
3 minute read
Danum Valley as Class
Vol.17NO.3 May/June1995 ISSUE FreeDistribution/Percuma
KECEMERLANGAN BERSUKAN MEMUPUK PERPADUAN
Datuk Seri Panglima Joseph diperkenalkan kepada ahli-ahli kontinjen tuan rumah, Tawau ;aJIaguh-jaguh sukan sambi! diiringi oleh Pengarah/Ketua Eksekutif Yayasan Sabahlln nap rise COrpOYSIICSB, Datuk Musa Haji Aman. ration Sdn. Bhd. kembali bertarung di dalam Pesta Sukan Antara Daerah (PESADA) YS/ICSB Ke-VI yang diadakan pada 22 Mei hingga 26 Mei 1995 . Upacara pembukaan rasmi Pesta Sukan dwitahunan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Kurup pada22 Mei di Padang Stadium Tawau. Didalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Panglima Joseph menekankan kepentingan Pesta Sukan tersebut di dalam mencetus dan memupuk rasa persefahaman, muhibah dan perpaduan yang boleh merapatkan lagi hUbungan kekeluargaan dan kekitaan di antara kakitangan YS/ICSB. "Kecemerlangan bersukan bukanlah semata-mata dimanifestasi oleh prestasi yang unggul dan pencapaian fizikal yang tinggi. lajuga seharusnya merangkumi semangat juang dan bertanding yang jitu, kerjasama yang erat dan yang paling utama pengwujudan toleransi serta perasaan persefahaman di antara rakan sepasukan dan lawan. " tegas beliau. Datuk Seri Panglima Joseph berharap PESADA akan menarik penyertaan lebih ramai kakitangan YS/ICSB di masa akan datang. "In; boleh dicapai dengan mempelbagaikan acara-acara sukan PESADA sejajar dengan perkembangan sukan negeri," tambah beliau.
Menyentuh tentang program Rakan Sukan, salah satu cabang Rakan Muda, Datuk Seri Panglima Joseph menyeru golongan ibubapa dan belia yang merupakan tunjang organisasi dan negara agar menjadikan program tersebut satu kejayaan melalui penglibatan yang serius dan berterusan. "Justeru itu, YS/ICSB melalui Unit Sukan dan Rekreasi mampu menyumbang ke arah menjayakan program ini dengan mengeksploitasi sepenuhnya kemudahan Pusat Sukan Yayasan Sabah melalui kegiatan promosi yang agresif khususnya kepada golongan belia."
ANTARAYANG
MENARIK
CM visits PH, BRL and DVFC 4
. AKSI PESADA 95
Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah 6·7
Danum Valley as Class 1 Forest Reserve 8
Pembacaan ikrar PESADA oleh wakil peserta, Jumal sabang dari Kontinjen Tawau.
Barisan kita perbarisan berjalan lalu oleh kontinjen Lahad Datu.
Satu keluarga sebahagian daripada ahliahli kontinjen Sandakan. Kontinjen Tawau memenangi pasukan perbarisan berjalan lalu terbaik.
Pencabar .... Clarence Estrop mengetuai perbarisan kontinjen Kota Kinabalu.
Apa khabar Datuk Datuk Seri Pang lima Jos, berkenalan dengan ketua perbarisan kontinjt. .. Sandakan, Thaijudin Jeman.
Datuk Seri Pang lima Joseph melepaskan belon menandakan bermulanya kejohanan PESADA
Kempen Kesedaran Penderaan Kanak·kanak 11

Ke-VI1995.
TIGA RIBU PELAJAR SERTAI SEMINAR SPM/STPM
Lebih daripada tiga ribu pelajar telah menyertai Seminar Sijil Pelajaran MalaysialSijil Tinggi Persekolahan Malaysia [SPMlSTPMj yang berlangsung tma enam hari bermula dari 5 Jun lalu.
Seminar tersebut telah diadakan di sembilan buah pusat di seluruh negeri. Pusat-pusat tersebut ialah SMK Abdul Rahim, Kudat; SMK Kinabatangan, Sandakan; SMK Membakut; SMK Elopura, Sandakan; SMK Gunasanad, Keningau; SMK Kuhara, Tawau; SMK Abdullah, Semporna; SMK Majakir, Papar dan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
Profesor Dr. Othman Puteh (Universiti Malaya) sedang membentangkan :>ertas kerja beliau.
Antara lain objektif seminar tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar SPM/STPM mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan; meningkatkan prestasi kelulusan dalam kedua-dua peperiksaan; dan memberi pengetahuan kepada mereka mengenai skema pemarkahan.
Seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajaran Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Dr. Hasbullah Hajj Mohd. Taha pada 5 Jun lalu di SMK Majakir, Papar.
PROGRAM ANAK ANGKAT
Seramai enam belas pelajar Yayasan Sabah/Sarawak telah menyertai Program Anak Angkat yang bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun lalu di Papar.
Program yang meliputi enam buah kampung itu dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajaran, Yayasan Sabah dengan kerjasama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Papar. Kampungkampung terse but ialah Benoni, Seberang Benoni, Buang Sayang 1, Buang Sayang 2, Melugus and Kelanahan.
Objektif program ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar Sarawak memahami kehidupan serta budaya masyarakat Sabah yang berbilang Kaum disamping memberi peluang kepada mereka mengembangkan potensi bakat kepimpinan mereka. Program ini juga bertujuan untuk membentuk sikap pelajar untuk berdikari dan berinteraksi dengan masyarakat setempat dan mendedahkan mereka pada cara-cara pembelajaran yang berkesan.
Sebelas daripada pelajar terse but adalah dari Sarawak yang menuntut di tiga buah sekolah di negeri ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Berasrama Penuh Sabah, Sekolah Berasrama Penuh Labuan dan Sekolah Agama Kinarut dan selebihnya berasal dari Sabah. Pelajar dari Sabah menuntut di SMK Majakir, SMK All Saints and SMK Sanzac.
Antara lain aktivti yang diadakan ialah lawatan sambil belajar ke Tambunan, Keningau, Ranau, Kota Belud dan Kudat di sam ping kelas kaunseling dan motivasi.
Acara penutupan program terse but telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Rahim Ismail di pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Papar pada 11 Jun lalu. n

Rahim Ismail memberi cenderakenangan kepada ayah angkat sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah, Yayasan Sabah, Tengku D.l AdJin.