
1 minute read
Hari Bersama Penasihat Akademik FKE 2022


Advertisement

Bersempena dengan pembukaan sesi akademik 2022/2023, Jawatankuasa Penasihatan Akademik (JKPA) FKE telah menganjurkan program Hari Bersama Penasihat Akademik pada 21 Oktober 2022 yang melibatkan keseluruhan Penasihat Akademik dan juga pelajar FKE (termasuk pelajar separa masa). Program ini dilaksanakan sepenuhnya di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTeM secara gabungan dalam talian dan juga bersemuka.
Bagi kaedah secara dalam talian, aturcara program dimulakan denganucapan alu-aluan oleh Timbalan Dekan Akademik FKE, Dr. Fairul Azhar Bin Abdul Shukor. Beliau kemudiannya menyambung tentatif program dengan memberik penerangan berkenaan perlaksanaan Kalender Akademik sesi 2022/2023 diikuti denganpenerangan ringkas pencapaian akademik pelajar FKE sesi 2021/2022. Aturcara program disambung dengan taklimat berkaitan e-audit matapelajaran oleh Ketua Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA), Dr. Nurul Ain Binti Mohd Said
Selepas itu, aturcara program diteruskan dengan perjumpaan secara bersemuka oleh Penasihat Akademik dengan pelajar masing-masing. Diantara pengisian perjumpaan adalah perbincangan mengenai prestasi akademik pelajar serta caracara untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Di samping itu, pencapaian integrated Program Outcome (iPO) bagi setiap pelajar juga turut dikongsi dan dibincangkan. Diharapkan melalui program seperti ini yang dijalankan pada setiap permulaan sesi akademik, kesemua pelajar dapat memahami perlaksanaan Kalendar Akademik pada setiap tahun semasa disamping terus bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian akademik masing-masing.