
1 minute read
PERKONGSIAN PENGAMAL INDUSTRI
Kejayaan sesuatu projek adalah salah satunya amat bergantung kepada kaedah pengurusan projek yang baik. Oleh itu, pelbagai kaedah pengurusan projek diperkenalkan, antaranya adalah Critical Path Method (CPM). Berdasarkan kepentingan ini, Jawatankuasa Integrated Design Project (IDP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang diterajui oleh Ir Dr Elia Erwani Hassan telah menganjurkan seminar kesedaran mengenai kepentingan pengurusan projek kepada staf akademik Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang bakal dilantik sebagai penyelia bagi kursus IDP.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ir Mohd Azlan bin Othman yang merupakan Jurutera Elektrik Kanan, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKRM) pada 30 Nov 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau merupakan salah seorang panel penasihat industri bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (BEKG).
Advertisement
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada staf akademik Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang terlibat tentang penggunaan Critical Path Method di dalam Pengurusan Projek bagi kursus Integrated Design Projek. Ini adalah langkah pertama untuk memperkenalkan kepada pelajar IDP dalam mengatur kaedah pengurusan projek yang sesuai bagi menentukan kejayaan projek IDP mereka
Penulis : Ir. Dr Elia Erwani binti Hassan Dr Maaspaliza binti Azri