Skip to main content

BKYS.VOL.3.2026

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Julai - September 2026

Jilid 3/2026

Memperkasa Modal Insan: KUMPULAN YAYASAN SABAH hargai KECEMERLANGAN warga staf di

MALAM ANUGERAH KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, berjalan lalu di hadapan pentas utama.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bergambar berkumpulan bersama dengan Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (barisan depan, sepuluh dari kanan), Dato Seri Panglima Joachim (barisan depan, sebelas dari kanan) dan Datuk Jasnih (barisan depan, dua belas dari kanan).


Kumpulan Yayasan Sabah mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul Johan Kategori Swasta/ Badan Berkanun dalam Pertandingan Kawad Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 yang berlangsung pada 31 Ogos 2026 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu. Kejayaan tersebut menyaksikan kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah memperoleh markah sebanyak 92 peratus, sekali gus membuktikan semangat berpasukan, disiplin tinggi, keseragaman pergerakan serta komitmen padu yang ditunjukkan oleh seluruh anggota kontinjen dalam menjayakan acara berprestij berkenaan. Pencapaian ini turut mencerminkan kesungguhan, dedikasi dan kerjasama erat antara anggota kontinjen dalam mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah, selain menjadi lambang kebanggaan terhadap semangat patriotisme dan kecemerlangan warga kerja organisasi.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap ahli kontinjen, meraikan kejayaan yang diraih hasil semangat, disiplin dan kerjasama berpasukan.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 turut diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, serta kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, bersama barisan Kabinet Negeri Sabah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah. Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, menzahirkan rasa gembira dan bangga atas kejayaan tersebut yang disifatkan sebagai hadiah istimewa sempena Ulang Tahun Ke-60 Yayasan Sabah pada tahun ini. Menurut beliau, kejayaan tersebut bukan sahaja mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh anggota kontinjen, malah turut melengkapkan pencapaian

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah bergambar sebelum bertarung menjulang nama Kumpulan Yayasan Sabah.


Ketua Komandan, Irwan bin Jamal (kiri), diiringi oleh Ketua Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Ahmad Fauziee bin Wasimin (enam, kanan) dan Pemangku Pengurus Kumpulan, Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Izan binti Awang Razli (empat, kanan), menerima anugerah Johan bagi Kategori Swasta/Badan Berkanun daripada Datuk Bandar Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Samitah.

berganda Kumpulan Yayasan Sabah dalam acara perbarisan pada tahun ini. “Ini merupakan kemenangan berganda buat Kumpulan Yayasan Sabah setelah sebelum ini merangkul Johan bagi Kategori Swasta/Badan Berkanun sempena Sambutan Ulang Tahun Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac 2026,” katanya. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah atas komitmen, disiplin, kesungguhan dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan sepanjang persiapan serta penyertaan dalam acara tersebut. Menurut beliau, kejayaan ini merupakan hasil daripada kerjasama erat, latihan berterusan dan dedikasi setiap anggota kontinjen yang sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah. Sebanyak 180 kontinjen perbarisan dan 34 kontinjen aset/ kenderaan mengambil bahagian dalam acara Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026, yang berlangsung dalam

suasana penuh semangat patriotisme, kemeriahan dan rasa bangga terhadap identiti serta kedaulatan negeri Sabah. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh nilai kebersamaan dan meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja. Pada masa yang sama, pencapaian tersebut membuktikan kesediaan Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus memainkan peranan aktif dalam menjayakan pelbagai program dan acara rasmi negeri, di samping membudayakan nilai disiplin, kerjasama, integriti dan kecemerlangan dalam setiap penyertaan. Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta mengukuhkan reputasi organisasi sebagai sebuah institusi yang komited dalam menyokong agenda pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.

Penceramah jemputan iaitu Encik Norhasdi bin Hassan sedang menyampaikan Ceramah Motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 SMK Bongawan.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah diberikan sesi amanat terakhir daripada Jurulatih Kontinjen, Sarjan Mejar Ismail bin Ahmat.

Gambar berkumpulan semasa sesi latihan terakhir di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


ANUGERAH BIASISWA CEMERLANG NEGERI SABAH SIRI KE-37: MELAHIRKAN GENERASI PENERAJU MASA DEPAN SABAH

Gambar berkumpulan penerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-37

Komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan pendidikan berkualiti diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) Siri Ke-37 yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Yayasan Sabah pada tahun ini, penerima ABCNS telah ditambah untuk kuantiti daripada 40 orang kepada 50 orang sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menghargai kecemerlangan akademik para pelajar di Sabah. Ini selari dengan jumlah peruntukan tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah untuk tahun 2026 sebanyak RM86.5 juta, manakala Tabung Pendidikan Negeri Sabah memperuntukkan anggaran RM12 juta setahun. Tajaan-tajaan pendidikan ini khusus untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian. Komitmen dan kesungguhan Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan dana tajaan setiap tahun adalah sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri yang mengutamakan pembangunan pendidikan anak-anak negeri, terutamanya pada peringkat pengajian tinggi. Sejak tahun 1990 hingga 2025, seramai 835 orang pelajar 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

telah menerima manfaat ABCNS dengan perbelanjaan sebanyak RM149.62 juta. Majlis ABCNS pada tahun ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, pada 30 Julai 2026, di Sabah International Convention Centre (SICC).

Singapore. Menurut beliau, “Kejayaan yang diraih merupakan hasil usaha berterusan dalam mengatasi pelbagai cabaran sepanjang tempoh persekolahan, khususnya bagi subjek Matematik Tambahan.” Beliau menambah, “pendekatan pembelajaran yang lebih sistematik dengan memanfaatkan pelbagai sumber dalam talian seperti koleksi soalan peperiksaan tahun-tahun terdahulu telah membantu meningkatkan penguasaan subjek tersebut sehingga saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang A+ dalam peperiksaan SPM.”

Majlis tersebut turut menyaksikan pengiktirafan kepada salah seorang penerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), Chin Kai Yi, 18, yang bakal melanjutkan pengajian dalam program A-Level di Taylor’s College sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Alam Sekitar di National University of Selain

memberi

CHIN KAI YI

tumpuan

kepada


akademik, Chin turut aktif menyertai pelbagai pertandingan seperti ProjectBased Learning (PBL), Kuiz Bible Knowledge dan Score A Student Olympiad yang disifatkan sebagai platform untuk mengembangkan potensi diri serta membentuk keyakinan dan daya saing. Beliau berpendapat bahawa insan berkualiti bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian akademik, malah perlu memiliki nilai disiplin, integriti, ketabahan dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Katanya, “Penganugerahan biasiswa bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi simbol kepercayaan terhadap kebolehan pelajar untuk mencapai potensi yang lebih tinggi serta pemangkin kepada usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.” Dalam pada itu, Chin turut menyatakan hasrat untuk kembali berbakti kepada negeri Sabah selepas menamatkan pengajian dengan mengaplikasikan ilmu dalam bidang Sains Alam Sekitar, khususnya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, pengurusan sumber semula jadi secara lestari serta penyelidikan berkaitan perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti. “Saya berharap agar Sabah terus berkembang sebagai sebuah negeri yang maju, mampan dan berdaya saing dengan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan, pekerjaan serta pembangunan kepada generasi muda,” katanya. Pada masa yang sama, beliau menyeru anak-anak Sabah agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian, sebaliknya terus berusaha, berdisiplin, dan memanfaatkan setiap peluang yang disediakan demi masa depan yang lebih cemerlang. Mengakhiri temu bual, Chin merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas penganugerahan biasiswa tersebut yang disifatkan bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan.

WAFA WIRDANI

untuk terus mengejar cita-citanya dalam yang diterimanya sejak di bangku sekolah bidang perubatan. menengah sehingga ke peringkat universiti. Penghargaan juga kepada Beliau berkata, pengalaman menuntut Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selama yang saya anggap seperti “rumah kedua” lima tahun banyak membentuk jati sepanjang tempoh persekolahan saya diri, terutama dalam mengekalkan di Semenanjung, juga kepada guru-guru kecemerlangan akademik dalam Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya atas segala persekitaran yang kompetitif di samping bimbingan dan dedikasi yang dicurahkan.” menyesuaikan diri dengan kehidupan Pada masa yang sama, saya menzahirkan berjauhan daripada keluarga. penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya atas Menurutnya, “Pengurusan masa yang segala sokongan, pengorbanan dan doa sistematik, disiplin yang tinggi serta yang sentiasa mengiringi perjalanan komitmen untuk menyiapkan tugasan pendidikan saya sehingga berjaya meraih lebih awal merupakan antara faktor utama kecemerlangan akademik,” ujarnya. yang membolehkan saya mengimbangi tuntutan akademik dan penglibatan aktif Seorang lagi penerima ABCNS, Chloe Lea dalam kokurikulum. James, 18, dari Papar, yang kini mengikuti program Asasi Sains Hayat di Universiti Saya berpandangan inisiatif Kumpulan Malaya (UM), menyifatkan biasiswa yang Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah diterimanya sebagai pemangkin untuk dalam menyediakan pelbagai bentuk terus berusaha mencapai cita-cita dalam bantuan pendidikan, termasuk biasiswa bidang kesihatan. dan tajaan pengajian, memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan Bekas pelajar Sekolah Menengah Kian berkualiti serta membuka lebih banyak Kok, Kota Kinabalu itu berkata, sepanjang peluang kepada anak-anak Sabah untuk persekolahan beliau aktif sebagai ahli melanjutkan pengajian ke peringkat yang orkestra dan berdepan cabaran untuk lebih tinggi.” mengimbangi komitmen akademik dengan latihan kokurikulum. Beliau turut menyatakan hasrat untuk kembali berkhidmat di Sabah selepas Menurutnya, “Pengurusan masa yang menamatkan pengajian sebagai doktor di berkesan menjadi kunci utama dalam hospital kerajaan sebelum menyambung mengekalkan kecemerlangan akademik, latihan kepakaran, sekali gus menyumbang termasuk menyiapkan tugasan semasa kepada usaha meningkatkan kualiti waktu rehat atau sebelum sesi latihan perkhidmatan kesihatan di negeri ini, serta mengurangkan penglibatan dalam khususnya dalam memenuhi keperluan aktiviti kokurikulum ketika menghampiri kritikal doktor pakar. musim peperiksaan.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai anak Sabah berpeluang menikmati pendidikan berkualiti dan berani mengejar impian mereka tanpa mudah berputus asa. Katanya, setiap cabaran yang dihadapi perlu dijadikan pendorong untuk terus berusaha, berdisiplin dan berkorban demi Turut menerima ABCNS, Wafa Wirdani binti mencapai kejayaan pada masa hadapan. Rahmad, 18, dari Tawau, yang kini sedang mengikuti program Asasi Perubatan di “Saya merakamkan setinggi-tinggi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia penghargaan kepada Kumpulan Yayasan (UIAM), menyifatkan penganugerahan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas biasiswa tersebut sebagai pemangkin kepercayaan serta tajaan pendidikan Beliau turut menitipkan ucapan, “Terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru atas segala pengorbanan, bimbingan serta sokongan yang menjadi tunjang kepada kejayaan yang saya dikecapinya hari ini.”

Pelbagai inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah, khususnya melalui biasiswa dan dermasiswa, telah membuka peluang kepada lebih ramai anak Sabah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuk ke luar negara melalui tajaan penuh. Usaha ini turut menyumbang kepada pembangunan modal insan untuk kemajuan negeri pada masa hadapan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


hadapan. Saya ingin mengingatkan generasi muda agar tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran; sebaliknya, sentiasa berusaha mencari penyelesaian dengan penuh kesabaran, selaras dengan peribahasa Melayu, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,”katanya.

CHLOE LEA JAMES

Selepas menamatkan program asasi, Chloe berhasrat menceburi bidang kesihatan dan berbakti kepada Sabah bukan sahaja sebagai doktor atau pegawai kesihatan, malah melalui program pendedahan serta perkongsian kerjaya kepada anakanak Sabah, khususnya di luar bandar. Beliau berharap usaha ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar meneroka bidang kesihatan, sebagaimana beliau mendapat motivasi melalui sesi perkongsian alumni PASUM. Dalam pada itu, beliau turut menitipkan kata-kata semangat kepada calon-calon SPM agar terus berusaha dan tidak mudah berputus asa sekiranya berdepan cabaran. Beliau percaya setiap pelajar berpotensi mencapai kejayaan sekiranya mempunyai impian yang besar, disertai usaha, disiplin dan kesungguhan yang berterusan. Mengakhiri temu bual, Chloe berkata, “Penghargaan saya kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas tajaan pengajian yang diberikan serta beriltizam untuk membalas kepercayaan tersebut dengan menyumbang kepada pembangunan negeri dan menjadi inspirasi kepada generasi muda Sabah. Saya turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan tanpa meletakkan tekanan sepanjang perjalanan pendidikan saya. Terima kasih juga kepada guru-guru yang banyak membimbing dan memberi dorongan sepanjang persediaan menghadapi peperiksaan SPM sehingga membolehkan saya mencapai kejayaan membanggakan.” Seorang lagi penerima ABCNS, Elron Ng Zhun Yuen, 18, dari Penampang, yang kini mengikuti program Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya (UM), menyifatkan penganugerahan biasiswa tersebut sebagai pemangkin untuk mengekalkan kecemerlangan akademik serta merealisasikan aspirasinya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Menurut beliau, cabaran terbesar yang dihadapi adalah untuk mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dalam persaingan yang semakin sengit, sambil memastikan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum terus dipertahankan. Dalam mengimbangi kedua-dua aspek tersebut, pengurusan masa yang bijak, teratur dan berkesan menjadi kunci utama dalam mencapai kejayaan secara holistik. “Saya berpandangan inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah menerusi penyediaan biasiswa telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang yang berdepan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban keluarga, malah membolehkan pelajar memberi tumpuan kepada pembelajaran dan seterusnya melahirkan modal insan berkualiti untuk pembangunan negeri,” kata Elron. “Saya juga berhasrat untuk kembali menyumbang kepada Sabah selepas menamatkan pengajian dengan berkhidmat dalam bidang STEM serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh bagi memperkukuh pembangunan negeri,” tambah beliau. “Saya berharap lebih ramai anak Sabah akan terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sebagai persediaan untuk membina kerjaya pada masa

Mengakhiri temu bual, Elron merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas kepercayaan melalui penganugerahan biasiswa tersebut, yang menjadi dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan serta memikul amanah sebagai penerima biasiswa dengan sebaikbaiknya. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa atas segala pengorbanan, sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan pendidikan, selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu, membimbing serta mempercayai kebolehannya sejak di bangku sekolah. Muhammad Haziq bin Mohammad Iskandar Shah, 18, dari Sandakan, yang kini mengikuti program Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya (UM), menyifatkan penganugerahan ABCNS sebagai pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan teknologi. Bekas pelajar Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, cabaran terbesar sepanjang menuntut ilmu ialah menduduki peperiksaan SPM ketika berada di Tingkatan Empat pada usia 16 tahun, sekali gus memerlukan persediaan lebih awal berbanding pelajar lain. “Kekangan masa mendorong saya menyusun semula jadual pembelajaran secara lebih sistematik bagi memastikan setiap silibus dapat dikuasai, di samping mengekalkan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, hafazan dan penyelidikan sepanjang tempoh persekolahan,” katanya.

ELRON NG ZHUN YUEN


MUHAMMAD HAZIQ

Beliau berpandangan bahawa inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah melalui biasiswa serta bantuan pendidikan penting dalam melahirkan modal insan berkualiti. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah memberi peluang kepada anak-anak Sabah mengembangkan potensi sebagai aset pembangunan negeri. “Lantaran itu, saya berhasrat kembali berkhidmat di Sabah selepas menamatkan pengajian dengan menceburi bidang informatik dalam sektor kerajaan bagi menyumbang kepakaran dalam pembangunan teknologi digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,” katanya. Beliau turut berharap generasi muda di negeri Sabah terus bersemangat menuntut ilmu, mengejar cita-cita dan tidak mudah berputus asa, di samping mengharumkan nama negeri di peringkat nasional dan antarabangsa. Mengakhiri temu bual, Muhammad Haziq merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, ibu bapa dan guru-guru Kolej PERMATA Insan atas segala bimbingan dan sokongan. Jyx Nyrell James, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Doktor Pergigian di Manipal University College Malaysia, menyifatkan penganugerahan ABCNS sebagai satu amanah untuk terus mencapai kecemerlangan akademik serta berbakti kepada negeri Sabah. Beliau berkata, cabaran terbesar sepanjang menuntut ilmu ialah menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama, terutama ketika berjauhan daripada keluarga. Pengalaman tersebut membentuk dirinya menjadi lebih berdikari, berdisiplin serta cekap mengurus masa.

ramai anak Sabah diberikan peluang memperoleh pendidikan berkualiti dan berani mengejar impian. Katanya, kejayaan memerlukan usaha konsisten, disiplin dan doa, manakala setiap cabaran perlu dilihat sebagai peluang untuk membentuk diri lebih kukuh.

Mengakhiri temu bual, Jyx Nyrell merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas penganugerahan ABCNS serta berjanji memanfaatkan peluang tersebut sebaik-baiknya, menimba ilmu dengan penuh dedikasi dan kembali menyumbang kepada pembangunan sistem kesihatan serta masyarakat Sabah. membolehkannya mengekalkan kesejahteraan kecemerlangan akademik di samping memberi komitmen terhadap aktiviti “Penghargaan istimewa kepada keduakokurikulum, sekali gus membentuk dua ibu bapa saya atas kasih sayang, sifat tanggungjawab sebagai bekalan pengorbanan, doa dan sokongan yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih menjadi tunjang kejayaan saya. Terima kasih juga kepada guru-guru yang tinggi. membimbing, mendidik dan sentiasa Jyx Nyrell berpandangan bahawa inisiatif percaya terhadap potensi diri sehingga Kumpulan Yayasan Sabah dan Kerajaan saya mencapai kecemerlangan akademik.” Negeri Sabah melalui penyediaan biasiswa tersebut dianugerahkan merupakan bukti kepercayaan terhadap Anugerah potensi anak-anak Sabah. Menurutnya, kepada pelajar yang memperoleh peluang pendidikan bukan sahaja keputusan cemerlang dalam peperiksaan membantu pelajar mencapai cita-cita, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain malah melahirkan lebih ramai tenaga itu, seramai 60 orang pelajar cemerlang profesional yang bakal menyumbang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program Matrikulasi akan kepada pembangunan negeri. menerima Biasiswa Cemerlang Kerajaan “Biasiswa yang diterima bukan sekadar Negeri Sabah (BKNS) daripada Jabatan bantuan kewangan, malah merupakan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. satu amanah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan kembali Pada masa sama, seramai 17 orang berkhidmat kepada masyarakat. Saya pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama berhasrat untuk kembali berkhidmat di Malaysia (STAM) turut menerima Sabah sebagai seorang doktor pergigian anugerah daripada MUIS sebagai tanda selepas menamatkan pengajian sebelum penghargaan terhadap kecemerlangan melanjutkan latihan kepakaran dalam akademik mereka. bidang ortodontik,” katanya. Penambahan jumlah penerima dan Beliau turut berharap dapat meningkatkan pengiktirafan kepada pelajar daripada kesedaran mengenai kepentingan pelbagai aliran pendidikan mencerminkan penjagaan kesihatan mulut melalui komitmen berterusan Kerajaan Negeri menyokong pembangunan program pendidikan dan kesedaran, dalam khususnya dalam kalangan kanak- modal insan berkualiti, di samping kanak serta masyarakat luar bandar. mengiktiraf usaha gigih pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Dalam pada itu, beliau berharap lebih

JYX NYRELL JAMES

Katanya, pengurusan masa yang sistematik BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


Mengabadikan Kecemerlangan melalui

Kehalusan Seni Warisan Bangsa

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, menerima cenderakenangan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke37 daripada Pengarah Yayasan Sabah Dato’Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Yusuf Khan Bahadar @Yusuf Khan Bahadar.

Kehalusan seni warisan tempatan terus menjadi medium untuk mengabadikan detik kecemerlangan apabila Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Kumpulan Yayasan Sabah, diberi kepercayaan menghasilkan cenderakenangan khas dan folder penerima biasiswa sempena Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) Siri Ke-37 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 30 Julai 2026. Majlis yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor itu menyaksikan penyampaian (ABCNS) kepada 50 orang penerima, Anugerah Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (ABCKNS) kepada 60 orang penerima dan Anugerah Cemerlang MUIS kepada 17 orang penerima. Lebih istimewa, cenderakenangan berupa ukiran kayu hasil karya artisan PKS dihasilkan khusus sempena perasmian anugerah berprestij ini. Menampilkan kemegahan Gunung Kinabalu, karya tersebut membawa simbolik pendidikan sebagai nadi utama pembangunan, dengan gabungan elemen kepimpinan, ilmu dan warisan yang mencerminkan aspirasi untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berwibawa. Gunung Kinabalu yang menjadi inspirasi utama karya ini turut menggambarkan keteguhan dan jati diri, menitipkan mesej perjalanan menuju kecemerlangan memerlukan ketekunan, ilmu dan keberanian untuk terus sampai ke puncak yang lebih tinggi.

8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Para penerima biasiswa bersama folder khas.

Sementara itu, folder penerima biasiswa pula tampil dengan inspirasi daripada kerencaman dan warna-warni flora tempatan, yang diadun bersama kehalusan motif pusaka bangsa serta keindahan sulaman tradisi Linangkit daripada pelbagai kaum di Sabah. Penghasilan folder ini merupakan hasil kolaborasi kepakaran beberapa bengkel di PKS. Bengkel Digital Tekstil dan Bengkel Batik menerajui penghasilan fabrik serta motif, manakala Bengkel Jahitan Beg menata hias jahitan sehingga menghasilkan folder yang bukan sahaja berfungsi sebagai folder rasmi anugerah, tetapi turut membawa identiti dan nilai seni warisan Sabah. Penghasilan kedua-dua karya ini membuktikan bahawa kraf tangan bukan sekadar hasil seni, tetapi juga mampu menjadi kiasan visual yang merakam sejarah, menyampaikan aspirasi dan mengangkat identiti negeri dalam acara-acara berprestij. Melalui sentuhan tangan artisan PKS, kecemerlangan para penerima biasiswa bukan sekadar diraikan, malah diabadikan sebagai warisan budaya Sabah, simbol bahawa ilmu dan warisan sebagai dua kekuatan yang bersama-sama membentuk masa depan negeri.

Penghasilan material bagi folder biasiswa merupakan hasil tangan peserta PKAN 2026.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


Sambutan Hari Taska Peringkat Negeri Sabah 2026 berlangsung dengan penuh meriah pada 5 Julai 2026 di 1Borneo Hypermall, menghimpunkan pengusaha taska, pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak dari seluruh negeri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Masyarakat Sabah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti sebagai asas kepada pembangunan modal insan dan masa depan negeri. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program, termasuk pertandingan mewarna, pameran pendidikan awal kanak-kanak, persembahan kanak-kanak serta pameran daripada agensi-agensi berkaitan. Aktiviti ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti kanak-kanak, malah mengeratkan Mesyuarat Negeri Sabah (TPNS) hubungan antara Tabung ibu bapa,Pendidikan pendidik dan masyarakat. Siri ke-2 tahun 2026 telah diadakan pada 12 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah, Aras 19, Menara Tun Mustapha. Mesyuarat ini diadakan sebagai platform untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan pelaksanaan inisiatif TPNS, di samping meneliti perkembangan semasa program-program bantuan pendidikan yang dilaksanakan demi manfaat rakyat negeri Sabah.

Antara yang mencuri perhatian ialah penyertaan aktif kanakkanak dalam pertandingan mewarna yang mengetengahkan tema “Persekitaran”, sekali gus memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak usia muda. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan dan galakan kepada anakanak mereka sepanjang pertandingan berlangsung. Program anjuran Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah (PPTS) dengan kerjasama pelbagai agensi ini diharapkan dapat terus memperkukuh ekosistem pendidikan awal kanakkanak di Sabah, selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan penting institusi taska dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Turut hadir dalam sambutan berkenaan Puan Rosmini Simin, Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Encik Mohd Redzuan bin Mohamad Zin, Pengerusi Komuniti perancangan secara lebih berkesan, telusSabah. Ibu Bapa & dilaksanakan Guru dan guru-guru Tadika Yayasan dan memberi kepada golongan Sambutan Hariimpak Taskapositif Peringkat Negeri Sabahsasar. 2026 jelas Penganjuran komitmen Mesyuarat semua tersebut membuktikan pihakmencerminkan dalam memastikan komitmen berterusan dalam memperkasakan agenda yang setiap kanak-kanak memperoleh permulaan pendidikan pembangunan modal insan melalui terbaik demi masa depan yang lebihpendidikan, cemerlang.selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Selain itu, mesyuarat turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan dasar, penyelarasan pelaksanaan program serta cadangan inisiatif baharu yang mampu memperkukuhkan akses kepada peluang pendidikan berkualiti. Perbincangan yang konstruktif dalam mesyuarat ini diharap dapat memastikan setiap

Ahli-ahli Mesyuarat Tabung Pendidikan Negeri Sabah Siri Ke-2 Tahun 2026 bergambar kenangan selepas mesyuarat, yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Dr. Hj. Gulamhaidar@Yusof bin Khan Bahadar, lima dari kiri, bagi membincangkan pelaksanaan agenda dan hala tuju program pendidikan di negeri Sabah.

10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


KUMPULAN YAYASAN SABAH dan BANK ISLAM RAI

PEMENANG Cabutan Bertuah Pinjaman Pengajian

Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama rakan strategik, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah bersempena dengan Kempen Bayaran Balik Pinjaman Pengajian Yayasan Sabah Bersama-Sama Dengan Bank Islam Malaysia Berhad bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 6 Ogos 2026. Kempen yang berlangsung dari 15 Oktober 2025 hingga 15 Januari 2026 tersebut telah melayakkan seramai 117 orang peminjam yang membuat bayaran balik melalui BIMB untuk menyertai cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM39,000. Antara hadiah yang lumayan dibawa pulang oleh para pemenang termasuk telefon pintar, komputer riba dan jam tangan pintar.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Tuan Ts. Haji Jasarudin (kiri) dan sebahagian daripada para pemenang yang diraikan pada majlis tersebut.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (dua , kiri) menyaksikan penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang bertuah sambil disaksikan oleh Tuan Ts. Haji Jasarudin (tengah).

Berucap merasmikan majlis tersebut, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Yusof Khan Bahadar menzahirkan penghargaan kepada pihak BIMB atas kerjasama erat yang terjalin. Beliau turut memaklumkan bahawa BIMB bersetuju untuk berkongsi kepakaran dalam memberi pendedahan celik kewangan kepada para peminjam pinjaman pengajian Kumpulan Yayasan Sabah yang akan bermula pada musim tajaan 2026. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Perbankan Transaksi Tunai BIMB, Tuan Ts. Haji Jasarudin Sahak. Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar turut mengumumkan pelaksanaan Program Rebat Budi Madani 2026 yang berlangsung dari 6 hingga 26 Ogos 2026. Inisiatif khas ini direka untuk menghargai komitmen para peminjam di samping memupuk budaya pembayaran balik yang mampan. Di bawah program ini, tiga kategori rebat ditawarkan. Rebat sebanyak 30 peratus ditawarkan kepada peminjam kategori ‘Aktif Bayar’ yang melunaskan keseluruhan baki pinjaman; 25 peratus bagi peminjam kategori lain yang berhasrat membuat penyelesaian penuh; manakala rebat 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat pembayaran secara ansuran biasa. “Pada tahun lalu, program rebat seumpama ini telah berjaya memberi impak positif yang membolehkan Kumpulan Yayasan Sabah mencatatkan kutipan tertinggi sejak penubuhan Yayasan Sabah, iaitu sebanyak RM8 juta,” jelas beliau sambil menyeru para peminjam agar tidak melepaskan peluang menyertai Program Rebat Budi Madani 2026 bagi menyelesaikan baki pinjaman, sekali gus menyumbang kepada kelestarian dana tajaan pendidikan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (dua , kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tuan Ts. Haji Jasarudin sebagai tanda penghargaan atas kerjasama strategik Kumpulan Yayasan Sabah dan BIMB.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar berucap merasmikan majlis. Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan pelaksanaan Program Rebat Budi Madani 2026 sebagai insentif galakan kepada para peminjam. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 11


Kumpulan Yayasan Sabah

Perkukuh Komitmen Pendidikan dan Kesihatan Bersama IJN Sempena ulang tahun ke-60 penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan modal insan dan sektor kesihatan negeri menerusi penyerahan Tajaan Biasiswa Khas Kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Institut Jantung Negara (IJN). Program penyerahan tajaan kepada kumpulan pertama seramai 10 orang penerima ini telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar bertempat di Menara Tun Mustapha pada 4 September 2026.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (lima dari kanan) menyampaikan surat tawaran Tajaan Biasiswa Khas Kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dan IJN kepada salah seorang penerima pada Majlis Ramah Mesra di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.

Penerimaan kumpulan pertama ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah, IJN, dan IJN University College (IJNUC) berasaskan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 6 April 2026. Inisiatif ini bertujuan memperkemas dan memantapkan penyediaan tenaga kerja kesihatan pakar bagi keperluan masa hadapan negeri Sabah. Inisiatif tajaan bagi mengikuti pengajian di IJNUC ini selari dengan visi Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kumpulan Yayasan Sabah untuk melahirkan lebih ramai professional tempatan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. Sepanjang enam dekad berkhidmat, Kumpulan Yayasan Sabah kekal berdedikasi meluas dan memperkasakan peluang pendidikan bagi anak-anak Sabah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman; Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ ICSB), Datuk Joshua Ho; Ketua-Ketua Bahagian Kumpulan Yayasan Sabah dan ibu bapa penerima tajaan.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (tengah, baris belakang) berfoto bersama sebahagian penerima biasiswa program kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dan IJNUC.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri, duduk) merakamkan kenangan bersama para penerima biasiswa, ibu bapa, serta pengurusan kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (kiri) menyapa dan beramah mesra dengan penerima biasiswa serta ibu bapa selepas majlis penyerahan surat tawaran. 12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Guru-guru taska Yayasan Sabah bersama murid-murid di sambutan berkenaan.

Sambutan Hari Taska Peringkat Negeri Sabah 2026 berlangsung dengan penuh meriah pada 5 Julai 2026 di 1Borneo Hypermall, menghimpunkan pengusaha taska, pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak dari seluruh negeri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Wanita, Datuk Julita Majungki, Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Masyarakat Sabah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti sebagai asas kepada pembangunan modal insan dan masa depan negeri. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program, termasuk pertandingan mewarna, pameran pendidikan awal kanak-kanak, persembahan kanak-kanak serta pameran daripada agensi-agensi berkaitan. Aktiviti ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti kanak-kanak, malah mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pendidik dan masyarakat.

Antara yang mencuri perhatian ialah penyertaan aktif kanakkanak dalam pertandingan mewarna yang mengetengahkan tema “Persekitaran”, sekali gus memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak usia muda. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan dan galakan kepada anakanak mereka sepanjang pertandingan berlangsung. Program anjuran Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah (PPTS) dengan kerjasama pelbagai agensi ini diharapkan dapat terus memperkukuh ekosistem pendidikan awal kanakkanak di Sabah, selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan penting institusi taska dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Turut hadir dalam sambutan berkenaan Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin, Pengerusi Komuniti Ibu Bapa & Guru, Encik Mohd Redzuan bin Mohamad Zin dan guru-guru Tadika Yayasan Sabah. Sambutan Hari Taska Peringkat Negeri Sabah 2026 jelas membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan setiap kanak-kanak memperoleh permulaan pendidikan yang terbaik demi masa depan yang lebih cemerlang.

Penglibatan anak-anak Taska Yayasan Sabah dalam program berkenaan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyediaan Pelan Strategik Program Sosial 2027–2031.

Mesyuarat Siri 2 bagi membincangkan Cadangan Pelan Strategik Program Sosial Lima Tahun (2027–2031) Bahagian Operasi Yayasan Sabah telah diadakan pada 2 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 22, Menara Tun Mustapha.

Pelan strategik ini dirangka selaras dengan aspirasi organisasi untuk memperkasakan pembangunan komuniti, memperluas manfaat program sosial serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih tersusun, inklusif dan berimpak tinggi. Perbincangan turut memberi penekanan terhadap keperluan mengenal pasti pendekatan strategik yang bersesuaian dengan keperluan semasa komuniti serta memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Kanan, Bahagian Penyelidikan, Dr. Elizabeth Kinat, yang mewakili Pengurus Kumpulan, Bahagian Penyelidikan, Dr. Yap Sau Wai. Sesi perbincangan ini diadakan bagi memperhalusi serta menambah baik cadangan pelan strategik yang bakal menjadi panduan dalam merancang dan melaksanakan program-program sosial Bahagian Antara agenda utama yang dibincangkan ialah ucapan Operasi Yayasan Sabah bagi tempoh 2027 hingga 2031. alu-aluan Pengurus Kumpulan, perkara-perkara berbangkit, maklum balas susulan Bengkel Pelan Strategik

Antara wakil bahagian yang turut serta.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Gambar berkumpulan.


Dr. Elizabeth Kinat mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 22.

Program Sosial Lima Tahun yang telah diadakan pada 7 hingga 8 April 2026, serta hal-hal lain yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan pelan strategik. Setiap perkara dibincangkan secara terperinci bagi mendapatkan pandangan, cadangan penambahbaikan dan kesepakatan bersama dalam memantapkan hala tuju program sosial yang bakal dilaksanakan.

pelan strategik yang dirangka lebih relevan, praktikal dan memenuhi keperluan pembangunan sosial masyarakat.

Hasil perbincangan ini dijangka menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program sosial yang lebih berimpak, berkesan dan berdaya tahan pada masa akan datang. Selain memperkukuh peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam pembangunan komuniti, pelan strategik ini Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan produktif, sekali diharapkan dapat menyokong usaha berterusan organisasi gus mewujudkan ruang perbincangan yang konstruktif dalam mewujudkan perubahan positif serta meningkatkan antara pihak berkaitan dalam memperkukuh perancangan kualiti hidup masyarakat di Sabah. strategik Bahagian Operasi Yayasan Sabah. Pertukaran pandangan dan penelitian terhadap cadangan yang dikemukakan diharapkan dapat membantu memastikan

Antara wakil bahagian yang turut serta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menyertai Program Sabah Asia-Pacific Impact Investing for Sustainable Development Summit 2026 (SABAH AIMS 2026) sebagai pempamer yang berlangsung pada 13 Julai 2026 bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu. Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, mewakili Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Jafry Ariffin serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, . Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah telah membuka dua ruang pameran yang dikendalikan oleh Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar serta Pusat Kraftangan Sabah. Penyertaan ini bertujuan untuk mempromosikan usaha pemuliharaan alam sekitar serta mengetengahkan keunikan warisan kraf tangan Sabah kepada para peserta dan pengunjung. Antara tarikan utama pameran ialah demonstrasi kraf tangan oleh Ketua Komuniti Kraf tangan Lias Ulu Sugut, Rana, Puan Junisa Agang, . Beliau mempamerkan teknik menghasilkan kraftangan berasaskan hasil rimba lias (bemban), termasuk bakul anyaman tradisional serta kraf kontemporari seperti beg tangan, beg dokumen dan dompet. Selain itu, PKS turut mempamerkan pelbagai produk kraf tangan dari seluruh negeri Sabah, termasuk anyaman rotan dan buluh, batik Sabah, aksesori manik, produk bermotifkan Dusun Labuk, serta pelbagai hasil kraf tangan berasaskan buluh dan anyaman pandan. Sementara itu, Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar mempamerkan infografik mengenai Kawasan Konservasi Lembah Danum, Lembangan Meliau dan Kanyon Imbak (DaMaI) yang mengetengahkan kepelbagaian biodiversiti termasuk spesies hidupan liar yang terancam dan hampir pupus. Turut dipamerkan ialah maklumat mengenai projek pemulihan hutan melalui INFAPRO dan INIKEA, di samping pelbagai cenderamata eksklusif berkaitan usaha konservasi Kumpulan Yayasan Sabah. Bertemakan “Turn, Learn, Earn”, SABAH AIMS 2026 menghimpunkan pelbagai pihak daripada sektor pelaburan, akademik, pembuat dasar, industri dan badan kebajikan bagi membincangkan pembangunan mampan melalui pelaburan berimpak. Program ini turut mengetengahkan negeri Sabah sebagai peneraju dalam mengimbangi pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar melalui inovasi, kerjasama dan pelaburan lestari.

16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Demonstrasi penghasilan kraftangan tradisional berasaskan hasil rimba menarik perhatian pengunjung.

Suasana di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah sempena SABAH AIMS 2026.

Suasana di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah sempena SABAH AIMS 2026.

Dato’ Sri Arthur menerima penerangan mengenai inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan bersama Dato’ Sri Arthur dan para petugas ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

YB Dato’ Sri Arthur menerima cenderamata daripada Pusat Kraftangan Sabah.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


Bermula pada 3 hingga 9 Ogos 2026, telah berlangsung Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, bertempat di Esplanade, Kuala Lumpur City Centre.

Antara inspirasi rekaan Pereka Fesyen Harz Hisham dan Akmal Hakim menggunakan fabrik hasil tangan anak-anak negeri Sabah di KLFW 2026.

18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Minggu fesyen nasional yang telah berlangsung sejak tahun 2013 ini menghimpunkan lebih daripada 50 slot peragaan, memaparkan kreativiti dan visi para pereka tersohor tempatan. Pusat Kraftangan Sabah telah diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah KLFW 2026 apabila kain batik dan digital tekstil yang dihasilkan oleh para usahawan bimbingan PKS dan para peserta Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah 2026 telah diolah menjadi busana peragaan pada slot pertunjukan fesyen KPDN Presents: Fashion Forward Batik Malaysia. Dua orang pereka fesyen terkenal, iaitu Harz Hisham dan Akmal Hakim, telah menghasilkan 6 pasang busana daripada kain batik dan tekstil digital yang dihasilkan oleh para usahawan batik dan peserta PKAN 2026.


Membawakan citra budaya dan warisan negeri Sabah pada reka corak dan motif batik serta cetakan digital yang dihasilkan, olahan daripada para pereka fesyen terlibat telah mampu memberikan nafas baharu kepada penggayaan kain batik dan tekstil digital. Rekaan dari Harz Hisham menjadikan kain Batik Sabah tampil eksklusif, glamour dan anggun. Akmal Hakim pula berjaya mewujudkan personaliti praktikal, bergaya tinggi dan moden melalui penggunaan fabrik digital tekstil pada busana ciptaan beliau. Kain batik dan tekstil digital yang digunakan dalam busana tersebut merupakan hasil tangan para usahawan dan peserta PKAN 2026 di bawah bimbingan Encik Vieazley bin Michael dan Puan Nurul Izah Farahanah binti Tangah, yang merupakan pereka dan tenaga pengajar batik di PKS. Sebanyak 11 orang peserta PKAN 2026 terlibat dalam penghasilan kain-kain tersebut, termasuk dua bengkel kraf, iaitu bengkel batik dan bengkel tekstil digital. Kesemua kain yang dihasilkan direka dengan membawakan mesej budaya dan warisan tempatan yang menjadi identiti serta kelainan dalam kraf tekstil negeri Sabah. Lebih membanggakan, corak batik hasil karya artisan PKS turut diangkat sebagai latar belakang logo KLFW 2026. Ini merupakan satu penghormatan kepada kreativiti dan hasil tangan anak-anak negeri Sabah di pentas fesyen berprestij ini .

Di samping itu, bersempena dengan KLFW 2026 dengan kerjasama antara Isetan Suria KLCC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta penganjur KLFW 2026, tiga orang usahawan PKS telah diberikan peluang menyertai Beyond Borneo Heritage Pop-Up Sale bertempat di Level 2, Isetan Suria KLCC. Program ini bersempena dengan Kempen Jom Beli Produk Malaysia bermula dari 31 Julai 2026 hingga 19 Ogos 2026. Tiga usahawan yang terlibat iaitu Secret Bamboo (Keningau), Butiza (Tambunan) dan RiniCraft (Kudat) merupakan usahawan pembuatan beg dan aksesori. Ini merupakan satu peluang besar dan pendedahan yang baik kepada jenama kraf tangan tempatan untuk membina kesedaran jenama mereka di pentas yang terkenal seperti KLFW serta mendapat peluang mempromosikan produk di gedung terkemuka, Isetan. Penyertaan PKS dalam KLFW 2026 ternyata satu langkah besar untuk mengangkat nama dan kreativiti anak negeri Sabah ke pentas fesyen yang gah dan bertaraf antarabangsa. Dari Sabah hingga ke pentas KLFW 2026, cerita dan warisan bangsa Negeri di Bawah Bayu digayakan dengan penuh warna dan keindahan.

Tinjauan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, ke Beyond Borneo Heritage Pop-Up Sale di Isetan, Suria KLCC.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


Program Lonjakan PARADIGMA PELAJAR

Bantu Bentuk Haluan Masa Depan Pelajar

Seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dari SMK Pekan Kuala Penyu telah menyertai Program Lonjakan Paradigma Pelajar Navigasi Kejayaan Akademik dan Masa Depan yang berlangsung pada 9 Julai di sekolah tersebut dengan tujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada pelajar dalam merancang masa depan akademik serta kerjaya mereka. Program berkenaan memberi fokus kepada usaha melahirkan pelajar yang mempunyai visi, matlamat dan perancangan yang jelas bagi menghadapi cabaran pendidikan dan dunia pekerjaan pada masa akan datang. Sesi utama program telah disampaikan oleh Dr. Hajah Ananglanka binti Mad Kassim, yang berkongsi pelbagai input berkaitan motivasi diri, kepentingan pendidikan, pembangunan sahsiah serta strategi untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan. Melalui pendekatan yang interaktif dan penuh inspirasi, para pelajar didedahkan kepada kepentingan memiliki sikap positif, disiplin yang tinggi serta semangat untuk terus berusaha mencapai cita-cita masing-masing. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Hussin bin Alim, Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja bergantung kepada pencapaian ademik, malah turut dipengaruhi oleh sikap, nilai dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai pelajar memperoleh panduan dan inspirasi dalam menentukan hala tuju pendidikan serta kerjaya mereka. Program tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian penghargaan kepada penceramah dan pihak yang terlibat.

Sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Hajah Ananglangka berjaya menarik perhatian para pelajar sepanjang Program Lonjakan Paradigma Pelajar Navigasi Kejayaan Akademik dan Masa Depan.

Sesi perbincangan berkumpulan memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 SMK Pekan Kuala Penyu bertukar pandangan serta merangka matlamat dan tindakan.

Puan Siti Sheriffah binti Haji Jabar Khan (lima dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan, Encik Hussin bin Alim, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Lawatan Kerja

Kumpulan Yayasan Sabah ke

German-Malaysian Institute (GMI)

Perkukuh Kerjasama Strategik Pendidikan dan TVET Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke German-Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor pada 14 Julai 2026 sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, latihan teknikal dan pembangunan modal insan, khususnya bagi memperluaskan peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada pelajar Sabah. Delegasi Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, Turut serta dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Rafiq Idris, Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), Puan Zaidah Hussain, Pengurus Kanan, Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur dan para pegawai Kumpulan Yayasan Sabah. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh pihak pengurusan GMI dengan persembahan sambut tamu daripada Kelab Borneo GMI. Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan (Akademik & Operasi) GMI, Ts. Fahrul Rizal A. Halim, Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak membincangkan beberapa cadangan kerjasama strategik yang berpotensi memberi impak besar kepada pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran di Sabah. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk memanfaatkan penajaan Yayasan Sabah serta peruntukan MARA yang masih belum digunakan bagi meningkatkan pengambilan pelajar Sabah di GMI. Selain itu, turut dicadangkan pewujudan laluan pengajian yang membolehkan graduan Program Diploma Kreatif GMI melanjutkan pengajian ke Program Ijazah Seni dan Kreatif di University College Sabah Foundation (UCSF). Ketibaan delegasi disambut dengan persembahan sambut tamu oleh Kelab Borneo GMI.

Suasana taklimat dan perbincangan.

Perbincangan turut menyentuh usaha memperluaskan promosi program Mikro-Kredensial dan Pra-Kemahiran (Pre-Skill) GMI kepada kaunselor sekolah di seluruh Sabah bagi meningkatkan kesedaran mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan. Di samping itu, kedua-dua pihak turut membincangkan pelaksanaan promosi program-program GMI di Sabah dengan sokongan Kumpulan Yayasan Sabah berdasarkan model kejayaan inisiatif yang telah dilaksanakan di Sarawak. Sebagai sebahagian daripada lawatan, delegasi Kumpulan Yayasan Sabah dibawa meninjau pelbagai kemudahan pembelajaran dan latihan bertaraf industri yang terdapat di GMI, termasuk Makmal Kejuruteraan Mekanikal, Makmal Komputer dan Teknologi Maklumat, Cyber Battlefield Centre serta Makmal Sistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid. Lawatan ini memberikan pendedahan secara langsung terhadap ekosistem latihan berteknologi tinggi yang menyokong pembangunan tenaga kerja mahir selaras dengan keperluan industri semasa.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Ts. Fahrul Rizal (tengan) menyampaikan taklimat.

Tuan Haji Hanafiah (kanan), berkongsi pandangan dalam perbincangan berkenaan.

Gambar berkumpulan.

Lawatan ke fasiliti pembelajaran di GMI.

22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Lawatan Kerja

Kumpulan Yayasan Sabah ke Universiti Teknologi PETRONAS Perkukuh Hubungan Strategik Pendidikan

Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak pada 15 Julai 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik dalam bidang pengajian tinggi, pembangunan modal insan dan kerjasama akademik demi manfaat pelajar Sabah. Delegasi Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, Turut mengiringi beliau ialah Pengurus Kanan, Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur, Puan Zaidah Hussain, bersama para pegawai Kumpulan Yayasan Sabah. Ketibaan delegasi disambut oleh barisan pengurusan Universiti Teknologi Petronas sebelum diteruskan dengan sesi taklimat dan pembentangan yang disampaikan oleh Encik Sareen Risham, Naib Presiden, Pejabat Kemajuan, Komunikasi Strategik dan Alumni. Taklimat tersebut memberi gambaran menyeluruh mengenai kekuatan UTP sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa, selain memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam pembangunan akademik, penyelidikan, hubungan industri dan pembangunan bakat. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan UTP, di samping meneroka peluang kerjasama yang berpotensi untuk memperluas akses pendidikan berkualiti kepada pelajar Sabah serta meningkatkan pembangunan modal insan yang berdaya saing.

Tuan Haji Hanafiah, diberikan penerangan oleh pegawai dari UTP.

Selain menghadiri sesi perbincangan, Tuan Haji Hanafiah Diman turut berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama beberapa orang pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di UTP. Pertemuan tersebut memberi ruang kepada para pelajar untuk berkongsi pengalaman pembelajaran serta aspirasi mereka, selain mengeratkan hubungan antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan pelajar-pelajar tajaan dan anakanak Sabah yang menuntut di institusi berkenaan.

Delegasi Kumpulan Yayasan Sabah melawat kawasan UTP.

Tuan Haji Hanafiah menyampaikan pandangan dalam sesi perbincangan.

Encik Sareen memberi taklimat dan pembentangan.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah untuk memperluas jaringan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi terkemuka di negara ini. Melalui hubungan strategik ini, Kumpulan Yayasan Sabah berharap dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan, penajaan dan pembangunan bakat kepada generasi muda Sabah, sekaligus melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Suasana taklimat dan pembentangan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


Tuan Haji Hanafiah Diman menandatangani buku pelawat UTP.

Penyampaian cenderahati.

Tuan Haji Hanafiah Diman beramah mesra bersama para pelajar Sabah.

Gambar berkumpulan.

24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Kumpulan Yayasan Sabah perkukuh

Kerjasama Strategik Sabah – Sarawak

dalam Pembangunan Industri Buluh

PKS-YS bersama barisan pengurusan PUSAKA.

Usaha memperkukuh ekosistem industri kraft angan Sabah terus diperkasakan menerusi lawatan kerja Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) bersama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sabah ke Kuching, Sarawak pada 28 hingga 29 Julai 2026. Lawatan kerja selama dua hari tersebut diketuai oleh Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, manakala delegasi Pejabat Pembangunan Sabah diketuai oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Sabah, Datuk Samsul Dollah, bersama pegawai-pegawai yang terlibat. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara Sabah dan Sarawak, khususnya dalam pembangunan sumber bahan mentah buluh, pemindahan pengetahuan serta pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan industri kraftangan yang lebih mampan dan berdaya saing. Memperkukuh Rantaian Bekalan Bahan Mentah Antara fokus utama lawatan adalah untuk meninjau perkembangan persiapan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi penghantaran sebanyak 2,500 bibit buluh ke Sabah. Penghantaran bibit berkenaan merupakan satu langkah signifikan dalam usaha memperkukuh asas bekalan bahan mentah buluh di Sabah secara lebih terancang dan mampan.

Tuan Hajii Hanafiah Diman meneliti sampel bibit buluh dari PUSAKA.

Sehubungan itu, kerjasama antara agensi di kedua-dua negeri dilihat mampu membuka ruang untuk perkongsian kepakaran, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan tanaman buluh, sekaligus menyokong pembangunan rantaian nilai yang lebih menyeluruh.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Lawatan ke tapak penanaman buluh di Hutan Simpan Sabal, di samping sesi tunjuk ajar secara langsung kepada peserta perantisan di tapak.

Pembangunan Modal Insan Melalui Program Perantisan Selain aspek bahan mentah, lawatan turut memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dan modal insan menerusi Program Penanaman Bahan Mentah (PPBM) – Buluh & Rotan. Seramai lima peserta menjalani Program Perantisan di Kawasan Projek Buluh PUSAKA sebagai platform pembelajaran secara langsung yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek penanaman, pengurusan serta pembangunan tanaman buluh. Pendekatan perantisan ini penting dalam membentuk tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan praktikal dan kemahiran teknikal, di samping menyediakan generasi pelapis yang mampu menyumbang kepada kesinambungan industri buluh dan kraf tangan pada masa hadapan. Meninjau Kepakaran Dan Potensi Industri Buluh Sarawak Delegasi turut mengadakan kunjungan ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak, Taman Buluh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Ibu Pejabat PUSAKA serta Tapak Projek Penanaman Buluh di Hutan Simpan Sabal. Kunjungan ke lokasi-lokasi berkenaan memberikan gambaran lebih dekat kepada delegasi mengenai pendekatan pengurusan, penanaman dan pembangunan sumber buluh yang dilaksanakan di Sarawak. Perkongsian pengalaman ini berpotensi menjadi input penting kepada usaha Sabah untuk membangunkan sektor buluh secara lebih sistematik, khususnya dalam aspek penyediaan bahan mentah, pembangunan kapasiti peserta serta penghasilan produk hiliran bernilai tambah.

Lawatan ke MARDI Sarawak bagi mendapatkan pendedahan berkaitan potensi produk hiliran berasaskan buluh, termasuk pengenalan kepada pelbagai produk hiliran yang boleh dihasilkan daripada buluh.

Memperkasa Ekosistem Industri Kraf Tangan ke Arah Kelestarian Bagi Kumpulan Yayasan Sabah, pembangunan industri kraf tangan tidak hanya tertumpu kepada aspek penghasilan dan pemasaran produk, tetapi turut memerlukan ekosistem sokongan yang kukuh dan menyeluruh, bermula daripada penyediaan sumber bahan mentah, pembangunan kemahiran tenaga kerja dan penggalakan inovasi, hinggalah kepada aspek pengeluaran serta perluasan pasaran. Dalam konteks ini, pembangunan tanaman buluh mempunyai nilai strategik kerana potensinya sebagai sumber bahan mentah yang dapat menyokong pelbagai produk kraf tangan dan industri hiliran. Justeru, kerjasama rentas agensi dan rentas negeri seperti yang diterokai menerusi lawatan ini mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan satu rantaian nilai buluh yang lebih bersepadu, daripada penanaman kepada pengeluaran, pembangunan produk dan seterusnya pemasaran. Usaha ini juga selari dengan peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasakan pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui pembangunan kemahiran, keusahawanan serta pengurusan sumber secara berterusan.

26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Lawatan

SK Laputong, Tuaran ke Menara Tun Mustapha Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Laputong, Tuaran pada 9 September 2026. Lawatan tersebut melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, ilmu dan peranan Kumpulan Yayasan Sabah. Sepanjang lawatan, para murid telah berkunjung ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dan Galeri Tun Mustapha, di samping meneroka pelbagai maklumat berkaitan Kumpulan Yayasan Sabah. Lawatan ini turut menjadi platform pembelajaran di luar bilik darjah, memberikan pengalaman serta pengetahuan baharu kepada murid, selain memperkenalkan pelbagai kemudahan, inisiatif dan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada pelajar dan masyarakat umum.

Gambar berkumpulan murid-murid dan para pendidik SK Laputong, Tuaran sempena lawatan ke Menara Tun Mustapha.

Sesi penerangan kepada murid-murid dan para pendidik mengenai Kumpulan Yayasan Sabah.

Murid-murid mendapatkan penerangan mengenai koleksi dan kemudahan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Para murid meneliti bahan pameran di Galeri Tun Mustapha.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


Kunjungan Hormat

PIBKS NEGERI SABAH kepada

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon

KUMPULAN YAYASAN SABAH Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, pada 22 Jun 2026 di Aras 13, Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah. Kunjungan yang diketuai oleh Datuk Haji Mohammad Arif bin Tun Sakaran, selaku Pengerusi PIBKS Negeri Sabah, bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi PIBKS dalam memperkukuhkan pembangunan pendidikan melalui penglibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta. Selain itu, pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk membincangkan hala tuju PIBKS serta meneroka peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif dan program yang berpotensi dilaksanakan bagi menyokong usaha meningkatkan kualiti pendidikan serta pembangunan modal insan di negeri Sabah. Kerjasama erat antara PIBKS dan Kumpulan Yayasan Sabah dilihat mampu memberikan impak positif kepada ekosistem pendidikan melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan, sekaligus membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh demi manfaat pembangunan pendidikan negeri Sabah pada masa hadapan.

Gambar berkumpulan.

Suasana perbincangan bersama Encik Zulkhairi.

28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Mohammad Arif (Kanan) menunjukkan kertas kerja program kepada Encik Zulkhairi.


Kunjungan Hormat

PERBADANAN MUZIUM MELAKA ke MENARA TUN MUSTAPHA KUMPULAN YAYASAN SABAH (Sesi 1 dan Sesi 2)

Perbadanan Muzium Melaka telah mengadakan dua sesi Kunjungan Hormat ke Menara Tun Mustapha, Kumpulan Yayasan Sabah. Sesi pertama yang berlangsung pada 7 Julai 2026 dan sesi kedua pada 13 Julai 2026. Kunjungan ini melibatkan seramai 95 orang peserta bagi keseluruhan sesi, iaitu 49 orang bagi sesi pertama dan 46 orang bagi sesi kedua, sebagai usaha mempererat hubungan kerjasama serta memperluas perkongsian ilmu dalam bidang sejarah, warisan dan penyelidikan. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang beberapa lokasi yang mempunyai nilai sejarah dan pendidikan di Menara Tun Mustapha. Di samping itu, ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk memahami lebih dekat peranan institusi dalam memelihara, mendokumentasikan dan mempromosikan warisan sejarah Sabah. Sepanjang lawatan, pengunjung telah dibawa ke Galeri Tun Mustapha, Galleria Artisan dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Di setiap lokasi, pengunjung diberikan penerangan mengenai koleksi pameran, bahan penyelidikan, dokumentasi sejarah dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi memelihara khazanah warisan negeri. Lawatan ini turut membuka ruang kepada pengunjung untuk bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat secara langsung daripada pegawai yang bertugas. Kedua-dua sesi kunjungan hormat ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Perbadanan Muzium Melaka, di samping menjadi platform yang berkesan untuk memperluas jaringan profesional, memperkasa perkongsian ilmu, serta memupuk minat terhadap penyelidikan, sejarah, dan pemeliharaan warisan negara.

Kunjungan hormat bagi sesi pertama daripada pihak perbadanan muzium Melaka yang diketuai oleh Puan Erne binti Hamsah ke Galeri Tun Mustapha.

Pengunjung dari Perbadanan Muzium Melaka yang melawat Galleria Artisan dan melihat produk batik yang telah dihasilkan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


Lawatan ke Perpustakan Penyelidikan Borneo melihat sebahagian hasil lukisan yang dipamerkan.

Puan Erne menerima cenderahati daripada pihak Galeri Tun Mustapha (tujuh dari kanan) Puan Joan Sibin menyampaikan cenderahati mewakili Galeri Tun Mustapha (lapan dari kanan).

Kunjungan bagi sesi kedua yang diketuai oleh Puan Syahidah.

Penyerahan cenderahati daripada Puan Syahidah Abu Sah.

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Penerangan daripada pegawai Galleria Artisan berkaitan produk batik yang dihasilkan.


Kunjungan Hormat CITY UNIVERSITY MALAYSIA SABAH ke

KUMPULAN YAYASAN SABAH Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi City University Malaysia Sabah yang berlangsung pada 9 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat, Aras 7, Menara Tun Mustapha. Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperluaskan akses pendidikan kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah. Delegasi City University Malaysia Sabah diketuai oleh Encik Mohamad Hafez Rashidi bin Mohd Yusop, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) City Academy dan Ketua Pegawai Operasi (COO) City University Malaysia Sabah (Sabah Regional Centre). Turut hadir ialah Senior Executive (Sabah), Encik Mohd Hilmie bin Lan, Pengurus Program TVET, Encik Cristnorish bin Lianu, dan Pemangku Ketua Akademik (Acting Head of Academic), Puan Yusrimah binti Yusop.

Suasana kunjungan hormat.

Delegasi City Universiti Malaysia Sabah.

Pembentangan oleh Encik Mohamad Hafez

Penyerahan cenderahati daripada Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan Tuan Haji Asman Dulamid kepada Encik Mohamd Hafez Rashidi bin Mohd Yusop.

Sesi kunjungan hormat ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah. Perbincangan turut memfokuskan kepada penyediaan laluan pembelajaran yang lebih fleksibel, peningkatan kelayakan akademik serta pembangunan kemahiran professional selaras dengan keperluan semasa. Selain itu, pihak City University Malaysia Sabah turut memperkenalkan pelbagai program akademik dan latihan yang ditawarkan, termasuk program berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berpotensi meningkatkan kompetensi serta pembangunan kerjaya. Kunjungan hormat ini diharapkan dapat membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara Kumpulan Yayasan Sabah dan City University Malaysia Sabah dalam memperkasa pembangunan modal insane melalui akses pendidikan berkualiti, sekaligus menyokong usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


Kunjungan Hormat

Kings University College ke Kumpulan Yayasan Sabah:

Penawaran Biasiswa Penuh Kejururawatan untuk Pelajar Sabah

Satu sesi lawatan dan kunjungan hormat oleh delegasi Kings University College telah diadakan 15 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat, Aras 13, Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Menara Tun Mustapha. Program ini diselaraskan oleh Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon sebagai platform untuk memperkukuh hubungan strategik dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan. Delegasi Kings University College diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Cik Rachel Rajaratnam, bersama Pengurus Projek, Cik Wan Nur Elani. Sementara itu, Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Encik Midin Haji Asli, dengan disertai barisan pegawai kanan daripada pelbagai bahagian. Objektif utama kunjungan perbincangan ini adalah untuk menawarkan peluang penajaan pendidikan penuh 100 peratus kepada anak-anak jati Sabah bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan di Kings University College, Kuala Lumpur. Pihak Kings University College menyatakan hasrat untuk membuka 10 slot khas kemasukan segera bagi bulan Julai dan Ogos, serta tambahan 30 slot lagi menjelang kemasukan bulan September, khusus disasarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang benar-benar memerlukan di negeri ini. Inisiatif tajaan biasiswa ini merangkumi kos tajaan keseluruhan bernilai RM60,000, penginapan asrama secara percuma, penyediaan pakaian seragam, tiket penerbangan pertama ke Semenanjung Malaysia serta tiket pulang selepas tamat pengajian dan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1000. Lebih menarik lagi, program ini memberikan jaminan pekerjaan selama lima tahun kepada para graduan di bawah naungan IHH Healthcare Group, yang merangkumi rangkaian hospital premium seperti Gleneagles, Hospital Pantai, Prince Court dan Island Hospital. Graduan juga diberikan fleksibiliti untuk memohon penempatan bertugas kembali di Sabah atau Sarawak kelak. Antara syarat kelayakan utama yang ditekankan bagi tajaan ini ialah calon mestilah berumur antara 18 hingga 24 tahun dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian dalam peperiksaan SPM, termasuk subjek wajib lulus iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Melayu. Bagi memastikan misi murni ini mencapai kumpulan sasar terutama di luar bandar, kedua-dua pihak merancang untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada bulan September tahun depan. Di samping itu, perancangan turut dibuat untuk melaksanakan siri jerayawara (roadshow) dan membuka pusat temuduga di peringkat daerah bagi memudahkan proses permohonan.

Sesi taklimat yang disampaikan oleh, Puan Rachel. Sesi soal jawab yang diketuai Encik Midin.

Gambar secara berkumpulan Encik Midin (sembilan dari kanan), Encik Zulkhairi Haji Ismail (sepuluh dari kanan), Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tuan Haji Asman Dulamid (sebelas dari kanan), Puan Rachel (lapan dari kanan) dan barisan pegawai serta kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah. 32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Gambar kenangan bersama delegasi Pejabat Zon Pedalaman Selatan, Beaufort sempena lawatan kerja ke Pejabat Zon Pantai Timur Utara, Sandakan.

