Eye care tips after cataract surgery (Malay)

Page 1

Tip Penjagaan Mata Selepas Pembedahan Katarak

Oftalmologi & Sains Visual

Anda dinasihati agar mengikuti arahan di bawah untuk menjaga mata anda selepas pembedahan katarak.

Cara menggunakan dan menyimpan ubat mata anda

• Cuci tangan anda sebelum menggunakan ubat titisan mata

• Duduk dengan selesa

• Condongkan kepala anda ke belakang, lihat ke atas dan tarik bahagian bawah kelopak mata ke bawah dengan sebelah tangan anda

• Masukkan satu titisan ke dalam mata anda yang telah dibedah dengan tangan yang sebelah lagi

• Goncangkan botol dan buka penutupnya. Elakkan daripada menyentuh muncung botol.

• Tutup mata anda dengan perlahan selama 5 minit selepas menggunakan ubat mata. Lap sebarang ubat mata berlebihan yang melimpah ke pipi anda dengan sehelai kertas tisu yang bersih

2
1 3
4

• Simpan ubat titisan mata di tempat yang kering dan buang botol sebulan selepas dibuka

• Jika lebih daripada satu jenis titisan mata dipreskripsikan untuk mata yang sama, tunggu selama 5 minit sebelum menitiskan titisan

kedua

• Jika salap dipreskripsikan, pastikan titisan mata dititiskan dahulu sebelum salap digunakan

• Sila bawa bersama ubat mata anda semasa lawatan anda ke klinik mata dan tanya kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan

tentang ubat

• Jika alahan terhadap ubat berlaku, hentikan ubat mata dengan segera dan dapatkan nasihat doktor

Kegiatan fizikal, diet dan ubatubatan lain

• Anda boleh berehat dalam sebarang kedudukan yang selesa bagi anda tetapi anda seharusnya mengelakkan tekanan secara langsung terhadap mata anda yang dibedah

• Anda boleh membaca atau

menonton televisyen, tetapi harus ada sinaran lampu yang cukup

• Anda boleh meneruskan semula

kebanyakan kegiatan fizikal anda sehari selepas pembedahan melainkan anda dinasihati

sebaliknya oleh pakar bedah mata anda

• Anda boleh meneruskan diet biasa anda selepas pembedahan

• Jika anda sedang mengambil ubat untuk sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau penyakit jantung, sila teruskan ubat biasa anda selepas pembedahan

Cermin mata

• Selepas pembedahan, anda boleh menggunakan cermin mata anda jika anda masih mendapati ia berguna dan selesa

• Doktor anda akan memeriksa mata anda yang dibedah 4 – 6 minggu selepas pembedahan untuk memastikan kuasa penglihatan mata yang stabil untuk membuat cermin mata

Lawatan susulan

• Jangan lupa untuk mengikuti janji temu pemeriksaan mata anda selepas pembedahan

• Jadual pemeriksaan susulan anda selepas pembedahan bergantung pada keadaan mata anda

Simptom selepas pembedahan

• Anda mungkin mengalami

ketidakselesaan yang ringan, air mata mengalir dan rasa gatal pada mata anda yang dibedah selepas pembedahan

• Anda boleh mengambil ubat penahan sakit tanpa preskripsi doktor yang anda tidak alah terhadapnya untuk melegakan kesakitan. Jika kesakitan berterusan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan

Dibenarkan

• Gunakan ubat titisan mata sebagaimana yang ditetapkan oleh pakar bedah anda

• Bagi minggu pertama setelah pembedahan, sila gunakan pelindung mata plastik yang diberikan setiap masa terutamanya sewaktu anda tidur. Ini akan melindungi mata yang dibedah dan mengelakkan kecederaan secara tidak sengaja pada mata anda semasa tidur

• Lap sebarang lelehan dari mata anda yang dibedah dengan kapas bersih dan lembap dengan air masak atau saline

• Pakai cermin mata hitam di luar rumah sekiranya ia membuatkan mata anda berasa lebih selesa

• Jumpa doktor mata anda pada hari berikutnya untuk pemeriksaan susulan

Perhatian: Jika anda keluar hospital dengan pad mata menutupi mata anda yang dibedah, kekalkan pad tersebut sehingga waktu titisan ubat mata pertama.

Tidak Dibenarkan

• Elakkan batuk, bersin atau meneran terlalu kuat

• Elakkan tempat yang sesak/ berdebu/ berhabuk

• Elakkan mengangkat barangbarang yang berat seperti mendukung kanak-kanak

• Elakkan menunduk kepala anda secara tiba-tiba

• Jangan gosok atau cederakan mata anda yang dibedah

• Jangan biarkan air atau sabun memasuki mata anda yang dibedah pada bulan pertama selepas pembedahan. Sepanjang tempoh ini, anda boleh lap muka dengan kain lembap dan mencuci rambut dengan mencondongkan kepala anda ke belakang

• Jangan berenang atau melakukan senaman berat pada bulan pertama selepas pembedahan

Anda seharusnya menghubungi hospital dengan segera sekiranya anda mempunyai sebarang simptom berikut pada mata yang dibedah:

Sakit mata yang teruk

Lelehan yang berlebihan dan kemerahan

Penglihatan semakin merosot

Sakit kepala, loya dan/atau muntah

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities of the National Healthcare Group in the north of Singapore. It comprises Khoo Teck Puat Hospital, Yishun Community Hospital and community extensions such as Admiralty Medical Centre and Wellness Kampung.

Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg

Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg

The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.

OVS.TS.05M.0424

Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.