Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 2/2020 (Jun-September 2020)

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Jun - September 2020

Jilid 2/2020

“Pilih bidang pengajian yang mempunyai kebolehan pasaran” - Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-31


ANUGERAH BIASISWA CEMERLANG NEGERI SABAH SIRI KE- 31 Pelajar lepasan sekolah dinasihatkan agar menceburi bidang pengajian yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan bagi membolehkan mereka mudah mendapat kerja sebaik sahaja tamat pengajian kelak.

besar penerima ABCNS yang lalu sukses dalam bidang pengajian yang diceburi. Malah, ramai alumni ABCNS kini berkhidmat dalam pelbagai profesion serta memegang jawatan penting di sektor awam dan swasta.

Demikian menurut Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-31 (ABCNS) pada 8 September 2020 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

“Kami berharap lebih ramai lagi modal insan yang berani berfikir di luar kotak dan mampu bersaing di persada global,” demikian harapan Datuk Haji Jamalul. Selain daripada kecemerlangan akademik, beliau turut menitikberatkan keperluan kemahiran hidup yang lain terutamanya pengurusan kewangan dan penyelesaian masalah. Kedua-dua kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membolehkan mereka berjaya dan berkembang di masa hadapan.

“Pada masa yang sama, saya akan memastikan keperluan industri dan tenaga kerja di Sabah dapat diselaraskan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Sehubungan dengan itu, bagi mencapai objektif ini, Kementerian Pelajaran dan Inovasi memainkan peranan dalam menyediakan satu pangkalan data bagi melihat sektor dan pekerjaan yang diperlukan di pasaran,” tambah Datuk Seri Shafie. Beliau turut menasihati para penerima ABCNS agar tidak melupakan kedua ibu bapa mereka apabila berjaya kelak. Ini kerana pengorbanan ibu bapa tidak ada tolok bandingannya, oleh itu sayangilah mereka selagi ibu bapa masih ada. Dalam pada itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria melahirkan rasa bangga apabila melihat sebahagian Para penerima ABCNS dan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pada masa yang sama beliau turut menyeru agar semua penerima ABCNS menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya. “Anda merupakan insan-insan yang terpilih dalam kalangan ribuan pelajar cemerlang di negeri ini. Kejarlah impian dan buktikan kejayaan anda kepada ibu bapa, masyakarat serta guru-guru,” ujar Datuk Haji Jamalul.

Tambah beliau lagi, sejak ABCNS diperkenalkan pada tahun 1990, hampir 10 peratus daripada alumni ABCNS berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan mendapat ijazah Kelas Pertama di bidang masing-masing. “Justeru, saya menyeru kepada para penerima menjadikan anugerah ini faktor pendorong untuk terus cemerlang dan memastikan Ijazah Kelas Pertama menjadi milik anda,” jelasnya lagi. Beliau turut berterima kasih atas keprihatinan Datuk Seri Shafie dalam pembangunan pendidikan anak-anak Sabah dengan penambahan jumlah penerima ABCNS daripada 25 orang kepada 40 orang setiap tahun sejak dua tahun yang lalu. Seramai 593 orang pelajar telah menerima tawaran tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM102.2 juta sejak dimulakan pada tahun 1990. Daripada bilangan ini, seramai 414 orang telah menamatkan pengajian ijazah pertama dan 173 orang lagi masih mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.


Sebahagian besar daripada para penerima ABCNS diwakili oleh ibu bapa mereka.

Tahun ini gambar kenangan bersama 10 orang penerima ABCNS di ambil mengikut SOP norma baharu.

“Apabila sudah berjaya nanti, ingatlah ibu bapa anda. Jangan lupakan mereka,” pesan Datuk Seri Shafie.


Bercita-cita untuk menjadi doktor gigi, Adik Soon Jie Yeong Levina menerima sijil ABCNS daripada Datuk Seri Shafie.

Adik Nurhan Nufa’il bin Azman menerima sijil ABCNS dan sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.

Anak jati Sandakan, Adik Tatiana Demeetra binti Irma menerima sijil ABCNS daripada Datuk Seri Shafie. 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Peter Wong (empat dari kanan) menunjukkan keputusan cemerlang anaknya, adik Kelsey Wong (dua dari kiri) kepada Datuk Seri Shafie.

Adik Mohammad Aiman bin Jasni, salah seorang penerima ABCNS menjawab temu ramah sidang redaksi Kumpulan Yayasan Sabah dengan penuh yakin. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Datuk Seri Shafie menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off kepada salah seorang pelajar yang terpilih.

KUMPULAN YAYASAN SABAH

belanjakan

RM15 JUTA

BANTUAN PENDIDIKAN ONE-OFF Sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan menerusi pemberian Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah kepada pelajar di negeri ini.

“Bantuan ini turut diberikan kepada pelajar di seluruh daerah supaya dapat meringankan beban mereka dalam mengharungi pendidikan,” katanya.

