institusi yang “mendapat kepercayaan awam.” Atas sebab itu, sebaik sahaja dilantik ahli-ahli SPR diberi kedudukan yang sama taraf dengan hakim Mahkamah Persekutuan. Mereka tidak boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti hakim Mahkamah Persekutuan. Ini termasuklah jika mereka “seorang bankrap yang belum dilepaskan; mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji di luar tugas jawatannya; atau adalah seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Negeri.” Perkara 114 (4A) pula menetapkan pengerusi SPR akan hilang kelayakan memegang jawatan jika “selepas tiga bulan dari


268

M A L AY S I A

lantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia adalah atau menjadi seorang anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan atau seorang pegawai atau pekerja atau melibatkan diri dalam hal ehwal urusan, sesuatu pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau sebaliknya atau sesuatu pengurusan perdagangan, perindustrian atau lainlain pengusahaan, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.” Bagaimanapun sekiranya penglibatan itu adalah dalam “pertubuhan atau badan kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagian daripadanya, atau apaapa kerja atau tujuan lain yang berupa khairat atau sosial dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung dan feadah daripadanya” maka pengerusi SPR itu tidak hilang kelayakan. Seperti para hakim, ahli-ahli SPR terhenti khidmat mereka setelah mencapai usia 66 tahun. Bagaimanapun pada bilabila masa seperti yang ditetapkan oleh Perkara 114 (3) mereka boleh meletakkan jawatan dengan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan bagi membiayai saraan hidup ahli-ahli SPR bukan datangnya daripada bajet tahunan kerajaan, tetapi daripada Kumpulanwang Disatukan. Selain mengurus perjalanan pilihan raya – pilihan raya umum dan pilihan raya kecil – SPR juga bertanggungjawab menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih; mengkaji persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi tempoh tidak kurang daripada lapan tahun sekali. Jika Parlimen memutuskan bahawa ahli-ahli Dewan Negara, yang sekarang dilantik, patut dipilih terus oleh para pengundi, Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan kuasa itu kepada SPR di bawah Perkara 120. Sebagai sebuah organisasi, SPR tidak mempunyai petugas yang ramai. Ini kerana kerja-kerja menjayakan sesuatu pilihan raya biasanya dibuat dengan bantuan kakitangan Perkhidmatan


Suruhanjaya Pilihan Raya

269

Awam yang lain. Perkara 115 (2) memberi kuasa kepada SPR untuk meminta pihak berkuasa awam “memberi apa-apa bantuan yang boleh kepada Suruhanjaya dalam melaksanakan kewajipankewajipannya.” Dalam tugas-tugasnya bagi membuat syor-syor untuk persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya, SPR hendaklah meminta nasihat daripada dua orang pegawai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pengetahuan topografi dan taburan penduduk. Bagi maksud itu, kedua-dua pegawai itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Mengamati kerja-kerja persempadanan yang dilakukan oleh SPR selama ini, seorang profesor undang-undang, Andrew Harding, mendapati bahawa ada empat prinsip yang nampaknya menjadi panduan – kongruensi, pentadbiran, imbangan luar bandar dan bandar dan status quo. Kongruensi menetapkan bahawa persempadanan kawasan Parlimen tidak akan melanggar sempadan negeri; persempadanan kerusi negeri pula tidak melanggar sempadan negeri yang lain. Prinsip pentadbiran pula digunakan untuk memastikan bahawa persempadanan itu tidak mengabaikan kemudahan-kemudahan mendaftar pengundi atau pengundian. Imbangan luar Bandar dan bandar pula bertujuan untuk menjamin, penduduk luar bandar diwakili secukupnya di Dewan Rakyat. Menggunakan prinsip ini, sesetengah kerusi luar bandar dengan bilangan pengundi yang kecil diwujudkan sedang­kan ada kerusi bandar memiliki bilangan pemilih berdaftar yang ramai. Oleh kerana dalam demokrasi mengundi adalah satu hak, maka SPR senantiasa mengambil usaha untuk memudahkan warganegara yang mencapai usia 21 tahun – usia layak menjadi pengundi – untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. SPR menempatkan pegawai-pegawainya di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar raya-pasar raya. Jika perlu, pendaftaran rumah ke rumah juga dilakukan. Malah, pemilih juga boleh mendaftar secara talian


270

M A L AY S I A

atau menyemak status mereka sebagai pemilih menggunakan internet. Tetapi setelah berdaftar sebagai pemilih, terpulang kepada mereka sama ada mahu melaksanakan tanggungjawab demokrasi yang diberikan oleh Perlembagaan Negara atau sebaliknya apabila tiba pilihan raya diadakan. Di negara ini, tidak seperti di beberapa buah negara lain, mengundi tidak diwajibkan. Lantaran itu, kalau seorang pemilih tidak mengundi, tiada tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka. Malah kalau parti-parti politik memulaukan pilihan raya seperti yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang pada pilihan raya kecil Batu Talam, Raub Pahang pada 28 Januari 2007 apabila mereka enggan mengemukakan calon, tidak ada apa yang boleh dibuat oleh SPR. Tiada kuasa per­undangan yang boleh diambil oleh SPR terhadap mereka. SPR sekadar boleh merayu badan-badan politik itu supaya jangan memulaukan pilihan raya itu. Sekiranya pihak-pihak yang bertanding pada pilihan raya tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya atau cara pilihan raya itu diadakan, pihak berkenaan tidak boleh mengheret SPR ke mahkamah. Mereka boleh membuat petisyen untuk mengisytiharkan pilihan raya itu batal dan tidak sah kepada sebuah mahkamah pilihan raya. Keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang mengendalikan sesuatu petisyen pilihan raya adalah muktamad. Rayuan tidak boleh dibuat kepada mahkamah yang lebih tinggi – Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan kedudukan ini dalam penghakiman yang dibuat terhadap beberapa pihak yang cuba membawa keputusan mahkamah pilihan raya ke mahkamah itu. Dalam kes-kes Yong Teck Lee, Wee Chee Keong, Abdul Fatah Haji Harun yang membawa kes masing-masing ke Mahkamah Persekutuan, penghakiman dibuat bahawa Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tiada diberi kuasa untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi berkait petisyen pilihan raya.


Suruhanjaya Pilihan Raya

271

Sudah tentulah pertanyaan yang ditimbulkan dari masa ke masa ialah sejauh manakah SPR telah menjadi badan yang mendapat kepercayaan awam dalam menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini? Apakah pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR selama ini boleh dianggap bebas dan adil? Atau SPR tunduk kepada kehendak kerajaan? Jawapan kepada soalan-soalan itu banyak bergantung kepada pihak mana pertanyaan itu diajukan. Bagi pihak kerajaan, ia tidak ragu-ragu bahawa pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Hakikat bahawa ada parti pembangkang memenangi kerusikerusi tertentu dan berjaya menawan Kelantan, pernah berkuasa di Terengganu dan Sabah dijadikan bukti bahawa pilihan raya yang diadakan adalah padang yang rata untuk semua. Partiparti pembangkang tentulah mendakwa sebaliknya – pilihan raya di negara ini adalah berat sebelah kerana kerajaan dibenarkan menggunakan jentera-jentera pemerintah dalam kempen-kempen yang diadakan. Di kalangan ahli-ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan yang memerhati pilihan raya kita dari masa ke masa, mereka juga tidak sekata dalam soal ini. Sekumpulan pakar Komonwel yang mengamati Pilihan Raya Umum 1990 membuat kesimpulan bahawa pilihan raya itu adalah bebas dan adil, tetapi ia mempersoalkan akses yang diberi oleh media dalam liputan mereka kepada pihak pembangkang. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, Election Watch, pula berpendapat pilihan raya di negara ini adalah bebas, tetapi tidak adil dalam erti kata parti-parti kerajaan dibenarkan menggunakan jentera yang mereka miliki untuk berkempen. Keengganan media untuk memberi liputan yang sewajarnya kepada pembangkang juga dianggap berlaku kempen-kempen yang tidak seimbang. Mereka juga mendakwa bahawa proses persempadanan kawasan pilihan raya sering menyebelahi parti-parti yang berkuasa. Begitu juga dengan waktu pilihan raya umum itu diadakan yang ditentukan oleh kerajaan.


272

M A L AY S I A

Lazimnya waktu yang dipilih ialah sewaktu ekonomi berkembang baik dan parti-parti pembangkang berada pada kedudukan yang lemah. Terdapat juga dakwaan bahawa proses penamaan calon, pengundian serta pengiraan undi dilakukan secara berat sebelah dan tidak cekap. Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari pula berpendapat, keadaan sudah menjadi terlalu teknikal dan tidak harmoni dengan demokrasi. Bagi beliau, kewujudan terlalu banyak akta bagi mengendalikan pilihan raya membangkitkan persoalan sama ada pilihan raya telah berlangsung secara adil, bebas dan saksama. Beliau juga berpendapat kewujudan sebuah badan kehakiman yang bebas, sebuah badan yang jujur, cekap dan tidak berpihak dalam mengendalikan pilihan raya, sistem parti yang maju yang boleh menawarkan alternatif kepada pengundi dan kemampuan orang-orang politik untuk menerima peraturan permainan pilihan raya adalah prasyarat penting bagi perjalanan sebuah pilihan raya yang bebas daripada gangguan eksekutif.


273

39 Perkhidmatan Awam

K erajaan Malaysia adalah ma-

jikan terbesar di negara ini. Angka-angka terbaru (awal 2007) menunjukkan ia kini menggaji 1.2 juta orang untuk berkhidmat dalam pelbagai kapasiti – daripada budak pejabat dan buruh kasar membawalah kepada ketua pengarah – ketua pengarah dan ketua setiausaha – ketua setiausaha. Jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam itu ialah Ketua Setiausaha Negara yang juga bertindak sebagai Setiausaha Jemaah Menteri, di samping mempengerusikan begitu banyak jawatankuasa dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Tersepit di antara jawatan tertinggi dengan kedudukan terendah dalam sektor awam itu ialah ratusan ribu petugas lain – ada yang bertaraf profesional, ada yang menjadi pentadbir, pegawai diplomatik dan sebagainya. 600,000 daripada 1.2 juta penjawat awam itu adalah pekerja perkhidmatan sokongan yang melaksanakan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan – Persekutuan, Negeri dan pihak berkuasa tempatan – perlu menggaji begitu banyak pekerja kerana ia merupakan penyedia perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Perkhidmatan yang diberikan itu pelbagai ragam. Ada yang berbentuk pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana


274

M A L AY S I A

(membina jalan raya, jambatan); ada yang berbentuk sosial se足perti menyediakan pendidikan, khidmat kesihatan, perumahan dan kebajikan. Ada juga perkhidmatan ekonomi. Pendek kata dari kita dilahirkan sampailah kita pulang ke alam baqa, kita tidak dapat lari daripada menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Sebaik sahaja kita lahir, kita diperlukan untuk mempunyai surat beranak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Bila kita genap usia tujuh tahun, kita diwajibkan mendapatkan pendidikan yang disediakan oleh negara sehinggalah sekurang-kurangnya ke Tingkatan Lima. Sebahagiannya pula akan ke Tingkatan Enam dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi awam bertaraf universiti yang jumlahnya 24 buah itu. Kalau kita sakit, kebanyakan kita akan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan. Walaupun ada antara kita akan mendapatkan rawatan perubatan swasta, tetapi kebanyakan kita menggunakan perkhidmatan kesihatan kerajaan yang secara relatif adalah lebih murah. Selain itu kita boleh tidur lena kerana perkhidmatan keselamatan yang disediakan oleh kerajaan adalah baik. Angkatan tentera memastikan wilayah yang kita diami tidak diceroboh oleh pihak musuh. Anggota polis pula memastikan terdapat ketenteraman awam di dalam negara ini. Sebagai sebuah kerajaan yang berorientasikan kebajikan dan kepentingan rakyat, kerajaan merancang pelbagai program pembangunan untuk warganya. Melaksanakan projek pembangunan ini memerlukan petugas, bermula daripada peringkat perancangan membawalah kepada pelaksanaan apa yang dirancang itu. Bagi melaksanakan apa yang dirancang itu, dari sekecil-kecilnya hinggalah kepada benda-benda yang besar, kerajaan memerlukan pelaksana. Maka diwujudkan perkhidmatan awam yang secara kolektif adalah jentera yang akan menterjemahkan apa juga keputusan kerajaan menjadi kenyataan. Sekiranya Jemaah Menteri dan anggota-anggota pentadbiran yang lain digolongkan sebagai pembuat dasar, kakitangan perkhidmatan awam ini adalah pelak-


P e r k h i d m a t a n Aw a m

275

sana dalam sistem penyampaian kerajaan. Gaji mereka dibayar menggunakan wang rakyat iaitu kutipan cukai yang dibayar, baik secara langsung dalam bentuk cukai pendapatan, cukai tanah, cukai taksiran dan secara tidak langsung yang dikenakan kepada kita apabila kita membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan berbilion ringgit untuk membiayai pembayaran imbuhan kepada kakitangan awam ini, selain berbilion ringgit lagi untuk projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh petugas perkhidmatan awam itu. Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan jumlah wang yang bukan sedikit untuk membayar pencen kepada kakitangan awam yang bersara setelah mencapai usia persaraan wajib 58 tahun. Apakah yang sebenarnya ditakrifkan sebagai perkhidmatan awam ini?

Perkhidmatan Awam – definisi Perlembagaan Persekutuan Sekiranya anda menyangka bahawa perkhidmatan awam Malaysia tidak meliputi mereka yang berkhidmat dalam pasukan polis dan angkatan tentera, sangkaan itu sebenarnya silap. Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan perkhidmatan awam meliputi: angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan udang-undang, perkhidmatan awam Persekutuan, pasukan polis, perkhidmatan awam bersama Persekutuan dan negeri, perkhidmatan awam satu-satu negeri dan perkhidmatan pelajaran. Bagaimanapun ada beberapa kedudukan yang tidak dikategorikan dalam perkhidmatan awam. Ia meliputi: jawatan mana-mana anggota pentadbiran dalam Persekutuan atau dalam sesuatu negeri; jawatan Yang Dipertuan Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat atau manamana Majlis Parlimen atau ahli sesuatu Dewan Negeri; jawatan


276

M A L AY S I A

hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi; jawatan ahli mana-mana suruhanjaya atau majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Negeri; apa-apa jawatan diplomat sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang diPertuan Agong; Peguam Negara dan penasihat undang-undang negeri; seorang kakitangan peribadi bagi Yang di-Pertuan Agong atau bagi seorang Raja atau Yang Dipertua Negeri. Di Pulau Pinang dan Melaka, kedudukan Yang Dipertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam; setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Mufti, Kadi Besar atau Kadi juga tidak termasuk dalam perkhidmatan awam. Lima buah Suruhanjaya Perkhidmatan telah ditubuhkan oleh Perlembagaan bagi setiap perkhidmatan awam yang disenaraikan di atas. Majlis Angkatan Tentera ditubuhkan mengikut Perkara 137. Ia dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan keanggotaannya pula terdiri daripada seorang wakil Duli-duli Yang Maha Mulia Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja; Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; seorang sivilian iaitu orang-orang yang menjalankan kewajipankewajipan jawatan Setiausaha Pertahanan yang bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera dan dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong; seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan dua orang ahli tambahan jika ada, sama ada anggota tentera atau sivilian, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang pula ditubuhkan oleh Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan. Ia dianggotai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang akan menjadi Pengerusi. Anggota-anggota lain terdiri daripada Peguam Negara, seorang dan beberapa orang ahli lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan


P e r k h i d m a t a n Aw a m

277

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, dari antara orangorang yang menjadi atau telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi atau yang menjadi hakim Mahkamah Besar sebelum 16 September 1963. Orang yang menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam secara automatik dilantik menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undangundang. Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatannya di peringkat Persekutuan; perkhidmatan awam bagi Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang dan anggota-anggota perkhidmatan awam bagi mana-mana negeri lain yang diperuntukkan oleh Fasal 2 Perkara yang sama. Secara lebih spesifik Fasal 1A Perkara 138 menyenaraikan tiga bidang kuasa lain bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ia juga bertanggungjawab terhadap anggota-anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang diambil bekerja dalam sesuatu jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak; anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan ke perkhidmatan awam Persekutuan dan anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang berkhidmat dengan jawatan-jawatan persekutuan atau dalam mana-mana jawatan persekutuan atau dalam manamana jawatan yang dijadikan jawatan persekutuan di negeri itu dan yang telah membuat pilihan untuk menjadi anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan. Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada empat orang anggota atau jumlah maksimumnya tidak boleh melebihi 30 orang. Mereka yang dilantik bagi menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah terdiri daripada “orang-orang yang menjadi anggota mana-mana Perkhidmatan


278

M A L AY S I A

Awam atau yang telah pernah menjadi anggota Perkhidmatan Awam pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh mereka mula dilantik.â€? Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas ber­ unding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya Pasukan Polis pula bertanggungjawab terhadap anggota pasukan polis. Ditubuhkan menurut Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahlinya mengandungi: seorang pengerusi iaitu Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab mengenai polis; pegawai polis yang memerintah seluruh pasukan polis; orang yang menjalankan kewajipan jawatan setiausaha kementerian di bawah menteri yang pada masa itu bertanggungjawab mengenai polis; seorang ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak lebih daripada enam orang ahli lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ditubuhkan mengikut Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan. Anggota-anggota­nya pula terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada empat anggota lain, dengan jumlah maksimumnya tidak melebihi lapan orang. Penyandang jawatan dalam suruhanjaya itu juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, menggunakan budi bicaranya, selepas menimbang nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Walaupun tugas dan tanggungjawab terperinci setiap suruhanjaya perkhidmatan itu tidak dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi secara amnya seperti yang dinyatakan oleh Perkara 144 setiap satu suruhanjaya bertanggungjawab me­ lantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas kakitangan yang menganggotai perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.


P e r k h i d m a t a n Aw a m

279

Siapa juga warganegara yang layak boleh dilantik untuk menganggotai perkhidmatan awam, baik secara tetap atau kontrak. Dari segi teori, mereka boleh memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan. Di negeri-negeri pula mereka menyandang jawatan itu selagi diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Keberkesanan sistem penyampaian penting – mengapa? Perkhidmatan awam sebenarnya berkhidmat untuk rakyat. Gaji serta pelbagai ganjaran dan imbuhan yang dinikmati oleh mereka dibayar oleh rakyat melalui kutipan cukai. Rakyat memilih kerajaan setiap lima tahun sekali menerusi pilihan raya untuk memilih kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan itu. Jentera pelaksana perkhidmatan-perkhidmatan itu seperti menjaga keamanan, keselamatan, kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, perundangan dan kehakiman dan banyak lagi adalah perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai birokrasi. Perkhidmatan yang diberikan itu hendaklah cekap, berkesan, telus dan bebas daripada amalan-amalan rasuah dan korup. Perkhidmatan awamlah yang akan menentukan sama ada sistem penyampaian sektor awam berkesan atau sebaliknya. Dibandingkan dengan tahun-tahun awal kemerdekaan, per­ khidmatan awam Malaysia sudah banyak berubah. Sikap be­kerja mereka ada kala sama baiknya dengan pihak swasta. Banyak ke­renah birokrasi yang sudah ditiadakan menyebabkan perkhid­ matan yang ingin diperolehi oleh rakyat seperti mendapatkan Mykad, pasport, surat beranak kini adalah lebih pantas berbanding dulu. Tetapi kerajaan tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dicapai. Usaha berterusan dibuat untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebuah jentera pelaksana yang


280

M A L AY S I A

cekap dan berkesan terutama dalam sistem penyampaiannya. Kerajaan berazam untuk mewujudkan sebuah birokrasi yang bebas daripada rasuah dan berintegriti. Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, beliau me­lancarkan kempen bersih, cekap dan amanah. Di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menekankan kepada pembangunan modal insan untuk melahirkan anggota perkhidmatan yang berintegriti dan bencikan rasuah. Beliau juga berusaha untuk menghapuskan red tape atau kerenah birokrasi yang secara sengaja melambatlambatkan permohonan untuk mendapatkan pelbagai lesen, permit untuk memulakan perniagaan. Sebuah badan penasihat yang terdiri daripada tokoh-tokoh sektor awam dan swasta telah dibentuk untuk membuat cadangan bagi mencadangkan reformasi selanjut dalam sektor awam. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pula mengetuai satu pasukan petugas dalaman, yang dikenali sebagai Pemudah, untuk mengemukakan syor-syor untuk menghapuskan apa juga kerenah birokrasi yang masih ada. Tetapi sudah tentulah kerja untuk mengubah mentaliti dan mindset perkhidmatan awam tidak mudah. Sempena tiga tahun pentadbiran Abdullah pada 31 Oktober 2006, satu seminar anjuran Universiti Sains Malaysia dimaklumkan bahawa sistem penyampaian kerajaan masih tidak banyak berubah berbanding sewaktu Perdana Menteri memulakan tugasnya. Malah Pengerusi Bernama, Datuk Mohamad Anuar Zaini yang diakui umum sebagai penasihat rapat Abdullah tidak menyembunyikan kekecewaan beliau dengan keadaan yang berlaku. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa rasuah di kalangan perkhidmatan awam masih berleluasa didorong oleh dua faktor – pendapatan yang tidak memadai untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat akibat kenaikan harga (antaranya minyak, tol) dan ketamakan sesetengah penjawat awam untuk membuat kekayaan segera. Rasuah jenis kedua itu dikatakan berlaku di kalangan


P e r k h i d m a t a n Aw a m

281

pegawai-pegawai tinggi kerajaan, menggunakan autoriti yang ada mereka meluluskan projek bagi mendapatkan habuan. Rasuah terpaksa kerana pendapatan yang tidak mencukupi berlaku di kalangan anggota penguatkuasa pangkat rendah dalam pasukan polis, kastam, penguatkuasa pihak tempatan. Anuar Zaini turut menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang pegawai pangkat rendah yang bekerja dengan seorang menteri pergi bercuti di luar negara dengan penerbangan kelas pertama. Bagaimanapun tidak boleh dinafikan bahawa bukan semua anggota perkhidmatan awam terlibat dengan rasuah dan amalanamalan korup serta penyalahgunaan kuasa yang lain. Benar bilangan yang didakwa atas pelbagai tuduhan makan suap atau menyalahgunakan kuasa meningkat dari masa ke masa. Menatap akhbar setiap hari, kita akan mendapati kebenaran perkara itu. Tetapi dalam senario itu, sebenarnya masih ada anggota per足 khidmatan awam yang bersih dan berkhidmat dengan jujur serta mempunyai integriti yang tinggi. Lantaran itu, hanya kerana seekor dua kerbau membawa lumpur, janganlah pula yang lain turut dipalitkan sama dengan nilai-nilai korup dalam perkhidmatan awam. Abdullah sendiri dan pengganti beliau, Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah banyak kali berjanji bahawa beliau akan meneruskan perang terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa di sektor awam dan swasta. Pegawai-pegawai tinggi kerajaan, termasuk anggota Jemaah Menterinya, yang didapati terlibat dengan kemungkaran rasuah, tidak akan dilindungi. Ada menteri yang sudah didakwa manakala ratusan malah ribuan ka足kitangan kerajaan telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.


282

40 Kerajaan Tempatan

Selain kerajaan-kerajaan Perse-

kutuan dan Negeri, terdapat satu lagi bentuk pemerintahan di negara ini – kerajaan tempatan. Lebih popular dengan nama Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, ia adalah sebuah organisasi awam yang bidang kuasanya adalah untuk mentadbir dasar-dasar awam yang terbatas pada peringkat akar umbi lazimnya mengikut daerah yang terdapat di sesebuah negeri. Tanggungjawab utama kerajaan tempatan ini adalah untuk mengurus kemudahan-kemudahan awam yang terdapat dalam kawasan jagaannya. Bidang kuasanya juga dihadkan oleh kuasa negeri. Majlis kerajaan tempatan juga tiada kuasa untuk membuat undang-undang.

Asal usul kerajaan tempatan Tidak seperti kerajaan Persekutuan dan Negeri, kerajaan tempatan ini tidak ditubuhkan menerusi pilihan raya. Keahlian majlis pihak berkuasa tempatan ini – baik yang bertaraf bandaraya, perbandaran atau daerah – dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri di mana kerajaan tempatan itu beroperasi. Legitimasi melantik ini diberi oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan


K e r a j a a n Te m p a t a n

283

pilihan raya bagi kerajaan tempatan. Suatu waktu dulu ketika negara berada pada zaman penjajahan, kerajaan-kerajaan tempatan yang bertanggungjawab menjaga bandar-bandar utama negara ini sebenarnya dipilih melalui undi popular. Pilihan raya diperkenalkan oleh Inggeris sebagai percubaan awal untuk mendedahkan rakyat negara ini dengan amalan demokrasi. Pengundian ini bermula di George Town, Pulau Pinang pada Disember 1951, diikuti dengan pemilihan Perbandaran Kuala Lumpur pada 7 Januari 1952. Pemilihan di Kuala Lumpur itu dirancang sebagai yang pertama. Ia sepatutnya diadakan pada lebih dulu daripada George Town, tetapi ditangguhkan kepda Januari 1952 berikutan pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, Sir Henry Gurney pada November 1951. Sepanjang 1952 itu, pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan di Johor Bharu, Batu Pahat, Muar dan Melaka. Sepanjang 1953 Seremban, Alor Star, Sungai Petani, Kota Bharu, Segamat dan Kluang memilih kerajaan tempatan masingmasing. Kesempatan memberi pengundi memilih kerajaan tempatan itu berterusan sehinggalah ke 1965. Berikutan konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia, kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menggantung pilihan raya tempatan menerusi Peraturan Darurat. Walaupun sebuah Suruhanjaya Diraja yang dilantik untuk membuat cadangan tentang kerajaan tempatan mengesyorkan supaya pihak berkuasa tempatan dipilih menerusi pilihan raya, kerajaan membuat keputusan sebaliknya. Selepas terjadinya tragedi berdarah 13 Mei 1969, kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk menghapuskan sama sekali pilihan raya kerajaan tempatan. Kuasa untuk melantik pihak berkuasa tempatan diserahkan kepada kerajaan-kerajaan Negeri. Rasional bagi keputusan itu ialah kerajaan tempatan berkemungkinan menjadi forum kegiatan politik yang tidak perlu yang boleh mencetuskan rusuhan-rusuhan


284

M A L AY S I A

kaum. Oleh kerana hampir semua kerajaan negeri dikuasai oleh parti kerajaan, maka ahli-ahli yang dilantik ke majlis pihak berkuasa tempatan terdiri daripada para penyokong kerajaan. Parti-parti pembangkang tidak mempunyai perwakilan kecuali di negeri yang dikuasai oleh pembangkang seperti di Kelantan dan Terengganu satu waktu dulu. Peneraju pihak berkuasa tempatan bukan terdiri daripada orang-orang politik, tetapi pegawaipegawai tinggi kerajaan. Untuk menyelaraskan kegiatan kerajaan tempatan itu, sebuah Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan dibentuk.

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ini telah ditubuhkan oleh Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan pada 1960. Dipengerusikan oleh seorang menteri Persekutuan, majlis ini mengandungi seorang wakil dari tiap-tiap satu negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan beberapa orang wakil bagi kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh kerajaan pusat. Tetapi bilangan wakil kerajaan Persekutuan itu tidak boleh melebihi daripada sepuluh. Kebiasaannya Majlis Negara bagi Kerajaan Persekutuan ini akan dipengerusikan sama ada oleh Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pula mewakili negeri masing-masing. Sebagai pengerusi, menteri Persekutuan itu bukan sahaja boleh mengundi mengenai apa-apa soal ketika bermesyuarat. Beliau juga mempunyai undi pemutus. Perlembagaan juga memberi kuasa kepada pengerusi untuk memanggil beberapa mesyuarat yang difikirkan perlu. Sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun.


K e r a j a a n Te m p a t a n

285

Fungsi utama Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, se­ perti yang dihuraikan Fasal 5 Perkara 95A itu adalah untuk “membentuk dari semasa ke semasa suatu dasar negara untuk menggalak, memajukan dan mengawal kerajaan tempatan di seluruh Persekutuan dan untuk mentadbirkan apa-apa undang-undang mengenainya.” Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengikut dasar yang dibentuk itu. Dalam menentukan undang-undang kerajaan tempatan itu, komunikasi dua hala diwujudkan oleh Perlembagaan antara kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. Ini dinyatakan dalam Fasal 6 Perkara 95A Perlembagaan itu seperti berikut: “Menjadi kewajipan bagi kerajaan Persekutuan dan kerajaan mana-mana negeri berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan berkenaan apa-apa undang-undang yang dicadangkan mengenai kerajaan tempatan dan adalah menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan menasihatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mana-mana perkara itu.” Fasal 7 Perkara yang sama pula menghuraikan bahawa “kerajaan Persekutuan atau kerajaan mana-mana negeri boleh berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan berkenaan apaapa perkara lain berhubungan dengan kerajaan tempatan dan adalah menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan menasihatkan kerajaan itu berkenaan mana-mana perkara itu.”

Tiga kelas kerajaan tempatan Di negara ini terdapat tiga darjat pihak berkuasa tempatan. Pertama bertaraf bandar raya, kedua, majlis perbandaran dan ketiga majlis daerah. Kedudukan kelas ini bergantung kepada kepadatan penduduk dan juga hasil yang diperolehi oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan. Sekiranya penghuni yang mendiami kawasan


286

M A L AY S I A

yang dijaga oleh kerajaan tempatan berkenaan melebihi 500,000 orang dan hasil cukainya pula tinggi, maka kawasan berkenaan layak menjadi bandar raya. Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia adalah bandar pertama yang mendapat pengiktirafan itu pada 1972. Sebahagian besar ibu negeri juga kini bertaraf bandar raya. Malah Kuching, ibu negeri Sarawak diurus oleh dua majlis bandar raya – Majlis Bandar Raya Kuching Selatan dan Majlis Bandar Raya Kuching Utara. Melaka bukan sahaja sebuah bandar raya, tetapi secara rasmi dikenali sebagai bandar raya bersejarah. Ada juga negeri yang mempunyai dua bandar raya. Di Selangor selain ibu negerinya Shah Alam bertaraf bandar raya, sebuah lagi bandar utama di negeri itu, Petaling Jaya, juga mendapat status itu. Pentadbir utama Majlis Bandar Raya ini ialah Datuk Bandar. Penyandang jawatannya terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Darjat kedua kerajaan tempatan ialah majlis perbandaran. Boleh dikatakan sebahagian besar pihak berkuasa tempatan di negara ini berada dalam kategori majlis perbandaran. Malah ada ibu negeri yang masih lagi berada dalam kelas majlis perbandaran ini. Ini termasuklah Seremban, Kuantan, Terengganu, Alor Star dan Kota Bharu. Ketua pentadbir majlis perbandaran ini dipanggil Yang Dipertua atau Presiden. Kawasan jagaannya adalah lebih kecil berbanding bandar raya. Begitu juga dengan jumlah penduduknya. Darjat paling rendah pihak berkuasa tempatan ialah majlis daerah. Biasanya pihak berkuasa tempatan jenis ini dari segi pembangunan masih bertahap luar bandar dengan kemudahankemudahan asas yang amat terbatas. Orang yang menerajui majlis daerah ini juga dikenali sebagai Yang Dipertua. Dia merupakan seorang pegawai kerajaan yang tidak begitu kanan dari segi gred tangga gaji. Walaupun darjat pihak berkuasa tempatan – bandar raya, perbandaran atau majlis daerah tetapi dari segi bidang tugas,


K e r a j a a n Te m p a t a n

287

tanggungjawab mereka sebagai organisasi awam akar umbi adalah sama. Pada asasnya mereka adalah pentadbir kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, perparitan, pengutipan sampah, menjaga kebersihan dan lain-lain di kawasan jagaan masingmasing. Pihak berkuasa tempatan juga adalah autoriti yang melesenkan pelbagai premis perniagaan di kawasan mereka. Tidak ada premis perniagaan boleh beroperasi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran majlis tempatan termasuk kalangan yang menjalankan perniagaan di gerai. Sekurang-kurangnya dari segi teori itulah hakikat walaupun dalam amalan perniagaan haram biasanya berleluasa dalam kawasan kerajaan tempatan. Pihak berkuasa tempatan juga bertanggungjawab terhadap pel­bagai aspek perancangan. Selain gran yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri, sumber utama pendapatan kerajaan tempatan adalah cukai taksiran dan bayaran pelbagai lesen.

Masa depan – perlukah dipilih semula? Kritikan utama yang dilemparkan terhadap kerajaan tempatan lazimnya ada kaitan dengan kecekapannya memberikan pelbagai perkhidmatan kepada para pelanggannya yang terdiri daripada mereka yang mendiami kawasan yang mereka tadbirkan. Ru­ ngutan rasa tidak puas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberikan itu dapat kita ikuti dalam halaman surat pembaca akhbar-akhbar arus perdana. Rungutan mereka juga boleh kita ikuti dalam siaran-siaran berita media elektronik – radio dan televisyen. Kebanyakan rungutan itu berkait dengan pengurusan sampah dan penjagaan kebersihan yang tidak cekap dan penyediaan kemudahan-kemudahan awam yang kurang memuaskan atau kewujudan begitu banyak premis perniagaan haram yang tidak diperlukan seperti kewujudan rumah urut yang terlalu


288

M A L AY S I A

banyak di Selangor. Kritikan-kritikan ini tidak begitu sukar untuk diselesaikan. Apa yang perlu dilakukan ialah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kerajaan tempatan. Harapan rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan yang baik meningkat dan pihak berkuasa tempatan juga perlu mengubah mindset mereka untuk memenuhi harapan itu. Selain itu ada juga cadangan supaya bidang kuasa kerajaan tempatan diperluaskan untuk meliputi perkhidmatan sosial yang lain menyamai apa yang terdapat di United Kingdom. Ini termasuk memberi pihak berkuasa itu tanggungjawab menyediakan perumahan awam, pendidikan dan kepolisian serta pelbagai program kebajikan. Malah ada yang mahu kerajaan tempatan diberi tanggungjawab untuk menggubal undang-undang kecil khusus untuk kawasan yang berada di bawah kawalannya bagi memenuhi keperluan spesifik yang mungkin tidak ada pada pihak berkuasa tempatan yang lain. Kritikan kedua yang tiada kaitan dengan perkhidmatan yang diberikan ialah status pihak berkuasa tempatan itu sendiri yang dianggap sebagai organisasi awam yang tidak demokratik. Ini kerana keanggotaan majlis kerajaan tempatan itu tidak dipilih oleh pengundi setempat. Lantaran itu, timbul soal akauntabaliti para pentadbirnya. Oleh kerana mereka tidak dipertanggung足 jawabkan terhadap undian rakyat, maka kalangan yang menerajui pihak berkuasa tempatan kerap dituduh tidak sensitif dengan apa yang dimahukan oleh para pelanggannya. Ini berbeza jika datuk bandar dan Yang Dipertua serta ahli majlis yang terdiri daripada orang-orang politik yang dipilih. Mereka akan lebih mendengar rungutan dan keluhan yang disuarakan oleh kalangan yang me足 nempatkan mereka pada kedudukan itu. Atas alasan inginkan ketelusan dalam pertanggungjawaban, maka dari masa ke masa cadangan dibuat supaya pilihan raya di足 adakan bagi memilih kerajaan tempatan. Buat waktu ini kerajaan tidak berminat untuk melayan permintaan itu. Tetapi dari segi


K e r a j a a n Te m p a t a n

289

jangka panjang, pemilihan bagi kerajaan tempatan ini barangkali boleh difikirkan secara sungguh-sungguh. Cadangan ini adalah selari dengan hasrat untuk mengupayakan rakyat pada peringkat akar umbi supaya mereka sendiri menentukan destini mereka melalui wakil rakyat yang dipilih untuk mentadbirkan kerajaan tempatan. Proses pemilihan untuk kerajaan tempatan ini adalah sama seperti yang terdapat di Persekutuan dan negeri. Pengundi memilih wakil ke majlis-majlis kerajaan tempatan. Pihak yang menguasai majlis kemudian memilih datuk bandar atau presiden atau Yang Dipertua yang kemudian akan membentuk eksekutif kerajaan tempatan untuk mentadbirkan kawasan jagaannya. Oleh kerana mereka dipilih, mereka bukan sahaja mempunyai legitimasi untuk berkuasa tetapi akan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap. Jika tidak, kemungkinannya ialah mereka akan dijatuhkan pada pilihan raya akan datang. Sebuah kerajaan tempatan yang dipilih bukan sahaja akan menjadikan institusi itu lebih telus. Kerajaan tempatan juga boleh dijadikan gelanggang latihan untuk kalangan yang ingin naik lebih tinggi dalam hierarki demokrasi negara mengasah bakat kepimpinannya. Kerajaan tempatan sesungguhnya akan lebih bermakna sekiranya keanggotaan majlis dan penerajunya dipilih secara langsung menerusi pilihan raya seperti yang pernah dilakukan sebelum 1965.


291

LAMBANG KEBANGSAAN



293

41 Agama Persekutuan

M alaysia

adalah sebilangan kecil di negara di dunia ini yang mempunyai agama rasmi. Kedudukan Islam sebagai “ugama Persekutuan” dijamin oleh Perkara 3 Perlembagaan Negara. Pada waktu yang sama Perkara itu juga membenarkan diamalkan “ugama-ugama lain dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Dengan kata-kata lain kedudukan dalam hal beragama ini adalah unik. Di samping terdapat agama rasmi negara, tetapi pengamalan kepercayaan-kepercayaan lain yang bertetangan dengan Islam diizinkan. Setiap rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing asalkan ia dibuat dengan aman dan damai. Hak kebebasan beragama ini ditegaskan oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Bolehlah dikatakan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang selain mengamalkan kebebasan beragama, memiliki agama rasmi. Walaupun “ugama Islam adalah ugama Persekutuan”, tetapi Malaysia tidak mempunyai seorang ketua agama Islam bagi seluruh negara ini. Ini kerana bidang agama adalah perkara negeri-negeri seperti yang dipersetujui sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Lantaran itu, di negeri-negeri beraja, Raja-Raja merupakan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Di


294

M A L AY S I A

negeri-negeri tiada beraja, Yang di-Pertuan Agong, selaku Kepala Utama Negara, secara automatik menjadi ketua agama Islam negeri-negeri itu. Ini dinyatakan oleh Perkara 3 (2) (3) dan (5) Perlembagaan. Tetapi untuk menyeragamkan keputusan-keputusan tersebut berkait agama, Majlis Raja-Raja diberi kuasa berbuat demikian. Contohnya dalam menentukan permulaan berpuasa dan satu Syawal. Untuk mengelakkan berlaku permulaan berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di antara negeri-negeri, maka keputusan berbuat demikian kini diserahkan kepada Yang diPertuan Agong yang melaksanakan tugas itu atas nama Majlis Raja-Raja. Sebelum penyeragaman itu dibuat, Perak dan negerinegeri lain dalam Persekutuan pernah merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hari yang berbeza cuma selang sehari. Begitu juga halnya menengok anak bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun. Kerja ini kini diselaraskan, tidak lagi dilakukan sendirian oleh negeri-negeri. Keputusan juga dibuat jika pada hari menengok itu anak bulan tidak kelihatan, maka perkiraan berdasarkan matematik boleh dipakai untuk menentukan hari pertama bulanbulan Ramadan dan Syawal. Malah ada yang berpendapat sejak 1984 penentuan bermulanya puasa dan menyambut raya dibuat berdasarkan perkiraan matematik, bukan lagi nampak atau tidak anak bulan. Selain itu, untuk membolehkan penyeragaman mengenai pe足l足 bagai dasar berkaitan dengan hukum Syarak, undang-undang keluarga Islam dan hal-hal lain yang berkaitan, maka ditubuhkan pula Majlis Hal Ehwal Agama Islam pada 17 Oktober 1968. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Anggota-anggotanya pula terdiri daripada seorang wakil daripada tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh Raja di negeri berkenaan. Wakil Negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala wakil Sabah dan Sarawak, juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi dengan persetujuan


A g a m a Pe r s e k u t u a n

295

Yang Dipertuan Negeri kedua-dua wilayah itu selepas menimbangkan nasihat yang diberi oleh Majlis Agama Islamnya. Lima lagi ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan Persetujuan Majlis Raja-Raja. Pada asasnya, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam ini mempunyai dua tugas utama – pertama, untuk memberi nasihat dan syor mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Majlis Raja-Raja, oleh mana-mana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri dan kedua, untuk memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak atau pentadbiran agama Islam dan pendidikan Islam dengan tujuan untuk memperbaiki, menyama atau menggalakkan keseragaman hukum Syarak dan pentadbiran Islam. Bagaimanapun, Majlis itu tidak boleh menyentuh tentang kedudukan, hak, keistimewaan, kedaulatan dan kuasa-kuasa lain mengenai mana-mana Raja se­ bagai ketua agama Islam di negerinya. Di peringkat negeri pula ditubuhkan Majlis Agama Negeri untuk memberi nasihat kepada Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam negeri mengenai perkara-perkara agama Islam. Di Sabah dan Sarawak, Majlis Agama Negeri bertanggungjawab menasihati kerajaan-kerajaan negeri masing-masing. Bagi menguruskan kerja-kerja rutin mentadbirkan perkaraperkara agama Islam, beberapa birokrasi turut ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Di peringkat pusat terdapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diletakkan di bawah penyeliaan Menteri (yang bertanggungjawab tentang hal ehwal Islam) di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan yang dulu dikenali sebagai nama Jabatan Hal Ehwal Islam Malaysia, di­ ketuai oleh seorang ketua pengarah. Selain itu, untuk melakukan kerja-kerja dakwah Islamiah, kerajaan juga telah menubuhkan beberapa institusi khusus yang lain. Yayasan Dakwah Islamiah


296

M A L AY S I A

Malaysia atau YADIM dibentuk khas untuk menjalankan kerjakerja pendakwahan di kalangan orang Islam. Institut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM pula ditubuhkan untuk memberi kefahaman tentang Islam yang sebenarnya kepada khalayak umum khususnya di kalangan bukan Islam. Di peringkat negeri pula, pengurusan agama Islam ini dilak­ sanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri yang diselia oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal Islam. Kerja sepenuh masa mentadbir jabatan agama itu dilakukan oleh seorang pengarah. Jabatan-jabatan agama negeri bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi di daerah-daerah, mukim dan kampung. Di setiap daerah, terdapat jabatan agama daerah yang antara lain menguruskan soal nikah dan cerai, pengurusan masjidmasjid, pelantikan imam dan bilal dan lain-lain yang berkaitan. Di kampung-kampung, mukim dan daerah serta negeri masjid menjadi pusat kegiatan yang utama bagi orang Islam, bukan sahaja untuk melakukan solat, tetapi kegiatan-kegiatan agama lain. Jabatan Agama Negeri juga bertanggungjawab menyediakan pendidikan agama di peringkat sekolah rendah di kampungkampung dan taman-taman perumahan. Setiap negeri juga menubuhkan pusat atau lembaga zakat masing-masing untuk memudahkan mereka yang beragama Islam menjelaskan pelbagai jenis zakat yang diwajibkan oleh agama menerusi rukun Islam yang ketiga. Kutipan wang zakat itu digunakan oleh pihak berkuasa negeri untuk membantu golongan yang berhak untuk mendapatkan pertolongan. Di Selangor mi­salnya semasa Barisan Nasional berkuasa kutipan zakat digunakan untuk membangunkan fakir miskin menerusi enam program – Program Pembangunan Ihsan; Program Pembangunan Ekonomi (menyediakan modal untuk berniaga); Program Pembangunan Sosial; Program Pembangunan Kebajikan; Program Pengembangan Institusi Agama dan Program Pem­bangunan Pendidikan.


A g a m a Pe r s e k u t u a n

297

Sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan negeri-negeri, kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Syariah bagi membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan hukum Syarak. Kuasa-kuasa mahkamah itu vis a vis mahkamah sivil ditentukan oleh Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Bidang kuasa utamanya ialah untuk membicarakan orang-orang Islam terhadap kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam. Dalam urusan pembikinan undang-undang Islam pula, Dewan Undangan negeri-negeri diberi kuasa yang luas, tetapi undangundang yang dibuat hanya berkaitan dengan peraturan dan pentadbiran perkara-perkara mengenai orang Islam sahaja. Oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, maka kerajaan – Persekutuan dan Negeri – dibenarkan untuk membangunkan dan memajukan Islam menggunakan wang negara yang dikutip dari cukai. Ini termasuk membangunkan masjid, surau dan madrasah dan institusi-institusi agama yang lain seperti sekolahsekolah agama dan sebagainya. Malaysia juga turut menubuhkan institusi kewangan Islam yang khusus dalam bidang perbankan, insuran atau takaful. Malaysia juga dirancang menjadi hab halal antarabangsa. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia menganggotai dan memainkan peranan yang proaktif dalam Persidangan Negaranegara Islam atau OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi. Malah Malaysia adalah negara Islam yang memainkan peranan penting dalam mempelopori penubuhan OIC. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah persidangan kemuncak ketuaketua negara/kerajaan OIC pada 2003. Selama tempoh tiga tahun mulai tarikh itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bertindak sebagai Pengerusi OIC.


298

42 Bahasa Kebangsaan

K edudukan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tetapi sesetengah pejuang bahasa menganggap kedudukan itu tidak multlak. Bagi mereka ini kerana fasal-fasal lain Perkara yang menjamin “bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan ( rumi atau jawi atau kedua-duanya) sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen) turut membenarkan penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasabahasa lain bagi maksud-maksud tidak rasmi. Ini dinyatakan dalam Perkara 152 (1) (a) – “tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.� Maksud rasmi Perlembagaan di sini, seperti yang dinyatakan oleh Perkara 152 (6) merujuk kepada sektor Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan sesuatu pihak berkuasa awam. Bagaimanapun bagi maksud rasmi, untuk tempoh 10 tahun pertama selepas Hari Merdeka, bahasa Inggeris boleh digunakan


Bahasa Kebangsaan

299

dalam kedua-dua Majlis Parlimen. Perkara 152 (4) pula memper­ untukkan bahawa “selepas tempoh 10 tahun Hari Merdeka dan selepas daripada itu diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahawa jika Mahkamah dan peguam bagi keduadua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.” Perkara 152 (5) pula membenarkan “ segala pembicaraan dalam Mahkamah Rendah, lain daripada mengambil keterangan, hendaklah dijalan dalam bahasa Inggeris” sehingga Parlimen menentukan sebaliknya. Nyata bahawa berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah terhad dalam sektor awam iaitu institusi pemerintahan. Itu pun dalam bidang legislatif dan kehakiman penggunaan bahasa Inggeris diizinkan untuk tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan dicapai atau untuk tempoh yang lebih lagi dengan kebenaran Parlimen. Pada sektor-sektor tidak rasmi iaitu di luar institusi pemerintahan, bahasa-bahasa lain – di sini maksudnya tentulah bahasa-bahasa ibunda penduduk Malaysia yang lain – bebas digunakan secara meluas bagi tujuan perhubungan, pengajaran dan pembelajaran. Daripada segi itu adalah jelas apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu menggambarkan tolak ansur di kalangan para pemimpin Melayu dan bukan Melayu dalam menjaga kepentingan kaum yang mereka wakili. Tetapi kompromi itu pula memberi kesan terhadap hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segala lapangan kehidupan masyarakat moden Malaysia. Selepas 50 tahun merdeka, para pejuang bahasa Melayu masih berpendapat kedudukan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan masih belum mantap sepenuhnya.


300

M A L AY S I A

Kompromi merdeka bahasa Sewaktu menghadapi pilihan raya Majlis Undangan Persekutuan pada 1955, 84.2 peratus atau 1,078,000 pengundi adalah Melayu. Pengundi Cina hanya 143,000 orang atau 11.2 peratus manakala pengundi India pula 50,000 atau 3.9 peratus. Jika bilangan peng­ undi dijadikan ukuran, UMNO sebenarnya boleh memaksa dua rakan kongsinya yang lain di dalam Perikatan – MCA dan MIC – supaya menerima bahasa Melayu yang digunakan secara meluas sebagai lingua franca di Tanah Melayu sejak zaman Melaka lagi sebagai bahasa rasmi negara yang bakal merdeka itu. Tetapi para pemimpin Melayu yang baik hati itu telah tidak berbuat demikian. Sebaliknya demi menjaga hati para pengundi bukan Melayu yang tidak sampai berjumlah 15 peratus itu, manifesto Perikatan mengambil jalan tengah – perlunya sebuah bahasa kebangsaan ditekankan untuk membentuk kenegaraan dan dibayangkan rancangan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada waktu yang sama manifesto itu juga memberi jaminan bahasa-bahasa lain masyarakat Tanah Melayu bukan sahaja akan diberi perlindungan, tetapi boleh dibangunkan dan dimajukan. Pendekatan itu, dan kompromi-kompromi dalam bidangbidang lain, dikatakan telah membolehkan Perikatan mencapai kemenangan besar pada pilihan raya. Persepakatan yang dicapai itu kemudian dijadikan sebagai asas kerjasama antara Melayu dan bukan Melayu dalam proses kemerdekaan kemudiannya. Walaupun tidak dipersetujui oleh kelompok Cina yang lain yang melihat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai satu ancaman terhadap sistem pendidikan sekolah Cina dan seterusnya budaya Cina, kompromi tentang bahasa itu, termasuk yang akan digunakan di sekolah-sekolah selepas merdeka, dipegang teguh oleh para pemimpin Perikatan.


Bahasa Kebangsaan

301

Mereka bersetuju untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi jaminan juga diberikan terhadap melindungi penggunaan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di sekolah-sekolah. Menurut persetujuan Perikatan itu apa yang penting bahawa sekolah-sekolah tanpa mengira bahasa pengantar, menggunakan silibus yang serupa. Bahasa Melayu pula akan diajar di sekolah-sekolah Mandarin dan Tamil sebagai satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah berkenaan kerana statusnya sebagai bahasa kebangsaan. Persetujuan mengenai bahasa ini kemudian dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid yang dilantik untuk menggubal Perlembagaan Kemerdekaan. Setelah melalui proses undang-undang di England dan Tanah Melayu, maka kompromi Perikatan itu diterjemahkan menjadi Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan

Mendaulatkan bahasa kebangsaan Tugas mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tentulah tidak berakhir dengan kejayaan memartabatkannya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerja yang lebih penting selepas itu tentulah merealisasikan apa yang telah dipersetujui bersama itu untuk benar-benar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua lapangan kehidupan, bukan sahaja sekadar di sektor kerajaan. Untuk mencapai hasrat ini, kerajaan telah menggubal Akta Bahasa Kebangsaan yang memberi perlindungan undang-undang dalam upaya untuk memperkukuhkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebuah badan khusus, Dewan Bahasa dan Pustaka, telah ditubuhkan dengan peranan utama sebagai pemaju bahasa kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk menjadi bahasa Melayu moden yang digunakan oleh semua rakyat. Profesor Dr. Nik Safiah Karim dalam kertas kerja tentang pen-


302

M A L AY S I A

ingkatan estetika dan penggunaan bahasa Melayu pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Keempat pada Disember 1984 di Kuala Lumpur menghuraikan bahawa perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa moden sejak merdeka sehingga dasawarsa 1980an telah melalui empat tahap – tahap mendaulatkan kedudukannya dari segi politik; tahap perang urat-saraf; tahap membina prasarana bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tahap membina prasarana membina linguistik. Tahap mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari segi politik adalah jelas. Ia adalah kejayaan perjuangan para nasionalis Melayu sewaktu memerdekakan negara. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai salah satu lambang Tanah Melayu yang bebas daripada cengkaman penjajah itu. Tetapi kejayaan itu tidak mutlak. Pihak-pihak tertentu masih lagi tidak yakin dengan bahasa Melayu bagi kegunaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang lain. Maka tahap kedua mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bermula. Matlamatnya adalah untuk meya­ kinkan semua pihak, termasuk kerajaan itu sendiri tentang kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dalam sebuah negara moden. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) me­main­ ­kan peranan yang penting dalam kegiatan-kegiatan meyakinkan semua pihak ini. Program-program khusus seperti Minggu Bahasa Kebangsaan, Bulan Bahasa Kebangsaan, peraduan syarahan, peraduan berpantun, pameran buku diadakan untuk mencapai matlamat itu. Serentak dengan itu pula, usaha dibuat untuk membina pra­­sa­ rana bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ke­bang­saan. Penerbitan buku-buku dalam bahasa Melayu diperbanyak­kan. Projek menterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu untuk dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi diusahakan dengan giat. DBP memainkan peranan yang utama dalam menerbitkan buku-buku teks bagi keperluan sekolah rendah dan


Bahasa Kebangsaan

303

menengah. Kamus eka bahasa dan dwi bahasa turut dihasilkan. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga dilaksanakan. Selain itu, proses pembinaan prasarana linguistik juga diberi tumpuan. Ini termasuk mewujudkan satu sistem ejaan baru yang diterima secara rasmi bukan sahaja di Malaysia, tetapi Indonesia, Brunei dan Singapura. Usaha membina prasarana linguistik ini diinstitusikan dengan penubuhan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan dengan DBP sebagai urus setianya. Jawatankuasa Tetap itu berperanan untuk menyelaras bahasa Melayu yang melibatkan dua buah negara serantau – Indonesia dan Brunei. Selain membina prasarana bahasa dan linguistik, pihak kerajaan juga mengambil langkah-langkah untuk memperluaskan penggunaannya bagi maksud rasmi pada sektor awam seperti yang dihasratkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen. Penggunaan bahasa Inggeris di Majlis-Majlis Parlimen ditamatkan pada 1967. Badan kehakiman bagaimanapun terus diberi pengecualian. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah dan pusat-pusat pengajian tinggi se­c ara berperingkat-peringkat mulai 1971 bermula dengan Ting­katan Satu. Tujuh tahun kemudian iaitu pada 1977 sekolahsekolah menengah di negara ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya. Ini diikuti pula dengan peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi awam yang lain selepas itu. Sewaktu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu berlangsung pada 7 Disember 1984 di Dewan Bahasa dan Pustaka, semua universiti di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar masing-masing. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dianggap sebagai kemuncak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan. Tindakan kerajaan mewajibkan universiti-


304

M A L AY S I A

universiti yang lain menukar bahasa pengantar ke bahasa Melayu juga dianggap sebagai satu lagi kejayaan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tetapi di sebalik kejayaan-kejayaan di sektor awam itu, para pejuang bahasa masih tidak berpuas hati dengan kesungguhan pihak-pihak tertentu terutamanya pihak swasta dan golongan pentadbiran dalam hal menggunakan bahasa itu. Seperti yang diungkapkan dengan tepat oleh Rustam A. Sani (Allahyarham) dalam sebuah tulisan pada 1986: “Sesungguhnya inti persoalan yang masih dihadapi oleh bahasa kebangsaan ialah bahasa itu masih belum memainkan peranan hakikinya dalam segala lapangan kehidupan sebuah masyarakat dan negara moden (atau yang sedang dimodenkan). Para masyarakat masih belum menggunakan bahasa itu secara meluas dalam interaksi sosial dan profesional mereka yang sebenarnya. Mereka tidak berfikir dalam bahasa itu dan tidak pula menyalurkan pemikiran mereka dalam bahasa itu dengan cara yang canggih, berkesan lagi kreatif.� Secara lebih spesifik, Rustam mengamati bahawa dari segi rasminya, bahasa perantaraan di mahkamah adalah bahasa Melayu, tetapi penggunaannya dalam bidang itu adalah amat mengecewakan. Kata beliau: “Dari segi hakikinya tidaklah dapat dikatakan bahawa bahasa kebangsaan telah merupakan bahasa perhubungan dalam kegiatan profesion kehakiman di negara ini. Umumnya para peguam lebih senang dan lebih mampu berbahasa Inggeris dalam interaksi ikhtisas mereka. Para hakim mengemukakan keputusan perbicaraan dalam bahasa kehakiman Inggeris yang indah, tetapi tidak mampu mengungkapkan pemikiran yang agak mudah dalam bahasa kebangsaan. Dokumen undang-undang masih digubal dalam bahasa Inggeris, dan hanya kemudiannya diterjemahkan ke bahasa kebangsaan untuk tujuan rasmi.� Tatkala memasuki alaf baru ke-21, kebimbangan dan kegusaran baru mula menghantui para pejuang bahasa mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini ada kaitan dengan


Bahasa Kebangsaan

305

keputusan kepimpinan negara untuk membenar­kan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 1993. Pewujudan Akta Pendidikan Swasta 1995 yang mengizinkan tertubuhnya institut pendidikan tinggi swasta mengajar dalam bahasa Inggeris dianggap oleh mereka sebagai satu lagi tamparan terhadap usaha mendaulatkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Dan apabila kerajaan pada 13 Mei 2002 mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa pengantar bagi pengajaran subjek sains dan matematik di sekolah-sekolah mulai 2003, maka ada anggapan bahawa “Bahasa Melayu yang sudah terkesot itu mula menerima tekanan yang kuat akibat himpitan daripada segenap penjuru apabila bahasa itu cuba dipertahankan kepentingannya di IPTA. Pensyarah UKM, Dr. Shaharir Mohamad Zain, dalam kertas kerja yang berjudul Perlunya Bahasa Melayu Kembali Menjaga Pengantar Utama dalam Pendidikan Sains dan Matematik, membuat pengamatan berikut: apabila muncul dasar bahasa dalam pengajaran sains dan matematik sekolah 2003, maka sesetengah pemimpin universiti merasakan tidak lagi wajar bahasa Melayu dipertahankan takhtanya di universiti. Malah beliau mengamati bahawa ekoran dasar bahasa di sekolah itu, semua IPTA, termasuk di kubu kuatnya, UKM segera melaksanakan strategi penginggerisannya dengan hebat. Berdasarkan perkembangan yang ada, menjelang 2008 atau malah lebih awal lagi, IPTA di negara ini akan turut menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik. Ini akan diikuti dengan subjek-subjek yang lain selepas itu. Gambarannya di sini ialah semua universiti akan kembali menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa peng­ ajaran dan pembelajarannya sama keadaan sewaktu zaman awal kemerdekaan dulu. Lalu ada yang bertanya: Qou vadis dengan usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Mengapa usaha memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa


306

M A L AY S I A

moden untuk negara Malaysia yang moden menghadapi masalah? Apakah halangan dan rintangan untuk mencapai hasrat para nasionalis Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan negara?

