Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 3/2020 (Oktober-Disember 2020)

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Oktober - Disember 2020

PELAJAR TAJAAN KUMPULAN YAYASAN SABAH BALIK KE SABAH

Merry Christmas & Happy New Year

Jilid 3/2020


PELAJAR SABAH

lega dapat pulang ke kampung Di tengah penularan pandemik kes COVID-19, seramai 93 orang pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah dibawa pulang ke Sabah daripada Semenanjung Malaysia pada 2 Disember 2020 dan 4 Disember 2020 selepas lebih sebulan tinggal di asrama berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

Pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah disambut oleh Datuk Haji Gulamhaidar semasa tiba di KKIA.

Pelajar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah disambut oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Tiket penerbangan sewa khas mereka ditaja oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Menurut Datuk Haji Gulamhaidar, pelajar-pelajar terbabit merupakan pelajar-pelajar daripada 30 buah sekolah menengah asrama penuh di Semenanjung Malaysia. “Pada 2 Disember 2020, kumpulan pertama melibatkan seramai 84 orang pelajar balik ke Kota Kinabalu, termasuk tiga orang pelajar yang balik ke Lahad Datu dan 15 orang pelajar yang balik ke Tawau. Sementara itu, pada 4 Disember 2020, sembilan orang pelajar pulang ke Sandakan daripada Kuala Lumpur,” tambahnya.

Pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah disambut oleh Pengurus, Bahagian Pantai Timur (Tawau) Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin (depan,dua dari kiri) semasa tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 3 Disember 2020.

Nur Fasihah (kiri) dan kakaknya Nur Fikriyah (kanan) bersama bapa mereka, Encik Mohd. Fadzli bin Abdullah Morad.

“Proses kepulangan pelajar diatur secara berperingkat berdasarkan pematuhan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebelum pulang ke Sabah, para pelajar ditempatkan di Wisma Yayasan Sabah di Jalan Ampang dan Asrama Adni, Kuala Lumpur,” kata Datuk Haji Gulamhaidar lagi. “Pelajar-pelajar itu telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Kuala Lumpur dan dikuarantin di rumah masing-masing setelah tiba di Sabah. Mereka dijangka akan berada di Sabah sehingga sekolah dibuka semula pada 20 Januari 2021,” tambahnya lagi. “Dengan melakukan tindakan lebih awal yang efektif dan drastik, kita dapat 02

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah disambut oleh Pegawai Tadbir, Bahagian Pantai Timur (Sandakan) Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani (kanan) semasa tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada 4 Disember 2020.

memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar dapat dikekalkan pada masa akan datang,” tegasnya. Datuk Haji Gulamhaidar turut mengucapkan terima kasih kepada MKN, KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut terlibat dalam urusan kepulangan pelajar-pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. “Terima kasih saya ucapkan kepada pegawai daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi atas kelancaran perjalanan pelajar kami dari Semenanjung Malaysia kembali ke daerah masing-masing.” Beliau juga berharap agar ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka mematuhi prosedur

kuarantin yang ditetapkan oleh KKM di rumah masing-masing. Pelajar Nur Fasihah binti Mohd. Fadzli bersama kakaknya Nur Fikriyah binti Mohd. Fadzli daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru ketika ditemui di KKIA berkata, semasa terkandas, mereka berusaha agar emosi mereka tidak terganggu dengan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti. Ini adalah kali kedua Kumpulan Yayasan Sabah membawa pulang pelajar tajaannya balik ke Sabah selepas gelombang pertama pandemik COVID-19 ini bermula pada 2 Mei 2020.


Gambar berkumpulan.

KEGEMBIRAAN PELAJAR DAPAT PULANG KE SABAH Sidang redaksi Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemuramah dengan beberapa orang pelajar mengenai perasaan mereka apabila dimaklumkan yang mereka bakal dihantar balik ke Sabah pada 2 Disember 2020 dan 4 Disember 2020.

Ayunie binti Efno Abas, Beaufort Tingkatan 4, SM Sains Muzaffar Syah, Melaka “Saya berasa amat bersyukur kerana dapat balik ke rumah semula. Perasaan sangat gembira ini tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya juga dapat menambah pengalaman apabila menaiki kapal terbang diiringi oleh pasukan anggota polis. Perasaan bercampur baur apabila sampai ke lapangan terbang. Saya berasa simpati terhadap pelajar yang tidak dapat balik ke kampung halaman akibat PKPB ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang bertungkus-lumus membawa kami pulang ke Sabah. Terima kasih.”

Nur Izzati binti Abdul Karim, Kota Kinabalu Tingkatan 4, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor “Saya sangat terharu dan bersyukur kerana akhirnya dapat pulang ke pangkuan keluarga. Dengan keadaan negara kita yang dilanda pandemik COVID-19, berada di samping keluarga sangat membantu saya dari segi mental sebagai seorang pelajar. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kumpulan Yayasan Sabah atas usaha membawa kami pulang ke Sabah melalui penerbangan khas serta menjaga kesihatan dan keselamatan kami ketika berada di Wisma Yayasan Sabah Kuala Lumpur.”