Demikian menurut Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Beliau berkata bantuan tersebut merupakan salah satu usaha untuk menambah bilangan anak-anak negeri Sabah yang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Tambah beliau lagi, “Langkah ini perlu direalisasikan untuk membantu pelajar kita, kerana kita sedar dengan mempunyai

6

Antara pelajar dan para jemputan yang hadir mengikut SOP yang ditetapkan.


ilmu pengetahuan dan pendidikan maka sedikit sebanyak mereka boleh menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor yang selaras dengan ilmu mereka peroleh.” Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dalam ucapannya berkata Kumpulan Yayasan Sabah akan terus meningkatkan usaha kerajaan dalam menyediakan tajaan pendidikan kepada pelajar di negeri ini. “Bantuan Pendidikan One-Off ini merupakan cetusan idea Datuk Seri Shafie dan skim ini dilancarkan pada 21 September 2018 dengan pemberian khas kepada pelajar yang baharu memulakan pengajian tahun pertama mereka di institusi pengajian tinggi,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menambah, “Bantuan Pendidikan OneOff ini diberikan dengan jumlah RM1,000 seorang untuk anak Sabah yang mengikuti pengajian di negeri ini manakala RM2,000 seorang untuk anak Sabah yang mengikuti pengajian di Sarawak atau Semenanjung Malaysia berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya. “Sejak dimulakan pada tahun 2018 sehinggalah sesi pengajian 2019/2020, seramai 10,838 orang pelajar menerima Bantuan Pendidikan One-Off ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM15 juta,” tambah beliau. Menurut Datuk Haji Jamalul lagi di samping Bantuan Pendidikan One-Off, Kumpulan Yayasan Sabah juga meneruskan usaha dalam menyediakan tajaan biasiswa dan dermasiswa di peringkat sekolah menengah dan pinjaman di peringkat pengajian tinggi.

Penyerahan sumbangan pelitup muka Kumpulan Yayasan Sabah daripada Datuk Haji Jamalul (kiri) kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Encik Muddin Beting (kanan) sambil disaksikan oleh Datuk Seri Shafie dan Datuk Dr. Yusof Yacob (dua dari kanan).

Apa kata mereka… Leonardo Lester Linus 22 tahun Kolej Teknikal Yayasan Sabah “Saya hargai sumbangan bantuan pendidikan ini dan sentiasa berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah. Semoga bantuan ini dapat terus disalurkan kepada para pelajar yang masih memerlukannya dari semasa ke semasa.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

XX 7


Azillah binti Jepree 22 tahun Universiti Malaysia Sabah “Bantuan ini amat bermakna kepada saya dan keluarga kerana sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan semasa mengikuti pengajian di UMS.”

Ameylyana Amdin 19 tahun Kiara College, Kota Kinabalu “Sebagai pelajar tahun pertama, saya kekurangan bahan untuk belajar seperti buku rujukan dan buku teks. Oleh itu, bantuan ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya agar dapat penuhi keperluan saya untuk belajar.”

Lee Wen Jiunn 20 tahun Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah atas Bantuan Pendidikan One-Off ini. Saya berharap dapat menyumbang kepada masyarakat pada masa akan datang.”

Mohd. Fauzi bin Basri 20 tahun Politeknik Kota Kinabalu “Nilai bantuan yang diberikan amatlah berharga untuk pelajar yang kurang berkemampuan seperti saya. Banyak keperluan pelajaran yang dapat saya manfaatkan menggunakan bantuan ini seperti buku teks dan buku nota yang diperlukan untuk belajar.”

Dylan Dion Lee Xin Jie 19 tahun Asian Tourism International College, Kota Kinabalu “Tidak mustahil dengan usaha murni yang sangat berharga ini, suatu hari nanti memberikan impak yang besar iaitu melahirkan generasi yang berkemahiran dan berkualiti sekali gus berbakti kepada negeri Sabah pada masa hadapan.”

8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


TYT @ Datuk Hajah Rosmawati (seventh from right) and members of SICC Management with the TYT Tun Juhar Mahiruddin (centre) and his entourage upon his arrival at SICC.

The Head of State, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin and entourage made a stop-over lunch at Sabah International Convention Centre (SICC) on 5 July 2020. Riding on his strikingly green painted Harley Davidson with 10 other riders and officials from Istana, His Excellency Tun Juhar Mahiruddin arrived at SICC about noon time.

On hand to receive His Excellency Tun Juhar Mahiruddin were the Chief Executive Officer of SICC, Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, SICC General Manager Mr. Tristan Beau De Lomenie and SICC Director of Operation Mr. Mark Simon Freeland.

MESYUARAT PENGURUSAN

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Pengurusan Yayasan Sabah Siri 1/2020 telah diadakan pada 18 Jun 2020 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dan dihadiri oleh ketua-ketua bahagian/unit Yayasan Sabah.

Sesi mesyuarat pengurusan berlangsung.

Mesyuarat ini turut menggunakan telekonferens bagi mereka yang berada di luar Menara Tun Mustapha. Pada mesyuarat tersebut, Datuk Haji Jamalul menyarankan kepada semua ketua-ketua bahagian dan unit agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Beliau turut menyarankan kepentingan bekerja secara berpasukan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


Penandatangan untuk Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul (dua dari kiri) dan Dr. Ishak Haji Johari, Setiausaha Korporat (kiri), Encik Jerrand Lim (dua dari kanan) dan Encik Wee Seng Fatt (kanan), penandatangan untuk Tegas Bangsa Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh Datuk Seri Shafie.

Gambar berkumpulan.

PELABURAN RM7 BILION di Kg. Meruntum

Sebuah projek pembangunan komersial bersepadu dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7 bilion akan dibina di Kg. Meruntum, Putatan sekali gus menjadikannya antara pelaburan terbesar di negeri Sabah.

Menurutnya, pembangunan tersebut mampu menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan harapan kepada para kontraktor tempatan untuk mendapat manfaat secara tidak langsung sepanjang perkembangan pelaburan itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal berkata, pembangunan itu adalah usaha sama antara Tegas Bangsa Sdn. Bhd. (TBSB) dan Kumpulan Yayasan Sabah.

