Skip to main content

Berita Kumpulan Yayasan Sabah (Julai - September 2017 ~ Jilid 3/2017)

Page 1

Satu sesi perjumpaan khas antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan usahawan-usahawan dari seluruh Sabah termasuk usahawan di bawah seliaan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah diadakan pada 3 hingga 4 Julai 2017 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha dan seterusnya di PKS, Keningau. Seramai 400 orang usahawan dan bakal usahawan daripada seluruh Negeri Sabah tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program Sembang Geran-TERAJU, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB), KK. Taklimat mengenai geran TERAJU SUPERB ini telah disampaikan oleh Pengurus Sektor Pembangunan SUPERB TERAJU, Cik Nik Rahini Wan Ibrahim. Program ini bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan penyertaan SUPERB khususnya di kalangan usahawan dari Sabah dalam usaha membantu bakal-bakal usahawan yang berminat untuk berjinak dalam dunia perniagaan. Sementara itu rombongan TERAJU melibatkan seramai lapan orang yang diketuai oleh Encik Muhd. Firdaus Bin Haji Azharuddin, Pengarah Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah membuat lawatan ke PKS pada 4 Julai 2017 untuk meninjau pelaksanaan Program Latihan Kraftangan dan fasiliti latihan yang terdapat di PKS. Lawatan ini merupakan satu usaha pihak INSKEN untuk memperkenalkan program SUPERB kepada usahawan-usahawan PKS. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai sebuah pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan yang bertanggungjawab melaksanakan pembangunan kapasiti melalui program-program yang didorong-industri (industry driven) dan dipacu usahawan (entrepreneur-led) secara kolaborasi swasta-awam


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Benta Wawasan Sdn. Bhd. berlangsung meriah bertempat di Dewan Sri Tawau pada 20 Julai 2017. Dengan pelbagai jenis hidangan termasuk food truck yang menghidangkan roti canai dan beraneka masakan, majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan. Hadir sama ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang terdiri daripada Datuk Haji Awang Sham Haji Amit dan Datuk Mohd. Balbir Arjan. Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi

Maklumat, Datuk Hajah Hamisa Samat. Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisi etnik utama di Daerah Tawau, nyanyian lagu-lagu Aidilfitri yang didendangkan oleh para staf dan jemputan termasuk persembahan khas dari Datuk Haji Nizam. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu. Program ini akan terus dianjurkan pada tahun-tahun akan datang bukan hanya untuk menyambut Aidilfitri tetapi juga untuk saling menghayati erti sambutan ini dan saling bermaaf-maafan.


Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Dicetak oleh Percetakan Bunga Raya Sdn. Bhd. (679248-P) Tel: +60 88 387214


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Berita Kumpulan Yayasan Sabah (Julai - September 2017 ~ Jilid 3/2017) by Yayasan Sabah Group - Issuu