2 minute read

Kerjasama YS dan Jab. Pendidikan Dipertingkatkan

KERJASAMA YS DAN JABATAN PENDIDIKAN DIPERTINGKAT

hadir di maj lis tersebut ialah Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Mohd. Tahir Jaafar, Pengetua SMK Agama Limauan, Tuan Haji Ahmad Haji Abdul Hamid dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Sabah.

Semangat kerjasama di antara Yayasan Sabah dan Jabatan Pendidikan Sabah akan terus dipertingkatkan di masa-masa akan datang, demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Musa Haji Aman.

"Salah satu aspek yang sudahpun dibincangkan bersama ialah berkenaan dengan pembinaan asrama khususnya asrama-asrama daerah di mana Yayasan Sabah dan Jabatan Pendidikan Sabah akan bekerjasama dalam mengenal pasti dan membina asrama dalam kawasan-kawasan yang memeriukan," jelas Datuk Musa sempena dengan Majlis Penyerahan Bangunan SMK Agama Limauan, Kawang kepada Jabatan Pendidikan Sabah pada 6 Ogos lalu bertempat di Bilik Latihan Yayasan Sabah.

Beliau menambah, dengan adanya kerjasama sedemikian Yayasan Sabah akan dapat merancang pembangunan asramaasrama selaras dengan kehendak atau keperluan semasa sesebuah daerah.

Menyentuh tentang penyerahan bangunan sekolah terse but, Datuk Musa berkata ia menandakan satu lagi detik penting yang melambangkan kesinambungan kerjasama erat di antara Jabatan Pendidikan Sabah dan Yayasan Sabah dalam konteks pembangunan pelajaran di Sabah dan meningkatkan lagi peranan Yayasan Sabah dalam membantu dan menokok tambah usaha Jabatan Pendidikan ke arah memperbaiki mutu pelajaran di Sabah.

Bangunan SMK Agama Limauan dibina pada awal tahun 1974, dengan menelan belanja sebanyak RM3.1 juta. Kemudahan-kemudahan bangunan tersebut yang diserahkan kepada Jabatan Pendidikan termasuklan dua blok asrama perempuan, sebuan blok asrama lelaki, lima unit bilik kuliah, satu unit bilik makmal, satu unit dewan makan, lapan unit rumah guru, satu unit rumah pengetua sekolah, satu blok bangunan pentadbiran dan satu unit surau. Datuk Musa menyerahkan replika kunci kepada Datuk Dr. Hasbullah sebagai simbol penyerahan Bangunan SMK Agama Limauan.

BANTUAN AM YS

Para pelatih Maktab Perguruan Sandakan dan penghuni Pusat Latihan Taman Cahaya Sandakan masing-masing mendapat kemudahan tambahan ehsan sumbangan Bantuan Am Yayasan Sabah baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Musa Aman dalam suatu majlis yang diadakan pada 9 Ogos lalu bertempat di Pusat Latihan Taman Cahaya Sandakan.

Maktab Perguruan Sandakan mendapat bantuan satu set janakuasa elektrik d wang tunai RM 1,500 manakala Pusat Latihan Taman Cahaya Sandakan menerima sumbangan sebuah van bemilai RM48,450.

Dalam ucapan beliau sempena dengan majlis tersebut, Datuk Musa berkata sumbangan tersebut disampaikan bagi melicinkan pentadbiran kedua-dua institusi.

Penguasa Pusat Latihan Taman Cahaya Sandakan, Ibrahim A. Hamid dan Pengettfa Maktab Perguruan Sandakan menerima sumbangan daripada Datuk Musa bagi pihak institusi masing-masing

This article is from: