
3 minute read
HUBUNGKAIT QAWAID FIQHIYYAH DENGAN TAKAFUL
from SISTEM TAKAFUL DI MALAYSIA
by نور شهداء
mereka bersama-sama berkongsi keuntungan. I Al-Mudarabah juga boleh dikatakan sebagai suatu bentuk perkongsian untung dalam perniagaan. Pihak yang mempunyai modal tetapi tidak mempunyai keup/ayaan dan pengalaman boleh menyediakan modal tersebut kepada pihak yang berkelayakan untuk melaburkannya dalam bidang pelaburan yang menguntungkan. iS Dalam hadis yang diriwayatkan In Majah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "-A da tiga perkara yang diberkati, jaitu jual beli secara hutang, mugarahah dan mencampurkan barli dan gandum untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual." Ulama bersepakat bahawa keharusan konsep alMudarabah ini berdasarkan dalil al-Quran, al-Sunnah, ima' dan qias. Sementara itu, jumhur ulama berpendapat rukun al-Mudarabah itu mempunyai tiga perkara, iaitu orang yang berakad yang terdiri daripada pemilik modal dan pengusaha Keduanya, perkara yang diakadkan, iaitu modal, usaha dan keuntungan. Ketiganya, sighah ataupun kontrak meliputi ijab dan qabul.
d) Al-Wakalah
Advertisement
Al- Wakalah ialah konsep yang mewakilkan seseorang untuk menyerahkan apa yang dilakukjannya dan boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Unsur hidup dikaitkan bagi membezakannya dengan wasiat." Ulama menyatakan keabsahan akad al-Wakalah ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi, ayat 9, yang menyatakan bahawa: sekarang utuskanlah salah seorang daripada kamu membawa wang perak kami ini ke bandar Firman Allah SWT'S yang bermaksud: ce maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka itu) seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan..." Penggunaan akad al-Wakalah melibatkan dua pihak, iaitu pewakil dan wakil. Pewakilmemberikan kuasa kepada wakil untuk melaksanakan sesuatu urusan yang diperakui oleh undang-undang. Dalam amalan takaful sekarang, peserta bersetuju melantik pengendali takaful sebagai wakil mereka untuk menguruskan dan melaburkan dana mereka. Melalui prinsip in para peserta memberikan kebenaran mutlak kepada pengendali takaful mengenakan apa-apa yuran yang berkaitan dengan pentadbiran termasuklah melantik wakil bagi pihak mereka. Pengendali takaful bebas menguruskan perlindungan kewangan berdasarkan garis panduan Bank Negara Malaysia dan melaburkannya pada tempt yang sesuai berlandaskan prinsip syariah. Hakikatnya, amalan takaful merupakan sistem yang amat bergantung pada kepercayaan peserta kepada pengendali takaful yang dipilih untuk menguruskan urusan kewangan mereka.
HUBUNGKAIT QAWAID FIQHIYYAH DENGAN TAKAFUL.
1.(ناكملاا ردقب عفدي ررضلا) Bahaya mesti dihapuskan
Pada masa kini , rakyat Malaysia kurang mengetahui lebih mendalam tentang takaful . Mereka juga kurang mengambil berat tentang pentingnya perlindungan . Selain itu , mereka lebih didedahkan dengan konsep insurans kerana dahulunya konsep takaful kurang diketengahkan. Pelbagai kebaikan yang kita perolehi dengan takaful ini . Takaful Malaysia menyediakan rangkaian luas pelan perlindungan untuk memenuhi keperluan yang pelbagai . Antaranya Takaful menyediakan perlindungan perubatan, Takaful motor dan rumah kepada perlindungan komersial, faedah pekerja dan banyak lagi . Seperti yang kita ketahui sebagai umat islam kita harus berserah segalanya kepada
Allah SWT . Tetapi kita juga harus tahu bahawa kita perlulah berusaha terlebih dahulu sebelum berserah kepada Allah . Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama. Dalil asas kepada kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW :
را ارا ض لا وا را را ضا لا
Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.
Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri . Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus. Sebagai rumusannya , Kita perlulah mengambil takaful untuk perlindungan pada masa akan datang ia berkait dengan salah satu qawaid fiqihiyyah iaitu bahaya mesti dihapuskan.
2. ( كشلاب لازي لا نيقيلا) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan
Dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah berkaitan dengan kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan ini berkaitan dengan sistem Takaful juga dapat dikaitkan dengan insuran. Seperti yang kita tahu, insuran ini mengandungi unsur yang tidak berlandaskan dengan syariah Islam seperti riba,gharar dan maisir. Ketika dahulu tiada sistem takaful hal ini umat Islam terpaksa mengambil insuran untuk perlindungan diri. Terdapat keraguan dalam insuran kerana ia mengandungi unsur yang haram bagi umat Islam mengambilnya. Insuran ini mengenakan kadar caj tetapi takaful tidak dikenakan kadar caj. Kini sistem takaful telah wujud untuk umat Islam agar mengelakkan daripada mengambil sesuatu yang berunsurkan riba, maisir dan gharar. Ini juga berkait dengan keberkatan amalan dalam kehidupan untuk di bawa di akhirat.
3. (فخلاا ررضلاب لازي دشلاا ررضلا) Kesukaran membawa kemudahan
kesukaran membawa kemudahan seperti dalam (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran . (Dari potongan surah al-baqarah 2:185 ) Ini boleh dikaitkan dengan Sistem Takaful di Malaysia menyediakan produk kemudahan yang dapat memberikan impak kemudahan kepada manusia. Apa yang boleh saya jelaskan ialah Produk Takaful adalah Produk