“Saya berharap pembinaan dapat bermula secepat mungkin. Pelan pembangunan sedang dirancang. Jadi lebih cepat, lebih baik untuk kita semua,” tambah beliau lagi.

“Projek ini terdiri daripada pusat peranginan, hotel, taman tema, pejabat, kondominium serta banyak lagi. Jangka masa pembinaan adalah antara 12 tahun hingga 15 tahun. Usaha sama ini diadakan di tanah berkeluasan 391 ekar ini milik Yayasan Sabah,” kata Datuk Seri Shafie dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama tersebut yang diadakan pada 3 Julai 2020 bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah. Beliau berkata, tapak lokasi yang strategik berhampiran laut serta pulau-pulau sedia ada di sekitarnya sudah pasti mampu menjadi daya tarikan kepada pelabur asing dan pembeli hartanah dalam dan luar negara serta para pelancong datang ke Sabah pada tahun-tahun akan datang. Datuk Seri Shafie yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata beliau yakin sepenuhnya projek usaha sama tersebut akan berjaya kerana syarikat TBSB mempunyai pengalaman yang luas, kedudukan kewangan yang kukuh serta keupayaan untuk menyiapkan projek itu.

10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria berkata, “Saya percaya projek ini merupakan inisiatif yang baik. Pelaburan besar dalam projek ini sudah tentu akan memanfaatkan banyak sektor.” Datuk Haji Jamalul juga berkongsi Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai sebuah lagi projek pembangunan yang terletak berhadapan Kompleks Membeli-Belah Oceanus di Kota Kinabalu. Projek ini melibatkan hotel, kompleks beli belah, pejabat dan kondominium. Apabila ditanya sekiranya projek pembangunan ini akan melibatkan penduduk setempat di kawasan Kg. Meruntum, Datuk Haji Jamalul memaklumkan “Tanah yang dibangunkan untuk projek ini terletak berdekatan dengan kawasan laut, namun kami akan bekerjasama dengan komuniti dan pihak berkuasa di kawasan tersebut dan akan mengambil kira keluarga yang mungkin menerima kesan akibat projek ini.” Hadir sama dalam majlis itu ialah wakil TBSB, Encik Jerrand Lim Jen Jiang dan Encik Wee Seng Fatt.


Datuk Haji Jamalul (tengah), Dr. Ishak (kanan) dan Encik. Aldo (kiri) menandatangani dokumen perjanjian.

Gambar berkumpulan.

Majlis menandatangani

di antara

Pada 28 Julai 2020, Kumpulan Yayasan Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Etiqa Family Takaful Berhad di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha. Etiqa Family Takaful Berhad merupakan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan menjalankan perniagaan takaful di Malaysia. Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Dr. Ishak Haji Johari telah menandatangani MoU tersebut bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah manakala bagi pihak Etiqa Family Takaful Berhad diwakili oleh Naib Presiden, Ketua

Pegawai Eksekutif Wilayah Sabah, Bahagian Pembahagian Wilayah, Encik Aldo Kok. Menurut Datuk Haji Jamalul, “MoU ini bertujuan melantik Etiqa Family Takaful Berhad sebagai pembekal perkhidmatan perlindungan insurans kepada penerima tajaan pinjaman Kumpulan Yayasan Sabah tahun 2020.” “Kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Etiqa Family Takaful Berhad berdasarkan pelan ‘’Decreasing Term Takaful’’ (DTT), di mana pelan ini akan membayar kepada Kumpulan Yayasan Sabah bahagian pembiayaan yang belum dijelaskan berdasarkan jadual dilindungi pinjaman, sekiranya peminjam meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sepanjang tempoh pembiayaan,” jelas beliau. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


tahun 2020 Batik Bayu dengan berbesar hati mengumumkan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib adalah Penaung Batik Bayu bagi tahun 2020. Batik Bayu adalah jenama di bawah syarikat Kristal Handal Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah yang memfokuskan kepada rekaan dan pengeluaran batik bermotifkan alam semula jadi, motif etnik tradisi serta flora dan fauna. Jenama Batik Bayu telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek (MyiPO) pada 16 Oktober 2013 dan merupakan satu-satunya pengeluar

12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

batik di Sabah yang mendapat pensijilan jaminan kualiti batik MS692: 2007 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2015. Datin Seri Shuryani adalah seorang peminat seni dan merupakan salah seorang insan yang menyokong penuh Batik Bayu di dalam industri tekstil di negeri ini. Beliau telah memberikan sokongan dengan mengenakan busana Batik Bayu untuk acara rasmi dan tidak rasmi yang dihadirinya. Batik Bayu melalui Kristal Handal Sdn. Bhd. amat berbesar hati dengan sokongan penuh yang telah diberikan oleh Datin Seri Shuryani atas kesudian untuk menjadi penaung Batik Bayu.


YAYASAN SABAH GROUP received

HAND GEL SANITISER DONATION Datuk Haji Jamalul (centre) discussing possible future Yayasan Sabah Group business tie-ups with the YHL Sustainable Sdn. Bhd.

Yayasan Sabah Group received a total of 1,000 bottles of hand gel sanitisers from YHL Sustainable Sdn. Bhd on 22 July 2020 at Menara Tun Mustapha. The Director of Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria expressed his appreciation on behalf of Yayasan Sabah Group on the donation as this will further

assist in preventing the spread of Covid-19 to Yayasan Sabah Group staff as well as preschool students under its care. During the handing-over ceremony, YHL Sustainable Sdn. Bhd. Director, Encik Loi Tien How presented the hand gel sanitiser donation to Datuk Haji Jamalul. Also in attendance were senior staff of Yayasan Sabah Group and YHL Sustainable Sdn. Bhd.

Datuk Haji Jamalul (fourth from right) with the hand gel sanitiser along with Encik Loi (third from right), witnessed by Yayasan Sabah Group and YHL Sustainable Sdn. Bhd. senior officers.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13 7


Sesi perbincangan berlangsung.

KUNJUNGAN HORMAT

PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION-MPC)

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang diketuai oleh Dato’ Abdul Latif bin Abu Seman selaku Ketua Pengarah MPC bersama dengan Pengarah MPC Wilayah Sabah, Encik Mokhzani Aris Mohd. Yusof dan ahli rombongan telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria pada 7 Julai 2020 bertempat di Wisma Innoprise. Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi MPC serta membincangkan cadangan pelaksanaan program forum “C-suite Forum: Adapating Business Excellence for the Better Way in Improving Productivity & Service Delivery” anjuran MPC. Turut hadir bersama daripada pihak pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah ialah Encik Ronald Ong, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat, Puan Zaiton Bakri, Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah (ketika itu), Datuk Haji Jamalul (lima, kanan) menyampaikan cenderakenangan buku Encik Sam S. Karnail, Pengurus Kumpulan Kanyon Imbak kepada Dato’ Abdul Latif sambil disaksikan Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Zulkhairi oleh pegawai-pegawai daripada MPC dan Kumpulan Yayasan Sabah. Ismail, Pengurus Kumpulan Bahagian Penyelaras Pedalaman/Pantai Barat/Pantai Timur dan Puan Rodhaizzah Izzah Abdul Rashid, Pemangku MPC merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menjalankan program-program Sabah. peningkatan produktiviti di Malaysia.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


MBJ

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah Siri – 2 telah diadakan pada 24 Jun 2020. Dalam mesyuarat kali ini, Pengarah Yayasan Sabah selaku Pengerusi MBJ, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria menjelaskan pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada pendapatan organisasi terutamanya sektor pelancongan. Oleh itu staf dinasihatkan untuk berhemah dalam perbelanjaan dan membuat kerja secara multi tasking di masa yang sukar ini. Wakil pekerja dari luar daerah Kota Kinabalu iaitu Puan Bibiana Stephens, Encik Abdul Karim Iskandar, Encik Mohd. Zulhairy bin Zakaria dan Puan Hajah Rukiah binti Kadir menghadiri mesyuarat kali ini secara maya sesuai dengan norma baharu bekerja. Di samping itu, seramai dua orang wakil pekerja dari kawasan Kota Kinabalu dan tujuh orang wakil pengurusan termasuk urus setia MBJ turut hadir dalam mesyuarat kali ini.

Datuk Haji Jamalul dan ahli-ahli MBJ membincangkan isu-isu yang ditimbulkan oleh wakil pekerja.

Sebanyak 15 isu telah diselesaikan, manakala 17 isu baharu telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu sumber manusia, ICT, kebajikan, infrastruktur dan tanah. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa dari 18 Mac 2020 yang lalu, maka pada kali ini wakil pekerja MBJ mendapatkan isu-isu dari staf melalui aplikasi WhatsApp.

Wakil pekerja dari luar Kota Kinabalu hadir di mesyuarat MBJ secara maya. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


Tuan Haji Idris (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Encik Thomas George Junior mewakili staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak sambil disaksikan oleh Ahli-ahli jawatankuasa BAKIYS iaitu Encik Salim Japaran (kanan), Puan Christina Magabih (dua dari kiri) dan Puan Georgina G. Michael (kiri).

Tuan Haji Idris menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Puan Bainah Saiman daripada Unit Pengukuhan dan Pematuhan sambil disaksikan oleh Ahli-ahli jawatankuasa BAKIYS iaitu Encik Salim Japaran (kanan), Puan Christina Magabih (dua dari kiri) dan Puan Georgina G. Michael (kiri).

Penyampaian Sumbangan

BAKIYS Kumpulan Yayasan Sabah kepada warga

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang menerima kesan pandemik wabak Covid – 19 pada 8 Julai 2020 bertempat di Arena Futsal 2, Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah. Seramai 60 orang staf telah menerima bantuan tersebut yang telah disampaikan oleh Pengerusi BAKIYS, Tuan Haji Mohamed Idris bin Mohamed Shafi.

Antara penerima sumbangan dalam kalangan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Majlis

IBADAH QURBAN 2020/1441H KUMPULAN YAYASAN SABAH

Warga Kumpulan Yayasan Sabah bergotong-royong membahagikan daging Qurban.

Tuan Haji Idris (tiga dari kiri) bersama dengan wakil Pengerusi Masjid Al-Muttaqeen, Encik Junin (tiga dari kanan), sambil disaksikan oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid.

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) yang diketuai oleh Pengerusi BAKIYS, Tuan Haji Mohamed Idris bin Mohamed Shafi bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa telah mengadakan program Ibadah Qurban bertempat di Masjid Al-Muttaqeen, Kampung Indai, Tuaran pada 2 Ogos 2020.

Program tersebut dihadiri seramai 20 orang warga dari Kampung Indai, Tuaran.

Program ibadah korban tersebut adalah bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tahun 2020/1441 yang bertujuan untuk membina ukhuwah dan mengeratkan hubungan silaturahim antara BAKIYS dan juga masyarakat di Kampung Indai Tuaran.

Pada majlis tersebut, BAKIYS telah menyumbangkan seekor lembu serta wang RM300.00 kepada Masjid Al-Muttaqeen yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Idris kepada Encik Junin bin Abdullah, imam Masjid Al-Muttaqeen, selaku wakil kepada pengerusi masjid tersebut.