Memantapkan bahasa kebangsaan – halangan dan rintangan Pelbagai pandangan telah dikemukakan bagi menjelaskan bahawa usaha mendaulatkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang moden dan digunakan oleh semua dalam pelbagai bidang kehidupan, masih gagal dijadikan kenyataan sepenuhnya. Ada yang mengatakan pembinaan prasarana linguistik bahasa kebangsaan tidak mencukupi. Pandangan ini tidak dapat diterima. Dari segi membangunkan prasarana, ratusan ribu pelbagai istilah pelbagai bidang ilmu telah dihasilkan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu telah dibakukan dan diselaraskan dengan Indonesia. Kamuskamus dan buku tatabahasa juga telah diterbitkan. Ada juga kalangan yang berpendapat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak mendapat tunjangan kekuasaan dan undang-undang yang memadai. Akibatnya, bahasa Melayu hanya digunakan secara meluas dalam keadaan formal dan rasmi dan dalam upacara-upacara rasmi negara dan negeri. Pandangan ini juga tidak dapat diterima sepenuhnya. Dan sekiranya andaian ini benar kerajaan sudahpun memberi jaminan untuk meminda Akta Bahasa Kebangsaannya sekiranya perlu. Persoalannya apakah ada jaminan kalau kekuasaan dan undang-undang diperteguhkan, bahasa Melayu akan digunakan secara lebih meluas seperti sekarang? Tidak semestinya, kata Rustam A. Sani seorang intelektual Melayu yang telah mengikuti perkembangan bahasa Melayu se­ bagai bahasa kebangsaan atas kapasiti beliau sebagai mahasiswa, editor dan ahli akademik. Bagi Rustam terdapat dua sebab utama


Bahasa Kebangsaan

307

mengapa bahasa Melayu gagal dijadikan bahasa kebangsaan sepenuhnya di negara ini. Pertama, kerana bahasa Melayu tidak mempunyai isian intelektual yang diperlukan untuk mengolah bahasa itu menjadi bahasa moden yang canggih. Kedua, ada kaitan dengan kemunculan golongan profesional Melayu yang sekadar mampu mengusai bahasa Melayu sebagai bahasa basahan. Menjelaskan lebih lanjut tentang krisis isian intelektual itu, beliau berkata, “yang tidak terdapat dalam masyarakat Malaysia hari ini adalah sebilangan pengguna bahasa kebangsaan yang dapat menggunakan bahasa itu dengan cekap serta memberikan sumbangan yang bersifat intelektual terhadap proses pemodenannya.” Bagi beliau, masalah bahasa Melayu yang kita hadapi adalah penjelmaan daripada suatu masalah sosial yang lebih besar – masalah membina sebuah alam pemikiran dan budaya moden di tengah-tengah krisis intelektual yang amat parah. Kegagalan profesional keturunan Melayu memperkembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang moden turut dikritik oleh Rustam. Menurut beliau, “yang dapat dihasilkan oleh masyarakat Malaysia melalui perkembangan pendidikan yang amat pesat setelah kemerdekaan hanya ribuan profesional yang sekadar merupakan pelaksana profesion masing-masing dan pengguna teknologi import. Mereka tidaklah merupakan golongan para cendikiawan yang dapat mengutarakan fikiran dan dapat memberikan sumbangan kreatif terhadap masyarakatnya, apa lagi membentuk isian intelektual untuk bahasa kebangsaan­nya.” Bagi beliau, golongan terpelajar seperti itu bukanlah merupakan golongan intelektual apa lagi golongan pemikir yang kreatif. Hasilnya, mereka gagal berfikir secara kreatif dan gagal mengungkapkan pemikirannya dengan jitu bukan sahaja dalam pemodenan bahasa dan juga dalam pemodenan masyarakat pada keseluruhannya. Jika ini keadaannya maka penyelesaian untuk memantap­kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tidak hanya


308

M A L AY S I A

bergantung pada tambahan kekuasaan atau pindaan undangundang. Apa yang diperlukan ialah suatu penyelesaian jangka panjang melalui satu sistem pendidikan kita yang telah direvolusikan dan mendukung falsafah yang seluruhnya baru dan pemikiran pendidikan yang jauh lebih mendalam daripada yang sanggup dilontarkan oleh pentadbir pendidikan yang menguasai Kementerian Pendidikan dan universiti-universiti kita sekarang. Kita perlu melahirkan kelompok intelektual berbahasa Melayu yang berorientasi budaya rasional dan sains sama seperti negara pernah melahirkan intelektual keagamaan yang kaya yang didukung oleh tradisi sastera yang menyerap pengaruh-pengaruh Hindu, Islam dan Barat. Atau seperti yang Rustam tegaskan masyarakat dan budaya Malaysia baru amat memerlukan satu renaissance.

Bahasa kebangsaan selepas 50 tahun merdeka Sekiranya ada antara kita yang berharap bahawa sewaktu negara merayakan ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50, bahasa Melayu akan sepenuhnya didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam erti kata ia memainkan peranan hakiki dalam segala lapangan kehidupan sebuah masyarakat moden, harapan itu tidak kesampaian. Para anggota masyarakatnya masih belum menggunakan bahasa itu secara meluas dalam interaksi sosial dan profesional mereka. Mereka tidak berfikir menggunakan bahasa itu dan tidak pula menyalurkan pemikiran mereka dalam bahasa itu dengan cara yang canggih, berkesan lagi kreatif. Malah di negara ini seolah-olah terdapat dua bahasa kebangsaan. Di sektor awam, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan walaupun bukan dalam bentuk yang mutlak. Di sektor swasta, bahasa Inggeris memang menjadi bahasa rasminya sejak merdeka. Sebarang usaha untuk memaksa mereka


Bahasa Kebangsaan

309

menggunakan bahasa Melayu nampaknya tidak berkesan. Malah mereka menganggap diri mereka kebal daripada kuatkuasa undang-undang bahasa Melayu. Bukan salah mereka. Fenomena itu akibat penguatkuasaan yang lemah. Kerajaan Tanah Melayu yang merdeka tidak sekeras Empayar Roman yang memaksa tanah jajah takluknya, termasuk England pada satu waktu, supaya menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kebangsaan. Dan dengan dasar bahasa Inggeris kerajaan sekarang ini di Malaysia, penggunaan bahasa itu semakin diperkukuhkan. Di kalangan para pemimpin kerajaan terdapat juga kecenderungan untuk mengutamakan bahasa Inggeris dalam interaksi mereka. Hujah mereka ialah orang Melayu tidak luntur keMelayuan mereka semata-mata kerana mereka bertutur dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa-bahasa asing yang lain. Mereka seolah-olah lupa bahawa salah satu syarat untuk menjadi orang Melayu dalam Perlembagaan Negara ialah mereka mesti bertutur dalam bahasa Melayu, selain beragama Islam dan mengamalkan adat resam hidup Melayu. Layakkah mereka bergelar Melayu kalau sudah tidak lagi berbahasa Melayu? Sudah tentu tidak. Keputusan untuk membenarkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi awam yang lain turut mencabar status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penegasan para pemimpin kerajaan supaya rakyat mempelajari bahasa Inggeris digunakan sebagai cek kosong untuk memberi tempat yang lebih utama kepada bahasa itu, menyebabkan bahasa Melayu terpinggir, walaupun ia bahasa kebangsaan. Apa yang lebih menyedihkan ialah kemunculan bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat negara. Bahasa rojak ini atau apa yang dipanggil oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, sebagai bahasa sekerat ular sekerat belut berleluasa dalam program-program televisyen – fiksyen dan bukan fiksyen dan dalam perbualan seha-


310

M A L AY S I A

rian masyarakatnya. Pengajaran menggunakan bahasa Inggeris di pusat-pusat pengajian swasta juga memberi tekanan terhadap bahasa Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi awam. Penekanan terhadap ketaksuban pertumbuhan ekonomi yang tidak begitu mementingkan pembangunan bahasa kebangsaan atas alasan persiapan untuk menghadapi globalisasi juga membuat bahasa Melayu terkesot sebagai bahasa kebangsaan. Memang ada tanggapan bahawa kedudukan bahasa Melayu akan bertambah kukuh selepas bangsa Melayu mencapai kemajuan ekonomi. Tetapi tanggapan ini tidak berasas berdasarkan senario yang ada. Kecenderungan orang Melayu yang sudah berjaya dalam ekonomi ialah untuk mengagungkan bahasa yang telah membawa kepada kejayaannya seperti yang diamati oleh Rustam di kalangan profesional Melayu. Jadi setelah berjaya, orang Melayu serupa itu, tidaklah boleh diharapkan untuk mendaulatkan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi. Penguasaan bahasa Melayu sekerat ular sekerat belut hanya akan mengaibkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kalau ada yang pesimistik terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas kita 50 tahun merdeka, kegusaran dan kebimbangan itu memang berasas. Mungkinkah suatu hari nanti bahasa Melayu akan tinggal sebagai bahasa kebangsaan hanya pada nama sahaja seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara. Atau bahasa Melayu akan mengalami nasib yang sama seperti di Singapura. Di negara jiran kita itu bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, tetapi hanya pada nama sahaja. Harap-harap tidak. Tetapi kalau berlaku, tiada siapa yang boleh disalahkan oleh bangsa Melayu kecuali diri sendiri. Kita semualah pembunuh bahasa kebangsaan kita. Bagaimanapun dalam usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan milik semua tanpa mengira kaum, Kabinet pada April 2007 memutuskan untuk menjenamakan semula Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia.


311

43 Rukun Negara

Sehingga kerajaan memutuskan

pada 8 Disember 2005 untuk menjadikannya ikrar yang diwajibkan pada majlis-majlis rasmi, Rukun Negara semacam sudah dilupakan. Malah bukan rahsia lagi ada kalangan yang berpendapat apa yang dianggap sebagai ideologi nasional itu sudah tidak lagi relevan dengan realiti negara hari ini. Tidak ramai yang tahu apa pentingnya Rukun Negara dalam kehidupan kita kecuali sebagai hiasan pada bahagian belakang buku latihan yang digunakan oleh para pelajar. Atau sekadar dijadikan sebagai hiasan pada dinding sekolah. Generasi baru yang mungkin bijak menghafal lima rukun Rukun Negara itu kebanyakannya terpinga-pinga apabila di足minta menerangkan pengertiannya. Dalam keadaan Rukun Negara tidak lagi dianggap penting itu, kerajaan tiba-tiba mewajibkannya dibaca pada majlis-majlis negara, sama seperti keputusan untuk mewajibkan nyanyian lagu Negaraku. Keputusan itu telah membangkitkan semula liputan media tentang Rukun Negara. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ketika itu, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, yang seolah-olah bertindak sebagai jurucakap untuk menerangkan Rukun Negara, telah ditemuramah oleh beberapa akhbar. Temuramah beliau dengan akhbar


312

M A L AY S I A

the Star yang disiarkan pada 27 November 2006 mengakui banyak yang perlu dibuat untuk memastikan apa yang terkandung dalam Rukun Negara mahu dijadikan pegangan dan panduan hidup masyarakat Malaysia. Beliau berpendapat dalam sebuah negara dimana rakyat mengikut pemimpin, “saya fikir Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri pada waktu itu) perlu melakukan sesuatu yang lebih untuk Rukun Negara pada masa hadapan. Persoalannya apakah itu Rukun Negara? Apakah suasana politik negara yang telah melahirkannya? Apakah ia masih relevan? Sejauh mana generasi sekarang bersedia untuk menjadikannya sebagai guiding principle kehidupan mereka?

Latar belakang yang melahirkan Rukun Negara Rukun Negara diumumkan kepada rakyat buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1969 – kira-kira empat bulan selepas berlaku pergaduhan kaum besar di Kuala Lumpur. Orang Melayu dan bukan Melayu berbunuh-bunuh pada tragedi itu. Jelas terpancar di sebalik sejarah hitam negara itu ialah keruntuhan perpaduan kaum yang telah dibina sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Terbukti kerjasama Melayu dengan bukan Melayu selepas 12 tahun merdeka adalah cukup rapuh. Ia boleh roboh pada bila-bila masa sahaja. Selepas menganalisis apa yang berlaku secara kritikal, kepimpinan politik negara merumuskan bahawa pergaduhan kaum itu berlaku kerana terdapat keseimbangan yang menjolok mata pada sistem ekonomi dan sosial negara. Selama 12 tahun merdeka, dua kaum utama Malaysia bergerak pada landasan yang tidak menemukan titik pertanian. Orang Melayu, sebagai penduduk pribumi, ketinggalan dalam serba serbi. Mereka tinggal dalam kemiskinan dan terlibat dengan sektor ekonomi yang rendah produktiviti menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kekayaan negara. Kehidupan mereka sebagai golongan


Rukun Negara

313

majoriti tidak banyak berubah. Orang-orang Cina terus menguasai sektor ekonomi moden di kawasan-kawasan bandar menyebabkan apabila orang Melayu ke bandar, mereka seolah-olah berada di sebuah negara asing. Kedai dan perniagaan orang Melayu boleh dibilang dengan jari. Dualisme ekonomi dan cabaran-cabaran lantang orang Cina terhadap kedudukan istimewa Melayu yang tidak pun dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang 12 tahun merdeka itulah yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang seterusnya menyumbang kepada pergaduhan kaum itu. Meneliti keadaan, kerajaan berpendapat bahawa keadaan itu tidak boleh diteruskan sekiranya perpaduan kaum ingin dipulihkan. Kerajaan turut berpendapat, Malaysia memerlukan tenaga pengikat baru untuk menyatukan penduduk pelbagai kaum yang mempunyai kepentingan yang berbeza dan bercanggah itu. Rakyat, menurut hemat kerajaan, memerlukan haluan untuk bergerak ke arah yang sama. Semasa zaman awal menuntut kemerdekaan, tenaga pengikat itu ialah azam bersama untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Kerana mahu segera merdeka, orang Melayu dan bukan Melayu sanggup berkorban. Orang Melayu menerima penduduk asing menjadi warganegara yang setaraf dengan mereka dengan cara yang liberal. Penduduk bukan Melayu pula bersetuju untuk memaktubkan hak dan kedudukan istimewa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan. 12 tahun selepas merdeka, tenaga yang mengikat mereka sudah tidak lagi bermaya. Akibatnya ada pihak yang lupa diri dan ingin berganjak daripada kesepakatan kontrak yang telah memberi perpaduan dan keamanan yang rupanya palsu. Kerajaan perlu mewujudkan satu ikatan yang lebih real untuk memupuk perpaduan nasional yang sejati dan dapat dikongsi secara bersama, tanpa mengira pegangan agama, keturunan, kebudayaan dan cara hidup. Selepas memerah otak masing-masing, barisan kepimpinan


314

M A L AY S I A

negara sependapat bahawa Malaysia memerlukan sebuah ideologi nasional seperti yang terdapat di Indonesia dalam bentuk Pancasila. Ini dijelaskan oleh Menteri Tugas-tugas Khas merangkap Menteri Penerangan, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie yang telah diberi tanggungjawab untuk membantu Perdana Menteri, Tun Razak menggubal Rukun Negara. Kata beliau selepas tenaga pengikat lama iaitu merdeka sudah hilang hikmatnya, maka kita memerlukan satu tenaga pengikat baru yang boleh melewati batasan perkauman, yang menyeluruh serta yang boleh mendatangkan kepuasan kepada semua, baik Cina atau Melayu, baik kapitalis atau buruh, Islam atau Hindu, tua atau muda. Tegas beliau: “Rakyat Malaysia berazam hendak mewujudkan perpaduan yang lebih erat dan mengekalkan satu cara hidup yang demokratik. Kita bertekad untuk membina satu masyarakat yang adil, yang saksama, liberal dan demokratik, dalam mana kekayaan dan kemakmuran negara dapat sama-sama kita rasai dan samasama dinikmati oleh semua pihak. Maka dari kepercayaan dan keazaman inilah lahir Rukun Negara yang menjadi panduan dan pegangan negara yang akan menyatupadukan rakyat jelata dalam menghadapi segala tugas di hadapan kita. Rukun Negara akan menjadi landasan yang akan menentukan bagaimana rakyat boleh berdialog antara satu sama lain dalam usaha mencari persamaan dan perseimbangan yang kini menjadi idaman dan hasrat rakyat. Rukun Negara seterusnya akan menentukan bagaimana rakyat akan berhubung antara satu sama lain dan dengan negara. Adalah jelas bahawa berdasarkan kepada Rukun Negara, serta didorong oleh keazaman dan hasrat hendak mewujudkan persamaan dan perseimbangan, kerajaan pimpinan Tun Razak telah membuat keputusan bahawa segala dasar dan segala perkembangan ekonomi negara hendaklah dan mestilah dihubungkan dan diselaraskan dengan perkembangan sosial. Bagi kepimpinan negara ketika itu, segala keperluan untuk mewujudkan persamaan dan perseimbangan antara kaum-kaum yang terbesar di


Rukun Negara

315

negara ini tidak boleh diabaikan. Ia juga berpendapat bahawa perpaduan negara tidak akan terpupuk hanya dengan melalui dasar ekonomi. Faktor-faktor sosial, budaya, politik, ekonomi, swasta, emosi dan psikologi juga adalah mustahak dan sama-sama mempunyai peranan. Menurut kerajaan, rakyat perlu diberi semangat baru, kesedaran baru serta matlamat baru. Dalam konteks itulah Rukun Negara telah dicipta dengan matlamat untuk membentuk satu masyarakat dalam mana setiap rakyat tanpa mengira asal keturunannya, agama serta ideologi politiknya, sama-sama berhak dan sama-sama mempunyai tempat untuk mencuba kebolehan dan bakatnya. Matlamat akhirnya ialah untuk membentuk satu masyrakat adil serta saksama dari segi sosial dan ekonomi, masya­ rakat yang tiada mengenal kemiskinan. Masyarakat baru itu akan diorientasikan kepada kehendak zaman moden, kepada kehendak sains dan teknologi.

