Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.4/2022 ( Okt - Dis 2022)

Page 1

Edaran Percuma
Jilid 4/2022 KUMPULANYAYASANSABAH RAIH 350 GRADUAN pelapis masa depan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina
Oktober
- Disember 2022

Seramai 350 graduan telah menerima diploma dan sijil pada Majlis Konvokesyen ke-25 Yayasan Sabah College of Technology (YSCT). Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 20 Oktober 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre.

Majlis konvokesyen kali ini merupakan yang pertama kalinya diadakan selepas ditangguhkan sejak tahun 2020 akibat pandemik COVID-19.

Menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan pelbagai bantuan dan peruntukan demi memajukan golongan belia Sabah.

“Dengan bantuan yang ditawarkan akan memudahkan para graduan untuk mendapat pendidikan formal dan kemahiran serta melahirkan tenaga mahir yang boleh menyumbang kepada negeri Sabah di samping mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja luar,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah meluluskan geran tahunan sebanyak RM6 juta untuk membantu operasi YSCT.

Kerajaan negeri juga akan menyediakan kuota biasiswa khas daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada 100 pelajar YSCT pada setiap tahun. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pembelajaran YSCT akan dinaik taraf dengan peruntukan dana sebanyak RM500,000. Semua pegawai dan staf YSCT akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut berharap pemberian ini akan meningkatkan tahap motivasi dan mutu kerja warga YSCT di samping terus melahirkan graduan yang mampu memenuhi permintaan pasaran industri masa kini.

“Kerajaan Negeri Sabah akan terus beri penekanan terhadap pembangunan modal insan, khususnya golongan belia dalam agenda memacu pembangunan negeri. Saya menggesa para graduan agar mengambil peluang-peluang yang terbentang luas yang telah disediakan oleh kerajaan. Saya juga menyeru kepada semua warga YSCT untuk terus berusaha dalam membangunkan modal insan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini,” Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyimpulkan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Pembantupembantu Menteri, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato Sri’ Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Ketua Eksekutif YSCT, Tuan Haji Samin Ongki serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Perarakan utama masuk ke dewan majlis konvokesyen.
2 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar kenangan graduan bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.
3
Para graduan YSCT.

“Saya bertekad untuk membimbing tenaga kerja di Malaysia mengikut cara yang disarankan oleh agama Islam.” - Lina

Lina Muhaiminah binti Mohd. Jamal, penerima Anugerah Pingat Emas Tahun 2021 dan Anugerah Ketua Eksekutif Tahun 2021 dengan PNGK 3.76 berasal daripada daerah Beaufort telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia.

Meluahkan rasa gembira, Lina bersyukur apabila akhirnya dapat menamatkan pengajian dan menjadi alumni YSCT yang ke25. Menurut Lina, keputusan yang cemerlang tidak datang hanya daripada diri sendiri tetapi juga berkat doa yang sentiasa dititipkan sepanjang tempoh pengajian.

“Saya yakin bahawa Allah SWT yang berikan kita kejayaan. Oleh itu, kita kena usaha untuk dapatkan rahmat Allah SWT,” katanya.

Sebagai graduan Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia, Lina berhasrat untuk menjadi pemangkin dalam membantu tenaga kerja di Malaysia dengan membimbing mereka dalam menaiktaraf kebolehan pekerja agar dapat meningkatkan ekonomi negara dengan cara yang disarankan oleh agama Islam.

“Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah, tanpa bantuan dan kerjasama pihak Kumpulan Yayasan Sabah pasti sukar untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menamatkan pengajian. Kemudahan yang diberikan sewaktu kami belajar sangat banyak dan mempermudahkan kami belajar dengan lebih efektif. Terima kasih sekali lagi, semoga Tuhan mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan yang berpanjangan buat Kumpulan Yayasan Sabah agar dapat membantu lebih banyak lagi anakanak Sabah untuk menimba ilmu,” ujar Lina dalam menyatakan kesyukurannya.

Pesan Lina kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di YSCT, agar tidak sia-siakan peluang untuk belajar yang diberikan, seiring dengan kemudahan yang dikecapi.

“Hargai setiap saat yang kamu hadapi, kerana semuanya akan berlalu dalam sekelip mata. Belajarlah daripada pengalaman yang kamu dapat, ambil yang jernih buang yang keruh. Sahutlah cabaran untuk belajar sehabis baik dan berazamlah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Dapatkan lebih banyak ilmu dan pengalaman. Jangan sia-siakan waktu muda ini. Gunakanlah tenaga di dalam perkara yang baik. Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang tertinggi,” tambah Lina lagi.

Chellenesa yang kini menyumbang ilmu di Corporated International Consultants menggesa pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti anjuran YSCT

Chellenesa Holimon, penerima Anugerah Pingat Emas Tahun 2022 dan Anugerah Ketua Eksekutif Tahun 2022 yang berjaya mendapat keputusan PNGK 3.93 merupakan anak sulung ataupun kembar pertama daripada empat orang adik-beradik. Chellenesa menetap di Kg. Natai, Telipok bersama dengan keluarganya.

“Sebaik sahaja saya menghabiskan latihan industri, saya bekerja di syarikat Corporated International Consultants sebagai Penderaf Struktur Awam (Civil Structural Drafter). Selain itu, saya turut terlibat dalam aktiviti luar seperti program kemasyarakatan gereja,” katanya.

“Saya berasa gembira dan dalam masa yang sama terharu, secara tidak sedar, kini saya menjadi salah seorang alumni YSCT. Banyak pengalaman dan kenangan yang akan sentiasa saya ingati ketika saya menjadi pelajar di kolej ini,” tambah Chellenesa lagi.

“Sebagai seorang belia, para graduan pada hari ini harus diberi ruang dalam membangunkan dan memajukan Malaysia secara amnya, dan Sabah, tanah airku sendiri. Kami sebagai belia akan menggantikan

golongan pemimpin di setiap peringkat lapisan. Oleh itu kami sebagai belia harus dibentuk dengan elemen kepimpinan yang terbaik dan positif. Pendidikan merupakan kunci kejayaan. Pemerkasaan pembelajaran harus dimaksimakan. Pendedahan dengan pelbagai kemungkinan yang mampu menjadi pemangkin kejayaan diri atau negara pada masa akan datang,” katanya dengan penuh semangat.

“Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan tenaga kerja YSCT kerana telah banyak membantu dan mendidik saya selama ini. Buat ibu bapa saya serta adik-beradik yang lain, terima kasih diucapkan kerana tidak pernah berhenti memberi tunjuk ajar, didikan, dorongan dan semangat kepada saya selama ini. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Tanpa Kumpulan Yayasan Sabah, tidak saya berdiri di sini sebagai penerima anugerah graduan cemerlang,” ujar Chellenesa dalam menyatakan kesyukurannya.

Keep going and enjoy the process. Jika ada peluang menyertai program-program di kolej, join! Ianya akan memberi anda pengalaman,” tambahnya lagi.

Sempena majlis konvokesyen tersebut, Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemu ramah beberapa penerima Anugerah Graduan Cemerlang.
4 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Azhar Zuhair bin Anwar, penerima Anugerah Ketua Eksekutif Tahun 2021 dengan PNGK 3.85 dalam bidang Teknologi Binaan Bangunan (DTBB) berkata, “Kita mesti peka dan memberi fokus kepada pensyarah. Selain itu, kita juga harus rajin bertanya dan merujuk kepada pensyarah atau rakan-rakan sekiranya terdapat hal-hal yang kita kurang pasti. Kesihatan fizikal dan mental juga amat penting agar mendapat keputusan yang cemerlang.”

Beliau juga berharap dengan ilmu yang diperoleh dapat membantu membangunkan negeri Sabah dengan melibatkan diri dalam bidang pembangunan. “Saya berharap dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri Sabah khususnya serta Malaysia secara tidak langsung,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas peluang yang diberikan ini serta generasi yang seterusnya mampu untuk melanjutkan pelajaran berkualiti melalui penubuhan YSCT.

Beliau juga sangat bersyukur atas kemudahan pinjaman pengajian daripada Kumpulan Yayasan Sabah yang telah membantu meringankan beban untuk membiayai yuran pengajian beliau.

Beliau juga berpesan kepada rakan-rakan yang masih melanjutkan pengajian di YSCT agar berusaha sebaik mungkin serta jangan pernah berputus asa bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang, berbangga pada diri sendiri atas usaha untuk menjadi seorang insan yang berpelajaran.

Nuraisyah binti Limat, penerima Anugerah Ketua Eksekutif Tahun 2022 dengan PNGK 3.75 peringkat Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia berasal dari Kampung Rampayan, Ulu Kota Belud. Beliau merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.

Beliau sangat gembira dan berbesar hati sebagai salah seorang almuni YSCT yang ke-25 ini. Beliau turut berkongsi tips pembelajaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang iaitu sentiasa patuh pada adab dan nasihat daripada ibu bapa dan juga pensyarah untuk mendapat redha dan restu daripada mereka.

“Berusaha dengan lebih gigih dalam setiap pembelajaran juga adalah perlu untuk diri seorang pelajar, menyiapkan tugasan lebih awal dan menghantar setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah mengikut tempoh yang diberikan,” kata beliau.

Beliau juga sering berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan pertolongan beliau dari segi pembelajaran yang mereka kurang fahami.

Nuraisyah bercita-cita ingin menjadi salah seorang ahli politik di negeri Sabah. Hal ini kerana beliau ingin bersuara kepada pihak berkaitan untuk membantu dalam menyumbangkan kemajuan negara daripada pelbagai aspek seperti bidang pendidikan, infrastruktur dan ekonominya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada pihak Kumpulan Yayasan Sabah atas peluang yang diberikan ini sehinggalah berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia.

Beliau juga berpesan kepada rakan-rakan yang masih melanjutkan pengajian di YSCT agar meneruskan perjuangan dan jangan pernah berputus asa dalam pelajaran. Banggakan ibubapa, keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

“Jangan pernah berhenti melakukan kebaikan di muka bumi walaupun sekecil zarah, akan tetapi ianya merupakan bukti anda tergolong dalam golongan insan yang terbaik di muka bumi ini,” tambah beliau.

“Sentiasa membantu dan berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain.” - Nuraisyah
“Saya ingin bina kerjaya dengan ilmu serta kemahiran yang diperoleh.” – Azhar Zuhair
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 5

berharap dapat menyumbang kemahiran saya dalam pembangunan infrastruktur di Sabah.” - Chirac

Joannes, penerima Anugerah Ketua Eksekutif Tahun 2022 merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Kiulu, Tuaran berkata, “Saya berasa gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian mengikut ketetapan tempoh pengajian dan mendapat keputusan yang cemerlang,”

Antara petua yang diamalkan oleh Chirac adalah mengulang kaji sendiri dan menyarankan agar tidak bergantung 100 peratus kepada pembelajaran di kelas semata-mata. Menurutnya, internet menjadi salah satu sumber rujukan yang penting beliau.

Chirac yang kini bekerja dalam industri pembinaan berharap agar dapat menyumbangkan kemahirannya

dalam pembangunan infrastruktur negeri Sabah. Ujarnya “Saya akan cuba yang terbaik dalam pembangunan infrastruktur bangunan agar tahan lama dan firma binaan yang boleh dipercayai untuk orang-orang Sabah.”

Tambahnya lagi, “Saya bersyukur kerana YSCT telah memberikan saya peluang untuk melanjutkan pelajaran selama tiga tahun dalam Diploma Teknologi Binaan Bangunan (DTBB) dengan tenaga pengajar yang membantu selama pengajian saya.”

Akhir kata pesanan beliau kepada rakan-rakan sedang melanjutkan pelajaran di YSCT untuk terus mengejar cita-cita dan jangan mudah berputus asa. Beliau juga menekankan agar sentiasa mengutamakan kesihatan mental dan fizikal.

Seorang lagi graduan, Shafika binti Rahman penerima Anugerah Graduan Cemerlang dengan PNGK 3.7, telah diwakili oleh ibu bapanya berkata, allahyarhamah Shafika seorang yang lebih suka diam dan berfikir daripada banyak bercakap kosong. Arwah merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab. Walaupun mempunyai fizikal yang kecil tetapi arwah menyukai aktiviti yang lasak dan suka mencuba perkara baharu.

“Sebagai ibu bapa kepada arwah, sudah semestinya kami gembira walaupun ada perasaan sedih yang terselit. Ibu bapa mana yang tidak bangga dengan kecemerlangan anak-anaknya. Kami sebagai saksi melihat kepayahan allahyarhamah untuk menyiapkan mental dan fizikal beliau dalam menyiapkan tugasan mahupun peperiksaan. Anugerah kecemerlangan ini merupakan balasan untuk arwah walaupun dia tidak ada secara fizikal tetapi dia sentiasa di hati.

“Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas anugerah yang diberikan kepada allahyarhamah. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas setiap seorang daripada kamu. Untuk kawan-kawan allahyarhamah Shafika yang masih melanjutkan pelajaran di YSCT, belajarlah sehingga kamu berasa puas hati. Ya, penat memang penat, tetapi kejayaan yang akan kamu peroleh di masa hadapan akan lebih bermakna buat kamu. Ikhlaskanlah hati untuk menimba ilmu hingga ke hujung hayat kerana semuanya pasti ada hikmahnya. Don’t give up, the hard work pays off!,” katanya.

Dengan melangkah ke hadapan dengan sokongan Kerjaan Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah melalui YSCT akan terus berusaha untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan bagi mencapai misi untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah.

Encik Rahman bin Ababa dan Puan Siti Noor binti Jamlin hadir bagi pihak anak mereka, Allahyarhamah Shafika
“Saya
Chirac
6 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

INNOPRISE SYNERGY SDN. BHD. & KERAP HIJAU SDN. BHD. inks joint venture agreement with CM ITINERARY SDN. BHD.

Innoprise Synergy Sdn. Bhd. a wholly-owned subsidiary of Yayasan Sabah Group and Kerap Hijau Sdn. Bhd. has entered into a joint venture and shareholders’ agreement with CM Creative Itinerary Sdn. Bhd. a wholly-owned subsidiary of Capital G Berhad to jointly develop mini-hydropower projects in Sabah.

Signing on behalf of Innoprise Synergy Sdn. Bhd and Kerap Hijau Sdn. Bhd. were its Director, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia and company secretary, Encik Waky Taim. Meanwhile, signing on behalf of CM Creative Itinerary Sdn. Bhd. were its Directors, Encik Zulkepli Mishat and Encik Dzulkifly Abdul Khalid. The Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor witnessed the signing ceremony.

Through the joint venture, both Innoprise Synergy Sdn. Bhd. and Kerap Hijau Sdn. Bhd. had agreed to collectively pool their resources to raise funds of not less than RM3 billion for developing the first 200 megawatts of mini-hydropower projects.

The joint venture is envisaged to fuel the transformation of Green Sabah under the Sabah Maju Jaya vision. Five hydropower schemes have been identified with an estimated capacity of 65.3 megawatts. The five hydropower schemes are Sg Bayoyo (Sg. Bunsit) hydropower scheme, Sg. Rayoh hydropower scheme, Sg. Mokodou hydropower scheme, Sg. Wariu hydropower scheme and Sg. Panataran (Sg. Melangkap) hydropower scheme.

Also present were the State Secretary of Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Sapar Untong, State Attorney General, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof, Director of Yayasan Sabah cum Executive Chairman of ICSB, Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Executive Director of G Capital Berhad, Datuk Yap Yee Ping, Chairman of Qhazanah Sabah Sdn. Bhd, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak and Chairman of POIC Sabah Sdn. Bhd., Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

7
Datuk Seri Haji Hajiji delivering his speech.

Kawasan Konservasi Sungai Taliwas Seminar Eksplorasi Saintifik

Seminar Eksplorasi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Taliwas ini adalah kesinambungan daripada Eksplorasi Saintifik Sungai Taliwas yang telah dijalankan pada 7 hingga 17 Jun 2022 yang lalu. Seminar yang bertujuan sebagai platform untuk para penyelidik membentangkan hasil penemuan mereka ini telah diadakan pada 27 Oktober 2022 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir.

Menurut Datuk Abidin, beliau telah membuat lawatan ke Kawasan Konservasi Sungai Taliwas pada 11 Jun 2022 yang lepas, iaitu masa yang sama eksplorasi saintifik tersebut dijalankan. Beliau berasa sangat berbesar hati dapat menyempurnakan majlis seminar ini kerana ianya kesinambungan daripada lawatan beliau yang lepas.

“Semasa di sana, saya berkesempatan melihat sampel-sampel kajian seperti spesies orkid, spesies keladi, dan pelbagai sampel lain yang terdapat di sekitar Taliwas. Ini antara bukti awal yang menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai biodiversiti yang tinggi. Saya yakin semasa seminar ini, lebih banyak maklumat dapat dikongsi hasil penemuan semasa eksplorasi tersebut,” jelas beliau.

8 BERITA KUMPULAN
Gambar berkumpulan Datuk Abidin dan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bersama para jemputan dan penyelidik yang hadir. YAYASAN SABAH

Eksplorasi Saintifik Sungai Taliwas yang diadakan pada bulan Jun yang lepas telah disertai oleh seramai 169 orang peserta, dimana seramai 102 daripadanya ialah para penyelidik dan pembantu penyelidik daripada pelbagai institusi dan agensi dan seramai 67 orang adalah staf sokongan daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan media.

“Saya difahamkan hasil dapatan daripada penyelidikan yang terkumpul sepanjang eksplorasi saintifik tersebut digunakan bagi penggubalan Pelan Pengurusan Kawasan Konservasi Sungai Taliwas,” tambah Datuk Abidin lagi.

Datuk Abidin juga menyatakan penglibatan dan sokongan yang diberikan daripada Jabatan Perhutanan Sabah (SFD), Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), WWF Sabah, Sabah Environmental Trust (SET), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), University College Sabah Foundation (UCSF) dan Pusat Biodeversiti Sabah (SaBC) sangat berguna untuk menjadi garis panduan dalam penggubalan Pelan Pengurusan Kawasan Konservasi Sungai Taliwas yang memperincikan rancangan dan tadbir urus untuk tahun-tahun akan datang.

“Penggubalan pelan pengurusan akan disokong oleh penemuan dan akan dilaksanakan sebagai komponen utama,” jelas beliau. Kumpulan Yayasan Sabah akan terus meningkatkan usahanya dengan menekankan pemuliharaan dan pemeliharaan dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan, perlindungan dan pembangunan sumber biodiversiti hutan negara secara mampan. Turut hadir pada majlis seminar tersebut adalah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan-badan bukan kerajaan dan pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah.

Para hadirin yang hadir sedang Datuk Abidin dan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar melawat pameran.
9
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

PETRONAS collaborates with YAYASAN SABAH GROUP in providing education sponsorship for secondary school students

PETRONAS and its subsidiary PETRONAS Floating LNG 1 (L) Ltd (PFLNG1 Ltd) signed a Memorandum of Understanding (MoU) and a Sponsorship Agreement respectively with Yayasan Sabah Group to collaborate on implementing education sponsorship programme for selected high performing secondary school students in Sabah to study in Peninsula Malaysia.

The agreements signed on 2 November 2022 at the Sabah International Convention Centre (SICC) aims to nurture secondary students’ potentials in science and mathematics related academic and curriculum activities, harness their interest in technical and engineering disciplines, and to be the potential feeder to the PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP), the signature programme which awards outstanding Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) leavers to pursue tertiary education at Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), and other leading local and overseas universities.

The MoU underlines the scopes of collaboration between PETRONAS and Yayasan Sabah Group which includes student selection and school placements for the sponsorship programme, promotion of PESP, knowledge on the oil and gas industry through programmes organised by both parties, and other areas of collaboration, supporting Sabah’s human capital development.

Whereas the Sponsorship Agreement is to formalise the implementation of education sponsorship programme that will see the placement of high performing students from Sabah at selected fully residential schools in Peninsular Malaysia, as well as on student leadership engagement and development programme.

PFLNG1 Ltd will be the corporate sponsor for the programme, leveraging the experience and expertise of Yayasan Sabah Group.

The primary function of Yayasan Sabah Group is to manage PETRONAS sponsorship funds for students sponsored by PETRONAS in terms of student interviews, placement, supervision, value-added programmes, additional classes and other related aspects as stated in the collaboration agreement.

PETRONAS and Yayasan Sabah Group remain committed in line with the role in assisting and enhancing the government’s efforts, especially in improving the quality of education in the State through financial assistance and innovative collaboration with various agencies and corporate bodies for students in need.

General Manager, Human Capital Investment, PETRONAS, Encik Syed Mohammad Muhafiz bin Syed Mohammad Bakar (seated, second from left), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (seated, second from right), Senior General Manager, Global HR Partner, Gas & New Energy, PETRONAS, Encik Raja Iskandar Arifin bin Raja Azman (seated, left) and Yayasan Sabah Corporate Secretary, Encik Hanafiah Diman (seated, right) signing the MoU witnessed by Datuk Seri Panglima Haji Masidi (standing, third from right), Datuk Tengku Muhammad Taufik (standing, second from right) and Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar (standing, left).
10 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Acting Chief Executive Officer, PFLNG1 Ltd, Enck Azrul Roshazli bin Abdul Rahman, (fourth from left) exchanging Sponsorship Agreement Documents with Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (third from right), witnessed by General Manager, LNG Asset & LMT, HRM, PFLNG1 Ltd, Puan Anabella AK Peter Dien, (second from left) and Yayasan Sabah Corporate Secretary, Encik Hanafiah Diman (right). Also witnessing are Datuk Seri Panglima Haji Masidi (third from left), Datuk Tengku Muhammad Taufik (second from right) and Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar (left). Both agreements were witnessed by the then State Minister of Local Government and Housing who is also State Finance Minister II, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, accompanied by State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, PETRONAS President and Group Chief Executive Officer, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, and Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 11
THUMBS UP…Datuk Seri Panglima Haji Masidi (seated, middle), MoU signees and guests signaling the shape of things to come pertaining to the outcome of the agreements.

Pusat Warisan Kraf

Pusat Warisan Kraf Kolej Teknikal Yayasan Sabah (YSCT) mula beroperasi sepenuhnya pada awal Februari 2020 di bangunan baharu yang dibiayai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN). Bangunan ini menelan belanja sebanyak RM374,890 yang merangkumi perabot, ruang inkubator serta komputer dan mesin pencetak.

Sementara itu, Latihan Kemahiran Kraf Tangan di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah telah dilaksanakan sejak tahun 2016 melalui peruntukan yang diberikan oleh ICU kepada YSCT dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Di atas kepercayaan pihak penyumbang dana, YSCT sekali lagi mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke12 untuk melaksanakan Latihan Kemahiran Kraf Tangan di bawah Program PKAN Sabah bagi tahun 2021-2025.

Empat program utama yang dianjurkan oleh Pusat Warisan Kraf (PWK) ini adalah Seni Jahitan dan Sulaman, Seni Ukiran Logam, Seni Lukisan Fabrik Abstrak dan Kraf Usahawan Inkubator.

Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag pada 11 November 2022. Dalam ucapan perasmian, beliau berkata, “Saya berharap lebih ramai anak muda menceburi program yang disediakan oleh pusat ini supaya kraf warisan

nenek moyang kita tidak pupus begitu sahaja tetapi dapat berkembang demi masa depan generasi kita.”

“Saya sangat menyokong visi dan misi YSCT iaitu untuk menjadi antara institusi yang memperkasa industri kraf tangan etnik sebagai penjana ekonomi komuniti dan pelestarian produk seni,” tambah Datuk Hajah Juliah.

12 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Datuk Juliah (kanan) sedang meneliti salah satu pakaian tradisi yang dihasilkan oleh pelatih PWK sambil disaksikan oleh Tuan Haji Samin (tengah).

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif YSCT Tuan Haji Samin Ongki semasa sesi temu bual berkata, “Kemahiran yang diperoleh dari latihan pembuat kraf etnik serta pendedahan kepada peluang menceburi perniagaan bersendirian secara tidak langsung dapat membantu keluarga mereka, kampung, daerah dan negeri. Ini disebabkan ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan per kapita negeri ini.”

Seramai 900 orang pelatih telah menamatkan kursus sejak tahun 2016 sehingga 2021 dan 94 orang pada tahun 2022.

Datuk Juliah dan Tuan Haji Samin memegang produk yang dihasilkan oleh pelatih yang mengikuti kursus seni ukiran logam. Turut kelihatan Encik Hanafiah Diman (kiri), Setiausaha Korporat Yayasan Sabah dan staf YSCT. Antara tetamu yang hadir. Gambar menunjukkan antara barangan yang dihasilkan oleh para pelatih PWK.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 13

Meterai MoU ke arah pemantapan industri buluh dan rotan

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) pada 5 Disember 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis MoU ini disaksikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Menandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, manakala MTIB diwakili oleh Ketua Pengarah MTIB, Tuan Haji Kamaruzzaman bin Othman

dan Pengarah Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC), Cik Farydatul Nazly binti Mohd. Zin.

Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan dan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan.

Hubungan baik antara Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS dan MTIB telah lama terjalin menerusi siri latihan kemahiran perkayuan yang dianjurkan oleh pihak MTIB dan disertai oleh para pelatih PKS.

Menurut Datuk Abidin, MoU ini adalah kerjasama untuk

Program Penanaman Bahan Mentah (PPBM) - Buluh dan Rotan bagi tempoh empat tahun bermula tahun 2023 hingga 2026. PPBM adalah program baharu yang diperkenalkan di PKS dan dibiaya sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah (PKANS).

“Projek ini menyasarkan pembangunan tanah seluas 200 ekar yang terletak di Kawasan Konsesi Pembalakan Yayasan Sabah iaitu di Hutan Simpan Sungai Pinangah, FMU 15, daerah Kecil Sook, Keningau dengan penglibatan komuniti setempat,” jelas beliau.

“Program ini adalah manifestasi sokongan terhadap

MoU Kumpulan Yayasan Sabah dan MTIB.
12 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 14 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

pelaksanaan aktiviti memperkasa industri kraf tangan di Sabah khususnya dalam mengoptimumkan penggunaan sumber bahan mentah di samping memastikan sumber tersebut mampan untuk kegunaan jangka masa panjang,” jelas Datuk Abidin lagi.

Pendek kata, program ini akan menjadi rantaian ekonomi yang mampu membantu menjana ekonomi semua peringkat masyarakat selain berupaya memenuhi keperluan sumber yang diperlukan oleh industri huluan dan hiliran di Sabah seterusnya mampu menjadi bahan eksport penting yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita.

Pada program yang sama, MTIB melalui WISDEC Sabah selaku pusat bertauliah yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memberi tawaran

dan peluang kepada penggiat industri mendapat Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kemahiran melalui kaedah persijilan. Tawaran ini dikenali sebagai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, Bidang Pembuat Perabot RB-050-2. Seramai tujuh orang usahawan PKS menerima surat tawaran untuk program PPT ini. “Tahniah kepada para usahawan yang terpilih dan saya berharap agar kesemua usahawan berkenaan dapat memberikan komitmen dengan sepenuhnya pada tahun hadapan untuk mendapatkan pengiktirafan ini,” ucap Datuk Abidin.

Beliau juga menyatakan pelbagai faedah dapat diperoleh melalui pengiktirafan ini di mana ianya dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya, meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat, meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir yang berkelayakan dan juga dapat membantu dalam menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga kerja mahir dalam negara.

“Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, semoga kekayaan khazanah hasil bumi Sabah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjana hasil dan pertumbuhan ekonomi negeri secara optimum dalam sektor perindustrian,” jelas Datuk Abidin.

Semoga program ini dapat memperjuangkan usaha memartabatkan industri kayu-kayan dan kraf tangan.

Penyerahan surat tawaran SKM kepada salah seorang pelatih PKS oleh Datuk Abidin. Para penerima surat tawaran SKM. Datuk Abidin bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar melawat pameran PKS dan MTIB.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 15
Datuk Abidin berucap.

Signing Ceremony Between GLOPEC, OMalaysia United Kingdom and HYT

Cross Borders China

The signing ceremony represents collaboration efforts planned as part of 2023 strategic business plan for Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC). The first quarter of 2023 will see GLOPEC expanding its market penetration into United Kingdom, China and Korea in January and the Middle East market in February.

The first agreement was signed between GLOPEC Sdn. Bhd., represented by its Director, Encik Azmi Aziz with OMalaysia United Kingdom’s founder and CEO, Encik Simon Suresh. The subsequent agreement between GLOPEC Sdn. Bhd was inked between Encik Azmi and HYT Cross Borders China’s Director, Encik Kyle Kieh. The event was held on 9 December 2022 at the Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.

Both agreements were witnessed by the Corporate Secretary of Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman representing the Director of Yayasan Sabah cum Executive Chairman of ICSB and the General Manager of Kristal Handal Sdn. Bhd., Puan Zaiton Bakri.

OMalaysia United Kingdom and HYT Cross border then presented a briefing on respective company background, milestones and business opportunities via e-commerce platforms.

Encik Hanafiah delivering Yayasan Sabah Director’s speech.

Signing of joint agreement between Glopec Sdn. Bhd. and OMalaysia UK. witnessed by Encik Hanafiah (standing second left) and Puan Zaiton (standing second right).

Established in 2016, OMalaysia was first known as Halal Street United Kingdom. Its Founder and CEO, Encik Simon Suresh, a Malaysian residing in the United Kingdom, opened a booming online marketplace for Malaysian vendors to distribute their products in the United Kingdom market. Halal Street UK was rebranded in 2020 and is now known as OMalaysia. Today, OMalaysia is a prominent name and brand in the United Kingdom, representing the finest, unique, full of flavours and high-quality authentic Malaysian products.

HYT Cross Borders China was formed in 2017 to assist Malaysian businesses in expanding their sales into China. Since then, HYT has opened the channel for Malaysian brands to access 788 million online users in China through cross-border e-commerce platforms.

Agreement sealed.

Signing of a joint agreement between Glopec Sdn. Bhd. and Hyt Cross Borders Sdn. Bhd. (China). Witnessed by Encik Hanafiah (standing second from left) and Puan Zaiton (standing second from right).

16 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
A total of fifty four local entrepreneurs attended the signing ceremony. Also present were government senior officials from the Ministry of International Trade and Industry (MITI), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Malaysia Handicraft Development Corporation (PKKM) and International Property Corporation of Malaysia (MyIPO). GLOPEC, a strategic partnership between Yayasan Sabah Group through its wholly owned subsidiary Kristal Handal Sdn. Bhd. and the Bumiputera Agenda Steering Unit (TERAJU), was established in January 2021. It is mandated under the Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera 2020 Sabah as part of the initiative from the 11th Malaysia Plan and act as a platform established to manage and implement the global expansion structure and trade marketing plans and promotions for Sabah SMEs access to explore new business alliances in the global market. Fifty-four entrepreneurs have registered under GLOPEC with more than 100 products and more than 300 stock-keeping units, which are now ready to be marketed to the United Kingdom, Germany, France, the Netherlands, China, Thailand, Indonesia, Singapore and South Korea. Agreement sealed. Encik Simon sharing online marketplace opportunities for Malaysian vendors to distribute their products in the UK market. Encik Kyle sharing China diverse market opportunities with 788 million online users. Group photo.
YAYASAN SABAH 17
BERITA KUMPULAN

Aktiviti MBJ

Kumpulan Yayasan Sabah

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah Siri-3 telah diadakan pada 28 September 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) merangkap Wakil Pengurusan MBJ Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi Haji Ismail.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau menyampaikan ucapan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar selaku Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi yang lain. Dalam ucapannya, antara lain Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Wakil Pekerja kerana telah menjalankan amanah dengan baik. Beliau juga menekankan agar warga Kumpulan Yayasan Sabah berganding bahu untuk memperkasakan nilai-nilai murni dan integriti, yang merupakan tunjang kepada pembentukan sebuah organisasi yang cemerlang.

Sebanyak tiga isu telah diselesaikan, manakala empat isu baharu telah dibincangkan dalam mesyuarat ini yang melibatkan isu-isu sumber manusia, hartanah, kewangan dan infrastruktur.

Sebelum itu, satu mesyuarat pra MBJ telah diadakan pada 23 September 2022 bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dan isu-isu baharu yang dikemukakan oleh Wakil Pekerja. Daripada 12 isu yang dikemukakan, lapan isu telah dapat diselesaikan di mesyuarat pra MBJ ini, manakala empat isu dibawa ke mesyuarat Induk MBJ. Mesyuarat pra MBJ dipengerusikan oleh Encik Zulkhairi.

Encik Zulkhairi mendengar penjelasan mengenai salah satu isu yang dikemukakan semasa Mesyuarat Pra MBJ.
18 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Encik Zulkhairi mempengerusikan Mesyuarat MBJ Siri 3 selaku wakil Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah.

Hajah Ainahwati binti Abd. Sani Pengurus Kumpulan Bahagian Audit Dalaman

“Saya berasa gembira bekerja di sebuah organisasi yang selamat dan prihatin terhadap stafnya dan membuatkan saya ingin bekerja lebih untuk mendapatkan lebih pencapaian demi membalas keprihatinan dan layanan yang saya terima daripada organisasi ini.

Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menjadi sebuah organisasi yang mapan dan berdaya saing dan mampu membina nama bukan hanya di dalam negeri dan negara malahan di peringkat global.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah semestinya telah mengubah kehidupan saya. Sejak daripada awal saya diterima bekerja di dalam organisasi ini saya mula membina kerjaya dan kehidupan bersama Kumpulan Yayasan Sabah, pelbagai cabaran dan dugaan dilalui dalam kerjaya. Kini setelah lebih 25 tahun bersama Kumpulan Yayasan Sabah pastinya ia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan yang bermanfaat kepada organisasi, keluarga dan masyarakat.”

Iskandar bin Bahar Pemandu Enjin Genset Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan rezeki dan kesihatan baik sepanjang berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun.

Selama bekerja bersama organisasi ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat di samping membantu memajukan diri sendiri dalam aspek kerjaya.

Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus maju pada masa akan datang di samping membantu golongan anak muda menerusi penyediaan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di organisasi ini.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 24 April 1997 sebagai Pembantu Makmal di Plant Biotechnology Laboratory yang pada masa kini dikenali sebagai YSG Bioscape Sdn. Bhd. Jawatan terkini saya ialah Pemangku Penolong Pegawai Tadbir di Bahagian Perhutanan, Wilayah Tawau.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan rezeki dan kesempatan untuk berkhidmat selama 25 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah yang telah banyak memberi pengalaman pahit manis bersama rakan-rakan sekerja. Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah pada 25 tahun akan datang agar organisasi ini akan terus maju ke hadapan untuk membantu generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negeri ini.

Saya bersyukur kerana sepanjang berkhidmat di organisasi ini, telah banyak memberi pengalaman kerja untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang daripada kerja bergaji hari sehinggalah mendapatkan apa yang saya kecapi pada masa kini.”

Masdin bin Hamid Renjer Hutan Kanan Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 19

“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang berkhidmat dalam organisasi ini sehingga ke hari ini. Terlalu banyak pengalaman yang saya lalui selama bersama dengan organisasi ini, baik yang manis mahupun sebaliknya. Semua menjadi pengajaran terbaik dalam kerjaya saya.

Sepanjang saya berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, banyak perkara yang mengubah kehidupan saya dimana keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan adalah impian setiap insan.

Harapan saya agar kewujudan Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa relevan dan terus maju dengan cemerlang agar terus dapat membantu rakyat Sabah khususnya, sekata dengan visi penubuhan Kumpulan Yayasan Sabah.”

“Alhamdullilah, saya sangat bersyukur diberi peluang selama 25 tahun berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah serta dapat mempelajari pelbagai pengalaman semasa bertugas di beberapa bahagian. Tidak dilupa juga kerjasama kawankawan yang sentiasa membantu bila diperlukan.

Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun yang akan datang agar organisasi ini terus maju dan berkembang dengan visi, misi serta tujuan penubuhannya.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah mengubah kehidupan saya serta berpeluang melanjutkan pelajaran, dan sentiasa bersyukur dapat menerima gaji setiap bulan dimana kehidupan pada masa kini banyak yang terkesan akibat COVID19.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 2 Mei 1989 dan meletakkan jawatan pada 1993 untuk melanjutkan pelajaran. Saya kembali bertugas pada 1997. Saya sangat bangga kerana dapat menyumbangkan tenaga dan ilmu untuk Kumpulan Yayasan Sabah.

Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun akan datang adalah semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus teguh dan maju jaya dalam melaksanakan objektifnya sebagai sebuah organisasi yang telah banyak menyediakan peluang pendidikan dan pembangunan sosial di samping memantapkankan fungsi komersialnya sebagai penjana dana utama.

Untuk itu, Kumpulan Yayasan Sabah memerlukan pemimpin yang berwibawa dan pengurusan sumber manusia yang strategik. Staf-staf muda yang ada sekarang haruslah dipupuk agar mempunyai matlamat yang jelas untuk memikul amanah Kumpulan Yayasan Sabah. Merekalah yang bakal menerajui kepimpinan Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun akan datang. Mereka perlu memiliki kemahiran dan kemampuan untuk menghadapi perubahan dan mendepani cabaran kerja serta berani untuk memikul tanggungjawab supaya dapat mencipta masa depan Kumpulan Yayasan Sabah yang lebih makmur dan sejahtera.”

Nesin Elizabeth Kinat Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan Norkhajijah binti Haji Mohammed Tussin Ketua Pentadbir Zon Zon Pantai Timur Selatan Noorazia Ali Bakti
20 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT saya telah berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Saya amat gembira dan bangga kerana dapat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah kerana persekitaran kerja dan rakan-rakan sekerja yang baik. Saya berharap organisasi ini akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan terbilang terutamanya untuk rakyat Sabah.

Banyak perubahan dalam kehidupan saya selama bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Tidak dapat dinafikan bahawa organisasi ini telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan diri daripada segi pergaulan, pertuturan, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah!”

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun bermula dari 1 April 1997 sehingga kini. Selama berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah ini jugalah saya dapat mengenali, bekerjasama dan berkongsi pengalaman bersama staf yang baharu dan lama dalam bidang berlainan yang mana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Saya percaya dan yakin di bawah pentadbiran yang ada sekarang, Kumpulan Yayasan Sabah akan lebih maju lagi ke hadapan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat Sabah.

Tidak dapat dinafikan semenjak berkhidmat dengan Kumpulan Yayayasn Sabah banyak perubahan yang saya alami. Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus unggul.”

Unit

Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Julai 1997 sebagai Kerani Am.

Saya berasa gembira dan bersyukur dapat berkhidmat dengan baik dalam Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Saya amat menghargai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah terus dinamik, komited dan prihatin demi kemajuan negeri Sabah. Saya juga berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat terus membantu lebih ramai anak-anak Sabah yang susah dengan memberi bantuan pendidikan dan lebih banyak peluang pekerjaan yang dikembangkan oleh anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah di masa hadapan.

Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengubah kehidupan saya sepanjang berkhidmat dengan membesarkan empat orang anak-anak saya dengan baik.”

“Selama 25 tahun berkhidmat pelbagai perasaan gembira dan pahit telah dilalui. Tetapi apa yang penting bagi saya adalah kepuasaan dalam berkhidmat. Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengubah kehidupan saya dalam pelbagai aspek terutamanya dalam sosioekonomi.

Setelah berkhidmat selama 25 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah, harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dalam memartabatkan generasi yang akan datang.”

Rafeah binti Samsudin Suhaimi bin Utoh Kalbi Juruteknik Penghawa Dingin Bahagian Tenaga & Fasiliti Wasli Pairan Pemandu Pentadbiran Korporat (YS/ICSB)
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 21
Suraya binti Norjim Pemangku Kerani Akaun Kanan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)

ANUGERAH JASAMU DIKENANG

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Jun 1981. Di awal perkhidmatan saya bertugas sebagai Renjer Hutan di Bahagian Perhutanan, Wilayah Lahad Datu. Jawatan terkini saya ialah sebagai Kerani Kanan di pejabat yang sama.

Aspek terbaik selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam kalangan staf. Mereka banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan, dan selama saya bekerja tidak ada kesukaran yang tidak dapat diatasi kerana bimbingan daripada rakan sekerja yang banyak membantu.

Buat masa ini saya belum ada perancangan untuk persaraan dan hanya berehat di rumah bersama keluarga.

Aspek yang dirindui semasa bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah suasana pejabat bersama rakan sekerja yang telah dianggap seperti keluarga sendiri. Saat-saat manis yang tidak dilupakan ketika membuat lawatan kerja bersama staf pejabat Kumpulan Yayasan Sabah yang mana lawatan kerja tersebut merupakan kesempatan yang cukup bermakna untuk berkenalan dengan staf dari bahagian lain.

Nasihat saya untuk rakan-rakan yang masih bekerja di organisasi yang menjadi mercu tanda negeri Sabah, agar bekerjalah dengan seikhlas hati dan jujur. Ini kerana bagi saya apa pun jawatan yang kita sandang, ianya merupakan impian ramai orang di luar sana.”