Satu sesi lawatan kerja telah diadakan pada 3 Jun 2026 di Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara (Sandakan), sebagai platform untuk mempererat hubungan profesional dan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua zon. Lawatan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kekeluargaan itu dimulakan dengan sesi ucapan alu-aluan oleh wakil kedua-dua zon sebelum diteruskan dengan taklimat pengenalan mengenai operasi, pengurusan dan pelaksanaan program-program Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara dan Zon Pedalaman Selatan. Melalui sesi perkongsian yang diadakan, warga kerja berpeluang bertukar pandangan, pengalaman dan idea bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Program seumpama ini menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan komunikasi dan memperluas pengetahuan berkaitan pengurusan organisasi.

Suasana penuh fokus dan interaktif sepanjang sesi Bengkel Pengurusan Stres bersama Encik Norhasdi bin Hassan yang memberi pendedahan tentang teknik mengurus tekanan serta meningkatkan kesejahteraan diri di tempat kerja Persahabatan boling antara staf Zon Pedalaman Selatan (Beaufort) dan staf Zon Pantai Timur Utara Sandakan, bersama-sama melakar kenangan dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Selain sesi rasmi, warga kerja turut diraikan melalui jamuan makan tengah hari yang menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja di kedua-dua zon. Aktiviti diteruskan pada sebelah petang dengan Tenpin Bowling Persahabatan yang berlangsung di Champ’s Bowl, Bandar Sandakan, dalam suasana ceria dan penuh semangat kesukanan. Majlis kemudiannya disempurnakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang sebagai tanda penghargaan dan kenangkenangan kepada para staf sebelum program berakhir. Diharapkan lawatan kerja ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan dan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara pada masa akan datang.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


Dr. Rutil Taising, pengetua sekolah (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Encik Zulkhairi (tengah) sebagai tanda penghargaan pada akhir program.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pantai Barat Selatan telah berjaya menganjurkan Program Pembangunan Intelek Minda: Siri Jelajah Program Motivasi Pelajar (GASAK SPM 2026). Program pendidikan berskala zon ini telah berlangsung pada 11 Ogos 2026 bertempat di Dewan SMK Pekan Telipok Kota Kinabalu khusus bagi memperkasa persediaan akademik para pelajar di sekitar kawasan Tuaran, Tamparuli dan Kiulu. Inisiatif ini telah menghimpunkan seramai 450 orang pelajar secara keseluruhan. Para peserta yang hadir merupakan wakil daripada empat buah sekolah menengah yang terlibat, iaitu SMK Pekan Telipok, SMK Sri Nangka, SMK Tenghilan dan SMK Tun Fuad Stephens Kiulu. Acara pada hari tersebut bermula seawal jam 6.30 pagi dengan sesi pendaftaran pelajar, sebelum disusuli dengan taklimat pendidikan daripada Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Tumpuan utama program kemudiannya diteruskan dengan dua sesi ceramah motivasi berimpak tinggi yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, iaitu saudara Mohd Akbar bin Kinas (Bro Ak), seorang pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP) Malaysia dan saudara Yusuf Hasni (Ucup).

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mohd Akbar bin Kinas (Bro Ak) sedang menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar.

Majlis perasmian penutupan program telah bermula pada jam 12.20 tengah hari dengan sesi ucapan yang disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail. Beliau hadir bagi mewakili Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Datuk Jasnih bin Haji Daya, Program tersebut melabuhkan tirai sepenuhnya pada jam 1.00 petang sejurus selepas sesi penyampaian cenderahati dan jamuan makan.


Suasana penuh fokus dan interaktif sepanjang sesi Bengkel Pengurusan Stres bersama Encik Norhasdi bin Hassan yang memberi pendedahan tentang teknik mengurus tekanan serta meningkatkan kesejahteraan diri di tempat kerja.

Encik Zulkhairi Ismail ( tiga dari kiri), Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Encik Norhasdi Bin Hassan, Pengurus Great Impact Resources, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau sebagai penceramah Bengkel Pengurusan Stres sempena Bengkel Pemantapan Pengurusan Pejabat Zon Yayasan Sabah di Pejabat Zon Pantai Timur Selatan Tawau.

Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon (KPPZ) dengan kerjasama Bahagian Integriti & Pengukuhan telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengurusan Pejabat Zon Yayasan Sabah Tahun 2026 yang berlangsung pada 1 Julai 2026 di Pejabat Zon Pantai Timur Selatan Tawau. Bengkel ini menghimpunkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Zon Pantai Timur Selatan Tawau, Pejabat KPPZ & Bahagian Integriti dan Pengukuhan. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuhkan kompetensi warga kerja dalam aspek pengurusan diri, meningkatkan kesejahteraan emosi serta membentuk budaya kerja yang lebih positif, produktif dan berintegriti. Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah mengikuti sesi Bengkel Pengurusan Stres yang disampaikan oleh Pengurus Great Impact Resources, Encik Norhasdi Bin Hassan, Melalui penyampaian yang interaktif, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik mengenal pasti punca tekanan di tempat kerja, kaedah mengurus stres secara berkesan serta strategi membina daya tahan mental bagi menghadapi cabaran dalam persekitaran kerja yang semakin dinamik. Selain itu, peserta turut diberi peluang untuk melibatkan

diri dalam aktiviti berkumpulan dan latihan praktikal yang menekankan kepentingan komunikasi berkesan, kerjasama berpasukan serta keseimbangan antara tuntutan kerja dan kesejahteraan diri. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan semangat kerja berpasukan, malah membantu memperkukuhkan hubungan sesama warga kerja. Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Ismail. Dalam ucapan penutup, beliau menekankan kepentingan setiap warga kerja mengamalkan pengurusan stres yang efektif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan profesional. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, penceramah serta semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Penganjuran Bengkel Pemantapan Pengurusan Pejabat Zon Yayasan Sabah Tahun 2026 diharap dapat memberi impak positif kepada semua peserta dalam memperkukuhkan kecekapan pengurusan pejabat, meningkatkan kesejahteraan mental serta menyemarakkan budaya kerja yang cemerlang demi mencapai aspirasi Kumpulan Yayasan Sabah.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


Kumpulan Yayasan Sabah Komited Laksana ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) ISO 37001:2025

Kumpulan Yayasan Sabah menyambut baik saranan Kerajaan Negeri Sabah agar semua agensi membentuk Jawatankuasa Antirasuah secara konsisten dan agresif dalam memantapkan governans, integriti dan antirasuah dalam sektor awam serta memberi penekanan tinggi bagi menangani punca utama kelemahan pentadbiran secara berterusan.

Bahagian Integriti dan Pengukuhan selaku Urus Setia telah merangka beberapa kursus pemantapan ABMS kepada pejabatpejabat yang terlibat pada fasa pertama iaitu Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB), Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ ICSB), serta Bahagian Komunikasi Korporat.

Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah telah meluluskan pelaksanaan ABMS ISO 37001:2025. Sehubungan dengan itu,

TRANSITION WEBINAR

15 Julai 2026 @ Remote Online Training Seramai 25 orang staf yang terlibat terdiri daripada Pejabat Pengarah Yayasan Sabah, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB), Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Pembangunan Pendidikan serta Bahagian Integriti & Pengukuhan. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Nor Liza binti Sadrek, penceramah daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).

Tangkap layar peserta-peserta kursus serta dalam talian.

WORKSHOP DALAMAN

Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memahami tujuan ISO 37001:2025, untuk memberikan kesedaran tentang pertimbangan peralihan bagi organisasi yang mempunyai AMBS dan juga untuk mengenal pasti langkah-langkah asas bagi persediaan peralihan kepada ISO 37001:2025.

15 Julai 2026 @ Remote Online Training Seramai 25 orang staf terlibat dalam ‘workshop’ dalaman ini terdiri daripada staf Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB), Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ ICSB), Bahagian Komunikasi Korporat, serta Bahagian Integriti & Pengukuhan.

Tujuan ‘workshop’ dalaman ini adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah asas bagi persediaan kepada ISO 37001:2025 serta memahami apa yang perlu disediakan untuk mendapatkan AMBS ISO 37001:2025 bagi bahagian-bahagian yang terlibat. Kursus ini dikendalikan oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Integriti & Pengukuhan, Encik Midin bin Haji Asli.

Wakil Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)

Wakil Bahagian Integriti & Pengukuhan

Wakil Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) 36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Wakil Bahagian Komunikasi Korporat


Encik Midin menerangkan mengenai AMBS ISO 37001:2025 secara terperinci.

Interpretations & Implementation Training

27 – 28 Julai 2026 @ Sabah International Convention Centre Seramai 33 orang staf daripada sembilan pejabat menyertai kursus ‘Interpretations & Implementation Training’. Kursus ini bertujuan bagi memahami konsep dan keperluan utama ISO 37001:2025, termasuk dasar anti-rasuah, penilaian risiko dan usaha wajar, melaksanakan ABMS yang berkesan dengan membangunkan dan mengintegrasikan kawalan antirasuah dalam proses organisasi sedia ada, serta memastikan pematuhan dan penambahbaikan berterusan melalui audit dalaman, pemantauan prestasi dan tindakan pembetulan.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Lawrence Chau, penceramah daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH). Turut hadir adalah kumpulan pemerhati yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian yang akan turut serta dalam fasa seterusnya, iaitu Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat, Tuan Haji Budirman bin Haji Daud, Pengurus Kumpulan, Bahagian Audit Dalaman (YS/ ICSB), Hajah Ainahwati Haji Abdul Sani, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tuan Haji Asman bin Dulamid, Pengurus, Pejabat Pengarah Yayasan Sabah, Puan Rodhaizah Izzah binti Abdul Rashid dan Pembantu Eksekutif kepada Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Encik Suhaimi bin Shafieeh.

Encik Lawrence Chau menerangkan mengenai klausa-klausa yang terdapat di dalam buku Standard ABMS.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


Wakil Bahagian Komunikasi Korporat

Wakil Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) Kumpulan pemerhati.

Gambar berkumpulan.

38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Wakil Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

Wakil Bahagian Integriti & Pengukuhan.


KURSUS

Aktiviti ice breaking sebelum kursus bermula.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh peserta kursus.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Integriti & Pengukuhan telah menganjurkan Kursus Dalaman Essential Wellbeing for Administrative Professionals pada 23 hingga 24 Jun 2026 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Kursus selama dua hari ini telah disertai oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan daripada beberapa bahagian dalam Kumpulan Yayasan Sabah. Kursus turut disampaikan oleh Puan Shella Bathumalai penceramah dari VS TRG Consultancy.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi dalam kalangan pegawai dan kakitangan pentadbiran. Selain membantu peserta mengurus tekanan secara berkesan, kursus ini turut member penekanan kepada peningkatan produktiviti dan prestasi kerja, serta keseimbanganan antara tuntutan kerjaya dan kehidupan peribadi. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina daya tahan (resilience), meningkatkan motivasi, serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, positif dan profesional.

Penceramah kursus, Puan Shella Bathumalai, sedang memberikan penerangan kepada para peserta.

Staf Bahagian Integriti & Pengukuhan, Puan Nor Effah Efizah Ag. Chucu, sedang menerangkan tugasan kursus.

Gambar berkumpulan peserta kursus. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


Commemorative photo with the graduates.

University College Sabah Foundation (UCSF) joyfully honoured 416 graduates at its vibrant fourth convocation ceremony on 8 August 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC). The prestigious ceremony was graced by the presence of the Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, who also serves as the Chancellor of UCSF, accompanied by the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, as the Pro-Chancellor of UCSF, and UCSF Vice Chancellor, Associate Professor Datuk Dr. Rafiq bin Idris. A memorable moment of the ceremony was the presentation of the Vice Chancellor Award, celebrating the achievements of outstanding graduates including Sara Dyan George Suresh (Diploma in Visual), Lynette Chong Yee Hfui (Diploma in Accounting), Sebastian Suipin (Diploma in Tourism Management), Crystal Ann Fernandez (Diploma in Screen Arts), Hezzelinda Syazwan Thein (Diploma in Media Studies), Chin Tze Gin (Diploma in Animation), Jaqueenie Johny (Diploma in Hotel Management), Lenley Gary Ambrose (Diploma in Business Management), Fennex Lee Mejeh (Bachelor of Hospitality and Tourism Management (Honours), Mohd Wa’ie Aqwa bin Hussin (Bachelor of Science (Honours) Sustainable Resource Management and Conservation), Isabella May Chin (Bachelor of Business Administration (Hons), and Liew Su San (Bachelor of Accountancy (Honours). Another inspiring highlight was the heartfelt valedictorian speech by Liew Su San, who also received the esteemed Tun Mustapha Award. This honour celebrates a role model who excels academically, radiates positivity, champions green values, and makes a lasting impact throughout their UCSF journey.

41

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (right) and Associate Professor Datuk Dr Rafiq bin Idris presented the scroll and the Vice Chancellor Award to Jaqueenie Johny.

Mohd Wa’ie Aqwa, received his scroll and the Vice Chancellor Award.

Liew Su San, the recipient of the Vice Chancellor Award and Tun Mustapha Award, deliverd her heartfelt valedictorian speech.


Pusat Kraftangan Sabah perkasa

Budaya Sihat, Selamat dan Prihatin di Tempat Kerja

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) terus memperkukuh budaya kerja yang sihat, selamat dan prihatin menerusi pelbagai pengisian di bawah aktiviti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PKS sepanjang tahun 2026. Tiga inisiatif utama yang dilaksanakan merangkumi Program Derma Darah @ PKS, Cabaran 5000 Langkah @ PKS dan Kursus Asas Pertolongan Cemas, yang masing-masing memberi penekanan kepada kesihatan, kecergasan, kesiapsiagaan dan tanggungjawab sosial warga kerja. Program Derma Darah yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Transfusi Darah, Hospital Keningau pada 16 Jun 2026 telah mendapat sambutan daripada warga PKS. Seramai 45 orang warga PKS telah mendaftar, manakala 17 orang berjaya menderma darah. Program ini bukan sahaja membantu menambah bekalan darah bagi keperluan pesakit, malah turut menyemai semangat kesukarelawanan dan memupuk sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PKS dalam memperkasa budaya sihat, selamat dan prihatin di tempat kerja.

Kursus Pertolongan Cemas bersama Hospital Keningau.

Peserta Program Khas Anak Negeri 2026 turut menyertai program derma darah dan sesi pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Pusat Transfusi Darah, Hospital Keningau.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

42


Sementara itu, Cabaran 5,000 Langkah @ PKS pada 30 Jun 2026 mengajak warga PKS bergerak aktif melalui aktiviti berjalan kaki, di samping mengeratkan semangat kekitaan dan membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja. Melengkapkan usaha tersebut, Kursus Asas Pertolongan Cemas pada 2 Julai 2026 dengan kerjasama Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Keningau memberi pendedahan teori dan praktikal kepada 27 orang peserta berkaitan asas pertolongan cemas, termasuk teknik Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR), prinsip pertolongan cemas, pengurusan luka, patah dan balutan, kaedah menangani kes tercekik, pertolongan cemas akibat patukan haiwan atau serangga berbisa serta tindakan ketika strok haba.

Para peserta menyertai aktiviti pemanasan badan sebelum meneruskan Program 5,000 Langkah @ PKS.

Keseluruhannya, pelaksanaan pengisian aktiviti JKKP ini mencerminkan komitmen PKS dalam membentuk warga kerja yang lebih sihat, tangkas, bersedia dan prihatin, sekali gus menyokong pembentukan persekitaran kerja yang selamat, positif dan produktif.

Demonstrasi CPR serta pembelajaran kaedah pengurusan luka dan kecederaan.

43

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Pusat Kraftangan Sabah perkasa Kemahiran Pengkraf Persatuan Wanita Pulau OMADAL (WAPO)

melalui Kursus Pengendalian Mesin Silinder

Usaha memperkasa komuniti melalui pembangunan kemahiran dan produk kraf tangan terus diperkukuh apabila Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) melaksanakan Kursus Jangka Pendek Aplikasi Mesin Silinder bersama Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) pada 28 Julai 2026, bertempat di Bengkel Jahitan Beg, PKS. Kursus ini memberi pendedahan kepada ahli WAPO mengenai kaedah pengendalian dan aplikasi mesin silinder dalam penghasilan produk kraf tangan berasaskan pandan. Peserta turut berpeluang menghasilkan beg tote Pandan dengan tunjuk ajar daripada Pengajar Kraf Jahitan Beg PKS, Puan Lucia Dugging. Lebih bermakna, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pembangunan produk kraf tangan komuniti WAPO, PKS turut menyumbangkan sebuah mesin silinder bagi membantu meningkatkan keupayaan pengeluaran serta memperluaskan penghasilan produk kraf berasaskan pandan. Bantuan peralatan ini diharap dapat dimanfaatkan secara berterusan oleh ahli WAPO untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari, di samping membantu meningkatkan kemasukan, kualiti dan nilai komersial produk kraftangan yang dihasilkan. Pelaksanaan kursus ini mencerminkan pendekatan PKS dalam pembangunan kraf tangan yang tidak hanya tertumpu kepada pemindahan ilmu dan kemahiran, tetapi turut disokong dengan penyediaan peralatan yang sesuai untuk membantu komuniti mengembangkan potensi produk mereka. Usaha ini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan PKS untuk mengangkat kemahiran kraf tangan tempatan daripada warisan kepada sumber ekonomi yang berdaya saing, sambil memastikan komuniti kraf tangan terus mempunyai ruang untuk berkembang, berdikari dan mencipta nilai melalui hasil tangan mereka sendiri.

WAPO bersama Pegawai Operasi PKS, Puan Nina Otie, dan Pengajar Kraf Jahitan Beg PKS, Puan Lucia Dugging, semasa sesi tunjuk ajar mengenai tatacara pengendalian mesin silinder.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

44


45

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Organisasi yang cemerlang dibina berasaskan kepimpinan yang kukuh serta pemikiran strategik yang berkesan. Kepimpinan yang berwibawa bukan sahaja menjadi pemacu kepada kecemerlangan prestasi organisasi, malah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kerja yang positif, memperkukuh kerjasama pasukan serta memastikan setiap keputusan dibuat secara terancang dan berpandukan matlamat yang jelas. Pada masa yang sama, pemikiran strategik membolehkan organisasi mengenal pasti peluang, mengurus cabaran dan risiko dengan lebih berkesan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Dalam konteks pembangunan organisasi, pengukuhan aspek kepimpinan, tadbir urus dan perancangan strategik merupakan asas penting bagi memastikan organisasi terus berdaya saing, berdaya tahan dan mampu mencapai pertumbuhan yang mampan dalam jangka panjang. Barisan Pengurus, Pegawai Bertanggungjawab (OIC) serta pasukan Pengurusan Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah menyertai Corporate Strategic Audit Exercise & Management Workshop 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 10 Jun 2026 di Johor Bahru. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta dalam aspek perancangan strategik, tadbir urus, pengurusan organisasi serta kecemerlangan kepimpinan, selaras dengan usaha memperkasakan keupayaan pengurusan dan meningkatkan prestasi organisasi secara berterusan. Bengkel selama dua hari tersebut dikendalikan oleh Pengarah Urusan Top Foresight Sdn. Bhd., Encik Anthony EL Tan, yang telah berkongsi pelbagai pandangan dan pengetahuan berkaitan pemikiran strategik, tadbir urus organisasi, pengurusan risiko serta kecemerlangan kepimpinan bagi memperkukuh hala tuju syarikat pada masa hadapan. Melalui program ini, BWSB terus komited terhadap usaha penambahbaikan berterusan, amalan tadbir urus yang baik serta pertumbuhan yang mampan. Pelaburan dalam pembangunan modal insan pada hari ini merupakan pelaburan penting untuk membentuk masa depan BWSB yang lebih kukuh dan berdaya saing.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

46


Benta Wawasan Sdn. Bhd. telah mengadakan perlawanan persahabatan Pickleball bersama Kelab Sukan Pickleball Wisma Persekutuan Tawau yang berlangsung pada pada 11 Julai 2026 bertempat di Double Bounce, Jalan Sin Onn, Tawau. Program ini telah dimulakan dengan Majlis Pertukaran Panji-panji sebagai simbol jalinan persahabatan dan semangat kesukanan antara kedua-dua organisasi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Encik Matnoor bin Haji Ismail. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan, gaya hidup sihat dan mengukuhkan jaringan kerjasama melalui aktiviti sukan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemain dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuh melalui lebih banyak program dan aktiviti pada masa akan datang.

47

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Majlis Makan Malam dan Anugerah

Hari Sekuriti Kebangsaan 2026 Majlis Makan Malam & Anugerah Hari Sekuriti Kebangsaan 2026 telah diadakan pada 24 Julai 2026 bertempat di Kuala Lumpur Golf & Country Club Convention Centre (KLGCC). Majlis ini diadakan bagi menghargai peranan warga industri keselamatan, khususnya pengawal keselamatan, yang sentiasa menjaga keselamatan masyarakat, melindungi aset serta memastikan kelancaran operasi organisasi di seluruh negara. Borneo Security Centre Sdn. Bhd. (BSCSB), anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah yang juga berdaftar dengan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) diwakili oleh Pengurus Besar BSCSB, Puan Norjie Busu, bersama dua orang staf BSCSB.

Puan Norjie (dua dari kiri) bersama-sama dengan Penolong Pegawai Pentadbiran BSCSB, Puan Nur Amira binti Rosman (dua dari kanan), Kerani Pentadbiran BSCSB, Puan Nur Syafiqah (kanan) dan staf pejabat Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur, Encik Azizi Mohamed (kiri).

Gambar bersama barisan Pengurusan syarikat keselamatan yang lain.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

48


Majlis

Tamat Latihan Program Latihan Certified Security Guard (CSG) Bil.8, Siri 16/2026 21 Ogos 2026

Antara staf yang telah tamat latihan.

Pengurus Besar, Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Puan Norjie bersama para peserta.

Bil. 9, Siri 17/2026 11 September 2026

Antara staf BSCSB yang telah tamat latihan.

Gambar berkumpulan.

49

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Sesi Ceramah

Bagi Latihan CSG Bil. 9, Siri 17/2026 7 September 2026 Bilik Kuliah, Pulapol Kota Kinabalu 144 orang peserta Sesi ceramah pengenalan mengenai Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Puan Norjie Busu. Seramai 144 orang peserta terdiri daripada 125 orang peserta dan 19 orang perempuan menyertai program tersebut.

Antara peserta yang hadir.

Puan Norjie memberikan ceramah kepada peserta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

50


Seramai 40 orang peserta daripada enam buah syarikat keselamatan Sabah iaitu Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Armada Secure Force Sdn. Bhd., Global Blu Sdn. Bhd., Mega Safe Security Services Sdn. Bhd., dan Securido Guard Services Sdn. Bhd., yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Zon Sabah 2026 serta agensi jemputan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu menyertai Tenpin Boling Muhibah PKIM yang diadakan pada 18 Julai 2026 bertempat di KK Galaxy Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah bagi meningkatkan semangat persahabatan, perpaduan, keharmonian dan hubungan baik antara syarikat-syarikat keselamatan swasta di negeri Sabah dengan PULAPOL Sabah. Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, memupuk semangat setiakawan serta meningkatkan persefahaman dan komunikasi antara semua pihak dalam usaha mewujudkan hubungan yang lebih erat, harmoni dan saling menyokong.

51

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Aksi-aksi para peserta.

Pengurus Besar, Borneo Security Centre Sdn. Bhd. yang juga merangkap Pengerusi Negeri Sesi 2025/2027 PKIM Zon Sabah, Puan Norjie Busu menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil syarikat keselamtan dan juga PULAPOL yang terlibat menjayakan program.

Gambar berkumpulan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

52


ZON PEDALAMAN SELATAN PROGRAM INTELEK MINDA PROGRAM PENCEGAHAN BULI DAN SEKSUAL 2026 MEMPERKASA KESEDARAN JENAYAH

Pejabat Zon Pedalaman Selatan menganjurkan Program Kesedaran Jenayah Dalam Kalangan Murid: Kesalahan Buli dan Seksual di SK Sangkabok, Menumbok pada 30 Jun 2026 bagi meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya buli, gangguan seksual dan jenayah juvana serta langkah pencegahannya.

Sesi soal jawab bersama peserta.

Gambar berkumpulan.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SPM 2026 “PERCAYA DIRI CAPAI KEJAYAAN” Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan telah melaksanakan Program Intelek Minda pada 7 Julai 2026 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan, Papar. Program ini telah disertai oleh seramai 190 orang pelajar dari SMK Bongawan.

Penceramah jemputan iaitu Encik Norhasdi bin Hassan sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 SMK Bongawan.

Sesi taklimat dan pameran turut diadakan oleh pihak Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Yayasan Sabah (UCSF) pada program tersebut.

Ketua Pentadbir Zon, ZPBS Puan Siti Shariffah Binti Haji Jabar Khan menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mohd Lofti Ibtahin, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Papar. 53

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Gambar berkumpulan.


