1 minute read

BENGKEL SEMAKAN SEMULA KAJI SELIDIK ALUMNI FKE

Next Article
TAHNIAH

TAHNIAH

Satu bengkel telah diadakan pada 8 Jun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat FKE bertujuan membuat semakan semula 2 soal selidik yang terlibat iaitu “Alumni & Employer Surveys’ bagi kursus BEKG dan BEKM. Bengkel ini dihadiri oleh barisan tertinggi FKE antaranya Timbalan Dekan (Akademik) dan Ketua Jabatan BEKG & BEKM, beberapa orang ahli Jawatankuasa Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, beberapa orang panel Penasihat Industri dan juga 2 orang alumni daripada kursus BEKP.

Advertisement

Bengkel ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Akademik, Ir Dr Fairul Azhar bin Abdul Shukor dengan penerangan kepentingan proses semakan ini sebagai sebahagian daripada proses penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) dalam kerangka OBE. Perbincangan seterusnya disambung oleh Ketua JK Alumni & Kebolehpasaran Graduan iaitu Dr Arfah binti Ahmad dengan dimulakan dengan hasil dapatan soal selidik yang lepas. Banyak input positif dapatan dari bengkel ini terutamanya yang berkaitan dengan realiti di industri seperti julat gaji, jawatan dan sebagainya. Hasil dari bengkel ini, beberapa penambahbaikan akan dibuat pada soal selidik akan datang sebelum diedarkan pada alumni kohort seterusnya.

Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela khususnya kepada fakulti. Pandangan Penasihat Industri juga penting dan berharga dalam memperkasa dan memperkembangkan pembangunan fakulti. Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat membantu pernyataan Program Educational Objectif (PEO) dalam mencerminkan ciri-ciri graduan yang ingin dihasilkan dalam masa beberapa tahun selepas tamat pengajian.

This article is from: