
3 minute read
Senarai tugas guru bertugas
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN
1. Tiba di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum loceng persekolahan pertama dibunyikan iaitu 7.15 pagi untuk guru bertugas sesi pagi dan 12.45 tengah hari untuk guru bertugas sesi petang. Waktu pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah loceng persekolahan akhir dibunyikan. 1. 1 Menguruskan Perhimpunan pagi / petang serta memastikan semua murid duduk dalam keadaan senyap dan terkawal. 1.2 Semasa Perhimpunan berlangsung semua Guru Bertugas bertanggungjawab menyediakan tempat duduk semua guru, penyediaan bendera, Nyanyian Lagu Negaraku/ Sekolah dan PA sistem dalam keadaan baik
Advertisement
2. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar iaitu sebelum loceng pertama berbunyi, waktu rehat dan waktu pulang serta mengambil tindakan segera dan munasabah untuk mengawasi disiplin.
3. Memastikan kebersihan kelas, kantin, tandas, padang dan kawasan sekitar sekolah.
4. Menguruskan murid yang cedera dan sakit.
5. Memeriksa kebersihan kantin serta memastikan semua murid makan di kantin ketika waktu rehat persekolahan.
6. Menguruskan hal-hal disiplin yang melibatkan kehilangan barang.
7. Memastikan kelas telah disapu dan sampah-sarap dibuang serta lampu,kipas, tingkap dan pintu ditutup setelah tamat waktu persekolahan.
8. Memastikan pengawas sekolah menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.
9. Pada hari Jumaat, guru bertugas sesi pagi pulang jam 12.30 tengah hari manakala guru bertugas sesi petang tiba jam 1.30 tengah hari bagi mengambil alih tugas mengawasi murid-murid yang datang ke sekolah awal bagi sesi persekolahan petang.
10. Membuat tindakan “On The Spot” terhadap perkara yang difikirkan penting dan perlu sekiranya berlaku sebarang masalah membabitkan murid.
11. Menulis catatan di dalam Buku bertugas Harian.
12. Menulis catatan di dalam Buku Laporan Perhimpunan.
13. Mengambil kehadiran guru-guru melalui Buku Kehadiran Guru semasa perhimpunan rasmi
14. Menyediakan Jadual Bertugas secara terperinci dan disebarkan melalui Telegram
Rasmi sekolah.
15. Menulis laporan di dalam Buku Laporan Kedatangan Murid.
16. Memastikan murid dalam keadaan tersusun sewaktu masuk dan pulang dari sekolah.
17. Memastikan semua murid berada dalam barisan, teratur dan senyap semasa perhimpunan berlangsung.
18. Memastikan dua orang guru berada di pagar hadapan dan pagar belakang untuk
Program Guru Penyayang.
Waktu persekolahan sesi pagi
Prasekolah : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tahun 4 - 6 Isnin – Khamis : 7.30 pagi hingga 01.00 tengah hari Jumaat : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Waktu Persekolahan Sesi Petang
Tahun 1- 3 Isnin – Khamis : 1.10 tengah hari hingga 6.10 petang Jumaat : 2.10 petang hingga 6.10 petang
PERHIMPUNAN MINGGUAN SETIAP ISNIN(SESI PAGI DAN SESI PETANG)
Murid berkumpul di tapak perhimpunan pada jam 7.20 pagi atau 12.50 tgh

Bacaan Doa




Ikrar Rukun Negara Ikrar Murid Zikir munajat, Asma’ Ul Husna & Bacaan Surah Lazim
Nyanyian Lagu Negaraku Negeri Selangor Sekolah Patriotik





Ucapan Guru Bertugas Mengikut Tajuk (5 Minit)



Ucapan Guru Disiplin / Guru Bimbingan & Kaunseling

Bersurai Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan
