1
DIMENSI ISLAM HARI INI.
Ujian Untuk Umat Islam Detik-detik sepanjang sejarah Islam daripada awal kelahirannya memaparkan imtihan, tribulasi dan kegetiran perjuangan. Proses menghadapi mehnah, ujian, kepayahan, kepelbagaian dalam ranjau perjuangan adalah lumrah, bukan satu keganjilan dan asing kapada Islam dan umatnya. Umat Islam hari ini mesti lebih berhati-hati dan sentiasa dalam peka kewaspadaan kerana kita bakal terheret dan dijerumuskan oleh fitnah dan angkara khianat musuh-musuh Islam. Keadaan hari ini berlaku kerana umat menghakiskan daripada jiwa mereka keunggulan aqidah dan kesejahteraan keimanan kapada Allah dan Rasulnya. Ini cuma merupakan paparan sementara, satu keadaan yang masih remeh sehingga akhirnya umat Muhammhad saw akan benar-benar teruji aqidahnya bilamana negaranya bakal dipukal, menjadi padang jarak padang terkukur. Musuh berada diambang pintu rumahnya dan tiada apa yang dapat dilakukan ketika itu melainkan berdiam diri dan berpeluk tubuh. Keringat menjadi dingin - sejuk dan seluruh badannya menggeletar. Pada hari itu kita adalah lembu yang dicucuk hidungnya. Kita dijadikan untuk menerima padah dan nasib kita ditentukan oleh kuasa-kuasa yang ingin menguasai segala harta dan khazanah bumi. Bukankah perkara sedemikian sudahpun menjadi realiti, berlaku dibeberapa negara masyarakat umat Islam pada hari ini. Negara – negara Islam yang lain gusar dengan malapetaka tersebut tetapi saling berpeluk tubuh, suara lantangnya cuma dimedan bicara, resolusi kosong bergema, akhirnya menghilang sehabis perhimpunan dan sidang muktamar bersurai. Kembali semula persidangan antarabangsa mencemuh apabila berlakunya pencabulan. Hal sedemikian berlaku berulang – ulang terhadap umat Islam dan pemimpin dunia Islam hanya menjadi jurubicara diperhimpunan, mengeluarkan resolusi dan akhirnya semuanya di atas kertas tidak memberi sebarang kesan. Realiti hari ini memaparkan keadaan umat yang menuju menghampiri rahang musuh dan ketika kini umat Islam rata – ratanya diawasi gerak geri dan tindak-tanduknya menjadi
1