
1 minute read
MAJLIS PERSARAAN
Y.BHG. PROFESOR IR. DR. MARIZAN BIN SULAIMAN

Advertisement
Majlis persaraan Y.Bhg. Profesor Ir. Dr. Marizan bin Sulaiman telah diadakan pada 28 Februari 2022 (Isnin) jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat FKE sempena persaraan beliau pada bulan April 2022.
Beliau telah memulakan Jawatan penting di UTeM seperti berikut :-
3 September 2002 – 2 September 2007
Dekan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
1 November 2007 – 14 September 2008
Dekan, Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
15 September 2008 – 16 Februari 2010
Dekan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
17 Februari 2010 – 23 Mei 2011
Dekan, Hal ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)

24 Mei 2011 – 14 April 2013
Penolong Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar (HEPA)
17 Februari 2014 – 16 Februari 2016
Dekan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
Sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai Dekan FKE selama 3 musim, beliau sangat berwibawa dan komited dalam melaksanakan tugas. Beliau amat cekap dan prihatin dalam hal ehwal Kewangan dan Pentadbiran FKE di samping mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang Akademik.
Beliau juga seorang yang ceria dan menghiburkan dan mudah untuk sesiapa sahaja bekerja dengannya.Beliau tidak akan meletakkan sebarang tekanan dalam pekerjaan untuk staf.
Kami warga besar FKE amat merasakan kehilangan permata dengan perginya seorang Profesor terhormat dari FKE ini atas perkhidmatan beliau yang telah tamat tempoh (bersara) pada bulan April 2022.
Warga FKE mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.Bhg. Profesor Ir. Dr. Marizan bin Sulaiman diatas sumbangan idea dan tenaga yang telah dicurahkan kepada kami di FKE yang akan kami kenang sepanjang masa.
Demi mengenang jasa beliau pada UTeM dan FKE Amnya maka Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Staf telah mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan Majlis ini bersama ‘Talk’ dari Pengalaman Kerja Y.Bhg. Prof. Kehadiran Staf FKE terutama Staf Akademik amat menggalakkan.
Semoga dengan majlis ini dapat manfaat dan berkongsi ilmu serta kenangan bersama Y.Bhg. Profesor Ir. Dr. Marizan bin Sulaiman dan juga semua Staf FKE.