PROGRAM LONJAKAN PARADIGMA PELAJAR NAVIGASI KEJAYAAN AKADEMIK DAN MASA DEPAN Pejabat Pedalaman Selatan telah melaksanakan Program Intelek Minda pada 9 Julai 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Penyu. Program ini telah disertai oleh seramai 148 orang pelajar daripada SMK Kuala Penyu.

Program ini dibahagikan kepada dua slot, iaitu slot ceramah dan slot aktiviti berkumpulan kendalian Pakar Motivasi Pelajar, Dr. Hajah Ananglangka binti Mad Kassim.

PROGRAM LONJAKAN PARADIGMA PELAJAR NAVIGASI KEJAYAAN AKADEMIK DAN MASA DEPAN

Pejabat Zon Pedalaman Selatan telah melaksanakan Program Intelek Minda pada 14 Julai 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tahak, Membakut. Program ini telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar daripada SK. Tahak, Membakut.

Sesi ceramah disampaikan oleh Puan Rosmanuri binti Sale.

Sesi ceramah disampaikan oleh Mohd Suhairin bin Saidi.

Penutup program ini disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Tuan Mohd Nizam bin Awang Maslien (keenam dari kanan). Turut hadir, Ketua Pentadbir Zon, Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah binti Hj. Jabar Khan (empat dari kiri) dan Guru Besar Sk. Tahak, Membakut, Puan Thien Ai Leng (Empat dari kanan). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

54


ZON PANTAI BARAT UTARA PROGRAM SOSIO BUDAYA Program Penjagaan Kesihatan 9 Jun 2026 @ Dewan Kg. Siasai Tamu, Kota Belud Progam ini telah dihadiri seramai 39 orang peserta yang merupakan penduduk setempat. Taklimat kesihatan telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud, Dr. Nur Aina Aliza binti Mohd Zain. Objektif utama penganjuran program ini adalah memberikan pendedahan dan menggalakkan msyarakat setempat mengenai penjagaan kesihatan.

Staf pejabat ZPBU membuat saringan kesihatan.

Antara penduduk setempat yang mengambil bahagian dalam saringan kesihatan.

Penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kota Belud.

Program Gotong-Royong Membersih Kawasan Masjid 20 Jun 2026 @ Masjid Jamek Kg. Telaga, Pitas Pejabat Zon Pantai Barat Utara bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Telaga untuk membersihkan perkarangan masjid bersama penduduk setempat. Aktiviti ini diadakan bagi mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat setempat selain sebagai satu usaha pejabat ZPBU untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk Kg. Telaga. Seramai 55 orang penduduk kampung telah bersama-sama menjayakan aktviti ini.

Gambar berkumpulan bersama penduduk kampung.

Para penduduk kampung membaiki perkarangan masjid.

Sesi mengecat dinding masjid.

55

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Bengkel Asas Sulaman Baju Tradisional 28 Jun 2026 @ Pusat Rukun Tetangga Taman Rekreasi Sawit Simpang Tiga Puka, Kota Marudu Taklimat bengkel telah disampaikan oleh seorang pengusaha kraf tempatan, Puan Jaimain binti Dalinsi kepada 25 orang peserta. Bengkel ini telah dianjurkan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rekreasi Simpang Tiga Puka. Penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai sejarah dan keunikan sulaman tradisional etnik Tobilung. Selain itu, objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memelihara dan menghidupkan kembali seni warisan etnik tersebut. Para peserta juga didedahkan kepada kemahiran menghasilkan produk sulaman asas.

Puan Jaimain menyampaikan taklimat.

Para peserta mula menyulam pada kain masing-masing. Puan Jaimain (kiri) menunjukkan cara menyulam kepada salah seorang peserta.

PROGRAM SOSIO EKONOMI Kursus Asas Terapi Refleksologi 11 Jun 2026 @ Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat Pejabat Zon Pantai Barat Utara dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional menganjurkan kursus ini sebagai usaha memberikan pengetahuan dan kemahiran mengenai teknik refleksologi yang betul. Penganjuran kursus ini juga bertujuan untuk menggalakkan para peserta menjadikan refleksologi sebagai perniagaan perkhidmatan. Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh Encik Muhd Nur Abdullah @ Maluting Sagindol iaitu seorang pegawai daripada D’Masa Training kepada 25 orang peserta.

Pendaftaran para peserta.

Encik Muhd Nur Abdullah (dua dari kanan) menunjukkan gaya tangan yang betul untuk menekan titik pada tapak kaki.

Penyampaian sijil penghargaan daripada pejabat ZPBU yang disampaikan oleh Encik Adman Samad (tiga dari kanan) kepada Encik Muhd Nur Abdullah (dua dari kiri).

Bengkel Content Creator 25 Jun 2026 @ Dewan Kg. Kalangkaman, Banggi Bengkel ini telah disertai oleh 25 orang penduduk kampung setempat. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang kaedah menggunakan media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan WhatsApp sebagai platform berniaga. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Chee Bee Kit.

Taklimat daripada penyelaras program, Encik Mohd Noor bin Ag. Kassim.

Encik Chee Bee Kit (berdiri) menyampaikan taklimat dan menunjukkan cara untuk mengakses media sosial.

Gambar berkumpulan bersama para peserta. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

56


Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram 7 Julai 2026 @ Perkarangan Surau Nurul Iman Kg. Bak-Bak, Kudat Kursus ini dihadiri 32 orang peserta yang terdiri daripada pendududk kampung setempat. Taklimat telah disampaikan oleh pengusaha cendawan tiram tempatan, Encik Jambal bin Gangau. Penganjuran program kali ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kudat. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan secara teori dan kemahiran dalam penyediaan bongkah serta kaedah penjagaan bagi menghasilkan hasil yang berkualiti. Selain itu, kursus ini juga merupakan dorongan untuk melahirkan usahawan yang mahir dalam teknologi pertanian, pemasaran dan pengurusan tanaman sebagai sumber menjana pendapatan.

Encik Jambal (tiga dari kiri) menyampaikan taklimat kepada para peserta dan menunjukkan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk menanam cendawan tiram.

Para peserta memasukkan campuran tanah ke dalam bekas sebagai persediaan untuk proses penanaman.

Penyusunan botol dalam ayngakan digunakan untuk menanam cendawan tiram.

Kursus Anyaman Bakul 16 Julai 2026 @ Dewan Inspirasi Wanita Kesagaan, Pitas Kursus dijayakan dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Wanita Kesagaan Pitas, dengan kehadiran seramai 28 orang peserta. Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh pengusaha tempatan, Puan Jusma @ Limau binti Ondong. Penganjuran kursus ini adalah untuk membimbing para peserta menggunakan teknik anyaman bakul berasaskan tali plastik sebagai produk kraf tangan yang boleh dikomersialkan.

Puan Jusma (dua dari kiri) memberikan penerangan mengenai bakul kepada Encik Adman.

Para peserta mula menganyam bakul plastik masing-masing.

Gambar kenangan bersama para peserta.

Kursus Pengukuhan Ekonomi Produk Berasaskan Buah Tempatan (Nanas) 21 Julai 2026 @ Balai Raya Kg. Marak Parak, Kota Marudu Kursus ini telah disampaikan oleh Pengurus, Berjaya Smart iaitu salah salah satu pengusaha tempatan, Puan Arinah Onjingkil @ Peter. Pejabat ZPBU menjayakan kursus ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Marak-Parak, Kota Marudu. Seramai 25 orang peserta menyertai kursus ini. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas penghasilan produk kepada peserta di samping menyantuni komuniti pertanian.

Puan Arianah (kiri) memberikan taklimat tentang persediaan bahan dan peralatan yang diperlukan kepada para peserta. 57

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Arianah menunjukkan cara menyediakan nanas sebelum dimasak.

Para peserta memasak jem berasaskan nanas.


Kursus Homemade Komuniti Pembuatan Sambal Tuhau Ikan Liking 22 Julai 2026 @ DE Normah Café, Matunggong Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah dibimbing oleh Puan Arinah Ojingkil @ Peter yang merupakan Pengurus, Smart Berjaya. Penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran mengenai teknik penyediaan Sambal Tuhau Ikan Liking dengan betul dan berkualiti. Selain itu, kursus ini juga akan membantu para peserta memasarkan produk homemade.

Para peserta menumis bahan kisaran sambal. Puan Arinah (tiga dari kiri) menunjukkan cara memotong ikan liking mengikut saiz yang bersesuaian.

Puan Arinah (tiga dari kiri) menunjukkan penyediaan tuhau kepada para peserta.

Skim Bantuan Khas Menengah Yayasan Sabah 9-11 Jun 2026 & 18 Jun 2026 @ Kota Marudu

SMK Kota Marudu

SMK Salaping

SMK Bandau

SMK Langkon

SMK Tandek II

SMK Bengkongan

SMK Tandek

SMK Magandai (K9) BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

58


Skim Bantuan Khas Menengah Yayasan Sabah 18-19 Jun 2026 @ Pitas

SMK Telaga.

SMK Pinggan-Pinggan.

SMK Pitas.

SMK Bongkol.

SMK Kanibungan.

SMK Pitas II.

Skim Bantuan Khas Menengah Yayasan Sabah 23 Jun 2026 @ Matunggong

SMK Matunggong.

59

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SMK Pinawantai.


SMK Sikuati.

SMK Sikuati II.

Skim Bantuan Khas Menengah Yayasan Sabah 24 Jun 2026 @ Banggi

Skim Bantuan Khas Menengah Yayasan Sabah 1-2 Julai 2026 @ Kudat

SMK Kudat.

SMK Banggi.

SMK Kudat II.

SMK Abdul Rahim II.

SMK Abdul Rahim.

SMK ST. Peter.

SMJK Lok Yuk.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

60


Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan Piala Pengarah kepada Nurul Ashikeen selaku ketua pasukan.

Kejohanan Tenpin Boling Piala Pengarah Yayasan Sabah anjuran Komuniti Ibu Bapa Guru, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (KIBG BPKK) telah diadakan pada 25 Julai 2026 bertempat di Galaxy Bowl, Kota Kinabalu disertai hampir 100 orang peserta staf Kumpulan Yayasan Sabah termasuk dari ibu pejabat, anak-anak syarikat, wilayah, zon, cawangan Kuala Lumpur & Ibu Bapa Guru, diadakan seiring semangat kebersamaan genap 60 tahun Yayasan Sabah pada tahun ini. Pengarah Yayasan Sabah, YB Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, hadir beramah mesra bersama para peserta & seterusnya menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah. Terlebih dahulu acara Balingan Perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, diiringi Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, Datuk Joshua Ho, Team One terdiri

EDITORIAL PENASIHAT Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL Izan binti Awang Razli Mohd Redzuan bin Mohamad Zin Zaidi Abdul Rahman Mazeilla Mahali SUMBANGAN RENCANA Staf Bahagian Komunikasi Korporat Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Staf Pusat Kraftangan Sabah

Puan Nurul Ashikeen Salehuddin, Puan Norjie Busu, Encik Zaim Zhafran & Encik Asri Nasif menjulang Piala Pengarah Yayasan Sabah selaku Johan Berpasukan dan muncul pemain terbaik di kategori masing-masing, manakala Team Three terdiri dari Encik Syisy May, Puan Ramsina Hansaram, Encik Yunis Sandadar & Puan Sofea Walter muncul Naib Johan. Pemain Terbaik Wanita Keseluruhan dimenangi oleh Puan Nurul Ashikeen manakala Pemain Terbaik Lelaki Keseluruhan dimenangi oleh Mohd Redzuan Mohamad Zin.

Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. Zon Pantai Barat Utara Zon Pantai Barat Selatan Zon Pedalaman Utara Zon Pedalaman Selatan Zon Pantai Timur Utara REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Muhammad Fahmi Abdul Alim Hannah Hidayati Zainudin

Tuan Haji Hanafiah menyempurnakan acara perasmian kejohanan sambil disaksikan oleh YBhg. Datuk Joshua Ho.

Azli bin Mohd. Abu Bakar Junior Juryzam bin Jumat Zairulazrin Delin Muhammad Syahmi bin Sulaiman Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak Staf Pusat Kraftangan Sabah Zon Pantai Barat Utara Zon Pantai Barat Selatan Zon Pedalaman Utara Zon Pedalaman Selatan Zon Pantai Timur Utara

JURUGAMBAR Samson Lawrence Mazlan bin Haruddin Shazwi Izzry bin Anwar

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
BKYS.VOL.3.2026 by Yayasan Sabah Group - Issuu