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Disember 1981. Saya sangat berterima kasih kepada pihak Pengurusan kerana telah memberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Saya rasa tidak ada tugasan yang mencabar jika kita bersatu hati dalam melaksanakan tugasan untuk menjadikannya lebih mudah. Perancangan yang paling penting semasa persaraan adalah mengekalkan kesihatan diri agar dapat membuat perancangan yang selanjutnya dengan lebih teratur. Aspek yang akan dirindui adalah ketika melaksanakan tugasan bersama kawan-kawan sekerja yang nakal.

Saat-saat yang tidak akan dilupai ketika bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah ketika diarahkan untuk melaksanakan tugasan yang penting seperti bertugas di luar kawasan untuk pergi ke pelbagai tempat.

Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan sekerja dan pihak Pengurusan terutama sekali Unit Pentadbiran-Kenderaan Gunasama kerana telah memberi kepercayaan kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai pemandu selama 41 tahun. Semoga kawan-kawan sekerja yang masih bertugas sentiasa dalam keadaan yang sihat agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.”

Ambo Upe bin Choing Kerani Kanan Bahagian Perhutanan Wilayah Lahad Datu Abd. Kahar bin Samat Pemandu Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)
22 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 14 Julai 1984. Aspek terbaik selama saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah apabila dibayar bonus sebulan gaji. Aspek yang sangat sukar selama bekerja di organisasi ini apabila terlibat membantu melaksanakan Skim Perpisahan Sukarela (VSS) staf Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2003.

Rancangan saya masa persaraan kelak, saya akan menceburi bidang pelaburan bursa saham. Saya akan merindui Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan setiap tahun di mana saya telah menerima Anugerah Jubli Perak pada tahun 2009 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2021. Ini merupakan saat-saat yang tidak akan saya lupakan.

Nasihat

Anie Abd. Rahman

Ketua Pentadbir Zon Zon Pantai Timur Utara

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada Ogos 1989. Salah satu aspek terbaik sepanjang berkhidmat di organisasi ini adalah pihak Pengurusan sentiasa prihatin terhadap masalah staf terutamanya daripada segi kebajikan dan kesihatan dengan menyediakan kemudahan seperti perubatan, subsidi pinjaman perumahan dan sebagainya.

Aspek yang akan dirindui pastinya rakan sekerja dan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu antara staf serta semangat kekitaan dalam organisasi. Di samping itu, saat-saat yang tidak akan dilupakan apabila saya bertugas sebagai Pegawai Kawasan dan kemudiannya menjadi Pengurus Kawasan di daerah Kinabatangan dari tahun 1997 hingga 2017.

Nasihat saya kepada staf yang masih berkhidmat, berkerjalah dengan ikhlas bagi memastikan Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju untuk diri kita, anak-anak kita dan generasi masa hadapan.”

saya kepada staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, berkhidmatlah secara jujur, ikhlas dan berdisplin dalam apa juga bidang tugasan yang diberi.” “Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 8 April 1985. Pada awal perkhidmatan, saya bertugas sebagai Assistant Administrative Officer di Bahagian PersonnelCommercial Development Group. Perkhidmatan saya di organisasi ini telah menjangkau 37 tahun.” Abdul Latip bin Haji Awang Anak Pegawai Sumber Manusia Kanan Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 23
Mohd. Adrian bin Mohd. Banting Penasihat Undang-Undang Kanan Bahagian Perundangan (YS/ICSB)

Baraim bin Ahurun

Kerani Am

Kawasan Konservasi Lembangan Maliau Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Jun 1981 sebagai Kerani Am di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau.

Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana diberi peluang berkhidmat di organisasi yang begitu prihatin dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada staf. Apabila bersara, saya pasti akan berehat meluangkan masa dengan keluarga dan melibatkan diri dengan aktiviti bersukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti amal.

Saat-saat yang saya tidak akan lupakan apabila bertugas di luar pejabat atas urusan rasmi ke Pulau Banggi, Kudat di mana feri yang kami naiki rosak di tengah laut. Saya berjaya ke garis penamat perkhidmatan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah juga merupakan saat yang tidak akan saya lupakan.

Nasihat saya buat staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan berusaha tanpa henti bagi memastikan kesinambungan Kumpulan Yayasan Sabah dan seterusnya mencapai matlamatnya untuk membantu rakyat negeri Sabah.”

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 4 Ogos 1988 sebagai Kerani Akaun. Sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya mempelajari perkara-perkara mengenai hala tuju dan fungsi organisasi. Walau bagaimanapun, organisasi perlulah sentiasa prihatin dengan isu-isu yang dihadapi oleh staf.

Semasa persaraan kelak, saya akan berehat dan mengusahakan kebun buah-buahan saya di kampung. Saya pasti akan merindui suasana bekerja bersama rakan-rakan dan berkongsi idea. Nasihat untuk semua staf dan pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah adalah bekerja itu satu ibadah…jalinkan hubungan yang baik dengan pihak Pengurusan.”

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mei 1989 sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Kesihatan dan Kebajikan. Sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya berpeluang menimba pengalaman kerja yang amat bernilai, khususnya dalam meningkatkan keupayaan mengelola, mengawal selia dan mengetahui selokbelok aliran pentadbiran organisasi. Saya rasa aspek yang paling sukar sepanjang bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila sesuatu tugasan memerlukan tindakan segera dalam masa yang singkat dan terhad.

Apabila bersara, banyak masa yang terluang untuk merancang percutian bersama keluarga dan bebas untuk merancang aktiviti harian. Saya pasti akan merindui keriangan dan gelak ketawa rakan-rakan sekerja dalam mengharungi cabaran demi mencapai objektif organisasi. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang berkhidmat dengan empat orang Pengarah Yayasan Sabah yang berbeza latar belakang dan corak kepimpinan dalam pentadbiran sejak tahun 2001 hingga saya bersara.

Kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasalah bertanggungjawab, berdisiplin dan berintegriti dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan. Buat Kumpulan Yayasan Sabah, semoga terus maju jaya dan kekal relevan sebagai sebuah organisasi yang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf sosioekonomi serta pendidikan khususnya kepada rakyat negeri Sabah.”

Chia Fui Yean @ Catherine Setiausaha Eksekutif Pejabat Pengarah Yayasan Sabah / Pengerusi Eksekutif ICSB Christina Magabih Penolong Akauntan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)
24 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Julai 1981 sebagai Renjer Hutan. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah kebajikan staf dijaga seperti peruntukan perubatan dan diberi peluang untuk mengikuti kursus keselamatan di tempat kerja. Jika ditanya apa aspek yang paling sukar pernah dilalui, bagi saya adalah semasa bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan daerah dan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja memadamkan api kebakaran hutan di musim kemarau. Rancangan saya semasa persaraan kelak adalah bekerja sendiri dengan mengusahakan tanah untuk pertanian.

Aspek yang saya akan rindui selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan adalah apabila bersama dengan rakan sekerja untuk menjalankan tugasan di lapangan, menghadiri mesyuarat dan mengikuti kursus yang dianjurkan bersama dengan pihak Jabatan Perhutanan Sabah. Saat-saat yang tidak saya lupakan adalah apabila memandu kenderaan di lapangan dalam blok di musim hujan dengan keadaan jalan yang berlumpur, licin dan berbukit cerun yang tinggi.

Nasihat saya kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasalah mempunyai minat yang mendalam dengan tugasan yang diamanahkan serta semangat yang kental bila berdepan dengan cabaran. Staf juga perlu saling menghormati dan patuh pada arahan serta mempunyai disiplin yang baik di samping bersifat rendah hati dan bertolak ansur dengan rakan sekerja.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 November 1989. Antara aspek yang terbaik semasa saya bekerja dengan organisasi ini adalah dapat menimba ilmu dan pengalaman pekerjaan yang amat berguna. Manakala aspek yang paling sukar adalah apabila berdepan dengan tekanan kerja. Tekanan kerja ini secara umumnya berpunca daripada tanggungjawab atau bebanan tugas yang tidak berpadanan dengan pengetahuan, kemahiran atau jangkaan saya sendiri sehingga menyebabkan saya sukar untuk menghadapinya. Tekanan saya ini akan menjadi bertambah teruk apabila saya tidak mempunyai kawalan terhadap punca tekanan tersebut.

Apabila bersara saya ingin mengisi masa dengan memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga terutamanya anak saya yang berumur 10 tahun dan juga menjaga kesihatan diri.

Antara kenangan bekerja adalah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bulan puasa dari bulan Mac hingga Ogos 2020. Tidak ada bazar Ramadan, solat tarawih di masjid, bufet Ramadan di hotel-hotel dan semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup semasa PKP dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. Membantu menemuduga pelajar-pelajar lepasan UPSR untuk pengambilan dan penempatan sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak juga merupakan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Tidak dapat saya lupakan juga semasa menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jubli Perak 25 tahun dalam tahun yang sama. Pada masa yang sama, saya telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja mengendalikan peminjam-peminjam pinjaman Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak membayar semula pinjaman mereka. Tidak begitu mudah untuk membuat tugas menagih hutang ini.

Melalui pengalaman saya semasa bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah, saya ingin berkongsi nasihat agar semua staf bekerjalah dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan komited serta hormatilah pegawai-pegawai atasan kita.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi peluang kepada saya bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah yang telah memberi tunjuk ajar dan nasihat sehingga saya dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.”

Penyelia Hutan Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan Gordian Chrispen Pegawai Tadbir Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 25

“Saya

Antara

Pengurusan. Selain itu, organisasi ini saling bantu-membantu antara

satu sama lain seperti satu komuniti keluarga. Aspek yang paling sukar adalah ketika menjalankan tugas di luar kawasan.

Pada masa ini, saya akan berehat secukupnya dan akan melakukan khidmat masyarakat. Semenangnya saya akan merindui cabaran menjalankan tugas harian di pejabat yang melatih saya untuk sentiasa berfikir secara kritis dan membentuk saya sebagai anak jati Sabah.

Saya akan sentiasa menghargai masa yang saya habiskan bekerja di bahagian sokongan dan khidmat teknikal, terutamanya pada awal tahun 90-an apabila kami terpaksa memberi latihan kepada setiap staf Kumpulan Yayasan Sabah kerana kekurangan penguasaan ICT dalam kalangan majoriti pengguna ketika itu. Walau bagaimanapun, atas ketabahan dan kecekalan hati warga Kumpulan Yayasan Sabah, kini hampir seluruh warga sudah mahir dengan ICT.

Nasihat saya untuk semua staf yang masih berkhidmat, Kumpulan Yayasan Sabah adalah satu komuniti dengan budaya yang tersendiri. Kita sebagai staf perlulah berasa bangga. Selain itu, berikanlah komitmen dan dedikasi yang berterusan semasa menjalankan tugasan yang diberikan.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Februari 1990 sebagai seorang tukang kebun. Dapat berkumpul bersama rakan-rakan sekerja yang menghiburkan dengan karenah masing-masing serta nikmat kesyukuran menerima gaji setiap hujung bulan adalah hal yang terbaik selama saya bekerja dalam organisasi ini.

Kesukaran kerja yang saya tidak dapat lupakan adalah apabila ditugaskan untuk menguruskan sistem Kaizen sumber manusia mengenai cuti staf ICSB yang pada mulanya agak sukar bagi saya. Namun, syukur Alhamdulilah berkat semangat untuk belajar saya mampu mengendalikannya dengan baik.

Saya akan mengambil peluang untuk bertemu rakan-rakan lama setelah bersara wajib nanti dan sekiranya kesihatan mengizinkan,

saya akan balik ke kampung untuk turun ke laut sebagai nelayan

yang lain. Antara aspek terbaik yang akan dirindui setelah bersara

Humphrey L. Madani Eksekutif Teknologi Maklumat Kanan Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) Jilika Kasa Kerani Kanan Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) pantai dengan rakan-rakan di kampung kelak adalah gurau senda rakan-rakan di Unit Pengurusan Sumber Manusia. Kenangan terbaik yang tidak mungkin saya lupakan ketika Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah kerana pada majlis seperti ini kita dapat berkenalan dengan staf dari luar daerah. Nasihat saya untuk rakan-rakan yang masih bekerja, teruskan perjuangan sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab demi generasi akan datang.” menyertai Kumpulan Yayasan Sabah melalui Program Pembangunan Insan pada 1 November 1989 sebagai Pegawai Pembangunan Insan di Pejabat Kawasan Papar. aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah kebajikan staf dijaga oleh pihak
26 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pengurus Penyelidikan Kanan Perpustakaan Penyelidikan Borneo

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Disember 1988.

Antara aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila saya turut serta merancang dan melaksanakan program Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Manakala aspek yang paling sukar apabila organisasi kurang bajet untuk melaksanakan program yang telah dirancang. Hal ini menyebabkan kredibiliti organisasi dipersoalkan oleh masyarakat.

Rancangan saya semasa persaraan kelak adalah untuk meneruskan aktiviti kerja sosial kepada masyarakat luar bandar yang terpinggir, di samping menjual hasil kebun apabila tiba musimnya dan mengusahakan inap desa (Homestay).

Aspek yang saya akan rindui mengenai bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah semasa bersama dengan rakan sepasukan mengharungi cabaran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sama ada di pejabat mahu pun di lapangan.

Saat-saat yang tidak akan dilupai iaitu pertama, apabila diberikan tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan kepakaran dan minat. Kedua, saat menerima surat kenaikan pangkat sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan.

Nasihat untuk semua staf dan Pengurusan agar mematuhi prosedur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.”

“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Ogos 1981. Ketika itu saya bertugas sebagai Pegawai Ambulans di bawah seliaan Perkhidmatan Ambulans Yayasan Sabah (PAYS).

Sebelum saya bersara saya menyandang tugas Pegawai Tadbir Kanan di Zon Pantai Barat Selatan.

Sudah pasti kesukaran tetap ada ketika bertugas terutama apabila berdepan dengan cabaran perubahan tempat kerja yang memerlukan penyesuaian optimum dan segera. Namun, berkat kesabaran dan semangat jati diri yang kuat, saya dapat menempuh setiap cabaran tersebut dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.

Sekarang ini setelah bersara saya mengamalkan hidup secara sederhana dalam setiap perkara yang saya lakukan di samping mengutamakan gaya hidup sihat dan selesa.Tidak dapat dinafikan saya merindui rakan sekerja lama, ketua jabatan yang saling berganti, suasana kerja, bonus serta gaji yang diperoleh setiap hujung bulan.

Saya juga ingin mengambil perhatian pembaca mengenai pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan apabila dinaikkan pangkat pada saat-saat akhir perkhidmatan walaupun perbezaan gaji yang sedikit namun tetap saya hargai.

Bagi teman-teman yang masih berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah, di samping mendapat gaji menyara hidup keluarga, bersyukurlah kerana masih bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah. Jangan sesekali kita melupai ketua bahagian yang telah membantu menaik taraf karier kita. Hargailah segala faedah yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Bekerjalah dengan ikhlas dan jangan ada hasad dengki malah kita harus sokong-menyokong di antara satu sama lain.”

Juhirin Kantis Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Jairu Ingging @ Lianard Pegawai Tadbir Kanan Zon Pantai Barat Selatan
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 27

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 5 Julai 1984 sebagai jurutaip di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Saya bangga bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Ini adalah kerana, organisasi ini ditubuhkan untuk membantu anakanak Sabah khususnya dalam pendidikan dan membantu menaikkan taraf kehidupan serta sosioekonomi rakyat Sabah. Sepanjang bersama Kumpulan Yayasan Sabah, saya amat menghargai kerjasama antara rakan sekerja dan tunjuk ajar daripada pegawai atasan semasa menyelesaikan masalah berkaitan kerja. Manakala aspek yang paling sukar pula apabila saya terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang agresif. Situasi sebegini betul-betul memerlukan kesabaran yang tinggi dan sebagai manusia biasa, bukan senang tetapi saya banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan kerja. Lama kelamaan saya berjaya menghadapi situasi ini dengan lebih baik.

Antara aspek yang akan dirindui adalah majlis makan malam yang diadakan kerana dapat mengeratkan silaturahim antara warga Kumpulan Yayasan Sabah kerana keluarga besar Kumpulan Yayasan Sabah akan berkumpul setiap hujung tahun. Sekarang saya sudah bersara, saya akan berehat setelah hampir 40 tahun bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Kemudian, saya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Kepada rakan-rakan yang masih bekerja, teruslah bekerja dengan penuh telus dan dedikasi. Manakala kepada pihak Pengurusan, saya berharap akan terus memantapkan perkhidmatan dan keseragaman proses kerja.”

“Saya menyertai kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Jun 1981. Saya merasakan aspek terbaik bekerja di organisasi ini adalah kerja berpasukan yang diamalkan untuk mencapai matlamat Kumpulan Yayasan Sabah.

Aspek yang paling sukar ketika bertugas adalah apabila saya diberi kepercayaan oleh Pengurusan atasan untuk melakukan sesuatu tugas yang memerlukan sokongan daripada pelbagai peringkat staf.

Saya merindui suasana pejabat dan rakan sekerja yang sentiasa bekerjasama dengan saya. Seterusnya, saya akan merindui tugas-tugas yang sering saya lakukan. Saat-saat yang saya tidak akan lupakan adalah ketika hari ulang tahun saya di mana rakan sekerja membuat kejutan. Selain itu, saat membuat lawatan bersama rakan-rakan sekerja.

Nasihat untuk semua staf dan pihak Pengurusan bekerjalah secara adil dan tegas. Jangan campurkan hal peribadi di tempat kerja kerana suasana kerja akan berubah ketika kita mula melibatkan hal peribadi. Tetaplah menjadi seorang yang lebih baik agar semua lebih maju.

Saya akan tetap mencari rezeki meskipun saya sudah bersara.”

Sepanjang perkhidmatan, saya dapati Kumpulan Yayasan Sabah sangat menjaga kebajikan stafnya. Aspek paling sukar ketika bertugas adalah keperluan tugasan yang sememangnya mencabar sebagai Renjer Hutan. Antara kenangan yang tidak akan saya lupakan adalah ketika saya dan rakan sekerja berjalan kaki sejauh 40 kilometer di Batu 38, Keningau.

Dengan persaraan ini saya akan berehat di samping memulakan penanaman pokok getah dan kelapa sawit di masa hadapan. Saya berharap agar semua warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah teruskan berkhidmat mengikut arahan yang diberikan.”

Juri binti Agu @ Juriah binti Asli Akauntan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) Kasim bin Musa Kerani Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau “Saya mula bertugas pada 4 April 2004 di Unit Keselamatan sebagai Pengawal Keselamatan. Sebelum saya bersara, jawatan terakhir saya merupakan Renjer Hutan yang di tugaskan di Bahagian Perhutanan, Wilayah Keningau. Richard Marcus Renjer Hutan
28 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Bahagian Perhutanan Wilayah Keningau

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 6 Julai 1982. Jangka masa empat puluh satu tahun yang banyak mengubah kehidupan saya dan keluarga. Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak mengajar saya untuk terus cemerlang dalam tugas harian dan ini telah memberikan pengalaman manis mahupun sebaliknya.

Banyak pengalaman kerja yang telah saya lalui sepanjang berkhidmat di organisasi ini. Saya pernah bertugas di Unit Keselamatan, Unit Comprehensive Harvesting Plan dan Plenary Closing Inspection.

Bagi saya, di dalam kehidupan tiada kesukaran yang di lalui sekiranya berpegang kepada prinsip hidup sepanjang melaksanakan tugas dan anggaplah semua itu sebagai cabaran. Seterusnya, beranggapan saya dibayar untuk melaksanakan tugas tersebut dan itulah tugasan yang diamanahkan dengan saya, jadi saya lebih terbuka menerima semua kesukaran dan cabaran ketika bertugas. Selepas bersara, saya merancang untuk berkebun di kampung saya.

Saat-saat yang tidak akan di lupakan adalah semasa saya bertugas dalam hutan pada tahun 1995 dan terkena jangkitan demam malaria.

Pastinya saya akan merindui suasana bekerja, tetapi lebih merindui rakan-rakan sekerja daripada tugasan harian. Nasihat saya kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat, berbaktilah dan bekerja dengan baik serta utamakan produktiviti organisasi. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Februari 1981 sebagai Pengawal Keselamatan dan berpindah ke Bahagian Komunikasi Korporat pada Februari 1995.

Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah dari segi pendidikan anak-anak yang mendapat dermasiswa, daripada segi kesihatan keluarga yang mendapat kemudahan di klinik-klinik panel dan dari segi cuti pula, staf boleh memohon dan juga boleh menjual cuti kepada organisasi.

Saat-saat yang tidak saya boleh lupa adalah ketika saya sedang sakit kritikal selama setahun dan banyak tugas-tugas di pejabat tergendala. Saya berasa sangat beruntung kerana mempunyai ketua dan rakan-rakan yang sangat memahami, banyak memberi saya semangat, sokongan moral, nasihat hingga saya menguatkan hati dan semangat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan untuk melawan penyakit kritikal hingga saya sembuh dan sihat seperti sekarang. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ketua dan kawan-kawan saya. Saya akan kenang semua jasa baik dan kenangan indah selama kita bekerja bersama-sama.

Rancangan persaraan saya adalah ingin mengusahakan perniagaan secara dalam talian (online) dan mungkin saya akan melukis pelan sesuai dengan minat saya.

Saya akan merindui rakan-rakan sekerja, meja kerja saya, aktiviti-aktiviti semasa mengambil gambar sebagai jurugambar terutamanya semasa Majlis Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah serta riuh-rendah pejabat dengan pelbagai karenah rakan-rakan sekerja. Ini semua hanya tinggal dalam kenangan.

Nasihat saya sebagai seorang yang pernah bekerja bersamasama dengan rakan-rakan semua ialah buatlah tugas yang telah diamanahkan kepada kita dengan penuh keikhlasan dan dedikasi. Jangan ada perasaan iri hati terhadap pencapaian atau jawatan rakan-rakan yang lain. Kalau kita yakin dan ikhlas dalam menjalankan kerja, pasti kita akan dapat yang terbaik pada masa akan datang.”

Mawi bin Haji Hassan Artis Grafik Bahagian Komunikasi Korporat Majini Saiti Renjer Hutan Kanan Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan
29
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

“Saya mula bertugas di Unit Komputer, Bahagian Amanah Rakyat Sabah pada 3 Ogos 1983 sebagai Pengaturcara Rendah, kemudian saya dinaikkan pangkat sebagai Pengaturcara Analisis (Analyst Programmer) sehinggalah Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan Skim Perpisahan Sukarela (Voluntary Separation Scheme - VSS) pada tahun 2003.

Pada masa yang sama, sebelum VSS, pihak Pengurusan memberikan saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana (Master of Business Administration – MBA) dan saya dipindahkan ke Bahagian Perikanan sebagai Pegawai Kanan sejurus selepas VSS. Selepas itu, saya kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar (CEMD). Bekerja di CEMD telah memberikan saya pengalaman yang saya hargai kerana sikap Pengurusan yang baik dan sangat membantu. Sepanjang bertugas di bahagian ini saya pernah bertugas di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA), Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (TRCA) dan akhirnya kembali ke ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah sehinggalah saya bersara pada 1 Ogos 2022.”

“Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1980. Antara aspek terbaik bekerja di organisasi ini adalah pihak Pengurusan yang telah banyak membantu saya dari segi ekonomi, etika kerja, disiplin diri, ilmu dan pengalaman. Antara aspek yang paling sukar ketika bertugas adalah apabila memasuki kawasan hutan buat kali pertama.

Perancangan saya selepas bersara adalah untuk menjaga kesihatan diri agar sentiasa kekal cergas dan cerdas. Sudah tentu saya akan merindui gelagat dan perangai rakan-rakan yang saya anggap sebagai keluarga yang sentiasa ada di saat susah dan senang.

Saat yang tidak dapat saya lupakan adalah waktu pertama kali bekerja dalam bidang perhutanan, di mana saya telah ditempatkan di kawasan perhutanan yang terpencil dan mencabar.

Pesanan saya untuk semua rakan-rakan yang masih bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah, berilah komitmen kerja seratus peratus kerana daripada komitmen itulah kita akan mempunyai pengalaman dan hasil kerja yang terbaik, serta bekerjasama antara lain. Akhirnya, kuatkanlah mental and fizikal untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.”

“Perkhidmatan saya dalam Kumpulan Yayasan Sabah bermula pada 19 April 1990 sebagai Pembantu Tadbir di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Manakala sebelum saya bersara, saya bertugas sebagai Pembantu Akauntan Kanan di Bahagaian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB).

Sepanjang perkhidmatan, saya dapati aspek terbaik sebagai staf di Kumpulan Yayasan Sabah adalah keprihatinan organisasi ini dalam menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi perumahan, perubatan, pinjaman komputer dan banyak lagi.

Kemudahan yang diberikan bersama rakan-rakan sekerja, tugasan yang mencabar dan sudah tentu Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara perkara yang amat saya rindui. Pengalamaan yang tidak akan saya lupakan apabila menyertai pertandingan futsal bersama rakan-rakan sekerja. Manakala antara pengalaman yang paling mencabar adalah semasa pandemik COVID-19 melanda, sukar saya untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Pembantu Akauntan Kanan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)

Kini, saya luangkan persaraan saya untuk memulakan pengalaman yang baharu dan membantu keluarga untuk menjalankan perniagaan. Akhir kata terima kasih kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah. Kenangan manis selama saya berkhidmat 32 tahun akan saya kenang selamanya. Kepada yang masih berkhidmat, teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Kumpulan Yayasan Sabah, seiring dengan slogan Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin.”

Philomena Johny Mohd Rusydi B Imran @ Rosti bin Sandayan Pegawai Kanan (Pengurusan Data) Pejabat Kota Kinabalu Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar Mohd. Tahir bin Liew Penyelia Hutan Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau
30

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Mei 1985 sebagai Mesengger (Penghantar Surat) di Electronic Data Processing Department (EDP).

Saat paling mencabar semasa berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah selepas fasa Skim Perpisahan Sukarela (SPS) pada pertengahan tahun 2003 hingga penghujung 2004, di mana bilangan staf yang masih ada adalah sedikit dan pelbagai tugasan perlu dilaksanakan. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Perancangan saya adalah untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga, melibatkan diri dengan aktivitiaktiviti masjid yang berdekatan dengan rumah saya serta beriadah dengan keluarga dan rakan-rakan.

Bagi saya, Kumpulan Yayasan Sabah sangat mengambil berat tahap kebajikan staf dengan memberikan faedah dan saranan yang munasabah. Saya akan merindui suasana bekerja bersama-sama dengan rakan-rakan, bukan sahaja tempat pejabat yang sama tetapi juga dengan rakan-rakan daripada pejabat yang lain. Selain daripada itu, setiap kali Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan pelbagai acara sukan seperti Pesta Sukan Antara Wilayah atau Pesta Sukan Antara YayasanYayasan Se Malaysia, saat-saat bersama dengan rakan-rakan daripada pelbagai acara sukan akan pasti diingati selalu.

Saat-saat yang tidak akan dilupakan apabila saya berpeluang untuk bertugas dan siap-siaga dalam mesyuarat yang melibatkan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Pengarah Yayasan Sabah mahupun Ahli-ahli Kabinet Negeri Sabah. Semasa bertugas dalam mesyuarat seperti ini, ramai kenalan baharu yang ditemui dan ini merupakan peluang yang amat berharga dan bernilai untuk saya. Satu lagi kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila tenaga elektrik di Menara Tun Mustapha mengalami masalah dan setiap staf diarahkan turun menggunakan tangga sehingga ke podium. Apabila sampai di rumah, badan dan lutut saya terasa sakit. Sehingga kini saya masih tidak dapat melupakan pengalaman tersebut.

Nasihat saya untuk staf Kumpulan Yayasan Sabah yang masih berkhidmat, sentiasalah bersikap jujur dan amanah. Dengar arahan yang diberikan selagi tidak menyalahi undang-undang dan apabila berjanji haruslah ditepati.”

“Saya telah menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 September 1980 dan ditugaskan di Jabatan Kaji Selidik. Pada 7 Mei 2003 saya telah dipindahkan ke Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran sebagai Penolong Pegawai Sumber Manusia.

Kerjasama dalam kalangan staf dan Pengurusan telah banyak membantu saya dalam aspek pekerjaan. Saya dapat mempelajari perkara baharu dan memperbaiki kelemahan dalam bidang pekerjaan. Manakala aspek sukar ketika bertugas adalah apabila sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan cabaran baharu dan juga apabila menerima arahan kerja yang kurang jelas. Perkara ini menyukarkan saya untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut.

Setelah bersara saya akan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian, persatuan dan rekreasi yang sebelum ini masa agak terhad untuk menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini. Di samping itu saya juga akan mula menceburi bidang pelaburan dan pengurusan kewangan sebagai persediaan awal semasa persaraan kelak.

Saya akan merindui rakan-rakan serta suasana tempat kerja yang banyak meninggalkan kenangan manis. Gelagat rakanrakan yang sentiasa menghibur seperti keluarga sendiri antara kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan.

Kepada staf yang masih bertugas, sentiasalah belajar meningkatkan kemajuan diri dan bekerja dengan ikhlas serta saling bantu membantu rakan sekerja sekiranya diperlukan. Pihak Pengurusan juga haruslah menunjukkan kepimpinan yang baik, prihatin kepada kebajikan

bekerjasama sebagai satu pasukan

organisasi ini.”

Razak bin Abd. Majid Pembantu Eksekutif Teknologi Maklumat Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) staf agar dapat demi kesinambungan Rohayah Bakar
SABAH 31
Penolong Pegawai Sumber Manusia Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) BERITA KUMPULAN
YAYASAN

“Syukur

Saya mula berkhidmat sebagai Renjer Hutan dan seterusnya berpindah ke Unit Pengeluaran, Unit Keselamatan Konsesi, Unit Inventori dan Silvikultur, Comprehensive Harvesting Plan Unit dan akhir sekali sebelum bersara, saya bertugas di Unit Pentadbiran dan Kewangan.

Pengalaman berpindah-pindah unit ini memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan dan tidak lupa cabaran dimana setiap kali berpindah saya perlu belajar perkara-perkara baharu. Pahit manis pengalaman kerja tidak akan saya lupakan.

Cabaran bekerja yang paling terkesan dalam ingatan saya adalah ketika dihantar bertugas di Hutan Simpan Sg. Malua dan Hutan Simpan Sg. Pinangah untuk membuat bancian dirian pokok yang dibalak. Dengan sistem perhubungan jalan raya dan komunikasi yang sukar pada ketika itu saya dan rakan setugas perlu berada dalam hutan tersebut selama dua hingga tiga bulan. Kesengsaraan yang dialami dimana kami perlu mengangkat barang keperluan seperti pakaian dan makanan sambil berjalan atau bermalam dalam hutan sukar untuk dilupakan. Pelbagai rintangan yang kami lalui sebelum sampai ke lokasi kerja.

Pernah suatu ketika saya sesat di tengah hutan semasa dalam perjalanan pulang ke khemah setelah selesai menjalankan tugas membanci pokok, ini salah satu saat-saat yang tidak akan dapat saya lupakan. Seterusnya, saya pernah pengsan dalam hutan kerana terlalu penat. Akhir sekali, saya tidak akan lupa yang saya pernah terlibat dalam kemalangan dengan lori ketika dalam perjalanan ke Nabawan untuk menjalankan tugas inventori di Hutan Simpan Sg. Pinangah.

Rancangan saya setelah bersara ialah ingin berbakti kepada tanah dengan bercucuk tanam seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat, sentiasalah bersikap rendah hati, terbuka dan berbudi bahasa serta bersikap jujur, patuh dan komited ketika bertugas. Sudah pasti saya akan merindui suasana kerja dan rakan-rakan sepejabat.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah untuk pengalaman yang sangat berharga ini.”

“Perjalanan kerjaya saya dalam Kumpulan Yayasan Sabah bermula pada 1 April 1985 sebagai Jurutaip di Bahagian Perkhidmatan Sosial. Berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah telah memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada saya. Sepanjang perkhidmatan, saya telah ditugaskan di beberapa bahagian dan unit antaranya, Bahagian Perkhidmatan Sosial, Bahagian Amanah Rakyat Negeri Sabah, Bahagian Pentadbiran, Pusat Kajian Borneo dan Pejabat Timbalan Pengarah. Ketika bertugas di Pejabat Timbalan Pengarah, saya belajar banyak perkara dan pengalaman kerja yang mencabar. Cabaran tersebut saya hadapi dengan terbuka dan Alhamdulillah ilmu yang saya peroleh, saya terima sebagai ganjaran yang bernilai.

Sememangnya telatah rakan-rakan sepejabat yang sentiasa ceria membuatkan saya merindui mereka. Setelah bekerja bersama selama bertahun-tahun, saya menganggap rakanrakan sepejabat seperti keluarga sendiri.

Buat masa ini, saya berehat di rumah dan merancang untuk melancong dalam tempoh masa terdekat. Akhir kata daripada saya, teruskan berkhidmat dengan cemerlang dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Kumpulan Yayasan Sabah amat prihatin terhadap stafnya terutamanya dalam aspek pendidikan. Teruskan belajar hingga ke peringkat tertinggi selagi berpeluang.”

Richard Atilano Pegawai Tadbir Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan kepada Tuhan kerana saya diberi peluang berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah selama 41 tahun sejak 12 Februari 1981. Zainab J. Abdullah Pembantu Tadbir Kanan Unit Pengukuhan dan Pemantauan Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)
32 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 8 April 1987. Saya berasa bertuah, bangga dan bersyukur kepada Tuhan atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat dengan organisasi ini yang sememangnya saya kagumi sejak di zaman persekolahan lagi.

Keprihatinan pihak Pengurusan dalam menjaga kebajikan staf dengan baik seperti kemudahan rawatan perubatan, biasiswa dan pinjaman pendidikan, subsidi perumahan dan kereta adalah antara aspek terbaik bekerja di sini. Dengan adanya kemudahan ini, staf dapat memajukan diri dari segi kerjaya dan telah meningkatkan penjanaan ekonomi keluarga. Setelah bersara, saya akan meluangkan banyak masa bersama keluarga.

Bila ada segelintir staf memiliki sikap yang tidak mahu bekerjasama dalam satu pasukan merupakan aspek yang paling sukar semasa bekerja di sini.

Mengimbau kembali saat-saat semasa berkhidmat, saya pastinya terharu dan merindui rutin kerja harian di samping gelak tawa teman-teman sepejabat. Apatah lagi, teman sepejabat ibarat keluarga kedua bagi saya kerana dari mula saya bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu selama 35 tahun 7 bulan, saya tidak pernah berpindah tempat. Rakan-rakan sepejabat ibarat adik-beradik rasanya, pahit manis dipikul bersama dan sudah pasti saya tidak mudah melupainya.

Saya ingin menyeru kapada warga Kumpulan Yayasan Sabah agar menunaikan tanggungjawab kerja dengan penuh berhemah, telus dan komited demi mencapai visi dan misi organisasi. Selamat Maju Jaya warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju agar dapat meneruskan peranan dan objektif organisasi ini.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Oktober 1988. Sepanjang berkhidmat, saya sering berkongsi ilmu mengenai budaya masyarakat tempatan kepada para saintis daripada luar negara. Kenangan ini membuatkan saya berasa bangga dan tidak akan saya lupa. Aspek yang paling sukar ketika bertugas ialah apabila berada dalam keadaan kesihatan tidak menentu untuk membolehkan saya turun bekerja. Akan tetapi saya menganggap ianya sebagai satu cabaran buat diri saya.

Rancangan saya semasa persaraan kelak adalah untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Antara aspek yang saya akan rindu ialah semasa membuat pelbagai aktiviti bersama staf dan juga berborak dengan pelawat-pelawat daripada dalam negeri dan luar negara yang datang melawat kawasan konservasi.

Antara saat yang tidak akan dilupakan ialah saya dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai masakan dan dapat memperbaiki kemahiran memasak dari semasa ke semasa. Di samping itu, saya gembira dapat bekerjasama dengan staf lain dan juga ketua-ketua unit di organisasi ini.

Nasihat saya kepada semua staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, semoga dapat memperbaiki mutu kerja pada masa akan datang.”

Sobita Soiking Setiausaha Eksekutif Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) Salimah binti Kasil Housekeeper Kawasan Konservasi Lembah Danum, Silam & Taliwas Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 33

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1981 sebagai Renjer Hutan Rendah. Saya sangat bersyukur dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah kerana setiap staf menerima banyak manfaat seperti kebajikan, pemberian skim persaraan dan sebagainya.

Terdapat banyak aspek sukar yang dilalui dan antara yang tidak dapat dilupakan adalah ketika menyelamatkan Badak Sumatra di sungai dalam Kawasaan Konservasi Lembah Danum.

Apabila saya bersara, saya akan lebih kepada bekerja sendiri seperti menguruskan kebun kelapa sawit dan buah-buahan. Sudah tentu banyak aspek yang saya rindui terutamanya ketika masuk hutan bersama rakan sekerja, melakukan kerja bersama dan kami tidak pernah merasa penat ketika bekerja bersama kerana nilai bekerja dalam satu pasukan sangatlah utuh.

Nasihat saya kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah adalah sentiasa saling bertolak ansur bila bekerja dalam kumpulan. Sentiasalah bertanggungjawab terhadap kerja yang diberi kepada kita.”

Tuan Haji Ahmad Hussin bin Sabli Pegawai Pelajaran Kanan Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Ogos 1981. Pada awal perkhidmatan saya berkhidmat sebagai Pegawai Paramedik di Bahagian Kesihatan dan Paramedik. Ketika itu, saya banyak terlibat dengan situasi kecemasan dalam bertugas. Terlalu banyak kenangan yang saya perolehi sepanjang perkhidmatan di organisasi ini.

Selepas itu saya berkhidmat di beberapa bahagian dan Bahagian Pembangunan Pendidikan adalah bahagian terakhir dalam perkhidmatan saya. Antara kenangan manis ialah ketika mewakili Kumpulan Yayasan Sabah dalam beberapa acara sukan iaitu PESADA, PESAIP dan PESAYA dari tahun 1990 hingga 2005.

Saya bangga berkhidmat di organisasi ini kerana Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara organisasi di Malaysia yang mempunyai sumber dana sendiri. Organisasi ini juga berpaksikan kesepakatan staf dan keluarga besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta latar belakang. Apa yang menyedihkan sejak kebelakangan ini keakraban dalam jabatan agak kurang di mana staf baru agak kurang kenal dengan staf lama. Disarankan kepada semua staf pelapis, perlu muhasabah diri dan ingat pepatah, ‘tiada lama, maka tiada yang baharu. Nasihat saya terimalah ilmu daripada mereka yang berpengalaman kerana pengalaman tidak dapat diperoleh daripada ilmu yang dipelajari.

Selepas bersara, saya ingin menjalani kehidupan secara santai dan ingin meningkatkan keagamaan. Saya juga akan berusaha semampu daya demi kelangsungan hidup di masa mendatang.”

34 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Tity bin Achong Renjer Hutan Rendah Kawasan Konservasi Lembah Danum Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 April 1982 sebagai Kerani Am dan dinaikan pangkat sebagai General Services Section.

Sejak penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah merupakan lambang kemegahan negeri Sabah yang amat dikagumi oleh seluruh rakyat Sabah. Kebajikan pekerja sangat diutamakan, terjaga dan terjamin jika kita setia kepada majikan dan bekerja dengan penuh komited.

Selain aspek kebajikan, Kumpulan Yayasan Sabah juga memberi peluang latihan dan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara kepada staf yang berpotensi melalui program Anugerah Latihan Kakitangan.

Selain tekanan tugas, keperluan menjaga keharmonian antara agensi-agensi, pihak berwajib dan yang berkepentingan amat mencabar kredibiliti dalam melaksanakan tugas. Saya merancang untuk memulakan aktiviti ekonomi sederhana yang kurang berisiko, sesuai dengan kemampuan dan yang paling penting dapat menyihatkan tubuh badan dan mental.

Dengan pengalaman ini, saya juga akan membantu membuat kerja-kerja kemasyarakatan melalui penglibatan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) jika tidak ada halangan.

Sudah pasti saya akan merindui semua rakan sekerja yang ditinggalkan dan juga aktiviti kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas di semua wilayah; Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Keningau. Saya juga akan merindui Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah yang mana semua staf di ibu pejabat dan wilayah serta zon dapat berkumpul bersama. Antara kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2014 yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, serta mendapat naib johan dalam pertandingan nyanyian berkumpulan dalam Pertandingan Bakat Safond pada tahun 1986.

Teruslah bekerja dengan telus, berinovasi, profesional dan komited ke arah menaikkan imej Kumpulan Yayasan Sabah.”

“I joined the Yayasan Sabah Group in 1989. I have been primarily involved in social and community work during the past 33 years of service. I am grateful for the opportunity to work with different groups of people and make a difference in their lives. I work under constraints sometimes, but I enjoy doing my work.

After my retirement, I may be working with NonGovernmental Organisations (NGOs) to continue serving the community in different capacities and doing things that I could not do when I was working.

I will miss my friends in Yayasan Sabah Group and the communities in which I have worked and served. The most important and memorable moment would be when I started working as a People Development Catalyst, which developed my career to where I am now.

My advice to my colleagues and friends is to practice good work ethics, be disciplined and respect the rules and authority.”

Yong Eng Hui @ David Yong Pengurus Perancangan Hutan Bahagian Perhutanan Kota Kinabalu Linda Anthony Chief Zone Coordinator West Coast South Zone
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 35

“I joined Yayasan Sabah Group on 3 July 1985 as a Librarian Clerk at the Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Borneo Research Library. For me, the best aspects of working with the Yayasan Sabah Group are job security and benefits for the staff. In my case, the opportunities to work outdoors and occasionally overseas.

Besides that, I met some very important people and witnessed historical events while on duty. On top of that, we have an excellent team that handles some difficult but interesting assignments in the remote and unexplored part of Sabah.

After my retirement, I want to do all the things I could not do while I was attached to the Yayasan Sabah Group. I will miss the adrenaline rush when completing impossible tasks and succeeding all the time with a superb technical team. Too many memorable moments to mention, but just being with the CCD staff during work assignments and completing the tasks is remarkable for me.

To all staff, you are privileged to work with Yayasan Sabah Group, but your health and your family are more important. That’s why you are there in the first place. Do your job well and quietly, and when your time is up, leave quietly with your head high.”

Lan Senior Officer Corporate Business Development Division

“I joined Yayasan Sabah Group (YSG) in December 1980 as a typist. During my service with YSG for about 42 years, I have served in various divisions such as Accounts & Financial Services (ICSB), Office of the Group General Manager, and Corporate Business Development Division (CBDD) which has allowed me to enrich my knowledge, experience, be more motivated and efficient. I thank YSG for having me in this organisation.

I enjoyed working at YSG as it is a rewarding job. I thank my former superior, Ms Susanna Willie, for guiding me. Being my superior, she always made me feel important and appreciated. I also want to thank the present Group Manager of the Corporate Business Development Division (CBDD), Mr Ronald Ong, for all the advice and understanding of my needs throughout my service. The most challenging aspect of working in YSG is being caught up in work pressure related to meeting deadlines. The information was not always available, but I guess it is normal in life.

After retirement, I intend to explore new opportunities that will continue to keep me mentally and physically fit. I will miss my working lifestyle under different good bosses, all my colleagues, and the friendship we developed over the years of working together as a team. The good thing is that I can earn the freedom to do my own thing, at my own pace, with no deadlines to meet and spend more time with my family members. My most memorable moment in YSG was when I was transferred to the Office of the Group General Manager in early 2004 following the implementation of VSS in 2003. When informed by the Management about my transfer, I was not ready to be transferred because I had never thought I get transferred to another office. At that time, I really missed my job in Accounts and all my colleagues with whom I had worked for 22 years.

To the staff still in service with YSG, I hope that all of you will continue your work with dedication to achieve excellent results within the organisation for the next generation’s good.”

Bertille Alex Boyou Senior Executive Audio Visual Corporate Communications Division Chong Choon
36 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

“I started working as a typist in the Shipping Division on 15 December 1980. Before retiring, I was assigned to the Accounts and Financial Services Division as a Senior Finance Officer. Throughout the service, I greatly appreciate the cooperation and every colleague from all the departments I have been assigned to.

As I remember, there was no difficulty that I could not face as long as I was in the Yayasan Sabah Group. Of course, working with colleagues will be one of the things I will miss. The retirement celebration and group activities at the office will be memories I will never forget. I will spend my retirement with quality time with my beloved family. To my friends who are still struggling, work hard, play hard, look after yourself and each other, and you will be fine.”

Security & Enforcement Unit Human Resource & Corporate Services Division (YS/ICSB)

“I joined Yayasan Sabah Group on 10 October 1988. I have served the Yayasan Sabah Group for 34 years. Staff welfare was well taken care of. I was one of those fortunate ones who were given a chance to further studies for self-enhancement. When I was attached to the then Manpower Development and Training Unit in 1998, with zero knowledge, I was tasked with helping the Unit implement the MS ISO quality management system and obtained certification, which we achieved with flying colours. Subsequently, more division/ zone offices followed suit. From then on, there were always new things to learn, even until now.

After I retire, I will do the things I have not had time to do: catch up on reading, hone my cooking skills and gardening. Do small business and projects.

I will miss all my good friends and the spectacular view from my office. Everything is memorable-the jokes and fun among office mates, the joy of working together, even the pressure faced at work and the wrath of certain bosses. Laugh out loud.

Forestry Division, Tawau

“I joined Yayasan Sabah Group through Rakyat Berjaya Sdn. Bhd., Forestry Division, Tawau Region, on 14 September 1987 as a Clerk and after 34 years with the Group, I finally retired in 2022. I will miss the office environment the most, but I look forward to spending more time with my family. Then I will occupy my time going to places of interest. The best part of working with the Group is staff career advancement. Everyone has a chance to develop their career advancement. Being awarded as Best Staff Award in 2012 is one of the sweet memories of working with the Group. However, along the way, having dynamic bosses can trigger your blood pressure but rest assured, you will have invaluable experience and will progress with them!

My advice to all my fellow friends in the Group, always think positively in whatever situation you are in, always prioritise your time, and it will be kind to you. Hopefully, the Management will be able to sustain in many years to come.”

For the Management-give due recognition of staff’s abilities and contribution to the organisation by promoting them to higher ranks, i.e. putting the right people in the right place and rank. To the staff, do your job well and always goes the extra mile, i.e. even if the task is not in your Job Description, just do it as you will learn a lot from doing the additional job.

Work as a team as better results are achieved, and everyone will get the credit. If you did not do the job, do not take credit for it. Last but not least, remember that there are always new things to learn. Share your knowledge with others. If you feel you are smart, others are always smarter than you.”

Prisca Totu Senior Training Officer
KUMPULAN YAYASAN SABAH 37
BERITA

Menara Tun MustaphaLawatan ke

10 November 2022

Seramai 100 orang pelajar penghuni Asrama Malaysia (AMal) dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Johor telah melawat Galeri Tun Mustapha sempena Program Success Story Asrama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022. Amal merupakan program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2009 yang menempatkan pelajar pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum.

10 November 2022

Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Encik Abdul Haris bin Lakar ke Galleria Artisan di Menara Kinabalu dan Menara Tun Mustapha.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan MyIPO serta memberi peluang kepada pihak MyIPO untuk melihat sendiri produk-produk tempatan yang terdapat di Galleria Artisan. Turut serta ialah Penolong Ketua Pengarah MyIPO, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Perniagaan, Encik Sh. Arifin Mohd. Noor dan Pengarah MyIPO Cawangan Sabah, Puan Asmah binti Khalid.

Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB), Puan Zaiton Bakri telah memberikan taklimat kepada delegasi MyIPO mengenai operasi dan pemasaran produk-produk kendalian KHSB termasuk kerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC).

Sederhana

Program GLOPEC bertujuan membantu pengusaha Industri Kecil dan dalam memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa. Puan Zaiton memberi penerangan kepada Encik Abdul Haris mengenai produk tempatan yang terdapat di Galleria Artisan, Menara Kinabalu. Pereka KHSB, Encik Roslan Jafri (bertopi) memberi penerangan mengenai proses mereka, mencanting dan memproses batik di Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha kepada Encik Abdul Haris (kanan).
38 BERITA KUMPULAN
Para pelajar meniliti koleksi peribadi milik Tun Datu Haji Mustapha yang dipamerkan. Para pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Galeri Tun Mustapha, Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan. YAYASAN SABAH

9 Disember 2022

Seramai 155 ahli rombongan dari SK Kota Klias, Beaufort yang terdiri daripada 45 orang ibu bapa, 16 orang guru, dan 94 orang pelajar mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan tersebut turut melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Encik Salim Japaran, Pegawai Bahagian Pembangunan Pendidikan memberikan taklimat mengenai peluang-peluang tajaan Kumpulan Yayasan Sabah.

Para pelajar mengambil kesempatan berkunjung ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

12 Disember 2022

Seramai 23 orang pelajar International Baccalaureate Diploma dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan tujuh orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha.

Lawatan yang bertemakan Creativity, Activity & Service ini bertujuan untuk mengenali kepelbagaian budaya serta pembangunan fizikal dan insaniah di Sabah.

Para peserta rombongan diberikan taklimat aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah oleh Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd Redzuan Mohd. Zin yang diikuti dengan lawatan ke Galeri Tun Mustapha. Lawatan ke Galeri Tun Mustapha dikendalikan oleh Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Galleria Artisan untuk melihat produk kraf tangan keluaran tempatan dan aktiviti mencanting batik.

Para peserta rombongan diberi taklimat mengenai aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah. Para peserta dibawa melawat ke Galeri Tun Mustapha. Para peserta dibawa melawat ke kawasan aktiviti mencanting batik di Galleria Artisan
YAYASAN SABAH 39
BERITA KUMPULAN

Imbasan 2022

10 Januari 2022 - Penyerahan Cek Dividen Kimanis Power Sdn. Bhd. kepada Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Kinabalu. 16 Julai 2022 - Karnival Fun Run & Ride anjuran Benta Wawasan Sdn. Bhd.di Bandar Sri Indah, Tawau. 23 Julai 2022 - Hari Sukaneka Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak ke-37 di Arena Futsal, Kumpulan Yayasan Sabah. 26 Julai 2022 - Majlis Penyampaian Biasiswa Cemerlang Negeri Auditorium Tun Ahmad Raffae, 21 September 2022 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Lanjutan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Universiti Teknologi MARA & Flag Off Ekspedisi Saintifik UiTM di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak di Menara Tun Mustapha. 31 Ogos 2022 - Perbarisan sempena Hari Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. 20 Oktober Yayasan Sabah Sabah 18 April 2022 - Majlis Berbuka Puasa YAB Ketua Menteri Sabah bersama Mahasiswa/Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor. 18 Januari 2022 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Sabah dan Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. untuk Pembangunan Pavilion Harbour City di Kota Kinabalu di Sabah International Convention Centre. 27 Januari 2022 - Majlis Program Global Entrepreneur Pembangunan Usahawan
40 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
2 Jun 2022 - Majlis Pelancaran Tabung Pendidikan di Sabah International Convention 8 Oktober Kanak-Kanak Penyampaian Anugerah Negeri Sabah Siri Ke-33 di Raffae, Menara Tun Mustapha. Oktober 2022 - Majlis Konvokesyen Sabah College of Technology kali ke-25 di Sabah International Convention Centre. Majlis Menandatangani Surat Tawaran Bagi Usahawan Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) di bawah Dana Usahawan Bumiputera di Menara Tun Mustapha. Pendidikan Negeri Sabah Convention Centre (SICC). 28 Julai 2022 - Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha. 23 Ogos 2022 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Lanjutan DaMaI: Inisiatif Rondaan (Penguatkuasaan & Pemantauan) & Penyerahan Sijil GSTC bagi Kawasan Konservasi Lembangan Maliau di Sabah International Convention Centre. 18 Oktober 2022 - Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan G Capital Berhad di Menara Kinabalu. Oktober 2022 - Sambutan Hari Potensi Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak Kumpulan Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. 27 Oktober 2022 - Seminar Eksplorasi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Taliwas di Menara Tun Mustapha. 2 November 2022 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian antara Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS mengenai tajaan pelajar-pelajar sekolah menengah di Semenanjung Malaysia di Sabah International Convention Centre. 7-17 Jun 2022 - Eksplorasi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Taliwas di Lahad Datu. 28 Februari 2022 - Majlis Pelancaran Uniform Pasukan Penguatkuasa Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha. 16 Mac 2022 - Majlis Graduasi Prasekolah ke-38 di Tadika Ria.

DATUK HAJAH ROSMAWATI HAJI LASUKI

Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn. Bhd. (SICC)

“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk berkhidmat selama 38 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Sebelum itu, saya berkhidmat dengan syarikat swasta, Hap Seng Sdn. Bhd. di Tawau selama dua tahun.

Pada tahun 1984, saya memulakan kerjaya dengan anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Sabah Melale Wood Industries di Tawau sebagai Setiausaha Sulit kepada Pengarah Urusan. Pada tahun 1988, saya berpindah ke Kota Kinabalu dan ditempatkan di bawah Pengurus Besar, Yayasan Sabah Shipping Sdn. Bhd., sebagai Setiausaha Sulit. Saya kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada Pengurus Besar, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB). Pada tahun 1994, saya dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada Pengarah Yayasan Sabah/ Pengerusi Eksekutif ICSB.

Syukur Alhamdulillah saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya mendapat kelulusan Master of Business Administration (MBA) dari Edith Cowan University pada tahun 2000.

Dengan kelulusan MBA tersebut saya diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan seperti Penolong Pengurus Pentadbiran (ICSB), Pengurus Kumpulan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (ICSB), Pengurus Kumpulan Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) dan Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB). Seterusnya pada tahun 2016, saya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ICSB.

Pada 10 Oktober 2018, saya telah dipinjamkan ke D’Heritage Sdn. Bhd. iaitu salah satu anak syarikat ICSB sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga kini. Pada masa yang sama, saya diamanahkan untuk menyiapkan projek pembangunan Sabah International Convention Centre (SICC).

Pada pandangan peribadi saya, berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sangat beruntung kerana mendapat peluang untuk membangunkan kerjaya mengikut kemampuan. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk menabur

42

“Kepada semua rakan-rakan yang masih berkhidmat, teruskan perjuangan dan berkhidmatlah dengan jujur.”

bakti kepada rakyat melalui program-program sosial seperti Yayasan Sabah Bersama Rakyat.

Saya juga berpeluang untuk mendapat pendedahan dalam aktiviti komersial terutama sekali ketika berurusan rasmi di luar negara yang mana banyak membantu saya untuk menambah pengalaman, meningkatkan keyakinan diri dan membentuk jati diri.

Saya amat bersyukur walaupun bermacam-macan cabaran, saya sentiasa mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada semua pihak terutama sekali mantan-mantan Pengarah Yayasan Sabah, mantan-mantan Ketua Pegawai Eksekutif ICSB dan mantan-mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah semasa saya melaksanakan tugasan di setiap peringkat perkhidmatan.

Di samping itu, semangat kerjasama dan berpasukan yang begitu tinggi oleh rakan-rakan sekerja terutama sekali dalam melaksanakan program-program ad hoc telah membantu untuk melaksanakan program-program tersebut dengan jayanya.

Sememangnya sepanjang perkhidmatan saya di Kumpulan Yayasan Sabah, saya telah melalui pelbagai cabaran. Namun yang paling sukar dan sangat mencabar adalah untuk mereliasasikan hasrat Kerajaan Negeri Sabah untuk membangunkan SICC.

Syukur Alhamdulliah, pembangunan SICC dapat dilaksanakan dengan sokongan dana berjumlah RM250 juta dari Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri telah menyumbang dalam nilai tanah berjumlah RM300 juta.

Tidak dapat dinafikan dalam pembangunan projek mega seperti SICC, pelbagai cabaran dihadapi. Walaupun MICE merupakan industri pelancongan yang baharu pada ketika itu, tetapi projek ini perlu disiapkan dalam kekangan kewangan yang dihadapi oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Walau bagaimanapun, dengan sokongan serta komitmen pihak Pengurusan dan pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri, projek SICC dapat disiapkan pada bulan Januari 2020 dan mula beroperasi pada bulan Februari 2020.

Saya sangat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang banyak memberi peluang kepada saya untuk mengenali diri dan kemampuan saya. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai beberapa pilihan untuk diceburi apabila bersara kelak…insya-Allah. Walau bagaimanapun, sebelum itu saya akan berehat untuk menikmati alam persaraan…insya-Allah.

Syukur Alhamdulillah sepanjang 38 tahun perkhidmatan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah di pelbagai peringkat, banyak kenangan yang tidak akan saya lupakan. Namun yang tidak dapat saya lupakan adalah peluang yang diberikan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya mencapai keulusan ke peringkat MBA. Dengan ijazah ini, ianya membantu mengubah kehidupan saya serta keluarga.

Akhir sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi saya kepercayaan dan peluang untuk berkhidmat dengan organisasi yang istimewa ini.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 43

PRAXEDES JOHN MATAYUN @ FELICIA

Senior Group Manager

Accounts & Finance Services Division (YS/ICSB) PRAXEDES JOHN MATAYUN @ FELICIA Senior Group Manager Accounts & Finance Services Division (YS/ICSB)

“My story with Yayasan Sabah began on 2 September 1985. I graduated from UiTM when Yayasan Sabah Group offered me the post of Accounts Officer. Fast forward to 2017, the then Senior Group Manager, Human Resources & Corporate Services (YS/ICSB), Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, approached me to be appointed as the Group Manager, Accounts & Finance Services Division (Yayasan Sabah). I was stunned because I was more junior than the other three senior account officers before me, but I took the opportunity and challenge. So, I told Datuk Hajah Rosmawati that I would try my best to carry the huge responsibilities.

I am blessed to have had a dedicated Accounts & Finance Services Division team all these years. With solid teamwork, we were able to conquer the job challenges! I am proud to say the whole staff in Yayasan Sabah Group are very committed to contributing towards the Group’s vision and mission.

There are ups and down. It is not easy to find the balance between being firm and at the same time empathising with our staff situations. Along the way, being the head of the division with 67 staff (TBC) to supervise can be a headache too! But I accept it as part and parcel of my job. It can be stressful managing our team, but whenever I feel overwhelmed, I pray to God to give me the strength and wisdom to carry out my duties.

The most challenging task is consolidating the Group’s account for the Account General Department (AGD) because it involves getting financial reports from more than 77 subsidiaries! For years we were unable to meet the AGD’s deadline, but after 2017 I am pleased to say that we managed to meet the deadline. Of course, we have to reorganise our workflow and be more proactive in getting the financial reports from our subsidiaries.

I have so many sweet memories with the Group. My most fond memories were during my younger days when I was active in netball sport and represented the Group in Pesta Sukan Antara Negeri SeMalaysia (PESAYA). I enjoyed the game and the friendship. Back then, the Group sportsmanship was outstanding! We emerged PESAYA champions eight times! Every time we win PESAYA, I feel so proud to be the staff of Yayasan Sabah Group. I hope the Group will bring back the glory in sports with the upcoming PESAYA 2023. The Management should organise more sports tournaments to scout new talent among our younger staff.

Having been with Yayasan Sabah Group for more than 37 years, I will miss working with the team, but at the same time, I am looking forward to retirement. Travelling has always been my passion, and I plan to start travelling again after retiring, especially now that COVID-19 is under control. I plan to travel to Eastern Europe and catch up with my family this time. I will take my time, slow down my pace and then once I am ready, I may start small businesses to occupy my time. After retiring, I will take one step at a time. I want to enjoy my retirement.

I advise all Yayasan Sabah Group staff to do their work with discipline and dedication. Understand your job requirement because each of you plays a vital role as a team in achieving the Group’s vision and mission. It’s a team effort. Remember, we are paid to do the work. Be thankful for the job, and make do with what we have. Yayasan Sabah Group will flourish if we play the part with commitment.”

44

Dr. Esther Li Group Manager Forestry Division

“I joined Yayasan Sabah Group (YSG) in December 1988. The best aspects of working with YSG are gaining extensive knowledge and skills across multiple disciplines, being exposed to different working environments, meeting many people and having the opportunities to collaborate with international partners on many projects.

The most challenging aspects of working with YSG are handling various activities simultaneously and thinking outside the box to sustain the company, given the limited resources.

In retirement, I will continue to provide advice and support to those who need my contributions in the relevant fields. I will miss visiting the regional offices and operation sites besides meeting with staff and other potential investors. Also, to spend more quality time with family members.

The most memorable moments working with YSG were when I was appointed as the Group Manager of the Forestry Division, to lead a division dominated by male predecessors and endured a lot of internal and external stress at work.

My advice for all staff/Management of YSG is to be more action-oriented, be prepared for changes and face new challenges.”

45

NAIB

Kumpulan Yayasan Sabah berjaya mendapat naib johan dalam acara perbarisan sempena Istiadat Hari Jadi Rasmi ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Acara yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 1 Oktober 2022 ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, barisan kepimpinan negeri dan ribuan orang awam.

KUMPULAN YAYASAN SABAH JOHAN ACARA PERBARISAN HARI JADI RASMI KE-69 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH Gambar berkumpulan Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah. Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah berjalan lalu dalam acara perbarisan.
46 BERITA KUMPULAN
Wakil kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Ahmad Fauzie Wasimin (kanan) menerima hadiah daripada Timbalan Ketua Pengarah DBKK Encik Robert B. Lipon (dua, kanan).
YAYASAN SABAH

TAKLIMAT YaPEIM

Yayasan Pembangunan Ekonomi

(YaPEIM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah mengadakan taklimat kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah mengenai aktiviti YaPEIM.

