BKYS.VOL.2.2022 FINAL

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH April - Jun 2022

TPNS

Peluang Tajaan Untuk Semua

Jilid 2/2022


ramai ANAK SABAH melanjutkan pengajian TPNS bantu lebih ke PERINGKAT LEBIH TINGGI Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 2 Jun 2022 yang melibatkan kutipan dana berjumlah RM54.5 juta.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji berkata penubuhan TPNS merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015 – 2023. Inisiatif yang bertemakan “Peluang Tajaan Untuk Semua” ini akan dijadikan landasan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang ke institusi pengajian tinggi. Dalam ucapannya beliau menyatakan usaha berkenaan selaras dengan salah satu teras hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat. “Jika kita dapat membantu lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, ini akan memperkasakan lagi kualiti pendidikan di negeri ini yang merupakan salah satu teras pembangunan modal insan. Hasilnya, anak-anak muda ini akan membantu menggiatkan sektor ekonomi seperti yang terkandung dalam hala tuju SMJ,” ujar Datuk Seri Panglima Haji Hajiji. Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 9 Disember 2021 meluluskan usul sebulat suara Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021, yang memperuntukkan dana untuk pendidikan di Sabah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Menteri-menteri kabinet dan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah / Pengerusi Eksekutif ICSB (kanan) beramah mesra bersama sebahagian daripada pelajar sekolah menengah yang hadir pada majlis tersebut.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menandatangani gimik pelancaran sebagai simbolik pelancaran TPNS.

Datuk Haji Rusdin @ Musidi Riman (dua dari kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah menyampaikan cek replika sumbangan Kerajaan Negeri Sabah kepada Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid (kiri), Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) menyampaikan cek replika sumbangan BWSB.


Enakmen tersebut berkuatkuasa pada 1 Januari 2022. Para penderma akan mendapat pelepasan cukai selaras dengan subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. “Semua sumbangan dana TPNS akan disalurkan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah melalui Bendahari Negeri bagi mendapatkan seratus peratus pelepasan cukai. Dana ini kemudiannya akan disalurkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah bagi proses penajaan kepada para pelajar yang layak,” tambah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Haji Mohd. Arif, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS. Jawatankuasa Pelaksana memainkan peranan penting dalam memastikan dasar dan garis panduan tajaan TPNS dilaksanakan selaras dengan objektif penubuhan tabung berkenaan.

Tuan Haji Mohd. Daud Tampokong (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad (SSB) menyampaikan cek replika sumbangan SSB.

Datuk Haji Majin Haji Ajing (tiga dari kiri), Pengerusi Innoprise Plantations Berhad (IPB) menyampaikan cek replika sumbangan IPB.

Penghargaan juga dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Benta Wawasan Sdn. Bhd., Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantations Berhad, Yayasan Lau Gek Poh, Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. dan Usahawan Borneo Group atas sumbangan yang telah merealisasikan pelancaran TPNS.

Datuk Simon Shim Kong Yip (tiga dari kiri), Pengarah, Yayasan Lau Gek Poh (LGP) menyampaikan cek replika sumbangan LGP.

Ujar Datuk Seri Panglima Haji Hajiji lagi, TPNS memerlukan sumbangan daripada badan-badan korporat, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat-syarikat antarabangsa, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan para individu di samping hasil aktiviti amal demi mempastikan kemapanan dana pusingan tersebut.

Encik Johnson Wong (tiga dari kiri), Pengarah Usahawan Borneo Group (UBG) menyampaikan cek replika sumbangan UBG.

Encik Lau Joo Yong (dua dari kiri), Pengurus Pembangunan Perniagaan, Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. (IKSB) menyampaikan cek replika sumbangan IKSB. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


Majlis

Sambutan Nuzul Al-Quran & Berbuka Puasa Mahasiswa-Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi bersama Ketua Menteri Sabah Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa MahasiswaMahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bersama Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor pada 18 April 2022 telah dihadiri oleh seramai lebih daripada 1,000 orang mahasiswamahasiswi Sabah dari pelbagai IPT di Semenanjung Malaysia. Dalam majlis tersebut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah melalui

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang mahasiswa.

Kumpulan Yayasan Sabah telah meluluskan penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah mendapatkan bantuan kewangan. “Penubuhan TPNS ini sejajar dengan usaha untuk membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Sabah dan saya berharap lebih banyak sumbangan daripada badan-badan korporat dapat disalurkan kepada anak-anak Sabah yang berjaya masuk ke IPT melalui TPNS,” jelas beliau dengan penuh harapan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji disambut oleh para pelajar sejurus ketibaan beliau di SCCC.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menunaikan solat tarawih berjemaah bersama hadirin.

4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Dalam majlis yang sama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut mengumumkan Persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) dan penubuhan sekretariat khas bagi memayungi semua persatuan pelajar Sabah di Semenanjung Malaysia yang akan diletakkan di bawah kendalian Menteri Tugas-Tugas Khas di Kota Kinabalu. Persidangan itu berlangsung pada 25 Mei 2022 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tengah), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kiri), Datuk Haji Kadzim (tiga dari kiri) dan Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar (tiga dari kanan), Datuk Sam (dua dari kanan), wakil mahasiswa Cik Nurul Farhani binti Abdullah (kanan) dan Encik Mohd. Shamir bin Abdul Jalil (kiri) berbuka puasa bersama mahasiswa-mahasiswi Sabah di Semenanjung Malaysia.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, tSetiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyampaikan amanat kepada para hadirin.

Para hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia yang menggelar diri mereka The 6ix. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Mahasiswa-Mahasiswi Berpeluang Berinteraksi

Bersama Pemimpin Majlis berbuka puasa mahasiswa-mahasiswi kali ini lebih bermakna kepada para pelajar kerana dapat bertemu dan seterusnya dapat bertukar-bertukar idea dengan rakan-rakan dari institusi pengajian tinggi yang lain. Mereka juga sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk beramah mesra dengan lebih dekat bersama pimpinan Kerajaan Negeri Sabah. Kali pertama dianjurkan pada tahun 2006, acara ini merupakan acara tetap dalam kalendar tahunan Kumpulan Yayasan Sabah bagi mewujudkan ruang bagi para mahasiswa yang menuntut di Semenanjung Malaysia menyambut Ramadan bersama-sama. Acara tahun ini merupakan acara paling dinantikan oleh mahasiswa Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia sejak dua tahun penularan wabak COVID-19. Dalam pada itu, beberapa orang mahasiswa yang hadir di majlis tersebut sempat ditemu ramah. Antaranya ialah Anelka John Koshy, 22, berasal dari Kota Kinabalu dan menuntut di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. “Majlis berbuka puasa ini merupakan inisiatif yang baik dari Kumpulan Yayasan Sabah kerana jelas dapat memperlihatkan sebuah penyatuan yang utuh dalam kalangan pemimpin negeri terhadap mahasiswa Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia,” katanya. Menurutnya lagi, selain mampu menerapkan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan pelajar Sabah, program ini turut memberi impak dalam perkenalan dan jalinan mesra antara mahasiswa walaupun berada jauh di perantuan.

Anelka John Koshy (UTHM)

“Program ini memberi ruang kepada para mahasiswa bersemuka dengan pemimpin yang akan menjadi inspirasi untuk terus berjaya dan cemerlang. Saya menyokong penuh usaha untuk meneruskan program yang berimpak tinggi sebegini kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh,” tambah beliau. Anelka juga berharap agar generasi akan datang berpeluang menyertai program berbuka puasa ini kelak. Salah satu cadangan penambahbaikan beliau ialah untuk menambah kuota kepada setiap institusi pengajian tinggi untuk menghadiri majlis ini dan juga agar Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program ini mengikut zon bagi membuka peluang kepada lebih ramai mahasiswa untuk menyertainya.

Seterusnya ialah seorang mahasiswa berasal dari Papar, Datu Hishamuddin bin Datu Hasim, 23, yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Undang-Undang. “Terdapat pelbagai manfaat yang mampu dicapai terutama sekali dari aspek kesatuan, keterlibatan dan keprihatinan,” ujar beliau. “Kesatuan antara mahasiswa Sabah di Semenanjung Malaysia dapat dicapai apabila mahasiswa dari pelbagai universiti berkumpul di bawah satu bumbung, melaksanakan pelbagai aktiviti bersama dan dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain. Program ini juga membentuk satu sense of belonging terhadap komuniti mahasiswa Sabah di samping dapat mengubat rasa rindu terhadap sambutan Ramadan di negeri Sabah,” demikian menurut beliau lagi.

Datu Hishamuddin bin Datu Hasim (UKM)

Beliau berpendapat keterlibatan pula dapat dilihat apabila pemimpin dan mahasiswa dapat merapatkan jurang antara satu sama lain dengan kehadiran pemimpin negeri ke program ini. Pemimpin dapat mendalami dan mendengar sendiri segala luahan daripada mahasiswa yang berada di perantauan. Selain itu, perkara lain berkaitan negeri Sabah dari perspektif mahasiswa juga dapat didengar oleh pemimpin. Ini jelas memperlihatkan wujud keterlibatan pemimpin mahasiswa melalui program sebegini.

