
1 minute read
Maksud Globalisasi m/s
GLOBALISASI
• Globalisasi merupkan suatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan masyarkat kita pada hari ini . Tiada sesiapa yang dapat mengelakkan diri daripada mengalami dan merasai fenomena globalisasi kerana semua masyarakat yang bertamadun di seluruh dunia akan menghadapinya .
Advertisement
Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses perhubungan yang kompleks antara masyarakat , budaya , institiusi dan juga seluruh individu di seluruh dunia . Ia merupakan satu perkembangan social yang melibatkan pemampatan masa dan ruang , memendekkan jarak perhubungan dari satu tempat ke satu tempat atau jarak pertukaran maklumat melalui pengurangan tempoh masa yang ketara atau secara umumnya dapat didefinasikan sebagai peningkatan perhubungan dan jaringan masyarakat . Masyarakat dalam konteks globalisasi boleh dilihat dalam ruang lingkup yang lebih termasuklah negara dan bangsa.
Globalisasi yang kita sedang hadapi hari ini meliputi pelabgai aspek kehidupan manusia , baik dalam bidang ekonomi , politik sosial , kepercayaan , makanan , ilmu pengetahuan dan maklumat , cara berfikir dan sebagainya.