Riffat Anaqi bin Gani, Tawau Tingkatan 2, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak “Saya berasa sangat gembira sebab sudah hampir lima bulan saya tidak balik ke Sabah dan berjumpa dengan keluarga tercinta. Saya turut berasa bersyukur kerana dapat balik ke rumah di kampung halaman semula. Terus terang saya kongsi di sini, masalah COVID-19 ini agak mencabar untuk sentiasa memastikan segala aspek mental dan fizikal terus kuat.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

03


Abu Haniffah bin A. Ghani, Ranau Tingkatan 4, Victoria Institution, Kuala Lumpur “Saya berasa sangat gembira sebab saya sudah berada di Kuala Lumpur sejak awal bulan Oktober hingga bulan Disember semenjak PKPB. Terima kasih banyak kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana menaja kos penerbangan kami pulang ke pangkuan keluarga. Saya juga sangat menghargai jasa baik semua pegawai dan staf Kumpulan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur yang menjaga kami sepanjang kami berada di Wisma Yayasan Sabah di Jalan Ampang.”

Ronna Christy Amadza, Telupid Tingkatan 1, SMS Seri Puteri, Kuala Lumpur “Sebenarnya saya berasa letih dengan pelbagai prosedur yang kami lalui dan proses menunggu untuk kami dibawa pulang ke Sabah. Namun, saya sangat gembira dan sepanjang pererbangan dalam kapal terbang, saya tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga. Saya amat merindui ibu dan bapa saya.”

Muhammad Irfan Hafizan bin Dahari, Lahad Datu Tingkatan 1, Kolej GENIUS@Pintar Negara Kampus IPG Raja Melewar, Seremban “Saya berasa sangat sebak akibat terlalu gembira mendapat berita yang kami akan dihantar pulang ke Sabah. Bayangkan setelah lebih sebulan berada di Wisma Yayasan Sabah untuk proses-proses ujian saringan COVID-19 dan sebagainya. Perasaan tidak sabar ingin pulang ke Sabah menghitung hari demi hari termasuk rasa gembira apabila akhirnya dimaklumkan kami akan pulang. Saya sangat bersyukur dapat berjumpa dengan keluarga saya semula.”

Adawiyah Zeenat binti Mohammad Rozalli, Kota Kinabalu Tingkatan 3, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor “Perasaan saya apabila mengetahui yang kami akan pulang ke kampung halaman masingmasing bercampur baur ketika itu. Sudah tentu saya berasa gembira yang tidak terungkap kerana sudah 48 hari berjauhan daripada keluarga saya. Pada masa yang sama, saya berasa sedikit kehilangan kerana saya sudah dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran ketika itu. Terselit juga perasaan tidak ingin berjauhan daripada rakan-rakan saya di Wisma Yayasan Sabah membuatkan hati saya rasa sedih. Namun, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama semula dengan keluarga. ”

Selamat Kembali kepada Semua Pelajar #kitajagakita #kitamestimenang 04

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Haji Gulamhaidar (tiga dari kanan) diperkenalkan kepada Ketua Bahagian, Unit dan Anak Syarikat Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha pada 4 November 2020.

DATUK HAJI GULAMHAIDAR @ YUSOF BIN KHAN BAHADAR DILANTIK PENGARAH YAYASAN SABAH/PENGERUSI EKSEKUTIF ICSB

Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB berkuatkuasa 2 November 2020.

tahun 2008 hingga 2013 di samping Pengerusi Innovision (PNG) Private Limited, salah sebuah anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Haji Gulamhaidar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah N28 Kawang sebelum ini pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah pada tahun 2013 hingga 2018 dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada

Dengan pengalaman luas dalam aspek pembangunan rakyat dan juga dalam aktiviti komersial, pelantikan Datuk Haji Gulamhaidar ini adalah tepat pada masanya dalam usaha Kumpulan Yayasan Sabah bergerak maju ke arah kecemerlangan di samping meningkatkan peluang pendidikan dan ekonomi rakyat Sabah.

Mantan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (kiri) menerangkan mengenai barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Datuk Haji Gulamhaidar.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

05


ENCIK DOUGLAS JOINOL

DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI, INNOPRISE CORPORATION SDN. BHD. Encik Douglas Joinol telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer) Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) berkuatkuasa 1 Disember 2020. Pelantikan ini merupakan penstrukturan baharu untuk memantau serta mentadbir urus aktiviti-aktiviti komersial ICSB dan anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Yayasan Sabah. Encik Douglas yang merupakan mantan Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti-aktiviti komersial Kumpulan Yayasan Sabah.

06

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Haji Gulamhaidar (tengah) membincangkan isu-isu yang diketengahkan oleh Wakil Pekerja.

MAJLIS BERSAMA JABATAN

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah telah menutup tirainya untuk tahun 2020. Mesyuarat terakhir MBJ ini telah dipengerusikan oleh Pengarah YS/Pengerusi Eksekutif ICSB yang baharu, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar buat pertama kalinya pada 9 Disember 2020. Dalam mesyuarat tersebut beliau diperkenalkan dengan barisan Ahli-ahli Wakil Pekerja Kumpulan Yayasan Sabah oleh Encik Sam S. Karnail selaku Setiausaha Bersama MBJ Kumpulan Yayasan Sabah (Wakil Pengurusan).