Nilai keprihatinan pula dapat dicapai melalui program ini melibatkan ramai mahasiswa. Juadah berbuka puasa dan duit raya yang diberikan membuktikan Kerajaan Negeri Sabah prihatin dengan keadaan mahasiswa semasa bulan Ramadan. Apatah lagi ramai mahasiswa tidak mampu kembali ke kampung halaman atas kekangan kewangan. Tambahnya lagi, “Ketiga-tiga aspek dan nilai ini dapat dicapai melalui program ini. Jelas sekali, penganjuran secara tahunan dapat memberi impak yang baik kepada pelbagai pihak. Melihat kepada impak yang boleh dicapai, saya berpendapat program ini perlu dijadikan acara tahunan.”

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Seorang lagi mahasiswi yang terlibat ialah Aurelian Ligunee Jetony, 22, berasal dari Kampung Duvanson, Putatan merupakan pelajar tahun tiga jurusan Geosains Marin di Universiti Malaysia Terengganu. Aurelian juga merupakan Presiden Kelab Kebudayaan Mahasiswa-Mahasiswi Sabah (KEMASIS) bagi sesi 2021/2022. Aurelian berpendapat program ini membolehkan mahasiswa Sabah untuk berkumpul dan berkenalan serta dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar. Menurut Aurelian lagi, program ini patut diteruskan kerana ianya membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pemimpin dengan lebih mudah. Program ini juga menunjukkan keprihatinan pemimpin kita terhadap mahasiswa di Semenanjung Malaysia dan jauh dari keluarga.

Aurelian Ligunee Jetony

(UMT)

Dari segi penganjuran, Kumpulan Yayasan Sabah mungkin boleh membuat satu sesi pendek di mana wakil-wakil mahasiswa dari setiap universiti boleh berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mahasiswa Sabah di universiti masing-masing atau bertanya soalan kepada pemimpin negeri Sabah. Ruang berkenaan boleh menjadi satu platform khusus yang membolehkan para mahasiswa untuk berinteraksi dengan para pemimpin secara bersemuka.

Mohammad Firdaus bin Garasia, 22, merupakan anak jati Sandakan. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini bersekolah di SMK Datuk Pengiran Galpam, Sandakan dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Kini , beliau sedang menyambung pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Perlis. Firdaus berpandangan, program seperti ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Kumpulan Yayasan Sabah, terutamanya bagi mahasiswa IPT Sabah di Semenanjung Malaysia. “Program ini bukan sahaja dapat menghimpunkan mahasiswa dari Sabah, malah ianya dapat memberi peluang kepada mahasiswa IPT untuk saling bertukar idea antara IPT masingmasing. Hal ini dapat memberi impak yang positif dalam aktiviti persatuan bagi anak negeri Sabah di IPT masing-masing,” jelas beliau.

Mohammad Firdaus bin Garasia (UniMAP)

“Program ini patut diteruskan kerana dapat mendekatkan yang jauh dan dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk bergiat aktif dalam kegiatan kelab masing-masing. Bukan itu sahaja, pelajar yang mengikuti program ini dapat beramah mesra dengan pemimpin negeri. Hal ini tentunya dapat membantu pelajar untuk mengambil tahu akan pentadbiran di negeri Sabah,” kata beliau dengan penuh semangat. Seorang mahasiswi yang sempat ditemuramah ialah Rahmah binti Nordin, 23, yang berasal dari Tuaran. Beliau merupakan Presiden Sekretariat Mahasiswa Anak Sabah Sarawak (SMASS) Universiti Malaysia Pahang. Rahmah berpendapat, program berbuka puasa ini akan sentiasa memberikan senyuman kepada mahasiswa Sabah di Semenanjung Malaysia yang jauh daripada keluarga di Sabah. Mahasiswa bukan sahaja dapat berbuka bersama pemimpin tetapi juga dengan rakan-rakan daripada universiti lain. Selain itu, beliau berasa bangga dengan Kumpulan Yayasan Sabah kerana berjaya membuat program sebegini yang mengumpulkan mahasiswa Sabah dari pelbagai universiti awam dan swasta. Rahmah binti Nordin (UMP)

Bagi Rahmah, bukan mudah untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negeri. Namun, program ini dapat membuka ruang untuk berjumpa, bertanya dan mengenali para pemimpin negeri Sabah.

Seterusnya, Rolende Prem S. Shandu, 22, yang berasal dari Beaufort sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berada dalam tahun ketiga pengajian. “Program berbuka puasa ini adalah satu program yang sangat baik kerana dapat mengumpul ramai mahasiswa Sabah yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia di dalam satu tempat. Selain itu, perjumpaan dengan Ketua Menteri juga memberikan kami semangat kerana mengetahui beliau sudi untuk berjumpa dengan kami dan meluang masa bersama-sama,” jelas beliau dengan penuh semangat. Selain daripada menyemai rasa hormat kepada pemimpin dalam program ini, ia juga memberikan mereka semangat untuk berbakti dan berjasa kepada negeri Sabah suatu masa nanti.

Rolende Prem S. Shandu (UPSI)

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan replika sumbangan kuih muih Aidilfitri kepada Datuk Seri Hajiji.

KUMPULAN YAYASAN SABAH

MENYUMBANG KUIH-MUIH AIDILFITRI Kumpulan Yayasan Sabah merupakan antara penyumbang kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Sumbangan terdiri daripada 24 buah kotak yang berisi kuih-muih Aidilfitiri dan 12 hamper makanan. Majlis diadakan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada 13 April 2022. Sebanyak 27 penyumbang terlibat iaitu Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Mutiara GRS, PUSPANITA cawangan Sabah, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Kementerian Pertanian dan Perikanan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Kumpulan Yayasan Sabah, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., Suria Capital Holdings Berhad, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Qhazanah Sabah Berhad,

8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Angkatan Hebat Sdn. Bhd., Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Kumpulan Sawit Kinabalu, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd., SESWANIS dan BALKIS. Manakala penerima sumbangan pula ialah Markas Pemerintahan Armada Timur, Polis Diraja Malaysia, Divisyen Kelima Infrantri, Tentera Udara Diraja Malaysia, Angkatan Tugas Bersama 2, ESSCOM, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar menzahirkan rasa syukur dalam penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah sebagai penyumbang kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan.


Program Ceramah sempena

Bulan Ramadan 1443H

Bersempena dengan bulan Ramadan, Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) menganjurkan program ceramah sepanjang bulan Ramadan 1443H. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sempena bulan Ramadan. Pada tahun ini program tersebut diadakan pada 14 dan 28 April 2022. Sesi ini bertujuan untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadan serta memperkukuh kefahaman mengenai agama Islam.

Sesi ceramah pada 14 April 2022 disampaikan oleh Ustaz Mohd. Anuar Ali.

Sesi ceramah pada 14 April 2022 disampaikan oleh Ustaz Mohd. Anuar Ali yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Islam Sabah (PISA) dan juga Pengerusi Koperasi Muslimin Malaysia cawangan Sabah. Manakala, sesi ceramah pada 28 April 2022 disampaikan oleh Ustaz Ismail Mahadi yang merupakan Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Bahrul Ulum, Inanam.

Sesi ceramah pada 28 April 2022 disampaikan oleh Ustaz Ismail Mahadi.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


ZON PANTAI BARAT UTARA Pada 12 April 2022, Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid Al-Asdi, Kg. Tawadakan, Kota Belud. Program ini menyaksikan kehadiran seramai 100 orang dari sekitar Kg. Kawasan Tawadakan. Pada majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Asdi yang telah disampaikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah.

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Hanafiah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pemimpin Kemajuan Masyarakat N.8 Pintasan, Encik Husaini Masli sambil disaksikan oleh Tuan Haji Jamri bin Asoi, Pengerusi Masjid Al-Asdi (dua dari kiri).

TUAN HAJI JAMRI BIN ASOI Pengerusi Masjid Al-Asdi, Kg. Tawadakan, Kota Belud

Masyarakat Kg. Tawadakan berbuka puasa bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah.

“Saya bagi pihak penduduk Kg. Tawadakan merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Masjid Al-Asdi sebagai lokasi program berbuka puasa tahun ini. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah kekal menyumbang kepada masyarakat bukan sahaja ketika Ramadan tapi juga pada masa yang lain. Saya juga merayu agar Kumpulan Yayasan Sabah kerap turun padang untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai segala aktiviti kemasyarakatan Kumpulan Yayasan Sabah.”

10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ZON PANTAI TIMUR UTARA Seterusnya pada 14 April 2022, Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid Nur El-Nizam, Kampung Sungai Kayu, Sandakan. Majlis yang dihadiri seramai 150 orang masyarakat setempat turut diraikan bersama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.52 Sungai

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sibuga, Tuan Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain dan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan. Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyumbangkan wang tunai kepada 20 orang anak yatim Kg. Sungai Kayu serta dana pembangunan Masjid Nur El-Nizam.

Datuk Sam (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Nur El-Nizam, Encik Mohd Ariffin bin Haji Nasri sambil disaksikan oleh Tuan Haji Mohamad Hamsan (kanan).

Masyarakat Kg. Sungai Kayu berbuka puasa bersama Tuan Haji Mohamad Hamsan dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

ENCIK MOHD ARIFFIN BIN HAJI NASRI Pengerusi Masjid Nur El-Nizam, Kg. Sungai Kayu, Sandakan “Syukur kita kerana diberikan ruang menerima kunjungan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memberikan bantuan kepada 20 orang anak yatim serta dana masjid. Insya-Allah kami gunakan sepenuhnya dalam mentadbir pengurusan Masjid Nur El-Nizam sebaiknya.” MOHD ZUHAIKAL BIN USMAN Penerima sumbangan NURUL AIN BINTI SYAMSIR Penerima sumbangan “Syukur alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas keprihatinan terhadap golongan yatim seperti kami.”

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas sumbangan yang diberikan pada hari ini.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


BENTA WAWASAN SDN. BHD. Syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah menganjurkan Program Iftar pada 14 April 2022 di Dewan Masyarakat Tawau. Program ini turut menyaksikan seramai 150 orang warga BWSB dan para jemputan berbuka puasa dan solat sunat tarawih sambil mengimarahkan bulan Ramadan. Pada majlis yang sama, BWSB turut menyampaikan sumbangan

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

korporat kepada Madrasah dan Pusat Tahfiz Wilayah Tawau yang telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Program berbuka puasa seumpama ini merupakan salah satu wadah yang diadakan setiap tahun oleh BWSB dalam menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik di samping

memupuk silaturahim antara warga BWSB dan masyarakat setempat. Kehadiran Tuan Haji Abdul Karim Haji Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Encik Amran @ Ambran bin Paeng, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB dan Tuan Haji Mohd. Daud bin Tampokong, Ketua Pegawai Operasi Sabah Softwoods Berhad turut memeriahkan majlis tersebut.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Madrasah dan Pusat Tahfiz Wilayah Tawau.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (berdiri, kanan) beramah mesra bersama warga BWSB dan para jemputan.

Warga BWSB dan para jemputan berbuka puasa bersama. 12 14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kongsi Rezeki, Kongsi Keberkatan

KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH

Bubur lambuk sememangnya sinonim dengan bulan Ramadan. Menjadi kebiasaan kepada Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) berkongsi keberkatan pada bulan ini bersama staf Pengurusan, tenaga akademik, pelajar dan orang awam di sekitar Likas dengan aktiviti pembahagian bubur lambuk. Pengedaran bubur lambuk telah diadakan pada 19 April 2022. Bagi staf KTYS, bubur lambuk diedarkan di kanopi Kampus Bandaraya, Sembulan dan kantin Kampus Teknikal, Likas, manakala pengedaran bubur lambuk kepada orang orang awam telah berlangsung di pondok pengawal Kampus Teknikal, Likas. Progam ini merupakan program tahunan dalam bulan Ramadan. Bubur lambuk yang diedarkan merupakan air tangan Citarasa Dapur Kampus (CDK) iaitu subsidiari KTYS sendiri. Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada warga KTYS dan orang awam sekitar Likas.

Pengagihan bubur lambuk di Kampus Bandaraya, Sembulan kepada staf KTYS.

Penyerahan bubur lambuk kepada pelajar di kantin Kampus Teknikal, Likas.

Pengedaran bubur lambuk kepada orang awam di sekitar pondok pengawal Kampus Teknikal, Likas.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


ZON PEDALAMAN UTARA Pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 21 April 2022 di Masjid Riyadhus Solihin, Kg. Merampong, Keningau. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah merangkap Ahli Parlimen P.180 Keningau/Ahli Dewan Undangan Negeri N.39 Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin, Pegawai Daerah Keningau, Encik Walter Kenson dan Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Perkhidmatan Korporat (YS|ICSB), Encik Zulkhairi Haji Ismail. Majlis yang dihadiri seramai 200 orang penduduk kampung tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyumbangkan wang tunai kepada 30 orang golongan Asnaf Kg. Merampong serta dana pembangunan Masjid Riyadhus Solihin.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey (empat dari kanan) mengagihkan sumbangan wang Kumpulan Yayasan Sabah kepada Puan Siti Marjisah binti Basir, salah seorang golongan Asnaf sambil disaksikan oleh Encik Zulkhairi (lima dari kanan), Datuk Robert (tiga dari kanan) dan Encik Walter (dua dari kanan).

Masyarakat Kg. Merampong berbuka puasa bersama Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey, Datuk Robert, dif-dif jemputan dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

USTAZ ESIBI LAKUI @ HALIM Pengerusi Masjid Riyadhus Solihin, Kg. Merampong, Keningau “Program ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa dan bukan hanya pada bulan Ramadan. Tahniah atas keprihatinan dan sentiasa mendekati rakyat. Lawatan kepada keluarga Asnaf perlukan sokongan dan bantuan yang kerap agar ia lebih bermakna bagi golongan sasar. Tahniah!” ENCIK SINTING BIN BATINDO Penerima sumbangan “Saya yang berusia 81 tahun ini turut bertuah kerana masih diingati dan diberikan keprihatinan pihak penganjur. Terima kasih banyak, saya bersyukur dengan bantuan yang diberikan.“ 14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

PUAN SITI MARJISAH BINTI BASIR Penerima sumbangan “Pada pendapat saya, program ini amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim, berkongsi pendapat dan berkongsi rezeki dan nikmat berbuka puasa bersama-sama.“


ZON PANTAI TIMUR SELATAN Seramai 200 orang penduduk Kg. Batu Payung, Tawau disantuni melalui majlis berbuka puasa anjuran pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS) pada 22 April 2022. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.68 Apas, Encik Mohd. Aziriansyah Ali dan Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Nurkhajijah binti Haji Mohd. Tussin. Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan bakul makanan kepada seramai 50 orang

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

golongan Asnaf Kg. Batu Payung serta sumbangan tikar getah, set kelengkapan jenazah dan set mikrofon untuk kegunaan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Batu Payung, Tawau.

Encik Hanafiah (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Encik Mohamed Oman, Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Kg. Batu Payung.

Penduduk Kg. Batu Payung berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah.

ENCIK MOHAMED OMAN Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Kg. Batu Payung, Tawau “Saya berharap agar program ini dapat dianjurkan setiap tahun di Kg. Batu Payung bagi membantu serta menggembirakan hati setiap golongan Asnaf di kampung ini. Bantuan Kumpulan Yayasan Sabah pada hari ini amatlah penting kerana golongan seumpama ini perlu dibantu agar mereka tahu ada pihak yang prihatin dengan keadaan mereka.”

ENCIK SABTURANI BIN ABDUL KARIM Penerima sumbangan “Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran program ini oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Semoga program seumpama ini diadakan setiap tahun khasnya untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti kami.”

PUAN JUMATIAH AMAT Penerima sumbangan “Pendapat saya tentang program berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah ini semuanya baik dan seeloknya dijadikan program tahunan.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


BADAN KEBAJIKAN ISLAM KUMPULAN YAYASAN SABAH

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar mengedarkan bubur lambuk kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah. Turut kelihatan Pengerusi BAKIYS, Tuan Haji Mohd. Idris bin Mohd. Shafi (tujuh dari kiri).

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar mengagihkan bubur lambuk kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha pada 22 April 2022. “Pengagihan bubur lambuk ini membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan staf Kumpulan Yayasan Sabah,” kata Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. Program anjuran Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) sempena bulan Ramadan ini diadakan bagi menggalakkan keharmonian dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah. “Melalui pengagihan bubur lambuk, staf dari semua latar belakang, bangsa dan agama dapat merasai hidangan bubur yang merupakan antara hidangan kegemaran di bulan Ramadan,” kata Dato’ Sri Gulamhaidar. “Ramadan adalah masa untuk berkongsi kegembiraan dan bersedekah. Saya berharap usaha ini akan membawa perubahan yang positif kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah,” tambah beliau. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada staf yang beragama Islam.

Warga Kumpulan Yayasan Sabah berbuka puasa bersama dan seterusnya menunaikan solat tarawih berjemaah. 16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Majlis

KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH Kehadiran Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar mendapat sambutan yang meriah daripada staf Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) sebaik tiba di kolej berkenaan pada 22 April 2022. Tujuan program berbuka puasa yang bertemakan ‘Iftar Jamaie Ramadan KTYS’ bukan sahaja untuk menghimpunkan staf dan Pengurusan bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa tetapi pada masa yang sama tidak meminggirkan golongan yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan bantuan kewangan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah, Kinarut. Dalam ucapan beliau, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menekankan komitmen Kumpulan Yayasan Sabah terhadap pendidikan melalui KTYS dan University College Sabah Foundation (UCSF). Kedua-dua institusi ini bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Sabah dengan pendidikan berkualiti dan kemudahan dalam pengajian dan penyelidikan.

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

diterajui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

memenuhi aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia di Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menggesa warga KTYS untuk terus komited dan membantu pihak Pengurusan dalam program transformasi yang sedang dirancang pada masa ini bagi

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada pihak Pengurusan KTYS untuk digunakan bagi program sosial mereka.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kewangan kepada wakil Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah. Turut hadir Prof. Madya Lamjin Atoh, Pengerusi Lembaga Pengarah KTYS Sdn. Bhd. (dua dari kiri) dan Datuk Iskandar bin Datuk Malik, Ketua Pegawai Eksekutif KTYS.

Dengan program transformasi yang sedang dirancang oleh Pengurusan KTYS, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar optimis bahawa KTYS dapat membantu membentuk kehidupan anak muda menjadi individu yang dinamik, kreatif, berdikari dan berfikiran ke hadapan. Ini juga selaras dengan program transformasi hala tuju Kerajaan Negeri Sabah iaitu “Sabah Maju Jaya” dalam membangunkan modal insan yang Pengurusan KTYS merakamkan gambar kenangan bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tengah) menyerahkan sumbangan peribadinya untuk tujuan program sosial KTYS kepada Datuk Iskandar sambil disaksikan oleh Prof. Madya Lamjin.

Warga KTYS yang hadir memeriahkan majlis.

Anak-anak dari rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah diraikan dalam majlis berkenaan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


ZON PEDALAMAN SELATAN Pada 25 April 2022, Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) menganjurkan majlis berbuka puasa di Beringgis Beach Resort, Papar. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pegawai Daerah Papar, Encik Azlan bin Haji Jablie, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.28 Kawang, Encik Roslie bin Haji Ibrahim, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS|ICSB), Encik Zulkhairi Haji

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ismail dan Ketua Pentadbir ZPS, Tuan Haji Ghulam Hassan Hapil. Seramai 150 orang telah menghadiri majlis tersebut termasuk para pemimpin masyarakat dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kiri) berbuka puasa. Turut dalam gambar ialah Encik Azlan (tiga dari kiri), Encik Zulkhairi (kanan), Tuan Haji Ghulam (kiri) dan dif-dif jemputan.

Para jemputan berbuka puasa bersama Pengarah Yayasan Sabah dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

DATO’ SRI HAJI GULAMHAIDAR @ YUSOF BIN KHAN BAHADAR Pengarah Yayasan Sabah | Pengerusi Eksekutif ICSB “Sesungguhnya majlis berbuka puasa ini ialah satu kesempatan yang dinanti-nantikan oleh warga Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengeratkan hubungan organisasi ini dengan para pemimpin dan masyarakat di daerah ini.”

18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ZON PANTAI BARAT SELATAN Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pejabat Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Surau Assobirin, Kg. Kegayungan, Tuaran pada 26 April 2022. Seramai 180 orang penduduk Kg. Kegayungan hadir pada majlis ini. Turut hadir ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.12 Sulaman, Tuan Haji Murneh Haji Lamsari, Pegawai Daerah Tuaran, Encik Syarin Samsir dan Ketua

Majlis

IFTAR

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony. Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada Tabung Pembangunan Surau Assobirin Kg. Kegayungan.

Penduduk Kg. Kegayungan berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Encik Hanafiah (tengah) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Encik Mazailani Alidah, Pengerusi Surau Assobirin, Kg. Kegayungan sambil disaksikan oleh Tuan Haji Murneh (tiga dari kiri) dan Encik Syarin (tiga dari kanan).

ENCIK MAZAILANI ALIDAH Pengerusi Surau Assobirin, Kg. Kegayungan, Tuaran “Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tetamu kita yang diketuai oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah kerana sudi hadir ke surau ini demi berbuka puasa bersama-sama penduduk Kg. Kegayungan. Sikap prihatin Kumpulan Yayasan Sabah dalam memajukan rakyat negeri Sabah tanpa mengira suku bangsa dan kepercayaan harus dipuji dan dijadikan contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


Program

Pengedaran bakul makanan kepada pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Inanam.

Sebanyak 150 bakul makanan telah diedarkan oleh Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) semasa program Jom Sahur yang berlangsung pada 28 April 2022 yang lalu. Program ini merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar KTYS.

Jom Sahur

Kolej Teknikal Yayasan Sabah Selain program Jom Sahur, program solat tarawih setiap malam, program sumbangan berbuka dan moreh serta program tilawah dan tadarus al-Quran juga dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan ini.

Menurut Pengurus Jabatan Hal Ehwal Pelajar KTYS, Encik Md. Arifin Md. Sunoh, program khidmat masyarakat ini memberi kesedaran dalam menghayati bulan Ramadan. “Sempena bulan Ramadan yang mubarak, kita dapat memupuk kesedaran dan kepekaan pelajar terhadap realiti persekitaran, di samping mempromosikan kepada umum berkenaan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh pelajar dan kolej,” katanya. Tambah Encik Md. Arifin, bakul makanan tersebut diedarkan kepada pelajar-pelajar asrama lelaki dan perempuan, penumpang dan pengusaha bas di Terminal Bas Inanam, pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Inanam, serta pegawai yang bertugas di sekatan jalan raya Karamunsing, orang awam sekitar hospital Queen Elizabeth, Kg Air dan Jalan Gaya.

Pengedaran bakul makanan kepada pelajar-pelajar asrama perempuan.

20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pengedaran bakul makanan kepada penumpang dan pengusaha bas di Terminal Bas Inanam.

Pengedaran bakul makanan kepada pelajar-pelajar asrama lelaki.


Gambar berkumpulan yang terdiri daripada Encik Zakri (duduk tiga dari kanan), Datuk Nizam (duduk empat dari kanan), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (duduk lima dari kanan), Encik Mohd. Lan (duduk dua dari kanan) dan rombongan yang terlibat.

Produk Sabah ke Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik dari United Kingdom (UK) dan pasaran Eropah lain dalam usaha mendorong peluang eksport baharu produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasaran antarabangsa. Pemeteraian MoU antara GLOPEC dengan sembilan pihak yang terdiri daripada Jimmy Chong Ghee Chua yang mewakili Chuang Lee Supermarket; Pui Chin Yap @ Sarah Yap (Makan House Limited @ Uncle Lim Kitchen; Wan Joha Wan Ahmad (Malaysian Supermarket Ltd); Simon K. Suresh (Oh Malaysia/ Halal Street UK Limited); Yoke Ng (Yi International); Datuk Uthama Kumara Naidu Sanjay (Aditya & Co); Swee Leong Goh (Nepcoe Capital Partners); Ku Farid Ku Yasin (KMF MalaysiaWe); dan Paul Fritz mewakili Premium Company Farm Food Limited adalah bertujuan memasarkan produk buatan Sabah ke UK, Perancis dan negara Eropah lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang mengetuai Misi Promosi dan Jualan Produk Bumiputera Sabah ke UK dari 9 hingga 16 Mei, menyaksikan majlis pemeteraian MoU dalam program tersebut oleh Ketua Program GLOPEC, Puan Zaiton Bakri. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Encik Zakri Jaafar, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Gulamhaidar @

UK

Yusof bin Khan Bahadar, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Md. Silmi Abdul Rahman, Pengarah Bersekutu TERAJU, Encik Mohd. Lan bin Muslim dan Pengarah GLOPEC, Encik Azmi Aziz. GLOPEC yang dibiayai oleh program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) dan diwujudkan melalui kerjasama strategik di antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 2020, adalah program kerjasama untuk membantu usahawan Sabah, terutamanya daripada kumpulan B40 dan M40 melalui pemasaran produk tempatan ke pasaran antarabangsa. Datuk Dr. Abdul Latiff berkata kerajaan komited untuk menyokong pemulihan perniagaan selepas gangguan ekonomi global akibat pandemik COVID-19. “Melalui MoU berkenaan, pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan TERAJU untuk memudahkan dan membantu GLOPEC meneruskan usaha pemasaran dan perdagangan bagi meraih peluang perniagaan antarabangsa memandangkan sekatan perjalanan telah ditarik balik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa,” katanya. Beliau berkata peruncitan adalah sektor ekonomi yang mempunyai potensi besar melalui produk makanan yang boleh dipromosikan melalui rangkaian pengendali restoran, terutamanya yang dimiliki rakyat Malaysia di luar

negara untuk menembusi pasaran antarabangsa. Sebagai permulaan, beliau berkata TERAJU boleh memulakan inisiatif tersebut dengan membeli produk pengusaha barangan makanan dalam IKS serta produk berasaskan komuniti dan menjalankan pemasaran melalui kerjasama strategik dengan pengendali restoran, pemborong dan peruncit, selain mematuhi standard pematuhan produk makanan di UK dan Kesatuan Eropah (EU). Sementara itu, Puan Zaiton berkata program GLOPEC akan menjadi platform kepada usahawan IKS Sabah untuk memasarkan produk negeri Sabah seperti kentang goreng, sos cili, sambal bilis dan kraf tangan etnik seperti ‘Batik Bayu’ dan rotan ke pasaran antarabangsa, terutamanya ke UK, negara-negara Eropah, China, Thailand dan negara-negara Timur Tengah. Beliau berkata, selain mematuhi Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan peraturan dan pensijilan halal, operator produk di Sabah akan bekerjasama dengan pemborong dan peruncit, dan rakan perniagaan strategik di luar negara. Setakat ini, GLOPEC mempunyai 15 usahawan dan menyasarkan untuk memasarkan produk bernilai RM60 juta dalam tempoh lima tahun akan datang. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


