Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2/2012 (April-Jun 2012)

Page 1

Free Distribution

KYS Sembulan muncul juara bagi kategori lelaki manakala juara bagi kategori wanita pula adalah pasukan Angku FC di Pertandingan Futsal Dalaman Kumpulan Yayasan Sabah. Pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah diadakan di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tun Adnan pada 30 Jun 2012. Pasukan KYS Sembulan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM600 serta piala selepas mengalahkan KYS B pada perlawanan akhir. Di perlawanan akhir, KYS Sembulan menang 3-0 melalui jaringan Ronny Asmadul, Sapawi Maidin dan Yahya Maini. Sementara itu, KYS B yang terpaksa berpuas hati untuk bergelar naib johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400 dan piala.

KYS Sembulan Angku FC

Tempat ketiga pula dikongsi bersama oleh pasukan QPR dan pasukan YSG Tawau untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM200 setiap pasukan setelah kalah pada separuh akhir. Juara kategori wanita pula iaitu pasukan Angku FC menerima hadiah wang tunai RM350 serta piala diikuti oleh pasukan Santaw yang menerima hadiah wang tunai RM250. Tempat ketiga jatuh kepada pasukan FSi United yang menerima wang tunai RM150. Pertandingan ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di antara staf Kumpulan Yayasan Sabah demi melahirkan generasi aktif bersukan. Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang menggunakan sistem liga.

Produced by Yayasan Sabah Group, (Corporate Services Division). Printed by Percetakan Kolombong Ria Sdn. Bhd. (290030-P) Tel: 088 426691

April - June 2012

Volume 2/2012


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2/2012 (April-Jun 2012) by Yayasan Sabah Group - Issuu