
2 minute read
Impak Positif & Negatif Globalisasi m/s
IMPAK POSITIF GLOBALISASI
Globalisasi ekonomi telah memberi impak yang positif kepada negara-negara yang sedang membangun terutamanya dari segi modal. Globalisasi ekonomi telah menambahkan keupayaan modal dalam negara-negara yang sedang membangun dalam sektor ekonomi dan perdagangan. Negara-negara Asia Pasifik atau lebih dikenali dengan negara-negara yang sedang membanguntidak mempunyai keupayaan modal yang secukupnya untuk menggerakkan dan melibatkan diridalam sektor ekonomi moden. Oleh demikian globalisasi ekonomi yang berlaku akan memberisuntikan baru yakni suntikan modal asing yang membolehkan industri negara membangun ini berkembang. Jika industri yang terdapat dalam negara-negara membangun ini berkembang makaia secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan pengangguran,meningkatkan taraf hidup serta memutuskan lingkaran kemiskinan yang terdapat dalam negara-negara membangun.Selain itu, globalisasi ekonomi juga akan menggalakkan pemindahan teknologi darinegara maju kepada negara yang sedang membangun. Melalui globalisasi teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan struktur ekonomi moden negaramembangun. Dalam pemindahan ekonomi ini, rakyat akan diajar kaedah pengendalian teknologimelalui latihan lanjutan dan usaha sama dalam konteks kajian dan pembangunan (R&D) tenagamanusia. Latihan yang dijalankan akhirnya akan melahirkan rakyat tempatan yang dapatmengusai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Keadaan ini dapat kita lihat sendiridalam teknologi HITEC di Malaysia yang bergantung pemindahan teknologi dari Jepun,teknologi reka bentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi serta kepakaran dalam pengurusan yang lain.
Advertisement
IMPAK NEGATIF GLOBALISASI
Selain dari memberi impak yang positif, globalisasi ekonomi juga telah membawa kesan negatifke atas negara-negara yang sedang membangun. Antara kesan yang nyata ekoran daripadaglobalisasi ekonomi adalah kegawatan ekonomi. Kegawatan ekonomi ini berlaku apabila aliranmasuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dalam negara serantau Asia Pasifik atau negarasedang membangun akan menyebabkan kewangan negara serantau tersebut menjadi lebih mudah berubah. Keadaan ini berlaku kerana wang boleh bergerak dengan hanya keluar merentasisempadan sesebuah negara dengan hanya menekan computer sahaja. Oleh demikian, dengan penarikan keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara, maka sesebuah negaratersebut akan menjadi muflis. Ekoran daripada itu, operasi industri boleh terhenti dan ini akanmeningkatkan pengangguran serta meningkatkan beban hutang.Kesan yang seterusnya akibat globalisasi ekonomi adalah serangan spekulator. Maksudnya disini adalah kegawatan ekonomi berpunca daripada kejatuhan nilai mata wang dan pasaran sahamakibat mainan spekulator. Apabila nilai mata wang jatuh, maka keyakinan pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal untuk menggelakkan kerugian kepada diri merekadalam jangka masa panjang.
IMPAK NEGATIF GLOBALISASI
Contohnya adalah krisis kewangan Asia pada tahun 1997 yangmana telah membuka mata seluruh dunia apabila George Soros spekulator kewangan yangterkenal telah memanipulasikan nilai Pound Sterling sehingga menyebabkan kejatuhan Bank of England dan sejarah hitam yang sukar dilupakan oleh pelabur saham iaitu Black Wednessday pada tahun 1992. Kesan daripada ini, negara yang sudah mundur akan muflis dan berterusan bergantung kepada negara maju untuk menjalankan ekonominya. Oleh itu, kesan dari kegawatan,ia akan memaksa negara yang terlibat mengenakan kewangan yang ketat, menaikkan kadarfaedah dan perniagaan akan menjadi lemah, pelaburan domestik akan merosot dan permintaandomestik akan terjejas.