SAMBUTAN

PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH BERLANGSUNG MERIAH Buat julung kalinya Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah dipilih sebagai lokasi pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun 2022. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Dalam masa yang sama, PKS turut dipertanggungjawabkan oleh Jawatankuasa Induk Pelancaran Pesta Kaamatan selaku Jawatankuasa Kecil Lokasi, Gerai Jualan dan Kraf tangan. PKS berbesar hati dengan kehadiran para pengunjung dan orang kenamaan yang tidak melepaskan peluang untuk melawat galeri PKS dan gerai-gerai jualan kraf tangan sejak program bermula pada 29 April hingga 1 Mei 2022 yang melibatkan 75 orang usahawan kraf tangan. Antara produk yang mendapat sambutan yang memberangsangkan ialah batik, produk rotan, buluh dan manik yang telah mencatatkan jumlah jualan terkumpul sebanyak RM140,000.00 sepanjang tiga hari acara berlangsung. Rata-rata usahawan yang ditemui menunjukkan rasa kesyukuran atas peluang daripada PKS kerana melibatkan mereka dalam program tersebut. Sokongan padu daripada orang awam adalah sangat menggalakkan dan melebihi sasaran yang dijangkakan. Sementara itu, bagi pameran agensi pula, Kementerian Pertanian Sabah telah diberi mandat untuk mengetengahkan hasil pertanian, perladangan dan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tiga dari kanan) berkesempatan melawat bengkel anyaman rotan PKS diiringi oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan (empat dari kanan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelancaran Pesta Kaamatan 2022 dan Encik Walter Kenson (dua dari kanan), Pegawai Daerah Keningau.

perikanan sesuai dengan tema kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semula Jadi’. Selain itu, antara produk yang ditonjolkan semasa majlis pelancaran itu ialah produk sirung gergasi yang dianyam oleh Puan Julitah Kuliting, Pengajar Kraf Anyaman Buluh PKS. Sirung gergasi dengan diameter empat kaki ini dianggarkan berharga RM800.00 dan memakan masa hampir tiga minggu untuk disiapkan. Istimewa juga bagi PKS pada tahun ini buat kali kedua telah diberi kepercayaan oleh Jawatankuasa Penganjur untuk

Staf Kumpulan Yayasan Sabah mengenakan baju tradisi pada hari pelancaran sebagai syarat penyertaan peraduan tiket bertuah.

menghasilkan kerusi Ratu Unduk Ngadau tahun 2022. Kerusi rotan tersebut telah diolah dan dianyam oleh usahawan ‘Start up’ PKS iaitu Encik Saiful Epas dengan bantuan pengajar kraf PKS, Encik Thomas Joseph. Beliau turut dibantu oleh seorang lagi pelatih kursus anyaman rotan iaitu Encik Mohd. Syafiq Amirul bin Paidi. Kerusi bernilai RM2,500.00 ini mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan bermula daripada proses rekaan, anyaman sehingga finishing. Satu lagi kejayaan daripada Program RICH (Rural Integrated Craft Heritage) di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah 2022 kelolaan PKS ialah kejayaan

Encik Frinder Sukor, Pelatih Program Pentas Arena Teknologi & Rekaan PKS memenangi naib juara dalam pertandigan rekaan Gaun Petang yang digayakan oleh finalis Unduk Ngadau Keningau 2022.


salah seorang daripada pelatih Program Pentas Arena Teknologi dan Rekaan iaitu Encik Frindey. Encik Frindey merangkul naib johan dalam pertandingan rekaan baju gaun petang yang telah digayakan oleh salah seorang finalis Unduk Ngadau tahun 2022. Beliau bersama rakannya Encik Sebastian Allan Sinjin telah membuat rekaan gaun tersebut bersama dan menamakannya “Siaa Sinumandak Ganna” yang diinspirasikan daripada pakaian tradisi suku kaum Dusun Ganna daerah Keningau iaitu Siaa Linongkitan Ganna. Gaun tersebut masih mengekalkan warna tradisi iaitu warna hitam dan emas serta dihiasi dengan kain anyaman Linangkit Ganna dan kain Kasumpa Ganna. Pembuatan gaun ini memakan masa selama dua bulan dan menggunakan kos bahan sebanyak RM650.00 keseluruhannya. Pelbagai acara menarik sempena tiga hari pelancaran ini seperti pertandingan sukan rakyat, sugandoi, pertandingan paluan gong, pertandingan masakan tradisi, konsert Kaamatan, cabutan tiket bertuah dan acara yang paling dinantinantikan oleh semua iaitu pertandingan Unduk Ngadau Keningau 2022. PKS berharap agar dapat menganjurkan lebih banyak lagi majlis seumpama ini kerana secara tidak langsung selain dapat mempromosikan PKS sebagai salah satu produk pelancongan kepada masyarakat luar, ia juga dapat membantu menjana pendapatan usahawan-usahawan kraf melalui penyertaan aktivti jualan semasa majlis berlangsung.

Sirung Gergasi yang dipamer sempena pelancaran Pesta Kaamatan 2022.

Puan Vivian Evans, Pengurus PKS (dua dari kanan) dan Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck (kanan) bersama staf PKS di majlis pelancaran itu.

Finalis Unduk Ngadau Kaamatan Keningau 2022 melawat ke galeri dan bengkel kraf tangan PKS.

Encik Saiful Epas (tengah), Pengajar Kraf, Encik Thomas Joseph (kiri) dan Encik Mohd. Syafiq (kanan) berjaya menyiapkan kerusi Unduk Ngadau Kaamatan Keningau 2022.

Unduk Ngadau Kaamatan Keningau 2022 duduk di kerusi berkenaan ketika dinobatkan sebagai pemenang.

Tan Sri Datuk Sri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Yap Yun Fook turut meluangkan masa melawat Galeri Tekstil PKS dengan diiringi oleh Puan Vivian, Pengurus PKS. Aktiviti interaktif kraf adalah merupakan salah satu program pengisian kepada golongan muda dalam memupuk minat dalam seni kraf tangan.


Sebahagian peserta (kiri) yang menyertai eksplorasi ini membentangkan hasil penyelidikan mereka kepada Datuk Abidin Madingkir (dua dari kanan) dan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan).

Kumpulan Yayasan Sabah merancakkan usaha konservasi dengan menganjurkan Eksplorasi Saintifik di Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (TRCA) untuk mempromosikan TRCA sebagai pusat kajian dan ekopelancongan yang terkenal di Sabah pada 7 hingga 17 Jun 2022.

Sebahagian peserta yang menyertai eksplorasi ini membentangkan hasil penyelidikan mereka.

TRCA terletak 36 km dari bandar Lahad Datu dan 45 km dari bahagian timur Kawasan Konservasi Lembah Danum. TRCA terdiri daripada kawasan hutan pamah dan ultramafik yang unik dengan saiz seluas 9,546 hektar. TRCA merangkumi Hutan Simpan Sungai Segama yang bersebelahan dengan Hutan Simpan Sepagaya (termasuk Bukit Silam) dan Hutan Simpan Dara Kawang - Gibong. Kawasan ini dinaik taraf dan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan) dan dimasukkan sebagai salah satu kawasan pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum pada 10 Mei 2012. Majlis pelepasan (flag-off) eksplorasi ini disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar pada 7 Jun 2022 di Podium, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Pada 11 Jun 2022 pula, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir telah mengadakan lawatan ke TRCA. Seterusnya dalam lawatan tersebut, Datuk Abidin mengabadikan kenangan dengan acara menanam pokok dan melawat pameran hasil penemuan para penyelidik yang mempamerkan penyelidikan mereka sepanjang minggu pertama eksplorasi. Kelab Pencinta Alam Sabah juga mengadakan program pendidikan alam sekitar yang melibatkan 20 orang para pelajar dan dua orang guru daripada SK Silam, Lahad Datu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada TRCA, pemerhatian burung dan ekologi sungai. Datuk Abidin juga sempat bertemu dengan para pelajar yang menjalankan aktiviti pendidikan alam sekitar. Para pelajar berkenaan berkongsi pengalaman mereka dalam eksplorasi ini kepada Datuk Abidin. 24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Abidin menyempurnakan penanaman pokok Dimorcarpus longan (Mata Kucing) disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri).

Datuk Abidin diberi penerangan oleh peserta eksplorasi.