Pihak BAKIYS berharap program ibadah korban ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua yang terlibat semasa menyambut Hari Raya Aidiladha.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


A TADIK LAN KUMPU YAYASAN SABAH DIBUKA SEMULA

Kanak-kanak prasekolah Kumpulan Yayasan Sabah menyesuaikan diri dengan memakai pelitup muka dan membersihkan tangan mereka dengan pembersih tangan.

Setelah empat bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), akhirnya Tadika Ria Kumpulan Yayasan Sabah kembali beroperasi pada 20 Julai 2020. Menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang disarankan oleh garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mentadbir pembukaan semula prasekolah tersebut. “Pembukaan semula prasekolah ini tertakluk kepada SOP yang mengambil berat faktor kesihatan dan keselamatan pelajar dan staf. Ini termasuklah mempraktikkan faktor kebersihan dan penjarakan fizikal pada setiap masa ketika berada di premis prasekolah,” katanya.

Satu-satunya cabaran terbesar yang dihadapi oleh staf pengajar Kumpulan Yayasan Sabah adalah memastikan anak-anak prasekolah berlatih menjarakkan diri.

“Peralatan pembelajaran dan premis tadika telah dibersihkan secara menyeluruh. Walaupun ini banyak melibatkan tenaga namun kami berusaha sedaya-upaya untuk menjaga keselamatan anak-anak demi memikul tanggungjawab besar mengawal penularan penyakit Covid-19,” tambahnya. Datuk Haji Jamalul juga menekankan, “Kami juga telah memberitahu staf yang terlibat mengenai norma baharu sambil memohon bantuan ibu bapa mengingatkan anak-anak mereka untuk mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Kerjasama ibu bapa, pelajar dan staf amatlah penting untuk memastikan penularan wabak Covid-19 tidak berlaku di Tadika Ria Kumpulan Yayasan Sabah.” Antara langkah pencegahan Covid-19 yang dilakukan oleh Tadika Ria Kumpulan Yayasan Sabah termasuk pemeriksaan wajib suhu kanak-kanak, staf dan individu lain yang berurusan dengan tadika. Kanak-kanak atau individu yang mencatat suhu 37.5°C ke atas atau menunjukkan gejala penyakit tidak dibenarkan masuk. Meja di bilik darjah juga disusun sekurang-kurangnya satu meter antara setiap meja. Datuk Haji Jamalul juga menegaskan aktiviti luar seperti sukan, aktiviti kokurikulum dan perhimpunan tidak dibenarkan ketika ini. “Pada masa ini, prasekolah hanya beroperasi dari jam lapan pagi hingga tengah hari. Sesi petang ditangguhkan buat masa ini, seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Pembukaan Prasekolah Kementerian Pendidikan.

18


Peraturan penjarakan fizikal diikuti sesuai dengan SOP.

“Amatlah penting untuk kita berfikiran terbuka dalam situasi sekarang. Kita kini berada dalam situasi baharu yang belum pernah kita alami sebelum ini dan perubahan tidak dapat dielakkan. Kita harus menerimanya dalam memastikan kesemua anak-anak yang belajar di prasekolah Kumpulan Yayasan Sabah mendapat tumpuan serta penjagaan yang terbaik,” kata beliau lagi.

Kerja-kerja pembersihan serta sanitasi Tadika Ria yang dijalankan sebelum ianya kembali beroperasi pada 20 Julai 2020.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


Sebahagian staf Kumpulan Yayasan Sabah yang menghadiri program tersebut dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Encik Ab. Razak berkongsi mengenai kebiasaan baharu pasca Covid-19.

Kumpulan Yayasan Sabah

KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Bagi memberi kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah, program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 25 dan 26 Ogos 2020 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Aktiviti senaman ringan beramai-ramai merengangkan urat badan.


Pada 25 Ogos 2020, ceramah diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai norma baharu susulan pandemik Covid-19 agar dapat diadaptasikan dalam rutin harian di pejabat. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan mengenai isu kesihatan mental dan menerangkan cara mengurus emosi semasa berdepan dengan tekanan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, serta mengenai kepentingan cara kerja yang selamat melalui aplikasi ergonomik di tempat kerja. Ceramah mengenai kesihatan mental di tempat kerja dan mengenali risiko ergonomik di tempat kerja disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Shamsul Bahari Shamsudin daripada Universiti Malaysia Sabah, manakala Encik Ab. Razak bin Md. Noh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menyampaikan ceramah mengenai pasca Covid-19. Seramai 48 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah menghadiri program ini.

Profesor Madya Dr. Shamsul memberi penekanan mengenai masalah stres – mental dalam ceramah beliau.

Manakala pada 26 Ogos 2020 pula, program derma darah anjuran bersama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah diadakan bertujuan bagi membantu bank darah hospital berkenaan. Seramai 40 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah turut serta menderma darah. Usaha seumpama ini akan diteruskan pada masa depan. Encik Haidy bin Haji Othman, staf Bahagian Pembayaran Balik Pinjaman Pengajian mengajukan soalan berkaitan isu ergonomik persekitaran tempat kerja. Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (kanan) melawat staf Kumpulan Yayasan Sabah yang menderma darah.

Proses pemeriksaan kesihatan dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan sama ada staf tersebut layak untuk menderma darah atau tidak.

