E-FOLIO FLIP BOOK MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban

Page 1

NAMA KURSUS

:Penghayatan Etika dan Peradaban

KOD KURSUS

:MPU21032

SESI

:II - 2021/2022

NAMA PENSYARAH

:FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

KUMPULAN

:5 NAMA

NO PENDAFTARAN

1.LARRY ANAK UMBAN

20DEP21F1017

2.SAIFUL BAHRI BIN SPAWI

20DEP21F1025

3.FREDRICK LESLY ANAK ELVIS

20DEP21F1027

4.RONALDLACE OLDRIN ANAK HENRY

20DEP21F1037

Tajuk e-folio  Dasar-dasar kerajaan ke arah Perpaduan

Negara di Malaysia.


Isi Kandungan Bil.

Isi kandungan

Muka surat

1

Penghargaan

1

2

Objektif tugasan

2

3

Pengenalan

3

Contoh dasar-dasar kerajaan 4

5 6 7

8 9

& Cabaran dan halangan perpaduan kaum di Malaysia Faktor cabaran dalam mengeratkan perpaduan Malaysia Kesan Cabaran dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan Malaysia Cara mengatasi cabaran dan halangan dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan Malaysia Contoh isu-isu cabaran yang berlaku di Malaysia Kesimpulan

4

5-6 7 8-9

10-12 13

Aktiviti pengukuhan 14

10

&

11

Rujukan Lampiran

15-16

12

Sinopsis ringkas

17


PENGHARGAAN

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami iaitu Puan Farah Hanan binti Abu Bakar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami sekumpulan menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami sekumpulan memberi ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang terlibat dalam menyelesaikan E-Folio ini. Kami juga berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Daripada sokongan penuh oleh ibu bapa kami akan terus bersemangat dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan dan tunjuk ajar. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka. Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembuatan flip E-book ini, dengan sokongan dan segala bantuan daripada anda semua tugasan ini jauh lebih ringan untuk kami selesaikan, sekian terima kasih.

1

1


OBJEKTIF  Mendapat dasar-dasar kerajaan ke arah pembentukan Malaysia melalui rujukan di internet atau melalui buku di perpustakaan PMU. Kami juga dapat mengenal pasti dasar-dasar kerajaan Malaysia ke arah pembentukan Malaysia.  Dapat mengenal pasti dasar-dasar kerajaan Malaysia ke arah pembentukan Malaysia.  Dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor , kesan dan cara mengatasi berdasarkan cabaran dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan di Malaysia.  Dapat mencari dan mengenalpasti contoh isu-isu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

2

2


PENGENALAN Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama yang dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti . Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang terkenal dengan kehidupan aman dan harmoni . Tiga kaum utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India . Perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor atau pelaku yang tertentu dalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan dan badan perundangan. Dasar-dasar kerajaan amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah yang terdahulu. Dalam pada itu, pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-negara maju, malahan lebih penting buat negara yang baru membangun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu; Dasar ekonomi baharu, Dasar kebudayaan kebangsaan, Dasar pendidikan negara, Dasar sosial negara, Dasar pembangunan nasional dan Dasar wawasan negara. Oleh itu,Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara lebih aman, maju, selamat dan makmur. Daripada itu, wujudnya cabaran dalam mengekalkan perpaduan di Malaysia dan diselusuri dengan cara mengatasinya agar peristiwa rusuhan kaum iaitu peristiwa 13 Mei.

3

3


Contoh dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan Malaysia. 1. Dasar Ekonomi baharu. 2. Pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad 3. Perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai 4. Kewujudan surat khabar pelbagai bahasa 5. Anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat.

CABARAN DAN HALANGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1. Cabaran dalam aspek ekonomi 2. Pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. 3. Perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. 4. Cabaran Kewujudan surat khabar pelbagai bahasa. 5. Anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat.

4

4


Faktor Cabaran dalam mengeratkan perpaduan Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek yang dijalankan mesti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi syarat penting bahawa setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mesti melibatkan semua etnik. Berikut adalah salah satu faktor cabaran dalam aspek ekonomi dalam mengeratkan perpaduan ialah pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar 'pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Selain itu, masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Faktor yang seterusnya adalah terdapat kepelbagaian agama,budaya dan adat resam. Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei. Misalnya, agama yang terdapat di Malaysia ialah agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan agama Buddha. Kewujudan surat khabar pelbagai bahasa juga boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. 5

5


Faktor yang berikutnya ialah anak-anak muda pada masa kini tidak mempedulikan kepentingan hidup perpaduan ialah kerana anak-anak masa kini hanya menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan internet . Selain itu, ibu bapa mereka juga terleka dengan aktiviti seharian anak-anak mereka disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan. Oleh itu, anak anak mereka akan terbiasa melihat perangai ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak mereka dan daripada itu juga anak-anak mereka tidak akan didedahkan apa itu perpaduan dalam masyarakat sekeliling

6

6


Kesan cabaran dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan Malaysia Pemisahan fizikal ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Kesannya, hal ini merenggangkan hubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi sesama kaum. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-kaum di Malaysia. Impak daripada kepelbagaian agama dan kaum tersebut terdapat percanggahan pendapat di antara agama dan kaum tertentu . Misalnya, penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu Impak daripada kewujudan surat khabar tersebut menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Impak daripda itu, anak-anak muda pada masa kini tidak mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia.