Semasa di temu ramah, Datuk Abidin berkata, “Hasil daripada penemuan spesies-spesies flora dan fauna oleh para saintis menarik minat saya. Semoga TRCA dilindungi untuk generasi masa hadapan dan untuk tarikan pelancong sama ada dalam negara dan luar negara.” Menurut Dato’ Sri Haji Gulamhaidar pula, “Kumpulan Yayasan Sabah mengambil inisiatif untuk mengadakan eksplorasi saintifik TRCA ini untuk mengkaji kepelbagaian bio, sumber asli dan potensi TRCA untuk merangka pelan pembangunan dan aktiviti konservasi di kawasan tersebut.” “Eksplorasi Saintifik ini terbahagi kepada lima topik utama iaitu sains fizikal, kepelbagaian flora, kepelbagaian fauna, sains sosial dan penggunaan sumber,” kata beliau. “Maklumat yang diperoleh hasil eksplorasi ini penting bagi merangka Pelan Pengurusan Strategik TRCA. Seramai 150 orang peserta menyertai eksplorasi ini yang terdiri daripada para penyelidik, pembantu penyelidik serta staf Kumpulan Yayasan Sabah sebagai staf sokongan,” tambah beliau.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar melihat sendiri sampel spesies flora yang terdapat di Taliwas.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar diberi penerangan berkenaan kawasan konservasi Sungai Taliwas.

Hasil pengumpulan data yang lengkap daripada eksplorasi ini juga akan dibentangkan pada satu seminar yang akan diumumkan kelak. Selain itu, hasil tersebut juga akan diterbitkan sebagai artikel, prosiding, buku rujukan seperti coffee table book dan penghasilan dokumentari eksplorasi. Seterusnya, hasil data eksplorasi juga akan menjadi bahan rujukan kepada formulasi Pelan Pengurusan Strategik TRCA. Maklumat yang diperoleh daripada eksplorasi ini akan dapat digunakan secara efektif untuk menjadikan TRCA sebagai salah satu kawasan ekopelancongan dan rekreasi yang dikenali di Malaysia.

Dalam konteks lain, eksplorasi saintifik ini adalah penekanan berterusan ke atas aspek-aspek pemeliharaan dan pemuliharaan dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber kepelbagaian biologi hutan negara secara berkekalan. “Saya yakin melalui eksplorasi yang dilaksanakan ini, pelbagai penemuan yang signifikan bagi flora dan fauna akan berjaya direkodkan,” kata Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Antara spesies fauna yang terdapat di Taliwas.

Para penyelidik merakamkan gambar berkumpulan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Antara aktiviti para penyelidik di sepanjang Explorasi Saintifik Sungai Taliwas.

26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Antara aktiviti Sabah Nature Club (SNC) sempena Eksplorasi Saintifik tersebut.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


Hari Terbuka SCCA Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar buat pertama kalinya menganjurkan Hari Terbuka Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) bermula 25 Jun 2022 yang lalu. Melalui program dua hari tersebut, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi seperti memerhati burung, trekking, berkayak, snorkeling dan berkhemah di tepi Pesisiran Pantai Silam. Manakala bagi murid-murid SK Lahad Datu bersama guru-guru pengiring pula berpeluang menanam pokok ru beramai-ramai bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak. Rombongan tersebut menyertai pertandingan mewarna lukisan yang berkonsepkan alam sekitar. Selain daripada itu, beberapa siri ceramah berkenaan kepentingan alam sekitar, potensi ekopelancongan serta impak ekonomi di SCCA turut disampaikan oleh wakil-wakil agensi kerajaan negeri Sabah.

Para pelajar SK Lahad Datu bergambar kenangan bersama Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Dr. Waidi Sinun (berdiri tengah, berbaju kelabu).

Kanak-kanak fokus mewarna semasa acara pertandingan mewarna kategori sekolah rendah.

Program ini diharap dapat memberi peluang kepada penduduk tempatan menikmati keindahan pesisiran Pantai Silam, menerapkan kesedaran kepentingan memulihara SCCA dan seterusnya mempromosikan SCCA sebagai destinasi ekopelancongan kelak.

Antara sukaneka yang diadakan pada hari terbuka tersebut.

Encik Bobby Alex, Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Malaysia menyampaikan ceramah pada hari terbuka berkenaan. 28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur. Pembacaan bahan ilmiah ini diadakan secara serentak pada 21 April 2022 tepat pukul 11 pagi di seluruh negara yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Staf Kumpulan Yayasan Sabah yang meluangkan masa menyertai program ini di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan serta staf Kumpulan Yayasan Sabah hadir menjayakan program ini. Program ini berjaya membudayakan amalan membaca di pelbagai peringkat usia dan golongan bangsa. Program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang agar budaya membaca tidak lapuk dek zaman. Turut terlibat di dalam program ini ialah kanak-kanak Tadika Ria, Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (depan, tiga dari kiri) turut meluangkan masa menyertai program ini bersama Datuk Sam (kiri) dan staf yang lain.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


MENARA TUN MUSTAPHA PILIHAN PENGGAMBARAN DOKUMENTARI TERBITAN

Encik Mohd. Fairuz menerbangkan dron bagi mengambil video pemandangan udara MTM.

Sesi temu ramah bersama Dato’ Sri Gulamhaidar (kanan) yang menerangkan mengenai peranan Kumpulan Yayasan Sabah dan sejarah pembinaan MTM.

Menara Tun Mustapha (MTM) menjadi lokasi pilihan salah satu slot dokumentari Rona Sabah terbitan RTM. Team produksi RTM yang terdiri daripada Puan Wahidah binti Nadus @ Abdullah selaku Penerbit Unit Dokumentari, RTM, Encik Nurhisyam bin Ismail, juruaudio RTM dan Encik Mohd. Fairuz bin Ruslan, jurukamera RTM mengendalikan penggambaran sekitar MTM pada 7 hingga 9 Jun 2022. Penggambaran ini merangkumi sejarah pembinaan, kemudahankemudahan dan kerja-kerja penyelenggaraan MTM serta temu ramah bersama dengan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Dokumentari Rona Sabah – Menara Tun Mustapha ini akan disiarkan pada 20 Julai 2022, pukul 10.00 malam di TV1.

Encik Mahat bin Abdul Rahman, Pegawai Penyelenggaraan, Bahagian Tenaga & Fasiliti (berbaju hitam) semasa sesi penggambaran di Helipad, MTM. 30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sesi penggambaran di pejabat Unit Pentadbiran, Aras 21, MTM.

Encik Muhammad Hatta bin Dahli, Pegawai Kanan, Bahagian Tenaga & Fasiliti (kiri) menerangkan pelan MTM kepada Puan Wahidah (tiga dari kanan) dan Encik Nurhisyam (kanan).


COURTESY CALL by DELEGATES from

to

DEPUTY DIRECTOR

PIPTSS

A courtesy call to the Deputy Director of Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan was made by delegates from the Sabah Association of Institution of Higher Learning (PIPTSS) at the latter’s office, Level 21 Menara Tun Mustapha on 11 May 2022.

Datuk Wong (second from left) brief Datuk Sam on the objectives of PIPTSS.

At the meeting, Datuk Wong Khen Thau, the President of PIPTSS, highlights its achievement in producing many of graduates at certificate, diploma and degree levels. The objective of the visit was to inform the Deputy Director about PIPTSS, which according to Datuk Wong, is the voice for the private higher learning sector in enhancing the quality of education in Sabah. PIPTSS also focuses on providing local students opportunities, especially those in the B40 group, with quality and affordable education to fill in required jobs demanded by the State’s private sectors. According to Datuk Wong, PIPTSS is recognised by the Ministry of Higher Education, consisting of 15 private colleges and universities. Two of them belong to the Yayasan Sabah Group i.e. Kolej Teknikal Yayasan Sabah and University College Sabah Foundation. Datuk Wong stressed that the association’s mission is to ensure that local students can study in these local institutions instead

of spending a lot of money going overseas, which does not guarantee employment when they return. Datuk Wong hopes future collaboration can be made with Yayasan Sabah Group to assist in building a brighter future for the local students in the field of education and creating job opportunities for them.

Datuk Wong (fourth from right) presenting a memento to Datuk Sam.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


2nd

PROJECT STEERING COMMITTEE MEETING Northern Kuamut Forest Reserve Carbon Project

The second Steering Committee Meeting on the Northern Kuamut Carbon Project venture between Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) and Permian Malaysia Sdn. Bhd. was held on 14 June 2022 at Level 21, Menara Tun Mustapha. The Committee consists of representatives from RBJ, representatives from the South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), Permian Malaysia Sdn. Bhd. and Sabah Forestry Department aimed to look into preserving the natural environment and wildlife protection from unwanted encroachment and hunting activities in the said area. Chaired by the Deputy Director of Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan, the meeting discussed the updates on the Northern Kuamut Carbon Project including, Project Auditing by SEARRP, monitoring and protection report by RBJ, and the Conservation Area Management Plan for Northern Kuamut Forest Reserve by PERMIAN.