Dalam ucapan aluannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wakil Pengurusan dan Pekerja yang telah berkhidmat untuk MBJ selama ini dan berharap kerjasama yang erat antara Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja dapat menyelesaikan pelbagai perkara demi kepentingan organisasi.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai dua orang Wakil Pekerja dari kawasan Kota Kinabalu iaitu Encik Jeffrey Richard Baxter dan Encik Mohd. Salim bin Japaran dan tujuh orang Wakil Pengurusan termasuk Urus Setia MBJ. Wakil Pekerja dari luar daerah Kota Kinabalu iaitu Puan Bibiana Stephens, Encik Mohd. Zulhairy bin Zakaria dan Puan Hajah Rukiah binti Kadir menghadiri mesyuarat kali ini secara maya sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan oleh kerajaan. Pada mesyuarat kali ini sebanyak 24 isu telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu pentadbiran, sumber manusia, perubatan, Pekerja Bergaji Hari (Daily Paid Workers, DPW), pandemik COVID-19 dan infrastuktur. Memandangkan PKPB, pada kali ini Wakil Pekerja MBJ tidak membuat sebarang perjumpaan dengan staf Kumpulan Yayasan Sabah bagi mendapatkan isu-isu untuk dibawa ke mesyuarat induk MBJ. Sebaliknya isu-isu diperoleh melalui kaedah WhatsApp dan telefon.

Antara Wakil Pekerja yang hadir dalam mesyuarat secara maya. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

07


BAHAGIAN PANTAI BARAT PROGRAM LATIHAN KRAFTANGAN (PLK) PLK Rinago Ribu-Ribu telah dianjurkan oleh pejabat Bahagian Pantai Barat (Kota Marudu) dengan kerjasama Pusat Kraftangan Sabah pada 17 hingga 24 ogos 2020 bertempat di Kampung Rugading, Matunggong. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam pembuatan kraf tangan rinago kepada para peserta yang terlibat. Program ini dikendalikan oleh seorang jurulatih kraf yang merupakan pengusaha kraf dari Matunggong, Encik Nasir Morumting. Majlis penutupan program yang memberi manfaat kepada seramai 10 orang peserta ini telah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan, Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Puan Zaiton Bakri (ketika itu). Para peserta program sedang membuat kerja amali selepas mendapat tunjuk ajar daripada Encik Nasir.

Puan Zaiton (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus sambil diperhatikan oleh Penolong Pegawai Bahagian Pantai Barat (Matunggong), Encik Pudin Ibrahim (kiri) dan Encik Nasir.

Para peserta kursus menitip kenangan bersama pihak penganjur.

08

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


KURSUS LANJUTAN SENI KRAF Pejabat Bahagian Pantai Barat (Kota Marudu) dengan kerjasama PKS telah menganjurkan Kursus Lanjutan Seni Kraf yang berasaskan tempurung kelapa pada 17 hingga 21 Ogos 2020 bertempat di Kampung Sungai Eloi, Pitas. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta memperbaiki mutu penghasilan produk kraf tempatan khasnya yang berasaskan tempurung kelapa. Seramai sembilan orang peserta berjaya mengikuti kursus tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh peserta kursus.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

09


PROGRAM PEMBUATAN DAN UKIRAN BERASASKAN KAYU Pejabat Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) telah mengadakan Program Pembuatan dan Ukiran Berasaskan Kayu (mini kulintangan) pada 24 sehingga 28 Ogos 2020 bertempat di Bengkel Gambus, Kg. Seri Serdang Bongawan. Seramai 10 orang peserta telah mengikuti program tersebut di bawah bimbingan Encik Awangku Mohd. Hasim bin Awang Besar.

Pembuatan dan Ukiran Berasaskan Kayu (mini kulintangan).

Gambar kenangan para peserta bersama Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu), Puan Mardiana Mohd. Yasin (bertudung) dan Encik Awangku Mohd. Hasim (duduk di hadapan, kiri).

PROGRAM PEMBUATAN TUDUNG MAKANAN Seterusnya pada 24 hingga 28 Ogos 2020, pejabat Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) telah mengadakan Program Pembuatan Tudung Makanan Berasaskan Bambu bertempat di Pusat Kraftangan Kg. Babagon, Penampang. Seramai 10 orang peserta telah mendapat manfaat daripada program tersebut yang dibimbing oleh Encik Andreas Doon Molinggun.

Peserta Program Pembuatan Tudung Makanan Berasaskan Bambu tekun menyiapkan tudung makanan semasa latihan diadakan.

Jurulatih program, Encik Andreas (duduk, tiga dari kanan) bersama peserta kursus dengan hasil tudung makanan mereka. 10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


YAYASAN SABAH PRIHATIN Pejabat Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) telah melaksanakan penyerahan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) bertempat di 57 buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tamparuli, Tuaran dan Ranau. Program penyerahan BMYS ini telah diadakan bermula bulan Ogos sehingga September 2020 dan telah memberi manfaat kepada seramai 390 orang pelajar.

Penerima BMYS daripada SM Stella Maris, Kota Kinabalu pada 28 Ogos 2020.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu), Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan bersama penerima terpilih BMYS daripada SMK Putatan pada 26 Ogos 2020.

Para penerima BMYS bertempat di SMK Sanzac, Kota Kinabalu pada 1 September 2020.

Para penerima SMK Tansau, Putatan pada 26 Ogos 2020.

Penerima BMYS daripada SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu pada 1 September 2020.

Adik Julianah binti Jahari penerima tunggal BMYS daripada SMK Pulau Gaya pada 28 Ogos 2020.

Penerima BMYS daripada SM La Salle, Kota Kinabalu pada 1 September 2020. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


YAYASAN SABAH PRIHATIN Manakala itu, pemberian BMYS kepada tujuh buah sekolah dan menengah di daerah Ranau telah dilaksanakan pada 26 dan 27 Ogos 2020.

Penerima BMYS daripada SMK Bundu Tuhan, Ranau.

Penerima BMYS daripada SMA Al-Irsyadiah, Ranau.

Penerima BMYS daripada SMKA Mohamad Ali, Ranau.

