Alat Bantu Pendengaran Penyelenggaraan dan Penyelesaian Masalah Perkhidmatan Audiologi – Klinik ENT Penyelenggaraan alat bantu pendengaran Ia penting untuk menjaga alat bantu pendengaran anda untuk mengelakkan kerosakan dan memastikannya berfungsi dengan berkesan.
•
Masukkan alat bantu pendengaran ke dalam bekas dengan kapsul pengering atau ke dalam alat pengering elektronik
•
Tukar bateri apabila anda mendengar isyarat ‘bateri lemah’
Tip untuk menjaga alat bantu pendengaran anda:
•
Keluarkan bateri dan asingkannya daripada alat bantu pendengaran jika anda tidak mengguna alat bantu pendengaran untuk satu jangka masa yang panjang (lebih daripada satu bulan)
•
Tanggalkan alat bantu pendengaran anda sebelum mandi atau tidur
•
Bersihkan alat bantu pendengaran anda setiap hari dengan kain lembut, tisu atau produk pembersih yang diaku oleh pihak pengeluar
•
Jangan cuci atau basahkan alat bantu pendengaran
Untuk alat bantu pendengaran yang menggunakan bateri pakai buang: •
Buka penutup bateri semasa alat ditanggalkan dan tidak dipakaikan
Untuk alat bantu pendengaran yang menggunakan bateri boleh dicaskan semula: •
Masukkan alat bantu pendengaran ke dalam pengecas semasa tidak digunakan
•
Pastikan pengecas dihidupkan
•
Masukkan alat bantu pendengaran ke dalam alat pengering elektronik