Gambar berkumpulan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Datin Seri Hamidah (dua dari kanan), mengagumi hasik produk kraf tangan bersama dengan Encik Md. Silmi (dua, kiri), Dr. Hanisah (kiri) dan Puan Zaiton (kanan) di Galleria Artisan.

Lawatan ISTERI MENTERI ke Galleria Artisan Isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Seri Hamidah binti Osman telah membuat lawatan ke Galleria Artisan, Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada 25 Jun 2020. Pada lawatan tersebut, beliau telah diiringi oleh Encik Md. Silmi Abd. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Dr. Hanisah Hussin, Pengarah Eksekutif Shared Prosperity Delivery Unit (SEPADU) bersama dengan pegawai kanan agensi-agensi berkenaan.

Puan Zaiton (kanan) menerangkan salah satu produk kraf tangan kepada Datin Seri Hamidah.

Lawatan rombongan di Galleria Artisan.

Galleria Artisan adalah outlet Pusat Kraftangan Sabah yang menarik perhatin kehadiran orang ramai terutama kepada pelancong mengenai produknya yang unik dan rumit, mulai dari produk kraf tangan hingga ke batik. Semasa lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat oleh Puan Zaiton Bakri, Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah (ketika itu). 22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Sebahagian daripada pelajar yang mendapatkan PIN permohonan tajaan (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan).

Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah UTC telah menerima pelbagai kunjungan orang ramai sepanjang bulan Januari hingga 15 September 2020. Pada kesempatan tersebut, pejabat Kumpulan Yayasan Sabah UTC telah pun mengendalikan pelbagai urusan seperti pembayaran semula pinjaman pengajian, permohonan PIN tajaan pengajian di samping aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Jumlah pelanggan yang berurusan bagi tempoh tersebut ialah seramai 727 orang termasuk mereka yang berurusan menerusi telefon dan media sosial. Daripada jumlah tersebut, seramai 597 orang pelanggan telah melakukan urusan berkaitan tajaan pendidikan, seramai 111 orang pelanggan terlibat dalam pengurusan pembayaran balik pinjaman pengajian manakala seramai 19 orang pelanggan melakukan urusan am.

Pelajar mendapatkan informasi lanjut tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.

Pada tempoh yang sama, pejabat Kumpulan Yayasan Sabah UTC berjaya mengutip sejumlah RM56,833 hasil dari kutipan keseluruhan pembayaran balik pinjaman pengajian sebanyak RM132,951. Di samping itu, terdapat pelanggan yang melakukan pertanyaan mengenai peluang-peluang pembelajaran yang disediakan oleh Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan University College Sabah Foundation. Pejabat tersebut turut terlibat dalam Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Bersama Pengurusan UTC Sabah pada 12 Mac 2020. Mesyuarat tersebut membincangkan status terkini pandemik Covid-19 serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap warga UTC Sabah dalam membendung penularan wabak tersebut. Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah UTC Sabah telah beroperasi semula seperti biasa sejak 10 Jun 2020 yakni selari dengan arahan Kementerian Kewangan Malaysia. Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Bersama Pengurusan bertempat di Aras 10, Menara UTC.

23


Program

INNOVATION FOR COMMUNITY (INNO4C)

TERAJU-USM-KUMPULAN YAYASAN SABAH

Akademia Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan lawatan bagi pemantauan pelaksanaan Program INNO4C, Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah 2020 pada 3 hingga 6 September 2020. Lawatan tersebut telah diadakan di Kampung Laut, Papar bagi pelaksanaan projek belacan manakala Kampung Puhus, Tamparuli dan Kampung Lompios, Kota Belud bagi pelaksanaan projek lada hitam. Projek Ambatu Kelarai pula dilaksanakan di Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom manakala Kampung Lentuong, Tuaran bagi pelaksanaan projek tiram.

KAMPUNG LAUT, PAPAR 3 September 2020

Taklimat proses pembinaan bangunan pemprosesan belacan daripada pihak USM sempena lawatan pada 3 September 2020 di Kg. Laut, Papar.

Perbincangan pihak Akademia USM bersama kontraktor yang dilantik bagi pelaksanaan projek pembuatan belacan.

Prof. Madya Dr. Zahurin bin Samad bersama Dr. Abdul Haadi melawat kawasan tapak pengeringan lada hitam.

KAMPUNG LOMPIOS, KOTA BELUD 3 September 2020

Pihak Akademia USM yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Zahurin bin Samad, Prof. Madya Dr. Fazilah binti Ariffin, Dr. Abdul Haadi dan Dr. Maizura binti Mijrad serta wakil daripada Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Redzuan Rajah, Pegawai Seksyen Pengurusan Dana, Encik Fairuz Mohd. Yussof, Pegawai Tadbir Bahagian Penyelaras Pedalaman/ Pantai Barat/Pantai Timur bersama dengan para peserta program INNO4C projek penanaman lada hitam di Kg. Lompios, Kota Belud.

24


KAMPUNG PUHUS, TAMPARULI 4 September 2020

Lawatan ke bangunan pemprosesan lada hitam di Kg. Puhus, Tamparuli.

Prof. Madya Dr. Zahurin bin Samad, Prof. Madya Dr. Fazilah binti Ariffin dan Dr. Abdul Haadi sedang menjalankan uji kaji tahap kepanasan suhu bilik pengeringan lada hitam.

KAMPUNG TINURA, ULU TOMANI, KEMABONG, TENOM 5 September 2020

Lawatan tapak projek pembinaan bangunan operasi kraf tangan Ambatu Kelarai di Kg. Tinura, Tenom oleh pihak Akademia USM.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Yayasan Sabah Prihatin Bahagian Pantai Barat Yayasan Sabah Prihatin adalah tagline bagi program-program sosial Kumpulan Yayasan Sabah di kawasan luar bandar yang antara lain merangkumi Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS), sumbangan pelitup muka berjumlah sebanyak 754,000 unit di 1,269 buah sekolah menengah dan rendah di Bahagian Pantai Barat, Pedalaman dan Pantai Timur di samping peralatan pembelajaran.

SK. TUNGOU, RANAU, 19 OGOS 2020 Datuk Haji Jamalul (dua dari kanan) memotong reben tanda simbolik perasmian Program Sumbangan Barang Keperluan Sekolah sambil disaksikan oleh Encik Jaipin (dua dari kiri), Encik Sandy (kiri) dan Encik Hanafiah (kanan).

Datuk Haji Jamalul (kanan), menyampaikan ucapan perasmian Program Sumbangan Barang Keperluan Sekolah bertempat di SK Tungou, Ranau.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Bahagian Pantai Barat telah mengadakan Program Sumbangan Barang Keperluan Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Tungou, Ranau pada 19 Ogos 2020. Sumbangan tersebut merupakan 14 buah katil dan 40 buah rak buku yang telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria kepada Guru Besar SK Tungou, Encik Jaipin Kimburon. Semasa ucapan di program tersebut, Datuk Haji Jamalul berkata, “Dengan adanya sumbangan seperti ini adalah diharapkan agar murid-murid mendapat keselesaan tinggal dalam asrama dan ianya akan dijadikan sebagai pendorong untuk meningkatkan lagi usaha dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.” “Kumpulan Yayasan Sabah akan sentiasa menitikberatkan dan peka tentang keperluan-keperluan para pelajar terutama mereka yang kurang berkemampuan,” katanya. Datuk Haji Jamalul (kiri), meninjau keadaan Asrama Desa SK Tungou, Ranau. 26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Turut hadir di majlis tersebut ialah wakil kepada Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Encik Sandy Keriki, Pengerusi PIBG SK Tungou, Encik Mion bin Jamiri dan Pengurus Kumpulan Bahagian Pantai Barat, Encik Hanafiah Diman.


PENYERAHAN BMYS DAN SUMBANGAN PELITUP MUKA - SMK Bongawan 2 dan SMKA Limauan, Papar, 3 September 2020

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, (tiga dari kiri) menyampaikan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) dan sumbangan pelitup muka kepada pelajar daripada SMKA Limauan dan SMK Bongawan 2. Turut dalam gambar ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Pantai Barat Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (kiri); Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Suhami Haji Basri (kanan); Pengetua SMK Bongawan 2, Datin Masniah binti Tarah (tiga dari kanan) dan Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Limauan, Dayangku Siti Zainab binti Pengiran Tengah (dua dari kanan).

Gambar Kumpulan para penerima bersama Datuk Haji Jamalul dan guru-guru serta pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah.

Para pelajar daripada SMKA Limauan dan SMK Bongawan 2 dengan sumbangan BMYS masing-masing.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


SUMBANGAN PELITUP MUKA, BEG SEKOLAH DAN ALAT TULIS - SK Daingin, Kimanis, 3 September 2020

Ucapan oleh Datuk Haji Jamalul.

Para pelajar SK Daingin dengan sumbangan beg sekolah dan alat tulis yang disempurnakan oleh Datuk Haji Jamalul (tiga dari kiri). Turut kelihatan ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Pantai Barat, Encik Hanafiah Diman (kanan), Guru Besar SK Daingin, Puan Asmah binti Salleh (dua dari kiri) dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Suhaimi bin Basri (kiri).

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sumbangan bantuan beg sekolah dan alat tulis kepada salah seorang pelajar dari SK Daingin, Kimanis.

28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Para pelajar SK Daingin dengan sumbangan beg sekolah dan alat tulis.


Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Bahagian Pantai Barat juga telah mengadakan majlis penyampaian Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) dan pelitup muka di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota

Belud dan di Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran masing-masing pada 4 dan 7 September 2020. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria.

PENYAMPAIAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH (BMYS) DAN PELITUP MUKA SMKA Tun Said, SMK Pekan, SMK Pekan 2 dan SMK Arshad Kota Belud, 4 September 2020

Datuk Haji Jamalul menyampaikan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada pelajar daripada SMKA Tun Said, Kota Belud.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan BMYS kepada pelajar daripada SMK Arshad, Kota Belud.

Para pelajar dengan sumbangan biasiswa masing-masing.

Gambar kumpulan para pelajar penerima BMYS daripada SMKA Tun Said, SMK Pekan, SMK Pekan 2 dan SMK Arshad, Kota Belud. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


PENYAMPAIAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH (BMYS) DAN PELITUP MUKA SM St. John, SMK Badin,SMK Sri Nangka, SM Sains Sabah, SMK Taman Ria, SMK Pekan Telipok dan SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu di Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, 7 September 2020

Datuk Haji Jamalul (tiga dari kiri) menyampaikan BMYS kepada salah seorang pelajar daripada SMK Badin. Turut dalam gambar ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Pantai Barat Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (dua dari kanan); Pegawai Pendidikan Tuaran, Puan Hajah Wanihim binti Othman (dua dari kiri) dan Timbalan Pegawai Pendidikan Tuaran, Puan Rozalinah Joannes (kiri).

Datuk Haji Jamalul (tiga dari kanan) menyampaikan BMYS kepada salah seorang pelajar daripada SMK Taman Ria.

Wajah ceria daripada sebilangan pelajar yang telah menerima BMYS.