Penerima BMYS daripada SMK Kemburongoh, Ranau.

Penerima BMYS daripada SMK Ranau, Ranau.

Guru Biasiswa, SMK Mat Salleh, S. Willin S. Kimin menyerahkan BMYS kepada pelajar SMK Mat Salleh, Ranau. Penerima BMYS daripada SMK Matupang Jaya, Ranau. 12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Penampang), Encik Lianard Ingging (kiri) bersama penerima BMYS daripada SMK Bahang, Penampang pada 2 September 2020.

Pegawai Tadbir Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu), Puan Florine Chiuh (kanan) bersama para penerima BMYS daripada SM All Saints, Kota Kinabalu pada 3 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang pada 2 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SM Agama Kota Kinabalu pada 3 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SMK Limbanak, Penampang pada 3 September 2020.

Penolong Pegawai Bahagian Pantai Barat (Tamparuli), Puan Verna Onoh (tengah) menyampaikan BMYS kepada salah seorang penerima daripada SMK St. James Tenghilan, Tamparuli pada 3 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SM St. Michael, Penampang pada 3 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SMK Tenghilan, Tamparuli pada 3 September 2020. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


Para penerima BMYS daripada SMK Tamparuli, Tamparuli pada 4 September 2020.

Puan Florine (tiga dari kanan) bersama para penerima BMYS daripada SMK Taman Tun Fuad Luyang, Kota Kinabalu pada 4 September 2020.

Penolong Akauntan, Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu), Puan Elesia Kinian Chin (kiri) bersama para penerima BMYS daripada SMK Kinarut, Papar pada 7 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SMA Toh Puan Hajah Rahmah, Papar pada 7 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SM St. Francis Convent, Kota Kinabalu pada 4 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SMK Takis, Papar pada 8 September 2020.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Papar), Puan Mardiana binti Mohd. Yasin (depan, dua dari kiri) menyampaikan BMYS kepada salah seorang penerima BMYS daripada SMK Pengalat Besar, Papar pada 7 September 2020.

Para penerima BMYS daripada SMK St. Joseph, Papar pada 8 September 2020.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


YAYASAN SABAH PRIHATIN Sepanjang bulan September 2020, pajabat Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) telah menjalankan program Yayasan Sabah Prihatin kepada sekolah rendah dan menengah bertempat di daerah Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Putatan dan Papar.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Papar), Puan Mardiana binti Mohd. Yasin (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan pelitup muka kepada SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 7 September 2020.

Penolong Akauntan, Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) Puan Elesia Kinian Chin menyerahkan sumbangan pelitup muka kepada Penolong Kanan 1 (Pentadbiran), SMK Kinarut, Papar, Encik Basri bin Musa (kanan) pada 7 September 2020.

Penyerahan sumbangan pelitup muka oleh Puan Mardiana (dua dari kiri) kepada Penolong Kanan 1 (Pentadbiran), SMK Pengalat, Papar, Encik Masrin bin Zaini (depan, kanan) pada 7 September 2020.

Program tersebut telah berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama pejabat pendidikan di daerah masing-masing. Sejumlah 4,150 buah kotak pelitup muka telah disumbangkan yang melibatkan 283 buah sekolah rendah dan 66 buah sekolah menengah di daerah-daerah tersebut.

Penyerahan sumbangan pelitup muka oleh Puan Mardiana (dua dari kanan) kepada Pengetua SMA Negeri Sabah (Pantai Manis), Papar, Tuan Haji Akbar bin Husain pada 8 September 2020.

Penyampaian sumbangan pelitup muka oleh Puan Mardiana kepada Pengetua SMK St. Mary, Papar, Encik Philip Chew (kanan) pada 8 September 2020.

Penyampaian sumbangan pelitup muka oleh Puan Elesia kepada Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, SMK Takis, Papar, Encik Rosmazlan Abd. Rashid (kiri) pada 8 September 2020. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


Pengurus Kumpulan, Bahagian Pantai Barat, Encik Hanafiah Diman (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan pelitup muka untuk diagihkan ke sekolahsekolah kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Papar, Encik Suhami Basri (empat dari kanan) pada 18 September 2020.

Encik Hanafiah menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu, Puan Tah Nia binti Haji Jaman (dua dari kiri) pada 21 September 2020.

Encik Hanafiah menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, Puan Indang Kasi Haji Sipin pada 21 September 2020.

Sumbangan pelitup muka Kumpulan Yayasan Sabah diterima oleh Pejabat Pendidikan Daerah Ranau yang diwakili oleh Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Encik Noonjah bin Keh (dua dari kiri) pada 22 September 2020.

Encik Hanafiah menyampaikan pelitup muka kepada Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Puan Hajah Wanihim binti Othman pada 23 September 2020. 16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN Seterusnya pejabat Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) telah menyelaraskan Program Bantuan Bakul Makanan dengan kerjasama Yayasan Hasanah pada 12 hingga 20 November 2020. Pada program tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengagihkan bakul makanan kepada golongan B40 yang

terkesan daripada Pandemik Covid-19. Seramai 154 keluarga golongan B40 di daerah Ranau, Tuaran, Tamparuli, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar telah mendapat manfaat daripada program tersebut.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu), Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Encik Rosli bin Taib @ Harun dari Kg. Kuala 2, Putatan pada 12 November 2020.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Tuaran), Puan Linda Anthony (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Puan Rusimah binti Hassan di Kg. Indai, Tuaran pada 12 November 2020.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Ranau), Tuan Haji Hadzis Jumat (kiri) menyampaikan bakul makanan kepada Encik Paramin bin Anduyok di Kg. Nunuk Ragang, Ranau pada 13 November 2020.