A group photo of the Steering Committee with Datuk Sam (fifth from right).

JV IRD & SMJ A Joint Venture Agreement and a Sub-Lease Agreement were signed on 24 June 2022 between Yayasan Sabah Group through its wholly-owned subsidiary Inno Resource Development Sdn. Bhd. (IRD) with Samajutera Sdn. Bhd. (SMJ) at the Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Through the signing of the two agreements, both parties have agreed to enter into a joint venture to carry out the cultivation and management of largescale seaweed farming, aquaculture and eco-tourism in several parcels of land in the Semporna.

The signing ceremony ended with a group photo.

In the signing ceremony, IRD was represented by its Chairman, Datuk Daniel Kinsik and the Chief Operating Officer of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Encik Douglas J. Joinol, the Director of IRD, while SMJ was represented by its Managing Director, Encik Ahmad Marzuki bin Haji Nassir and Director, Encik Ricky Wong.

Datuk Daniel (second from left) and Encik Ahmad (third from right) signing the agreement documents witnessed by Encik Douglas (left) and Encik Ricky (second from right). 32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ke

Kunjungan Hormat FINAS Kumpulan Ya yasan Sabah

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Menara Tun Mustapha pada 3 Jun 2022 yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Professor Dr. Md. Nasir Ibrahim.

Encik Izharudin bin Jalaludin, Penasihat Korporat kepada Yayasan Sabah mengetuai Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah menerima kunjungan ini. Kunjungan berkenaan bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama dan meneroka peluang-peluang berkaitan

dengan industri kreatif di Sabah. Menerusi kunjungan tersebut, FINAS mencadangkan untuk melaksanakan kursus jangka pendek dan praktikal berkaitan perfileman melalui University College Sabah Foundation (UCSF) yang dikendalikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Perbincangan antara FINAS yang diketuai oleh Professor Dr. Md Nasir (kanan) bersama barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Kunjungan Hormat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan

Puan Nanih menyampaikan cenderamata kepada Encik Hanafiah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) daerah Putatan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 14 Jun 2022. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi PBSMM daerah Putatan, Puan Nanih Abah @ Nancy Wong. Kunjungan tersebut diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan PBSMM Putatan selain membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan terutamanya bagi meningkatkan kepentingan pertolongan cemas kepada generasi muda serta memaklumkan aktiviti-aktiviti

kesukarelawan yang telah dan sedang berjalan sepanjang tahun ini. Hadir sama, Timbalan Pengerusi PBSMM Putatan, Encik Adenan Ibrahim, Naib Pengerusi II PBSMM Putatan, Encik Jerome Conahap, Setiausaha Kehormat PBSMM, Encik Zainuddin Moksil, Pegawai Seranta PBSMM Putatan, Encik Azman Jumat, Quartermaster PBSMM Putatan, Encik Azami Jumat serta Pegawai Penjaja Unit Link, Belia dan Pasukan Bantuan Sukarela, Encik Mohd. Hadzim Qayyum Hadzmie. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


berminat untuk bekerjasama dengan

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pada 18 April 2022, wakil Universiti Teknologi Petronas (UTP) diketuai oleh Pengarah Institute of Self-Sustainable Building (ISB), Prof. Dr. Shahrina binti Md. Nordin telah membuat lawatan ke Kumpulan Yayasan Sabah untuk membincangkan lebih lanjut mengenai empat program. Program tersebut ialah 1. Penjana kerja 4.0 yang Dari kiri: Encik Stephen Jilimin, Pejabat Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd. Azfar bin Mohamed, UTP, menyediakan program Prof. Madya Dr. Jafreezal bin Jaafar, UTP, Prof. Madya Dr. Shahrina Md. Nordin, UTP, Encik Douglas J. Joinol, Ketua Pegawai Operasi ICSB, Encik Terence Chee Su Kyun, Timbalan Ketua Pegawai Operasi ICSB, peningkatan kemahiran dan Prof. Madya Dr. Encik Mohd. Fadzil bin Hassan, UTP, Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi, UCSF, kemahiran semula untuk Encik Joshua Ho, Pejabat Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) dan Dr. Alan Lai, UCSF. graduan baharu sekurangkurangnya Diploma khususnya kumpulan B40, 2. Program Pemuliharaan Kanyon Imbak, 3. Program Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk meningkatkan minat pelajar dalam STEM dan menyediakan kandungan digital untuk pelajar yang disasarkan dan 4. Kerjasama antara UTP-UCSF mengenai kemungkinan untuk mengendalikan kursus kejuruteraan, keusahawanan, minyak dan gas, geosains, peningkatan kemahiran dan penyelidikan staf akademik.

KUNJUNGAN HORMAT

Sesi perbincangan dengan wakil HUMS. Dari kiri: Encik Subrie, Puan Sharina, Encik Mohd Alwi, Dr. Mohd Hanafiah, Encik Zulkhairi, Encik Alex dan Puan Halijah.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) pada 14 April 2022. Kunjungan berkenaan diketuai oleh Pengurus Poliklinik HUMS, Dr. Mohd. Hanafiah Ahmad Hijazi dan disertai staf pentadbiran HUMS, Encik Mohd. Alwi Osman, jururawat tetap HUMS, Puan Sharina Abdul Kassim dan Pembantu Tadbir HUMS, Encik Subrie bin Said. Rombongan berkenaan mengadakan perbincangan bersama Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kanan Unit Pentadbiran, Encik Alex Suinggi dan Pengurus Kanan Unit Pengurusan Sumber Manusia, Puan Halijah binti Haji Laini. Pertemuan itu membincangkan tawaran perkhidmatan yang disediakan di HUMS untuk staf Kumpulan Yayasan Sabah.

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Exhibition

Yayasan Sabah Group participates in

Yayasan Sabah Group participated in an exhibition in conjunction with the 2nd Asia Parks Congress (APC) at the Sabah International Convention Centre Kota Kinabalu from 24 to 29 May 2022. During the event, Yayasan Sabah Group showcased its five conservation areas: Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Taliwas and Silam Coast. Apart from that, Yayasan Sabah Group Sabah also exhibited two forest rehabilitation and plant improvements areas, such as INIKEA and INFAPRO, as part of the Environmental Education and Community Engagement program. Sabah Nature Club Officer, Encik Isaac Grey (right), briefing visitors on the uniqueness of the conservation area in the fields of research and eco-tourism at the Yayasan Sabah Group’s exhibition booth during the 2nd ACP.

Taklimat Kesedaran Kanser

Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah mengadakan sesi taklimat yang di sampaikan oleh Encik Iqbal Alfarabi bin Salleh selaku Pegawai Pembangunan Dana MAKNA. Seramai 70 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah menghadiri taklimat ini yang diadakan di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha pada 23 Jun 2022.

Antara pengisian taklimat ini ialah mengenai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh MAKNA iaitu membiayai rawatan, menjalankan penyelidikan, mengadakan kempen pendidikan dan kesedaran, memberikan khidmat sokongan dan mengukuhkan dana untuk terus menampung pesakit kanser yang berdaftar dengan MAKNA. Taklimat ini juga memberi informasi mengenai tiga jenis kanser yang sering dihidapi di Malaysia iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser paru-paru. Selain itu, Encik Iqbal turut menekankan agar staf Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat sebagai usaha untuk menjaga kesihatan. Sesi terakhir taklimat tersebut memberi maklumat mengenai program ‘My Pledge Against Cancer’ (MPAC) dimana staf diberi penerangan

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Iqbal.

mengenai cara menyalurkan sumbangan dana kepada MAKNA melalui pemotongan akaun bank atau kad kredit. MAKNA merupakan badan kebajikan yang berdaftar dan bernaung di bawah Union for International Cancer Control (UICC) di Geneva yang membawa misi untuk menggembeling tenaga dalam memberi perkhidmatan, rawatan, pencegahan, penyelidikan dan khidmat sokongan kepada pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


LEARN & LEAD THE RIGHT WAY

Participants in a group photo with Encik Prabha (centre).

Through its Enrichment and Monitoring Unit, Yayasan Sabah Group organised a two-day seminar on developing people skills at work from 11 to 12 May 2022 at Wisma Innoprise. After two years of social isolation and little face-to-face interaction, the Chief Intellect Enricher of Future Base Development Sdn. Bhd., Encik Peter Prabhapankuny shares his expertise on workforce development planning by becoming a leader with people skills quality and educating further on ways to address a rapidly changing world of talent and work.

A total of twenty staff attended the insightful and interactive course to acquire knowledge to bridge the generation gap in the workplace and hone their skills. Thus, more senior employees can train their younger counterparts to work collectively toward the Group’s vision, mission and goal. Yayasan Sabah Group is committed to being a people-oriented organisation by emphasising that its employees have the necessary skills and knowledge to be good leaders.

Team building activities.

34 36

BERITA BERITA KUMPULAN KUMPULAN YAYASAN YAYASAN SABAH SABAH


PEMANTAPAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT

Para peserta gigih menumpukan perhatian sepanjang kursus berjalan.

Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) melalui Unit Pengukuhan dan Pemantauan telah menganjurkan Kursus Microsoft Powerpoint (Intermediate) selama dua hari pada 25 hingga 26 Mei 2022 bertempat di University College Sabah Foundation (UCSF). Kursus ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta dalam kalangan staf Kumpulan Yayasan Sabah daripada pelbagai bahagian, zon dan unit.

Dalam kursus ini, peserta didedahkan mengenai penggunaan Microsoft Powerpoint terutama sekali dalam pembentangan laporan atau kerja yang berkaitan. Fasilitator kursus ini ialah Puan Grace Chang Sim Vui, Koordinator UCSF.

Sesi penyerahan sijil dan gambar berkumpulan peserta kursus.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


Mesyuarat Agung Pertama

KELAB REKREASI Kumpulan Yayasan Sabah Ahli-ahli kelab yang hadir merakamkan gambar kenangan berkumpulan bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan mesyuarat agung kali pertama pada 29 Julai 2022 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Mesyuarat agung ini dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar. Dalam ucapannya, beliau berharap penubuhan Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah ini mampu mengeratkan hubungan antara sesama staf dan seterusnya dapat melaksanakan pelbagai program sosial, sukan dan rekreasi. Mesyuarat agung ini turut dihadiri oleh Pengurus Kumpulan Kanan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi Haji Ismail dan ketua-ketua bahagian serta unit.

Barisan Ahli Jawatankuasa yang terpilih bergambar kenangan bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (duduk, tengah).

Dalam mesyuarat ini, pemilihan jawatankuasa baharu telah diadakan dan keputusan pemilihan seperti berikut :

Bendahari : Puan Aileen Kong Timbalan Bendahari : Encik Hafiz Datuk Hamzah

Pengerusi : Encik Mohd. Salim bin Japaran Timbalan Pengerusi I : Encik Mohd. Redzuan bin Mohamad Zin Timbalan Pengerusi II : Encik Alastair Nicholas Peter Timbalan Pengerusi III : Cik Suzanirihwati Haji Abdul Ghani Setiausaha : Encik Muhammad Nur Haq bin Rahmat Timbalan Setiausaha : Puan Aidariani M. Olaybal

Ketua Biro

: : : : :

Encik Joefairul Johari Encik Abu Zarin Abu Bakar Titingan Encik Ahmad Fauziee bin Wasimin Encik Peter Caseanus Encik Sazman Binting

Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah menjemput semua staf Kumpulan Yayasan Sabah untuk berdaftar sebagai ahli kelab dan seterusnya menyertai program-program yang akan dilaksanakan kelak. 38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ROMBONGAN BATU PAHAT JEJAK MTM Seramai 30 orang pelawat dari Wanita UMNO Batu Pahat berkunjung ke Menara Tun Mustapha pada 30 Jun 2022. Rombongan tersebut diketuai oleh Datin Hajar binti Abdul Rahman. Rombongan tersebut diberikan taklimat mengenai Kumpulan Yayasan Sabah oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman. Turut hadir pada lawatan tersebut adalah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Dr. Hajah Jainab binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid dan Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd., Puan Zaiton Bakri.

Rombongan pelawat melihat hasil batik dan kraf tangan di Galleria Artisan.

Encik Hanafiah menyampaikan taklimat mengenai Kumpulan Yayasan Sabah.

MESYUARAT AGUNG – KPYSB

Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah mengadakan Mesyuarat Agung pada 30 Jun 2022 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

Menurut Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan, “Sokongan dan kesetiaan anggota-anggota KPYSB pastinya memberikan semangat kepada KPYSB untuk terus berusaha dengan lebih gigih. Pengurusan yang cekap, amanah dan telus bukan sahaja menunjukkan imej yang murni, malahan memberi impak positif dan keyakinan kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang lain untuk menjadi anggota KPYSB.” Antara pencapaian KPYSB ialah berjaya mengurangkan impak kerugian kesan COVID-19, mendapatkan kemudahan kredit daripada Bank Rakyat yang bernilai RM2 juta sebagai dana pelaburan perniagaan dan menceburi perniagaan dobi layan diri di Dewan Serbaguna KPYSB Taman Bakti Ikhlas.

Encik Jessel menyampaikan ucapan di mesyuarat agung tersebut.

KPYSB berharap lebih ramai staf Kumpulan Yayasan Sabah mendaftar sebagai ahli bagi menikmati manfaat dan kemudahan daripada koperasi ini.

Gambar berkumpulan ahli-ahli KPYSB yang hadir di mesyuarat agung tersebut. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


“REAL BEAUTY MISS KAAMATAN 2022” Jelajah Sabah program Real Beauty Miss Kaamatan 2022 (MIKA 2022) pada kali ini telah membawa para peserta Unduk Ngadau untuk melawat Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Keningau sebagai pendedahan dan pembelajaran tentang keunikan kraf tangan Sabah. MIKA merupakan program pencarian model produk kecantikan yang dikeluarkan oleh penganjurnya iaitu Real Beauty Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat produk kecantikan tempatan yang beroperasi di Kota Kinabalu.

Para peserta diberi peluang untuk mewarna motif batik di PKS.

Lawatan pada 9 April 2022 ini sempat memberi peluang kepada para peserta MIKA untuk mencuba aktiviti mewarna batik yang dikendalikan oleh usahawan ‘Start-Up’ batik PKS iaitu Puan Dolores David. Para peserta diharapkan mendapat pendedahan berkenaan seni kraf tangan dan batik di Sabah.

Lawatan ke

Galleria Artisan

Puan Sri Tini Suriani (bertudung biru) berserta rombongan melawat Galleria Artisan di Menara Kinabalu.

Isteri kepada Pengerusi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia, Puan Sri Tini Suriani binti Mohd Sharif diiringi oleh beberapa Ahli PUSPANITA KWSP Cawangan Sabah telah mengadakan lawatan ke Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha dan Menara Kinabalu pada 20 Jun 2022. Rombongan berkenaan telah disambut oleh Pengurus Besar, Kristal Handal Sdn. Bhd., Puan Zaiton Bakri dan dibawa melawat bengkel menghasilkan Batik Bayu di Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha serta melihat hasil-hasil produk kraf tangan, batik dan lukisan hasil daripada usahawan tempatan di kedua-dua galeri.

40

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Perlawanan akhir yang menyaksikan pertembungan antara Boss Bundle FC dan Darau FT.

Kejohanan Futsal Terbuka Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Kaamatan Piala YB Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar pada 11 Jun 2022. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif Innoprise Capital Sdn. Bhd. untuk merancakkan lagi aktiviti penganjuran sukan di Kompleks Sukan Tun Adnan. Sebanyak 18 pasukan futsal telah menyertai kejohanan futsal lelaki terbuka ini. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Boss Bundle FC yang membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM 3000.00 berserta piala. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Darau FT yang menerima wang tunai berjumlah RM1200.00.

Naib Juara: Darau FT.

Juara: Darau FT. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

41


KEJOHANAN

G LF DALAMAN KUMPULAN YAYASAN SABAH INNOPRISE CAPITAL SDN. BHD.

ANJURAN

Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kejohanan Golf Dalaman Kumpulan Yayasan Sabah pada 18 Jun 2022 sebagai platform untuk pemilihan atlet mewakili Kumpulan Yayasan Sabah ke Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14 di Sarawak kelak. Seramai 39 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Encik Jacquin (kiri) pemenang bagi kategori Nett.

KATEGORI NETT Juara : Encik Jacquin Ismail (Sabah Softwoods Berhad) Naib Juara : Haji Ghulam Hassan bin Hapil (Zon Pedalaman Selatan) Ketiga : Encik Pailin Jani, (Unit Pengukuhan dan Pemantauan) Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)

EDITORIAL

KATEGORI GROSS Juara : Encik Juanis Tinggal (Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi) Naib Juara : Encik Sabaruddin bin Ismail (Kolej Teknikal Yayasan Sabah) Ketiga : Encik Midi Inggam, (Unit Pentadbiran - Kenderaan Gunasama)

KATEGORI JEMPUTAN Juara : Encik Nordin Jaafar Naib Juara : Encik Kamaruddin Ismail Ketiga : Encik Neezam @ Jenos Tinggal

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.

PENASIHAT Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP

Staf Pejabat Ketua Pegawai Operasi Staf Kolej Teknikal Yayasan Sabah

SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Izan binti Awang Razli Mohd. Redzuan Mohamad Zin Nur Syafathin binti Mohd. Yadi

REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Juliana Lim Yuen Ling Hannah Hidayati binti Zainudin Muhammad Fahmi Abdul Alim

SUMBANGAN RENCANA Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Pejabat-Pejabat Zon Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.

Encik Juanis (kiri) pemenang bagi kategori Gross.

JURUGAMBAR Bertille Alex Boyou Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence

Azli Abu Bakar Mazlan Haruddin Junior Juryzam bin Jumat TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.