Intipati Rukun Negara Sebagai sebuah dokumen pengisytiharan, terdapat dua segmen dalam Rukun Negara – mukadimah dan ikrar lima prinsipnya. Dalam mukadimah dinyata cita-cita yang hendak didukung oleh rakyat sebagai individu dan secara kolektif. Secara keseluruhan Rukun Negara itu menyatakan: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA, mendukung cita-cita hendak:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakatnya;

• Memelihara satu hidup yang demokratik; • Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran

Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;


316

M A L AY S I A

• menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan

• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan undang-undang • Kesopanan dan kesusilaan

Jelas bahawa Rukun Negara itu sebenarnya penegasan semula prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui bersama sewaktu negara mencapai kemerdekaan yang terang-terang mencerminkan cara hidup di Malaysia. Soalnya selepas dianggap tidak begitu penting untuk sekian lama, dapatkah Rukun Negara disemarakkan semula berikutan keputusan kerajaan untuk mewajibkan pembacaannya pada majlis-majlis rasmi negara? Atau ia akan sekadar dilafazkan beramai-ramai, sama seperti kita menyanyikan lagi Negaraku dengan penghayatan yang sifar? Atau apakah seperti merdeka, Rukun Negara kini sudah menjadi tenaga pengikat yang sudah lagi tidak bermaya? Hanya waktu yang boleh memberi jawapannya. Tetapi berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr. Rais Yatim dalam temuramah dengan akhbar the Star itu, masa depan Rukun Negara sebagai satu pegangan hidupnya sebenarnya tidak begitu cerah. Kata beliau di kalangan para menteri, Rukun Negara memang senantiasa disanjung tinggi, tetapi “saya percaya tidak


Rukun Negara

317

ramai yang memikirkan apakah itu Rukun Negara sebenarnya dan bagaimana ia harus dilaksanakan dalam kerja-kerja harian kita. Rukun Negara telah wujud sejak 1970/71, tetapi kita tidak pernah menterjemahkannya dalam program-program nasional atau di sekolah-sekolah.� Jika keadaan yang digambarkan oleh Dr. Rais Yatim itu berkekalan, maka Rukun Negara hanya sekadar menjadi hiasan dan sebutan pada majlis-majlis rasmi semata-mata. Apa yang lebih penting ialah untuk menyuntik pernyataan hasrat dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ke dalam dasardasar kerajaan supaya apa yang dicita-citakan oleh para pengasas ideologi negara itu benar-benar dapat dijadikan kenyataan. Sekiranya usaha bersungguh-sungguh ke arah itu tidak ada dan Rukun Negara sekadar disanjung pada nama, maka kehadiran Rukun Negara tidak meninggalkan sebarang kesan dalam membentuk perpaduan nasional.


318

44 Jalur Gemilang

J alur

Gemilang adalah nama rasmi yang diberi kepada bendera Malaysia pada 1977 atau tepatnya pada jam 11.58 malam pada 30 Ogos tahun itu. Peng足 isytiharan nama Jalur Gemilang itu disaksikan oleh lebih 70,000 orang rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka sempena menyambut ketibaan detik 12 tengah malam yang menandakan 40 tahun negara merdeka. Empat dekad sebelum itu iaitu tepat jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957, bendera Tahan Melayu yang merdeka pertama kali dikibarkan bagi menggantikan bendera Union Jack. Sebelum itu, bendera yang menjadi lambang kedaulatan negara, tidak mempunyai sebarang nama khusus. Ia dikenali dengan nama umum Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang itu dipilih oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dengan persetujuan Jemaah Menteri. Selain Jalur Gemilang, dua lagi nama yang telah disenarai pendekkan menerusi satu peraduan ialah Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Tetapi Kabinet merasakan Jalur Gemilang adalah nama yang tepat untuk menggambarkan bendera Malaysia itu. Jalur menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Jalur pada Bendera Malaysia mencerminkan satu laluan yang lurus hala tuju dan arah


Jalur Gemilang

319

yang sama dipegang oleh rakyat negara ini dari Perlis hinggalah ke Sabah dalam menggapai kegemilangan bangsa. Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Dalam perspektif itu, Jalur Gemilang bolehlah dianggap sebagai lambang kecemerlangan negara dan rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 seperti yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 sebelum ini dan Islam Hadhari dan gagasan 1Malaysia sekarang. Ke­betulan pula, Tun Abdullah menjadikan gagasan gemilang, cemerlang dan terbilang sebagai tiupan nafiri perjuangannya. Pemilihan slogan itu bertepatan sekali dengan Jalur Gemilang yang juga diterima sebagai lambang rakyat yang patriotik, gigih, sanggup berkorban, gagah dan berani. Bendera Malaysia dalam bentuk yang ada sekarang pertama kali dikibarkan dengan megahnya di seluruh negara pada 16 September 1963 sempena dengan penubuhan Malaysia yang mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sa­ rawak dan Singapura. Asas bendera Malaysia itu ialah Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi ia telah diubah suai untuk menggambarkan realiti baru politik negara. 11 jalur merah putih yang diselang seli itu, ditambah menjadi 14 dan bintang pecahnya juga dijadikan 14 bagi melambang 14 buah komponen politik Persekutuan yang baru itu. Apabila Singapura disingkirkan daripada Malaysia pada 8 Ogos 1965, bilangan jalur dan bintang pecah dikekalkan, tetapi kali ini melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Warna-warna yang ada pada Jalur Gemilang juga membawa makna yang tersendiri. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga ke jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang pada awal 2007 berjumlah 26 juta orang. Anak bulan melambangkan agama Islam – agama rasmi Persekutuan. Bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dengan Persekutuan Malaysia. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu adalah warna Diraja bagi


320

M A L AY S I A

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar, tanda kesaksamaan anggota dalam Persekutuan. Tidak ada negeri mengatasi sebuah negeri yang lain, walaupun saiz negeri-negeri itu berbeza iaitu ada yang kecil se足 perti Perlis dan negeri yang besar seperti Sabah dan Sarawak. Idea untuk mencipta sebuah bendera untuk seluruh Tanah Melayu bermula apabila 11 buah negeri yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia diletakkan di bawah satu entiti politik yang dikenali sebagai Malayan Union. Satu pertandingan diadakan pada 1947. 373 penyertaan diterima. Tiga penyertaan telah disenarai pendekkan bagi memasuki pertandingan akhir. Rakyat diberi pilihan untuk membuat pemilihan melalui pos. Bendera yang dicipta oleh Mohamad Hamzah, seorang arkitek berusia 29 tahun dengan Jabatan Kerja Raya Johor akhirnya terpilih sebagai pemenang. Bagi pertandingan itu, Mohamad Hamzah yang meninggal dunia pada 13 Februari 1993 sewaktu berusia 75 tahun di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu, Majidee, Johor, telah mengirim dua penyertaan. Salah satu penyertaan beliau yang masuk ke pertandingan akhir dipilih kerana ia menggambarkan dengan tepat tentang Tanah Melayu. Bendera Tanah Melayu itu telah diperkenalkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan dikibarkan buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di hadapan Istana Selangor di Kuala Lumpur. Secara rasmi ia diisytiharkan sebagai Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Mulai 2000, lagu kebangsaan Jalur Gemilang telah dicipta oleh penggubah terkenal Pak Ngah. Beliau turut menghasilkan lirik lagu berkenaan seperti berikut: Merah membara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua


Jalur Gemilang

321

Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa Merdeka Semangat jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur Gemilang di bawah naunganmu Jalur Gemilang kami semua bersatu Perpaduan kedaulatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur Gemilang megah kami terasa Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan Merah, putih, biru, kuning Jalur semangat kami semua

(ulang dua kali) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah

Sesungguhnya Jalur Gemilang sudah berkibar di segenap pelosok dunia bukan sahaja di bangunan-bangunan kedutaan Malaysia di luar negara, tetapi ditempat-tempat yang bersejarah. Jalur Gemilang sudah berkibar megah di puncak Gunung Everest. Ia juga sudah berkibar di benua berais Antartika. Malah Jalur Gemilang telah mengelilingi dunia bermula di Langkawi dan berakhir di Langkawi oleh pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor pada 1999. Malah kapal layar yang merentasi laut yang terbentang luas itu turut menggunakan nama Jalur Gemilang. Jalur Gemilang sesungguhnya adalah terbilang. Dirgahayu Jalur Gemilang.


322

45 Lagu Kebangsaan

Selain bendera, satu lagi lambang

kenegaraan sesebuah negara ialah kewujudan lagu kebangsaan bagi negara berkenaan. Apabila sebuah negara berjaya dalam sebarang kejohanan bertaraf antarabangsa dan serantau lazimnya dalam pertandingan sukan, maka lagu kebangsaan peserta negara yang menang akan dimainkan. Bendera negara itu akan dinaikkan. Begitulah penghormatan tinggi yang diberikan kepada bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan. Kerana itu, setiap negara wajib memiliki dua unsur penting kenegaraan itu. Bagi Malaysia, judul lagu kebangsaannya ialan Negaraku. Liriknya enam barisnya mengandungi hanya 25 perkataan. Jika dua baris lirik itu tidak diulang, maka lagu kebangsaan itu cuma empat baris sahaja. Walaupun lagu kebangsaan kita hanya enam baris, tetapi apa yang cuba diungkapkan dengan jelas menggambarkan ikrar warganya terhadap tanah tumpah darahnya – iaitu tempat dia dilahirkan dan juga kepada institusi unggul yang menaungi kewujudannya iaitu Raja. Lirik yang dalam maknanya itu ditulis oleh sebuah panel yang diketuai sendiri oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. Lirik penuh lagu Negaraku itu adalah seperti berikut:


Lagu Kebangsaan

323

Negaraku, tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup, bersatu dan maju Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Bukan rahsia lagi bahawa melodi lagu kebangsaan kita bukanlah sesuatu yang asli. Sebelum dijadikan sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, lagu itu adalah lagu kebangsaan negeri Perak. Perak pula dikatakan menceduk lagu itu daripada sebuah melodi Perancis yang popular ciptaan Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Menurut ceritanya, Sultan Perak yang ketika itu tinggal dalam buangan di Pulau Mahe di Seycelles telah mendengar sepasukan pancaragam di pulau itu memainkan lagu tersebut. Apabila seorang kerabat diraja Perak dijemput untuk melawat Eropah, dia telah ditanya apakah lagu kebangsaan negerinya. Tanpa berfikir panjang, beliau menyanyikan lagu ciptaan penulis lirik Perancis itu. Perak kemudian menjadikannya lagu rasmi negeri itu. Kerana melodinya yang memikat, ia kemudian turut diper足 kenalkan ke dalam bangsawan Indonesia. Lagu itu diberi judul Terang Bulan. Dalam waktu yang singkat ia menjadi popular, termasuk di Tanah Melayu. Terang Bulan menjadi dendangan di kelab-kelab malam dan siulan ramai terutama pada tahun-tahun 1920an dan 1930an. Tetapi hakikat itu tidak menyekat Perak menjadikannya sebagai lagu negeri yang kemudian diangkat pula sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Lagu itu dikekalkan sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Malaysia. Barangkali sudah takdir Terang Bulan menjadi lagu kebangsaan negara ini. Menjelang kemerdekaan, kerajaan Persekutuan sebenarnya telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah irama yang asli bagi dijadikan lagu kebangsaan. Perdana Menteri,


324

M A L AY S I A

Tunku Abdul Rahman Putra menubuhkan dua buah jawatankuasa yang beliau sendiri pengerusikan untuk memilih sebuah lagi kebangsaan. Jawatankuasa pertama mengadakan pertandingan yang bukan sahaja untuk penggubah lagu tempatan, tetapi diperluaskan ke luar negara. 514 gubahan pelbagai irama diterima. Tetapi tiada satupun yang terpikat oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau kemudian menubuhkan jawatankuasa kedua yang mengundang penggubah-penggubah lagu terkenal dunia untuk ikut serta. Antara yang mengambil bahagian termasuklah Benjamin Britten dan Sir William Walton, dua orang penggubah ternama daripada England. Penggubah Singapura yang tersohor, Zubir Said turut diundang. Sekali lagi lagu-lagu yang mereka cipta itu tidak dapat memuaskan selera tinggi Tunku Abdul Rahman. Dalam keadaan itu, dan memandangkan hari kemerdekaan sudah hampir, jawatankuasa memilih lagu kebangsaan membuat keputusan pada 5 Ogos 1957 menobatkan lagu negeri Perak se足 bagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Alasan yang diberikan: irama lagu memenuhi selera tradisional. Judul Negaraku diberikan kepada lagu tersebut. Tentulah selepas dijadikan lagu kebangsaan, melodi Negaraku itu tidak lagi boleh dinyanyikan ikut suka menggunakan lirik Terang Bulan sebelum ini. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menjadikan satu kesalahan bagi siapa juga untuk memperolok-olokkan lagu kebangsaan kita itu. Rakyat juga diminta berdiri dengan tertib dan hormat apabila Negaraku dikumandangkan pada majlis-majlis rasmi negara atau ketika ia dimainkan dalam apa juga majlis. Dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan, irama Negaraku itu pernah ditukar kepada rentak march pada 1992. Dari masa ke masa selepas pertukaran irama itu, pelbagai pihak menyatakan rasa tidak senang mereka. Mereka meminta rentak lagu itu dikembalikan kepada irama asal yang sedap didengar. Pada Julai 2003, irama Negaraku dikembalikan ke rentak asal hasil gubahan penggubah terkenal, Datuk Wah Idris. Serentak dengan perubahan


Lagu Kebangsaan

325

rentak itu, judul lagu itu juga mahu ditukar kepada Malaysiaku. Tetapi pertukaran nama itu mendapat bantahan meluas. Keputusan dibuat untuk mengekalkan judul asal lagu kebangsaan itu. Dari masa ke masa ada pihak di Indonesia yang mendakwa Malaysia mencedok lagu ciptaan mereka untuk dijadikan lagu kebangsaan. Tetapi dakwaan itu tidak dipedulikan oleh Malaysia. Negaraku kekal menjadi lagu kebangsaan kita.


326

46 Ringgit Malaysia

Selain bendera kebangsaan dan

lagu kebangsaan, satu lagi lambang kedaulatan sesebuah negara ialah mata wang. Itu sebabnya setiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai mata wang sendiri. Ia tidak akan menggunakan matawang negara lain. Atas rasional itu, setiap negara di dunia ini memiliki mata wang mereka tersendiri yang dikenali dengan pelbagai nama. Di Amerika Syarikat mata wangnya dipanggil dolar. Negara-negara Kesatuan Eropah atau EU sebelum menggunakan Euro menggunakan mata wang negara masingmasing. Misalnya di German mata wangnya sebelum Euro dipakai ialah Mark, Perancis Franc, Itali Lira. United Kingdom tidak mahu beralih ke Euro dan sebaliknya kekal menggunakan Pound Sterling. Soal kedaulatan digunakan untuk tidak mengikut jejak negara-negara EU lain menggunakan Euro. Bagi pemikiran elitelit Britain, matawang Pound Sterling adalah lambang terakhir kedaulatan negaranya. Kerana itu walaupun terdapat kalangan yang mahu negara itu berpindah ke Euro, kerajaan United Kingdom tetap bertegas mahu menggunakan Pound Sterling. Namun pada waktu yang sama, Euro tidak dihalang daripada digunakan untuk membeli barangan di kedai-kedai di negara itu.


