Apakah maksud tahap Antigen Spesifik Prostat
yang meningkat?
Apakah Antigen Spesifik Prostat?
Prostate Specific Antigen (PSA) ialah protein yang dihasilkan terutamanya oleh organ prostat lelaki. Bersama dengan pemeriksaan fizikal prostat, ia digunakan untuk mencari dan menilai risiko barah prostat.
Secara amnya, semakin tinggi tahap PSA, semakin tinggi risiko barah prostat. Walau bagaimanapun, keadaan lain juga boleh meningkatkan tahap PSA. Bagi pesakit yang sudah disahkan menghidap barah prostat, tahap PSA membantu dalam memantau perkembangan penyakit seseorang serta tindak balas rawatan.
Siapakah yang memerlukan ujian PSA?
Keputusan untuk menjalani ujian PSA dibuat bersama dengan doktor anda:
• Penyaringan awal boleh bermula pada usia 40 tahun bagi mereka yang mempunyai mutasi gen barah (mis. BRCA 1/2) atau sejarah keluarga barah prostat yang ketara
• Sekiranya anda berusia 50-69 tahun, perbincangan mengenai keputusan untuk menjalani penyaringan barah prostat yang termaklum dan peribadi patut dibuat
• Ujian untuk seseorang yang berusia 75 tahun ke atas hanya boleh dilakukan pada lelaki sihat terpilih untuk mengesan sebilangan kecil barah yang berpotensi untuk menjadi agresif
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengesyorkan ujian ini dijalankan semasa penyaringan kesihatan biasa, terutama sekali jika anda tidak mempunyai risiko atau mengalami simptom yang menunjukkan kebarangkalian barah prostat.
Apakah yang mempengaruhi tahap PSA saya?
Punca biasa PSA tinggi termasuk:
• Pembesaran prostat benigna (BPH)
• Radang prostat (prostatitis)
• Jangkitan saluran kencing
• Penggunaan kateter kencing kebelakangan ini/sekarang
Adakah ubat mempengaruhi tahap PSA saya?
Perencat reduktase 5-alpha seperti dutasteride (Avodart®; kombinasi dengan tamsulosin dalam Duodart®), finasteride (Proscar®) dapat menurunkan tahap PSA sebanyak hampir separuh.
Pengambilan ketoconazole oral, iaitu ubat yang biasa digunakan untuk rawatan jangkitan kulat, juga dapat menurunkan tahap PSA pesakit.
Oleh itu, tahap PSA yang diukur semasa menggunakan ubat ini perlu disesuaikan dengan tepat untuk nilai sebenarnya.
Bagaimanakah saya mengukur risiko barah prostat dengan tahap PSA saya?
Biopsi Prostat Transtral
Ultrabunyi-Berpandu (TRUS) / Transperineal (TP)
Ini disyorkan untuk mendapatkan sampel tisu prostat untuk dianalisa di bawah mikroskop untuk mencari sel-sel barah prostat. Ia dilakukan sebagai prosedur pembedahan jagaan harian di Klinik Urologi di bawah anestesia setempatan.
Pengimejan Resonan Magnet (MRI) Prostat
Ini adalah adjung yang digunakan untuk menentukan risiko barah prostat, tetapi tidak boleh digunakan sebagai alat penyaringan untuk barah prostat. MRI memberikan pengimejan terperinci mengenai prostat untuk mencari ciri-ciri yang mungkin menunjukkan kewujudan barah prostat, tetapi ia tidak dapat mengesampingkan barah prostat dengan sendirinya.
Apakah Pilihan Saya?
Ulangi Ujian PSA
Ini disarankan terutamanya jika ada sebab yang dapat meningkatkan bacaan PSA anda (lihat di atas), dan jika tahap PSA menghampiri had atas ambang batas.
Ia adalah penting untuk dimaklumkan bahawa keputusan MRI yang normal tidak semestinya menunjukkan seseorang tidak menghidap barah prostat.
Dengan manfaat pengimejan MRI, kawasan yang mencurigakan dapat dijadikan sasaran biopsi (biopsi yang disasarkan MRI) untuk meningkatkan kadar pengesanan barah prostat.
Ujian berkaitan PSA lain
Kelajuan PSA (PSAV)
Ini adalah kadar perubahan PSA dari masa ke masa. Namun, secara bersendirian, ia tidak meningkatkan ketepatan ramalan tahap PSA yang tinggi. Maka, penggunaannya tidak digalakkan untuk diagnosis barah prostat.
Masa penggandaan PSA (PSA-DT)
Ini mengukur peningkatan PSA dari masa ke masa.
Walau bagaimanapun, ini tidak memberikan maklumat tambahan berbanding PSA secara sendirian dan penggunaannya adalah terhad untuk diagnosis barah prostat
Nisbah Bebas / Jumlah PSA
Ini boleh digunakan untuk nilai PSA 4-10ng / ml untuk menentukan risiko barah prostat. Walau bagaimanapun, ia mempunyai nilai klinikal yang terhad.
Indeks Kesihatan Prostat (PHI)
Ini ialah ujian darah yang ditunjukkan untuk tahap PSA antara 4-10ng / ml. Nilai PHI yang lebih tinggi menunjukkan risiko barah prostat yang lebih tinggi.
Apakah yang disyorkan?
Sekiranya anda belum pernah menjalani biopsi prostat dan tahap PSA anda tetap tinggi, biopsi prostat sangat disyorkan untuk mengesampingkan barah prostat.
Sekiranya anda pernah menjalani biopsi prostat sebelumn ini dan keputusan adalah negatif bagi barah prostat, MRI prostat harus dijalani untuk mencari kawasan yang mencurigakan di prostat yang mungkin belum pernah dilakukan biopsi.
Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities in the north of Singapore, under the National Healthcare Group. Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg
Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg
The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.