Puan Jessie (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Puan Justina Moilis di Kg. Bambangan, Inanam pada 16 November 2020.

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu), Puan Jessie Toiloh (kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada Encik Francis Ali Kg. Babagon Toki, Inanam pada 17 November 2020.

Puan Linda menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Puan Liamah Bansayan di Kg. Malangang Baru, Tuaran pada 17 November 2020.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


Encik Francis Ali (kanan) dari Kg. Babagon Toki menerima sumbangan bakul makanan daripada Puan Jessie pada 17 November 2020.

Penolong Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Tamparuli), Puan Verna Onoh (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Puan Solima binti Indus di Kg. Koporingan, Tamparuli pada 18 November 2020.

Puan Verna menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Encik Bintang bin Ekoh dari Kg. Nohirot, Tamparuli pada 18 November 2020.

Encik Abu Zarin menyampaikan bakul makanan kepada Encik Abd. Said bin Dollamit di Kg. Tebongon, Putatan pada 18 November 2020.

Puan Regina Mantayuk (tengah) dari Kg. Marab-Arab Timpoluon, Babagon, Penampang menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Penampang), Encik Lianard pada 19 November 2020.

Encik Lianard Ingging (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Encik Liew Ag Ngow di Kg. Babagon Bawah, Penampang pada 19 November 2020. 18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pegawai Kawasan Pantai Barat (Papar), Puan Mardiana binti Mohd. Yasin (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Encik Casius Janggul di Kg. Biau, Papar pada 19 November 2020.

Puan Mardiana (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Encik Tilus Masupan dari Kg. Rampazan, Papar pada 20 November 2020.


BAHAGIAN PEDALAMAN PROGRAM LATIHAN KRAFTANGAN (PLK) Pejabat Bahagian Pedalaman (Keningau) melalui peruntukan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah mengadakan PLK pada 7 hingga 11 September 2020 di Bengkel Kraftangan Kg. Sinulihan, Sook, Keningau. Antara objektif program ini adalah untuk latihan teknikal kepada para peserta tentang teknik menghasilkan produkproduk kraf yang berkualiti mengikut spesifikasi yang

ditetapkan. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan menyokong dan membantu PKS dalam memajukan industri kraf tangan di Sabah. Seramai 10 orang peserta telah dilatih membuat beberapa peringkat penyiapan produk. Produk place mat berukuran 12” x 12” yang dihasilkan adalah berdasarkan bahan mentah tempatan seperti buluh, rotan dan salingkawang.

Produk place mat yang dihasilkan.

Proses merendam dan mewarnakan bilah kelarai daripada salah seorang peserta kursus, Puan Sabina binti Rintingan.

Proses memotong bahagian tepi setelah siap anyaman place mat.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Bahagian Pedalaman (Beaufort) bersama Yayasan Hasanah telah mengadakan Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan kepada penduduk yang tersenarai dalam E-kasih dan juga B40 di Membakut, Kuala Penyu dan Beaufort. Melalui program ini ia dapat membantu penduduk yang terjejas dari pandemik COVID-19. Pegawai Tadbir Kanan, Bahagian Pedalaman (Beaufort) Encik Ganilin Hasim (kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Encik Abidin O.T Udin di Kg. Bambangan Membakut pada 16 November 2020 turut disaksikan oleh Pegawai E-Kasih Beaufort, Cik Nor Aqilah Ibrahim (kiri).

Encik Ganilin menyampaikan 69 bakul bantuan makanan kepada Penolong Pegawai Daerah Beaufort Encik Abd. Karim A.M. Zahar (tiga dari kiri) pada 16 November 2020. Penyampaian bantuan bakul makanan kepada Encik Fred bin Taikun di Kg. Menumpang, Kuala Penyu pada 13 November 2020.

Penyampaian 23 bakul bantuan makanan kepada Pegawai Daerah Kuala Penyu , Encik Sebastian Ingkim (tiga dari kiri) oleh Encik Ganilin. 20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


BAHAGIAN PANTAI TIMUR PROGRAM LATIHAN KRAFTANGAN (PLK) Pejabat Bahagian Pantai Timur (Tawau) telah mengadakan dua siri bengkel PLK iaitu Bengkel Anyaman Bakul Mengkuang bertempat di Kampung Iban Kuala Nansang Balung, Tawau pada 14 hingga 24 Julai 2020 dan Bengkel Teknik Ukiran Replika Kukuran di Kampung Keramat, Semporna pada 17 hingga 27 Ogos 2020.

Tenaga pengajar, Puan Jenny John (kanan) sedang menunjukkan cara-cara menganyam bakul mengkuang.

PLK ini bertujuan untuk mencungkil bakat belia bumiputera dalam penghasilan kraf tangan, seterusnya dapat menjana pendapatan melalui produk-produk kraf tangan yang dihasilkan.

Bengkel Anyaman Bakul Mengkuang

Salah seorang peserta sedang menganyam bakul mengkuang.

Antara produk bakul-bakul mengkuang yang dihasilkan.

Bengkel Teknik Ukiran Replika Kukuran

Gambar kenangan dengan 10 peserta bengkel bersama Pemangku Pegawai Ekonomi, Bahagian Pantai Timur (Tawau), Encik Zamree Izwan bin Haji Hasim (duduk, tengah) dan tenaga pengajar, Encik Junit (duduk, dua dari kanan).

Salah satu produk yang dihasilkan.

Para peserta sedang mengemaskan ukiran kukuran sebelum dicat. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


YAYASAN SABAH PRIHATIN

SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Pada 4 September 2020, pejabat Bahagian Pantai Timur (Sandakan) telah menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan dan kelengkapan sekolah kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tundun Bohangin, Kinabatangan yang berlaku pada 19 Julai 2020. Pengurus Kumpulan Bahagian Pantai Timur, Encik Ariffin Mohd. Noor turut serta dalam lawatan dan seterusnya menyampaikan sumbangan.

Encik Ariffin menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada adik Siti Nurul Azeera sambil disaksikan oleh ibu dan adik-adiknya. Salah seorang mangsa kebakaran, Puan Norsia menerima bantuan bakul makanan daripada Encik Ariffin.

GOLONGAN

IBU TUNGGAL TERIMA SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

Golongan ibu tunggal tidak ketinggalan menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah. Seramai 100 orang ibu tunggal daripada Persatuan Ibu Tunggal Nurhikmah, Sandakan menerima sumbangan yang merangkumi makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, mi segera, telur dan biskut. Majlis tersebut telah diadakan pada 17 September 2020 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan. Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Encik Ariffin Mohd. Noor, Pengurus Kumpulan Bahagian Pantai Timur selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah. Turut hadir pada majlis ini ialah Puan Hajah Surati Haji Kiming, Yang Dipertua Persatuan Ibu Tunggal Nurhikmah, Sandakan. “Bagi pihak Persatuan Ibu Tunggal Nurhikmah, Sandakan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas keprihatinan terhadap golongan ibu tunggal. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” kata Puan Hajah Surati.

Sebahagian daripada 100 orang penerima pada majlis tersebut dengan penjarakan fizikal.

22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Ariffin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima yang turut disaksikan oleh Puan Ane Abdul Rahman, Pegawai Tadbir Kanan, Bahagian Pantai Timur, Sandakan (kiri) dan Puan Hajah Surati (kanan).


YAYASAN SABAH PRIHATIN Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Bahagian Pantai Timur (Tawau) telah mengadakan program Yayasan Sabah Prihatin dengan menyumbangkan pelitup muka kepada sekolah-sekolah di Tawau pada 21 September dan 22 September 2020.

Sebanyak 204 buah sekolah iaitu 159 buah sekolah rendah dan 45 buah sekolah menengah kebangsaan mendapat sumbangan sebanyak 1,550 kotak (sekolah rendah) dan 1,077 kotak (sekolah menengah).

Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Timur (Tawau), Cik Siti Fatimah Lailatul Qadrina binti Awang (dua dari kini) menyampaikan sekotak pelitup muka kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Balung, Puan Patimah Agos pada 21 September 2020.

Pengetua SMK Wakuba, Tawau, Tuan Haji Dzuklifli bin Ali Bahsa menerima sumbangan pelitup muka daripada Cik Siti Fatimah Lailatul pada 21 September 2020.

Penolong Kanan Kurikulum, SK Merotai Besar, Puan Rukaiah Haiya menerima kotak pelitup muka daripada Pegawai Kawasan Kalabakan, Encik Matley bin Musir pada 22 September 2020.

Pengetua Cemerlang SMK Tawau, Datin Fitriani binti Wahid menerima sumbangan kotak pelitup muka daripada Encik Matley pada 22 September 2020. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


YAYASAN SABAH PRIHATIN Pejabat Bahagian Pantai Timur (Tawau) telah mengadakan program penyerahan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada 43 buah sekolah terpilih di Tawau, Kalabakan, Tungku, Semporna, Kunak dan Lahad Datu pada 25 Ogos hingga 1 September 2020. Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada seramai 280 orang pelajar.

TAWAU - Penyerahan BMYS kepada lapan orang pelajar SMK Balung, Tawau yang disampaikan oleh Pegawai Kawasan Kalabakan, Encik Matley bin Musir (depan, kiri) pada 27 Ogos 2020.

LAHAD DATU - Seramai lapan orang pelajar penerima BMYS daripada SM Sains Lahad Datu yang disampaikan oleh Pegawai Kawasan Lahad Datu/Tungku, Encik Kadir bin Tahir pada 27 Ogos 2020.

TUNGKU - Seramai tujuh orang pelajar SMK Agaseh, Tungku menerima BMYS yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawasan Lahad Datu/Tungku, Encik Kadir bin Tahir pada 28 Ogos 2020.

SEMPORNA - Seramai 10 orang pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah menerima BMYS yang disampaikan oleh Pegawai Kawasan Semporna, Encik Aisal bin Mali pada 28 Ogos 2020.

KUNAK - Seramai tujuh orang pelajar SMK Kunak menerima BMYS yang telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Ekonomi, Encik Zamree Izwan bin Haji Hasim (depan, kanan) pada 28 Ogos 2020. 24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

TAWAU - Lima orang pelajar SMK Kalabakan menerima BMYS yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Pantai Timur (Tawau), Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin (barisan depan, tengah) pada 1 September 2020.


Pada 25 hingga 27 Ogos 2020 yang lalu, pejabat Bahagian Pantai Timur (Sandakan) telah menganjurkan program penyerahan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) di enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Telupid dan Paitan.

Melalui program BMYS tersebut, seramai 280 pelajar telah mendapat manfaat bantuan ini dengan peruntukan RM70,000.

Gambar berkumpulan penyampaian BMYS kepada 10 orang pelajar Tingkatan Enam SMK Datuk Pangiran Galpam, Sandakan. Pejabat Bahagian Pantai Timur (Sandakan) diwakili oleh Cik Khoo Chui Eng (hadapan, dua dari kiri) dan SMK Datuk Pangiran Galpam diwakili oleh Penolong Kanan 1, Puan Anita Vincent (hadapan, dua dari kanan) dan Penolong Kanan 2, Encik Clement Jipiu (hadapan, kiri).

Seramai 15 orang pelajar SMK Penangah, Tongod telah menerima BMYS yang disampaikan oleh Pegawai Kawasan Tongod, Bahagian Pantai Timur (Sandakan), Encik Mohd. Al Amin Abdul Thani (barisan tengah, dua dari kanan) disaksikan oleh Pengetua SMK Penangah, Puan Ganit Sanai (barisan tengah, dua dari kiri).

Selepas penyerahan BMYS, lima orang pelajar SMK Taman Fajar, Sandakan bergambar bersama-sama dengan Pegawai Kawasan Sandakan, Bahagian Pantai Timur (Sandakan), Cik Nur Aqilah Omar Baki (belakang, dua dari kiri) dan Guru Biasiswa, Ustazah Nadia Ahmad (belakang, dua dari kanan). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Puan Rodziah (kanan), mengagumi hasil produk kraf tangan sambil disaksikan oleh Puan Zaiton di Galleria Artisan.

LAWATAN EXCO SELANGOR Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi (EXCO) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Selangor, Puan Rodziah binti Ismail telah membuat lawatan ke Galleria Artisan, Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada 25 September 2020.

KE GALLERIA ARTISAN

Rombongan tersebut telah dibawa melawat oleh Puan Zaiton Bakri, Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd. Galleria Artisan adalah merupakan outlet Pusat Kraftangan Sabah yang mengeluarkan produk kraf tangan yang unik.

Pereka, Encik Azizul Abdul Kadir (kanan) menerangkan reka bentuk batik kepada Puan Roziah. 26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SANITASI DAN MEMBASMI PENULARAN WABAK

COVID-19

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Innoprise Capital Sdn. Bhd telah mengadakan proses sanitasi di seluruh bangunan Kompleks Sukan Tun Adnan pada 22 Oktober 2020 dalam menangani penularan COVID-19. Langkah proses sanitasi tersebut diadakan bagi memastikan kawasan kompleks tersebut dalam keadaan bersih sebelum fasiliti-fasiliti sukan dibuka kepada orang awam dan staf Kumpulan Yayasan Sabah. Proses sanitasi di Gelanggang Futsal 1.

Proses sanitasi di dalam pejabat Innoprise Capital Sdn. Bhd.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


Encik Dominic (enam dari kanan) menyampaikan sumbangan beras kepada Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran dan Komunikasi Korporat BWSB, Puan Hajah Rismawati Haji Lahatta pada 23 Julai 2020.

SUMBANGAN KASIH COVID-19

BENTA WAWASAN SDN. BHD.

Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah telah menyumbang bakul makanan prihatin dan wang tunai dengan nilai lebih daripada RM160,000. Sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dilakukan menerusi program Sumbangan Kasih COVID-19 BWSB bagi membantu kerajaan mengurangkan impak negatif wabak ini kepada warga syarikat dan masyarakat sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Encik Dominic Dambul berkata, BWSB amat menyedari akan tanggungjawab sosial, ekonomi dan persekitaran warga kerja yang berkhidmat di syarikat ini. Menurut beliau, BWSB telah dan akan terus mengambil langkah-langkah untuk memahami bagaimana ianya boleh menyokong keperluan komuniti warga kerjanya seefektif mungkin dan mengimplementasikan inisiatif-inisiatif bantuan kemanusian terutamanya di musim penularan

Tuan Amran Pe’Ang dan Tuan Chu Chee serta Puan Hajah Rismawati menyampaikan sumbangan kasih COVID-19 kepada kesemua pegawai dan staf di Ladang Ramin, Ladang Selangan Batu dan Ladang Keruing, Tawau pada 27 Julai 2020. 28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


wabak pandemik ini. Beliau menegaskan iltizam BWSB di dalam inisiatif ini seiring dengan falsafah korporat syarikat untuk menyumbang semula kepada warga organisasi dan masyarakat sedaya mungkin. Aktiviti pertama Sumbangan Kasih COVID-19 BWSB 2020 telah dibuat pada bulan Julai 2020. Seramai 338 pegawai dan staf serta 1,619 Ketua Isi Rumah pekerja syarikat telah mendapat sumbangan bakul makanan prihatin dan duit raya. Setiap bakul makanan prihatin mengandungi minyak masak BESS keluaran anak syarikat BWSB iaitu Benta Edible Oil Sdn. Bhd. (BEOSB) dan sekampit beras 10 kilogram. Sumbangan ini dilanjutkan dengan aktiviti kedua pada 1 hingga 2 Ogos 2020 dengan penyerahan sumbangan sebanyak 15 ekor lembu kepada setiap unit operasi (ibu pejabat, ladang-ladang, pejabat-pejabat operasi perladangan, Kilang Kelapa Sawit Seraya dan BEOSB). Sumbangan lembu-lembu ini juga digunakan untuk ibadah Qurban Aidiladha 1441 Hijriah. Lembu-lembu yang disumbangkan diperoleh bekalannya daripada Sawit Kinabalu Farm Products Sdn. Bhd. Kelulusan penyembelihan telah diuruskan dengan sempurna oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Veterinar Sabah sesuai dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penyembelihan Binatang Qurban semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pada tahun ini seramai tujuh orang pegawai dan staf telah dipilih untuk melakukan ibadah qurban bagi setiap lembu yang disembelih.

Penyerahan Bakul Makanan Prihatin oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran dan Komunikasi Korporat BWSB, Puan Hajah Rismawati (empat dari kanan) kepada staf yang terjejas dan tinggal di Taman Semarak, Tawau semasa PKPD pada 6 November 2020.

Sabah telah menjadi pusat gelombang COVID-19 ketiga di negara ini, dan telah menyaksikan sejumlah kluster jangkitan selain mencatatkan peningkatan kes kematian. Taman Semarak di daerah Tawau telah diisytiharkan sebagai salah satu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa mulai 26 Oktober hingga 8 November 2020. Taman Semarak yang dilaporkan terdiri daripada 4,000 keluarga ditempatkan di bawah PKPD berikutan lonjakan kes COVID-19 di kawasan berkenaan. Di bawah PKPD, penduduk yang terjejas harus tinggal di rumah bagi membolehkan ujian COVID-19 bersasar dapat dijalankan. Aktiviti ketiga sumbangan ini telah menyantuni seramai sembilan orang staf BWSB dan keluarga mereka yang terjejas di dalam PKPD Taman Semarak. Setiap staf terlibat telah menerima sumbangan bakul makanan prihatin untuk meringankan kesan negatif PKPD akibat kawalan penularan COVID-19 dan dapat membantu masalah kekurangan bekalan makanan yang dialami. Sejurus selepas aktiviti di Taman Semarak, BWSB selanjutnya telah memberi sumbangan tajaan kepada Projek Kemanusiaan anjuran Kelab Lion Tawau Cosmo. Sumbangan sebanyak 10 kotak minyak masak BESS keluaran BEOSB telah disampaikan kepada pertubuhan berkenaan untuk disampaikan kepada anggota-anggota masyarakat yang terjejas akibat COVID-19.

Pengurusan sumbangan lembu-lembu ibadah Qurban Aidil Aidha 1441 Hijriah.

Penyerahan sumbangan minyak yang disempurnakan oleh Eksekutif Pemasaran, Benta Edible Oil Sdn. Bhd., Encik Peter Thien Sin Kian (tengah) disaksikan oleh Pengurus DHN(KK) Sdn. Bhd. Tawau, Puan Eileen Wong (dua dari kiri) yang merupakan syarikat pengedar minyak BESS kepada Kelab Lion Tawau Cosmo pada 10 November 2020. Penyampaian sumbangan daging ibadah qurban kepada staf yang berkerja di Kilang Kelapa Sawit Seraya, Taman Semarak Tawau dan Ladang Gaharu.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


SABAH SOFTWOODS BERHAD

SUMBANGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN PEJABAT KESIHATAN TAWAU Sabah Softwoods Berhad (SSB) telah meneruskan usaha membantu meringankan bebanan petugas barisan hadapan dengan menyerahkan sumbangan berupa keperluan mandian seperti syampu, sabun mandian, bedak talkum, tisu basah bayi, syampu bayi serta lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak kepada Ketua Jururawat Unit COVID/Individu Dalam Siasatan (Patient Under Investigation, PUI)/ Individu Dalam Pengawasan (Patient Under Surveillance, PUS)/Pediatrik, Sr. Fadzlinahwati Kahar di Hospital Tawau pada 19 November 2020. Menurut Pengurus Komunikasi Korporat SSB, Encik Sahruddin Paidi, bantuan prihatin ini adalah sebagai tanda penghargaan SSB kepada petugas barisan hadapan yang berbakti demi memastikan usaha memutuskan rantaian COVID-19. Tanggungjawab sosial korporat syarikat (CSR) ini diharap dapat membantu petugas barisan hadapan mengekang penularan COVID-19 manakala sumbangan keperluan mandian ini dapat membantu meringankan bebanan mereka di Hospital Tawau. Pada hari yang sama, SSB juga telah meneruskan usaha membantu meringankan bebanan petugas barisan hadapan dengan menyerahkan sumbangan berupa kipas, meja, kerusi, kotak simpanan, tong sampah, sabun mandian, cecair pencuci pinggan, pam penyembur kabus, alat penyembur, pembesar suara dan papan klip kepada Pegawai Pejabat KesihatanTawau, Tuan

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Sahruddin menyampaikan sumbangan keperluan mandian kepada Ketua Jururawat, Sr. Fadzlinahwati Kahar (tengah).

Haji Rahman Sampe di Pejabat Kesihatan Tawau, Kubota pada 19 November 2020. Menurut Encik Sahruddin, sumbangan ini adalah bagi meringankan beban untuk menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit COVID-19 di Tawau. Aktiviti CSR ini diharap dapat membantu keperluan mereka di Pejabat Kesihatan Tawau.

Semua pihak diminta untuk memainkan peranan terutama sekali memastikan usaha untuk menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 dan pada masa yang sama kita juga dapat menghulurkan bantuan kepada wirawira barisan hadapan untuk pelbagai lapisan masyarakat demi kepentingan negara.



EDITORIAL

PENASIHAT Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Izan binti Awang Razli Stephen Jilimin SUMBANGAN RENCANA Staf CCD Staf Pejabat Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pantai Timur & Bahagian Pedalaman Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. Staf Sabah Softwoods Berhad REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Juliana Lim JURUGAMBAR Samson Lawrence Jeffrey R. Baxter Bertille Alex Boyou Rosly R.T. Jr

TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Unit/Anak Syarikat untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.