Ringgit Malaysia

327

Apabila negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, kita juga menggunakan mata wang kita sendiri sebagai memenuhi teori kedaulatan itu. Tetapi kita menggunakan dua nama bagi mata wang itu – dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai dolar; dalam bahasa Melayu ia dipanggil ringgit. Lambang yang digunakan ialah $. Tetapi berkuat kuasa 12 Disember 1967, kerajaan membuat keputusan untuk menyeragamkan mata wang Malaysia hanya kepada Ringgit. Lambang $ dikekalkan. Secara berperingkat-peringkat mulai tarikh itu, mata wang yang dikenali sebagai dolar dan ringgit ditarik balik. Para pemilik wang itu boleh menukar kepada Ringgit baru dengan nilai yang sama. Menurut Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin matawang Ringgit yang baru tetap teguh, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Penjelasan beliau itu diberi sebagai menjawab tohmahan bahawa mata wang itu mungkin turun nilainya. Pada tahun 1990an, kerajaan sekali lagi membuat keputusan untuk menukar nama mata wang kita kepada Ringgit Malaysia. Lambang bagi mata wang itu ialah RM, singkatan untuk Ringgit Malaysia, bukan lagi $ yang digunakan oleh banyak negara lain yang menggelar mata wang mereka sebagai dolar. Antara negara yang menggunakan nama dolar, bukan sahaja Amerika Syarikat, tetapi Brunei, Singapura dan Australia, sekadar menyebut beberapa negara. Apabila diperdagangkan di bank-bank atau institusi pengurup wang nama yang digunakan bagi RM ialah MYR. Walaupun RM mempunyai nilai yang tetap iaitu satu RM ber­ samaan dengan 100 sen, tetapi apabila diperdagangkan di luar atau di pasaran kewangan antarabangsa vis a vis mata wang negara-negara lain, nilainya ditentukan oleh permintaan dan bekalan serta kekukuhan ekonomi Malaysia menurut kaca mata para pedagang mata wang. Institusi perbankan setiap hari akan mengeluarkan senarai menyatakan nilai mata wang kita berbanding dengan mata wang utama yang lain dunia seperti dolar Amerika, Euro, Pound Sterling dan sebagainya. Perbandingan


328

M A L AY S I A

dengan nilai mata wang negara-negara ASEAN dan juga Asia disediakan. Nilai mata wang Malaysia pernah mengalami penurun nilai yang drastik sewaktu berlaku krisis kewangan pertengahan 1997. Sebelum krisis itu, nilai pertukaran RM bagi setiap dolar Amerika adalah RM2.50. Ini bermakna jika kita ingin membeli satu dolar Amerika, kita hanya perlu membayar RM2.50. Sewaktu krisis itu berlaku dan beberapa bulan selepasnya, nilai itu menjadi satu dolar Amerika bersamaan dengan hampir RM5.00. Ini bermakna untuk membeli satu dolar Amerika, kita memerlukan hampir RM5.00 sedangkan sebelum itu dengan RM5.00 itu kita boleh mendapat dua dolar. Ini bermakna jika kita ingin membeli barangan daripada luar yang nilainya satu dolar sebelum krisis, kita hanya memerlukan RM2.50, tetapi selepas krisis terjadi, kita perlu membayar RM5.00 bagi barangan yang masih bernilai satu dolar. Krisis itu menjadikan barangan atau perkhidmatan yang diperolehi menggunakan dolar semakin mahal. Ia meninggalkan kesan ekonomi terhadap negara. Bagi mengatasi masalah, kerajaan membuat keputusan untuk menamatkan pengapungan nilai RM berbanding dolar. Kadar pertukarannya mulai 1 September 1998 diikat kepada paras RM3.80 untuk satu dolar. Bagaimanapun pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan RM kepada Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap keputusan Republik Rakyat Cina menamatkan pautan matawangnya renimbi kepada dolar. Sewaktu tulisan ini dihasilkan nilai RM berbanding dolar Amerika ialah kira-kira RM3.50 bagi setiap satu dolar iaitu paras munasabah yang ditentukan oleh pasaran pada ketika itu. Selain wang kertas bernilai RM1, terdapat juga RM100, RM50, RM10, RM5, RM2. Dalam bentuk siling, RM ada yang bernilai 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen. Satu waktu dulu, kita juga mempunyai wang kertas bernilai RM1,000.


329

47 Darjah Kebesaran

Walaupun Persekutuan Tanah

Melayu dinstitusikan pada 1 Februari 1948, tetapi Darjah Kebesaran Persekutuan hanya diwujudkan menjelang negara ini mencapai kemerdekaan. Pada zaman penjajahan hak untuk mengurniakan darjah kebesaran itu adalah hak kerajaan British. Darjah kebesaran Inggeris yang dikurniakan oleh Baginda Queen turut diberi kepada tokoh-tokoh yang menurut penilaian kerajaan penjajah telah membuat jasa kepada mereka. Ini termasuk pemberian anugerah yang membawa gelaran Sir. Antara penerima gelaran itu ialah Dato Onn Jaafar dan Tun Tan Cheng Lock. Di samping itu, Pesuruhjaya Tinggi British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu diberi kuasa untuk mengurniakan the Malayan Certificate of Honour kepada golongan yang dianggap berjasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri-negeri Melayu, melalui Raja-Raja masing-masing juga mengurniakan darjah kebesaran – ada yang membawa gelaran, ada yang tidak. Menjelang menyambut kemerdekaan 1957, Majlis Eksekutif Persekutuan yang diterajui oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka itu mewujudkan Darjah Kebesarannya sendiri. Sebuah


330

M A L AY S I A

jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi membuat cadangan mengenai “sistem yang sesuai bagi anugerah-anugerah Persekutuan dan bagaimana setiap anugerah dibuat dan pemakaiannya.� Berdasarkan dua garis panduan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan itu, jawatankuasa itu telah mengemukakan syor-syor berikut: Pertama, diwujudkan dua darjah keperwiraan iaitu darjah tertinggi yang mengandungi dua jenis dan darjah am yang mengandungi empat pangkat yang dikenali sebagai Darjah Yang Maha Mulia Pangkuan Negara Darjah Tertinggi dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara yang dikurniakan kepada orang berjawatan tinggi, putera-putera raja asing, ketua-ketua negara atau orang-orang kenamaan. Kedua, diadakan kurniaan kepahlawanan. Ketiga, diadakan kurniaan bagi pingat dan lambang. Keempat, penubuhan jawatankuasa yang boleh menimbang hal-hal lain berkaitan dengan kurniaan ini. Kelima, penerimaan anugerah asing oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu perlu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu. Keenam, warganegara asing dibolehkan menerima anugerah dan lambang kepahlawanan negara ini. Ketujuh, mewujudkan satu badan yang menyerupai Central Chancery of the Order of Knighthood di United Kingdom. Kelapan, ditubuhkan satu jawatankuasa tetap yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi menimbangkan pencalonan untuk kurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan. Berdasarkan cadangan-cadangan itu, Kerajaan Persekutuan mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada 21 Ogos 1958 memaklumkan pewujudan darjah-darjah kebesaran Persekutuan berserta dengan gelaran bagi kurniaan-kurniaan tertentu. Kenyataan akhbar ringkas itu berbunyi seperti berikut: “Gazet Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini bertarikh 21 Ogos 1958 mengandungi status Anugerah Keperwiraan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Senarai pertama bagi penerimaan darjah Persekutuan Tanah Melayu akan


Darjah Kebesaran

331

diumumkan pada 31 Ogos tahun ini iaitu sempena ulang tahun kemerdekaan yang pertama. Pada hari yang sama, beberapa orang penerima darjah kebesaran ini akan menerima bintang daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam satu istiadat penganugerahan yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.� Bagaimanapun selepas itu, penganugerahan Darjah Kebesaran Persekutuan ini dilakukan mengambil sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pada mulanya ditetapkan setiap Rabu pertama bulan Jun. Kini ia ditukar kepada Sabtu pertama bulan yang sama. Darjah Kebesaran Persekutuan itu mengandungi dua kategori darjah keperwiraan. Pertama, darjah kebesaran Diraja iaitu Darjah Utama Setia Mahkota Negara (DMM). Darjah ini mempunyai satu pangkat sahaja. Keanggotaan kebesaran ini dihadkan kepada 30 ahli. Hanya raja-raja Melayu, putera-putera asing, ketua-ketua negara asing dan orang kenamaan yang layak menerima darjah kebesaran DMM. Kategori kedua ialah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Darjah ini diberi kepada kalangan yang telah memberi khidmat cemerlang kepada negara. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara ini mempunyai lima pangkat – Seri Maharaja Mangku Negara (SMM), Penglima Mangku Negara (PMN), Johan Mangku Negara (JMN), Kesatria Mangku Negara (KMM) dan Ahli Mangku Negara (AMN). Mereka yang dikurniakan SMM memakai gelaran Tun manakala PMN bergelar Tan Sri. Darjahdarjah kebesaran lain tidak mempunyai sebarang gelaran. Bagaimanapun dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan, Anugerah Kebesaran Persekutuan ini telah dimantapkan dari masa ke masa sehinggalah ia tiba ke tahap yang ada sekarang. Beberapa darjah kebesaran baru telah diwujudkan. Ini termasuklah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun; Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Anugerah yang bergelar Datuk juga diwujudkan iaitu Panglima Jasa Negara


332

M A L AY S I A

(PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD). Di peringkat lebih rendah, diwujudkan Pingat Pangkuan Negara (PPN). Bagi 11 Darjah Kebesaran Persekutuan, bilangan penerima pada satu-satu ketika turut dihadkan bilangannya. Darjah-darjah itu adalah seperti berikut:

1. Darjah Yang Maha Mulia (DKM) Kerabat Diraja Malaysia – 10 2. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMM) – 30 3. Seri Maharaja Mangku Negara (SMM) – 25 (bergelar Tun) 4. Seri Setia Mahkota (SSM) – 25 (bergelar Tun) 5. Darjah Bakti (DB) – 10 6. Panglima Mangku Negara (PMN) – 70 (bergelar Tan Sri) 7. Panglima Setia Mahkota (PSM) – 250 (bergelar Tan Sri) 8. Panglima Jasa Negara (PJN) –200 (bergelar Datuk) 9. Panglima Setia Diraja (PSD) – 200 (bergelar Datuk) 10. Johan Mangku Negara (JMN) – 700 11. Johan Setia Mahkota (JSM) – 800

Ketegori lengkap Darjah Kebesaran Persekutuan yang ada pada hari ini adalah seperti berikut:

1. Darjah Kerabat dan Darjah Kebesaran Diraja – DKM dan DMN. 2. Darjah-darjah Yang Mulia Pangkuan Negara – SMN, PMN, JMN, KMN, AMN dan PPN. 3. Darjah-darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia – SSM, PSM dan JSM. 4. Darjah Yang Mulia Jasa Negara – PJN 5. Darjah-darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja – PSD, JSD, KSD, BSD. 6. Darjah Bakti – DB, SP (Seri Pahlawan Gagah Perkasa), PGB (Pingat Gagah Berani), JPP (Jasa Perkasa Perseku-


Darjah Kebesaran

333

tuan), PTU (Pingat Tentera Udara) dan KPK (Kepujian Perutusan Keberanian). 7. Pingat Perkhidmatan Lama dan Kelakuan Terpuji – PK (Pingat Kebaktian), PKB (Pingat Khidmat Berbakti), PPA (Pingat Perkhidmatan Am), PPS ((Pingat Perkhidmatan Setia) dan PPM (Pingat Perkhidmatan Malaysia).


334

48 Hari Kemerdekaan

Malaysia secara rasmi lahir ke

dunia pada 16 September 1963. Tetapi hari untuk memperingati hari kelahirannya tidak diadakan pada tarikh itu. Sebaliknya perayaan ulang tahun Malaysia dirayakan pada 31 Ogos setiap tahun sempena tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957. Nama rasmi perayaan itu ialah Hari Kemerdekaan. 31 Ogos dipilih kerana itulah tarikh Malaysia dirancang penubuhannya. Tetapi penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak itu terpaksa ditunda berikutan tentangan dua negara jiran – Indonesia dan Filipina terhadap projek Malaysia itu. Penundaan itu dibuat untuk membolehkan pasukan Bangsabangsa Bersatu meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak sama ada mereka benar-benar ingin menyertai Malaysia atau sebaliknya. Apabila badan dunia itu berpuas hati bahawa rakyat di kedua-dua wilayah itu ingin menyertai Malaysia, maka penentangan dua buah negara jiran itu tidak lagi diambil kira dalam memberi legitimasi terhadap kewujudan Malaysia. Sesuai dengan hasrat itu, maka Hari Kemerdekaan diadakan pada setiap 31 Ogos. Tarikh keramat itu wajar diperingat setiap tahun supaya generasi sekarang memahami erti lahir


Hari Kemerdekaan

335

dan membesar di sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Tentulah pemahaman erti kemerdekaan itu tidak sama dengan generasi pejuang kemerdekaan dulu. Benar perjuangan mereka tidak menumpahkan setitik darahpun seperti yang dialami para nasionalis kemerdekaan di negara-negara lain yang dijajah. Tetapi susah payah perjuangan generasi terdahulu wajar dikenang buat selama-lamanya. Mereka merupakan penggerak yang akhirnya membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Singapura. Pada setiap 31 Ogos setiap tahun selama lebih 50 tahun lalu, perarakan-perarakan megah kemerdekaan telah diadakan. Pada hari itu yang diisytiharkan sebagai cuti umum, tempat bendera Union Jack diturunkan diadakan perarakan yang melibatkan bukan sahaja anggota-anggota pasukan keselamatan, jabatanjabatan kerajaan, tetapi orang awam, termasuk kanak-kanak sekolah. Apabila konsep Persyarikatan Malaysia diperkenalkan semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, sektor swasta juga dibabitkan dalam perarakan-perarakan Hari Kemerdekaan. Radio dan televisyen pula menyiarakan majlis itu secara langsung untuk ditonton oleh jutaan warga lain yang tidak dapat ke Dataran Merdeka atau tempat-tempat lain di mana perarakan itu diadakan. Pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir keputusan dibuat untuk mengadakan perarakan Hari Kemerdekaan peringkat Persekutuan itu secara berselang-seli di Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain. Dengan itu, perarakan itu bukan sahaja dinikmati oleh mereka yang tinggal berhampiran di Kuala Lumpur, tetapi juga di negerinegeri lain yang merupakan komponen Persekutuan Malaysia. Perarakan besar-besaran itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, ahli-ahli Jemaah Menteri, timbalan menteri-timbalan menteri dan anggota pentadbiran yang lain. Perarakan-perarakan di peringkat negeri juga diadakan pada 31 Ogos. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mengetuai perarakan


336

M A L AY S I A

peringkat negeri itu. Sekiranya 31 Ogos dirayakan sebagai Hari Kemerdekaan, 16 September pula diisytiharkan sebagai Hari Malaysia yang dijadikan penutup Bulan Kemerdekaan yang mula dirayakan pada 15 Ogos sejak beberapa tahun lalu. Selain itu, 31 Ogos 1976, keputusan dibuat untuk menetapkan tema dan logo bagi perayaan Hari Kemerdekaan. Peraduan mencipta logo Hari Kemerdekaan diadakan setiap tahun. Penyertaan terbaik pula dipilih sebagai logo bagi Hari Kemerdekaan tahun itu. Berikut ialah tema yang telah dipilih bagi merayakan Hari Kemerdekaan antara 1976 hingga 2006. 1976 – Ketahanan Rakyat 1977 – Bersatu Maju 1978 – Kebudayaan Sendi Perpaduan 1979 – Bersatu Berdisiplin 1980 – Berdisiplin Berbakti 1981 – Berdisiplin Berharmoni 1982 – Berdisiplin Berharmoni 1983 – Bersama Ke Arah Kemajuan 1984 – Amanah Asas Kejayaan 1985 – Nasionalisme Teras Perpaduan 1986 – Bangsa Tegas Negara Teguh 1987 – Setia Bersatu Berusaha Maju 1988 – Bersatu 1989 – Bersatu 1990 – Berjaya 1991 – Wawasan 2020 1992 – Wawasan Asas Kemajuan 1993 – Bersatu Menuju Wawasan 1994 – Nilai Murni Jayakan Wawasan 1995 – Jatidiri Penggerak Wawasan 1996 – Budaya Penentu Kecapaian 1997 – Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Hari Kemerdekaan

337

1998 – Negara Kita Tanggungjawab Kita 1999 – Bersatu ke Alaf Baru 2000 – 2005 – Keranamu Malaysia 2006 – Keranamu Malaysia Misi Nasional Penjana Wawasan 2007 – Malaysiaku Gemilang 2008 – Malaysiaku Gemilang 2009 – 1Malaysia Tidak syak lagi Hari Kemerdekaan ke-50 yang dirayakan pada 31 Ogos 2007 adalah perayaan paling istimewa. Ia bukan sahaja telah dirayakan secara besar-besaran sepanjang tahun, tetapi sambutannya dibuat berasaskan konsep bersyukur dan pengakuan bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah hasil perjuangan bersama dalam pelbagai bidang. Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata program dan aktiviti yang diadakan bertujuan untuk mencetuskan minda atau mind-set yang baru kepada masyarakat Malaysia untuk lebih hebat dan gemilang pada tahun akan datang. Perayaan yang diadakan juga mencerminkan kejayaan negara selama setengah abad di bawah pemerintahan 13 Yang di-Pertuan Agong dan 5 orang Perdana Menteri. Kepimpinan setiap pemimpin utama negara ini terpancar pada perbarisan hari kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur di mana 50 tahun yang lalu bendera Union Jack diturunkan dan Jalur Gemilang dinaikkan.


