{' '} {' '}
Limited time offer
SAVE % on your upgrade.

Page 1


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


UKAS site visit to SICC


34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PKS

to mentor 5 Entrepreneurs


KUNJUNGAN HORMAT kepada


Komen Peserta Sesi Taklimat ENCIK MOHD. FUAD BIN SAMIN Juruteknik Unit Pentadbiran - Penyelenggaraan Hartanah “Gejala rasuah adalah seperti anai-anai yang akan memamah rakus keutuhan sebuah organisasi sedikit demi sedikit. Seperti anai-anai, kehadirannya seringkali tanpa disedari. Akhirnya ia merebak dan menjerumus kepada permintaan dan pemberian wang ringgit serta barangan berharga secara terbuka tanpa segan silu. Wabak penyakit ini dapat kita sembuhkan dengan bersandarkan vaksin dan anti-bakteria yang sesuai dalam bentuk ABMS ditambah dengan keinsafan hati diri kita sendiri. Terima kasih kepada pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana bakal memperkenalkan satu sistem yang dapat menjamin kesinambungan organisasi ini yang berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.”

ENCIK JOEFAIRUL JOHARI IT Teknikal Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) “Sebagai seorang staf baru, saya amat merasa bertuah dan bangga kerana diundang untuk mengikuti sesi taklimat ini yang telah mendedahkan apa maksud rasuah yang sebenarnya. Bak kata Puan Fauziah, rasuah merupakan satu amalan budaya yang benar-benar wujud di kalangan staf dalam sesebuah organisasi dan sistem ABMS dapat digunakan bagi mengurangkan atau menghindarkan amalan budaya ini daripada terus diamalkan tanpa mengira akibatnya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Integriti, Kumpulan Yayasan Sabah kerana menganjurkan taklimat ini dan berharap kursus-kursus sebegini dianjurkan sekerap dapat.”

ENCIK ABU ZARIN ABU BAKAR TITINGAN Pegawai Ekonomi Zon Pantai Barat Selatan “Sistem pengurusan ABMS ini boleh menjadi asas kukuh yang menunjukkan bahawa Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa komited dalam membudayakan integriti di segenap lapisan organisasi. Di samping itu juga, sistem ini mampu meningkatkan lagi kepercayaan organisasi dan orang luar terhadap keselamatan serta keberkesanan dasar dan proses anti rasuah yang diamalkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah serta Unit Integriti kerana menganjurkan taklimat ini”

CIK NURATIQAH SABRIN Pegawai Kanan (Pemasaran dan Reka Grafik) Kristal Handal Sdn. Bhd. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana menganjurkan satu program yang amat baik seperti ini. Program ini telah sedikit-sebanyak membuka minda saya terhadap kesalahan-kesalahan yang mungkin terlepas pandang dalam kerja harian. Alhamdullilah dengan adanya program seperti ini, saya mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang gejala rasuah serta isu-isu yang berkaitan dengan kegiatan tersebut. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.”

CIK MAYBELYN POH ANTHONY Penolong Akauntan Petrosab Sdn. Bhd. “Saya amat berharap sekali dengan adanya sesi taklimat ini dapat menyumbang kepada peningkatan tahap perkhidmatan Kumpulan Yayasan Sabah sebanyak dua kali ganda. Pendekatan ABMS ini tidak terhad kepada perkhidmatan komersial Kumpulan Yayasan Sabah sahaja, sebaliknya boleh digunakan di perkhidmatanperkhidmatan sosialnya sebagaimana diharapkan oleh rakyat Sabah. Kedua, ABMS juga boleh digunakan untuk memperingati staf tentang perkara-perkara yang melanggari peraturan, undang-undang serta nilai-nilai integriti yang perlu disematkan dalam budaya kerja setiap masa dan di mana jua.”


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

63


Profile for Yayasan Sabah Group

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH VOL.1 2018  

Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 1/2018

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH VOL.1 2018  

Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 1/2018

Advertisement