Gambar kumpulan para penerima bersama Datuk Haji jamalul dan guru-guru serta pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah. 30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Yayasan Sabah Prihatin BAHAGIAN PEDALAMAN PENYAMPAIAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH (BMYS) DAN PELITUP MUKA SMK Bingkor, 26 Ogos 2020

Para penerima bantuan BMYS oleh para pelajar daripada SMK Bingkor.

SMK Apin-Apin, 26 Ogos 2020

Pengurus Kumpulan Bahagian Pedalaman, Encik Teo Guan Leck bersama para pelajar daripada SMK Apin-Apin, Keningau yang menerima bantuan BMYS.

SMK Gunsanad, 26 Ogos 2020

Para penerima BMYS daripada SMK Gunsanad, Keningau.

SMK St. Patrick, 26 Ogos 2020

Sebilangan pelajar daripada SMK St. Patrick, Membakut menerima bantuan BMYS.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


PENYAMPAIAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH (BMYS) DAN PELITUP MUKA SMK Tambunan, SM St. Martin dan SMK Nambayan, Tambunan, 2 September 2020

Datuk Haji Jamalul (empat dari kiri) menyampaikan BMYS dan pelitup muka kepada Pengetua SMK Tambunan, Encik Joseph Rusak @ Yusup Rasli (empat dari kanan)

Para pelajar SMK Nambayan dengan sumbangan BMYS.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sumbangan BMYS kepada salah seorang pelajar SM St. Martin, Tambunan.

Sumbangan BMYS dan pelitup muka yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Jamalul kepada kepada SM St. Martin, Tambunan.

Sumbangan BMYS dan pelitup muka yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Jamalul kepada SMK Nambayan, Tambunan. 32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PENYAMPAIAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH (BMYS) DAN PELITUP MUKA SMK Gadong dan SK Gadong, Beaufort, 9 September 2020

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sumbangan BMYS kepada salah seorang pelajar daripada SMK Gadong.

Gambar berkumpulan para pelajar penerima BMYS bersama dengan Datuk Haji Jamalul serta guru-guru serta pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah. Kumpulan Yayasan Sabah turut menyampaikan pelitup muka kepada sekolah berkenaan.

Para penerima BMYS daripada SMK Gadong, Beaufort.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada SK Gadong.

SMK KOTA KLIAS, BEAUFORT, 9 SEPTEMBER 2020

Ucapan oleh Datuk Haji Jamalul.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sumbangan BMYS kepada salah seorang pelajar daripada SMK Kota Klias, Beaufort.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort, Tuan Haji Harith bin Idris (dua dari kiri).

Gambar berkumpulan para pelajar penerima BMYS bersama dengan Datuk Haji Jamalul serta guru-guru serta pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


Yayasan Sabah Prihatin BAHAGIAN PANTAI TIMUR PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN SEKOLAH BAGI MANGSA KEBAKARAN Pada 9 Julai 2020, Bahagian Pantai Timur (Tawau), Kumpulan Yayasan Sabah telah menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada anak-anak mangsa kebakaran di perkampungan air Sri Aman, Semporna. Seramai 60 orang kanak-kanak mangsa kebakaran telah menerima sumbangan

berupa beg sekolah dan peralatan alat tulis. Program murni anjuran Kumpulan Yayasan Sabah ini telah dapat membantu meringankan beban ketua keluarga mangsa kebakaran untuk persediaan anak-anak mereka ke sekolah.

Para penerima bantuan beg sekolah dan alat tulis.

Para pegawai Bahagian Pantai Timur (Tawau) menyampaikan bantuan beg sekolah dan alat tulis kepada penerima mangsa kebakaran.

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN SEKOLAH BAGI MANGSA KEBAKARAN KG. HABIB ABDUL RAHMAN JALAN HJ. SUNDU, TAWAU. Bahagian Pantai Timur (Tawau) telah menyampaikan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada mangsa kebakaran di Kampung Habib Abdul Rahman, Jalan Haji Sundu, Tawau di Dewan Terbuka Kampung Habib Abdul Rahman pada 10 Julai 2020. Seramai 38 orang kanak-kanak mangsa kebakaran telah menerima sumbangan yang telah disempurnakan oleh Pengurus, Bahagian Pantai Timur (Tawau), Puan Norkhajijah Hj. Mohd Tussin.

Puan Norkhajijah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Gambar kenangan kanak-kanak mangsa kebakaran yang turut mengamalkan penjarakan fizikal semasa program penyerahan sumbangan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


AQUASCAPE CENTER - The Center for Interactive Learning and Experience

The Aquascape Center derived from the Yayasan Sabah Group’s commitment to educating the people on conservation and sense of awareness on the environment.

AQUASCAPE CENTRE Lorong Bunga Matahari 2, Likas, Off Jalan Tuaran, KM 3.5, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: +6088 263184, 263185

EDITORIAL PENASIHAT Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Mohd. Iizham bin Datuk Haji Majin Rosly R. T. Jr. Jeffrey Baxter SUMBANGAN RENCANA Bahagian Komunikasi Korporat

Bahagian Pantai Barat Bahagian Pantai Timur Bahagian Pedalaman Bahagian Urus Setia Korporat Kristal Handal Sdn. Bhd. D’ Heritage Sdn. Bhd.

Bertille Alex Boyou Zairulazrin Delin Denis Patrick Lojiu Mawi Haji Hassan

REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Juliana Lim Ahmad Fauziee bin Wasimin Mawi Haji Hassan

TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

JURUGAMBAR Samson Lawrence Jeffrey R. Baxter

Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Unit/Anak Syarikat untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.