Intravesical BCG (Malay)

Page 1

BCG Intravesikal

Apakah BCG?

Bacillus Calmette-Guerin (BCG) adalah bakteria yang dilemahkan yang disuntik ke dalam pundi kencing. Ia akan mengaktifkan sistem imun untuk mengurangkan risiko barah pundi kencing daripada berulang.

Mengapakah anda memerlukan

BCG Intravesikal?

Anda telah didiagnos menghidap barah pundi kencing yang mempunyai risiko tinggi untuk berulang.

BCG diberikan seminggu sekali sebagai prosedur induksi selama 6 minggu dan diikuti dengan prosedur penyelenggaraan selepas itu. Sebelum memulakan dan semasa prosedur penyelenggaraan BCG, sistoskopi akan dijalankan secara berkala untuk mengesan tumor berulang. Bilangan sesi penyelenggaraan optimum akan ditentukan oleh doktor yang mengendalikannya.

Bagaimanakah prosedur dijalankan?

BCG dimasukkan terus ke dalam pundi kencing melalui kateter kencing.

Sekiranya terdapat jangkitan air kencing, pemberian BCG akan

ditangguhkan sehingga jangkitan air kencing dirawat dengan secukupnya.

Anda seharusnya menahan ubat selama 2 jam sebelum membuang air kecil. Sila maklumkan kepada jururawat sebelum anda membuang air kecil kerana ubat tersebut perlu dibuang di tandas yang ditetapkan.

Adakah terdapat sebarang risiko yang terlibat?

Anda mungkin mengalami simptomsimptom seperti:

• Peningkatan rasa hendak membuang air kecil

• Peningkatan kekerapan membuang air kecil

• Mengalami rasa kepedihan sewaktu membuang air kecil

• Kencing berdarah

BCG jarang sekali boleh terserap ke dalam badan dan membawa kepada jangkitan serius serta memerlukan kemasukan ke hospital untuk rawatan.

Nasihat selepas prosedur Anda akan dapat pulang ke rumah dan meneruskan kegiatan anda selepas rawatan.

Seorang jururawat akan menghubungi anda pada hari bekerja yang berikutnya untuk memeriksa simptom-simptom anda.

Minggu 1 - 6

Induksi BCG mingguan

Bulan ke-3 Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Bulan ke-6 Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Bulan ke-12

Bulan ke-18

Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Bulan ke-24 Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Bulan ke-30 Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Bulan ke-36 Sistoskopi 

Penyelenggaraan BCG mingguan selama 3 minggu

Jadual Rawatan
Sekiranya tumor berulang dikesan semasa sistoskopi, anda akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.

Persediaan untuk BCG intravesikal

• Berhenti minum sebarang cecair sekurang-kurangnya 2 jam sebelum prosedur yang dijadualkan

• Sila maklumkan kepada klinik sekiranya anda mengalami mana-mana simptom berikut yang mungkin menyebabkan anda tidak sesuai untuk meneruskan prosedur dan memerlukan penangguhan

» Demam dan/atau menggigil

» Darah dalam air kencing

» Sakit dan/atau sensasi rasa terbakar semasa membuang air kecil

» Kekerapan membuang air kecil

» Sukar membuang air kecil

Hari Prosedur BCG intravesikal

• Sila luangkan sekurangkurangnya 4 jam untuk prosedur

• Sila tepati masa janji temu anda

• Peringatan untuk mengosongkan pundi kencing anda sebelum memulakan rawatan

Bila masanya perlu untuk mendapatkan rawatan perubatan:

• Demam tinggi (≥38°C)

• Menggigil secara berterusan

• Kelihatan darah beku dalam air kencing

• Kesukaran membuang air kecil

Nasihat perubatan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di 6555 8828 pada waktu pejabat untuk temu janji awal bagi kembali ke Klinik Urologi. Untuk sebarang kecemasan selepas waktu pejabat, sila terus ke Jabatan Kecemasan (A&E) di KTPH.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities of the National Healthcare Group in the north of Singapore. It comprises Khoo Teck Puat Hospital, Yishun Community Hospital and community extensions such as Admiralty Medical Centre and Wellness Kampung.

Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg

Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg

The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.

URO.PE.16M.0124

Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.