338

49 Pusat Pentadbiran Persekutuan L ambang

terbaru Malaysia se足足ba足gai sebuah negara berdaulat ialah pusat pentadbiran Persekutuan yang canggih di Putrajaya. Ia kini adalah pusat kuasa Persekutuan di mana keputusan-keputusan penting yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan kita dibuat. Terletak kira-kira 25 kilometer dari ibu negara Kuala Lumpur, Putrajaya telah dibangunkan dengan perbelanjaan sebanyak RM20.5 bilion setakat ini. Kawasan seluas 4,931 hektar ini dulunya dikenali dengan nama Prang Besar, terletak dalam daerah Serdang di Selangor Darul Ehsan. Nama Putrajaya diberi sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. Putrajaya secara rasmi mula beroperasi sebagai pusat pentadbiran Persekutuan pada 10 Mei 1999 apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mula menjalankan tugas-tugasnya sebagai ketua kerajaan di Komplek Pejabat Perdana Menteri yang dikenali dengan nama bangunan Perdana Putra. Mulai Pilihan Raya Umum ke-11 pada 21 Mac 2004, Putrajaya juga menjadi sebuah kerusi Parlimen. Sebagai sebuah wilayah dalam Persekutuan Malaysia, Putrajaya ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya yang diterajui oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri


P u s a t Pe n t a d b i ra n Pe r s e k u t u a n

339

Samsuddin Osman. Bersama dengan dua wilayah Persekutuan yang lain iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang diwujudkan semula selepas Pilihan Raya Umum 2004 itu. Kementerian-kementerian lain turut berpindah ke Putrajaya secara berperingkat-peringkat selepas Kompleks Perdana Menteri memulakan operasinya kecuali kementerian-kementerian yang memang dikekalkan di Kuala Lumpur. Ini termasuklah Ke足 menterian Industri dan Perdagangan Antarabangsa yang memang tidak akan dipindahkan ke pusat pentabdiran Persekutuan. Kementerian-kementerian lain yang masih beroperasi di Kuala Lumpur tetapi akhirnya akan berpindah ke Putrajaya ialah Kementerian Penerangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Kementerian-kementerian lain sudahpun mempunyai kediaman baru di Putrajaya. Putrajaya mula dibangunkan mulai 12 Oktober 1994. Sejak mula lagi rancangan pembangunannya adalah bercirikan budaya tempatan. Apa yang lebih membanggakan Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa kita sendiri. Selain menempatkan bangunanbangunan kementerian dan jabatan kerajaan, Putrajaya juga dirancang dengan kawasan perumahan yang mencukupi, kemudahan komersial yang canggih, kemudahan sosial yang kemas dan kemudahan beribadat kelas pertama. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah mesra komuniti. Untuk memupuk semangat kejiranan yang baik, rumah-rumah dibina tanpa pagar. Pemaju Putrajaya ialah Putrajaya Holdings Sendirian Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Petroliam Nasional Berhad (64.5 peratus), Khazanah Nasional Berhad (15.6 peratus) dan Kumpulan Wang Amanah Negara sebanyak 20 peratus. Sebagai satu lagi lambang pengorbanan dan kemurahan hati Selangor Darul Ehsan, Putrajaya telah dipersetujui menjadi sebuah Wilayah Persekutuan. Sebelum itu, Selangor telah


340

M A L AY S I A

menyerahkan Kuala Lumpur, ibu negerinya dan ibu negara Persekutuan untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974. Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya diluluskan oleh Parlimen 19 Oktober 1995 untuk menjadikannya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan. Putrajaya, apabila dibangunkan sepenuhnya kelak, akan menjadi sebuah bandar paling canggih di negara ini. Lokasinya cukup strategik. Ia bukan sahaja terletak di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia, tetapi dikelilingi oleh empat lingkaran lebuh raya untuk menghubungkannya dengan dunia luar. Ini termasuk Le­buhraya Lembah Klang Selatan; Lebuhraya UtaraSelatan Tengah; Lebuhraya Puchong Damansara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Sistem pengangkutan dalamannya pula – yang pada waktu ini belum siap sepenuhnya – juga dirancang supaya mesra alam dan pengguna. Asas pada pembinaan sistem pengangkutannya adalah kemudahan-kemudahan awam yang lebih berkesan menggunakan rekaan dan teknologi terkini.Matlamat strategi pengangkut ini ialah untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik dan bebas dari pencemaran bunyi dan udara; memaksimumkan penggunaan pengangkutan bebas pencemaran. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan penghuni Putrajaya menggunakan pengangkutan awam dalam pergerakan dari satu presint ke presint yang lain. Dari segi jangka panjang, Putrajaya juga dirancang untuk memiliki kemudahan LRTnya sendiri di samping jaringan lebuh raya yang baik untuk menghubungkannya dengan Kuala Lumpur. Kehidupan malam Putrajaya mungkin tidak bermaya untuk menarik pelancong, tetapi kewujudan bangunan-bangunan penting kerajaan boleh digunakan sebagai tarikan untuk orang berkunjung ke Pusat Pentadbiran Persekutuan itu. Ini termasuklah: Perdana Putra, Masjid Putra, Jambatan Putra, Dataran Putrajaya, Istana Keadilan, Seri Perdana, Jambatan Seri Perdana, Putrajaya


P u s a t Pe n t a d b i ra n Pe r s e k u t u a n

341

International Convention Centre, Istana Melawati dan Istana Darul Ehsan. Selain itu, Putrajaya turut menempatkan Taman Selatan, Putrajaya Wetlands Park, Tasik Putrajaya sebagai tarikan pelancong. Sudah tentu apabila teringat Putrajaya, maka orang akan turut mengingati pengasas Putrajaya iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Beliaulah yang telah mengambil inisiatif untuk negara mempunyai sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur yang sudah matang pemba足 ngunannya itu. Jika tidak, Kuala Lumpur akan menjadi sebuah ibu negara yang cukup sesak. Lantaran itu, idea untuk penubuhan sebuah pusat khas kerajaan dirancang dan dilaksanakan meniru apa yang terdapat di Australia (Canberra), Brazil (Brasilia) dan Amerika Syarikat (Washington D.C.). Kuala Lumpur dijadikan pusat komersial dan perdagangan seperti Sydney atau New York, manakala Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan yang menjadi lambang kebangsaan sebuah negara yang bebas dan merdeka.


342

50 Perayaan Kebangsaan

Malaysia adalah satu-satunya

negara di dunia ini yang memberi pengiktirafan kebangsaan kepada enam perayaan yang diraikan oleh enam kolompok kaum utamanya. Enam perayaan itu ialah – Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Pesta Keamatan. Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh bangsa Melayu/Islam selepas sebulan menunaikan ibadat puasa sepanjang bulan Ramadan. Tahun Baru Cina dirayakan oleh kaum Tionghua yang asal usul mereka, seperti yang digambarkan oleh nama adalah daripada benua China. Deepavali adalah perayaan penganut agama Hindu. Krismas pula yang dirayakan setiap 25 Disember adalah perayaan pengikut agama Kristian. Hari Gawai adalah perayaan kaum Dayak di Sarawak dan Hari Keamatan diraikan oleh orang Kadazan/Dusun di Sabah. Sewaktu menyambut perayaan-perayaan ini, bukan sahaja negara bercuti umum, tetapi rumah terbuka peringkat kebangsaan diadakan untuk merayakannya secara besar-besaran. Penganjuran rumah terbuka itu dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, kemudiannya Kementerian Penerangan dan Kommunikasi menggunakan peruntukan yang bukan sedikit


Pe raya a n Ke b a n g s a a n

343

setiap tahun. Rumah terbuka itu biasanya diadakan di negerinegeri tertentu kecuali bagi Hari Gawai dan Pesta Keamatan yang biasanya diadakan di Sabah dan Sarawak sahaja. Sewaktu rumah terbuka kebangsaan bagi perayaan-perayaan ini diadakan, kehadirannya turut disertai para pemimpin tertinggi negara. Yang di-Pertuan Agong, atas sifat baginda selaku Kepala Utama Negara adalah tetamu kehormat keenam-enam perayaan tersebut. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahliahli Jemaah Menteri turut serta. Semasa perayaan itu, hidangan istimewa yang dikaitkan dengan perayaan yang diraikan akan disediakan. Ribuan rakyat yang hadir datang untuk menjamu selera sambil menjalin silaturahim. Pertunjukkan-pertujukkan kebudayaan mencermin perayaan yang dirayakan juga diadakan. Tetapi dalam banyak keadaan, persembahan-persembahan kebudayaan seperti tarian adalah kacukan persembahan yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. Kacukan pelbagai jenis tarian ini yang diusahakan oleh Kemen­ terian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan khususnya di bawah kepimpinan menterinya, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dibuat dengan mengadunkan anasir-anasir terbaik yang ter­dapat dalam kesenian Melayu, Cina, India dan kaum-kaum utama yang lain. Perkembangan ini dapat disaksikan sejak Dr. Rais memimpin kementerian itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Bagaimanapun jika diamati betul-betul, persembahan ke­se­ni­an kacukan itu masih berteraskan kebudayaan Melayu. Kebijak­ sanaan Dr. Rais berusaha untuk melahirkan apa yang barangkali boleh dipanggil sebagai kebudayaan Malaysia pada suatu hari nanti memang wajar dipuji. Dalam berbuat demikian, beliau dan pegawai-pegawai di kementeriannya telah mempamer­kan kreativiti dan inovasi yang tinggi. Kepandaian beliau mengguna­kan enam perayaan kebangsaan untuk menelurkan idea bagi kemunculan sebuah kebudayaan Malaysia itu adalah usaha yang amat bermakna dalam memupuk perpaduan nasional di negara ini.


344

M A L AY S I A

Jelas bahawa rumah terbuka enam perayaan bertaraf kebangsaan itu bukan sekadar medan untuk menjamu selera. Ia bukan sekadar medan untuk rakyat bertemu pemimpin. Rumah terbuka itu memperlihatkan tahap tinggi perpaduan nasional. Kehadiran rakyat berbilang kaum membuktikan bahawa kita mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap satu sama lain. Mereka yang tidak dapat hadir secara peribadi boleh mengikuti rumah terbuka enam perayaan kebangsaan itu menerusi kaca televisyen RTM1 yang menyiarkan acara itu secara langsung setiap kali ia diadakan. Pengiktirafan kerajaan sendiri terhadap perayaan yang hanya dirayakan oleh kumpulan minoriti itu seperti Krismas atau Deepa足 vali menunjukkan darjah toleransi yang tinggi terhadap amalan pelbagai agama di negara ini. Di negara-negara lain beberapa perayaan yang kita nobatkan sebagai acara kebangsaan itu, sama sekali tidak diberi pengiktirafan. Di Indonesia misalnya, Tahun Baru Cina atau lebih dikenali sebagai Tahun Baru Imlek tidak dibenarkan dirayakan semasa pemerintahan Presiden Suharto. Orang Cina Indonesia hanya boleh menyambut Imlek mereka selepas era reformasi. Tetapi hari itu tidak diisytiharkan sebagai cuti umum. Krismas juga tidak menjadi cuti umum di negara jiran itu. Malah di Britain di mana terdapat bilangan golongan minoriti yang agak besar, tiada cuti umum diberi bagi merayakan perayaan-perayaan tertentu sama ada yang berbentuk agama atau tidak. Inilah tuahnya menjadi warganegara Malaysia, yang barangkali tidak begitu disedari oleh banyak orang.


345

51 Pakaian Kebangsaan

S etiap

kali anda menerima jem­p utan untuk menghadiri majlis-majlis tertentu, di dalam kad jemputan itu akan dinyatakan pakaian untuk majlis itu. Ada kalanya majlis itu memerlukan anda memakai lounge suit – pakai­an barat lengkap dengan jaket dan bertali leher. Atau sekadar cukup memakai baju batik. Atau pakaian kasual jika majlis itu agak santai sifatnya. Tetapi bagi majlis-majlis rasmi negara ada kalanya tetamu yang diundang diwajibkan memakai baju kebangsaan terutamanya bagi orang Melayu beragama Islam. Malah duta-duta dan para pesuruhjaya tinggi Malaysia sewaktu menyerahkan watikah pelantikan masing-masing kepada ketua negara yang mereka wakili – Melayu atau bukan Melayu – diwajibkan untuk memakai pakaian kebangsaan. Tiada pengecualian diberikan untuk upacara itu. Tan Sri Razali Ismail, anak Malaysia tunggal sehingga ini yang pernah dilantik menjadi Presiden Majlis Keselamatan Bangsabangsa Bersatu di New York, dengan megah dan bangganya mengenakan pakaian kebangsaan sewaktu mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut. Bayangkan betapa megah dan bangganya kita rakyat Malaysia melihat baju Melayu dipakai pada


346

M A L AY S I A

satu forum tertinggi komuniti antarabangsa yang mungkin hanya dapat kita saksikan untuk tempoh yang agak lama lagi. Apakah takrifan baju kebangsaan itu? Yang diiktiraf sebagai pakaian kebangsaan itu sebenarnya adalah baju Melayu untuk lelaki. Pakaian kebangsaan untuk wanita tidak pula dinyatakan. Tetapi diandaikan bahawa oleh kerana bagi lelaki adalah baju Melayu, maka bagi wanita pakaian kebangsaan adalah baju kurung. Baju kebaya juga diterima sebagai pakaian kebangsaan untuk wanita. Baju Melayu untuk lelaki itu mengandungi baju tangan panjang dengan leher cekak musang dan seluar yang diperbuat daripada kain yang sama warnanya. Pemakaian seluar dan baju itu kemudian dilengkapkan dengan pemakaian kain samping yang diperbuat daripada songket dan juga songkok baldu berwarna hitam yang dikenakan di kepala. Samping songket dipakai pada bahagian pinggang dengan menutup sebahagian daripada baju itu daripada pinggang ke bawah. Panjang samping itu biasanya sampai ke paras lutut, walaupun ada kalangan memakai samping hingga ke bawah lutut. Pakaian kebangsaan ini dipakai oleh para pembesar-pembesar negara pada majlis-majlis rasmi tertentu. Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Yang Dipertuan Negara akan memakai baju kebangsaan sewaktu mereka mengangkat sumpah jawatan atau sewaktu ditabalkan dalam kes Raja-Raja. Atau sewaktu menyampaikan darjah kebesaran – Persekutuan dan Negeri – setiap tahun pada hari keputeraan mereka. Penerima darjah berbangsa Melayu diwajibkan untuk memakai pakaian kebangsaan pada majlis itu manakala bukan Melayu boleh memilih untuk memakai pakaian kebangsaan atau lounge suit. Perdana Menteri dan anggota kabinet Melayu yang lain juga akan mengenakan pakaian kebangsaan sewaktu mereka meng­ angkat sumpah jawatan. Pasangan yang menjadi raja sehari biasanya akan memakai baju Melayu yang diperbuat daripada


Pa k a i a n K e b a n g s a a n

347

songket. Ada juga di antara kita yang mengenakan baju Melayu setiap hari Jumaat untuk mengerjakan solat mingguan di masjid. Kakitangan kerajaan memang dibenarkan untuk memakai baju Melayu setiap Jumaat. Malah syarikat-syarikat tertentu turut berbuat demikian. Tetapi pemakaian baju Melayu itu tidak pula diwajibkan. Terserah kepada individu. Baju Melayu untuk majlis-majlis rasmi negara biasanya berwarna hitam, termasuk samping dan songkoknya sekali. Apabila berlaku kemangkatan Raja, tetamu yang menziarahi jenazah juga akan mengenakan baju hitam sebagai tanda berkabung. Bagaimanapun bagi kerabat diraja, baju Melayu yang mereka pakai sewaktu berkabung adalah berwarna putih. Di Johor baju Melayu yang dipakai oleh lelaki agak berbeza dengan apa yang rasmi. Baju Melayu Johor tidak berleher. Baha足 gian baju Melayu pinggang ke bawah diletakkan di atas kain samping. Tetapi pemakaian cara Johor itu tidak dibenarkan bagi majlis-majlis rasmi. Bagaimanapun pemakaian untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, atau sewaktu merayakan Hari Raya Aidil足 fitri atau ke majlis-majlis perkahwinan atau majlis-majlis santai yang lain tidak menjadi masalah. Selain di Malaysia, baju Melayu juga dipakai secara meluas di Singapura, Brunei dan Indonesia. Tetapi diketiga-tiga negara alam Melayu itu, baju Melayu tidaklah diiktiraf sebagai pakaian kebangsaan. Keputusan kerajaan kita untuk mengiktiraf baju Melayu se足b agai pakaian kebangsaan adalah satu lagi usaha untuk mengekalkan warisan Melayu dalam Malaysia yang didiami oleh berbilang kaum ini. Pakaian kebangsaan itu akan mengingatkan kita semua bahawa Malaysia suatu waktu dulu adalah sebuah negara Melayu yang pernah mempunyai sejarah yang gemilang dan terbilang terutama sewaktu era kesultanan Melaka antara 1400 hingga 1511. Tetapi penjajahan selama 446 tahun telah menukar komposisi penduduk bumi Melayu ini kepada apa yang ada sekarang. Pakaian kebangsaan akan mengingatkan


348

M A L AY S I A

sejarah silam kita. Pada waktu yang sama kita juga tidak boleh lari daripada rea足liti semasa. Pakaian kebangsaan adalah cermin kepada hakikat sejarah itu.


349

52 Hari Malaysia

H

ari Malaysia secara rasmi mula dirayakan sebagai hari kebangsaan kedua negara, selepas Hari Kemerdekaan pada 16 September 2010 – genap 46 setelah Per­s ekutuan Malaysia, yang menggabungkan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah diinstitusikan pada tarikh yang sama pada 1963. Sesuai dengan keputusan itu, 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum bagi membolehkan perayaan besar-besaran diadakan bagi memperingati penubuhan Malaysia itu. Upacara peringatan itu akan diadakan secara bergilir-gilir di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, 16 September hanya dirayakan secara rasmi di Sabah dan Sarawak kerana bagi keduadua buah negeri, tarikh itu adalah satu pancang tanda penting dalam meraikan kemerdekaan mereka melalui Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, tiada sebarang perayaan khusus diadakan pada 16 September. Ini kerana perayaan penubuhan Malaysia itu digabungkan serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang dirayakan pada setiap 31 Ogos. 16 September sekadar dirayakan sebagai majlis penutup bulan kemerdekaan apabila perayaan kemerdekaan diadakan selama sebulan bermula 16 Ogos setiap tahun pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tetapi perasaan tidak puas hati terus disuarakan di Sabah dan


350

M A L AY S I A

Sarawak dengan keputusan tersebut. Lalu desakan dibuat su­ paya tarikh 16 September diisytiharkan sebagai hari kebang­saan sebenar bagi Malaysia kerana pada hari itulah, bukan 31 Ogos, persekutuan baru yang menggabungkan tiga wilayah yang suatu waktu pernah dijajah oleh Inggeris, lahir menjadi sebuah negarabangsa di pentas dunia, menggantikan tempat Persekutuan Tanah Melayu. Benar sewaktu Malaysia didayausahakan pada 1963, para pengasas Malaysia telah merancang supaya Persekutuan baru itu juga diisytiharkan pada 31 Ogos – sama dengan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi benarlah kata orang, manusia merancang Tuhan menentukan. Bantahan oleh dua negara jiran – Indonesia dan Filipina – yang mahu menggagalkan pembentukan Malaysia itu telah menyebabkan kelahiran entiti politik baru itu tertangguh selama dua minggu. Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya manakala Jakarta pula mendakwa Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Kalimantan yang ia miliki. Indonesia juga menentang penubuhan Malaysia yang dianggap sebagai projek penjajah untuk meluaskan lingkungan pengaruh mereka di rantau ini. Bagi membolehkan penubuhan Malaysia benar-benar tidak di­pertikaikan, maka Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu membuat keputusan untuk melakukan pungutan suara bagi menentukan sama ada rakyat di kedua-dua wilayah itu benar-benar ingin mer­­deka melalui Malaysia atau sebaliknya. Setelah berpuas hati bahawa penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai Malaysia, baru­lah badan dunia itu memberi perkenan kepada penubuhannya. Bagaimanapun proses pungutan suara itu telah menyebabkan Malaysia tidak dapat ditubuhkan pada 31 Ogos seperti yang dirancang. Tetapi kelewatan dua minggu itu tidak menghalang para pemimpin Malaysia untuk mencapai kata sepakat bagi merayakan ulang tahunnya serentak dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos. Cuma di Sabah dan di Sarawak tidak keterlaluan


Hari Malaysia

351

jika dikatakan bahawa perayaan kemerdekaan pada setiap 31 Ogos tidak memberi apa-apa makna kerana sewaktu Tanah Melayu dimerdekakan pada tarikh itu, kedua-dua wilayah itu masih merupakan tanah jajahan Inggeris. Perjuangan kemerdekaan itu juga tidak disertai oleh mereka. Ada tanggapan bahawa 31 Ogos adalah perayaan kebangsaan yang dipaksakan oleh Kuala Lumpur ke atas Kota Kinabalu dan Kuching sedangkan pada hakikatnya sentimen perjuangan memerdekakan Tanah Melayu tidak dapat dirasakan oleh mereka. Lantaran itu apabila terdapat peluang dan ruang, maka desakan-demi desakan terus dikemukakan supaya 16 September diisytiharkan sebagai hari kebangsaan yang diberi status cuti umum dan diraikan secara rasmi bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga di Semenanjung. Hanya dengan itu, barulah se­mangat sebenar Malaysia dapat dirasakan di setiap pelosok negara. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri pada awal Mac 2009 tentulah tidak dapat berdiam diri dengan tuntutan itu terutamanya selepas ia disuarakan secara lebih lantang selepas pilihan raya umum 2008. Ini kerana keputusan pilihan raya itu memberi imbangan politik yang kuat kepada Sabah dan Sarawak dalam angkubah kuasa politik Barisan Nasional (BN) yang kembali memerintah Persekutuan tanpa majoriti dua pertiga. Tanpa dokongan kuat dan kesetiaan BN di Sabah dan Sarawak, BN pusat mungkin sudah kehilangan kuasa di Kuala Lumpur. Tambahan pula sebagai pelopor gagasan 1Malaysia, memang sukar bagi Najib untuk mengetepikan sahaja tuntutan supaya 16 September diingati sebagai tarikh penubuhan Malaysia. Dalam senario baru politik itu, desakan-desakan supaya Hari Malaysia dijadikan hari kebangsaan cuma menunggu masa sahaja untuk diumumkan. Andaian itu memang tepat. Apabila Dewan Rakyat mengadakan persidangan semula pada 19 Oktober 2009 antara perkara pertama yang diumumkan oleh Najib ialah bahawa mulai 2010 “ulang


352

M A L AY S I A

tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara”. Pengumuman itu disambut dengan penuh kesyukuran bukan sahaja di Kota Kinabalu dan Kuching. Di Kuala Lumpur juga, berita itu juga disambut dengan penuh kegembiraan. Dengan pengumuman itu bermakna Malaysia barangkali adalah satu-satunya negara di dunia yang meraikan dua hari kebangsaan – Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dan Hari Malaysia pada setiap 16 September. Sambutan kedua-dua hari kebangsaan itu bukanlah sesuatu yang pelik atau ganjil; sebaliknya ia memberi signifikan yang tersendiri bagi sejarah sebuah negara yang unik seperti Malaysia. Tetapi perayaan dua hari kebangsaan itu akan dibuat dengan cara yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri di Parlimen: “Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan ketenteraan dan sebagainya. Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia.” Perdana Menteri juga percaya menerusi Hari Malaysia suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia pada 1963, turut dirasai penduduk Semenanjung. Malah ada pemerhati yang berpendapat bahawa Hari Malaysia adalah pelengkap kepada integrasi sebenar tiga buah wilayah – Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak – yang bersetuju bergabung menjadi sebuah unit politik yang merdeka dan berdaulat pada 1963. Ada juga yang berkata, tidak mustahil pada masa-masa akan datang, perayaan Hari Malaysia akan menjadi lebih penting berbanding Hari Kemerdekaan. Ini kerana Hari Kemerdekaan mungkin dekat di hati orang-orang Semenanjung sahaja sedangkan Hari Malaysia dapat dirasakan oleh semua.


353

Bibliografi

Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution, A Critical Introduction, The Other Press, Kuala Lumpur, 2003. Andrew Harding, Law, Government and the Constitution in Malaysia, Malaysian Law Journal Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1996. Chamil Wariya, Perjuangan Membela Melayu, UMNO Selangor 1946-2006, Media Global Matrix Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 2006. David Robertson, Dictionary of Politics, Penguin Books, London, 1985. Ghazali Shafie, Malaysia: Nilai Politik dan Budaya, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1983. ------------------, Rukunegara A Testament of Hope, Creative Enterprise, Kuala Lumpur, 1985. Ho Hui Ling, Darurat 1948-1950, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Penerbit Universiti Malaya, 2004. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Konsep Islam Hadhari, Satu Penjelasan, Putrajaya, 2005. James P. Ongkili, Nation Building in Malaysia, 1946-1974, Oxford University Press, Singapore, 1985. Joseph M. Fernando, THE MAKING OF THE MALAYAN CONSTITUTION, MBRAS, Kuala Lumpur, 2002. Just Faaland, Jack Parkinson, Rais Saniman, Growth and Ethnic Inequality, Malaysia’s New Economic Policy, Utusan Publications and Distributors, Kuala Lumpur, 2003. Kadir Dikoh, Nilai Perdagangan Negara RM1.069 trilion, Berita Harian, 9 Februari 2007.


354

Bibliografi

Khusairie Talib, Kontroversi 20 Perkara Sabahan Vs Sabahan, Goldana Corporation Sdn Bhd, 1993. Mahathir Mohamad, Tun Dr, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Dewan Bahasa dan Pustaka & Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Kuala Lumpur, 1991. Mohamed Suffian bin Hashim, Tun, Mengenal Perlembagaan Persekutuan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984. Mohd. Nakhaie Ahmad, Islam Hadhari sebagai teras pemacu kemajuan negeri, Institut Perkembangan Minda, Petaling Jaya, 2005 (cetakan kedua). Muhammad Kamil Awang, Dato’, Sultan dan Perlembagaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001. Mukriz Mahathir & Khairy Jamaluddin, Malaysia’s New Economic Policy: An Overview, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2003. Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Service, Kuala Lumpur, 2000. Rais Yatim, Freedom Under Executive Power in Malaysia, A study of Executive Supremacy, Endowment Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 1985. -------------, Jelebak Jelebu, corat coret anak Kampung, DTP Enterprise Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 2004. -------------Cabinet Governing in Malaysia, DTP Enterprise Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 2006. Raja Luvena Sharifuddin, Dagangan RM1 trilion, Utusan Malaysia, 9 Februari 2007. Roger Scruton, A Dictionary of Political Thought, MacMillan Press, London, 1982. Rosilawaty Ramly, Kenali dan Cintai Jalur Gemilang, Bernama, 18 Ogos 2006. Rupa Damodoran, Giant Leap in trade to break new ground, New Straits Times, 9 February, 2007. Rustam A Sani, Melayu Baru dan Bangsa Malaysia, Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya, Utusan Publications and Distributors, Kuala Lumpur, 1993. ------------------, Politik dan Polemik Bahasa Melayu, Utusan Publications and Distributors, Kuala Lumpur, 1993. Shaila Koshy, Living by tenets of Rukunegara, the Star, 27 November 2006. Thock Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu Pandangan Kaum Cina, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2005. Victor Purcell, The Chinese in Malaya, Oxford University Press, 1967. Zulkifli Abd Rahman, Record Trillion, Star, 9 Februari 2007.


355

Indeks

A Agama Persekutuan, 292-297 Anthony Bell, Sir, 12 Azahari, A.M, 13

B Badan Kehakiman, evolusi kehakiman negara, 250-253; kuasa, 253-254; keanggotaan mahkamah, 254-256; pelantikan dan pemecatan, 256-258 Bahasa Kebangsaan, 298-299; kompromi merdeka, 300; mendaulatkan bahasa kebangsaan, 301-306; memantapkan bahasa kebangsaan, 306-308; selepas 50 tahun, 308-310 Bangsa Malaysia, ciri-ciri sebuah bangsa, 123-125; bangsa Malaysia, cadangan Mahathir, 125-127; impian dan realiti, 127-130 British Military Administration, 9 Brunei, 12, penarikan diri, 26-29 Bukan Melayu, asal usul, 108-112

C Cobbold, Lord, 14

D Darjah kebesaran, 329-333 Dasar Ekonomi Baru, 113-114; DEB apa yang diperjuangkan, 114-118; prestasi DEB, 118-121 Demokrasi berparlimen, 41-43 Dewan Negara, fungsi dan peranan, 207-208; keahlian, 209-211; kritikan, 211-212 Dewan Rakyat, asal usul, 192-193; peranan dan fungsi, 193-196; keahlian, 197-199; persidangan, 199-201; keistimewaankeistemewaan, 201-202; keberkesanan, 203-205; akta, ordinan, enakmen, 205 Dewan Undangan Negeri, 245-246; tugas dan keistimewaan, 247; kelayakan ahli, 247-248 Donald Stephen, 13 Duke of Gloucester, 3


Indeks

356

E Ekonomi, 70-75

H Hari Kemerdekaan, 324-337 Hari Malaysia, 349

I Islam Hadhari, 138-155

J Jalur Gemilang, 318-321 Jemaah Menteri, asal usul, 227-228; pembentukan Kabinet, 228-230; realiti politik, 231-233; kuasa, 233235; prinsip tangungjawab bersama dan kerahsiaan, 235-237 Jus soli, 48, 50

K Kebebasan asasi, kebebasan diri, 58-59; keabdian dan kerja paksa; 59-60, perlindungan undangundang jenayah, 60; sama rata, 60-61; larangan buangan negeri, 61; kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, 62; kebebasan agama, 62-63; hak pelajaran, 63; hak terhadap harta, 64; kebebasan – antara ideal dan realiti, 64-65.

Kedudukan geografi, 76-78 Kerajaan sementara, 264-266 Kerajaan Tempatan, asal usul, 282284; majlis Negara, 284-285; tiga kelas kerajaan tempatan, 285-287; masa depan, 287-289 Kewarganegaraan, 52-57, Komposisi penduduk, 79-82 Kontrak sosial, 47-51

L Lagu kebangsaan, 322-325 Lee Kuan Yew, 11, 12, 32

M Mageran – pemerintahan darurat, 259-263 Majlis Raja-Raja, fungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan, 179-180; memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong, 181-182; pelantikan, 182-183; persetujuan undang-undang, 183-184, penubuhan mahkamah khas, 184-185 Malayan Chinese Assocation, 10 Malayan Indian Congress, 10 Malayan Union, 8, 9, 10, 47, 52-54, 80 Malaysian Malaysia, 31 Malaysian Solidarity Consultative Committee, 14 Malaysian Solidarity Convention, 26 Melayu dan bumiputera, takrif perlembagaan, 83-85; hak istimewa, 86-95; ketuanan politik, 96-107; cabaran awal terhadap ketuanan, 99-100; pengukuhan ketuanan Melayu, 101-107


Indeks

Menteri Besar dan Ketua Menteri, asal usul, pelantikan dan kuasa, 238-241; penggantian jawatan, 241-244 Mohd Suffian Hashim, Tun, 37-38

N Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 8 Negeri-negeri Selat, 9 Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, 9

O Ong Kee Hui, 13 Ongkili, James P, 27

P Pakaian kebangsaan, 345-348 PAP, 32 Perayaan Kebangsaan, 342-344 Pendudukan Jepun, 8 Perdana Menteri, asal usul jawatan, 215-217; kuasa Perdana Menteri, 217-224; pemecatan, 224-225 Perkhidmatan Awam, 273-281 Perlembagaan Persekutuan, 37-40 Permasyhuran kemerdekaan, 3, 4-7 Persekutuan Tanah Melayu, 8-10 Persekutuan Malaysia, 8, penubuhan, 11-17; permashoran, 15-17 Pilihan raya, 66-70 Pusat Pentadbiran Persekutuan, 338-341

Q Queen Elizabeth, 3

357

R Raja Berperlembagaan, 44-46 Ringgit Malaysia, 326-328 Rukun Negara, latar belakang kelahiran, 312-315; intipati, 315-317

S Sabah, 11, darjat istimewa, 18-25 Sarawak, 11, darjat istimewa, 18-25 Satu Malaysia, 156-168 Singapura, penyingkiran, 30-36 Stadium Merdeka, 3 Sultan, 186-190 Suruhanjaya Pilihan Raya, 267-272

T Tunku Abdul Rahman, 3, 4, 11, 12

U United Malays National Organization, 10 Union Jack, 3

W Wawasan 2020, 131-132; maju dengan sembilan ciri, 132-134; selepas peralihan pemimpin, 134-137

Y Yang di-Pertuan Agong, ketua Negara, 171-174; peranan dan kuasa, 174-177



359

Profil Chamil Wariya

C

hamil Wariya kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI). Pernah menjadi pengurus besar, Divisyen Berita dan Ehwal Semasa Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3. Pernah berkhidmat dengan Kumpulan Utusan sebagai pemberita, penulis rencana pengarang, pengarang rencana dan ketua bahagian majalah. Bersama dengan sekumpulan wartawan Utusan, Chamil mengasaskan mingguan Suara Rakyat dan maja­l ah bulanan SARINA di mana beliau bertindak sebagai pe­ngarang pada awal 1975. Juga pernah berkhidmat sebagai wartawan siaran dengan Perkhidmatan Luar Negeri British Broadcasting Corporation (BBC) di London antara 1976 hingga 1982. Chamil juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang hubungan antarabangsa. Antara 1984 hinggalah beliau menyertai Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 pada 17 Ogos 1998, Chamil bertindak sebagai pengacara program bual bicara mingguan Wawancara yang disiarkan oleh TV1, Radio dan Televisyen Malaysia atau RTM. Di TV3, beliau pernah mengendalikan program bual bicaranya sendiri – SoalJawab dan In Conversation, sebuah program yang


360

P r o f i l C h a m i l Wa r i ya

menemuramah tokoh-tokoh ASEAN. Antara yang muncul dalam program yang diterbitkan secara bersama dengan tiga stesen televisyen ASEAN yang lain – RCTI, Indonesia, iTV, Thailand dan ABS-CBN, Filipina itu termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia, Dr. Amien Rais, bekas Setiausaha Agung ASEAN, Rudolfo Saverino, Presiden Timur Leste, Xanana Gusmao. Chamil dilahirkan di Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor. Mendapat pendidikan awal di Kerling dan Kuala Kubu Bharu. Semasa berkhidmat dengan BBC di London beliau turut menggunakan kesempatan itu untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama di University of Westminster dalam bidang sains sosial mengkhususi bidang politik dan sejarah ekonomi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di University of Leicester di United Kingdom. Pada 1989-1990 beliau menerima Anugerah Sarjana Chevening di University of East Anglia bagi meneruskan pengajian peringkat sarjana dalam politik dan hubungan antarabangsa. Semasa berada di London, Chamil aktif dalam Kelab UMNO United Kingdom. Beliau pernah bertindak sebagai pengarang Suara UMNO UK dan Setiausaha kelab itu. Chamil pernah menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Istilah Sains Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli Panel Anugerah Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan sewaktu Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak menjadi menterinya. Selain itu, Chamil juga pernah menjadi Ahli Panel, Dasar Penerangan Negara, Kementerian Penerangan Malaysia. Pada waktu ini selain bertindak sebagai Pengerusi, Malaysian Press Institute atau MPI, beliau menganggotai Jawatankausa Penerangan UMNO Malaysia, Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan bagi tempoh 2005-2008, Ahli Ja-


P r o f i l C h a m i l Wa r i ya

361

watankuasa Penyelarasan Bahasa Media Penyiaran, Kementerian Penerangan, Ahli Lembaga Eksekutif, Yayasan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM). Beliau juga menganggotai panel juri Anugerah Seri Angkasa, Kementerian Penerangan bagi 2004, 2005 dan 2006. Chamil juga pernah menganggotai panel penasihat Nam News Network yang ditubuhkan oleh Pergerakan Negara-negara Berkecuali sebagai agensi berita pergerakan itu pada 2006. Pada 2007 beliau dilantik Pemangku Pengerusi, Malaysian Press Institute. Selama setahun sebelum itu, beliau adalah timbalan pengerusi institut yang dianggotai oleh 35 buah pertubuhan media dan Kementerian Penerangan Malaysia itu. Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang kewar­ tawanan, penulisan dan perkhidmatan kepada masyarakat, beliau dianugerahi Darjah Kebesaran Selangor dan Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk. Sempena Permahkotaan Sultan Selangor pada Mac 2003, Chamil mendapat gelaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) manakala kerajaan Pulau Pinang pula menganugerahinya Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) pada 2001. Pada 2001 juga beliau dianugerahi Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSA) dan pada 2000 beliau menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMM) daripada Yang di-Pertuan Agung. Chamil adalah pemenang Hadiah Khas Juri, Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas pada 2005 dan penerima Hadiah Kewartawanan ASEAN anjuran Mobil Oil pada 1986. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, meng­ajar subjek penulisan dan pelaporan berita untuk siswa ijazah pertama di universiti berkenaan pada tahun akademik 2007.



363

Karya-karya lain oleh Chamil Wariya Malaysia – politik, kepimpinan dan tokoh 1. Najib Razak, The Prime Minister of Malaysia, 2009 2. Najib Razak – Pendakian ke Puncak Kuasa, 2009 3. Parlimen Malaysia – Perjalanan Badan Perundangan Persekutuan, 2009 4. Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan, 2007 5. 50 Ikon Bangsa, 2007 6. In His Own Right, Najib Razak and Malaysian Politics, 2007 7. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo: Kisah Hidup dan Bingkisan Perjuangan, 2006 8. Potret Peribadi Abdullah Ahmad Badawi, 2006 9. G. Palanivel – Perjalanan ke dunia politik, 2006 10. Perjuangan Membela Melayu, UMNO Selangor 1946-2006, 2006 11. Najib Razak 30 tahun dalam politik, 2006 12. Endon Mahmood Potret Srikandi Berjasa, 2006 13. The Survivor Meets the Challenge – Abdullah Badawi and Malaysian Politics, 2005 14. Naik Jatuh dan Bangun Semula Abdullah Badawi dan Politik Malaysia, 2005


364

K a r ya - k a r ya l a i n o l e h C h a m i l Wa r i ya

15. Dari Sungai Panjang ke Bukit Megawati, Perjalanan Politik Dr. Mohamad Khir Toyo, 2004 edisi pertama, 2005 edisi kedua 16. Kesinambungan dan Perubahan, Malaysia Di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, 2004 17. Perjalanan Politik PM ke-5, 2004 18. Pemilihan UMNO 1996: Profil, Rekod dan Prestasi Caloncalon Naib Presiden, 1996 19. Suara Bicara Melayu Baru, 1995 20. Muhammad Haji Muhd Taib, Dari Pendidik ke Pemimpin, 1994 21. Krisis Sultan-Menteri Besar: Apa Sebenarnya Terjadi, 1992 22. UMNO Sabah: Mencabar dan dicabar, 1990 23. Politik dan Raja, 1990 24. Pandangan Politik Era Mahathir, 1990. 25. UMNO Era Mahathir, 1988 26. UMNO Baru – Sejarah dan Perkembangan Awalnya, 1988 27. Politik Kompromi – Satu Tinjauan Kerjasama Melayu-bukan Melayu, 1987 28. Siapa Kuasai UMNO, 1987 29. Dilema Pemuda UMNO (bersama Subky Latif, 1976, edisi baru 1985)

Hubungan dan politik antarabangsa

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Terbilang, Portret Tokoh Wartawan Negara, 2008 Penulisan Berkesan, 2008 Telunjuk Amerika-Soviet di Asia Tenggara, 1991 ZOPFAN: Mitos dan Realiti (dengan Dr. B.A. Hamzah), 1990 Perang Teluk – Kesan dan Pengajaran, 1990 Pergolakan Antarbangsa sejak 1945, 1989 Dasar Luar Era Mahathir, 1988


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.