Taklimat yang diadakan pada 4 Oktober 2022 di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha ini telah disampaikan oleh Pengurus YaPEIM Negeri Sabah dan Sarawak, Encik Selabi Mohammad. Antara pengisian taklimat adalah pengenalan YaPEIM, perkongsian maklumat dan membuka peluang kerjasama.

Kunjungan Hormat

Islam Malaysia Encik Selabi menyampaikan taklimat kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah. Encik Salim Japaran, Timbalan Pengerusi BAKIYS (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Encik Selabi. MyFundAction Cawangan Sabah/Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah pada 8 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Korporat, Menara Tun Mustapha. Rombongan diketuai oleh Pengurus Cawangan MyFundAction Cawangan Sabah/Sarawak, Puan Sittilin binti Salleh disambut oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjemput Kumpulan Yayasan Sabah berkolaborasi dengan MyFundAction bagi projekprojek pembangunan belia di Sabah. Puan Sittilin memberikan penerangan mengenai latar belakang penubuhan MyFundAction.
YAYASAN SABAH 47
BERITA KUMPULAN

Hari Potensi Kanak-Kanak

Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak telah menganjurkan program Hari Potensi 2022 bersempena Bulan Membaca, Hari Kemerdekaan dan Hari Kanak-Kanak Sedunia bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha pada 8 Oktober 2022. Program ini dianjurkan khas untuk kanak-kanak Tadika Ria dan Taska Kristal Ria Kumpulan Yayasan Sabah serta kanak-kanak sekolah rendah, tanpa mengira umur yang tinggal di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Penyematan nilai-nilai patriotisme melalui pertandingan bercerita, membaca puisi, deklamasi sajak, lagu patriotik, mewarna dan pertunjukan fesyen adalah antara tarikan unik pada hari itu. Kanak-kanak mengikuti pertandingan ujian minda.
48 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kanak-kanak mencuba bakat mewarna lukisan masing-masing.

Encik Hanafiah (berbaju hitam, tengah), Puan Rosmini Simin, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Kanak-kanak (tudung bercorak biru), serta para jemputan menyertai kanak-kanak dari Tadika Ria dan Taska Kristal Ria Kumpulan Yayasan Sabah menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah.

Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk mencungkil dan menyerlahkan bakat kemahiran kanakkanak serta mengeratkan hubungan antara ibu bapa kanakkanak tersebut dengan staf Bahagian Perkembangan Kanak-

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman.

Salah seorang pelajar Kelas Transisi mengikuti pertandingan bercerita. Encik Hanafiah (kanan) meneliti kraf hasil gabungan para ibu bapa dan pelajar.
49

KOLABORASI YSCT - BANK ISLAM

BAIK PULIH BENGKEL PERUSAHAAN PERABOT

DI PUSAT (AMAL) LATIHAN DAN AMALI OKU, TUARAN

Yayasan Sabah Collge of Technology (YSCT) dan Bank Islam Malaysia Berhad mengambil inisiatif tanggungjawab sosial korporat dengan bekerjasama dalam membaik pulih bengkel perusahaan perabot di Pusat (Amali) Latihan dan Amali Orang Kelainan Upaya (OKU), Kg. Baru Selaud, Tuaran, Sabah pada 10 Oktober 2022.

“Tahniah dan syabas kepada Bank Islam atas inisiatif tanggungjawab sosial korporat membantu masyarakat Sabah dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka terjamin, membantu pihak yang terjejas dan peka terhadap persekitaran yang memerlukan perhatian dan bantuan. YSCT amat berbesar hati atas kolaborasi menjayakan program amal untuk membaik pulih bengkel ini,” kata Ketua Eksekutif YSCT, Tuan Haji Samin bin Haji Ongki.

Tambah beliau lagi, “YSCT sedia berkongsi kepakaran khususnya dalam bidang pembinaan dan elektrik yang dimiliki tenaga mahir yang terdiri daripada kalangan pensyarah, jurulatih dan penolong jurulatih serta pelajar yang terlatih dan mampu menyumbang kepada program ini.”

Menurut Pengarah Pengguna Negeri Bank Islam Malaysia Berhad, Puan Nona Baria, “Inisiatif amal Bank Islam di bawah tanggungjawab sosial korporat bersama YSCT ini adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang upaya dalam memberi hak kesamarataan dan peluang kepada mereka sama seperti orang lain.”

Melalui kolaborasi ini, Bank Islam menyumbang sejumlah RM35,000

kepada Pusat (Amal) Latihan dan Amali OKU, manakala YSCT menawarkan tenaga kerja dalam membina dan membaik pulih bengkel ini yang mengambil masa satu minggu untuk disiapkan.

Pusat (Amal) Latihan dan Amali OKU ini diusahakan oleh Tuan Haji Azman Saidin, yang juga merupakan seorang OKU fizikal. Beliau gigih membantu OKU yang senasib dengannya dalam menubuhkan bengkel perusahaan perabot tersebut untuk memberi peluang kepada golongan ini menimba ilmu dan memperoleh pengalaman bekerja selain mengasah bakat dan kemahiran mereka.

“Para pelatih di sini kebanyakkannya merupakan individu-individu yang

(hadapan) bersama-sama dengan kumpulan teknikal yang membantu dalam usaha baik pulih bengkel. pernah berkerjaya seperti doktor, peguam dan lain-lain. Apabila berlaku kemalangan dan keadaan mereka berubah di sinilah tempatnya kami memberikan mereka semangat,” kata Tuan Haji Azman. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YSCT dan Bank Islam kerana menghulurkan bantuan dalam membaik pulih pusat berkenaan agar dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai orang yang kurang bernasib baik. Pusat tersebut diusahakan oleh 20 orang penghuni OKU.

Dengan usaha membaik pulih ini, bengkel ini dapat beroperasi semula dan sekaligus dapat membantu pelatih meneruskan aktiviti perniagaan mereka seperti sedia kala.

Tuan Haji Samin Puan Nona menyampaikan sumbangan Bank Islam kepada Tuan Haji Azman.
50 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Salon International De I’Alimentation Paris

Kumpulan Yayasan Sabah berpeluang untuk mengikuti pameran “Salon International De I’Alimentation (SIAL)” di Paris, Perancis bermula 15 hingga 19 Oktober 2022. Rombongan ini diketuai oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd merangkap Ketua Program GLOPEC, Puan Zaiton Bakri dan juga delegasi daripada GLOPEC Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini merupakan usaha sama untuk memperkembangkan potensi produk buatan Sabah di pasaran Eropah khususnya Perancis.

Penyertaan dalam pameran ini merupakan inisiatif melalui program GLOPEC bagi membina jaringan bersama dengan pembekal serta peruncit dalam talian di samping mempromosi produk-produk Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah. Selaras dengan usaha untuk meluaskan jaringan pembekal dan pengimport yang lebih luas, GLOPEC selaku perantara telah mengambil peluang untuk menjadi salah satu pempamer di Pavillion Malaysia yang dikoordinasi oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Selama lima hari berturut-turut, program GLOPEC telah memperoleh pelbagai informasi mengenai arah aliran pembeli, inovasi produk, kepuasan pembeli dan juga inovasi digitalisasi.

Dalam pada itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kedutaan Malaysia di Paris pada 14 Oktober 2022. Rombongan Kumpulan Yayasan Sabah telah disambut oleh Encik Abdullah Ma’amor Ibrahim, Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Paris.

Delegasi Kumpulan Yayasan Sabah, GLOPEC serta Kedutaan Besar Malaysia di Paris mengambil kesempatan atas kunjungan ini untuk berkongsi mengenai program GLOPEC serta idea mengenai usaha serta strategi bagi menerokai pasaran Eropah khususnya dalam membantu memulihkan perniagaan pasca pandemik.

Encik Hanafiah (dua dari kiri) mengetuai kunjungan hormat di Kedutaan Besar Malaysia di Paris. Encik Hanafiah (dua dari kiri)menyampaikan cenderamata berupa produk GLOPEC kepada Encik Abdullah Ma’amor sambil disaksikan oleh Puan Zaiton (kiri) dan delegasi GLOPEC.
KUMPULAN YAYASAN SABAH 51
Antara produk GLOPEC yang dipamerkan di Pavillion Malaysia. BERITA

PROGRAM PENGUKUHAN BERPASUKAN

Bahagian

telah

orang staf

Building)

“Dalam program ini kita dapat menetapkan hala tuju yang jelas kepada semua staf agar dapat meningkatkan kualiti dan cara penyampaian mereka khususnya dalam memberi perkhidmatan kepada orang awam,” demikian menurut Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia.

Beliau seterusnya menjelaskan program seumpama ini juga dapat meningkatkan budaya saling hormat-menghormati serta bekerjasama antara ketua dan staf di pelbagai peringkat. Selain ceramah motivasi, pelbagai aktiviti luaran turut dijalankan dalam program tersebut.

Bahagian ini juga menjemput Pensyarah Kanan Institut Aminudin Baki, Puan Hajah Hadijah binti Alwi sebagai fasilitator untuk mengendalikan program tersebut.

ANJURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Puan Bahiwata (depan, kiri) berinteraksi dengan staf BPP dalam sesi ceramah yang disampaikan beliau Para peserta sedang bermain bola tampar Pembangunan Pendidikan (BPP) menganjurkan program pengukuhan berpasukan (Team untuk seramai 40 pada 15 hingga 16 Oktober 2022. Program yang diadakan di Usukan Cove, Kota Belud ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf tentang pentingnya budaya kerja berpasukan di samping meningkatkan rasa kecintaan terhadap pekerjaan yang dilakukan.
52 BERITA
Para peserta menari tarian Sumazau
KUMPULAN
YAYASAN SABAH

MajlisPenyampaian

SIJIL TAMAT KURSUS PROGRAM KHAS ANAK NEGERI (PKAN) SABAH

Seramai 35 orang pelatih menerima sijil tamat kursus pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, Pusat Warisan dan Kraf Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang diadakan pada 1 November 2022 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

“Penyediaan Premis Inkubator Pusat Warisan Kraf yang berkeluasan 20x100 kaki ini disediakan kepada pelatih dalam memula dan mengembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan fasiliti dalam menghasilkan produk, serta akses kepada teknologi penggunaan komputer, memasarkan produk secara dalam talian selain memasarkan produk secara fizikal seperti di pasar raya atau tamu.

Fasiliti yang disediakan merangkumi ruang pejabat, ruang kerja inkubator serta ruang galeri untuk pameran hasilan produk,” demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Tambah beliau lagi, “KTYS telah melatih seramai 2,096 orang pelatih bagi tempoh 11 tahun ini yang mana kebanyakan mereka berasal dari kawasan pedalaman negeri Sabah. Hal ini bermakna KTYS tidak mengenepikan golongan masyarakat yang berasal dari pedalaman untuk menerima latihan dalam bidang kemahiran kraf tangan.

“Harapan saya agar melalui latihan dan kemahiran yang diperoleh boleh mengubah landskap ekonomi diri dan keluarga sekaligus sebagai jaminan pada masa hadapan. Gunakan kemahiran dan bakat yang dimiliki dengan menghasilkan produk yang boleh dipasarkan kepada masyarakat sekitar agar usaha anda dapat dinilai dalam bentuk penjanaan pendapatan,” tambah beliau lagi.

Selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang memberi fokus kepada Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, Latihan Kemahiran Kraftangan yang dianjurkan oleh KTYS ini secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan yang berjaya seperti mana yang terkandung dalam Dasar

Keusahawanan Nasional yang ingin meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan bersifat kompetitif.

Turut hadir adalah Ketua Eksekutif KTYS, Tuan Haji Samin bin Haji Ongki, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Puan Ranimah binti Putra, Pengurus Pusat Warisan Kraf, Puan Nurfatin Sulin Eban, Ahli-ahli Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., wakil pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pengurus-pengurus jabatan KTYS.

Tempoh kursus bagi setiap pelatih adalah tiga bulan bagi kursus asas, empat bulan bagi kursus lanjutan dan enam bulan bagi inkubator dalam bidang-bidang seperti seni jahitan dan sulaman kreatif, seni ukiran logam, seni lukisan fabrik abstrak, serta kraf usahawan inkubator.

Para peserta kursus bergambar bersama tetamu yang hadir. Encik Zulkhairi menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih. Turut kelihatan Tuan Haji Samin (kanan) dan juga Puan Ranimah (kiri).
SABAH 53
BERITA KUMPULAN YAYASAN

Ke Arah Keusahawanan Berdaya Saing PROGRAM RICH PKS

Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH) Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah bagi tahun 2022 telah pun melabuhkan tirainya pada 31 Oktober 2022 yang lalu.

Program RICH yang dilaksanakan selama enam bulan ini merupakan kesinambungan daripada Program Latihan Kraftangan yang diadakan pada tahun-tahun sebelum ini. Program RICH lebih memfokuskan kepada pembangunan keusahawanan dalam usaha meningkatkan daya saing para usahawan Bumiputera Sabah dalam pengeluaran produk dan penjanaan pendapatan dalam bidang kemahiran kraf tangan yang diceburi.

Majlis penutupan program ini telah diadakan di perkarangan Perkampungan Kraf, Pusat Kraftangan Sabah sebagai tanda pengiktirafan kepada mentor dan menti program RICH yang telah membina Perkampungan Kraf tersebut. Selain itu, ia juga menguji bakat mereka dalam bidang hiasan dalaman untuk majlis tersebut yang telah diketuai oleh Puan Natasya Rodia, Mentor Seni Kraf Jahitan.

Majlis penutupan yang diadakan secara santai dengan bertemakan floral. Antara pengisian program mesra ini adalah sesi riadah dan ramah mesra di antara warga PKS dan peserta program RICH, penyampaian sijil, kuiz dan peraduan pakaian terbaik kategori lelaki dan wanita.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus PKS, Puan Vivian Evans, wakil kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah. Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck, wakil Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd., Encik Roslan Yusof dan wakil Pengurus Perhutanan Wilayah Keningau, Encik Banting Yukang.

Penyampaian sijil penyertaan kepada Cik Nuur Atikah binti Kamsin, mewakili peserta Program RICH 2022. Puan Vivian menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Philip Jolius, mewakili tenaga pengajar Program RICH 2022. Turut kelihatan Encik Roslan (kanan), Encik Teo (dua dari kanan) dan Encik Banting (berbaju korporat).
54 BERITA KUMPULAN
Staf PKS, Puan Norazmah Bakri (kiri) dan Puan Nurul Izah Farahanah bte Tangah (kanan) tidak ketinggalan mengenakan pakaian bertemakan floral.
YAYASAN SABAH
PKS Onsoi!
Para peserta duduk bersantai di perkarangan Perkampungan Kraf. Kios foto yang diperbuat daripada buluh hasil karya tangan para peserta. Pemenang Kategori Pakaian Terbaik Wanita, Cik Nor Shafiqah Mohd Ali (peserta program – kiri) dan pemenang Kategori Pakaian Terbaik Lelaki, Encik Edilie Laiwon (staf PKS – kanan) bergambar kenangan bersama Puan Vivian.
KUMPULAN YAYASAN SABAH 55
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Encik Roslan (kiri) dan Encik Banting. BERITA

SEKRETARIAT SMJ - KUMPULAN YAYASAN SABAH

PRESTASI PERKHIDMATAN CEMERLANG ke arah

Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Puan Rosnih binti Othman telah mengadakan sesi libat urus bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 7 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Auditorium, Menara Tun Mustapha.

Delegasi Sekretariat SMJ yang turut hadir pada sesi libat urus ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Puan Chung Ching Yian, Pegawai-pegawai Tadbir dan Pegawai-pegawai Interim Hi Talent.

Manakala Kumpulan Yayasan Sabah dihadiri oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah serta Pegawai-pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Sesi libat urus ini diadakan untuk berkongsi mengenai laporan pencapaian inisiatif SMJ-YS 2022-2023, dan juga untuk membincangkan mengenai pembentukan inisiatif baharu bagi tahun 2023-2024.

Inisiatif SMJ ini membantu dalam merangka Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) dan amat penting untuk dilaksanakan kerana pelan tersebut berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan negeri yang memandu arah pelaksanaan secara strategik untuk mencapai sasaran yang betepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

Bagi memastikan prestasi perkhidmatan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahap yang cemerlang, Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (20212025) membantu Kumpulan Yayasan Sabah dalam mencapai visi dan misinya sebagai jentera pembangunan strategik Kerajaan Negeri Sabah.

Setakat bulan September 2022, prestasi pencapaian Inisiatif SMJ-Kumpulan Yayasan Sabah adalah 90 peratus.

Perbincangan inisiatif berkumpulan.

Teras Kedua Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat Memacu pembangunan modal insan untuk keberhasilan negeri dan menambah baik kemudahan/program Teras Ketiga Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau Memperkukuhkan infrastruktur untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengalakkan kemampanan serta merangka pembangunan ekonomi yang mengimbangkan alam sekitar, manusia, kehidupan marin serta flora
fauna
Sesi Libat Urus 13 inisiatif 4
dan
di daratan
inisiatif
Encik Hanafiah menyampaikan ucapan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB. Taklimat ringkas SMJ dan pencapaian laporan Inisiatif SMJ-KYS disampaikan oleh Puan Rosnih (memegang mikrofon).
56 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
KUMPULAN YAYASAN SABAH
17 inisiatif SMJ

Majlis Ramah Mesra

Mahasiswa-Mahasiswi Sabah IPT Zon Timur

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Cawangan Kuala Lumpur telah menganjurkan sesi ramah mesra dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Sabah yang menuntut di Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 18 Disember 2022 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

Sinonim dengan visi organisasi Kumpulan Yayasan Sabah - Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin, program tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dan pemimpin negeri melalui persekitaran yang kondusif dan bersifat komunikasi dua hala. Dalam program tersebut, pemimpin dapat memberikan gambaran yang jelas dan telus kepada pelajar tentang agenda dan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah dan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada graduan bila tiba masa mereka kembali ke Sabah. Manakala pelajar pula dapat memahami aspirasi dan menghargai perkembangan semasa dan terbaharu di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah.

Program tersebut telah dihadiri oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia serta para jemputan daripada universiti-universiti yang terlibat.

Puan Bahiwata (kanan, berbaju cerah) beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir.

Antara pelajar yang bertanya soalan dalam sesi soal jawab.
57
Salah seorang pelajar mengaju soalan tentang permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Penghargaan Majlis

dan penat lelah kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah telah diraikan dalam satu majlis penghargaan yang diadakan pada 29 November 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre.

“Kombinasi staf dengan persefahaman yang baik telah membolehkan Kumpulan Yayasan Sabah muncul johan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan naib johan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.” Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Tambah beliau lagi, “Kepercayaan yang diberikan pihak Pengurusan kepada anda semua telah dibalas dengan kejayaan yang membanggakan. Penglibatan staf dari sembilan bahagian, unit dan anak syarikat iaitu Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan, Unit Pentadbiran, Unit Hartanah, Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Tenaga dan Fasiliti, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Borneo Security Centre Sdn. Bhd., YSG Bioscape Sdn. Bhd. dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah dilihat membuahkan hasil yang amat positif dan memberangsangkan.”

2022

“Sekiranya ada dalam kalangan kalian yang masih mewakili Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun akan datang, pencapaian gemilang pada tahun ini seharusnya tidak menjadikan kita selesa, mendabik dada atau over confident tetapi jadikanlah tahun ini sebagai pembakar semangat untuk meneruskan disiplin yang tinggi, kerjasama yang baik dan tekad yang jitu agar kejayaan tersebut mampu diulangi dengan jayanya pada tahun-tahun mendatang. Berkat kesungguhan dan kerja keras semua, kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah diyakini akan terus menjadi tumpuan dan perhatian selepas ini,” nasihat beliau kepada kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.

“Dengan pencapaian yang diperoleh ini telah membuka mata semua kontinjen yang menyertai perbarisan bahawa Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah wajib digeruni, dan wajib dihormati khususnya rakan saingan kita iaitu Lembaga Taman-Taman Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd.,” ucap Encik Azami bin Salleh dalam ucapan beliau mewakili ahliahli kontinjen yang lain. Encik Azami telah bersama dengan kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah sejak tahun 2013.

Sumbangan
58

Encik Jainin bin Andin menerima sijil penghargaan daripada Encik Zulkhairi.