7

7


Cara mengatasi dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan Malaysia Cara mengatasinya adalah Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih baik, maka mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan status. Kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar.Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan.Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya seperti rumah terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan menziarahi rumah orang Cina.

8

8


Kerajaan mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Kerajaan tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan. Oleh kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada masyarakat, pernerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan di Malaysia. Cara mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Mata pelajaran ini menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar-pelajar. Pelajar akan lebih memahami konsep dan kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

9

9


Contoh isu cabaran mengekalkan perpaduan yang berlaku di Malaysia di media sosial A)

B)

10

10


C)

D) Keratan akhbar tentang isu perkauman dan perpaduan di Malaysia.

11

11


E) Contoh isu perkauman di Malaysia

12

12


KESIMPULAN Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara yang terpenting . Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya memakan masa yang begitu lama . Bagi mewujudkan perpaduan , generasi kita kini seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang sebenarnya kewujudan Rukun Negara . Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warganegara Malaysia. Semangat Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara .Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu , kukuh ,berwibawa bagi menghadapi apa sahaja cabaran. Intihannya, peranan kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum kekal harmoni adalah amat besar serta diiringi dengan pelbagai cabaran. Pihak kerajaan telah memberikan sepenuhnya tenaga dan usaha bagi menyatupadukan rakyat majmuk di Malaysia. Usaha-usaha ini diberikan dalam pelbagai kaedah bagi menjangkan rakyat. Perpaduaan rakyat merupakan antara cabaran paling penting bagi membangunkannegara ke arah yang lebih maju. Aspek politik, ekonomi dan sosial adalah cabaran utama bagi meningkatkan sikap toleransi dalam diri masyarakat. Selain itu, perpaduaan juga mampu melahirkan sebuah negara yang membangun.Impak positif perpaduan kaum jelas terpaparmelalui keharmonian dalam masyarakat, peningkatan dalam prestasi pelancongan,kemajuan dalam ekonomi serta peningkatan imej negara di serata dunia. 13

13


Aktiviti pengukuhan 1) Apakah yang berlaku sekiranya cara mengatasi cabaran dalam mewujudkan dan mengekalkan perpaduan diabaikan oleh setiap pihak yang bertanggungjawab ? 2)Seperti yang kita tahu,negara Malaysia memiliki kepelbagaian kaum dan agama yang mewujudkan nilai toleransi dan perpaduan yang utuh.Diaripada itu,nyatakan 2 kepentingan perpaduan kepada sesebuah negara? RUJUKAN Buku 1) M Mohammad. S Sharuddin-International Education Studies. 2004 2) Perpaduan Etnik di Malaysia-NUR AZUKI YUSUFF. 3) Abdul Manaf Haji Ahmad. 2009.Kontrak Sosial,Kuala Lumpur;Utusan Publication &Distributors Sdn.Bhd 4) Shamsul Asri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik (EDISI KEDUA),Institut Kajian Etnik ,Kuala Lumpur;Universiti Kebangsaan Malaysia 5) ISHAK SAAT (2001). MALAYSIA 1945-2000. UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN.BHD: KUALA LUMPUR

Internet 1) SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN (2007). MODUL HUBUNGAN ETNIK. SHAH ALAM: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2) https://prezi.com/gwtfeorhiev7/perpaduan-kaum-di-malaysia/ 3) MKA bin Mior Jamaluddin - Sosiohumanika, 2011 journals.mindamas.com 4) GH Pue - 2013 - academia.edu 5) HTTP://KAMISAYANGMALAYSIA.BLOGSPOT.COM/2012/09/MUTIARA -KATA6) TENTANG-MALAYSIA-OLEH.HTML

14

14


LAMPIRAN.

1.Kebaikan perpaduan

1. Artikel akhbar tentang perpaduan.

15

15


2. Perpaduan melalui dasar pendidikan.

4. lampiran bergambar tentang wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

16

16


Sinopsis ringkas e-book pada kulit belakang e-folio. Dasar-dasar negara yang digubal oleh kerajaan bertujuan untuk menjadikan sebuah negara aman dan damai serta menstabilkan sistem didalam negara. Dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin yang memimpin dalam suatu tempoh masa. Namun matlamat dasar-dasar tersebut masih sama walaupun mempunya sedikit perubahan. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khusunya pada awal tahun 1970-an adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. Pihak kerajaan Malaysia perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan di kawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

17

17


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.