Hand Surgery Post-op Care (Malay)

Page 1

Penjagaan Selepas Pembedahan Tangan

Tip

Penjagaan Selepas Pembedahan

Sila ikuti panduan ini berkenaan cara penjagaan tangan anda sepanjang 24 jam pertama penyembuhan tangan anda selepas pembedahan:

Bengkak

Bengkak dijangkakan dan mungkin berterusan sehingga beberapa minggu selepas pembedahan. Kawalan bengkak boleh membantu melegakan kesakitan dan mempercepatkan pemulihan anda:

• Jika jari anda menjadi kebas atau berubah warna, tanggalkan pembalut/slab belakang

• Untuk 5 hari pertama, jangan lupa untuk memastikan tangan anda yang dibedah ditinggikan melebihi paras jantung anda untuk pengaliran darah yang lebih baik dengan menggunakan bantal semasa anda duduk atau baring

• Lakukan senaman tangan yang telah diajarkan kepada anda

Penjagaan luka

• Pastikan pembalut anda bersih dan kering

• Pastikan pembalut anda sentiasa dilindungi dengan beg plastik semasa mandi

• Anda boleh menggunakan kain atau tisu basah untuk mengelap jari-jari yang tidak terjejas

• Jika pembalut menjadi basah, kotor atau longgar, pergi ke poliklinik atau Doktor Swasta untuk menukar pembalut

• Jahitan biasanya ditanggalkan 14 hari selepas pembedahan (kecuali diarahkan oleh doktor anda)

• Elakkan merokok kerana ia boleh melambatkan penyembuhan luka

Pengurusan kesakitan

• Selain melegakan kesakitan, anestesia akan menyebabkan tangan kebas, lemah dan kesemutan selepas pembedahan

• Sensasi akan kembali secara beransur-ansur selepas 6-10 jam

• Jika rasa kebas atau lemah yang berterusan lebih daripada 24 jam, sila laporkan kepada klinik atau jabatan kecemasan

• Ambil ubat sakit anda sebagaimana yang diarahkan

• Elakkan minum alkohol sepanjang tempoh anda mengambil ubat anda

• Rehatkan tangan anda dan elakkan daripada mengangkat objek berat

Warna

Bandingkan warna tangan kanan dan kiri

Pengisian Semula Kapilari Picit hujung jari sebelah tangan yang cedera. Anda juga boleh menekan kuku anda. Kawasan yang anda picit atau tekan sepatutnya kelihatan putih atau lebih cerah. Lepaskan dan lihat berapa lama masa yang diambil untuk kembali ke warna asal.

Kuku jari berwarna merah jambu.

Suhu

Kuku jari berwarna pucat atau kebiruan. Cuba goyangkan jari anda.

Bandingkan suhu tangan kanan dan kiri

Tekanan dikenakan ke atas kuku sehingga ia bertukar menjadi warna putih

Jari hangat.

Jari sejuk. Jika jari sejuk, tutup dengan selimut dan periksa semula selepas 1 jam.

Kawasan tersebut kembali ke warna merah jambu dalam masa 3 saat atau kurang (cepat).

Kawasan tersebut mengambil masa lebih daripada 3 saat untuk kembali ke warna merah jambu (Lambat).

Normal
Normal Tidak normal Normal Tidak normal Tidak normal
Darah kembali ke tisu

Pemulihan

• Lakukan senaman tangan yang telah diajarkan kepada anda oleh Jurupulih Pekerjaan Tangan

• Teruskan memakai anduh lengan/ belat/casting seperti yang diajarkan kepada anda sehingga anda mendapatkan semula sensasi dan kekuatan anda

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika:

• Anda mengalami demam 38°C atau ke atas

• Anda mengalami kesakitan yang serius di tempat pembedahan dan tidak dapat dilegakan dengan ubat yang dipreskripsikan

• Tangan yang dibedah menjadi sejuk, biru atau kebas

• Tangan anda menjadi merah, bengkak, atau jika terdapat sebarang lelehan (darah, cecair atau nanah) daripada luka

Tempat untuk mendapatkan rawatan perubatan: Anda boleh menghubungi talian utama kami di 6555 8000 pada waktu pejabat untuk bantuan.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan selepas waktu pejabat, sila terus pergi ke Jabatan Kecemasan.

Janji temu susulan anda akan dijalankan di salah sebuah klinik berikut:

Tingkat 3, Pusat Perubatan Admiralty

• Klinik Ortopedik & Pembedahan & Akupunktur H31

• Pusat Pemulihan H32

Menara C, Hospital Khoo Teck Puat

• Klinik Pembedahan Ortopedik C32, C33, C36, C37

The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice. PERIOP.TS.26M.0424
Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities of the National Healthcare Group in the north of Singapore. It comprises Khoo Teck Puat Hospital, Yishun Community Hospital and community extensions such as Admiralty Medical Centre and Wellness Kampung. Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.