Beliau turut menyeru agar rakan-rakan kontinjen untuk terus bersemangat sebagai satu pasukan. “Tanpa kerjasama berpasukan dan disiplin, Kumpulan Yayasan Sabah tidak akan berjaya seperti yang dicapai pada tahun 2022. Hasil kemenangan yang telah kita kecapi tidak berakhir di sini, marilah kita tingkatkan usaha agar tahun 2023 kita akan dapat memperbaiki prestasi dan seterusnya mendapat johan berganda.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepada Pengarah Yayasan Sabah, ketua-ketua bahagian, unit dan anak-anak syarikat serta pihak urus setia dan ketua jurulatih, Encik Suriadi bin Sarman kerana sentiasa memberi dorongan, semangat dan tidak putus asa sehingga kontinjen perbarisan mendapat kejayaan.

Encik Zulkhairi turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 42 orang ahli kontinjen perbarisan yang melibatkan peserta perbarisan, jurulatih, ketua kontinjen dan juga pereka bentuk pakaian kontinjen perbarisan.

Senyum kegembiraan jelas terpancar di wajah para peserta di samping ketua-ketua bahagian, unit dan anak syarikat masing-masing.

59
Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Encik Azami bin Salleh, staf Yayasan Sabah College of Technology menyampaikan ucapan penghargaan kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

ZON PANTAI BARAT UTARA

Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) Kota Marudu telah mengadakan ceramah penjagaan kesihatan (Endemik) bertempat di Dewan Mini Terbuka Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Kg. Bongkol, Pitas pada 22 Julai 2022.

Taklimat program ini disampaikan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kg. Bongkol, Pitas, Dr. Arvin Naidu a/l Vengatasamy dan dihadiri seramai 66 orang peserta.

Antara pengisian program ini termasuklah amalan norma baharu dalam kehidupan seharian. Turut hadir pada program ini ialah Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Pitas, Dr. Nurliyana binti Azhar dan pegawai-pegawai ZPBU.

Seramai 26 orang peserta telah mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid Al’ Falah, Kg. Falak, Banggi, Kudat pada 25 Ogos 2022. Kursus ini bertujuan memberikan ilmu pengetahuan kepada para peserta mengenai cara-cara menguruskan jenazah mengikuti tatacara berdasarkan syarak yang ditetapkan. Pengisian kursus disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kudat, Ustaz Rusdi bin Bardi.

hidroponik telah diadakan di Rumah Kebudayaan Kg. Tempasuk, Kota Belud pada 6 September 2022 dihadiri seramai 23 orang penduduk sekitar Kota Belud. Para peserta didedahkan mengenai caracara penanaman sayur secara hidroponik serta potensi industri ini. Ceramah disampaikan oleh seorang pengusaha hidroponik di daerah Kota Belud, Encik Lee Kok Jin.

Kursus

Pada 3 September 2022, Kursus Asas Membuat Pastri telah diadakan di Dewan Masyarakat Kg. Tamau, Kota Belud melibatkan penyertaan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kota Belud. Para peserta diajar mengenai tatacara asas pembuatan pastri secara teori dan praktikal termasuk pendedahan potensi perusahaan oleh seorang pengusaha makanan daerah Kota Belud, Puan Dayangku Jainar bte Awangku Aman. Asas Penanaman Sayur menggunakan
PROGRAM TERAS
PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)
(SOSIOBUDAYA)
Salah seorang peserta mengajukan soalan kepada Dr. Arvin.
Kursus Asas Membuat Pastri Kursus Asas Penanaman Sayur Menggunakan Hidroponik
Program Ceramah Penjagaan Kesihatan
Rusdi menunjukan cara-cara menyediakan kain kafan kepada para peserta.
peserta membuat pastri secara praktikal.
peserta mempratikkan cara-cara penanaman
60 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kursus Pengurusan Jenazah
Ustaz
Para
Para
menggunakan kaedah hidroponik.

pada 9 September 2022 bertempat di Rumah Rehat Karakit, Banggi, Kudat. Kursus ini dihadiri seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Pulau Banggi. Para peserta diberi penerangan mengenai tatacara menyediakan gubahan bunga dan hadiah. Di samping itu, para peserta juga didedahkan dengan potensi pasaran untuk produk ini. Pengisian kursus disampaikan oleh penceramah daripada

Pada 8 September 2022, Kursus Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Guppy dan Betta telah diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kudat, Kem Pinawantai, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat. Kursus ini dihadiri seramai 19 orang peserta daripada sekitar Matunggong.

Antara pengisian kursus ialah pengenalan mengenai ikan hiasan air tawar khususnya Guppy dan Betta, penyediaan makanan ikan serta tempat persenyawaan ikan berkenaan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pengusaha Kalawon Betta Farm Keningau, Encik Mohd Syalfie Stanley.

Kursus Asas Menggunting Rambut

Pada 23 September 2022, seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Pulau Banggi telah mengikuti kursus asas menggunting rambut yang diadakan di Rumah Rehat Karakit, Banggi, Kudat. Dalam kursus ini, para peserta diberi pengenalan asas menggunting rambut di samping pendedahan kepada potensi perusahaan industri ini. Kursus ini dikendalikan oleh seorang pengusaha Kedai Gunting Rambut Nana Salon & Bridal di daerah Kudat, Puan Juliana Abdul Rahman.

Kursus Asas Fotografi Melalui Smartphone

Pada 10 September 2022, seramai 20 orang peserta berumur dalam lingkungan 28 hingga 50 tahun didedahkan dengan asas fotografi menggunakan telefon pintar melalui Kursus Asas Fotografi Melalui Smartphone yang diadakan di Bangunan Tadika KEMAS Kg. Gumpa, Kudat. Kursus ini disampaikan oleh seorang usahawan di daerah Kudat, Encik Mohd. Hazwan Abdul Kadir.

Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan

Seramai 15 orang peserta telah mengikuti Kursus Asas Pendawaian Elektrik yang diadakan di Kolej Komuniti Kota Marudu pada 6 September 2022. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai Kanan Kolej Komuniti Kota Marudu, Puan Zariah Abd. Manan. Kursus Asas Gubahan Bunga dan Hadiah diadakan Jabatan KEMAS Daerah Kudat iaitu Puan Rohani binti Jamrin. Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan telah diadakan pada 24 September 2022, bertempat di Pusat Ekonomi Digital, Kudat. Kursus yang dihadiri seramai 21 orang peserta ini dikendalikan oleh Guru Dandanan dan Keterampilan Diri, KEMAS Daerah Kudat, Puan Tinnie Kandatong. Kursus Asas Pendawaian Elektrik Kursus Asas Gubahan Bunga dan Hadiah Kursus Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Guppy dan Betta Puan Zariah menyampaikan taklimat kepada para peserta. Para peserta mencuba membuat gubahan bunga dan hadiah. Encik Mohd. Hazwan menyampaikan taklimat kepada para peserta kursus. Antara peserta yang hadir. Encik Mohd Syalfie menyampaikan taklimat kepada para peserta kursus.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 61
Puan Juliana (kanan) memberikan tunjuk ajar kepada para peserta kursus.

Kursus Spa dan Kecantikan

Seramai 18 orang peserta menghadiri kursus spa dan kecantikan yang diadakan di Pusat Keterampilan Diri, Kg. Lajong, Kudat pada 28 September 2022. Antara pengisian kursus adalah teknik-teknik rawatan spa dan kecantikan di samping pendedahan mengenai pengurusan perniagaan dalam industri ini. Antara penceramah yang terlibat ialah Puan Juita Samsudin, Puan Tinney binti Kandatong dan Puan Rojilin Kandatong.

TERAS (INTELEK & MINDA)

Para peserta menjalankan latihan praktikal spa. 17 Ogos 2022 @ SMK Pinggan-Pinggan 18 Ogos 2022 @ SMK Kinabungan, Pitas 17 Ogos 2022 @ SMK Pitas 19 Ogos 2022 @ SMK Bongkol, Pitas 18 Ogos 2022 @ SMK Pitas II 19 Ogos 2022 @ SMK Talaga, Pitas
Para peserta menjalankan latihan praktikal spa. 62 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Penyampaian BMYS @ Pitas
PROGRAM
Penyampaian BMYS @ Kota Belud Penyampaian BMYS @ Daerah Kecil Matunggong, Kudat 26 Ogos 2022 @ SMK Pekan, Kota Belud 26 Ogos 2022 @ SMK Pekan II, Kota Belud 1 September 2022 @ SMK Sikuati, Matunggong, Kudat 1 September 2022 @ SMK Sikuati II, Matunggong, Kudat 25 Ogos 2022 @ SMK Arshad, Kota Belud 26 Ogos 2022 @ SMK Tun Said, Kota Belud 25 Ogos 2022 @ SMK Tambuliun, Kota Belud 25 Ogos 2022 @ SMK Narinang, Kota Belud 24 Ogos 2022 @ SMK Taun Gusi, Kota Belud 24 Ogos 2022 @ SMK Taun Gusi II, Kota Belud 24 Ogos 2022 @ SMK Usukan, Kota Belud BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 63

Taklimat disampaikan oleh Encik Arbot bin Makuut daripada UCSF dan Encik Prem Beachile Geoffrey daripada YSCT. Manakala, Puan Irene Vung daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan taklimat mengenai kaedah permohonan tajaan melalui dalam talian. Ceramah motivasi pula telah disampaikan oleh Encik Mohd. Fazreen bin Musin daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah. Dua orang bekas pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu

5. Taklimat disampaikan oleh Encik Arbot dan Encik Rendy Ziky daripada YSCT. Taklimat ini merangkumi penerangan mengenai kursus yang ditawarkan dan kemudahan fasiliti yang disediakan di UCSF dan YSCT. Sementara itu, Encik Mohd Fazreen memberi taklimat berkenaan peluang dan kaedah permohonan tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. Sesi ceramah motivasi turut disampaikan oleh Puan Farrawati binti Sabli, seorang penulis dan penceramah motivasi daripada Smartwork Solution Publishing & Training. Antara aktiviti lain yang dijalankan semasa program berkenaan adalah pameran pendidikan dan sesi soal jawab.

Pejabat ZPBU telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 52 orang Ketua Isi Rumah (KIR), mangsa kebakaran Kg. Tanjung Kapor, Kudat.

Sumbangan disampaikan oleh Encik Adman bin Haji Samat mewakili Pengarah Yayasan Sabah pada 5 Disember 2022 di Rumah Rehat Daerah Kudat. Turut menyampaikan sumbangan ialah Penolong Pengarah Bahagian, Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am, Kudat Encik Bani Irman bin Matin @ B. Amin, serta Penolong Pegawai Daerah Kudat, Encik Sahar Unggat. Salah seorang penerima sumbangan iaitu Encik Adul Jakil bin Rahim menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas sumbangan yang diberikan. Menurutnya lagi, sumbangan ini telah membantu meringankan sedikit bebanan kepada seramai 250 orang ahli keluarga yang terlibat dengan kebakaran yang telah memusnahkan rumah dan harta benda mereka pada 10 Oktober 2022 yang lalu.

Beberapa orang pegawai daripada ZPBU terlibat dengan program ini ialah Encik Milus Suaip, Puan Dayang Sapiah Abrian @ Aprain, Encik Mohd Noor Ag. Kassim, Encik Julnairi Nasib dan Encik Zunaidy Ampang @ Ambang.

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN Pada 19 September 2022, Program Motivasi SPM dan peluang kemasukan pelajar ke University College Sabah Foundation (UCSF), Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) dan tajaan Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan di SMK Pinawantai, Kudat yang melibatkan seramai 132 orang pelajar tingkatan 5. Encik Damit @ Jaffar bin Muparang dan Puan Roslim @ Emmeline Malansi, yang kini kedua-dua bertugas di SMK Matunggong turut berkongsi pengalaman mereka. Manakala pada 21 September 2022, program yang sama diadakan di SMK Pekan, Kota Belud yang disertai 166 orang pelajar tingkatan Encik Adul Jakil bin Rahim salah seorang mangsa kebakaran menerima sumbangan daripada Encik Adman Haji Samat (depan dua dari kanan) sambil disaksikan oleh para pegawai daripada pejabat Daerah Kudat dan Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Kudat. Puan Irene (kanan) menyampaikan taklimat kepada para pelajar. Program Motivasi SPM & Peluang Kemasukan Pelajar Ke UCSF, YSCT dan Tajaan Kumpulan Yayasan Sabah Puan Farrawati (berdiri di hadapan skrin) menyampaikan ceramah motivasi.
64 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Para pelajar mendengar taklimat yang disampaikan.

ZON PANTAI BARAT SELATAN

PROGRAM TERAS (INTELEK & MINDA)

Program Jati Diri Cemerlang telah diadakan di SMK Sri Nangka, Tuaran pada 21 - 22 September 2022. Ceramah yang disertai oleh para pelajar tingkatan 5 SMK Sri Nangka ini disampaikan oleh perunding motivasi dari MBK Dynamics, Tuan Haji Mohd

PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)

Makhtar Imam Haji Noor. Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah melaksanakan beberapa program berdasarkan tiga teras utama iaitu Intelek & Minda, Sosioekonomi dan Sosiobudaya. Seramai 17 orang penduduk Kg. Matupang, Ranau telah mengikuti Kursus Membuat Sabun Organik pada 6 Ogos 2022 bertempat di Dewan Kg. Matupang, Ranau. Manakala pada 10 September 2022, seramai 15 peserta telah menyertai kursus yang sama bertempat di Kg. Pulutan, Manggatal. Pada 24 Ogos 2022, kursus yang sama telah diadakan di MJ Corner, Tamparuli. Seramai 15 orang peserta menyertai kursus berkenaan. Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku Bebola Daging dan Pes telah diadakan di Kg. Tambalang, Tuaran pada 18 Ogos 2022. Tenaga pengajar, Encik Asri (berbaju kuning) bergambar bersama pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah dan para peserta. Tuan Haji Mohd. Makhtar (kiri) sedang memberi ceramah kepada para pelajar yang hadir. Program Jati Diri Cemerlang Kursus Membuat Sabun Organik Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku Bebola Daging dan Pes Kursus Penternakan dan Pemprosesan Madu Kelulut Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (duduk, dua dari kanan) bersama jurulatih kursus, Encik Abel Manggor (kanan) dan Puan Suzan June (berbaju hijau) dan 22 orang peserta kursus yang menghadiri kursus ini yang diadakan di Kg. Kitobu, Inanam pada 22 Ogos 2022.
SABAH 65
BERITA
KUMPULAN YAYASAN

Kursus Pemprosesan Makanan: Dim Sum Halal

Kursus

Kursus Asas Menjahit Pakaian Tradisional Penampang

Seramai

Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku

Kursus Membuat Ice Blended & Milk Tea

Kursus

Para

Kursus

30 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Menjahit Pakaian Tradisional Penampang di Kg. Madsiang, Penampang pada 3 September 2022. Membuat Ice Blended & Milk Tea diadakan di Buhavan Square, Donggongon, Penampang pada 20 September 2022. Kursus ini telah disertai oleh seramai 20 orang peserta. peserta sedang mempelajari proses membuat ice blended & milk tea. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut di Kg. Sinisian, Kundasang, Ranau pada 10 September 2022. Seramai 17 orang wanita dari Kg. Tampulan, Telipok telah mengikuti Kursus Pemprosesan Makanan – Ban Manis pada 24 September 2022. Pembuatan Sabun di Kg. Sembulan Lama, Sembulan telah dianjurkan pada 2 Oktober 2022 dan dihadiri oleh 21 orang peserta. Kursus Pemprosesan Makanan – Ban Manis Kursus Pembuatan Sabun Pemprosesan Makanan: Dim Sum Halal diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Meruntum, Putatan pada 27 Ogos 2022. Kursus ini disertai oleh seramai 26 orang peserta. Puan Linda (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama para peserta dan tenaga pengajar.
66 BERITA KUMPULAN YAYASAN
SABAH

Kursus Pembuatan Kek

PROGRAM TERAS (SOSIOBUDAYA)

Kursus Tanaman Kacang Sacha Inchi Para

Seramai 16 oragng peserta terdiri daripada penduduk Kg. Singgaron Baru, Ranau mengikuti kursus ini yang diadakan pada 12 Oktober 2022. Kursus Tanaman Kacang Sacha Inchi pula telah dianjurkan pada 23 Oktober 2022 di Kg. Kelawat, Kiulu dan telah dihadiri oleh 18 orang peserta. Jurulatih, Encik Safwan Abdullah dari Akma Food Product, Ranau sedang membimbing para peserta. Jurulatih, Puan Mosnah binti Rabanau (berdiri di tengah bercermin mata) sedang memberikan penerangan kepada para peserta. peserta menjalankan latihan praktikal spa. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri Kursus Fardhu Kifayah yang dianjurkan bagi membimbing mengenai tatacara pengurusan jenazah. Kursus tersebut dibimbing oleh wakil dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Jasimin Mohd. Rashid bagi peserta lelaki dan Ustazah Lilis Mulyani bagi peserta wanita. Ustaz Jasimin menunjukkan cara-cara mengkafankan jenazah. Ustazah Lilis memberi penerangan mengenai lapisan kain kafan bagi jenazah wanita.
67
Peserta yang hadir bergambar berkumpulan
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

ZON PANTAI TIMUR UTARA

PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)

Pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Gana Jati telah menganjurkan Kursus Membuat Bebola Ikan dan Ayam di Dewan Kg. Gana Jati, Telupid pada 10 November 2022. Melalui kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai teknik pembuatan bebola secara buatan sendiri. Tenaga pengajar kursus tersebut adalah Puan Kamliah binti Abdul Sani.

PROGRAM TERAS (SOSIOBUDAYA)

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat ZPTU telah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg. Paris, Kinabatangan pada 7 Julai 2022. Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Tadbir Kanan, Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani (dua dari kanan). Manakala pada 17 Oktober 2022, sumbangan wang tunai, bakul makanan dan peralatan memasak telah diserahkan kepada mangsa kebakaran Kg. Sentosa Jaya, Kinabatangan. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Ane (kiri) kepada wakil keluarga, Puan Alina binti Sahar (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Pemaju Mukim Kawasan Sentosa Jaya, Puan Suhaila Haji Shahirin (tiga dari kanan), Encik Abdul Rasid (dua dari kanan) dan Ketua Kampung, Encik Ali bin Osman (kanan). Pada 21 Oktober 2022, pejabat ZPTU telah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg. Suan Lamba, Kinabatangan. Sebanyak 18 buah rumah musnah dalam kebakaran. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pentadbir ZPTU, Puan Ane Abdul Rahman (lima dari kiri). Kursus Pembuatan Bebola Ikan dan Ayam @ Dewan Kg. Gana Jati, Telupid 10 November 2022 Program Bantuan Mangsa Kebakaran @ daerah Kinabatangan Julai – Oktober 2022
68 BERITA KUMPULAN YAYASAN
Para peserta diberi latihan amali untuk memberi pendedahan mengenai penyediaan bahan mentah, penggunaan peralatan serta teknik pemprosesan bebola.
SABAH

Program Larian Merdeka 2022 @ Pekan Kinabatangan 11 September 2022

Turut diadakan temu duga terbuka kepada orang ramai yang ingin mencari pekerjaan. Pertandingan mewarna kanak-kanak, hiburan daripada Mawar Busker, sesi senaman zumba, cabutan tiket bertuah dan pameran pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta pameran daripada agensi kerajaan juga diadakan.

Turut hadir pada karnival ini ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat ZPTU telah menganjurkan Karnival Pendidikan Kerjaya dan Keusahawanan dengan kerjasama PERKESO pada 25 September 2022. Program yang diadakan di Harbour Mall, Sandakan ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk jualan kraf tangan dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sempena sambutan Hari Malaysia 2022, pejabat ZPTU telah mengadakan Program Larian Merdeka pada 11 September 2022 di Pekan Kinabatangan. Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik. Program tersebut diadakan bagi menggalakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat di samping membentuk budaya hidup sihat dan aktif. Seramai 130 orang peserta telah mengikuti program tersebut. KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga, kanan) sempat melawat gerai pameran University College Sabah Foundation. Salah seorang pengunjung memenangi cabutan tiket bertuah yang disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan disaksikan oleh Encik Hanafiah (dua dari kanan). Gambar berkumpulan para peserta program sempena sambutan Hari Malaysia 2022
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 69
Sesi pemanasan badan sebelum acara larian bermula. Sebahagian para perserta yang mengambil bahagian dalam larian merdeka.

