Cegah Daripada Terjatuh Panduan untuk pesakit-pesakit di dalam hospital Siapakah yang mempunyai risiko jatuh? Ramai pesakit mempunyai risiko jatuh semasa mereka berada di dalam wad hospital, termasuk anda!
Mengapa anda perlu risau tentang kejadian terjatuh? Kejadian terjatuh boleh menyebabkan lebam yang sakit dan kecederaan yang serius seperti: •
Pergelangan tangan patah
Mengapa anda mempunyai risiko jatuh? Walaupun anda kuat dan sihat sebelum anda sakit atau menjalani pembedahan, anda mungkin terjatuh semasa berada di hospital kerana sebab-sebab berikut:
•
Pinggul patah
•
Kecederaan pada bahagian kepala
•
Penyakit atau keadaan anda contohnya tulang patah atau angin ahmar
•
Ubat-ubatan
•
Kesan ubat bius selepas pembedahan
•
Peralatan contohnya kabel dan tiub yang tergantung seperti kabel IV, kateter dan pam
•
Tidak cukup tidur
•
Perasaan binggung akibat tinggal di suatu tempat baru
Pinggul patah atau kecederaan pada bahagian kepala boleh mengakibatkan anda menjadi orang yang kurang berupaya atau menyebabkan kematian. Kejadian terjatuh akan menjejaskan pemulihan anda dan boleh melambatkan proses untuk dibenarkan pulang (discharge). Jika anda memakai gelang tangan berwarna HIJAU, anda mempunyai risiko jatuh yang tinggi. Sila berhatihati dan ikut nasihat di dalam buku panduan ini.