{' '} {' '}
Limited time offer
SAVE % on your upgrade.

Page 1


Datuk Sapawi menyampaikan ucapan di majlis tersebut.


A section of the participants.


Another potential buyer from Shamsira Company Thailand during the business matching session.


BARETTY @ SITTAH BIN LAISOH

Pembantu Tadbir Kanan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 September 1980. Antara aspek terbaik selama bertugas dengan organisasi ini adalah melihat Kumpulan Yayasan Sabah berkembang dengan pesatnya serta bantuan yang diusahakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat negeri ini terutama sekali bantuan pendidikan, sosial dan budaya. Saat-saat yang tidak akan saya lupakan ketika bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah ialah apabila kebajikan saya sebagai warga organisasi ini sentiasa terpelihara kerana diberikan peruntukan perubatan dan ganjaran serta lain-lain insentif daripada pihak Pengurusan. Setelah bersara, saya memang merindui rutin harian dan beroperasi di luar pejabat sambil meneroka pelbagai kawasan serta daerah di negeri ini bersama rakan-rakan sepejabat. Kini, saya mengusahakan tanah milik saya sendiri. Khas buat seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah yang masih bertugas di organisasi yang besar ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan berharap generasi ini dapat meneruskan usaha perjuangan warga yang telah bersara. Bekerjalah dengan jujur, ikhlas dan komited dengan apa juga kerja yang dilakukan dalam mencapai visi dan misi organisasi ini.”

BIKOLOS BIN BAINDANG

BUNDOI BIN EMIN

“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 1975. Pada masa itu, saya menerima gaji hari. Lepas itu pada 1976, saya menerima gaji bulan.

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Jun 1980. Selama 36 tahun berkhidmat, Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak menyediakan kemudahan kepada saya, antaranya kemudahan perubatan, subsidi perumahan, kenderaan, bonus dan banyak lagi.

Renjer Hutan Kanan Perhutanan, Keningau

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab harian. Jika digamit segala aspek yang paling sukar ketika bertugas di organisasi ini, ikhlas saya katakan bekerja selama 20 tahun dalam hutan untuk membuat inventori merupakan salah satu tugas yang paling sukar. Ada juga rakan-rakan saya yang dipatuk ular semasa menjalankan tugas lalu kami terpaksa mengusung mereka keluar dari hutan. Ini semua merupakan antara aspek paling sukar yang saya pernah hadapi ketika berkhidmat dahulu. Buat masa sekarang, saya sibuk melakukan kerja sendiri serta bercucuk tanam. Kadangkala, saya rasa rindu juga untuk bangun awal serta bersiap untuk pergi kerja dan berpakaian kemas. Saya turut merindui rakan-rakan sepejabat saya dahulu. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar semua staf Kumpulan Yayasan Sabah bekerja dengan penuh semangat.”

Pengawal Keselamatan Unit Pengurusan Keselamatan

Selama berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya tidak mengalami sebarang kesulitan dalam menjalankan tugasan. Aspek yang saya akan rindui selepas bersara ialah menerima gaji setiap penghujung bulan serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Nasihat saya untuk rakan-rakan dan juga staf Kumpulan Yayasan Sabah yang lain adalah sentiasa bekerjasama bagi memupuk kerja yang cemerlang.”


LINGSANG BIN SAMBULING

MINONG BINTI AGANG

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Disember 1979. Selama 37 tahun perkhidmatan saya, Kumpulan Yayasan Sabah banyak menyediakan kemudahan kepada stafnya.

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 April 1990. Antara aspek terbaik bekerja di organisasi ini adalah keprihatinan pihak pengurusan mengenai kebajikan staf.

Antaranya ialah rawatan perubatan dan kemudahan-kemudahan lain di samping keprihatinan pihak Pengurusan kepada stafnya.

Saya merindui rakan-rakan terutama di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak yang telah banyak membantu semasa bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Saat-saat yang tidak dilupai adalah bergaul dengan rakanrakan sepejabat.

Aspek yang paling saya rindui dan tidak dapat lupakan ialah rakanrakan saya. Kami bekerja dalam suasana gembira dan kenangan tersebut amatlah sukar untuk saya lupai. Aspek kedua adalah ketika saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jubli Perak Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya kini sedang berehat sambil menjaga cucu-cicit saya. Saya juga ingin meninggalkan nasihat untuk semua staf organisasi ini agar kekal bersabar menghadapi cabaran bertugas dan agar Kumpulan Yayasan Sabah terus maju demi generasi akan datang.”

Pengawal Keselamatan Unit Pengurusan Keselamatan

Kini, saya berhasrat untuk mengusahakan kebun buah-buahan saya.”

Penolong Pengasuh Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak


KUO YIN TET

Internal Audit Internal Audit Division “I joined Yayasan Sabah Group in January 1987. The best aspects of working with Yayasan Sabah Group were to be able to associate with and contribute towards achieving the primary mission of the organisation, i.e. to uplift the quality of life of Malaysians in Sabah. Through Yayasan Sabah Group, we witnessed the progressive growth of our State in social, economic and education environments. All aspects in work were difficult but not unbearable. Difficulties alone would show the value of our efforts. Besides, spending time on leisure activities, e.g. travelling and gardening, I would like to gain more knowledge on latest computer technology. I will miss the disciplined working lifestyle and will always treasure the precious time spent with my audit teams especially during the outstation trips. My advice to all, live up to your own and other person’s expectations with no regrets later on.”


MS ISO 9001: 2015


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

00


Majlis Kesyukuran Ulang Tahun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah di Tingkat 18, Menara Tun Mustapha.

Lawatan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz ke Pusat Kraftangan Sabah.

Lawatan isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Norlidah Binti Tan Seri Datuk R.M. Jasni ke Pusat Kraftangan Sabah.


23 Mei

Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.


00

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SMK SERI PATIAMBUN LIMBANG

LAWAT MTM


MEMUPUK

SEMANGAT KEBERSAMAAN


Pasukan Ping Pong Kumpulan Yayasan Sabah.


Johan Keseluruhan – Yayasan Pelajaran Johor.


Johan Keseluruhan – Yayasan Pelajaran Johor.


Datuk Sapawi (tengah) mempengerusikan sesi perkongsian.


Datuk Hajah Rosmawati meninjau ladang Sawit Agathis bersama Ketua Pegawau Eksekutif BWSB, Encik Zulkifli Usof.


Profile for Yayasan Sabah Group

Berita Kumpulan Yayasan Sabah (November 2016 - Disember 2016 ~ Jilid 4/2016)  

Berita Kumpulan Yayasan Sabah November 2016 - Disember 2016 Jilid 4/2016

Berita Kumpulan Yayasan Sabah (November 2016 - Disember 2016 ~ Jilid 4/2016)  

Berita Kumpulan Yayasan Sabah November 2016 - Disember 2016 Jilid 4/2016

Advertisement