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)

Program

Seramai 15 orang peserta telah mengikuti program pengendalian makanan yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, Puan Carrie Wong Ying Tien pada 17 Oktober 2022. Objektif program ini yang dianjurkan oleh pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS) adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

PROGRAM TERAS (SOSIO BUDAYA)

Program Baik Pulih Rumah di Kampung Tass Andrassy, Jalan Nosob Baru, Tawau

Program

Program Baik Pulih Rumah di Kampung Bakulud, Daerah Tungku

Program baik pulih rumah ini bermula daripada 11 hingga 30 Ogos 2022 dan bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga dengan membaik pulih rumah yang telah rosak supaya keperluan asas kehidupan mereka dijaga. Program ini juga merangkumi proses membaik pulih rumah yang usang, dan rosak akibat bencana alam atau kebakaran.

Pengendalian Makanan di Asrama Yayasan Sabah Tawau Para peserta bergambar bersama Puan Carrie (duduk, kiri), Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin (duduk, tengah) dan Pegawai Kawasan ZPTS, Puan Siti Fatimah Lailatul Qadrina Haji Awang (duduk, kanan). Puan Norkhajijah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. Sebelum dibaik pulih. Selepas dibaik pulih. baik pulih rumah ini bermula 6 hingga 27 Ogos 2022 bagi pemohon yang mempunyai rumah tetapi menghadapi masalah ekonomi untuk membaiki rumah mereka. Sebelum dibaik pulih. Selepas dibaik pulih.
70 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Nur Begaq, Daerah Tungku

Seramai 43 orang peserta telah mengikuti program ceramah dan praktikal pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh penceramah jemputan,

ini adalah

Pejabat ZPTS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah Softwoods Berhad (SSB) pada 29 September 2022 dan ke Pusat Kraftangan Sabah (PKS) pada 1 Oktober 2022. Lawatan ini memberi pendedahan kepada semua pegawai dan staf di ZPTS yang di ketuai oleh Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin selaku Ketua Pentadbir ZPTS beserta 13 orang staf yang lain.

Seramai 152 orang pelajar sekolah rendah telah mengikuti kursus tahsin solat yang diadakan pada 4 Oktober 2022. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Masjid Nurul Iman, Ladang Sagaria, Semporna, Ustaz Abu Masykur Ariffin. Objektif program ini adalah untuk memahami konsep dan cara solat yang betul, khusyuk dan sempurna serta memahami hukumhukum dan mengaplikasi cara bacaan Al-Fatihah yang betul dalam solat.

Lawatan Sambil Belajar Ke Sabah Softwoods Berhad & Pusat Kraftangan Sabah Bergambar kumpulan di hadapan pejabat SSB. Melawat pejabat Zon Pendalaman Utara (Keningau). Melawat PKS. Imam Abdul Majid Maringkas dan Puan Rusni Mipi pada 23 Ogos 2022. Objektif kursus untuk memberi pendedahan secara amali kepada masyarakat setempat tentang pengurusan jenazah yang tepat mengikut syariat Islam. Selain itu, kursus ini juga menyemai semangat kerjasama ketika mengendalikan pengurusan jenazah dalam kalangan masyarakat setempat. Pengurusan jenazah secara amali. Para peserta wanita diberi ceramah mengenai pengurusan jenazah. Kursus Tahsin Solat di Masjid Nurul Iman, Ladang Sagaria, Semporna Sesi kursus cara solat yang betul oleh Ustaz Abu Masykur (kiri).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 71
Para pelajar yang mengikut program ini.

ZON PENDALAMAN UTARA

PROGRAM TERAS (INTELEK & MINDA)

Seramai 280 orang pelajar terdiri daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengikuti program Tuju Cemerlang pada 21 September 2022 yang dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Smart Method Training Consultant, Encik Rusdi bin Rusli. Objektif program ini adalah untuk memberi

kepada para pelajar untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dengan menguasai teknik belajar yang berkesan.

Seramai 129 orang peserta yang terdiri daripada 99 orang pelajar calon SPM dan 30 orang ibu bapa mengikut program Saya Juara yang dikendalikan oleh penceramah daripada SURE Success Strategies, Encik Sylevster Dulip Sintia.

Objektif program ini yang diadakan pada 26 September 2022 adalah untuk membina mentaliti bagi persiapan akhir para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM melalui pendedahan kepada strategi dan teknik perancangan ulang kaji akhir, amalan pengurusan emosi dan masa.

Di samping itu, program ini turut memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam memberi sokongan kepada pelajar untuk berusaha mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik.

Ceramah Motivasi & Teknik Belajar Berkesan - Tuju Cemerlang @ SMK Keningau Ceramah Motivasi - Saya Juara @ SMK Tambunan Para pelajar memberikan tumpuan terhadap pengenalan awal ceramah daripada Encik Rusdi. Encik Sylevster berinteraksi dengan peserta. Encik Rusdi memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar secara praktikal mengenai tips dan teknik belajar yang berkesan. motivasi
72 BERITA KUMPULAN YAYASAN
Gambar berkumpulan para peserta. SABAH

Program Pemacu Kecemerlangan SPM pada 27 September 2022 telah disertai oleh 146 orang pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh perunding motivasi dan penceramah daripada MBK Dynamics Consultant, Kota Kinabalu, Tuan Haji Mohd Makhtar Imam Haji Nor.

Objektif program ini ialah untuk meningkatkan semangat dan motivasi belajar yang tinggi, membentuk amalan gaya pembelajaran yang cemerlang serta beradab mulia kepada para guru, ibu bapa dan warga yang lebih tua.

Seminar Motivasi dan Kecemerlangan SPM @ Dewan Jaya, SMK Bingkor Keningau

Seminar Motivasi dan Kecemerlangan SPM ini disertai oleh 170 orang pelajar tingkatan 5, SMK Bingkor Keningau dan dikendalikan oleh penceramah daripada Great Impact Resources, Encik Norhasdi bin Hassan.

Program ini yang diadakan pada 29 September 2022 bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dan meningkatkan keyakinan diri demi kecemerlangan dan membantu pelajar menjadi individu yang lebih yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

PROGRAM TERAS (SOSIO BUDAYA)

Gotong-royong secara

Program
Pemacu Kecemerlangan SPM
@
SM St. Anthony, Tenom Gotong-royong Membaik Pulih Tandas dan Mengganti Pintu Dewan di Dewan Serbaguna Tuan Haji Karno, Kg. Skim Pamalan, Keningau berperingkat yang diadakan dari 6 hingga 7 September 2022 disertai oleh 33 orang penduduk kampung. Kemudahan yang dibaik pulih ini memberi manfaat kepada lebih 400 orang penduduk kampung tersebut. Tuan Haji Makhtar menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar. Antara aktiviti menguji minda dan kepantasan berinteraksi yang dijalankan semasa ceramah tersebut. Proses membaik pulih tandas. Kerja-kerja mengganti pintu dewan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 73
Gotong-royong membersihkan kawasan padang dan dewan oleh penduduk kampung.

Gotong-royong Membaik Pulih Paip Air Graviti

Gotong-royong yang diadakan pada 24 September 2022 ini telah disertai oleh 77 orang penduduk kampung yang mana kemudahan yang dibaik pulih ini memberi manfaat kepada lebih kurang 800 orang penduduk kampung tersebut.

Penduduk kampung yang bergantung kepada sumber bekalan air paip graviti ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas bantuan yang diberikan.

Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan dan Jalan Ke Tanah Perkuburan @ Tanah Perkuburan Kg. Baru Jumpa, Kemabong, Tenom

Gotong-royong yang diadakan pada 29 September 2022 telah disertai oleh 92 orang penduduk kampung yang mana kawasan tanah perkuburan ini merupakan tanah perkuburan bagi penduduk Mukim Baru Jumpa yang merangkumi empat buah kampung dengan jumlah penduduk lebih 1,000 orang. Gotong-royong ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.43 Kemabong.

PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)

Kursus Penggunaan WhatsApp Business @ Rumah Komuniti, Kg. Papar, Tambunan

Program yang diadakan pada 25 September 2022 ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para peserta bagi tujuan pemasaran produk dalam talian dengan memberi pendedahan kepada bentuk pemasaran, kelebihan dan kelemahan pemasaran dalam talian, analisis penilaian perniagaan (SWOT Analysis) serta melatih peserta menggunakan WhatsApp Business sebagai platform pemasaran dalam talian.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Tambunan yang mengusahakan pelbagai bentuk perniagaan kecil-kecilan seperti penjualan sayuran, hasil tanaman buah-buahan dan bahan makanan diproses seperti jeruk, sambal dan pes sedia dimasak.

Program ini yang dikendalikan oleh Encik Mardi B. Marijo daripada Inspirasi Minda Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Tambunan.

@ Kg. Tonobon Baru, Keningau Penduduk kampung bekerjasama menarik paip poli. Kerja-kerja membersihkan dan membaiki jalan ke kawasan tanah perkuburan.
74 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Encik Mardi membantu para peserta dalam proses backup untuk peralihan aplikasi WhatsApp Messenger ke WhatsApp Business.

Program ini diadakan pada 17 Oktober 2022 bertujuan memberikan ilmu pengetahuan kepada para peserta berkenaan potensi tanaman Keladi Cina dan panduan penanaman berkesan. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Wanita Berdaya Maju, Kg. Bomboi, Keningau yang membantu suami mereka sebagai petani mengikuti program ini.

Program ini dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Keningau dan Persatuan Wanita Berdaya Maju, Kg. Bomboi, Keningau.

Program ini bertujuan memberikan ilmu pengetahuan kepada para peserta mengenai penyediaan baja organik bagi ternakan ayam, ternakan ikan, tanaman padi dan buah-buahan melalui pendedahan kepada penggunaan baja organik dan manfaatnya bagi ternakan ayam, ikan, tanaman padi dan buah-buahan serta memberikan kemahiran berkenaan penyediaan baja organik. Program ini dikendalikan oleh Puan Beatrice Akoi daripada Triple B Enterprise.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Bunang Laut, Sook, Keningau telah mengikuti program pada 20 Oktober 2022 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Bunang Laut, Sook.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Enam dan Kg. Kawatuan, Nabawan telah mengikuti program ini pada 28 Oktober 2022 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Loboh, Nabawan.

Puan Beatrice memberi tunjuk ajar kepada peserta semasa latihan praktikal memampatkan sekam dan daun kering.

Ceramah Potensi Tanaman Keladi Cina dan Panduan Penanaman Berkesan @ Dewan Mini Kg. Bomboi, Keningau Bengkel Penyediaan Baja Organik bagi Ternakan Ayam, Ternakan Ikan, Tanaman Padi dan Buah-buahan Puan Dynon Koroh daripada Seksyen Pengembangan Pertanian, Tuaran memberi penerangan berkenaan potensi tanaman Keladi Cina. Encik Severinus Abel, Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Daerah Keningau memberi ceramah kepada para peserta. Puan Beatrice Akoi (duduk) memberi demonstrasi proses penghasilan baja menggunakan enzymeactivator dan sekam. @ Balai Raya Kg. Bunang Laut, Sook, Keningau
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 75
@ Balai Raya Kg. Loboh, Nabawan

Peserta membuat lakaran kombinasi produk tenunan dan manic.

Pejabat Zon Pendalaman Utara (ZPU) telah melaksanakan Program Komuniti Kraftangan (PKK) dalam bulan Ogos dan September 2022 di Kg. Tulid Station, Sook, Keningau dengan peruntukan daripada Pusat Kraftangan Sabah (PKS). Program ini bermula pada 13 Ogos hingga 12 September 2022 dengan penyertaan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha kraf tangan.

Matlamat program adalah membantu PKS dalam melaksanakan PKK bagi tahun 2022 dan ini merupakan kesinambungan kepada Program Latihan Kraftangan (PLK) yang dilaksanakan di Zon Pedalaman Utara sejak tahun 2011 lagi.

Antara objektif program ini ialah mengenal pasti tahap potensi lokasi terpilih melalui proses pengembangan idea, kemahiran insani, memberikan latihan berkenaan promosi dan jualan serta melakukan uji lari pengeluaran kraf bagi meningkatkan pendapatan para peserta tersebut.

PKK memfokuskan latar belakang kraf tangan berasaskan hasil rimba sesuai dengan identiti kraf di bahagian pedalaman atas Sabah. Durasi program dibahagikan kepada dua fasa. Fasa 1 diadakan selama tiga hari, di mana para peserta mengikuti perbengkelan yang merangkumi pengembangan idea, mengasah kemahiran insani, latihan promosi dan jualan. Fasa 2 merupakan uji lari pengeluaran kraf selama 27 hari, di mana setiap peserta perlu menghasilkan 10 unit produk berdasarkan cadangan produk pada bengkel pengembangan idea.

Program ini dilaksanakan dengan kendalian tenaga pengajar daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Sabah.

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.44 Tulid, Puan Flovia Ng (kini Datuk, memegang jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah) pada 12 September 2022 bertempat di Kg. Tulid Station, Sook, Keningau.

Puan Flovia (kini Datuk - berbaju kelabu, lima dari kanan) melihat produk yang dihasilkan oleh peserta program.

PROJEK/PROGRAM YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT

Sepanjang bulan Ogos dan September 2022, projek baik pulih rumah di bawah Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) diadakan di daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan.

Sebanyak tujuh buah rumah yang melibatkan tujuh Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan baik pulih ini iaitu Encik Edward Edwin dari Kg. Tabilung, Tambunan, Encik Beduin bin Lemis dari Kg. Luanti Baru, Keningau, Encik Dius bin Korotid dari Kg. Patikang Ulu, Keningau, Puan Hilonggima binti Madaun dari Kg. Bonod Bt. 7, Sook, Keningau, Encik Bister bin Angkub dari Kg. Buang Sayang, Keningau, Encik Anthony bin Atin dari Kg. Lologubon, Melalap, Tenom dan Encik Sheeddy Awang dari Kg. Kalas, Nabawan.

Kerja-kerja baik pulih ini sebahagian besarnya melibatkan pembaikan bumbung dan penggantian atap rumah yang telah rosak. Kesemua KIR yang telah mendapat manfaat daripada projek ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas bantuan yang diberikan. Projek ini merupakan salah satu usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam menokok tambah usaha kerajaan bagi memberi bantuan dan keselesaan tempat tinggal kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

PROGRAM KOMUNITI KRAFTANGAN
76 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Keadaan

Keadaan atap rumah sebelum (kiri) dan selepas (kanan) di Kg. Luanti Baru, Keningau. atap rumah sebelum (kiri) dan selepas (kanan) di Kg. Patikang Ulu, Keningau.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 77
Keadaan atap rumah sebelum (kiri) dan selepas (kanan) di Kg. Buang Sayang, Keningau.

ZON PEDALAMAN SELATAN

PROGRAM TERAS (INTELEK & MINDA)

Pejabat Zon Pendalaman Selatan (ZPS) telah mengadakan Program Memburu Impian ke Puncak Jaya di Dewan Sekolah Menengah Kimanis pada 11 Oktober 2022. Seramai 114 orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan

kepada para pelajar mengenai sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta teknik-teknik menjawab soalan kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengetua SMK Kimanis, Datin Masniah binti Tarah, dan Yang Dipertua PIBG SMK Kimanis, Encik Malin bin Jamal. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPS, Tuan Haji Gulam Hassan bin Hapil.

Pejabat ZPS telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan SPM dan STPM. Program yang diadakan di Dewan Terbuka SMK Menumbok ini telah diadakan pada 18 Oktober 2022.

Seramai 150 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Program tersebut

bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar mengenai sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta teknik-teknik menjawab soalan SPM dan STPM.

Dalam program tersebut Yayasan Sabah College of Teknology dan University College Sabah Foundation turut menyertai pameran pendidikan.

Puan Dr. Hajah Kamsi @ Kamsiah binti Adil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok, Encik Masinau Hussin. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPS, Tuan Haji Gulam Hassan bin Hapil.

Dr. Hajah Kamsi memberi taklimat teknik-teknik persediaan menjelang peperiksaan SPM kepada para pelajar. Sebahagian pelajar yang berkunjung ke gerai pameran Universiti College Sabah Foundation. Antara para peserta yang hadir menjayakan program Para peserta sempat bergambar kenangan dengan penceramah dan tetamu yang hadir. Program Motivasi Kecemerlangan SPM dan STPM @ Dewan Terbuka SMK Menumbok
78 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Program Memburu Impian ke Puncak Jaya @ Dewan Sekolah Menengah Kimanis

KELAB REKREASI KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dengan bertemakan “Kekal Selamat, Kekal Sihat”, Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah akan mempertingkatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi untuk warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah melalui pelbagai aktiviti seperti acara Fun Run yang telah diadakan pada 7 Oktober 2022 bertempat di Sunset Plaza, Menara Tun Mustapha. Acara tersebut dimeriahkan dengan aktiviti seperti karaoke, cabutan bertuah dan sesi senaman zumba. Menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, acara tersebut adalah bukti komitmen Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah di samping menggalakkan semangat berpasukan dalam organisasi. “Oleh itu, saya menyeru kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah untuk melibatkan diri dalam acara bermakna ini sebagai usaha membudayakan amalan gaya hidup sihat,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS|ICSB) merangkap Penasihat Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, wakil daripada Majlis Belia Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah dan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (memegang bendera) melepaskan para peserta Fun Run.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 79

Pemenang

Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Aktiviti pemanasan badan tarian Zumba diadakan sebelum acara Fun Run diadakan. Timbalan Pendaftar University College Sabah Foundation, Puan Grace Chang (empat dari kanan) pemenang hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa TV LED 50 inci. hadiah pertama bagi kategori terbuka (Lelaki), Encik Supran bin Madin (tiga dari kanan) menerima hadiah daripada Encik Zulkhairi. Pemenang hadiah pertama bagi kategori terbuka (Wanita), Cik Sabrina Ulah (empat dari kanan) menerima hadiah daripada Encik Zulkhairi.
PENASIHAT Dato’
JP SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Somineh Sipin Annieyldah Peter Hamidon Ann Otigil SUMBANGAN RENCANA Staf Pejabat Setiausaha Korporat Staf Bahagian Komunikasi Korporat Staf Bahagian Pembangunan Pendidikan Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Kristal Handal Sdn. Bhd. Staf Kolej Teknologi Yayasan Sabah REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Juliana Lim Yuen Ling Muhammad Fahmi Abdul Alim Hannah Hidayati Zainudin JURUGAMBAR Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence Zairulazrin Delin Azli bin Mohd. Abu Bakar Junior Juryzam Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Kolej Teknologi Yayasan Sabah TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my
Kehadiran Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) memeriahkan lagi suasana Fun Run. Turut kelihatan dalam gambar, Encik Zulkhairi (dua dari kiri), Ketua Eksekutif Yayasan Sabah College of Technology, Tuan Haji Samin Haji Ongki (kanan), Pengurus Besar Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd. Idris bin Shafi (tiga dari kanan) dan wakil Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah, Encik Albert Tian (kiri).
EDITORIAL
Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar,

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook

Articles inside

ZON PEDALAMAN SELATAN

1min
pages 78-79

ZON PENDALAMAN UTARA

5min
pages 72-77

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

1min
pages 70-71

ZON PANTAI TIMUR UTARA

0
pages 68-69

ZON PANTAI BARAT UTARA

3min
pages 60-64

Penghargaan Majlis

1min
pages 58-59

Majlis Ramah Mesra

0
page 57

PRESTASI PERKHIDMATAN CEMERLANG ke arah

0
page 56

Ke Arah Keusahawanan Berdaya Saing PROGRAM RICH PKS

0
pages 54-55

MajlisPenyampaian

1min
page 53

PROGRAM PENGUKUHAN BERPASUKAN

0
page 52

Salon International De I’Alimentation Paris

1min
page 51

DI PUSAT (AMAL) LATIHAN DAN AMALI OKU, TUARAN

1min
page 50

Dr. Esther Li Group Manager Forestry Division

1min
pages 45-46

PRAXEDES JOHN MATAYUN @ FELICIA

2min
page 44

Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn. Bhd. (SICC)

2min
pages 42-43

Menara Tun MustaphaLawatan ke

1min
pages 38-39

ANUGERAH JASAMU DIKENANG

28min
pages 22-37

Aktiviti MBJ Kumpulan Yayasan Sabah

5min
pages 18-21

Signing Ceremony Between GLOPEC, OMalaysia United Kingdom and HYT

1min
pages 16-17

Meterai MoU ke arah pemantapan industri buluh dan rotan

2min
pages 14-15

Pusat Warisan Kraf

1min
pages 12-13

PETRONAS collaborates with YAYASAN SABAH GROUP in providing education sponsorship for secondary school students

1min
pages 10-12

Kawasan Konservasi Sungai Taliwas Seminar Eksplorasi Saintifik

1min
pages 8-9

INNOPRISE SYNERGY SDN. BHD. & KERAP HIJAU SDN. BHD. inks joint venture agreement with CM ITINERARY SDN. BHD.

1min
page 7
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.