
1 minute read
Latihan Industri Pelajar FKE 2022
Setiap tahun Jawatankuasa Latihan Industri (LI) mengadakan siri taklimat kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma FKE yang akan menjalani LI pada semester terlibat. Taklimat LI pada tahun 2022 untuk pelajar BEKG dan BEKM telah disampaikan oleh Dr Aziah Khamis dan Dr Wahidah Abd Halim pada 8 Jun 2022 bertempat di Dewan Kuliah 2, BPA. Manakala taklimat LI untuk pelajar DEK disampaikan secara online oleh Dr Nur Zawani Saharuddin dan Pn Arfah Syahida Mohd Nor pada 27 September 2022. Dalam kedua - dua sesi taklimat ini, pelajar telah diberi penekanan berkaitan penulisan Laporan Teknikal LI agar memenuhi perincian kandungan terkini. Laporan Akhir ini perlu dihantar oleh setiap pelajar FKE sebaik tamat menjalani LI pada semester terbabit. Dokumen berkaitan LI dan perincian kandungan tersebut boleh didapati di laman web FKE https://fke.utem.edu.my/en/undergraduate/industrial-training.html

Advertisement

Selain itu, webinar khas bertajuk “Ethics at Workplace” turut diadakan pada 17 Jun 2022, anjuran bersama JKLI FKE dan SAFEE. FKE berbesar hati menjemput sekali lagi En Ahmad Faizul bin Ahmad Shayuti, (Senior Manager, Employee Services & General Affairs) daripada Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd selaku penceramah pada sesi webinar tersebut. Webinar ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar FKE kepada kod etika atau prosedur yang diperlukan sebelum menjalani Latihan Industri. Dalam seminar ini, En Ahmad Faizul menekankan bahawa semua pelajar amali perlu sentiasa memastikan kod etika untuk sentiasa bekerja dengan dedikasi, jujur, dan amanah dalam melaksanakan sebarang tugas yang telah diarahkan. Selain itu, pelajar dinasihatkan untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan latihan industri ini dalam memilih pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian nanti. Rakaman webinar tersebut masih boleh dilayari melalui laman rasmi Facebook FKE UTeM, Melaka.

